Artikel "Semasa" Terkini
Ibu Dalam Pantang Diselamatkan Dalam Banjir
SitiSeorang ibu sempat menyelamatkan menantunya yang sedang berpantang sejak lima hari lalu, di rumahnya ke kawasan selamat selepas kediaman mereka di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu, mula dinaiki air malam tadi.Siti Mat Zin ,58, berkata menantunya Siti Sarah Besar bersama cucunya terpaksa dipindahkan segera erikutan limpahan air dari Sungai Ping yang mendadak menenggelamkan persekitaran dan memasuki rumahnya."Mak cik pindah lewat malam dengan dibantu anak lelaki yang hantar ke Masjid Assyakirin ini sebab air naik laju dari tahun lepas manakala barang-barang dalam rumah dah lama simpan atas nasihat wakil rakyat kami Cikgu Rozi.Norlin"Cuma mak cik bersyukur sebab sempat pindahkan anak menantu mak cik yang dalam pantang bersalin lima hari ke rumahnya di Padang Tengir. Ketika itu air sudah di paras lutut," kata Siti kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Pemindahan Banjir Kuala Ping.Bagi Norlin Mohammad,34, juga berasal dari kampung Kuala Ping berkata, air yang naik tiba-tiba menyebabkan dia dan 10 ahli keluarga yang lain mula berpindah bermula jam 3 pagi.Menurutnya, persiapan menaikkan barang-barang dalam rumah dilakukan sejak awal lagi apabila melihat keadaan hujan lebat yang turun tanpa henti dan air sungai mula naik.Seramai 103 orang daripada 55 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Masjid Assyakirin selepas kediaman mereka terjejas ekoran banjir melanda Telemong.Hujan yang turun tidak berhenti sejak petang semalam menyebabkan air naik dengan cepat dan hampir 85 peratus Kampung Kuala Ping, Tengkawang dan Kampung Tok Lawit ditenggelami air banjir.Jalan utama juga dinaiki air yang mengakibatkan tiga buah kampung itu terputus hubungan dan ditutup kepada semua kenderaan berikutan dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga 1.5 meter.
27 Nov 17
133
Pelayaran Ehsan APMM Selamat Bawa Dua Calon SPM
Kebimbangan dua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak dapat menduduki kertas akhir peperiksaan esok, berakhir apabila mereka diselamatkan bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melancarkan operasi 'Pelayaran Ehsan' bagi membawa mereka ke tanah besar, petang ini.Pelajar terbabit Siti Nur Atiqah Azman dan Nor Fadilah Mohd Zaki, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah, Alur Lintang, Besut terkandas di Pulau Perhentian, selepas pulang ke kampung mereka sejak Khamis lalu.Mereka sebelum ini dikatakan tidak dapat ke sekolah untuk menduduki kertas akhir subjek Ekonomi Asas berikutan pengusaha bot menghentikan operasi serta-merta disebabkan cuaca buruk dan ombak kuat.Selain pelajar itu, ratusan penduduk pulau berkenaan juga tidak dapat merentasi laut sejak semalam.Operasi itu berjaya membawa pelajar berkenaan tiba dengan selamat di pangkalan APMM Tok Bali, Semerak, Kelantan kira-kira jam 3.15 petang.Pengarah APMM Kelantan, Kapten Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada pihak sekolah terbabit kira-kira jam 10 pagi tadi yang meminta bantuan membawa dua pelajar berkenaan.Katanya, bagi menyelamatkan pelajar berkenaan pihaknya menggerakkan sebuah bot peronda dan akhirnya misi pelayaran ehsan berjalan lancar dan selamat tiba walaupun pelayaran menghadapi risiko disebabkan ombak besar Laut Cina Selatan.Manakala pengetua sekolah itu, Wan Abdul Razak Wan Din, yang dimaklumkan mengenai nasib pelajar terbabit kemudian bertindak menghubungi phak berkuasa APMM untuk mendapatkan bantuan bagi memastikan dua pelajarnya itu tidak tercicir daripada menduduki peperiksaan penting berkenaan.Menurut pelajar berkenaan, Siti Nur Atiqah bersyukur kerana ramai pihak tampil membantu dan berusaha membawa mereka dengan bot APMM serta membolehkannya menghabiskan baki peperiksaan esok.Katanya, sebelum ini dia agak risau kerana memikirkan tidak dapat kembali ke sekolah disebabkan ombak besar dan semua pemilik bot juga takut untuk keluar ke laut.“Saya bersyukur kerana hasrat untuk meneruskan peperiksaan tertunai selepas selamat tiba di tanah besar,” katanya ketika ditemui di Tok Bali, Kelantan, hari ini.Rakannya, Nor Fadilah pula berkata, dia bersama Siti Nur mengambil keputusan untuk pulang ke pulau sejak Khamis lalu kerana mahu bersama keluarga dan menziarahi ahli keluarga yang tidak sihat.Katanya, ketika pulang keadaan laut tidak bergelora dan cuaca baik, tetapi sejak dua hari lalu keadaan berubah apabila ombak besar dan menyukarkan bot kecil keluar ke Kuala Besut.“Saya berharap dapat meneruskan peperiksaan esok dalam keadaan tenang selepas kami diselamatkan oleh pihak terbabit yang membantu perjalanan ke sekolah,” katanya.
27 Nov 17
375
25 Pengkalan Hadapan Setiu Sedia Hadapi Banjir
Mohd Khairul meninjau kelengkapan harian di pangkalan hadapan banjir di Daerah Setiu. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Setiu mengagihkan bekalan makanan dan kelengkapan harian di semua pangkalan hadapan daerah sebagai persediaan menghadapi banjir pada musim ini.Pegawai Kebajikan Masyarakat Setiu, Mohd Khairul Azhar Mat Jurit berkata, bekalan itu dihantar di 25 pangkalan hadapan itu sejak Oktober lalu untuk mangsa banjir yang bakal ditempatkan di pusat-pusat pemindahan."Bekalan yang dihantar cukup untuk tempoh tiga hari bagi permulaannya dan akan menambah bekalan seterusnya dari semasa ke semasa mengikut keperluan di pusat-pusat pemindahan daerah ini."Bekalan yang dihantar meliputi bekalan makanan seperti minyak masak, gula, sardin, serbuk kopi, teh, beras, bihun dan banyak lagi," katanya.Selain itu, katanya, keperluan harian lain ialah ubat gigi, lampin pakai buang, selimut tebal, kain selimut, tikar, tuala dan khemah dihantar ke pangkalan hadapan itu.Mohd Khairul berkata, terdapat empat pusat penyimpanan stok bekalan itu, selain di JKM daerah itu iaitu di Rumah Rehat Setiu, Mini Depo JKM dan Sekolah Kebangsaan Sri Langkap."JKM Setiu sudah bersedia 100 peratus dalam menghadapi musibah banjir yang sering melanda daerah itu setiap tahun."Persiapan dari segi sukarelawan juga telah bersiap siaga dengan diberi taklimat persediaan banjir kepada 25 sukarelawan JKM termasuk seorang pegawai kaunselor," katanya.
26 Nov 17
47
Dua Calon SPM Terkandas Di Pulau Perhentian
Dua pelajar dari Pulau Perhentian, Besut kemungkinan tidak dapat meneruskan kertas terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan esok, akibat terkandas di pulau berikutan cuaca buruk pada masa kini.Pelajar terbabit, Siti Nur Atiqah Azman dan Nor Fadilah Mohd Zaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alur Lintang Besut pulang ke kampung di pulau itu sejak Khamis lalu.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Perhentian, Zainuddin Mohamad berkata, pelajar berkenaan pulang ke kampung untuk bersama keluarga sejak Khamis selepas selesai menduduki peperiksaan pada hari itu, bagaimanapun mereka perlu kembali ke sekolah bagi menduduki kertas terakhir subjek Ekonomi.Katanya, pelajar terbabit terpaksa pulang ke pulau kerana tidak ada tempat tinggal dan sanak saudara yang menetap di darat.Zainuddin berkata, usaha untuk menghantar dua pelajar terbabit ke daratan hari ini gagal kerana ombak besar sekali gus menyukarkan semua bot untuk keluar ke Kuala Besut."Jika melihat kepada keadaan cuaca sekarang kemungkinan dalam tempoh seminggu bot tidak dapat keluar dan masuk ke daratan," katanya.Malah, katanya, berpuluh penduduk yang ada urusan penting di darat turut terkandas dan masih berada di jeti bagi menunggu cuaca baik untuk keluar ke bandar.Zainuddin berharap, pihak terbabit dapat membantu membawa keluar nasib dua pelajar terbabit bagi meneruskan peperiksaan demi masa depan mereka.
26 Nov 17
113
Serikandi Pertahan Classic Plate Kali Kedua
Ahmad Razif turut meraikan kemenangan Serikandi dalam kejohanan PTIWRBNM 2017 di Melaka.Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) berjaya mempertahankan gelaran juara bagi kategori Classic Plate dalam Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) di MITC, Melaka yang berakhir hari ini.Yang Dipertua Serikandi, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata, kemenangan tersebut adalah hasil tunjuk ajar oleh jurulatih selain kesungguhan oleh ahli Serikandi sendiri ketika bersaing."Syukur kali ini di Melaka kami (Serikandi) sekali lagi menjadi juara untuk kategori Classic Plate buat kali kedua. Ini adalah berkat tunjuk ajar daripada jurulatih kami ditambah pula dengan kesungguhan, semangat kerjasama dan kesukanan yang kuat serta jitu antara kalangan ahli-ahli Serikandi menyebabkan kami dapat menggenggam sekali lagi piala ini."Walaupun ahli-ahli Serikandi ini terdiri daripada kalangan isteri-isteri yang berkhidmat serta sibuk dengan tugas masing-masing mengikut suami ke sana sini tetapi Alhamdulillah kami dapat merealisasikan sekali lagi untuk menggenggam piala Classic Plate buat kali kedua," katanya kepada pemberita.Beliau ditemui pemberita dalam majlis Penutup PTIWRBNM di MITC Ayer Keroh, Melaka, hari ini.Majlis penutup tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Turut hadir Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Idris Haron dan Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Datin Seri Rosmah Mansor.Dengan kemenangan tersebut, pasukan badminton Serikandi membawa pulang medal serta piala iringan.
25 Nov 17
37
Jangan Sebar Khabar Angin Berkaitan Banjir - Jailani
Jailani melihat demontrasi yang dilakukan oleh pihak bomba dalam operasi menyelamat ketika banjirOrang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan khabar angin atau maklumat tidak benar melalui media sosial seperti 'Facebook' dan 'Whatapps' berkaitan banjir yang dijangka berlaku di beberapa negeri berikutan musim tengkujuh.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), Dato' Seri Jailani Johari berkata, penyebaran maklumat palsu terutama melalui aplikasi di laman sosial dijadikan medan menyebarkan fitnah yang menimbulkan rasa panik masyarakat adalah dilarang sama sekali.Katanya, SKMM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir yang akan turut menjejaskan operasi pasukan keselamatan terlibat."Saya nasihatkan jangan sesekali terima bulat-bulat tentang apa yang disiarkan dan disebar dalam media sosial, jangan percaya terus maklumat diterima, sebaliknya kena buat pengesahan dan rujukan kepada pihak yang berkaitan."Sebagai pengguna yang terdedah kepada akses internet, setiap individu perlu bijak menilai maklumat atau berita yang tidak tentu kesahihannya.. rujukan boleh dibuat sama ada dengan pihak pengurusan bencana seperti Pejabat Daerah atau pihak keselamatan dan berwajib seperti polis atau bomba,"katanya.Jailani berkata demikian kepada pemberita di Pelancaran Skuad Sukarelawan Bencana P038 & Penyampaian Vest CDERT di Dataran Lubuk Bayas, Sungai Kampung Menerong, Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik; Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu(JPNT), Nasrudin H.Mahmud, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam(APM) Negeri, Leftenan Kolonel (PA, Che Adam A Rahman.Jailani mencuba sistem radio amatur yang akan ditempatkan di semua pusat pemindahan banjir di Hulu TerengganuJailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu turut berkata, Hulu Terengganu menjadi parlimen pertama yang melancarkan Skuad Sukarelawan Bencana di Terengganu.Berhubung khidmat telekomunikasi, beliau berkata pihak kementerian turut mengambil perhatian serius dan memantau setiap masa aspek perkhidmatan telekomunikasi di seluruh negara terutama di kawasan dinaiki air bagi memastikan tidak terputus hubungan.Sebagai persediaan, syarikat penyedia perkhidmatan komunikasi turut melaksanakan program kesiapsiagaan menghadapi bencana secara fizikal seperti penyelenggaraan tapak menara, penyediaan genset mudah alih, telefon satelit Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE), bot, peralatan komunikasi radio amatur dan pasukan gerak bencana.Sementara itu, Che Adam A Rahman berkata, semua jabatan, agensi penyelamat dan pejabat daerah berada dalam 'mood' kesiapsiagaan menerima sebarang kemungkinan."Kita juga lakukan adakan rondaan berkala turut di kawasan rendah atau berisiko. Hebahan maklumat atau nasihat akan dibuat melalui media massa dan media sosial,"katanya.
23 Nov 17
93
Terengganu Bakal Bina Pusat Rehabilitasi Serba Lengkap
Ahmad Razif meninjau kemudahan yang berada di Pusat Rehabilitasi Perkeso, Melaka. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri akan berkolabarasi dengan Pusat Rehabilitasi Perkeso Melaka bagi membina pusat kesihatan yang sama di Terengganu dengan kemudahan serba lengkap.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kecanggihan dan kehebatan prasarana serta fasiliti di Pusat Rehabilitasi Perkeso itu menjadi contoh untuk mewujudkan kemudahan serupa di Terengganu.Katanya, dua lokasi sedang dikenal pasti bagi pembinaan pusat itu iaitu di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu serta di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu."Sebagai permulaan kerajaan negeri bercadang untuk membukanya terlebih dahulu di Hotel Permai Inn berhadapan dengan Hospital Kuala Terengganu Specialist (KTS) dan di samping itu kita juga berhasrat untuk buka pusat yang lebih besar dengan fasiliti lebih lengkap iaitu di Tasik Kenyir."Dalam seminggu atau dua minggu lagi pihak dari Pusat Rehabilitasi Perkeso ini akan berkunjung ke Terengganu bagi mengenal pasti dan juga memberikan nasihat selain sebagai konsultan kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan projek ini," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam lawatannya di Pusat Rehabilitasi Perkeso, Melaka, hari ini.Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato' Mohamat Muda, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Pengurus Eksekutif Pusat Rehabilitasi Perkeso, Dr Hafez Hussain.Ahmad Razif, pusat rehabilitasi yang akan dibina itu akan memberi fokus kepada atlet Terengganu yang mengalami masalah kesihatan."Kita akan memberi fokus terutamanya kepada atlet-atlet disebabkan Terengganu merupakan salah satu negeri yang mengeluarkan atlet-atlet berkualiti."Jadi kerana memikirkan sosial kepada mereka, kerajaan negeri akan memastikan atlet-atlet kita yang cedera ataupun menghadapi masalah kesihatan serta sebagainya dijaga kerana sumbangannya kepada negeri."Di samping itu juga, kita akan memberi perkhidmatan dan fokus kepada rakyat-rakyat kita, rakyat negeri Terengganu," katanya.Dalam masa yang sama, Ahmad Razif berkata pusat rehabilitasi di Permai Inn akan dibina secepat mungkin.Katanya, ia mungkin akan boleh memulakan operasinya pada Januari atau Februari tahun hadapan.
23 Nov 17
2151
Anak Peniaga Pasar Malam Raih 6A
Berhasrat mahu mengubah nasib keluarga, Amna Alifa Zabidi, 12, anak kepada seorang peniaga pasar malam berjaya mendapat 6A dalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR)yang diumumkan hari ini.Menurut murid Sekolah Kebangsaan Seri Buluh, dia tidak menyangka akan berjaya dengan cemerlang menyifatkan kejayaannya dalam adalah hadiah kepada kedua ibu bapanya yang telah banyak berkorban selama ini."Ummi dan Abah adalah tonggak utama kepada kejayaan ini kerana tanpa restu dan berkat doa mereka adalah mustahil untuk saya berjaya."Amna juga nak ucapkan terima kasih kepada semua guru di SK Seri Buluh kerana telah banyak berkorban dan memberi tunjuk ajar bagi membolehkannya memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR tahun ini,"katanya ketika ditemui Teganukita di kediamannya di Kampung Buluh, Hulu Terengganu, hari ini.Amna berkata, keputusan 6A adalah di luar jangkaan dan ini menambahkan kegembiraan kerana hasil kerja keras mengulang kaji pelajaran berbaloi.Dia juga menyifatkan kejayaannya pada hari ini adalah berkat doa kepada Allah SWT selain usaha dan sokongan guru serta ahli keluarga terutama ibu bapanya.“Saya belajar sama sahaja seperti orang lain,belajar secara berkumpulan yang mana kami akan menjadi 'guru' bagi setiap subjek yang kami mahir dan berkongsi ilmu dengan kawan-kawan."Bila pulang ke rumah, saya lebih santai belajar,meluangkan masa membantu ummi mengemas rumah dan kadang-kadang membantu abah berniaga di pasar malam namun menjelang peperiksaan UPSR saya kurangkan aktiviti kerana memberikan fokus mengulang kaji pelajaran," katanya.Berkongsi cita-cita ingin menjadi pensyarah Amna berkata, dia kini sedang memohon melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) sebagaimana kakak sulungnya Aqila Nazurah Zabidi pelajar Tingkatan Empat sekolah itu.Sementara itu, ibunya, Jamilah Embong, 36, surirumah berkata, dia dan suami, Zabidi Ismail,45, bersyukur dan gembira dengan kejayaan cemerlang anaknya itu."Syukurlah anak saya mudah faham apa yang dipelajarinya dan sentiasa mengulangkaji pelajarannya tak kira masa malah merupakan anak yang patuh kepada ibu bapa."Sebagai ibu, saya tidak menekan pembelajaran di rumah bagi memberikan sedikit ruang untuk Amna rehatkan minda dan tenaganya cuma menitikberatkan penjagaan solat dan amalan membaca al-Quran setiap hari,"katanya.
23 Nov 17
185
90 Peratus Pengundi Cina Kemaman Pilih BN
Hampir 90 peratus daripada 3,816 pengundi Cina di Parlimen Kemaman dijangka memihak Kerajaan Barisan Nasional(BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14( PRU4) nanti.Pengerusi Penganjur Program Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Terengganu Bersama Masyarakat Cina Kemaman, Dato' Soh Kok Hiang berkata, kerjasama dan sokongan daripada 27 ketua-ketua persatuan dan badan bukan kerajaan(NGO) yang ada, pihaknya yakin pengundi Cina di Parlimen Kemaman akan kembali menyokong BN pada PRU tidak lama lagi."Kami tidak akan lupa budi baik kerajaan negeri dalam membantu masyarakat Cina walaupun peratusan pihak kami(masyarakat Cina)di Terengganu adalah amat sedikit."Kami juga yakin di bawah pentadbiran Barisan Nasional, Negeri Terengganu akan lebih cemerlang dengan muafakat dan kerjasama antara semua pihak lebih baik dalam segala urusan,"katanya.Kok Hiang berkata demikian kepada pemberita di Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Terengganu Bersama Masyarakat Cina Kemaman anjuran Kelab Kemaman Dan NGO Kemaman di Dewan Komuniti Tionghua di Chukai,Kemaman, malam tadi.Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau, Ir Rosli Othman yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Chukai, Dato’ Mohamad Awang Tera dan Pegawai Daerah Kemaman, Mohd Zahari Mohd Azahar.Hampir 3,000 masyarakat Cina pelbagai lapisan hadir bagi menyatakan sokongan mereka terhadap pimpinan Menteri Besar dan Kerajaan BN.Sementara itu, Ir.Rosli dalam ucapannya, memaklumkan kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi membaik pulih Dewan Komuniti Tionghua.Beliau yang kelihatan cukup teruja dengan kehadiran ramai serta sambutan penuh gemilang berkata, dengan adanya sokongan yang begitu baik, ia satu petanda positif yang akan membantu kemenangan BN serta memastikan kemakmuran yang berterusan di Kemaman khasnya di Chukai.Bagi Pengerusi Persatuan Kelab Cina Kemaman, Dato’ Alex Teck Hwa pula berazam akan terus bekerja kuat dan membantu memenangkan BN bagi DUN Chukai dan Parlimen Kemaman khasnya."Selama ini Kerajaan BN yang banyak membantu masyarakat cina di Kemaman...kita boleh menilai yang mana intan yang mana kaca, kita tahu yang mana menolong ketika susah dan datang ketika senang."Saat kami susah atau dilanda masalah, hanya BN yang banyak bantu berbanding pembangkang," katanya.
22 Nov 17
297
Tangisan Gembira Iringi Kepulangan Nelayan Ditahan Di Indonesia
Zaidi dan Firdaus dikelilingi keluarga masing-masing sejurus tiba di kampung halaman petang ini selepas hampir lapan bulan ditahan pihak berkuasa Indonesia. Foto oleh Zulkipli C W PutraTangisan gembira mengiringi pembebasan dua daripada tiga nelayan yang selamat pulang ke kampung halaman hari ini, selepas hampir lapan bulan ditahan di Indonesia.Mohd Zaidi Mohammad, 23, dari Seberang Takir dan Firdaus Mohamad, 27, dari Kemaman ditahan sebagai saksi perbicaraan tekong bot, Abdul Rashid Nik, 52, yang kini masih ditahan pihak berkuasa Indonesia.Kepulangan Zaidi dan Firdaus disambut dengan penuh kesyukuran dan gembira oleh ahli keluarga serta rakan rapat masing-masing di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, petang ini."Terima kasih kepada YAB MB (Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman) sebab tolong usahakan kami bebas dan dapat balik ke pangkuan keluarga selepas hampir lapan bulan ditahan.Zaidi"Memang perit dan trauma dengan apa yang kami lalui, tapi syukur sebab akhirnya kami bebas,"kata Zaidi.Menurut anak bongsu daripada enam beradik itu, sepanjang ditahan, dia sentiasa berdoa dan berharap dapat dibebaskan segera yang mungkin kerana tidak sanggup untuk terus menanggung kerinduan berjauhan dengan keluarga terutama ibunya, Rukiah Mustafa, 52.Sementara Firdaus pula berkata, dia masih sempat menghubungi keluarga dan isteri Erna Abd Rashid, 21, bagi bertanya khabar dan melepas kerinduan menerusi telefon yang dipinjam daripada penduduk kampung sepanjang ditahan."Saya sangat bersyukur sebab dapat jumpa semula isteri dan keluarga. Tempoh lapan bulan itu cukup berat ujian dan membuatkan saya serik.. bimbang peristiwa malang ini berulang lagi.Firdaus"Saya sentiasa memikirkan bagaimana kesudahan proses perbicaraan itu.. Malah ketika hari pertama ditahan, saya juga membayangkan akan mati. Saya turut dimaklumkan orang Indonesia, mungkin penahanan boleh memakan masa yang sangat lama sehingga beberapa tahun..Tidak tahu berapa lama perlu tunggu,"katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar atas inisiatif mengusahakan pembebasan mereka.Pada 27 Mei lalu, dua daripada lima nelayan yang ditahan itu, iaitu Mohd Fadly Jaafar, 40 dan Abdul Halim Nik, 43, masing-masing dari Seberang Takir berjaya dibebaskan selepas sebulan ditahan.Dalam insiden, 8 April lalu, lima nelayan terbabit bersama seorang awak-awak warga Thailand ditahan pasukan Tentera Laut Indonesia ketika berada pada jarak lima batu nautika melepasi sempadan perairan antarabangsa kira-kira 11.30 pagi.Pembebasan nelayan berkenaan adalah hasil saluran rasmi dan usaha peribadi penyelaras misi, Badrul Hisham Zaki bagi membawa pulang mereka dengan kerjasama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif.Turut serta menguruskannya bagi pihak Menteri Besar, Setiausaha Politik beliau, Dr. Rozailan Mamat.
22 Nov 17
231