Artikel "Semasa" Terkini
Bajet 2018 : Mamogram, Pap Smear Percuma
Kerajaan negeri bersetuju memperkenalkan Program Pemeriksaan Mamogram dan Pap Smear secara percuma kepada wanita yang berumur 35 tahun ke atas.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program pemeriksaan akan dilaksanakan secara Lautan Strategi Biru NBOS dengan melibatkan beberapa agensi Kerajaan Negeri serta kerjasama daripada Lembaga Pembangunan Penduduk, Keluarga dan Negara (LPPKN).“Program pemeriksaan mamogram dan pap smear ini bertujuan untuk mengesan penyakit dengan awal, supaya tindakan segera dapat diambil sekiranya pesakit dikesan sebagai positif mengidap penyakit kanser.“Sebagai permulaan, kerajaan negeri dengan ini bersetuju menyediakan peruntukan awal sebanyak RM500,000 bagi tujuan pemeriksaan percuma ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pembentangan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.- Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini. www.terengganu.news
10 Dec 17
43
Bajet 2018: Tutup Kilang Percetakan NSTP, Bukan Salah Kerajaan
Dato’ Tengku Putera pada Sidang Dewan Undangan Negeri- Foto Tengku Syamim Tengku IsmailPengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang memaklumkan penutupan kilang percetakan milik syarikat akhbar New Straits Times Press (NSTP) Berhad di Ajil, Hulu Terengganu tiada kaitan dengan ‘kegagalan’ kerajaan negeri.Katanya, pihak berkaitan dan kesatuan syarikat itu ada memaklumkan kilang percetakan ditutup disebabkan kesan daripada kemerosotan jualan akhbar dan hasil iklan.“Pada masa sama orang ramai kini lebih gemar memilih akhbar melalui media sosial berbanding akhbar bercetak.“Saya sudah dimaklumkan bahawa semua pekerja di kilang-kilang terbabit diberi pilihan mengikut tatacara kesatuan sekerja. Mereka boleh memilih untuk dipindahkan ke Prai atau Shah Alam, atau memilih untuk diberhentikan,” katanya katanya ketika menjawab soalan Dato’ Sabri Mohd Nor (BN-Langkap)Katanya dia percaya penutupan kilang tersebut adalah sebahagian dari langkah-langkah syarikat untuk mengelakkan dari terus menanggung kerugian, berikutan merudumnya jualan akhbar dan iklan. “Orang ramai tidak perlu bimbang kerana kerana pastinya pihak pengurusan syarikat NSTP sudah arif tentang faktor yang menyebabkan penurunan prestasi produknya itu dan kita tidak boleh lagi menidakkan apa yang benar,” katanya. www.Terengganu.news
10 Dec 17
154
Bajet 2018 : Sukan Ekstrem Bukit Keluang Jadi Acara Tahunan
Kerajaan negeri akan menjadikan pelancongan ekstrem seperti hiking para gliding dan mountain bike di Bukit Keluang - Bukit Bubus, di Kota Putera sebagai acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri akan menyediakan kertas kerja dan perancangan itu kepada Kerajaan Pusat bagi melihat potensi dan kekuatan lokasi pelancongan berkenaan untuk ditambah baik pada masa depan.Katanya, kerajaan juga memberi keutamaan kepada penglibatan peserta antarabangsa bagi memastikan nama Terengganu terkenal di persada dunia sekali gus menaikkan sektor ekonomi negeri."Bagaimanapun bajet untuk setiap program dan acara itu kita tidak boleh ditentukan dan akan melihat berasaskan penglibatan peserta keseluruhan dan bagaimana ia memberi impak lebih besar kepada rakyat secara keseluruhan sebagai acara negeri." Kita akan memastikan penganjur dan penaja dapat bekerjasama dan menjayakan program pelancongan negeri sehingga mencapai sasaran,"katanya.Ahmad Razif berkata, peruntukan untuk pelancongan menerusi dua sumber kewangan iaitu negeri dan Pusat menerusi Kementerian Pelancongan. -Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan lisan, Mohd Mahdi Musa (BN-Kota Putera) di persidangan Sidang Dun Negeri Ke-13 (Bajet), di Wisma Darul Iman, hari ini.– www.Terengganu.news
10 Dec 17
81
SIARAN LANGSUNG SIDANG DUN (BAJET) TERENGGANU 11.12.2017
IKUTI SIARAN LANGSUNG PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN TERENGGANU MESYUARAT KETIGA (BAJET) PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS DI DEWAN DUN, WISMA DARUL IMAN , TERENGGANU.
10 Dec 17
127
PAU 2017 : Songket Terengganu Kekal Jadi Tumpuan
Pengarah Urusan Manang Songket, Wan Manang Wan AwangKelainan dan kehalusan songket Terengganu kekal mendapat perhatian di Persidangan Agung UMNO (PAU) 2017 di PWTC, Kuala Lumpur.Pengarah Urusan Manang Songket Sdn Bhd, Wan Manang Wan Awang berkata songket Terengganu mempunyai kelainannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan songket-songket buatan di tempat lain.Katanya, kebiasaannya harga-harga songket yang ditenun ditawarkan bergantung kepada beberapa ciri dan kualiti material."Harga yang paling rendah yang dijual di Manang Songket boleh didapati dengan harga cuma RM500 dan ianya boleh mencecah sehingga belasan ribu bergantung di atas kehendak pelanggan."Ianya bergantung kepada beberapa faktor utam iaitu bahan pembuatannya yang boleh terdiri daripada kapas, sutera ataupun polister dan campuran dari sutera dan kapas," katanya kepada Teganukita.Selain itu, Manang berkata harga sehelai songket yang ditenun secara manual tersebut juga bergantung kepada rekaan dan kehalusan seninya.Katanya yang telah menceburi bidang tenunan songket lebih dari 30 tahun tersebut, harga songket juga bergantung kepada hasil kerja oleh seseorang penunan."Kepakaran oleh seseorang penenun juga menjadikan harga sesehelai songket boleh meningkat dengan hasil kerja dan kehalusan tenunan itu," katanya.Dalam pada itu, Manang berkata sepanjang PAU 2017 berlangsung, lebih 20 helai songketnya telah dijual kepada peminat songket daripada setiap golongan termasuk orang kenamaan.
09 Dec 17
1327
PAU 2017 : Menu Tradisional Terengganu Untuk Petugas Media
Petugas media yang bertugas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 teruja apabila dihidangkan dengan menu istimewa dari Terengganu yang dibawa khas untuk mereka.Sebanyak 1,000 bungkus nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku keluaran anak syarikat kerajaan Terengganu, Terengganu Kitchen Sdn Bhd hari ini menjadi antara hidangan pagi yang disediakan untuk petugas di Laman Media.Produk keluaran Terengganu Kitchen Sdn Bhd dihidangkan pada hari akhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 hari ini di taja khas oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Bagi penerbit berita Bahasa Arab TV Alhijrah,Yusuf Hassan berkata, ini merupakan kali kedua dia dapat merasai keenakan nasi dagang sejak Februari 2017."Masa tu saya bertugas di United Kingdom dan di hidangkan dengan nasi dagang frozen oleh kawan saya yang menetap di sana."Ia mempunyai rasa yang sememangnya cukup enak,bila makan tu tak puas dan sebaik sahaja saya pulang ke Malaysia, saya tercari-cari nasi dagang ni tapi tak jumpa sehinggalah hari bila Menteri Besar Terengganu mengagihkan kepada pihak media yang bertugas," katanya ketika ditemui Teganukita di Laman Media di Perhimpunan Agung UMNO 2017, hari ini.Tambah Yusuf lagi, nasi dagang frozen ini senang di bawa ke mana-mana dan menarik dari segi pembungkusannya malah dia mencadangkan kerajaan negeri membuat strategi pemasaran yang lebih baik agar ianya mendapat sambutan luar biasa.Sementara itu,wartawan News Strait Times (NST), Rosela Ismail yang mencuba buat kali pertama pada hari menyatakan dia terus terpikat dengan keenakannya yang tersendiri."Selama ni hanya dengar kalau datang ke Terengganu memang wajib makan nasi dagang.Bila hari ni kami dihidangkan dengan menu nasi dagang ..dengan reaksi kawan-kawan yang menyatakan ianya enak, terus saya mencubanya...terbukti memang sedap."InsyaAllah, selepas ini saya mungkin akan menjadi pelanggan tetap nasi dagang frozen ini sebab mudah dimakan dan dibawa ke mana-mana kalau perlu,"katanya lagi.
09 Dec 17
174
Kampung Ladang Dan Telaga Papan Katalis Pembangunan Hab Digital Pantai Timur
Kampung Ladang di pusat Bandar Raya Kuala Terengganu dan Telaga Papan di Setiu bakal menjadi katalis pembangunan hab digital di Pantai Timur, tidak lama lagi.Projek di Kampung Ladang yang menelan belanja RM10 juta dijangka bermula tahun depan, manakala Telaga Papan, Setiu di kawasan seluas 2,000 ekar sedang menunggu kelulusan Kerajaan Pusat sebelum bermula fasa pertama.Naib Presiden QSR Brands Holdings Berhad, Dato' Faris Yahaya berkata, projek di Setiu mengguna pakai model Cyberjaya dan sebaik projek melibatkan jumlah bilion ringgit itu diluluskan, kerja awal pembangunan di kawasan 200 ekar akan dilaksanakan."Projek ini akan menawarkan jualan dan perkhidmatan produk, pembelajaran dan ruang kerja atau operasi syarikat-syarikat dan usahawan yang terlibat dalam kegiatan ekonomi digital."Pembangunan hab berkenaan akan mengguna pakai model Cyberjaya dengan menyediakan ekosistem yang sesuai dalam mewujudkan lokasi pelaburan pilihan untuk syarikat-syarikat teknologi," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada Teganukita ketika ditemui pada Program Pemantapan Bekas-Bekas Yang Berhormat dan pesara Pegawai Tadbir Negeri (TCS) serta kakitangan Unit Komunikasi Negeri (UKOM) yang diadakan di Regency Hotel Kuala Lumpur, malam tadi.Turut hadir, Pengarah UKOM Dato' Muda Mamat.Katanya, fasa pertama pembangunan hab digital bagi Telaga Papan akan melibatkan kawasan seluar 200 hektar terlebih dahulu."Ini termasuk ruang pejabat, pusat penyelidikan dan pembangunan, pusat komersial dan sebagainya," ujarnya.Faris yang sebelum ini Pengarah Urusan Cycberview bertanggungjawab membangunkan Cyberjaya telah berjaya menjadikan bandar berkenaan sebuah hab teknologi global.Mengulas mengenai manfaat yang bakal diperolehi rakyat negeri ini termasuk peluang pekerjaan hasil pembangunan hab digital tersebut, katanya ia bergantung kepada kemasukan pelaburan dari dalam dan luar negara dan tidak boleh diwujudkan serta merta."Diharapkan ianya akan membuka peluang kerja khususnya kepada lulusan universiti apabila ianya beroperasi kelak," ujarnya
08 Dec 17
403
Terengganu Catat 2,475 Penduduk Terlibat Banjir Gelombang Pertama
Banjir gelombang pertama yang berlaku sepanjang sembilan hari, mulai 27 November hingga 5 Disember yang lalu melibatkan 2,475 orang membabitkan 822 keluarga.Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Leftenan Kolonel (PA), Che Adam A Rahman berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 74 Pusat Pemindahan Sementara (PBS) dibuka.Katanya, hampir semua daerah terlibat banjir kecuali Kemaman. PBS pertama dibuka kepada mangsa adalah di Hulu Terengganu diikuti Besut, Setiu, Dungun, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.“Kemuncak banjir adalah pada 29 November lalu sehingga mencapai 2,475 mangsa permindahan dan seterusnya menurun pada 30 November dan 1 Disember.“Bagaimanapun pada 2 Disember jumlah mangsa yang dipindahkan ke PBS kembali meningkat iaitu melibatkan 1,446 orang kepada 1,479 orang,”katanya. Katanya, pada 3 dan 4 Disember, jumlah mangsa terus menurun disebabkan cuaca yang agak pulih seperti sediakala.“Sehingga semalam (kelmarin), pusat pemindahan telah ditutup sepenuhnya,”katanya.Menurutnya, APM sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia dalam semua aspek termasuk berkaitan amaran di mana sekiranya keadaan bencana dilaporkan amaran kuning menandakan penduduk perlu berwaspada.“Apabila dinaikkan ke amaran jingga (cuaca buruk), mangsa perlu bersedia untuk berpindah dan amaran merah menandakan paras air pada kedudukan bahaya,”katanyaBilik Gerakan Bencana Negeri di Wisma Darul Iman masih diaktifkan dalam keadaan berjaga-jaga iaitu beroperasi dalam waktu pejabat.Bagaimanapun, jika berlaku keadaan kritikal atau pemindahan, bilik gerakan bencana negeri ini akan diaktifkan semula dalam tempoh 24 jam.
06 Dec 17
22
Semakan Permohonan SBP Imtiaz YT Bermula 30 November ini
Semakan pusat ujian kemasukan ke tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan semakan kemasukan ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) bagi tahun 2018 boleh dibuat bagi menduduki ujian kelayakan.Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, laman sesawang semakan permohonan ke SBP dan SM Imtiaz YT telah bermula 30 November hingga 15 Disember 2017 di https://ss1.moe.gov.my/spat1_m.../ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm.Katanya, manakala tarikh menduduki UKSBP adalah pada 11 hingga 14 Disember 2017 di 14 pusat ujian seluruh Terengganu. Semakan tawaran boleh dibuat pada 29 Disember 2017.“Manakala calon yang tidak berjaya mendapat tawaran dan yang tidak berkesempatan memohon secara online, talian e-Rayuan bagi sistem permohonan online ini akan dibuka semula pada 29 Disember 2017 hingga 16 Januari 2018.“Calon boleh memohon pada tempoh tersebut di pautan www.sst1.moe.gov.my,” katanya.Menurutnya, calon yang bakal menduduki ujian UKSBP hendaklah berpakaian sopan.Selain itu, semakan permohanan kemasukan ke SM Imtiaz YT Semakan boleh dilakukan di pautan https://my01.awfatech.com/imtiaz2/sps/edaftar/statusreg.php.
06 Dec 17
229
Bersedia Hadapi Banjir Gelombang Kedua
Che Adam menunjukan carta pergerakan hujan. Foto Tg Syamim Tg Ismail Penduduk di Terengganu diingatkan sentiasa bersiap sedia menghadapi banjir gelombang kedua yang dijangka berlaku tengah malam esok (7 Disember) berikutan proses pertukaran monsun.Jabatan Meteorologi (MET) menjangkakan proses pertukaran monsun akan selesai sepenuhnya pertengahan bulan ini dan akan berulang perkara sama iaitu gelombang ketiga pada awal Januari.Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Leftenan Kolonel (PA), Che Adam A Rahman berkata, pihaknya meminta semua pihak terutama penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai agar sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan fenomema alam itu.Katanya, amaran berkaitan kedudukan paras sungai di seluruh negeri dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu bagi memastikan penduduk berwaspada dengan situasi semasa dan mengambil langkah sepatutnya.“Antaranya, Sungai Nerus sudah melepasi paras bahaya, manakala tiga sungai iaitu Sungai Nerus, Kampung Langkap, Setiu dan Sungai Penih, Felda Mengkawan serta Sungai Telemong, Kuala Ping, di Hulu Terengganu sudah melepasi paras amaran.“Manakala, Sungai Besut, Keruak, Besut dan Sungai Dungun di Kg Pasir Raja Dungun berada di tahap paras berwaspada,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Banjir di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Che Adam turut memberitahu, Terengganu baru saja selesai berdepan banjir gelombang pertama yang berlaku dalam tempoh sembilan hari dan berakhir semalam (6 Disember).“Akibat bencana itu, seramai 2,475 mangsa membabitkan 822 keluarga di seluruh negeri terpaksa berpindah ke 74 Pusat Pemindahan Sementara sepanjang banjir baru-baru ini,”katanya.
06 Dec 17
51