lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Bajet 2018: Isu KT- Bypass, Penduduk Langgar Syarat
Ir. Rosli bercakap kepada media berhubung isu KT-Bypass pada Sidang DUN di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri bersedia meneliti semula rungutan dan bantahan penduduk di sekitar projek pembangunan KT-Bypass di Kuala Terengganu bagi melancarkan pembangunan infrastruktur yang bertujuan mengurangkan kesesakan di pusat bandar tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam; Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli Othman berkata, pihaknya mendapati projek yang dibangunkan Kerajaan Pusat sejak tahun lalu itu turut terjadi perlanggaran syarat tanah apabila penduduk mendirikan kediaman di tanah pertanian.Katanya, kemudiannya penduduk mendakwa mereka tidak dibayar pampasan dengan kadar yang setimpal."Ada di kalangan yang melanggar syarat ini pada asalnya Kementerian Kerja Raya bersetuju untuk membayar kalau tidak salah sekitar 30 peratus daripada jumlah harga kediaman dan tanah."Tapi itu adalah sebagai salah satu saguhati bukannya satu peraturan sebagai mengambil kira kesusahan yang mereka hadapi," katanya.Beliau berkata demikian kepada media sebagai mengulas isu KT Bypass susulan bantahan sekumpulan penduduk, selepas sesi soalan di persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.Tambahnya, isu tersebut juga melibatkan penyewa tanah terlibat yang ingin menuntut pampasan, sedangkan mereka bukan pemilik sebenar."Bayaran yang diperakui oleh Kerajaan Pusat adalah kepada tuan tanah bukan penyewa."Jadi sekarang penyewa pula meminta hak mereka. Jadi bila berlaku hal sebegini yang dipanggil ketidak setujuan cara bayaran dan sebagainya jadi kita terpaksa tengok balik," katanya.Dalam masa yang sama, Rosli berharap agar perkara tersebut dapat diselesaikan dengan cara baik kerana ianya mampu menjadikan Kuala Terengganu sebagai sebuah ibu negeri yang mempunyai infrastruktur tersusun dan sistematik.Sebelum itu, lebih 20 penduduk kawasan terlibat dengan kawasan pembangunan KT-Bypass melakukan demonstrasi di perkarangan Wisma Darul Iman menyatakan ketidak puasan hati mereka berkenaan pampasan yang diperolehi.Untuk rekod, KT Bypass dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya sejak Julai 2016 melibatkan laluan sepanjang 5.875 km, bermula dari persimpangan Tok Molor, Jalan Tok Adis (T12) hingga ke Kampung Durian Burung di Jalan Persekutuan FT03 Kota Bharu – Kuala Terengganu.Untuk melengkapkan laluan baru ini, turut akan dibina adalah empat jambatan, dua Vehicular Box Culvert (VBC), ataupun laluan bawah, menaik taraf persimpangan Tok Molor dan persimpangan Tok Ku kepada jenis bertingkat, sistem perparitan, pembentungan, lampu jalan, lampu isyarat dan kelengkapan jalan lain.Secara keseluruhannya, projek menelan belanja kira-kira RM321 juta dengan RM167 juta adalah kos kontrak manakala RM154 juta pula adalah untuk kos pengambilan tanah.
12 Dec 17
185
Empty Image
Bajet 2018 : Adun Batu Burok `Bermimpi'
Syed Azman (kanan) bersama Dato' Seri Ahmad Said ketika persidangan DUN di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi seakan sedang bermimpi apabila membangkitkan beberapa isu lapuk termasuk bertindak membandingkan golongan petani dan nelayan yang perlu membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan kadar yang sama sebagaimana ahli korporat yang kaya-raya. Syed Azman ketika membahaskan Bajet 2018 di Sidang Dewan, pada hari ini menyifatkan GST sebagai regrasif kepada rakyat dan juga golongan miskin meminta supaya kerajaan menilai dan menghapuskan cukai itu, kemudiannya ditempelak oleh Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih) berikutan kenyataan perbandingan Syed Azman itu tidak berasas sama sekali.Dato' Tengku Putera Tengku Awang (BN-Kuala Berang) yang teruja dengan perumpaan Syed Azman membidas mengenai perbandingan antara orang di hujung pantai dan ahli korporat, tidak relevan kerana golongan hujung pantai (nelayan) akan mendapat pulangan menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia dan juga pelbagai bantuan oleh kerajaan kepada golongan kurang berkemampuan.Isu e-book sudah selesaiSyed Azman turut menimbulkan semula mengenai isu projek e-Book, dengan mendakwa projek yang dihentikan tahun lepas merekodkan ratusan lebihan komputer riba yang  tidak terpakai masih berada di Syarikat Top IT (Industries), di Gong Badak.“Ini dinyatakan di muka surat 60 Laporan Ketua Audit Negara 2016, Semakan Audit mendapati lebihan stok e-Book 700 unit pada kos RM663,600 tidak diagih sebelum perberhentian e-Book kepada pelajar masih tersimpan di stor TIISB,”katanya.Bagaimanapun, ketika A. Latiff Awang (BN-Pengkalan Berangan) mahu menjelaskan jawapan yang tepat dan pernah diberikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri pada persidangan sebelum ini, Tengku Putera bangun memberitahu bahawa setiap kali penggulungan untuk merumus isu itu, Syed Azman sering `hilang’ dan pastinya tidak akan  mendapat maklumat tepat berkenaan.“Bila kita jawab (isu dibangkit pembangkang) Batu Buruk tiada, saya gerenti, petang ini saya gerenti (beliau) tiada,” kata Tengku Putera sambil dijawab balas oleh Syed Azman, `InsyaAllah..saya ada’.Isu telaga minyak BertamSyed Azman kemudiannya turut mengulangi bahawa tidak wujud perjanjian secara perundangan antara Petronas dengan Kerajaan Persekutuan, malah beliau juga memberitahu turut menulis surat kepada Pengerusi Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, pada 9 Ogos 2017 lalu memohon penjelasan status perundangan mengenai dua perkara berhubung isu minyak berkenaan.Pertama, mengenai status secara perundangan perjanjian minyak antara Terengganu dengan Kerajaan Persekutuan dan yang kedua, sama ada status kawasan medan minyak di Blok PM307 Bertam berada di kawasan perairan Terengganu ataupun Pahang.Tengku Putera kemudian mencelah mengenai isu minyak berkenaan, bahawa kenyataan Syed Azman mengatakan tiada perjanjian itu tidak benar kerana hakikat sebenar perjanjian masih berjalan tetapi ianya tertakluk kepada syarat dan keadaan tertentu.“Tidak menyatakan perjanjian antara Kerajaan Terengganu dengan Persekutuan terbatal. Ini jelas dan kita masih bawah Prinsip Persekutuan. Fakta itu terlalu jauh dan tidak betul di Dewan Yang Mulia”, kata Tengku Putera.Syed Azman berkata, beliau merujuk laporan Bernama, pada September 2014, Petronas dan Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia bawah Kementerian Kewangan yang diberi mandat menimbang bahawa tiada petroleum didapati atau diperoleh di dalam negeri Pantai Timur, iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu.Speaker DUN meminta Bentara Dewan supaya mengambil petikan (Bernama) itu, untuk membacanya secara terperinci berdasarkan apa yang didakwa oleh ADUN Batu Buruk itu.Bagaimanapun, Syed Azman tetap mempertahankan pendiriannya untuk terus merujuk kepada kenyataan menerusi `media’. Bagaimanapun, Speaker DUN merujuk kepada Peraturan 26 (Dewan) supaya tidak merujuk kepada kenyataan surat khabar, orang persendirian atau badan kewangan sebagai fakta dan bukti kepada isu yang diperbahaskan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman (BN-Seberang Takir) kemudiannya menjelaskan bahawa hasil 85 peratus yang diterima kerajaan negeri daripada Kerajaan Persekutuan adalah daripada petroleum dan tiada isu kerajaan negeri tidak menerima hasil petroleum.“Soal Bertam adalah dalam proses perundingan  dan kita sedang menunggu keputusan daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) untuk menentukan bahawa sempadan kawasan Bertam ini adalah milik Terengganu atau Pahang.“Jupem menyatakan bahawa urusan ini akan selesai pada pertengahan atau akhir bulan Januari ini. Maka kerajaan negeri keputsan daripada Jupem. Perkara ini telah pun dijelaskan pada Sidang Dun sebelum ini,” jelas Ahmad Razif.Ringgit Malaysia terus mengukuhSyed Azwan dalam kenyataan terdahulu turut menyentuh isu kejatuhan nilai ringgit Malaysia tanpa mendapat fakta yang sahih dan cuba mengumpan pemerhati di sidang Dun dengan isu -isu nasional.Untuk rekod, ketika persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 berakhir 9 Disember lalu, agensi penarafan Moody’s Investors Service mengesahkan penarafan ke atas penerbit mata wang tempatan dan asing serta bon tidak bercagar pada rating AAA, dengan prospek yang stabil.Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 8 Disember lalu menyatakan,  `Moody’s mengesahkan penarafan Malaysia sebagai stabil di bawah kategori A3, membuktikan bahawa ekonomi Malaysia berada di landasan yang betul.Kedudukan ringgit juga menjadi lebih baik selepas PAU2017 dan ringgit dijangka terus mencatatkan aliran mengukuh ke paras bawah RM4 berbanding dolar Amerika. Malah ianya disahkan oleh penganalisis pasaran, bukannya pakar ekonomi di media soasial seperti facebook.Itu yang dijangka oleh pakar menjelang Januari 2018, manakala mereka juga turut meramalkan nilai ringgit menuju RM4 berbanding dolar selepas  PAU 2017.Menurut penganalisis, antara penyebab nilai ringgit semakin positif adalah kerana pertumbuhan ekonomi yang kukuh hasil usaha keras Dato’ Sri Mohd Najib.TA Securities Holdings Bhd pula turut mengakui perkara sama. Ia berkata, unjuran ringgit bagi 2018 adalah pada paras RM4.10 berbanding dolar AS daripada RM4.15 sebelum ini.Kenaikan nilai ringgit  juga berlaku kerana pengukuhan harga minyak mentah dunia dan jangkaan keputusan Pilihan Raya Umum Ke- 14 yang dijangka memihak kepada Barisan Nasional (BN) , seterusnya menjadikan kedudukan pusat pentadbiran negara, Putrajaya adalah stabil dan kekal kepada BN.The Economist Intelligence Unit pula dalam kajian terbarunya merumuskan BN di bawah kepimpinan Dato’ Seri Mohd Najib akan terus menguasai Putrajaya.Terbaru, Nada Choueiri yang mengetuai pasukan International Monetary Fund, IMF dan berada di Kuala Lumpur pada 28 November hingga 8 Disember lalu juga memberikan pujian terhadap keadaan ekonomi Malaysia. IMF meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar 5.5 peratus hingga 6 peratus pada 2017.Rating Moody’s yang semakin naik, ramalan dari The Economist Intelligence Unit, pujian daripada IMF dan jangkaan kedudukan ringgit yang semakin kukuh ini adalah bukti dan fakta jelas bagaimana kedudukan sebenar ekonomi di negara ini.Selain itu, mengenai GST, pembangkang marahkan kerajaan yang mengambil 6 peratus dari harga barang dan perkhidmatan untuk menampung kos pembinaan, penyediaan dan penyelengaraan infrastruktur, kesihatan, pendidikan sekolah dan keselamatan.Realitinya, tiada siapa memaki hamun peniaga dan pengeluar yang mengambil keuntungan antara 30-50 peratus atas keuntungan barangan yang dijual. Malah, tiada siapa memaki hamun Samsung dan Apple yang menjual telefon bimbit berharga RM 4-5 ribu seunit walau kos pembuatan seunit sekitar RM 1,500 sahaja.(Apple spends $236 to make each iPhone 6s Plus device, which it sells for over three times that value at $749—a 217.4% percent markup. SOURCE: CNBC)Pada masa yang sama, tiada pula yang memaki hamun artis yang mengenakan harga tiket konsert RM888 untuk seorang. Semua golongan ini untung besar, malah jauh sekali memberi faedah besar kepada masyarakat bawahan, tetapi kelompok itu tetap diagung-agungkan.Sebaliknya kerajaan yang membuat pelbagai bantuan untuk rakyat dicaci dan dicerca kerana mengutip GST enam peratus. - http://terengganu.news
12 Dec 17
216
Empty Image
Bajet 2018 : Hab Digital Suntik PKS Berdaya Saing
Cadangan mewujudkan hab digital Kuala Terengganu dalam pembentangan Bajet Terengganu 2018 semalam, seiring dengan kedudukan Malaysia yang kini muncul antara pasaran e-perdagangan di peringkat global membabitkan janaan pendapatan mencecah RM9.53 bilion tahun lalu.Pengarah SME Corp. Malaysia Terengganu, Muhammad Ibrahim berkata, dalam perbentangan Bajet Terengganu 2018 oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman itu menggariskan empat tunjang utama melibatkan 60 `touchpoint' yang merangkumi semua sektor termasuk berkenaan ekonomi digital. Menurutnya, cadangan di bawah touchpoint ke-23 iaitu cadangan mewujudkan Hab Digital Kuala Terengganu merupakan inisiatif kerajaan yang tepat dalam memastikan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terengganu dalam talian sentiasa mengikuti trend terkini untuk terus kekal berdaya saing. "Selain memperkemaskan pangkalan data pelanggan dan sentiasa seiring dengan perubahan teknologi maklumat semasa. Ini termasuk pembangunan ekonomi digital yang lebih berinovasi, sekali gus mewujudkan suatu konsep jaringan perdagangan rentas sempadan di peringkat global. "Perubahan yang dicetuskan oleh pendigitalan bukan saja berperanan dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi, tetapi merangkumi peningkatan permintaan pekerja berkemahiran tinggi serta membuka peluang pekerjaan baru."Hab Digital ini mampu bertindak sebagai faktor pemangkin terutama kepada golongan usahawan muda Terengganu supaya sentiasa peka dengan perubahan landskap ekonomi semasa yang kini menuju gelombang Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) yang bersandarkan kepada penggunaan teknologi terkini dan industri berasaskan pengetahuan," katanya.Menurutnya lagi, kecanggihan teknologi digital akan mengubah cara perniagaan dijalankan seperti blok rantaian, mata wang digital, urus niaga atas talian dan transaksi tanpa tunai yang menjadi perkara biasa baharu dalam ekosistem keusahawanan dan perniagaan."PKS Terengganu juga perlu meletakkan perniagaan mereka pada ekosistem yang tepat untuk bersaing pada peringkat global terutamanya melalui Zon Perdagangan Bebas Digital (Digital Free Trade Zone) yang baru dilancarkan pada tahun ini. DFTZ yang merupakan hasil kerjasama dengan syarikat e-dagang terkemuka, Alibaba adalah di peringkat awal dan akan menggabungkan zon fizikal dan maya dengan perkhidmatan tambahan dalam talian dan digital bagi kemudahan e-dagang antarabangsa serta memacu inovasi berasaskan internet."Walaupun PKS Terengganu masih berorientasikan pasaran domestik, tetapi trend sudah mula menunjukkan peningkatan dalam menjalankan perniagaan secara digital dan ini merupakan satu petanda yang cukup positif. Mengikut kajian oleh SME Corp. Malaysia, pada tahun 2017, terdapat peningkatan sebanyak 4.7 peratus PKS Terengganu berbanding 2.5 peratus pada tahun 2016 menunjukkan usahawan Terengganu yang menjalankan perniagaan mereka melalui atas talian," katanya.
12 Dec 17
45
Empty Image
SIARAN LANGSUNG SIDANG DUN #BAJETTERENGGANU2018 - 12.12.2017
IKUTI SIARAN LANGSUNG PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN TERENGGANU MESYUARAT KETIGA (BAJET) PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS DI DEWAN DUN, WISMA DARUL IMAN , TERENGGANU 
11 Dec 17
27
Empty Image
Bajet 2018 : Bajet Berasas Kehendak Rakyat
Menteri Besar menunjukkan buku Bajet Terengganu 2018 sebelum membentangkan bajet itu di Persidangan DUN Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Bajet 2018 dengan tema ‘Masa Hadapan Yang Lestari’ yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman adalah berasas kepada keinginan rakyat.Ahmad Razif berkata, intipati dan fokus bajet berkenaan berasaskan kepada bengkel yang sudah dilaksanakan bersama dengan wakil-wakil kepimpinan melibatkan semua pihak termasuk akar umbi.Katanya, melalui bengkel tersebut kerajaan negeri dapat menganalisis tiga perkara atau isu 3P yang menjadi tuntutan ataupun keperluan penting kepada rakyat.“Pertama sekali masalah menangani (Peningkatan) kos sara hidup. Yang kedua adalah masalah peluang `Pekerjaan' dan yang ketiga adalah masalah dari segi `Perumahan'.“Jadi kerana itu, bajet 2018 ini ikita hasilkan bagi mengatasi isu-isu tersebut dan ditambah dengan ‘touch point’ yang berkaitan dengan pendidikan, sukan, pertanian dan sebagainya,” katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas pembentangan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.Ahmad Razif menjelaskan, walaupun bajet yang dibentangkan pada kali ini mempunyai defisit sebanyak 10 peratus namun beliau yakin kerajaan mampu untuk melaksanakan semua projek.“Ini bukan sesuatu yang mudah kerana sebelum ini bajet Terengganu adalah RM2.4 bilion ke atas namun namun kerana masalah dari segi pendapatan yang diterima dari hasil petroleum ini menurun jadi kita cuba merancang perbelanjaan sedaya upaya yang mungkin sekarang.“Sepatutnya defisit kita lebih tinggi kerana kalau kita hendak meneruskan dengan bajet kita yang dulu dibandingkan yang dibuat sekarang sebanyak RM1.996 bilion dan dengan anggaran hasil kita RM1.815 bilion maka sebab itu kita hadapi 10 peratus defisit,” katanya.
11 Dec 17
31
Empty Image
Bajet 2018: RM1,000 Untuk Bapa, Ibu Tunggal Mahu Kahwin
Kerajaan negeri menyediakan bantuan RM1,000 untuk golongan ibu dan bapa tunggal yang ingin berkahwin tahun hadapan.Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman semasa pembentangan persidangan bajet Terengganu 2018 di sidang dewan di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya,  kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan ini bagi menggalakkan institusi kekeluargaan.Bagi tujuan itu sebanyak  RM1 juta  akan diperuntukkan dalam bajet ini untuk golongan ibu dan bapa tunggal tersebut.https://terengganu.news
11 Dec 17
34
Empty Image
Bajet 2018 : Wujud Pasukan Khas Realisasi Bajet 2018
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail akan mempengerusikan pasukan khas bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan semua 60 fokus atau perkara titik sentuhan yang dianggap utama oleh rakyat pada bajet 2018 ini.Semua perkara penting yang perlu dilaksanakan dengan segera dipandu oleh empat pe-tunjang itu, turut dianggotai pegawai dan juga pakar dalam bidang masing-masing.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri menyenaraikan 60 `touchpoints’ atau perkara titik sentuhan yang menjadi keutamaan dan harus direalisasikan dengan cepat supaya memberi impak kepada golongan sasar berkenaan.“Bagi memastikan pelaksanaan Bajet 2018 benar-benar sampai dan menyentuh rakyat yang paling memerlukan bantuan, saya ingin mengumumkan penubuhan satu task force (pasukan khas) yang akan menyelaras dan memantau pelaksanaan semua 60 touchpoints tersebut.“Task force ini akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, dengan melibatkan para pegawai dan juga pakar-pakar dalam bidang masing-masing. Touchpoints ini harus benar-benar mendatangkan impak kepada kelompok rakyat yang disasarkan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika membentangkan ucapan bajet Terengganu 2018 di persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-13, di Wisma Darul Iman, hari ini.Ahmad Razif berkata, beliau sebelum itu sudah memberikan intipati kepada Bajet Negeri 2018 dan menghuraikan proses penyediaan bajet yang mengambil kira pendapat dan maklum balas orang ramai.Katanya, pada pembentangan bajet pada kali ini juga banyak memberi fokus kepada perkara yang mungkin dianggap kecil bagi sebilangan daripada rakyat.Tambahnya, bajet itu turut merangkumi soal nasi dagang, perkahwinan perdana, manfaat untuk penarik beca, pemandu bas, pemandu teksi, PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru), ibu tunggal, golongan OKU (orang kelainan upaya), imam bilal, golongan nelayan, pemandu bot penambang, jurumandi jenazah, qari dan qariah, pengusaha madu, pesakit buah pinggang, warga emas, golongan mahasiswa,  golongan miskin dalam senarai e-kasih dan usahawan kecil.Menurutnya, bajet itu adalah peruntukan meliputi untuk golongan berkenaan dan beliau tidak bercakap soal yang terlalu tinggi melangit bagi memastikan mereka berpijak di bumi yang nyata.“Sebaliknya, kita bercakap mengenai perkara asas, memberi lebih fokus kepada apa yang penting buat rakyat.“Isu menangani peningkatan kos sara hidup, isu peluang pekerjaan dan isu perumahan diberi perhatian oleh kerajaan negeri. Mungkin kecil bagi kita, tetapi saya percaya, besar maknanya kepada rakyat,”katanya.https://terengganu.news
11 Dec 17
60
Empty Image
Bajet 2018: 14 Kejayaan Bukti Malaysia Tidak Gagal
Malaysia mencatat pelbagai cerita kejayaan dalam bidang ekonomi sepanjang tahun 2017. Kejayaan-kejayaan ini menjadi bukti bagi menunjukkan bahawa Malaysia berada di landasan yang betul bukan sebagaimana tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.Berikut 14 cerita kejayaan Malaysia dalam bidang ekonomi:Bank Negara Malaysia dalam kenyataan terbaharu pada 16 November telah mengumumkan pertumbuhan ekonomi Negara untuk suku ketiga 2017 ialah pada kadar 6.2%, satu angka yang sangat tinggi, dan antara yang paling tinggi dalam kalangan Negara-negara Asia;Agensi penarafan kredit Fitch Ratings mengekalkan penarafan Negara kepada A- (A minus) berdasarkan pertumbuhan KDNK yang lebih kukuh berbanding Negara-negara lain yang mempunyai markah penarafan yang sama;Forum Ekonomi Dunia (WEF) telah meletakkan Malaysia di tangga ke-23 daripada 138 buah negara dalam Laporan Daya Saing Global (GCR) terbaharu bagi tahun 2017/2018. Kedudukan Malaysia bukan sahaja melonjak dua anak tangga daripada tahun lepas, malah Negara kita kekal berada dalam kalangan 20% negara paling berdaya saing di dunia;Malaysia berada dalam kelompok 50 terbaik dunia, yakni negara paling makmur, daripada 149 Negara lain berdasarkan Legatum Prosperity Index 2017 . Dalam kalangan Negara Asia Timur, Malaysia di tempat kelima selepas Singapura, Jepun, Hong Kong dan Korea Selatan;Mengikut kajian Annual Global Retirement Index, Malaysia adalah antara 10 negara terbaik di dunia untuk menetap selepas bersara. Kuala Lumpur berada di tangga ke-6 dan satu-satunya Negara Asia yang tersenarai;Menurut Global Peace Index 2017, Malaysia adalah Negara paling aman yang ke-29 dunia daripada 163 buah Negara;Lima (5) Universiti Malaysia berada di senarai TOP 50 Asia. Dan baru-baru ini, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya telah dinobatkan sebagai antara 10 terbaik di dunia;Lapan (8) Politeknik Malaysia berada di senarai TOP 10 Politeknik di rantau Asia Pasifik;Bank Dunia dalam laporannya “Doing Business Report 2017”, meletakkan Malaysia di tangga ke-23 dunia sebagai Negara paling mesra perniagaan daripada 190 negara;Malaysia adalah Negara ke-15 daripada 137 buah negara di dunia dalam senarai kerajaan yang paling cekap berbelanja, menurut Laporan Daya Saing Global (GCR) 2017-2018 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF);2.26 juta peluang pekerjaan telah dicipta daripada tahun 2009 sehingga tahun 2016;Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jualan kenderaan di Malaysia telah meningkat 24.7% daripada Mei 2016 sehingga Mei 2017;Menurut Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporannya pada tahun 2017, Malaysia adalah pemimpin dunia dan penentu aras dalam bidang Kewangan Islam;Mengikut Kajian Sikap Pembayaran Pengguna Visa yang diterbitkan pada 29 September 2017, 76% rakyat Malaysia membeli belah secara online sekali sebulan. Ini menunjukkan kuasa beli dan kemampuan rakyat Malaysia untuk berbelanja adalah positif dan infrastruktur seperti kemudahan jalur lebar dan jaringan internet di negara kita sangat baik.  https://terengganu.news
11 Dec 17
51
Empty Image
Bajet 2018: Pemberian Air Percuma 20 Meter Padu
Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pengecualian caj bekalan air kepada pengguna domestik di Terengganu, dengan syarat penggunaan maksimum 20 meter padu (mq) sebulan bermula Januari depan.Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, dengan insentif bakal membabitkan 100,000 pengguna domestik dan melibatkan peruntukkan sebanyak RM6.3 juta.“Insentif ini antara lain bertujuan menggalakkan penjimatan penggunaan air bersih terawat dan meningkatkan kapasiti margin simpanan di kolam takungan,” katanya ketika berucap pada pembentangan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri turut bersetuju memperuntukkan RM47.88 juta untuk pembangunan bekalan air dan program pengurangan Non Revenue Water (NRW). https://terengganu.news
11 Dec 17
43
Empty Image
Bajet 2018 : Ucapan Penuh Bajet Negeri
UCAPAN PENUH BAJET NEGERI TERENGGANU TAHUN 2018OlehYANG AMAT BERHORMATDATO’ SERI HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD RAHMANMenteri Besar TerengganuKETIKA MEMBENTANGKAN RANG ENAKMEN PERBEKALAN 2018DI DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU11 DISEMBER 2017BERSAMA MELANGKAH KE HADAPANMUQADDIMAHBismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Kain tenun pengalas meja,Kain kasa pembalut luka;Awal Bismillah pemula bicara,Gelanggang dibuka, langkah perkasa.Firman Allah SWT dalam Surah Al-Nahl ayat 90 yang bermaksud :“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran”Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua,Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT, Tuhan seluruh alam, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.Syukur kepada Allah SWT, kerana dengan izin dan rahmat-Nya dapat saya bentangkan kepada Dewan yang mulia ini, Bajet Negeri Terengganu bagi tahun 2018.Pembentangan Enakmen yang bernama Enakmen Perbekalan Tahun 2018 ini, adalah untuk mendapat pertimbangan Dewan yang mulia, bagi menggunakan sejumlah wang dari Kumpulan Wang Disatukan, untuk membiayai Perbelanjaan Bekalan, Perkhidmatan dan Pembangunan Negeri pada tahun 2018. Kenyataan lengkap cadangan untuk Bajet 2018 ini adalah sepertimana yang terkandung dalam Buku Bajet Negeri Tahun 2018.Alkisahnya, pembentangan Bajet pada kali ini, ialah Bajet yang terakhir sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14. Justeru, Kerajaan tidak dapat menghalang mana-mana pihak dari beranggapan bahawa Bajet ini 2018 adalah Bajet Pilihanraya.Kendatipun begitu, harus ditegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional bukanlah Kerajaan yang bermusim kerana kita percaya proses transformasi untuk mensejahterakan kehidupan rakyat perlu berterusan, bukan menabur janji menjelang Pilihanraya tiba.Inilah yang Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional perjuangkan, daripada semenjak kemerdekaan dijunjung, sehinggalah sekarang Negara kita disanjung.Perjuangan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional adalah perjuangan yang berterusan untuk membela dan membawa kesejahteraan kepada rakyat, dari dahulu, kini dan selamanya. Natijahnya, Malaysia penuh aman dan sentosa, makmur lagi sejahtera.Alhamdulillah, rakyat Malaysia juga memainkan peranan yang sangat hebat. Adat pulau limburan pasang. Kita hidup bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin, yang berkuasa melindungi yang lemah.Masyarakat saling bermuafakat dan bersatu padu. Sepertimana pepatah Melayu, serumpun bak serai, sesusun bak sirih.Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua,Di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk menyampaikan ucapan salam yang tulus ikhlas dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu Darul Iman. Terima kasih di atas sokongan, kerjasama, maklum balas, teguran dan nasihat.Ibarat lagu dan irama. Bagai aur dengan tebing. Kerajaan dan rakyat berpisah tiada. Pertahankanlah perpaduan, keamanan dan kemakmuran ini. Dengan semangat kesatuan dan solidariti, Insya Allah kita akan sama-sama menempa lebih banyak kejayaan.Pagi ini, saya percaya, ramai yang sedang mengikuti ucapan Bajet Negeri 2018. Dari Utara sehinggalah ke Selatan, dari Besut sehinggalah ke Kemaman.Mereka menekuni persembahan ucapan ini dengan penuh tertib di dalam Dewan yang mulia ini. Mereka mendengar dengan khusyuk melalui corong radio, mereka mengikutinya dengan bersemangat di Pejabat-Pejabat Daerah.Malahan, oleh kerana Ucapan Bajet ini disiarkan secara langsung melalui alam maya, anak-anak Terengganu yang berada nun jauh di perantauan, di Kuala Lumpur, malah di London, di Kaherah, di Medan, semua mendapat maklum akan Bajet Negeri yang Kerajaan bentangkan.Alhamdulillah, Kerajaan Negeri telah menyediakan infostruktur yang baik, kemudahan jalur lebar yang merata, sehingga ramai rakyat dapat mendengar dan mengikuti ucapan ini dengan terus, dengan telus dan dengan tulus.Semestinya Bajet kali ini berbeza kerana Bajet ini dirangka berasaskan apa yang rakyat hendak, dan bukannya semata-mata apa yang Kerajaan mahu.Penyediaan Bajet 2018 telah mengambilkira pandangan daripada akar umbi. Lapan (8) siri jelajah Bengkel Bajet 2018 telah dilaksanakan di seluruh lapan (8) Daerah dalam Negeri Terengganu. Kerajaan mendengar dengan sabar, mencerakin dengan teliti.Di setiap bengkel, semua kelompok masyarakat telah diwakili. Orang muda dan pemimpin belia, golongan petani dan nelayan, pemandu bot pelancong dan pengusaha homestay, pemaju restoran dan pemandu teksi, para guru dan kakitangan Kerajaan, ahli akademik dan golongan profesional, imam bilal dan pemimpin NGO. Hampir 800 orang semuanya yang telah hadir.Berbeza dengan siri-siri jelajah tahun-tahun yang lepas, siri jelajah Bengkel Bajet 2018 baru-baru ini, benar-benar mendapat sambutan yang luar biasa daripada kalangan peserta. Mereka sangat partisipatif, sangat bersungguh, sangat bersedia dengan idea dan cadangan.Saya kagum dan bangga dengan sikap rakyat Terengganu yang sentiasa positif. Sama-sama ingin bangunkan Negeri Terengganu Darul Iman. Sama-sama mahu lihat rakyatnya lebih maju.Sama-sama ingin bina masa hadapan yang lebih baik untuk anak cucu kita, “Masa Hadapan Yang Lestari”.Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua, inilah tema Bajet kita pada kali ini.Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua,Daripada “Jelajah Bengkel Bajet 2018” tersebut, sebanyak 537 cadangan dan isu telah diketengahkan. Kesemua cadangan dan isu telah kita ambil cakna, telah kita ambilkira, dianalisa dan dikategorikan.Ingin sekali kita ambil dan laksanakan semua cadangan yang diberi. Namun, hanya cadangan yang bersifat three-feet level, (dengan izin), cadangan yang boleh dilaksanakan segera, yang bersifat low hanging fruits atau touch points (dengan izin) dirangkum menjadi satu, itulah cadangan yang dapat dipersembahkan melalui Ucapan Bajet kali ini.Inilah ilustrasi dan bukti pengamalan prinsip inklusif, sebagaimana yang terkandung dalam gagasan Transformasi Terengganu Baharu (TTB).Kerajaan benar-benar mahu mendengar, dan rakyat sungguh-sungguh mahu didengari. Kerajaan dan Rakyat, kita bergerak seiringan dalam membina Masa Hadapan Yang Lestari.Kepada mereka yang telah memberikan pandangan, idea dan cadangan untuk Bajet Negeri 2018, saya ucapkan Terima Kasih, Terima Kasih dan Terima Kasih.PRESTASI DAN CABARAN EKONOMIYang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua,Senario Negara Ibarat rantai besi dimakan bubuk. Mutakhir ini, terlalu banyak kenyataan yang tidak masuk akal tentang ekonomi Negara.Kononnya Malaysia sebuah Negara yang gagal (a failed state) (dengan izin). Kononnya Negara kita akan bankrap. Alhamdulillah, empat lima tahun setelah kenyataan-kenyataan pelik ini dibuat, Malaysia terbukti bukan sebuah Negara yang gagal dan Malaysia tidak bankrap.Tidak ada Negara di dunia yang mampu hidup sendirian, sementelahan sebuah Negara perdagangan atau a trading nation (dengan izin) seperti Negara Malaysia. Maka terdedahlah kita kepada turun naik perkembangan ekonomi dunia.Kalau Negara Amerika Syarikat bersin, maka seluruh dunia akan demam. Begitulah perumpamaan yang diberi. Kini, Negara China pula mempunyai pengaruh yang sama. Apabila gergasi-gergasi dunia ini mengalami masalah ekonomi, kita sebagai sebuah Negara kecil, akan terkena tempiasnya.Namun, sepertimana syair seorang Cendekiawan dan Ulama terkenal nusantara iaitu Allahyarham HAMKA:Malang dan mujur nasibnya bangsa,Turun dan naik silih berganti;Terhenyak lemah naik perkasa,Bergantung atas usaha sendiri.Kelangsungan kita sebagai sebuah Negara bangsa bergantung kepada kebijaksanaan, kemahiran dan kemampuan kita berusaha mengurus ekonomi Negara.Di saat ini, ternyata Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional ini mampu mengurus ekonomi Negara dengan sangat baik walaupun landskap politik dan ekonomi sangat tidak menentu. Malaysia mampu mencatat pertumbuhan dan perkembangan ekonomi yang menakjubkan, sepertimana yang termazkur dalam laporan badan-badan antarabangsa, termasuklah Bank Dunia dan agensi penarafan seperti Moody’s dan Fitch.Kasihan mereka yang sentiasa merendah-rendahkan kejayaan Negara dengan pelbagai tohmahan. Yang gagal bukan Negara ini. Yang gagal ialah niat mereka untuk memburuk-burukkan tanah air sendiri. Sedarlah saudara-saudaraku tiada untung mencela Negara tanah tumpah darah kita. Kita sepatutnya merasa bangga dengan Negara kita sendiri. Berpeganglah dengan peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua,Malaysia menjadi sebuah Negara yang berjaya, bukan hanya terhad kepada pertumbuhan KDNK yang tinggi semata-mata. Berikut adalah secebis cerita kejayaan atau success stories (dengan izin), dalam pelbagai bidang, dan disahkan oleh pelbagai agensi antarabangsa. Kerajaan ini ternyata mampu dan berjaya mengurus Negara.KITA BUKAN NEGARA YANG GAGAL.Pertama - Bank Negara Malaysia dalam kenyataan terbaharu pada 16 November telah mengumumkan pertumbuhan ekonomi Negara untuk suku ketiga 2017 ialah pada kadar 6.2%, satu angka yang sangat tinggi, dan antara yang paling tinggi dalam kalangan Negara-negara Asia;Kedua - Agensi penarafan kredit Fitch Ratings mengekalkan penarafan Negara kepada A- (A minus) (dengan izin) berdasarkan pertumbuhan KDNK yang lebih kukuh berbanding Negara-negara lain yang mempunyai markah penarafan yang sama;Ketiga - Forum Ekonomi Dunia (WEF) telah meletakkan Malaysia di tangga ke-23 daripada 138 buah Negara dalam Laporan Daya Saing Global (GCR) terbaharu bagi tahun 2017/2018.Kedudukan Malaysia bukan sahaja melonjak dua anak tangga daripada tahun lepas, malah Negara kita kekal berada dalam kalangan 20% Negara paling berdaya saing di dunia;Keempat - Malaysia berada dalam kelompok 50 terbaik dunia, yakni Negara paling makmur, daripada 149 Negara lain berdasarkan Legatum Prosperity Index 2017 (dengan izin). Dalam kalangan Negara Asia Timur, Malaysia di tempat kelima selepas Singapura, Jepun, Hong Kong dan Korea Selatan;Kelima - Mengikut kajian Annual Global Retirement Index (dengan izin), Malaysia adalah antara 10 Negara terbaik di dunia untuk menetap selepas bersara. Kuala Lumpur berada di tangga ke-6 dan satu-satunya Negara Asia yang tersenarai;Keenam - Menurut Global Peace Index 2017, (dengan izin), Malaysia adalah Negara paling aman yang ke-29 dunia daripada 163 buah Negara;Ketujuh - Lima (5) Universiti Malaysia berada di senarai TOP 50 (dengan izin) Asia. Dan baru-baru ini, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya telah dinobatkan sebagai antara 10 terbaik di dunia;Kelapan - Lapan (8) Politeknik Malaysia berada di senarai TOP 10 (dengan izin) Politeknik di rantau Asia Pasifik;Kesembilan - Bank Dunia dalam laporannya “Doing Business Report 2017” (dengan izin), meletakkan Malaysia di tangga ke-23 dunia sebagai Negara paling mesra perniagaan daripada 190 Negara;Kesepuluh - Malaysia adalah Negara ke-15 daripada 137 buah Negara di dunia dalam senarai Kerajaan yang paling cekap berbelanja, menurut Laporan Daya Saing Global (GCR) 2017-2018 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF);Kesebelas - 2.26 juta peluang pekerjaan telah dicipta daripada tahun 2009 sehingga tahun 2016;Kedua Belas - Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jualan kenderaan di Malaysia telah meningkat 24.7% daripada Mei 2016 sehingga Mei 2017;Ketiga Belas - Menurut Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporannya pada tahun 2017, Malaysia adalah pemimpin dunia dan penentu aras dalam bidang Kewangan Islam;Dan yang Keempat Belas - Mengikut Kajian Sikap Pembayaran Pengguna Visa yang diterbitkan pada 29 September 2017, 76% rakyat Malaysia membeli belah secara online sekali sebulan. Ini menunjukkan kuasa beli dan kemampuan rakyat Malaysia untuk berbelanja adalah positif dan infrastruktur seperti kemudahan jalur lebar dan jaringan internet di Negara kita sangat baik.Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua,Kesemua 14 bukti atau kenyataan di atas mungkin tidak memberi makna besar kepada Pak Mat, Pak Usop, Mak Cik Esah, atau Kak Nah di kampung, tetapi ianya antara beberapa bukti bagi menunjukkan bahawa Negara kita di landasan yang betul bukan sebagaimana tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.Saya mohon maaf kerana mengambil sedikit masa untuk menyentuh perkara ini. Saya perlu nyatakan, kerana gambaran yang diberi sesetengah pihak seolah-olah Negara ini sangat daif dan lemah.Semua fakta ini dinyatakan sebagai benar setelah ditafahus pelbagai pihak, baik di dalam mahupun di luar Negara. Tegasnya, kita di landasan yang betul.Kendatipun, Kerajaan sentiasa memperbaiki kelemahan dan membuat penambahbaikan secara berterusan. Jelas bahawa Kerajaan Barisan Nasional ini adalah Kerajaan yang mampu mengurus Negara dengan baik. Kita akan terus beri perhatian kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat, khasnya beban yang ditanggung oleh mereka yang tergolong dalam kategori B40.Insya Allah, Kerajaan ini akan bersama-sama rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan untuk membawa Negara dan rakyat ke Masa Hadapan Yang Lestari.Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua,SENARIO NEGERINegeri Terengganu Darul Iman ibarat peribahasa Melayu, air jernih, ikannya jinak. Negeri yang aman dan teratur. Rakyatnya juga berbudi bahasa. Ya Allah, Peliharakanlah Terengganu.Dari sudut ekonomi, keadaannya bertambah baik. Pertumbuhan
10 Dec 17
187