Artikel "Semasa" Terkini
Media Diharap `Cerna' Isu Bantu Kemenangan Selesa PRU14 - Pengarah UKOM
Sebahagian media yang memeriahkan program Kolaborasi UKOM-Media Massa, di Sumai Hotel Apartment, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailUnit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) berharap pengamal media di Terengganu `mencerna' segala isu dan perkembangan dalam negeri dengan sebaik-baiknya supaya dapat menghasilkan berita yang mampu membantu menaikkan imej serta mempromosikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali gus memberi kemenangan selesa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14 ) nanti.Pengarahnya, Dato' Muda Mamat berkata, peranan media sangat penting khususnya jika berpaksikan pengolahan berita yang tepat, bertanggungjawab dan juga benar sebagai pegangan utama. Beliau yang juga Pengerusi Biro Penaziran UMNO Terengganu berkata, kerajaan negeri menerusi kepimpinan utama Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengotakan pelbagai janji dan juga perancangan menerusi manifesto pilihan raya yang lalu apabila 90 peratus daripadanya sudah dilunaskan demi manfaat rakyat Terengganu keseluruhannya."Apa sahaja kebaikan dan kemajuan yang dilaksanakan Kerajaan BN ini adalah berpaksikan kepada kepentingan rakyat. Malah projek dan juga inisiatif yang dilaksanakan pada era kepimpinan terdahulu juga diteruskan kepada golongan sasar ini. Oleh yang demikian, YAB MB sendiri juga mahu setiap perkara positif itu dicerna dengan sebaik mungkin oleh golongan media supaya nanti dapat menguar-uarkan kebaikan itu kepada rakyat."Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan segala keperluan dan menjaga kebajikan rakyat, bagaimanapun jika tidak diceritakan dan diolah sebaik mungkin perkara itu tidak sampai serta difahami dengan jelas oleh rakyat terutama di peringkat akar umbi," katanya.Beliau berkata demikian ketika meraikan rakan media di Majlis Kolaborasi UKOM - Media Massa, di Sumai Hotel Apartment, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Timbalan Pengarah (Operasi) UKOM, Ruslan Abdul Rahman dan ketua-ketua biro agensi media Terengganu.Majlis berkenaan turut meraikan barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) bagi penggal 2017/2019 yang baru dilantik sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kelab itu, pada 16 November lalu.Muda turut memberitahu, UKOM bersama kerajaan negeri dan Pejabat Menteri Besar akan menyelaras pelbagai program bersama Kawat serta media lain bagi memastikan golongan sasar itu sentiasa mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan negeri dan agensi kerajaan supaya dapat membantu menaikkan imej negeri menerusi liputan menyeluruh dan positif menggunakan saluran media masing-masing.Tambahnya, program tahunan pengamal media bersama Menteri Besar seperti Retreat Media dan Berbuka Puasa Bersama Media juga akan diteruskan sebagai meraikan golongan itu yang sudah banyak memberi kerjasama dan membantu melonjakkan negeri serta mencorak pemikiran rakyat selama ini.
21 Nov 17
52
Guru Disaran Elak Salah Guna Media Sosial
Golongan pendidik di Hulu Terengganu dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan media sosial sehingga menyalahi peraturan mahupun undang-undang.Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Jalaluddin Ismail berkata, sebagai guru, media sosial perlu diguna pakai dengan sepatutnya bagi mengekang penyebaran berita tidak benar."Kita faham bahawa media sosial memberi banyak kemudahan kepada guru dalam banyak aspek tetapi biarlah ianya digunakan dengan cara yang terbaik."Bagaimanapun, sekiranya ada antara guru yang melakukan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di media sosial, pihak kami akan memanggil guru yang terbabit untuk mengetahui punca dan permasalahan untuk diambil tindakan seterusnya,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Taklimat Memperkasakan Transformasi Pendidikan Negeri Terengganu 2017, Daerah Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, semalam.Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang.Jalaluddin berkata, pendekatan 'jumpa dan bincang' akan digunakan sekiranya didapati ada di kalangan guru-guru di daerah ini yang dikesan menggunakan laman sosial sebagai platform meluahkan ketidakpuasan hati terutamanya berhubung dengan surat pekeliling, bidang tugas berkaitan profesion tersebut atau isu-isu semasa.Tambah beliau lagi, golongan pendidik juga diingatkan supaya tidak mudah percaya sebarang maklumat yang dilihat atau disalurkan dalam media sosial sebaliknya meneliti dahulu sesuatu berita atau isu sebelum menyebarkan kepada pihak lain.
21 Nov 17
373
Peluang Bantu Ekonomi Keluarga - Ibu Peserta TGTP
Shalia Adiela (kanan) bersama empat rakan menunjukkan surat tawaran yang diterima. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail “Terharu dan sangat bersyukur kerana anak makcik, Nurliana Atikah Awang, 25, turut terpilih mengikuti Program Transformasi Siswazah Terengganu (TGTP) dan berpeluang bekerja..kutip pengalaman di sektor pelancongan mulai Disember ini.Fatimah Idris“Peluang itu sangat membantu ekonomi keluarga makcik kerana ayah Nurliana hanya bekerja kampung dengan gaji yang tidak seberapa," kata Fatimah Idris, 56 mewakili anaknya, Nurliana yang mempunyai urusan di Kuala Lumpur menerima surat tawaran pada pada TGTP di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini.Hadir merasmikan program perintis itu, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.Nurliana antara 275 siswazah menganggur yang terpilih mengikuti program itu selama enam bulan dengan bayaran elaun RM1,000 sebulan di pelbagai pelbagai jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mulai Disember ini.Graduan Universiti Malaysia Kelantan dari Manir , Shalia Adiela Wahab, 24, berkata dia akan melaksanakan tugasan dan tanggunjawab sebaik mungkin seperti apa yang diarahkan majikan kelak.“Peluang yang diterima ini menjadi motivasi buat diri saya untuk berusaha melakukan yang terbaik seterusnya mendapat pekerjaan tetap,” katanya.Sementara itu, Ahmad Razif berkata, graduan yang terpilih akan menjalani latihan bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka di agensi dan syarikat berkaitan selama enam bulan sehingga Mei tahun depan."Kesemua pelatih akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000. Sekiranya mempamerkan prestasi cemerlang, tempoh latihan mereka di bawah TGTP akan dilanjutkan selama enam bulan lagi seterusnya berpeluang diserapkan sebagai kakitangan tetap di agensi dan GLC negeri tersebut."Antara agensi dan GLC negeri yang mengambil bahagian ialah Terengganu Incorporated, Jabatan Pelancongan negeri, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Yayasan Pembangunan Pembangunan Usahawan," katanya.
21 Nov 17
229
Kerajaan Negeri Perkenal Dasar Baharu, `1 Jabatan 1 Inovasi' Tahun Depan
Kumpulan Strikers XVI mengungguli pertandingan KIK sempena Konvensyen Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Terengganu 2017, di Wisma Darul iman, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri akan memperkenalkan satu dasar baharu, `1 jabatan 1 inovasi' dalam pentadbiran negeri bagi memastikan agenda inovasi menjadi keutamaan di Terengganu, bermula tahun depan.Bagi merealisasikan dasar ini, program inovasi akan dijadikan sebagai satu kriteria Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, sehubungan dengan itu, bagi memastikan semua jentera pentadbiran negeri mempunyai satu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada tahun hadapan, setiap jabatan hendaklah menyediakan satu Pelan Inovasi Jabatan yang perlu dihantar kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) untuk dilaksanakan pemantauan secara berterusan.“Saya percaya melalui pertandingan ini kumpulan KIK dan agensi akan berpeluang untuk mendapat pengiktirafan dan ganjaran. Ini merupakan `pulling factor' kepada penjawat awam supaya lebih aktif dalam KIK kerana ia satu mekanisma penting bagi warga perkhidmatan awam untuk menganalisis dan mengenal pasti kaedah penyelesaian yang kreatif dan inovatif. Ini terbukti dengan pelbagai contoh kejayaan projek KIK yang terdahulu,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Terengganu Bagi Tahun 2017, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A Rahman Yahya dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin.Wan Nawawi berkata, kepimpinan negeri sudah dan sedang melakukan yang terbaik dalam usaha untuk membawa Terengganu ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya seperti memperkenalkan inisiatif baru seperti Agenda Transformasi Terengganu Baharu, penubuhan Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T), penubuhan Unit Transfromasi Ekonomi Negeri Terengganu (U-TENT) dan yang terbaru rasionalisasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kumpulan Terengganu Inc.Menurutnya, semua inisiatif berkenaan `new game changer’ dalam memberi suntikan dan nafas baru ke arah Terengganu yang lebih berdaya saing, sekali gus sebagai contoh atau benchmark untuk membuktikan kerajaan juga memerlukan inovasi untuk berubah.Beliau berkata, inovasi pada hari ini melalui pelbagai penambahbaikan dan pemantapan sehingga menjadi penanda aras baharu globalisasi yang pasti menuntut kepada keupayaan penciptaan bukan sahaja bersifat baharu dan dinamik, malah berfungsi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri serta negara.“Bagi mencapai hasrat ini, kerajaan telah menggariskan modul penjanaan kekayaan melalui inovasi sebagai salah satu daripada enam teras strategi Rancangan Malaysia Ke-11. Penekanan ini akan meningkatkan ekosistem inovasi nasional yang membolehkan Malaysia memasarkan produk dan perkhidmatan yang kreatif serta berkongsi sumber secara optimum melalui konsep Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS).“ Lantaran itu, Pentadbiran negeri melihat bahawa pelaksanaan KIK adalah amat kritikal untuk ditambah baik bagimemanfaatkan sepenuhnya pengembangan produk-produk KIK ke tahap pengkomersialan, replikasi dan penyertaan ke pertandingan inovasi bertaraf antarabangsa. Bukan sahaja ia dapat menambah kemahiran penjawat awam, malah ia pastinya dapat tingkatkan produktiviti serta keberhasilan kerja sektor awam.Dalam konvensyen dua hari itu, sebanyak 24 kumpulan terdiri daripada jabatan kerajaan negeri dan persekutuan seluruh Terengganu membentangkan ciptaan serta mengetengahkan idea mencakupi pelbagai bidang serta perkhidmatan masing-masing.Kumpulan Ogeh dari Pejabat Tanah Marang memenangi Anugerah Pegawai Kewangan Negeri sempena Persada Inovasi Peringkat Negeri Terengganu 2017.Kumpulan Strikers XVI dari Politeknik Kota Kuala Terengganu (PKT) muncul juara bagi Anugerah a Setiausaha Kerajaan Negeri dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM7,000, piala iringan dan juga piala pusingan menerusi ciptaan bahan inovasi `ME2 BOARD’ .Ciptaan unik bagi kemudahan pensyarah dan pelajar menjalankan amali kursus `Embedded System Application' di PKT hasil sesi percambahan minda dan idea kreatif menggunakan kaedah Design Thinking dan NBOS bagi mengenalpasti sasaran projek dan mengaplikasikan teknik kawalan kualiti seperti Rajah Matriks Berkriteria, `Force Ranking', Analisa Data dan Analisa Keupayaan Penyelesaian Masalah.Sementara Anugerah Pegawai Kewangan Negeri yang menyediakan hadiah RM5,000 pula menjadi milik kumpulan Ogeh dari Pejabat Tanah Marang. Kumpulan itu turut memenangi kategori persembahan terbaik dan menerima wang tunai RM500.
20 Nov 17
346
MB Ziarah Jenazah Isteri Anggota PGA Gong Badak
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menziarahi Allahyarham Zizah Cik Hassim, isteri anggota Pasukan Gerak Am (PGA), di Kuaters PGA, Gong Badak, Kuala Nerus yang meninggal dunia pagi tadi. Allahyarham dikatakan meninggal dalam tidur dan kejadian itu disedari jiran mangsa sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.Ahmad Razif yang diiringi pegawai-pegawai dari PGA serta beberapa penduduk tiba kira-kira jam 2 petang tadi di rumah Allahyarham. Difahamkan suami Allahyarham, berada di Johor dan dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Susulan itu, dalam kunjungan berkenaan Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap keluarga terbabit bersabar menghadapi ujian itu.
20 Nov 17
507
Saran Peniaga Nasi Bajet Di Terengganu Daftar Niaga
Mohd Jidin menyampaikan dokumen pada Majlis Penyerahan Panduan Permohonan dan Peraturan Pelesenan Perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailSemua peniaga jalanan terutama yang menjual nasi bajet dan minuman di Terengganu disaran mendaftarkan perniagaan masing-masing agar urusniaga lebih terkawal dan aspek kebersihan dapat dipantau.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, langkah itu penting bagi memastikan lokasi perniagaan selamat daripada gangguan lalu lintas dan perlu mendapatkan suntikan secara berkala.Katanya, kerajaan tidak menghalang mereka berniaga, sewajarnya mengikut saluran betul untuk memastikan kawasan perniagaan mereka selamat dan bersih.“Pihak kami mengakui kebanyakan peniaga nasi bajet yang tumbuh bagai cendawan di Terengganu tidak mempunyai lesen.“Melihat keadaan itu, kerajaan tetap memantau dan tidak jemu menasihatkan agar peniaga mendapat lesen yang sah,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Panduan Permohonan dan Peraturan Pelesenan Perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Zulkifli Abu BakarMohd Jidin memberitahu, peraturan terdahulu banyak menyekat peluang peniaga kecil namun menerusi program itu dapat mempercepatkan proses kelulusan, menambah baik prosedur perniagaan serta mengurangkan kos penyampaian perkhidmatan.“Kerajaan memberi fokus untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan dengan mengutamakan rakyat dan memanfaatkan PBT untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti,”katanya.
20 Nov 17
38
Terengganu Belanja RM3 Juta Hadapi Bencana Banjir
Dato' Wan Nawawi (depan, kanan) selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimLebih RM3 juta dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk persiapan menghadapi musibah termasuk banjir di Terengganu, tahun ini.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail berkata, persiapan itu seperti menyediakan keperluan dan persiapan di 553 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri dan juga bekalan makanan di 142 pangkalan hadapan."Kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukan khusus bagi dalam menghadapi bencana. Bagaimanapun sebagai kerajaaan yang sentiasa prihatin, kami sentiasa cakna kepada rakyat yang terlibat dalam musibah."Saya telahpun mengarahkan semua pegawai daerah selaku Pengerusi Bencana Daerah untuk memastikan bahawa pusat-pusat hadapan serta pusat-pusat pemindahan berada dalam keadaan yang sempurna."Contoh seperti tandas dan sebagainya. Ini semua menggunakan perbelanjaan melalui peruntukan oleh kerajaan negeri," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam Sidang Media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir Ketua Polis Terengganu, Dato' Aidi Ismail dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman.Wan Nawawi yang juga Pengerusi Bencana Negeri berkata melalui mesyuarat yang melibatkan beberapa jabatan termasuk pejabat-pejabat daerah itu, beliau amat berpuas hati dengan persiapan yang sudah dibuat dengan rapi dan lancar."Semua pejabat daerah iaitu sekretariat kepada pengurusan bencana daerah telah mengambil langkah-langkah awal dan boleh dikatakan amat bersedia sebenarnya menghadapi kemungkinan bencana yang mungkin datang pada bila-bila masa."Ianya juga melibatkan persediaan secara menyeluruh daripada komuniti setempat serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dalam beberapa siri latihan dan simulasi yang telah kita laksanakan di peringkat daerah sekaligus menunjukkan mereka amat bersedia untuk menghadapi bencana," katanya.Tambahnya, tiga jabatan utama iaitu Jabatan Meterologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk lebih bersedia."Jabatan Meterologi Malaysia misalnya harus sentiasa mengemaskini keadaan cuaca semasa agar masyarakat dapat mengetahuinya."Dari segi JPS pula, kita nak minta mereka melihat balik tindakan-tindakan tu sama ada berjalan seperti dirancang ataupun tidak," katanya.
20 Nov 17
55
Konvensyen Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Platform Ketengah Idea Dan Ciptaan
Kumpulan Pelita dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu mempersembahkan produk yang dihasilkan pada Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraKerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Sumber Manusia) mengadakan Konvensyen Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri sebagai pemangkin kepada pelbagai jabatan dan agensi di negeri ini untuk mengetengahkan idea dan ciptaan yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak.Konvensyen selama dua hari bermula semalam di Dewan Besar, Wisma Darul Iman itu turut mengetengahkan idea yang mencakupi pelbagai bidang dan perkhidmatan yang terbukti memberikan pembaharuan dari segi kos, meningkatkan kecekapan, menentukan ketepatan dan menjamin keselesaan pelanggan.Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin berkata, pendekatan inovasi yang dilaksanakan menuntut penjawat awam supaya lebih berfikiran terbuka, dinamik dan sentiasa bersedia untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang diperlukan bagi melakukan sebarang pembaharuan.“Semoga konvensyen ini terus menjadi pencetus semangat dan idea inovasi bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan khususnya dalam kalangan penjawat awam negeri ini,” ujarnya kepada Teganukita, hari ini.Menurut Zainal, konvensyen tersebut disertai 23 kumpulan terdiri daripada jabatan kerajaan negeri dan persekutuan yang membentangkan produk serta hasil projek dijalankan.“Menerusinya, setiap warga kerja diharap dapat meningkatkan budaya kecemerlangan dalam organisasi masing-masing menerusi penglibatan yang aktif,” ujarnya.Juara Konvensyen Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri kali ini bakal menerima Anugerah Setiausaha Kerajaan Negeri dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM7,000.Majlis perasmian penutup konvensyen tersebut bakal disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, malam ini.
19 Nov 17
316
Gagal SPM, Dorong Muhammad Asyraf Raih Kejayaan
Muhammad Asyraf (kanan) dan R Malvindran (kiri) menunjukkan anugerah yang diterima. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailGagal memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi pendorong kepada Muhammad Asyraf Afif Ramli, 26, untuk mencapai kejayaan sewaktu menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).Keazamannya itu membuahkan hasil apabila Muhammad Asyraf dinobatkan penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Istiadat Konvokesyen UMT Ke-15, di atas kecemerlangannya memperoleh Anugerah Dekan bagi semua lapan semester, semalam.Penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling itu sebak dengan kejayaan diraihnya, sekali gus gembira dapat membanggakan kedua ibu bapanya dan membuktikan dia juga mampu cemerlang dalam akademik seperti adik beradiknya yang lain."Dahulunya saya seorang yang tiada keyakinan diri. Malah, keputusan SPM juga tidak membanggakan sehingga saya tidak mendapat tawaran daripada mana-mana universiti awam."Namun, peluang melanjutkan pengajian ke UMT saya gunakan sepenuhnya untuk menebus kekecewaan lalu dan alhamdulillah segala usaha keras saya berbaloi apabila dipilih menerima anugerah kecemerlangan tertinggi ini," katanya ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesyen UMT Ke-15 di Dewan Sultan Mizan Zainal Abidin, UMT.Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UMT berkenan berangkat ke istiadat konvokesyen berkenaan.Anak kedua daripada tiga beradik itu juga gemar mengikuti program sukarelawan sehingga dianugerahkan sebagai Tokoh Siswa 2016 dalam kategori Pemimpin Sukarelawan (Terbuka) di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi.Seorang lagi penerima Anugerah Pelajaran Diraja ialah penuntut Sarjana Muda Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim, R Malvindran, 24.Malvindran berkata, kejayaan itu diharap dapat membolehkannya membantu mengubah kehidupan keluarganya selepas bekerja kelak."Ayah saya bekerja sebagai pemandu van sekolah dan ibu hanya suri rumah. Setiap kali cuti semester saya akan bekerja sebagai guru tuisyen bagi membantu keluarga."Saya harap kejayaan ini akan dapat membantu keluarga dan ayah saya tidak perlu bekerja lagi selepas ini," katanya.Malvindran turut aktif dalam bidang kokurikulum, dan tesis yang dihasilkan beliau dipilih untuk dibahaskan serta diterbitkan ketika menyertai Persidangan Pendidikan Antarabangsa di Hong Kong, Mei lalu.Seramai 2,717 graduan diraikan pada istiadat konvokesyen kali ini yang berlangsung semalam hingga esok.
19 Nov 17
192
KRT Perlu Manfaat Media Sosial Di Terengganu
Burhanuddin Daud Kawasan Rukun Tetangga (KRT) diTerengganu perlu memanfaatkan media sosial sebagai platform mempromosikan program atau maklumat berkenaan peranan badan sukarela itu kepada orang ramai di negeri ini.Pengarah Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu , Burhanuddin Daud berkata, maklumat yang disampaikan perlulah tepat dan benar bagi memastikan masyarakat mengetahui kewujudan dan peranan KRT dalam komuniti."Kita mempunyai 491 KRT di seluruh negeri dan kesemuanya digalakkan membuka akaun facebook, twitter ataupun instagram bagi membuat hebahan maklumat dengan lebih cepat."Ini selaras dengan perkembangan terkini dunia tanpa sempadan, tanggungjawab KRT juga menjadi mencabar dalam memasarkan maklumat kepada rakyat di peringkat akar umbi tanpa ada yang tertinggal," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Perasmian Pusat Internet 1Malaysia(PI1M) Kuala Kejir & Tengkawang, di Kuala Kejir, Hulu Terengganu. hari ini.Katanya lagi,media sosial memainkan peranan penting pada masa kini dan tidak ada siapa boleh menafikan pengaruhnya yang mampu mengubah senario dan landskap sesebuah negara.Kira-kira 87 peratus maklumat berita diperolehi generasi sekarang melalui media sosial, manakala selebihnya (media konvensional).
18 Nov 17
135