Artikel "Semasa" Terkini
Dana Bakti Remaja 2018 Boleh Dimohon Mulai Hari Ini
Permohonan Program Dana Bakti Remaja 2018 dibuka selama sebulan mulai 4 Disember 2017 hingga 4 Januari 2018.Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, permohonan yang perlu dibuat secara atas talian itu diwajibkan kepada pemohon samada yang telah memohon sebelum ini atau pemohon baharu dimana pemohon diminta mengisi kembali permohonan dan tiada kemaskini maklumat.Katanya, pendaftaran boleh dibuat melalui laman web www.danattb.terengganu.gov.my“Antara syarat kelayakannya, pemohon mestilah rakyat Terengganu dan jumlah pendapatan bulanan hendaklah tidak melebihi RM1,500 sebulan.“Berumur diantara 21 tahun hingga 40 tahun dan belum berkahwin pada tarikh pengisian borang,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.Katanya, pemohon juga wajib mendaftar sebagai daftar pemilih di Terengganu (dikecualikan kepada pemohon yang berumur 21 tahun pada tahun semasa).Beliau berkata, borang permohonan yang telah diisi perlu mendapatkan pengesahan daripada Pengerusi J3K masing-masing.Program Dana Bakti Remaja telah memasuki 13 tahun perlaksanaannya dan tahun ketiga bagi program Transformasi Orang Muda (TOM).
03 Dec 17
50
Pelajar Islam UniSZA Tidak Terlibat Ajaran Sesat
Cubaan memesongkan agama yang menggunakan nama ‘Mother of God’ di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak tidak menyasarkan pelajar Islam.Sebaliknya kumpulan ajaran sesat terdiri daripada tujuh individu itu dikesan hanya menumpukan mahasiswa di kalangan mereka bukan beragama Islam.Naib Canselor universiti itu, Dato' Dr Ahmad Zubaidi Ab Latif berkata, pihaknya mengakui ada aduan mengenai usaha penyebaran ajaran sesat itu di universiti berkenaan.Katanya, bagaimanapun pihaknya dapat menangani kegiatan itu hasil kerjasama semua pihak termasuk pelajar dan polis dalam tempoh yang singkat."Difahamkan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran itu sudah dalam makluman dan siasatan pihak berkuasa."Kami memperketatkan lagi tahap keselamatan di UniSZA selain sentiasa membuat pemantauan di kalangan pelajar termasuk 568 orang pelajar bukan berbangsa Melayu di UniSZA," katanya kepada pemberita pada sidang media di UniSZA, Kuala Nerus, hari ini.Ahmad Zubaidi turut memberitahu selain penganut agama Islam, pihaknya juga menjaga kebajikan semua pelajar bukan Islam dan berusaha mencegah mereka daripada terbabit dengan ajaran baru yang boleh menimbulkan pelbagai masalah."Kegiatan penyebaran ajaran Mother of God itu sudah dikawal dan usaha penyebarannya sejak 13 November lalu di UniSZA dapat dikawal."Saya memuji pelajar-pelajar yang prihatin tampil membuat aduan sehingga kegiatan pihak berkenaan dapat dipatahkan," katanya.Sebelum ini, tular mengenai penyebaran ajaran sesat yang mengaitkan agama Kristian di kalangan pelajar bukan Islam di UniSZA.Ajaran World Mission Society Church Of God yang dikenali sebagai Mother of God disebarkan di universiti itu sejak 13 November lalu melalui beberapa orang individu yang kononnya menawarkan tawaran projek tahun akhir kepada pelajar bukan Islam. Bagaimanapun perkara itu tersebar selepas seorang daripada pelajar yang ditemui kumpulan itu berasa ragu dan membuat laporan kepada pihak UniSZA.
03 Dec 17
212
Banjir Punca Tambakan Tanah Di Tanah Persendirian
A. Latiff meluangkan masa bersama kanak-kanak yang berada di pusat pemindahan banjir di SK Bukit Gasing, Marang, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Banjir yang berlaku di Marang berpunca daripada fenomena air pasang serta penambakan tanah di tanah persendirian oleh penduduk setempat di kawasan laluan keluar air ke laut serta parit besar.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang berkata, banjir gelombang kedua pada kali ini menyebabkan seramai 527 mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payung, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gasing, SK Marang dan SK Pasir Putih.Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang berkata, pihaknya telah mengenal pasti punca banjir di kawasan tersebut yang memerlukan penduduk berpindah segera.“Air laut pasang membuatkan air sungai-sungai tidak dapat keluar dengan cepat membuatkan ianya bertakung dan bertahan sekali gus mengakibatkan cepat naik mengakibatkan banjir di kawasan pantai.“Di samping itu kita juga kenal pasti punca air bertakung ini disebabkan oleh sistem perparitan yang hari ini dilihat makin kritikal. Parit yang kita bina itu telah sempurna, tapi disebabkan oleh penambakan ditanah-tanah persendirian yang juga merupakan laluan air untuk keluar ke parit besar dan ke laut,” katanya.Beliau ditemui pemberita dalam lawatan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing, Marang, hari ini.Seramai 270 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan tersebut sehingga tengah hari tadi.Dalam pada itu, A. Latiff berharap agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat mengenakan syarat tambahan untuk sebarang kerja penambakan tanah bagi pemilik tanah persendirian.“Pihak PBT boleh buat syarat ketinggian dan sebagainya selain Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu memain peranan supaya penambakan oleh individu persendirian ini tidak melibatkan simpanan JPS.“Kadang-kadang mereka ini tambak tanah sehingga ke kawasan JPS dan ini membuatkan air tersekat. Kita harap jabatan-jabatan terlibat membuat pemantauan secara serius sebelum berlakunya banjir,” katanya.A. Latiff juga berharap agar dapat memupuk kesedaran di kalangan masyarakat itu sendiri supaya mempunyai rasa tanggungjawab agar fenomena sebegini tidak berlaku dan menjaga keaslian ataupun perjalanan air apabila berlakunya banjir.
03 Dec 17
197
AppsJHEAT Peranti Cegah Maksiat
Ghazali (dua kanan) menunjukkan aplikasi AppsJHEAT kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim ketika melancarkan AppsJHEAT Modul e-Maksiat sempena Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JHEAT Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraJabatan Agama Islam Negeri Terengganu (JHEAT) memperkenalkan aplikasi dikenali AppsJHEAT bagi memudahkan masyarakat melaporkan sebarang aktiviti kesalahan syariah yang berlaku di negeri ini.Aplikasi itu boleh dimuat naik secara percuma melalui Google Play bagi telefon yang menggunakan sistem android bermula hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, teknologi telefon pintar itu memudahkan orang ramai membuat aduan sekaligus meningkatkan keberkesanan JHEAT mencegah kegiatan maksiat yang berkaitan dengan jenayah syariah.“Aplikasi AppsJHEAT adalah projek yang dibangunkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Alfateh JHEAT pada tahun 2016.“Aplikasi ini merupakan program inovasi penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang dapat memudahkan orang ramai untuk menyalurkan maklumat aktiviti kesalahan syariah kepada bahagian penguatkuasaan syariah JHEAT,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan AppsJHEAT Modul e-Maksiat sempena Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JHEAT Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim.Pada majlis itu, seramai 71 kakitangan JHEAT diraikan melalui pemberian sijil penghargaan dan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM1,000 seorang berdasarkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan sepanjang tahun lalu.Ghazali berkata, sebelum ini laporan tentang aktiviti kesalahan syariah oleh orang awam hanya melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas sahaja.“Kaedah tersebut dilihat agak menyukarkan kerana ramai yang tidak tahu nombor telefon penguatkuasa syariah dan penyaluran maklumat melalui panggilan juga agak terhad kerana pelapor tidak dapat menghantar gambar aktiviti dan lokasi aktiviti maksiat yang terjadi dengan tepat,” ujarnya.Katanya, dengan adanya sistem pelaporan aktiviti maksiat secara online (e-Maksiat) yang ada di dalam aplikasi mudah alih AppsJHEAT, semua masalah tersebut dapat diatasi.Menurut Ghazali, seramai 120 anggota penguatkuasa JHEAT di seluruh negeri ini sentiasa bersiap sedia dan bertindak ke atas laporan yang diterima berkaitan jenayah syariah termasuk kes khalwat, perbuatan tidak sopan di tempat awam, berjudi, tidak menunaikan sembahyang Jumaat, tidak menghormati Ramadhan serta pungutan khairat tanpa kebenaran.
02 Dec 17
1790
Hakisan Pantai Di Mengabang Telipot Diberi Perhatian Kerajaan Untuk Diatasi
Menteri Besar meninjau hakisan pantai Mengabang Telipot, Kuala Nerus, petang tadi. Foto Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri memberi perhatian yang penting terhadap kejadian hakisan pantai di sekitar Mengabang Telipot, Kuala Nerus untuk ditangani.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman petang ini membuat tinjauan kerja ke pantai Mengabang Telipot yang mengalami hakisan.Beliau memberi perhatian khusus untuk memastikan hakisan berkenaan tidak berterusan.Beliau yang diiringi Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail turut disertai beberapa pegawai kanan kerajaan negeri termasuk dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).Menteri Besar meminta agar kerja kerja penyelamatan hakisan diselaraskan bersama oleh JPS dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen).Beliau yakin usaha mengatasi hakisan itu dapat dilaksanakan sebaiknya dengan penyelarasan tersebut dan kerjasama semua agensi.
02 Dec 17
255
1,200 Jemaah Bakal Sertai Program Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1MDB 2018
Jailani dan barisan kepimpinan negeri Terengganu bersama alumni program Khas Haji Perdana Menteri - Yayasan 1MDB di TH Hotel, Kuala Nerus. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Seramai 1,200 calon bakal dipilih untuk menyertai program Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1MDB untuk siri ke-8 pada tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa program tersebut, Dato’ Jailani Ngah berkata beberapa kelaianan turut ditonjolkan bagi musim haji pada tahun hadapan itu.Beliau yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata, jemaah yang bakal dipilih tersebut turut melibatkan media serta pemimpin mahasiswa untuk dijadikan sebagai urusetia program."Jemaah ini nanti akan terdiri daripada para imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K). Kita juga akan lantik barisan urusetia untuk bertugas di Tanah Suci nanti. Urusetia ini akan terdiri daripada media atau wartawan serta dua orang lagi daripada kalangan pemimpin mahasiswa untuk kuota Terengganu."Jumlah urusetia yang akan dilantik adalah 50 orang pada tahun hadapan. Bermakna 1150 orang terdiri daripada imam, Pengerusi J3K dan 50 orang terdiri daripada yang saya sebutkan tadi," katanya.Beliau ditemui pemberita Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pencalonan Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1MDB Dan Pelancaran Alumni Program Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1MDB di TH Hotel, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, barisan ahli mesyuarat kerajaan negeri serta kepimpinan setempat.Dalam pada itu, Jailani berkata buat masa sekarang, terdapat seramai 5,711 alumni bagi program yang telah bermula sejak 2011 itu.Katanya, tujuan alumni tersebut ditubuhkan adalah untuk menjadi penggerak untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang selain benteng hadapan untuk jentera Barisan Nasional."Apa yang kita buat sekarang ini adalah untuk menghargai sumbangan dan jasa Dato Seri Ahmad Najib Abd Razak selaku Perdana Menteri."Masing-masing mempunyai tanggungjawab masing-masing. Peringkat J3K mempunyai peranan di peringkat Pusat Daerah Mengundi dan sebagainya manakala para imam mempunyai peranan sebagai pensyarah agama dan sebagainya," katanya.
02 Dec 17
249
400 Pelajar Miskin Di Besut Terima Bantuan Alatan Sekolah
Seramai 400 pelajar miskin di Besut menerima sumbangan bantuan peralatan sekolah daripada syarikat korporat di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntung, Besut, hari iniProgram anjuran Majlis Kebajikan Pelajaran Daerah Besut ( MKPDB) itu bagi membantu keluarga miskin yang kurang berkemampuan untuk menyara anak bagi penggal persekolahan 2018.Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut, merasmikan program dan menyampaikan sumbangan berkenaan.Yang Dipertua MKPDB, Yusof Kasim berkata, pihaknya mendapat kerjasama ahli- ahli korporat yang menyumbangkan pelbagai peralatan persekolahan.Katanya, sepuluh syarikat korporat tampil memberi sumbangan bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan bagi menjayakan program itu.Beliau berkata, program tahunan sejak 15 tahun lalu oleh badan bukan kerajaan (NGO) terbabit turut mendapat sokongan individu yang prihatin dengan nasib folongan berkenaan.Idris ketika berucap merasmikan program itu mahu lebih banyak syarikat korporat tampil membantu pelajar miskin yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.Katanya, kerjasama dengan NGO amat diperlukan bagi memastikan tidak ada pelajar yang tercicir dalam pendidikan.
01 Dec 17
52
YDSM Kerah 250 Ahli Sudi Bantu Mangsa Banjir
Dato' Mohd Fadzli menyampaikan cenderahati sambil memberi kata-kata semangat kepada seorang peserta khatan. Foto oleh Zulkifli CW PutraYayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) mengerahkan Skuad Sukarelawan YDSM (Sudi) yang dianggotai 250 ahli bagi membantu mangsa banjir di seluruh Terengganu.Sudi yang diwujudkan sejak 2015 dari kalangan pelajar universiti seluruh Terengganu memfokuskan kepada operasi pasca banjir dan membantu mengagihkan barangan keperluan seperti selimut dan makanan kepada mangsa banjir.Ahli Lembaga Pengarah YDSM, Dato' Mohd Fadzli Yusof berkata, pada kali ini sebanyak 500 bungkusan keperluan disediakan untuk diagihkan kepada ketua isi rumah mangsa banjir di pusat pemindahan banjir."Kita menunggu arahan pada bila-bila masa sahaja untuk digerakkan bersama agensi kerajaan dan sukarelawan lain untuk turun padang ke pusat pemindahan banjir."Pada kali ini YDSM menyediakan 500 bungkusan barang keperluan termasuk makanan ringan dan kering serta selimut untuk kegunaan mangsa banjir,"katanya kepada pemberita, hari ini.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Khatan Perdana meraikan 70 kanak-kanak dari golongan miskin sekitar Kuala Terengganu, bertempat di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah Perniagaan BSN Cawangan Terengganu, Mohammad Khasnieddy Khasimi.Majlis tahunan itu anjuran YDSM, Bank Simpanan Nasional dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.Menurut Fadzli berkata, pada tahun lalu, sebanyak 2,000 bungkusan barangan keperluan disediakan kepada ketua isi rumah mangsa banjir yang berjaya diagihkan di kebanyakan pusat pemindahan banjir seluruh Terengganu.Katanya lagi, Sudi juga menyediakan khidmat kaunseling kepada mangsa banjir terutama mereka yang berdepan banjir teruk dan mengakibatkan kehilangan harta benda serta ahli keluarga."Kita bukan sahaja mengerahkan sukarelawan membantu operasi pasca banjir melibatkan kerja pemulihan selepas bencana itu, malah khidmat kaunselor juga disediakan kepada mangsa-mangsa yang perlu menjalani sesi kaunseling," katanya.
01 Dec 17
148
Bantuan Persekolahan Diagih Mulai Pertengahan Bulan Ini
Ahmad Razif menyiram air sebelum memulakan Program Berkhatan Beramai- Ramai DUN Seberang Takir. Foto Tg Syamim Tg IsmailDana Bantuan Persekolahan sesi 2018 yang membabitkan peruntukan mencecah RM14 juta bagi menampung keperluan lebih 120,000 pelajar akan diagihkan mulai pertengahan bulan ini.Peruntukan mencatatkan jumlah peruntukan terbesar dan bilangan pelajar teramai sejak dana itu diperkenalkan pada 2014.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peningkatan kira-kira RM 3 juta berbanding sesi 2017 itu sebagai keprihatian kerajaan negeri untuk membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dalam membuat persediaan setiap kali tibanya sesi baharu persekolahan." Kerajaan bersetuju untuk meneruskan bantuan kewangan sebanyak RM100 kepada keluarga berpendapatan RM2,500 ke bawah berbanding RM2,000 sebelum ini dengan maksimum dua pelajar setiap keluarga agar lebih ramai berpeluang mendapatkannya, " katanya.Beliau berkata demikian pada Program Berkhatan Beramai-Ramai di Perkarangan Bangunan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, Isteri Menteri Besar, To' Puan Halina Zakaria.Program itu disertai 380 peseta termasuk 187 kanak-kanak bertindik. Peserta berkhatan diraikan dengan siraman air oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai tanda simbolik sebelum diarak beramai-ramai menuju ke bilik berkhatan.
01 Dec 17
54
54 Bayi Lahir Sempena Maulidur Rasul
Seramai 54 bayi 'Permata Maulidur Rasul' dilahirkan di negeri ini bersamaan dengan tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW iaitu pada 12 Rabiul Awal.Daripada jumlah itu, seramai 37 bayi iaitu 22 perempuan dan 15 lelaki dilahirkan di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi (PRIBA) Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.Bagi meraikan kelahiran bayi berkenaan, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria meluangkan masa hampir setengah jam melawat mereka di PRIBA.Menurut Ahmad Razif, bayi bertuah itu merupakan antara bayi yang akan dihadiahkan RM100 dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) untuk tahun ini.“Ia sebagai jaminan pembelajaran dan persiapan awal pendidikan pada masa depan. Selain itu, ia bagi menggalakkan ibu bapa menabung bagi memberi jaminan kepada anak-anak mereka,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program ‘Permata Maulidur Rasul’ sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1439H/2017M di PRIBA, Hospital Sultanah Nur Zahirah, petang tadi.Menurut Ahmad Razif, lebih menggembirakan apabila setiap kelahiran di Terengganu pada tahun hadapan bakal mendapat insentif sebanyak RM300."Sebanyak RM100 pemberian kerajaan negeri dalam bentuk SSPN-i dan RM200 adalah hadiah daripada kerajaan persekutuan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018 sebelum ini," katanya.
01 Dec 17
267