Artikel "Semasa" Terkini
Bajet 2018 : Kerajaan Sumbang RM500,000 Tabung Aman Palestin
Barisan kepimpinan kerajaan negeri turut serta menyumbang bagi Tabung Aman Palestin selepas selesai perasmian tabung tersebut di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri meluluskan sumbangan sebanyak RM500,000 untuk Tabung Aman Palestin Terengganu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sumbangan oleh kerajaan negeri tersebut adalah untuk membantu rakyat Palestin yang sedang ditimpa musibah.Katanya, kutipan tersebut akan dilakukan di seluruh negeri Terengganu bagi membantu sehabis daya untuk memastikan hak rakyat Palestin dapat dikembalikan."Sebagai permulaan kita bersetuju untuk membantu apa yang telah terjadi kepada saudara kita di Palestin hari ini, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberi RM500,000 terutama untuk membantu membina semula hospital yang telah remuk di bom."Kita akan minta semua GLC, badan berkanun, jabatan-jabatan dan sebagainya untuk mulakan pungutan mendapatkan derma daripada seluruh rakyat negeri Terengganu tidak kira Islam atau bukan kerana ini adalah soal hormat menghormati," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Tabung Aman Palestin Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.Tambahnya, kutipan yang mula dilancarkan hari ini akan diteruskan tanpa had masa."Apa yang kita dapat akan diserahkan segera kerana secara tidak langsung ia boleh membantu paling tidak hari ini untuk membangun semula bandar di Palestin."Selain itu, yang pasti hari ini adalah untuk membantu terutama saudara-saudara (sesama Islam) yang cedera, yang perlu dibela ataupun dibantu," katanya.
10 Dec 17
36
Bajet 2018 : Syarat Dana Raya, Bakti Remaja Dilonggarkan
Kerajaan negeri akan melonggarkan syarat kelayakan untuk pendapatan bagi penerima Dana Raya dan Dana Bakti Remaja bermula tahun depan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, syarat pendapatan isi rumah bagi dana raya akan dinaikkan daripada RM2,500 kepada RM3,000 manakala bagi dana bakti remaja dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,000.“Dengan kenaikan syarat pendapatan ini, bilangan penerima dana raya dianggarkan meningkat daripada 240,294 kepada 264,294 orang menjadikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM99 juta.“Manakala bagi pemberian Dana Bakti Remaja, jumlah peruntukan meningkat daripada RM22.7 juta kepada RM27 juta,” katanya.Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.
10 Dec 17
31
Bajet 2018: Malaysia Bukan Negara Gagal - MB Razif
Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menempelak pihak pembangkang yang mendakwa Malaysia adalah sebuah negara yang gagal dan bangkrap.Ahmad Razif menyifatkan kenyataan itu sebagai 'pelik' kerana selepas beberapa tahun dakwaan itu dibuat, negara ini bukan sahaja masih berdiri kukuh malah sentiasa mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang menakjubkan.“Sebagai bukti, beliau berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan terbaharu pada 16 November telah mengumumkan pertumbuhan ekonomi Negara untuk suku ketiga 2017 ialah pada kadar 6.2 peratus satu angka yang sangat tinggi, dan antara yang paling tinggi dalam kalangan Negara-negara Asia."Selain itu, agensi penarafan kredit Fitch Ratings mengekalkan penarafan Negara kepada A- berdasarkan pertumbuhan KDNK yang lebih kukuh berbanding Negara-negara lain yang mempunyai markah penarafan yang sama," katanya dalam pembentangan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.Katanya, bukti-bukti ini menunjukkan pihak kerajaan mampu menguruskan ekonomi dengan naik walaupun landskap politik dan ekonomi berada dalam keadaan yang tidak menentu sekaligus menunjukkan Malaysia bukan sebuah negara gagal dan bakal bangkrap."Sebaliknya, yang gagal sebenarnya adalah pihak pembangkang yang sentiasa merendah-rendahkan kejayaan Negara dengan pelbagai tohmahan. Yang gagal ialah niat mereka untuk memburuk-burukkan tanah air sendiri," katanya- www.terengganu.news
10 Dec 17
41
Bajet 2018: Bonus RM1,500 Untuk Penjawat Awam
Kerajaan negeri bersetuju memberikan bonus sebanyak RM1,500 kepada 6,230 penjawat awam di negeri ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata peruntukan keseluruhan kira-kira RM3.1 juta itu sebagai menghargai sumbangan penjawat awam negeri seperti yang dilakukan kerajaan persekutuan.Katanya, pembayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan Januari tahun depan manakala RM500 akan dibayar menjelang Aidilfitri.“Pembayaran secara terus itu turut melibatkan 1,326 imam dan bilal serta 1,701 untuk mereka yang bergelar guru pintar quran” katanya.www.Terengganu.news
10 Dec 17
52
Bajet 2018 : RM1.996 Bilion Untuk Terengganu
Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM1.996 bilion untuk Bajet 2018 yang bertemakan 'Masa Hadapan Yang Lestari'.Pada pembentangan bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 itu, Terengganu menganggarkan hasil sebanyak RM1.815 bilion sekali gus menjadikanya sebagai bajet defisit iaitu sebanyak 10 peratus (RM181 juta).Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bagi bajet tahun depan, kerajaan negeri mencadangkan peruntukan sebanyak RM1.996 bilion ringgit untuk perbelanjaan mengurus, diikuti RM823.43 juta untuk pembangunan dan RM3.77 juta untuk Kumpulan Wang Bekalan Air.Katanya, daripada bajet berkenaan, pendapatan daripada kategori hasil cukai adalah sebanyak RM66.42 juta, hasil bukan cukai pula sebanyak RM203.93 juta dan terimaan bukan hasil sebanyak RM1.544 bilion.Daripada jumlah tersebut, 84.95 peratus adalah daripada pemberian Kerajaan Pusat.“Di bawah perbelanjaan mengurus, sebanyak RM94.6 juta ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan tanggungan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang dan sejumlah RM1.901 bilion ringgit untuk perbelanjaan bekalan.“Sementara perbelanjaan bekalan pula berjumlah RM286.65 juta untuk emolumen, RM202.34 juta pula untuk perkhidmatan dan bekalan, aset (RM23.72 juta), pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM1.387 bilion) termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM550 juta ringgit dan RM1.16 juta untuk lain-lain perbelanjaan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2018 di Persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.Ahmad Razif berkata, di bawah komponen pemberian dan kenaan bayaran tetap, sebanyak RM230 juta adalah bagi pemberian kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun, manakala RM149.6 juta bagi pemberian kepada pelbagai agensi dan kumpulan wang.Katanya, perbelanjaan bagi pemberian kepada pejabat daerah (RM29.97 juta), bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat pula (RM57.22 juta) dan pelbagai program di bawah kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan Vot B32 - Pelbagai Perkhidmatan (RM353.18 juta) dan belanja lain-lain (RM17.56 juta).Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, kepimpinan negara sebenarnya merangka dan menyusun segala dasar berpandukan kerangka Maqasid Syariah ini.“Kerangka ini menyentuh tentang kepentingan menjaga kemaslahatan umat seperti keperluan-keperluan asas yang paling utama, kemudahan tertentu bagi mengelakkan kesukaran dan kesempitan serta keperluan lainnya yang menyumbang ke arah kesempurnaan hidup.“Malaysia berjaya kerana kita bijaksana dalam mengutamakan yang utama dan matang dalam mengurus kehendak kelompok masyarakat yang pelbagai,”katanya.Beliau berkata, kerajaan negeri berpendirian, Bajet Negeri 2018 juga haruslah memberi keutamaan kepada yang utama dan segera iaitu keperluan-keperluan dan kemudahan tertentu untuk rakyat, bagi mengurangkan bebanan dan yang menyumbang ke arah kesejahteraan kehidupan rakyat.-www.terengganu.news
10 Dec 17
109
Bajet 2018 : Pendapatan Bulanan Isi Rumah Meningkat
Pertumbuhan ekonomi Terengganu berada dalam keadaan bertambah baik dan terus positif serta meningkat kepada 3.8 peratus pada tahun ini berbanding 3.1 peratus pada 2016.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peningkatan tersebut adalah berdasarkan pemulihan ekonomi global dan pertumbuhan ekonomi negara yang didorong oleh permintaan domestik dan pelaburan swasta, di samping pasaran buruh negara yang stabil.Katanya, harga petroleum di pasaran dunia juga dalam trend meningkat sepanjang enam bulan kebelakangan ini."Kita (kerajaan negeri) mengharapkan harga petroleum akan terus meningkat dalam tahun 2018, sekaligus dapat membantu kerajaan negeri merangka dasar dan program kesejahteraan rakyat dengan lebih selesa’"Semua sektor ekonomi dijangka mencatatkan peningkatan pada tahun 2017. Data-data terbaharu yang dikeluarkan oleh pelbagai agensi termasuk Jabatan Perangkaan Malaysia dan kajian yang dibuat oleh pakar ekonomi iaitu Tan Sri Profesor Dr. Noor Azlan Ghazali, turut menemukan beberapa perkara," katanya ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-13, di Wisma Darul Iman, hari ini.Ahmad Razif berkata, sehubungan itu, pendapatan bulanan isi rumah pertengahan 2016 atau Median Monthly Household Income untuk negeri Terengganu telah meningkat.“Peningkatan negeri melebihi purata kebangsaan pada 2014 dan yang paling tinggi berbanding sembilan negeri lain.“Peratusan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi di Negeri Terengganu ialah pada tahap 30 peratus. Ini satu aset yang besar dan angka ini melebihi dan berkembang lebih cepat daripada purata di peringkat nasional iaitu 28 peratus,” katanyaMenurutnya, agihan pendapatan dalam kalangan penduduk di satu daerah, adalah hampir seimbang di setiap daerah . Pendapatan isi rumah bulanan purata juga dijangka meningkat kepada RM 6,411 pada 2017 berbanding RM 5,776 pada tahun lalu.“Manakala bilangan peluang pekerjaan yang ditawarkan sepanjang tempoh 2014 sehingga 2017 mencecah angka lebih 27,000kekosongan yang mana merangkumi 25,000kekosongan di pihak swasta dan 2,284 kekosongan dalam perkhidmatan awam negeri, badan-badan berkanun negeri, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri dan universiti awam,” katanya.Katanya, dalam aspek usaha membasmi kemiskinan sehingga Disember tahun ini, Terengganu adalah negeri yang kedua tertinggi berjaya mengeluarkan bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) daripada kelompok miskin tegar mengikut senarai e-kasih iaitu seramai 48,940 KIR.“Terengganu juga adalah salah satu di antara dua buah negeri di Malaysia yang tidak lagi mempunyai KIR yang dikategorikan sebagai miskin tegar. “Selain itu juga, jumlah bilangan jemaah haji dari Negeri Terengganu yang mengerjakan badat haji ke Mekah bertambah setiap tahun iaitu 621 jemaah pada tahun 2014, 832 jemaah pada tahun 2015, 1,327 jemaah pada tahun 2016 dan 3,609 jemaah pada tahun ini,” katanya.-www.terengganu.news
10 Dec 17
34
Bajet 2018 : Bajet Dirangka Ikut Kehendak Rakyat
Kerajaan mengambil kira sebanyak 537 cadangan dan isu daripada lapan siri `Jelajah Bengkel Bajet 2018' yang dilaksanakan di seluruh Terengganu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penyediaan Bajet 2018 mengambil kira pandangan daripada akar umbi dan kehendak rakyat.Katanya, semestinya bajet pada kali ini berbeza kerana ianya dirangka berasaskan apa yang rakyat hendak, dan bukannya semata-mata apa yang kerajaan mahu.“Kelompok masyarakat yang diwakili oleh orang muda dan pemimpin belia, golongan petani dan nelayan, pemandu bot pelancong dan pengusaha homestay, pemaju restoran dan pemandu teksi, para guru dan kakitangan Kerajaan, ahli akademik dan golongan profesional, imam bilal dan pemimpin NGO melibatkan hampir 800 orang hadir’."Ianya benar-benar mendapat sambutan yang luar biasa daripada kalangan peserta dan mereka sangat partisipatif, sangat bersungguh, sangat bersedia dengan idea dan cadangan. Ingin sekali kita ambil dan laksanakan semua cadangan yang diberi. Namun, hanya cadangan yang bersifat three-feet level, cadangan yang boleh dilaksanakan segera, yang bersifat low hanging fruits atau touch points dirangkum menjadi satu, itulah cadangan yang dapat dipersembahkan melalui Ucapan Bajet kali ini,"katanya.Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2018 di persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri menyediakan infostruktur yang baik, kemudahan jalur lebar yang meluas untuk rakyat mendengar dan mengikuti ucapan bajet ini dengan terus, telus dan tulus.Katanya, beliau kagum dan bangga dengan sikap rakyat Terengganu yang sentiasa positif dan sama -sama ingin bangunkan Negeri Terengganu Darul Iman dan melihat rakyatnya lebih maju.‘Inilah ilustrasi dan bukti pengamalan prinsip inklusif, sebagaimana yang terkandung dalam gagasan Transformasi Terengganu Baharu (TTB)’‘Kerajaan benar-benar mahu mendengar, dan rakyat sungguh sungguh mahu didengari kerana Kerajaan dan Rakyat, kita bergerak seiringan dalam membina `Masa Hadapan Yang Lestari’,tambahnya lagi.Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini. – www.Terengganu.news
10 Dec 17
87
Bajet 2018: Kejatuhan Harga Minyak Tidak Halang Terengganu Urus Tadbir Negeri
Kejatuhan harga minyak sejak dua tahun lalu yang menjadi sumber pendapatan utama Terengganu jelas tidak menghalang kerajaan negeri untuk mengurus tadbir dengan baik dan efisen.Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri telah kehilangan pendapatan yang sangat besar akibat penurunan harga minyak namun tetap berusaha menghadapinya tanpa mengurangkan apa-apa bantuan kepada rakyat.Katanya, jelas sekali kejatuhan harga minyak tidak menjejaskan usaha kita untuk berusaha mengurus ekonomi dan kewangan negeri dengan sebaik mungkin. “Memang keadaan sangat mencabar, ekoran kejatuhan teruk harga minyak di pasaran dunia, Terengganu turut kehilangan pendapatan sebanyak RM 610 juta iaitu daripada RM2.21 bilion pada 2015 kepada 1.6 bilion pada 2016.“Sungguhpun demikian, keadaan ini tidak sesekali menghalang kita daripada terus bekerja kuat untuk kesejahteraan rakyat. Malah, kita sudah buktikan kemampuan untuk mengurus dan mentadbir Negeri ini dengan baik,” katanya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini. – www.Terengganu.news
10 Dec 17
34
Bajet 2018: 14 Rekod Kejayaan Anak Terengganu
Kerajaan negeri menyenaraikan 14 cerita kejayaan (success stories) yang melambangkan kehebatan dan semangat juang anak-anak Terengganu di peringkat nasional dan antarabangsa.Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata antara kejayaan itu, termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu berjaya mengungguli Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan dengan penarafan lima bintang; Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu memenangi pingat emas sebanyak lima kali berturut-turut dalam International Convention On Quality Control Circles di Manila, Filipina.Katanya, kejayaan lain, Pejabat Kesihatan Kemaman menjadi Johan Projek Inovasi dengan produk ResQMed Trolley sempena Konvensyen Inovasi dan Kreativiti Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 2017. “Seterusnya, J3K Kampung Baru Kemasik menjadi Johan Anugerah Desa Perdana Peringkat Kebangsaan 2017,” katanya.Menurutnya, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Telemong menjadi johan bagi Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2017.“Perkara lain, Guru dari Sekolah Menengah IMTIAZ, Kuala Terengganu, Saripah Embong, menerima Anugerah Guru Hebat Asia Tenggara dari Princess Maha Chakri Award Foundation 2017.“Manakala, Terengganu International Endurance Park diiktiraf antara Lima Gelanggang Kuda Lasak Terbaik Dunia; Azizulhasni Awang, anak kelahiran Dungun, Juara Dunia di Kejohanan Berbasikal Dunia 2017, katanya.Katanya, perkahwinan Perdana TTB 2017, dicatat dalam Malaysia Book Of Records sebagai Majlis Perkahwinan Terbesar pernah diadakan denganmenghimpunkan seramai 271 pasangan.“Sekolah Menengah Imtiaz, Besut, Juara Dunia buat kali ke-2 sempena World Invention Creativity Contest untuk tahun 2015 dan 2017.“Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, sekolah aliran Agama pertama terima pengiktirafan International Baccalaureate World School 2017,” katanya.Ahmad Razif turut memberitahu, Fatehah Mustapa, anak kelahiran Kuala Berang, berjaya mendapat empat (4) Pingat Emas dalam empat (4) acara berbasikal di Sukan Sea, Kuala Lumpur 2017.“Terengganu pengeluar benih ikan marin utama Negara, hasil kerjasama Kerajaan Negeri, Jabatan Perikanan dan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Tanjung Demong, Besut. Tahniah kepada Tuan Fakaruddin Tuan Kadir, penternak ikan kerapu hibrid, yang dahulunya nelayan, kini bergelar usahawan.“Terengganu Hockey Team (THT) Juara Hoki Piala TNB empat (4) tahun berturut-turut sejak tahun 2014,” katanya.Ahmad Razif memberitahu, 14 kejayaan itu hanyalah sebahagian kecil daripada ratusan cerita-cerita kejayaan yang telah dirakamkan oleh rakyat Terengganu.Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.- www.terengganu.news
10 Dec 17
146
Bajet 2018 : Boleh Diikuti Secara Langsung Di Serata Dunia
Ucapan Bajet Terengganu 2018 yang disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman disiarkan secara langsung di beberapa platform media sosial untuk membolehkan rakyat Terengganu yang berada di luar Terengganu dan luar negara mengikuti pembentangan tersebut.Antara saluran yang menyiarkan secara langsung bajet itu ialah Twitter dan Facebook Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, webtv.Terengganu.gov.my dan portal Terengganu.news.Ahmad Razif dalam ucapan awalnya memberitahu dengan adanya siaran langsung ini ia akan memudahkan semua rakyat mengikuti bajet negeri.‘Malahan, oleh kerana Ucapan Bajet ini disiarkan secara langsung melalui alam maya, anak-anak Terengganu yang berada nun jauh di perantauan, di Kuala Lumpur, malah di London, di Kaherah, di Medan, semua mendapat maklum akan Bajet Negeri yang Kerajaan bentangkan’, katanya di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13, di Wisma Darul Iman, hari ini.Tambahnya kerajaan negeri telah menyediakan kemudahan jalur lebar di semua lokasi utama untuk memberikan rakyat mendengar ucapan bajet ‘Kerajaan Negeri telah menyediakan infrastruktur yang baik, kemudahan jalur lebar yang merata, sehingga ramai rakyat dapat mendengar dan mengikuti ucapan ini dengan terus, dengan telus dan dengan tulus’ tambahnya. – www.Terengganu.news
10 Dec 17
29