lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Lebih 500 Hadiri Ambang Maulidur Rasul
Lebih 500 jemaah memenuhi Masjid Abidin, Kuala Terengganu dalam Majlis Sambutan Ambang Maulidur Rasul 1439H/2017M peringkat negeri Terengganu yang berlangsung semalam.Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Yang Dipertua Maidam, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail.Majlis yang dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah tersebut turut diselang dengan alunan selawat dan qasidah oleh Kumpulan Soutul Muhibbin Madrasah Al-Muhajirin Bukit Jong serta ceramah Tausiyah Perdana oleh Tokoh Ulama Nusantara, Sheikh Rohimuddin Nawawi Al-Bantani.Selepas selesai majlis tersebut, jemaah turut disajikan dengan jamuan.
01 Dec 17
50
Empty Image
Jangan Tunggu Untuk Berpindah - Hairysam
Hairysam bersama anggotanya meminta Saadiah Osman bersiap sedia untuk pindah jika paras air makin naikJangan jadikan paras air sebagai aras pengukur untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir sebaliknya patuhi arahan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini, demikian nasihat Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Berang, Penolong Penguasa Bomba, Hairysam Mat Taha.Menurutnya, penduduk yang terlibat perlu akur dengan arahan yang dikeluarkan demi keselamatan mereka dan ahli keluarga.Tinjauan Teganukita bersama pihak Bomba dan Penyelamat Kuala Berang ke Kampung Nibong dan Bukit Tadok ekoran air semakin naik apabila hujan lebat sejak semalam bagi memastikan penduduk yang terlibat berpindah segera sebelum banjir lebih teruk."Biasanya dah menjadi amalan bagi mereka, air sudah mencecah anak tangga rumah atau lantai..barulah nak berpindah dan ini menyukarkan pihak yang terlibat untuk melakukan operasi menyelamat."Kalau banjir semakin besar, semakin sukar lah pihak kami untuk ambil mangsa sekiranya malam dan ditambah lagi dengan arus air deras...jadi saya nasihatkan berpindah awal demi kebaikan semua pihak kerana paras air Sungai Telemong makin meningkat,"katanya kepada pemberita di Kampung Nibong, Hulu Terengganu.Hairysam berkata, dengan kekuatan anggota seramai 52 orang, tidak mustahil menyukarkan pergerakan sekiranya berlaku banjir yang lebih teruk dan kerjasama semua pihak terutama penduduk amat diperlukan.Tambahnya lagi, ibu bapa juga perlu memantau anak-anak daripada bermain banjir dan jangan jadikan banjir sebagai pesta demi keselamatan mereka.Bagi Saadiah Osman,42, dari Kampung Nibong, beliau akan berpindah sekiranya air mula mencecah tiga anak tangga rumahnya dan itu merupakan amalan mereka sekeluarga."Tapi jika tengok suasana hari ini, nampaknya air makin besar sejak jam 10 pagi tadi, kami sudah bersedia berpindah bila-bila masa,"katanya.Sementara itu bagi pasangan suami isteri, Hassan Abdullah,71, dan Minah Ahmad,66, juga dari Kampung Nibong menegaskan mereka akan berpindah dalam masa terdekat memandangkan air semakin naik dengan cepat."Pak cik tengok air cukup laju dengan hujan lebat sejak semalam ditambah lagi air banjir yang pertama belum lagi surut sepenuhnya."Semua barang-barang sudah lama dinaikkan ke tempat yang lebih tinggi dan dokumen penting akan dibawa bersama nanti"katanya.
01 Dec 17
97
Empty Image
Sultan Terengganu Minta Maidam Tangani Isu Cabar Kesucian Ajaran Islam
Sultan Mizan berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat  Terengganu di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail  Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di  negeri ini dapat melipatgandakan kekuatan dan semangat dengan mengamalkan suruhan agama bukan sahaja amalan wajib malahan juga amalan sunat secara sempurna dan yakin.Titah baginda, mutakhir ni kedegaran suara- suara yang mencabar kesucian ajaran Islam dan mempertikaikan kedudukan Islam di dalam perlembagaan negara kita."Perkara- perkara negatif seumpama ini jika wajar dibiarkan kerana akan menimbulkan kecelaruan orang ramai khususnya umat Islam serta menjejaskan keharmonian beragama."Justeru itu, beta menyeru Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) supaya mengambil tindakan dalam menangani perkara ini, " titah baginda.Sultan Terengganu bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu yang bertemakan `Kesatuan Ummah Kesejahteraan negara’ di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda Tengku Fatimatuz Zahra'.Hadir sama, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib bersama barisan exco kerajaan negeri lain.Sultan Mizan mencadangkan setiap kali bangkitnya isu semasa yang boleh menimbulkan kecelaruan dalam beragama, masyarakat awam di negeri ini perlu diberi pencerahan ilmiah dengan mengadakan kuliah, seminar, kursus, kutbah dan edaran risalah."Pada masa sama beta mengesa agar memperbanyakan majlis zikir supaya cahaya kebaikan zikrullah akan menghapuskan kegelapan kejahatan di samping mendapat keberkatan dari Allah, " titah baginda
30 Nov 17
91
Empty Image
Kesejahteraan Negara Perlu Dijaga- Ahmad Razif
Sultan Terengganu berkenan merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat  Terengganu. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailKesejahteraan negara sudah tentu tidak akan tercapai sepenuhnya jika aspek kesatuan ummah tidak dapat dijaga dan dipupuk dengan baik. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata oleh itu, untuk memupuk kesatuan ummah maka wajarlah ia dilakukan melalui penghayatan dan penerapan nilai-nilai murni dengan menghindari perasaan permusuhan dan benci-membenci.Katanya, sebaliknya perlu menanam sikap saling maaf-bermaafan sebagaimana yang diabadikan dalam sirah kehidupan baginda Rasulullah S.A.W.“Umat Islam di Terengganu khasnya, hendaklah menghidupkan suasana saling kasih mengasihi, hormat–menghormati dan membina persaudaraan dalam suasana yang penuh keampunan, rahmat dan keredhaan Allah S.W.T.“Sama–samalah kita ingat mengingati, bahawa keamanan dan kesejahteraan Terengganu  dan negara yang kita kecapi selama ini adalah kerana perpaduan dan ikatan persaudaraan, bukan setakat sesama kita umat Islam malah perpaduan dengan kaum lain tanpa mengira bangsa dan agama,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat  Terengganu di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan sambutan yang dihadiri kira-kira 2,000 peserta.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda Tengku Fatimatuz Zahra'.Hadir sama, Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib bersama barisan exco kerajaan negeri lain.
30 Nov 17
39
Empty Image
Perlaksanaan NBOS Hulu Terengganu Cemerlang
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu,DSP Adli Mat Daud membersihkan ruang tamu Fatimah Jusoh sambil di bantu oleh anggotanya.Semua jabatan dan agensi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melaksnakan  Kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan(NBOS) dengan cemerlang dalam tempoh gelombang pertama banjir yang melanda Hulu Terengganu baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu merangkap Komander Medan Operasi Bencana,DSP Adli Mat Daud berkata dengan kerjasama baik antara semua jabatan dan agensi serta masyarakat yang terlibat,tidak berlaku kejadian yang tidak diingini di daerah ini."Kita akan meneruskan kerjasama ini dan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa demi memantapkan lagi SOP banjir di daerah ini."Dan jika ada berlaku permasalahan berkaitan sebarang bencana boleh terus menghubungi agensi berkaitan untuk diambil tindakan seterusnya,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Tangan Bersalam PDRM Pasca Banjir di Kampung Kuala Ping,hari ini.DSP Adli Mat Daud menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada Fatimah Jusoh di rumahnya di Kampung Kuala PingMenurut Adli, program kemasyarakatan di bawah 'Community Polising' ini dilaksanakan oleh PDRM bagi membantu mereka yang terjejas selepas pasca banjir."Dengan kekuatan lima pegawai kanan dan 40 anggota kami jangka dapat bersama-sama masyarakat untuk bersih empat buah rumah yang dilanda teruk banjir baru-baru ini.“Pihak kami menasihatkan supaya mana-mana kediaman  mereka yang sering dilanda banjir agar sentiasa bersiap sedia dan berpindah awal bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,”katanya.Sementara itu, pemilik rumah Fatimah Jusoh, 54, berkata pertolongan pada hari ini bagaikan pucuk di cita ulam mendatang saat ditimpa musibah.Katanya, sebagai ibu tunggal kepada tujuh orang anak yang hanya mengharapkan hasil jualan roti canai,dia sudah tidak terdaya untuk membersihkan rumahnya kerana faktor kesihatan."Mak cik tinggal bersama dua orang anak sebab yang lain sudah berkeluarga jadi nak harapkan dua beradik ni memang tak sempat."Memang saban tahun la rumah mak cik dinaiki air setinggi 1.5 meter kerana  terlalu dekat dengan sungai Telemong iaitu lebih kurang 100 meter,”katanya.
30 Nov 17
57
Empty Image
MB, Dua Exco Terima Pengiktirafan Bomba
Ahmad Razif bersama dua Exco Kerajaan Negeri menerima penganugerahan dari jabatan Bomba. Foto Zulkifli C W PutraMenteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini menerima pengiktirafan daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi pemakaian Pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).Manakala dua exco kerajaan negeri iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang pula menerima anugerah Pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba.Pemakaian pangkat itu disempurnakan Ketua Pengarah jabatan itu, Dato' Seri Wan Mohd Nor Ibrahim, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Wan Mohd berkata, penganugerahan pangkat itu sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan inisiatif Ahmad Razif bersama barisan pemimpin lain dalam membangunkan Terengganu.Katanya, anugerah itu juga sebagai menyanjung keprihatinan pemimpin berkenaan yang sering memantau dan turun padang apabila berlaku bencana seperti banjir, ribut dan kebakaran.“Tidak pernah jemu menyokong kempen keselamatan dan pencegahan kebakaran anjuran jabatan Bomba dengan matlamat menjadikan  Terengganu antara negeri paling selamat untuk dilawati atau didiami,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir EmbongKatanya, ia juga bagi menjadikan Ahmad Razif  sebagai ikon untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam bidang kebombaan.“Idea dan inisiatif beliau juga akan menjadi inspirasi kepada warga jabatan bomba untuk terus memberikan perkhidmatan kebombaan yang cemerlang,”katanya.
30 Nov 17
503
Empty Image
Skuad Sukarelawan Perwani Muda Komited Bantu Mangsa Banjir
To' Puan Seri Halina dan Roslee bergambar dengan sebahagian wanita yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraJabatan Pembangunan Wanita (JPW) Terengganu menggerakkan skuad sukarelawan muda Perkumpulan Wanita (Perwani) di bawah jabatan itu bagi membantu mereka yang ditimpa bencana banjir.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, skuad yang dianggotai anggota Perwani berusia 40 tahun ke bawah itu aktif turun padang membantu masyarakat memerlukan.“Mereka sangat komited membantu mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan termasuklah memberikan kaunseling kepada mangsa yang berdepan dengan trauma akibat bencana itu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri yang dirasmikan oleh isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, kira-kira 400 sukarelawan skuad terbabit sentiasa bersiap siaga untuk memberi khidmat di semua pusat pemindahan banjir yang dibuka di negeri ini.Sementara itu, mengulas mengenai Sambutan Hari Wanita yang diadakan Roslee berkata, bertepatan dengan tema ‘Be Bold For Change’, kaum wanita di negeri ini disarankan berani membuat perubahan dan menghadapi cabaran mendatang.“Kita harap wanita-wanita negeri Terengganu boleh meningkatkan lagi prestasi termasuk dalam kerjaya yang mereka ceburi.“Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian untuk memastikan agenda pembangunan wanita selaras dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa,” ujarnya.
29 Nov 17
82
Empty Image
Pengamal Media Cetus Inspirasi
Para pemenang bagi Majlis Anugerah Media Kreatif TTB bersama Dato' Zubir di Wisma Darul Iman. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Pengamal media diharapkan membawa khabar yang baik, membina semangat, memberi inspirasi, menyatukan sekali gus mendorong rakyat untuk mencatat lebih banyak kejayaan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pada zaman ini, hampir semua orang di dunia mahir dan seronok menggunakan mata pena melalui media sosial.Katanya, pembangkang boleh bercerita apa sahaja selain mereka sebarang cerita seperti kerajaan membawa masuk 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13."Kita (media) harus lawan dan nafikan sebarang fitnah dengan menyerang balas tetapi sekiranya kita mahukan sokongan yang lebih positif dan berkekalan, kita harus serang dengan menceritakan perkara yang baik  dengan emosi lebih mendalam, bukan semata–mata kenyataan kaku tanpa sebarang makna."Kita juga sebenarnya telah mencapai banyak cerita-cerita kejayaan. Cerita-cerita begini adalah sangat baik untuk sama-sama kita kongsikan dengan rakyat. Ini kerana, cerita-cerita kejayaan ini adalah datangnya dari rakyat Terengganu sendiri," katanya.Teks ucapan beliau disampaikan oleh yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dalam Majlis Anugerah Karyawan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengarah Unit Transformasi Terengganu Baharu  (UTTB), Che Mansor Che Kerma.Dalam majlis anjuran UTTB dengan kerjasama Pertubuhan Karyawan Kreatif Terengganu Darul Iman tersebut, pelancaran lagu 'Tranung Molek Doh' turut diadakan hasil ciptaan Ahmad Razif sendiri.Selain itu, majlis tersebut turut meraikan pengamal-pengamal media yang bertungkus lumus menyajikan maklumat kepada orang awam.Empat kategori dipertandingkan iaitu Kategori Berita dan Rencana, Kategori Online Terbaik, Kategori Video dan Kategori Foto.Bagi Kategori Berita dan Rencana, Rosli Zakaria dari New Straits Times muncul johan manakala Kategori Online Terbaik, menjadi milik wartawan Berita Harian, Baharom Che Bakar untuk dinobatkan sebagai johan.Paparan Lokan Kampung Laut oleh Yusof Sobri Awang dan Taufik Adnan dari RTM pula muncul sebagai juara bagi Kategori Video, sementara jurufoto dari Unit Komunikasi Negeri, Harish Fadzillah Abu Kasim memenangi hadiah utama bagi Kategori Foto.Pemenang utama bagi setiap kategori tersebut membawa pulang plak, sijil dan wang tunai.
29 Nov 17
106
Empty Image
Penternak Bawa 14 Ekor Kambing Berlindung Di Rumah
Sebahagian Kambing yang sedang berehat di ruang tamu sambil diperhatikan Rohani.Jika lazimnya kambing bermalam di kandang tetapi berbeza pula di Kampung Nibong, Hulu Terengganu, haiwan berkenaan mendapat layanan istimewa apabila berlindung di ruang tamu rumah penternaknya, sejak tiga hari lalu.Pemilik haiwan itu, Rohani Mamat, 57, ini merupakan kali pertama dia membawa 14 ekor kambingnya bermalam dalam rumah selepas kandang ternakan yang terletak bersebelahan kediamannya itu rosak teruk akibat ditimpa ribut pada Ahad lalu.Katanya, selepas kejadian tengah hari itu, dia dan suami, Ismail Othman, 60, meletakkan kesemua kambing berkenaan di bawah rumah untuk berteduh bagaimanapun terpaksa dibawa naik ke rumah ekoran hujan lebat dan kawasan sekitar yang mulai dinaiki air."Oleh kerana hujan lebat berterusan dan banjir maka tiada tempat untuk mereka bermalam jadi dalam pukul 3 pagi, saya biarkan 14 ekor kambing tu tidur di rumah sebab kasihan lagi pun sudah macam ahli keluarga sendiri."Sehingga hari ini sudah dua malam kesemuanya tidur dalam rumah. Saya cuma mahu haiwan peliharaan kami mendapat tempat berteduh yang selesa terutama pada musim tengkujuh ini,"kata ibu kepada tiga cahaya mata ini ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nibong, hari ini.Menurut Rohani, antara pengorbanan yang dia dan suami terpaksa lakukan ialah mencuci ruang tamu selang empat jam sehari bagi memastikan kawasan berkenaan bersih daripada sebarang najis kambing."Sebelum ini, kambing-kambing semuanya kami bela kat rumah ibu di Kampung Matang dan baru sahaja dipindahkan ke sini sebaik sahaja kandang bernilai RM5,000 siap dibina."Tapi kejadian ribut baru-baru ini musnahkan segalanya dan ini merupakan pengalaman pertama kami menghadapi musim bah kali ni,"katanya.
29 Nov 17
1040
Empty Image
Terengganu Inc Bayar Dividen RM5 Juta Kepada Enam Agensi Pemegang Saham
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak (kiri) menyerahkan replika cek kepada Menteri Besar sempena Majlis Penyampaian Agihan Dividen Terengganu Incorporated Sdn Bhd Kepada Pemegang Saham di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraAnak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd membayar dividen sebanyak RM5,004,016.18 kepada enam agensi pemegang sahamnya bagi tahun kewangan berakhir 2016.Syarikat pegangan pelaburan utama negeri Terengganu itu membuat pembayaran kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Yayasan Terengganu, Yayasan Islam Terengganu (YIT), Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan Menteri Besar (Terengganu) Incorporated.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, walaupun berhadapan dengan kekangan kewangan disebabkan situasi semasa ekonomi global, ianya tidak menghalang pembayaran dividen tersebut dilaksanakan.Katanya, agihan dividen itu disifatkan sebagai pencapaian memberangsangkan dan akan turut dirasai oleh rakyat negeri ini.“Sejak ditubuhkan pada 2006 sehingga tahun lalu, Terengganu Inc telah membuat bayaran dividen sebanyak RM59,893,128.19 kepada pemegang sahamnya.“Ia adalah salah satu daripada lakaran cerita kejayaan daripada ratusan cerita kejayaan yang dicapai oleh negeri ini,” katanya pada sidang media sempena Majlis Penyampaian Agihan Dividen Terengganu Incorporated Sdn Bhd Kepada Pemegang Saham di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A.Rahman Yahya.Agihan dividen itu menyaksikan sebanyak RM3,745,426.51 akan dibayar kepada Menteri Besar (Terengganu) Incorporated, RM956,024.99 (PMINT), RM89, 318.50 (Yayasan Terengganu), RM75,181.41 (Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Terengganu dan RM138,064.77 kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu.Ahmad Razif berkata, Terengganu Inc sedang melaksanakan beberapa pelan strategik bagi memastikan prestasi kewangan dan pelaburan kumpulan kekal kukuh bagi mendepani ketidaktentuan ekonomi semasa.“Antara pelan strategik itu meliputi penyelarasan semula aktiviti di bawah agensi kerajaan negeri, penstrukturan semula Kumpulan Terengganu Inc dan pelaksanaan Strategic Business Pelan 2018 -2020 secara menyeluruh bagi Kumpulan Terengganu Inc.“Kita yakin usaha itu akan membuahkan hasil serta memberi pulangan lumayan kepada rakyat negeri ini," ujarnya.
29 Nov 17
530