lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
8,703 Kanak-Kanak Tadika Seluruh Terengganu Khatam Al-Quran Tahun Ini
Terengganu meneruskan kesinambungan melahirkan generasi yang celik al-Quran sejak kecil yang bermula pada 2005, apabila seramai 8,703 kanak-kanak tadika khatam al-Quran sempena Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran Kanak-Kanak Tadika Peringkat Negeri Terengganu, tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, kerajaan negeri komited menjadi pemangkin melahirkan generasi mencintai al-Quran dan memajukan pembelajaran anak negeri ini melalui sistem pendidikan al-Quran  dengan menyediakan peruntukan yang besar saban tahun.Katanya, sebanyak RM1.5 juta dibelanjakan tahun ini termasuk RM500,000 diperuntukkan untuk majlis khatam bagi zon Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus."Kerajaan negeri amat menekankan kepada pendidikan awal al-Quran kepada anak Terengganu supaya mereka mempunyai asas pendidikan al-Quran yang baik, memudahkan mereka mendalami ilmu al-Quran, pembacaan al-Quran sedari kecil untuk manfaat pada masa akan datang. Ini matlamat kerajaan negeri Terengganu."Walaupun program tahunan khatam dan pintar al-Quran ini melibatkan belanja yang besar, impaknya anak Terengganu dapat dibentuk akhlak dan akal budinya pada masa akan datang, sekali gus membantu meningkatkan kualiti modal insan di masa akan datang serta indeks jenayah negeri juga rendah disebabkan pendidikan agama dan penghayatan al-Quran yang disemai dengan baik dalam diri anak-anak,"katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Khatam Al-Quran Kanak-Kanak Tadika Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2017 Zon 1 (Kuala Terengganu dan Kuala Nerus), mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Program serentak seluruh Terengganu melibatkan Kuala Terengganu (1,202 orang) dan Kuala Nerus (1,200), manakala di Marang (857), Hulu Terengganu (839), Setiu (675), Besut (1,552), Dungun (1,080) dan Kemaman membabitkan 1,298 orang kanak-kanak.Mereka  terdiri daripada kanak-kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNINT).Ghazali berkata, budaya membaca al-Quran mampu memberi mukjizat dalam kehidupan tanpa kita sedari. "Kepada ibu bapa jangan kita mengabaikan pendidikan berteraskan al-Quran kerana mampu membentuk sahsiah yang baik dalam jiwa anak-anak. tugas mendidik anak-anak adalah tanggungjawab bersama yang mesti dilaksanakan dengan tidak melepaskan bebanan ini kepada guru semata-mata. "Ibu bapa mesti menanganinya dengan penuh rasa tanggungjawab ke arah pembentukan peribadi mulia dengan merangsang minda kanak-kanak melalui aktiviti yang dimulakan oleh para guru,"katanya.Menurutnya, asas yang disemai oleh guru-guru perlu dipupuk dan disuburkan lagi oleh ibu bapa agar kanak-kanak ini terus mekar membuadaya tradisi membaca dalam kehidupannya.
15 Nov 17
696
Empty Image
Lapan Jabatan Kerajaan Negeri Cemerlang Terima Insentif RM20,000
Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri antara jabatan yang menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauantabiliti 2016. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraLapan jabatan dan agensi kerajaan negeri berjaya menerima Sijil Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016.Jabatan berkenaan adalah Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah Setiu, Pejabat Tanah Dungun, Pejabat Tanah Hulu Terengganu, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Pejabat Tanah Kemaman, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, kerajaan negeri bersetuju memberikan insentif sebanyak RM 20,000 kepada setiap jabatan yang berjaya memperoleh penarafan lima bintang itu sebagai penghargaan kepada kakitangan dan jabatan berkenaan.“Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan yang diperkenalkan pada tahun 2007 memberi impak yang positif dan menjadi penanda aras ke arah penambahbaikan dan kecemerlangan pengurusan kewangan bagi jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini.“Saya sangat berbesar hati kerana beberapa jabatan dan agensi di bawah kerajaan Negeri Terengganu merupakan salah satu negeri yang menerima anugerah persijilan ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Indeks Akauntabiliti Jabatan Dan Agensi Negeri Pada Tahun 2016 Dan Pelancaran Buku Senarai Semak Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Zainal Abidin Hussin.Wan Nawawi berkata, dalam persekitaran ekonomi yang mencabar pada hari ini, pengurusan kewangan secara sistematik, bersepadu dan terkawal, amatlah penting agar perencanaan ekonomi serta pembangunan negeri dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.“Oleh itu, setiap ketua jabatan dan pegawai haruslah memantau pengurusan kewangan organisasi masing-masing agar sentiasa dikendalikan dengan efisien,” ujarnya.Sementara itu, beliau turut memuji Unit Audit Dalam SUK Terengganu kerana berjaya menerbitkan Buku Senarai Semak Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti.“Tahniah dan syabas kepada yang terlibat, saya percaya Senarai Semak ini mampu memberikan panduan mudah kepada semua pegawai yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan negeri sekali gus memantapkan pengurusan kewangan sebagai komponen terpenting dalam aktiviti tadbir urus sektor awam,” ujarnya.
15 Nov 17
72
Empty Image
Maidam Sumbang Bantuan Modal Perniagaan Kepada 127 Asnaf
Shaikh Harun beramah mesra dengan seorang penerima bantuan mesin jahit selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Modal Berdikari dan Perniagaan Asnaf Zakat Maidam di Kompleks Seri Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraMajlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menyumbang sebanyak RM115,998 kepada 127 orang asnaf miskin dalam bentuk bantuan modal berdikari dan perniagaan.Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, bantuan tersebut merupakan agihan daripada wang zakat yang disalurkan oleh Maidam kepada kesemua penerima sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pendapatan mereka menerusi aktiviti perniagaan sekali gus mengeluarkan golongan berkenaan daripada kepompong kemiskinan.Katanya, setiap asnaf menerima antara RM3,000 hingga RM10,000 bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan.Menurut Shaikh Harun, daripada jumlah itu seramai 120 orang menerima modal pusingan tidak kurang dari RM2,000 hingga RM5,000 bergantung kepada keperluan perniagaan masing-masing, sementara selebihnya menerima motosikal roda tiga, enjin bot, bot (fiber), peti sejuk, mesin jahit.“Antara perniagaan yang dijalankan oleh asnaf yang menerima bantuan ini termasuklah perniagaan makanan, jahitan, menangkap hasil laut dan lain-lain lagi,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Modal Berdikari dan Perniagaan Asnaf Zakat Maidam di Kompleks Seri Iman, hari ini.Katanya, golongan asnaf yang ingin memohon mendapatkan bantuan modal perniagaan perlu membuat permohonan dengan pihak Maidam dan semakan serta bancian akan dibuat bagi memastikan mereka yang benar-benar layak mendapat bantuan.“Pemantauan juga akan dibuat oleh pihak kami dari semasa ke semasa agar penerima tidak menyalahgunakan kemudahan yang diberikan,” ujarnya.
14 Nov 17
723
Empty Image
200 Warga Emas Dapat Gigi Palsu Percuma
Seramai 200 warga emas terpilih menerima gigi palsu percuma yang melibatkan peruntukan RM21,000 menerusi Projek `Touch Point' anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.Pengarahnya, Dr Mohammad Omar berkata, semua peserta yang dipilih dari institusi dan pusat warga emas di Besut, Marang dan Dungun  menerusi  kendalian pasukan Klinik Pergigian Bergerak.Katanya, klinik berkenaan akan turun padang menemui warga emas terbabit menerusi program khidmat masyarakat yang bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan dan uzur."Kita melaksanakan program khidmat sosial yang melibatkan bantuan kewangan berjumlah RM21,000.“Sebagai permulaan 11 penghuni di rumah Warga Emas Nurul Saadah, Tok Dor, Besut, menerima gigi palsu terbabit,” katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Touch Point 'Critical Health Intervention For Rakyat Cabinet Away Day 2017 - Denture For The Elderly' di Rumah Warga Tua Nurul Saadah, Tok Dor, Besut, baru-baru ini.Mohammad berkata, jabatan juga akan memberi perkhidmatan pembedahan katarak secara percuma kepada 2,416 pesakit berkenaan.Beliau berkata, kos pembuatan bagi sepasang gigi palsu adalah antara RM500 hingga RM600 jika dibuat di klinik swasta.“Bagaimanapun di klinik kesihatan kerajaan caj yang dikenakan hanya sekitar RM100 bagi sepasang gigi palsu,” katanya.
13 Nov 17
1453
Empty Image
Terengganu Bersiap Siaga Hadapi Banjir
Kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersiap sedia dengan persiapan rapi kelengkapan logistik dan keanggotaan bagi menghadapi musim tengkujuh.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, simulasi banjir diadakan di lokasi-lokasi yang biasa berlaku bencana selain tindakan secara manual sudah dikeluarkan kepada jentera pengurusan banjir di setiap daerah.Katanya, agensi penggerak utama seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa bersedia sepanjang tahun baik dari segi kekuatan keanggotaan dan kelengkapan bagi berdepan sebarang bencana alam atau kemalangan."Kita berpengalaman dua tiga kali menghadapi banjir besar di beberapa daerah di negeri ini dan paling teruk di Kemaman pada akhir 2015 dan Hulu Terengganu pada Disember tahun lalu.“Berdasarkan pengalaman itu, Terengganu matang dalam menghadapi situasi banjir sehingga Terengganu dinobatkan negeri paling bagus dalam pengurusan banjir, jadi kita kekalkan dan pastikan pengurusan tahun ini akan lebih baik," katanya dalam satu majlis baru-baru ini.
13 Nov 17
128
Empty Image
Bengkel Operasi Ukom Mantap Gerak Kerja Menjelang PRU14
Sebahagian kakitangan Ukom ketika mengikuti bengkel operasi di Quinara Al-Safir Resort. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailUnit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) baru-baru ini menganjurkan bengkel operasi untuk memantapkan gerak kerja kakitangan khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.Pengarah Ukom, Dato' Muda Mamat berkata, penganjurannya bertujuan memperkemaskan lagi fungsi dan peranan yang dipertanggungjawabkan kepada setiap bahagian selain memperkasa imej kerajaan di mata masyarakat melalui saluran media serta penggunaan teknologi maklumat.“Peranan kakitangan Ukom khususnya bahagian penerbitan, audio visual serta seranta amat berpengaruh bagi memberi info dan sebaran berita yang tepat untuk rakyat apatah lagi menjelang PRU14 supaya dapat membantu kemenangan Kerajaan Barisan Nasional mempertahankan pentadbiran sedia ada."Kita yakin dan percaya kelangsungan pemerintahan kerajaan banyak dipengaruhi oleh pengaruh media massa kerana dapat mencorak pemikiran rakyat menerusi maklumat yang cepat, tepat dan terkini,"katanya ketika berucap merasmikan bengkel tersebut di Quinara Al-Safir Resort, Kuala Nerus, baru-baru ini.Turut hadir, Timbalan Pengarah (Operasi) Ukom, Ruslan Abdul Rahman.Muda yang juga merangkap Pengerusi Biro Penaziran UMNO Terengganu mengharapkan kakitangan Ukom saling membantu dan berkerjasama bagi memastikan segala gerak kerja diatur berjalan lancar.“Selain dapat membantu kerajaan negeri menyalurkan informasi dan memperkukuhkan hubungan masyarakat serta menambah baik mutu penyampaian perkhidmatan dengan berkesan,Ukom perlu setaraf dengan agensi media arus perdana lain dalam menyampaikan maklumat dan menjadi medium antara kerajaan dengan rakyat terutamanya menjelang musim PRU-14,” ujarnya.Beliau juga mahu Ukom sentiasa di hadapan dan menguasai penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat berikutan pada masa kini banyak info dan sebarang isu lebih berpengaruh serta ditular menerusi pelbagai medium media sosial seperti portal, blog, facebook, twitter dan instagram.
12 Nov 17
68
Empty Image
Pusat Rehabilitasi Di Hotel Permai
Pelajar dan guru  mengaminkan doa sebaik selesai Majlis Khatam Al-Quran Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) . Foto Zukifli C W PutraKerajaan negeri akan mewujudkan pusat rehabilitasi berkonsepkan Pelancongan Penjagaan Kesihatan di bangunan lama Hotel Permai, Kuala Terengganu dengan menumpukan rawatan perubatan fisioterapi.Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pusat dibawah selian TDM Berhad dan akan dikendalikan Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) itu akan diubahsuai dalam tempoh terdekat. Katanya, apa yang dilaksanakan itu sebagai daya tarikan orang ramai ke Terengganu dengan menonjolkan keunikan perkhidmatan kesihatan, kemudahan fasiliti dan tempat yang menarik.“Dengan adanya hospital KTS yang akan beroperasi tidak lama lagi, apa yang mahu ditonjolkan itu amat bersesuaian.“Pelancong atau orang ramai yang mendapat rawatan di hospital atau pusat rehabilitasi boleh menginap di Hotel Permai tanpa perlu membuang masa untuk berulang alik dari kediaman masing-masing,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita  pada Majlis Khatam Al-Quran Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Negeri Terengganu Tahun 2017 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus hari ini.Hadir sama, Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Dato’ Othman Mutapha .Seramai 15,000 pelajar KAFA seluruh Terengganu,  termasuk 4,958 peserta di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus berjaya khatam al- Quran secara serentak dalam majlis yang disiarkan secara langsung yang melibatkan tujuh daerah.Ahmad Razif turut memberitahu, kerajaan negeri juga mencadangkan satu lagi lokasi pusat rehabilitasi iaitu di Tasik Kenyir kerana kawasan itu mampu memberi keselesaan, ketenangan dan bersifat kondusif kepada pesakit ketika menjalani rawatan fisioterapi.“Kami sudah melihat model yang ada di Munich, Jerman untuk membuat konsep sama  di kawasan itu,” katanya.
10 Nov 17
211
Empty Image
Jangkitan HIV Di Kalangan Penagih Menurun
Kes jangkitan HIV di kalangan penagih dadah suntikan di negeri ini menunjukkan perubahan yang ketara.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, semenjak implementasi Program Pengurangan Kemudaratan yang dimulakan pada 2005 di seluruh negara, kes jangkitan HIV menunjukkan penurunan yang sangat signifikan.Katanya, untuk negeri Terengganu sendiri, pada tahun 2016 lalu hanya 68 kes daripada keseluruhan 134 kes baru HIV yang dikesan adalah daripada risiko perkongsian jarum suntikan berbanding 431 kes pada 2005 iaitu sebelum Program Pengurangan Kemudaratan dijalankan di negeri ini."Ini secara tidak langsung menunjukkan keberkesanan program tersebut dimana sebahagian daripada pengguna dadah suntikan tidak lagi menyuntik dan telah memasuki program rawatan metadon dan sebahagian lagi walaupun masih menyuntik tetapi tidak lagi berkongsi jarum suntikan," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Aids Sedunia Peringkat Negeri di Dewan Majlis Daerah Marang, hari ini.Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar.Katanya, kerajaan negeri sentiasa berusaha membanteras penularan penyakit ini yang sentiasa menjadi keutamaan."Walau bagaimanapun, usaha ini perlu mendapat sokongan semua pihak termasuk NGO dan masyarakat,"ujarnya.
09 Nov 17
481
Empty Image
Skuad Sukarelawan TTB Lancar Misi Bantuan Ke Penang
Rozi bersama Skuad Sukarelawan TTB  bergambar sebelum bertolak ke Pulau Pinang. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB)  dengan kekuatan 200 tenaga kerja bertolak  ke Pulau Pinang pagi ini, bagi membantu mangsa bencana banjir di negeri itu.Penghantaran kumpulan pertama terdiri daripada  sukarelawan dari Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Persatuan Anak Terengganu (Permata)  Zon Timur diketuai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat,  bergerak dengan menaiki empat bas dan empat pacuan empat roda.Turut menyertai kumpulan itu, Timbalan Pegawai Eksekutif SSTTB, Armi Irzan Mohd dan Penolong Pegawai Khas Operasi SSTTB, Mohd Rosdi Mohd Zain.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijangka turut serta  pada hari terakhir operasi pembersihan.SSTTB turut dibantu pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu dengan menyediakan peralatan seperti waterjet dan lori untuk mengangkut keperluan logistik.Rozi berkata, mereka akan berada di Pulau Pinang selama tiga hari sehingga Sabtu ini bagi membersihkan kemudahan awam yang terjejas banjir melibatkan sekolah, balai raya, dewan orang ramai, masjid, surau, klinik dan kemudiannya ke rumah-rumah mangsa.“Kekuatan 200 tenaga kerja ini akan dipecahkan mengikut kumpulan untuk menyelesaikan misi membersih kawasan di Tasik Gelugor, Permatang Pauh dan Balik Pulau.“Sebahagian ahli SSTTB lain akan menyusul  secara berperingkat-peringkat sehingga selesai misi amanah yang dipertanggungjawab,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan SSTTB Ke Pulau Pinang di Dataran Tembesu, Kuala Nerus, pagi ini.Rozi turut memberitahu, umum sedia maklum bantuan seumpama itu bukan kali pertama malah banyak kali, termasuk misi bantuan terbesar iaitu di Kelantan dan di negeri sendiri melibatkan Kemaman, Dungun, Setiu serta Kuala Nerus.“Sebaik selesai misi di Pulau Pinang, berkemungkinan akan ke Bangladesh untuk membantu pelarian Rohingya,”katanya.
08 Nov 17
94
Empty Image
Ahli Panel Lawat Homestay Teluk Ketapang
Tiga ahli panel dari Majlis Penilai Akhir Anugerah Pelancongan Malaysia Peringkat Kebangsaan melawat Homestay Teluk Ketapang, Kuala Nerus bagi menilai sesi akhir penganugerahan inap desa itu, di Balai Raya Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus, semalam.Panel dari Tourism Malaysia dibarisi Datuk Mohd Azmi Razak, Abdullah Sidek dan Abdul Rauf Abu Hassan itu tiba kira-kira jam 8 pagi.Majlis turut dihadiri seramai kira-kira 70 penduduk setempat hadir untuk memeriahkan sesi penilai akhir anugerah itu.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (J3K) Teluk Ketapang, Zulaini Mohd berkata, pertandingan yang diadakan setiap tahun itu pernah dimenangi lima tahun lalu."Lima tahun lalu kami pernah memenangi pertandingan kategori ini dan berehat kerana tidak dibenarkan bertanding sehingga tahun ini kami bertanding kembali," katanya.Menurutnya, kriteria homestay menjadi pilihan pada pertandingan kali ini walaupun pelbagai kriteria lain turut dipertandingkan."Selain mahu menang bertanding, pihak kami juga mengharapkan homestay ini dapat diperkenalkan kepada pelancong dari dalam dan luar negara yang datang sempena Tahun Melawat Terengganu."Sempena majlis ini pelbagai demo makanan tradisional diadakan seperti ikan celup tepung, keropok lekor, lempeng kelapa dan kuih qasidah, selain memperkenalkan rumah ala kampung dan cara pembuatan kuih jala," katanya.Turut membantu melancarkan majlis ini antaranya amanita Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Ketapang, anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS), J3k dan Puteri UMNO.Zulaini berharap Kampung Teluk Ketapang berjaya dan terkenal seluruh Malaysia agar 'Tourist International Village' tercapai dan sekali gus dapat meningkatkan pendapatann penduduk kampung."Antara perubahan pada pertandingan tahun ini ialah, menyusun semula program kampung dan akan memasukkan Anugerah Kecemerlang Industri anjuran Matrade (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia), selain semua pertandingan yang ada pada masa depan," katanya.
08 Nov 17
348