lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
SKMM Garis Peraturan Data Diperolehi Syarikat Terkawal
Jailani menandatangani plak perasmian PI1M Di Kampung Kuala KejirSuruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)menggariskan beberapa peraturan kepada syarikat sebagai pengguna data bagi memastikan perolehan data terkawal.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Seri Jailani Johari berkata, syarikat terlibat tidak boleh berkongsi data tanpa tidak mendapat kelulusan daripada pemilik (data subjek)dan ini telah digariskan oleh kementerian melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi."Ini termasuklah dua kes terbaru yang melibatkan Lowyat dan Bank CIMB. Saya difahamkan dalam kes Lowyat, kita mendapati bahawa ada beberapa perkara yang dirasakan tidak mendapat persetujuan data subjek dan perkara tersebut kini dalam siasatan.“Termasuk juga dalam kes Isu kehilangan pita data sokongan CIMB pada 13 November bukan sahaja melibatkan data itu sendiri tetapi fizikalnya turut hilang dalam transit..ia dibawa dalam satu tempat kepada satu tempat lain dan benda ini juga telah diakui oleh pihak CIMB bahawa ada  kelonggaran dalam sistem mereka dan ia telah diambil tindakan yang sewajarnya pihak bank,"kata Jailani kepada pemberita di Majlis Perasmian Pusat Internet 1Malaysia(PI1M) Kuala Kejir & Tengkawang, di Kuala Kejir ,Hulu Terengganu, hari ini.Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu turut meminta agar orang ramai sentiasa berhati-hati dalam menggunakan internet terutamanya media sosial yang memerlukan untuk menyerahkan data peribadi.Jelasnya, sebagai pengguna tidak perlu menyerahkan data peribadi kita sewenang-wenangnya melainkan ia benar-benar diperlukan untuk sebarang urusan rasmi dengan jabatan atau agensi kerajaan dalam talian."Kita juga harus berhati-hati ketika melakukan pembelian dalam talian. Sentiasa semak laman sesawang yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang kita ingin beli, sama ada mereka ini boleh ada kredibiliti dan boleh dipercayai...dan pengguna harus klik pautan dengan bijak."Jangan kita sewenang-wenang berkongsi... termasuk gambar anak dan kawan yang memudahkan orang ambil dan tularkan, apabila sudah tular maka susahlah untuk kita ambil tindakan,"katanya.Tegasnya lagi, SKMM sebagai agensi teknikal akan sentiasa membantu agensi Polis Diraja Malaysia (PDRM)untuk mengesan siapa yang terlibat dalam kebocoran data peribadi bagi menangani jenayah siber.
18 Nov 17
54
Empty Image
Larangan Bertudung Mengarut - Ahmad Razif
Ahmad Razif (tengah) bersama sebahagian Puteri UMNO di Majlis Perjumpaan Puteri UMNO Cawangan-Cawangan Seluruh Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh. Zulkifli C.W. Putra Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman membidas larangan bertudung kepada wanita Islam yang bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan (front line desk) hotel dan menyifatkan larangan itu sebagai menafikan kebebasan beragama.Menurutnya, tindakan itu adalah sesuatu yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.“Kita mana boleh ada konsep atau ada arahan yang macam itu, tidak betul. Ianya hak individu.“Kita tidak boleh menentukan bahawa pekerja yang kita ambil itu syaratnya tidak boleh pakai tudung, ini suatu perkara yang mengarut.“Kena hormatlah, negara kita adalah negara yang mengamalkan Islam sebagai agama rasmi dan jelas kita turut menghormati agama lain,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perjumpaan Puteri UMNO Cawangan-Cawangan Seluruh Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan pemilik hotel yang melarang pekerja hotel di bahagian perkhidmatan pelanggan bertudung.Beliau yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah, Petroleum, Sumber Asli, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri menentang sekeras-kerasnya perkara terbabit.“Saya sudah mengarahkan Pihak berkuasa Tempatan membuat semakan ada atau tidak hotel di negeri ini mengenakan syarat sedemikian, kalau ada kita tidak akan benarkan hotel tersebut beroperasi. “Ini adalah amaran keras daripada kerajaan negeri,” ujarnya.Baru-baru ini Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mempertahankan tindakan operator hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan.Isu ini tercetus apabila Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) mendedahkan kakitangan hotel mengadu pekerja wanita Islam diarahkan menanggalkan tudung mereka.
18 Nov 17
48
Empty Image
Sultanah Terengganu Teruja Perkembangan Kampus UMT Bukit Kor
Sultanah Terengganu berkenan menyampaikan anugerah Ijazah Kehormat kepada Dr Mazlan Madon kepada pembukaan Majlis Konvokesyen UMT ke-15 Sidang Pertama di Dewan Sultan Mizan, UMT, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailSultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah teruja dengan perkembangan kampus baharu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Bukit Kor, Marang.Baginda yang juga Canselor UMT bertitah, pemilikan tapak baharu Kampus Bukit Kor seluas 242 hektar itu, bukan sahaja dapat mengatasi masalah kepadatan di kampus sedia ada, tetapi juga membolehkan UMT terus merancang untuk perkembangan dan penempatan bidang-bidang pengajian baharu di masa akan datang.Titah baginda lagi, sebagai universiti yang bernaung di bawah payung negeri, baginda berharap pengurusan universiti merancang sebaik mungkin, agar pembangunan Bukit Kor akan menjadi mercu tanda UMT dan juga Terengganu."Sebagai Canselor, beta akan memberi sokongan dan dorongan, demi mengangkat universiti ini menjadi universiti awam terunggul dalam negara, serta menjadi rujukan bidang penyelidikan di peringkat global. Justeru, beta menyeru kepada semua warga UMT, agar dapat bersatu hati dalam melaksanakan amanah dan  tanggungjawab mendidik anak bangsa," titah baginda dalam ucapan pembukaan Majlis Konvokesyen UMT ke-15 Sidang Pertama, di Dewan Sultan Mizan, UMT, Kuala Nerus, hari ini. Turut berangkat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan anakanda baginda, Tengku Fatimatuz Zahra’.Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmaf Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Seri Halina Zakaria; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan  Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr Nor Aieni MokhtarBaginda juga berbangga dengan peningkatan jumlah graduan pasca siswazah seramai 204 orang, berbanding 165 orang pada tahun lepas."Ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan dan membuktikan kecemerlangan pelajar, penyeliaan para pensyarah dan pengurusan pengajian siswazah.“Sukacita beta mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan para graduan di atas kejayaan cemerlang yang dicapai dan dizahirkan dalam konvokesyen kali ini,” titah baginda.
18 Nov 17
838
Empty Image
KBR RTM Dipilih Presiden Baharu Kawat Sesi 2017/2019
Barisan kepimpinan Kawat yang baharu bagi penggal 2017/2019 yang dipilih selepas Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kawat 2017. Foto oleh Harish Fadzilah Abu KassimKetua Bahagian Rancangan (KBR) Radio Televisyen Malaysia (RTM) Terengganu, Wan Abd Rahman Wan Hayat dipilih sebagai Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) yang baharu bagi penggal 2017/2019 pada Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kawat 2017, yang diadakan malam kelmarin.Wan Abd RahmanBeliau menggantikan Ayob Mamat yang mengundurkan diri dan selepas 14 tahun menerajui kelab yang dianggotai pengamal media di seluruh Terengganu itu.Jawatan bagi Timbalan Presiden pula dimenangi oleh Ahmad Syafri Husnaini Mohamad dari Jabatan Penerangan, menggantikan Mohd Lazim Endut.Manakala sembilan ahli jawatankuasa baru turut dipilih, iaitu Aida Abd Rahman dari Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Siti Jamilah Hanim Jamil (RTM), Mohd Shuhaimi Ahmad (Jabatan Penerangan), Abd Malik Muhammad (Harian Metro), Kamaliza Kamaruddin (Bernama), Azrul Faizal Jusoh (RTM), Mohd Ishak Abdillah Ngah (TV3), Mohd Zamri Ghani (TV9) dan Khairul Azlam Mohamad (Harakah).Sementara dua pemeriksa kira-kira yang dilantik iaitu Nur Fazlizai Ali (Astro Awani) dan Zarina Abdullah (NST).Dalam ucapannya, Wan Abd Rahman berkata, beliau bersama jawatankuasa yang baru dipilih menerajui kepimpinan kelab media itu akan melakukan penambahbaikan untuk manfaat anggota serta berusaha melakukan yang terbaik dan menyambung kecemerlangan legasi sedia ada."Kawat sebelum ini sangat cemerlang dan menjadi contoh kepada kelab-kelab media lain. Insya-Allah, kita akan berusaha untuk meletakkan Kawat kembali ke tempat selayaknya, terutamanya apabila melibatkan kepentingan ahli, dengan tumpuan utama dalam usaha mengeratkan silaturahim dan kebajikan ahli."Saya percaya, tugas ini tidak mudah untuk dilaksanakan, tapi dengan penyatuan dan kerjasama di kalangan AJK serta ahli yang lain kita boleh mencapai impian serta perancangan yang digariskan bersama. Terima kasih juga kepada jawatankuasa sebelum ini yang telah memberikan khidmat terbaik untuk kelab," katanya selepas Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kawat 2017 di Auditorium Yayasan Pembangunan Usahawan, Hiliran, Kuala Terengganu.Sementara itu, Ayob berkata, beliau tidak berhasrat untuk menyambung kepimpinan itu kerana mahu  memberi laluan kepada muka baharu dan berharap penggantinya dapat melakukan lebih baik serta membawa suara pengamal media negeri ini."Sepanjang 15 tahun memimpin kelab ini, saya melalui pelbagai suka dan duka. Saya akui rasa sedih untuk membuat keputusan (pengunduran) ini kerana Kawat begitu sebati dengan jiwa saya. Bagaimanapun, walaupun tidak lagi berada di barisan kepimpinan, saya tetap akan membantu dan memberi khidmat kepada Kawat selagi diperlukan."Saya juga mengharapkan jawatankuasa baharu yang dipilih serta ahli Kawat  akan terus memberikan sokongan kepada presiden yang baharu dan kembali meletakkan Kawat di tempat yang sepatutnya," katanya.
18 Nov 17
242
Empty Image
Sembilan Sekawan Pegawai UMT Terima Ijazah Sarjana
Sembilan pegawai UMT dari pelbagai skim dan gred jawatan berjaya menamatkan pengajian dan menerima segulung ijazah sarjana. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailBekerja, belajar dan bersama-sama bergraduasi. Mereka adalah sembilan pegawai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dari pelbagai skim dan gred jawatan yang berjaya menamatkan pengajian serta menerima ijazah sarjana sempena Majlis Konvokesyen UMT Ke-15, di Dewan Sultan Mizan, UMT, Kuala Nerus, hari ini.Istiadat pembukaan majlis konvokesyen meraikan 2,717 pelajar berkenaan disempurnakan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UMT.Turut berangkat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan anakanda baginda, Tengku Fatimatuz Zahra’.Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmaf Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Seri Halina Zakaria; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan  Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar.Sembilan kakitangan UMT berkenaan enerima Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) itu adalah Afandi Abdul Ghani yang berjawatan sebagai Pegawai Laut, Azize Abdullah (Jurutera Kanan), Kamal Talib (Pegawai Belia dan Sukan) serta Mohd Ruhaifi Alias dan Mohd Yusmiza Mamat masing-masing menjawat Penolong Daftar Kanan.Penerima lain, Ahmad Fazli Mohamed, Mohd Juhari Abd Kadir dan Mohd Ridzuan Mamat masing-masing merupakan Pegawai Kewangan serta Munirah Ahmad yang menjawat Penolong Akauntan.Daripada 2,717 graduan, turut diraikan 41 graduan yang dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PHD), Sarjana (163), Sarjana Muda (2,384) dan Diploma (129).UMT sebagai institusi pengajian tinggi turut membantu dan memberikan bantuan dari segi kewangan dan juga kemudahan lain kepada mana-mana kakitangan yang mahu melanjutkan pelajaran.
18 Nov 17
402
Empty Image
Rezeki Musim Tengkujuh
Antara ubi yang boleh didapati di Gerai Jagung sepanjang jalan di Kampung GaungMusim tengkujuh bagaikan satu pesta yang ditunggu-tunggu oleh penduduk tempatan terutama peminat makanan tradisional seperti ubi yang mendapat permintaan mendadak sebaik sahaja tiba musim itu.Bagi peniaga ubi seperti ubi kayu, ubi keling, ubi torok, ubi itik dan ubi gajah, musim tengkujuh membawa rezeki berganda kepada mereka apabila ianya menjadi pilihan utama penduduk sebagai makanan sampingan apabila hujan turun berterusan.Tinjauan Teganukita mendapati di sepanjang jalan di daerah ini terutama di simpang Gaung terdapat deretan gerai yang menjual pelbagai jenis ubi dengan harga yang murah, sudah tentu menggamit rasa.Kelsom SemanSeorang peniaga, Kelsom Seman,55, berkata, dia yang berniaga sejak 17 tahun lalu, menjual pelbagai hasil tanaman seperti jagung, kacang, kerepek dan aneka pilihan ubi bagi memenuhi permintaan pelanggan tempatan termasuk pelancong luar.“Kebanyakan hasil yang mak cik jual ini dibeli daripada orang-orang kampung secara tak langsung membantu sedikit sebanyak ekonomi mereka. Kalau musim boh (tengkujuh) ubi yang paling laku(laris)sebab ramai yang suka sangat makan mengikut cara mereka masak kat rumah."Mak cik jual ubi ini dengan harga RM4 hingga RM5 sekilogram mengikut jenisnya tapi tak bolehlah nak jual mahal sebab lambakan jualan ubi di musim hujan. Kalau nak orang datang beli dari kita, kenalah jual murah sikit,"katanya ketika ditemui di Kuala Berang, semalam.Zabariah AhmadBagi Zabariah Ahmad, 66, sudah berpengalaman selama 40 tahun berniaga tidak menafikan bahawa jualan ubi meningkat secara mendadak apabila tiba musim bah.“Memang jualan ubi ni meningkat sekali ganda bila tiba musim hujan terutama bagi ubi yang hanya boleh didapati setahun sekali seperti ubi badak, ubi torok, ubi itik dan ubi keling."Kalau musim biasa tak lah banyak sangat dapat jual contohnya ubi kayu adalah dalam 10 kilo sehari tetapi berbeza di musim hujan kerana ubi yang dijual lebih dari biasa kerana mendapat sambutan menggalakkan.“Ubi yang dijual di sini, ada yang diambil dari penduduk di sekitar kampung termasuk mak cik beli daripada peraih” katanya.Seorang pembeli, Aminah Salleh,45, berkata, sudah menjadi satu tradisi kepada dia dan keluarga menikmati ubi rebus setiap kali musim tengkujuh."Kebiasaan ubi torok dan ubi gajah menjadi pilihan saya kerana rasanya yang enak apabila dimakan dengan kelapa parut yang digaul bersama gula bersama kopi panas pekat di waktu petang,"katanya.
17 Nov 17
783
Empty Image
JKNT Fokus Kekang Diabetes Di Kalangan Wanita
Dr Mohammad merasmikan sambutan Hari Diabetes Dan Hari Jantung Sedunia Serta Hari Bersama Kospen Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) memfokuskan kepada wanita yang menghidap diabetes, pesakit wanita hamil dan diabetes sewaktu hamil (Gestational Diabetes Mellitusatau GDM) dalam usaha mengawal penyakit diabetes yang amat membimbangkan di negeri ini.Pengarahnya, Mohammad Omar berkata, JKNT mendaftarkan sebanyak 49,947 kes diabetes bermula Januari 2011 hingga September lalu dalam Registri Diabetes Kebangsaan (NDR) dan daripada jumlah itu, 61.5 peratus adalah pesakit wanita.Katanya, pada 2017 sehingga September, seramai 23,546 pesakit didaftarkan iaitu 14,684 pesakit diabetes wanita dan 8,862 pesakit lelaki. Ini menunjukkan peningkatan kes yang amat membimbangkan bagi kategori penyakit tidak berjangkit terutama di kalangan golongan hawa itu."Sekiranya pesakit diabetes gagal mengawal diabetes mereka, akan berlaku komplikasi diabetes yang boleh menyebabkan penyakit Jantung Koronari, buah pinggang, kebutaan dan kudis di kaki yang boleh berakhir dengan amputasi atau pemotongan anggota badan."Pada  2015, seramai 88 pesakit diabetes menjalani amputasi dan meningkat kepada 226 pada 2016. Sehingga September lalu, bilangannya seramai 222 orang yang berakhir dengan amputasi."Oleh itu, Sambutan Hari Diabetes Sedunia kali ini memfokuskan tema Wanita dan Diabetes:Kesihatan Kita, Hak Kita, Milik Kita (Women and Diabetes : Our Right To A Healthy Future) mengenai akses penjagaan dan pendidikan kesihatan yang cukup supaya wanita mampu mengawal diabetes mereka,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena sambutan Hari Diabetes Dan Hari Jantung Sedunia Serta Hari Bersama Kospen Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu,di Kuala Berang hari ini.Menurut Mohammad, bagi penyakit jantung koronari pula terdapat 941 kes baru pada 2016 dan sehingga September 2017 dengan Terengganu mencatatkan seramai 627 kes baru bagi penyakit ini.Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengadakan hari bersama Komuniti Sihat Pembina Negara (Kospen) yang dikenali sebagai Gerakan Sihat 1Malaysia (GS1M) dalam menangani permasalahan itu bagi membantu anggota kesihatan membuat saringan tahap kesihatan dan menjalankan aktiviti ke arah cara hidup sihat."Di Terengganu sehingga September 2017, sebanyak 614 lokaliti Kospen berjaya diaktifkan dan seramai 3,104 sukarelawan berjaya dilatih yang terdiri dari kampung tradisi dan kawasan Rukun Tetangga dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional."Sukarelawan ini akan membuat saringan kesihatan penduduk setempat dan sehingga kini 46,972 telah melalui proses tersebut manakala 20,263 daripadanya dikesan mempunyai risiko penyakit kardiovaskular.Mohammad juga menyeru agar golongan yang berisiko tinggi seperti mempunyai sejarah keturunan yang menghidap diabetes, berlebihan berat badan,pengidap hipertensi, mempunyai tahap kolestrol yang tinggi,  mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif dan wanita yang mempunyai sejarah diabetes semasa mengandung untuk tampil mendapatkan nasihat doktor serta menjalankan saringan kesihatan secara berkhala.
16 Nov 17
37
Empty Image
JPPM Saran Patuhi Akta Pertubuhan, Elak Terbatal
Semua pertubuhan berdaftar diingatkan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 bagi mengelak pertubuhan dan persatuan masing-masing terbatal.Ketua Pengarah jabatan itu, Suriyati Ibrahim berkata, kekuatan setiap persatuan bukan saja diukur menerusi kuantiti dan kejayaan program yang dilaksanakan tetapi juga berdasarkan disiplin ahli pertubuhan.“Berdasarkan rekod, sebanyak 20 daripada 1,127 pertubuhan induk di Terengganu terpaksa dibatalkan. Manakala lebih 6,000 daripada 60,974 pertubuhan di negara ini dikenakan tindakan sama sepanjang tahun ini.“Tindakan itu dilaksanakan di atas pelbagai sebab, termasuk  gagal menyerahkan penyata tahunan dan tidak mengadakan mesyuarat agung,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Pertubuhan Berkualiti dan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) JBBM Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu, hari ini.Sementara itu, Suriayati meminta  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempercepatkan usaha meminda perlembagaan parti itu bagi membolehkan istilah Armada digunakan secara sah menggantikan ‘Pemuda’ seperti yang telah termaktub ketika ini.“Istilah Armada ini tiada dalam perlembagaan parti tersebut,  jadi kita keliru apabila orang menyebut-nyebut istilah Armada bagi merujuk kepada sayap Pemuda PPBM.“Parti lain menggunakan nama Pemuda, kenapa tidak PPBM? Lebih-lebih lagi perkara itu termaktub dalam perlembagaan parti itu sendiri,” katanya.
16 Nov 17
91
Empty Image
Terengganu Lancar 32 Bas My Bus Bermula Tahun Depan
Terengganu bakal melancarkan 32 buah bas menerusi perkhidmatan My Bus 'Stage Bus System Transformation' (SBST) yang dikendalikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perkhidmatan yang akan berpusat di Kuala Terengganu akan dilaksanakan bermula awal tahun hadapan.Katanya, daripada keseluruhan bas tersebut, SPAD turut menawarkan lapan buah bas elektrik yang  melibatkan lapan laluan berbeza sebagai projek perintis itu."Jadi laluan-laluan nanti akan kita umumkan. Bas ini akan sampai ke Marang, Hulu Terengganu, Merang (Setiu) dan sekitar Kuala Terengganu."Apa yang amat menggembirakan adalah bas ini juga akan masuk melalui hospital. Jadi ianya memberi kemudahan kepada mana-mana pihak yang ingin melawat hospital," katanya.Beliau berkata demikian selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Putrajaya, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.Ahmad Razif berkata, Mara Liner akan menjadi operator perkhidmatan My Bus berkenaan.Katanya, tumpuan akan diberikan ke kawasan-kawasan tumpuan pelancongan bagi memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat samada kepada pelancong mahupun masyarakat setempat."Kita akan menumpukan kepada kawasan-kawasan pelancongan dalam usaha memberi kemudahanterutamanya kawasan yang dapat memberi kemudahan kepada rakyat."Contohnya melalui Pasar Besar Kedai Payang, Taman Tamadun Islam. Kemudian melalui laluan sampai ke Bandar Marang, Bukit Payung dan seterusnya sampai ke Hulu Terengganu," katanya.
16 Nov 17
87
Empty Image
Elak Aktiviti Berkelah Di Air Terjun Di Musim Hujan
Wan Nawawi ketika berucap menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Indeks Akauntabiliti Jabatan Dan Agensi Negeri Pada Tahun 2016 Dan Pelancaran Buku Senarai Semak Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraOrang ramai dinasihatkan mengelak aktiviti riadah di kawasan sungai dan air terjun berikutan cuaca tidak menentu ketika ini yang boleh meningkatkan risiko fenomena ‘kepala air’.Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, fenomena kepala air amat berbahaya kerana berlaku tanpa dijangka sehingga boleh meragut nyawa.“Keadaan air terjun yang jernih dan cetek tidak boleh dijadikan ukuran untuk orang ramai berasa selamat melakukan aktiviti rekreasi berikutan 'kepala air' boleh terjadi sekiranya hujan berlaku di hulu sungai dan puncak bukit.“Bencana boleh datang bila-bila masa sahaja kerana musim-musim macam ini, kemungkinan akan berlaku ‘kepala air’ dan sebagainya.“Justeru, saya nasihatkan, kita semua perlu sentiasa berhati-hati, bukan sahaja di tempat air terjun tetapi di laut pun sama. Seboleh-bolehnya, cuba elak kawasan-kawasan ini untuk mandi-manda dan lakukan aktiviti air yang lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai fenomena ‘kepala air’ di musim hujan selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Indeks Akauntabiliti Jabatan Dan Agensi Negeri Pada Tahun 2016 Dan Pelancaran Buku Senarai Semak Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Zainal Abidin Hussin.Nawawi berkata, orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga ketika musim tengkujuh terutama yang menetap di kawasan yang selalu dinaiki air.“Orang ramai perlu prihatin dengan mengikut arahan, amaran dan mendengar berita-berita berkaitan dengan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku,” ujarnya.
15 Nov 17
66