Artikel "Semasa" Terkini
1.7 Tan Sisa e-Waste peranti mudah alih dipungut semula
Antara kotak pengumpulan di 105 premis terpilih di seluruh Malaysia termasuk lebih 750 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di seluruh negara di PI1M Kampung Tok Randok,Ajil,Hulu TerengganuSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya mengumpul lebih daripada 1.7 tan sisa elektronik (e-Waste) peranti mudah alih melalui program Mobile e-waste "Old Phone, New Life" pada akhir September tahun lalu, sejak diperkenalkan bermula Ogos 2015.Timbalan Menterinya, Dato' Seri Jailani Johari berkata, program ini juga merupakan satu inisiatif SKMM bagi menyokong komitmen Malaysia untuk mengurangkan keupayaan pelepasan gas rumah hijau (GHG) Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)sebanyak 45% menjelang 2030 berbanding dengan intensiti pengeluaran KDNK pada tahun 2005 seperti yang disahkan dalam Perjanjian Paris. Katanya, program itu mempunyai pilihan yang lebih baik untuk mengitar semula sisa elektronik (e-Waste) dengan cara membantu melindungi alam sekitar melalui budaya 3R iaitu Mengurangkan, Mengguna Semula dan Mengitar Semula."Ini adalah sebahagian daripada program e-waste Mobile MCMC yang bertemakan "Old Phone, New Life" yang berada dalam misi untuk mengumpul peranti e-Waste mudah alih melalui program kitar semula bersama sambil mendidik orang ramai tentang kepentingan melupuskan barangan tersebut melalui alam sekitar."Orang ramai boleh membuang peranti mudah alih dan aksesori lama mereka ke dalam kotak pengumpulan di 105 premis terpilih di seluruh Malaysia termasuk lebih 750 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di seluruh negara,"katanya ketika ditemui pemberita di Majlis 'Back To School' Parlimen Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang, hari ini. Jailani berkata, komponen elektronik yang terdapat dalam peranti elektronik masa kini mengandungi bahan pencemar seperti plumbum, kadmium dan raksa yang boleh menyebabkan masalah kesihatan serta persekitaran yang serius jika tidak berjaya dilupus dengan baik.Tambahnya, kebanyakan pengguna masih menyimpan peranti lama mereka di dalam laci mereka atau hanya membuangnya seperti sisa buangan isi rumah."Kaedah pelupusan sedemikian sangat berbahaya kerana bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari aktiviti pembakaran di tapak pelupusan akan mencemarkan alam semula jadi dan dengan itu menjejaskan kesihatan manusia."Melalui proses kitar semula, 90 peratus bahan yang digunakan dalam peranti mudah alih dan aksesori boleh dipulihkan melalui proses pengekstrakan yang dikenali sebagai "perlombongan bandar,"katanya.Mobile e-Waste secara khusus merujuk kepada semua jenis sisa yang dihasilkan dari peranti berasaskan SIM seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet, phablet, komputer riba, termasuk bank kuasa(power bank), pengecas, bateri dan aksesori peranti.
14 Dec 17
176
Sumbangan Back To School Kurangkan Beban Keluarga
Mohd Fazli(berkerusi roda) mencuba baju sekolah kepada anaknya Muhammad Fakhriy Nasiruddin bersama dua lagi anak lelakinya Muhammad Faqeh Naqiuddin(kanan) dan Muhammad Fathun NajmuddinBantuan dalam bentuk baucer bernilai RM100 mungkin tidak besar nilainya tetapi bagi 165 ibu bapa yang anak mereka terpilih dalam Program ‘Back To School´ Parlimen Hulu Terengganu, sumbangan itu amat bermakna.Bagi seorang bapa, Mohd Fazli Abd Ghani,43, yang mengalami kecacatan kaki sejak 2013, bantuan itu amat meringankan bebannya yang hanya bergantung kepada duit Perkeso sebanyak RM 1,800 untuk menampung kehidupan tujuh daripada lapan anaknya yang masih bersekolah.Kakitangan Tenaga Nasional Berhad(TNB) bahagian penjanaan elektrik di Empangan Kenyir terjatuh ketika bermain bola pada tahun 2010 mengakibatkan kakinya dipotong pada 2013 dan terpaksa berhenti kerja selepas itu."TNB ada beri duit pampasan sebanyak RM100,000 dan saya gunakannya membina rumah untuk keluarga saya dan bagi sara hidup, saya bergantung kepada duit Perkeso setiap bulan lagipun isteri saya hanyalah surirumah,"ujarnya lagi.“Zaman sekarang, barang-barang sekolah mahal. Seorang kadang-kadang sudah cecah RM200 untuk beg, baju, kasut, alat tulis dan bermacam-macam lagi. Justeru, saya amat bersyukur dengan bantuan ini, ” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan sekolah 'Back To School' Parlimen Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, hari ini.Seramai 165 orang anak yatim, asnaf dan ibu tunggal yang kurang berkemampuan menerima sumbangan set kelengkapan persekolahan percuma menerusi Program ‘Back to School’ peringkat Parlimen Hulu Terengganu.Program pada kali ini menyumbang sepasang baju beserta seluar, kasut sekolah, beg sekolah, kelengkapan alat tulis dan wang tunai bernilai RM100.Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari berkata program sebegini adalah bertujuan meringankan beban ekonomi golongan yang kurang bernasib baik bagi menghadapi persediaan kembali ke sekolah yang bakal tiba.“Sebagai Ahli Parlimen, saya memahami denyut nadi rakyat saya dalam ekonomi yang tidak menentu, keadaan cuaca yang menggugat ekonomi sesebuah dan ini merupakan inisiatif terbaik yang dilakukan oleh Parlimen Hulu Terengganu bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan di sini.“Antara barangan yang diberi adalah baju, kelengkapan alat tulis, beg sekolah dan kasut sekolah dalam bentuk baucer bernilai RM100 yang boleh ditebus di majlis yang sama," katanya.
14 Dec 17
184
Bajet 2018 : 107 Lokasi Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia
Terengganu membangunkan perkhidmatan WiFi secara 'hotspot' di 107 lokasi menerusi program `Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia ’ (KTW1M) di seluruh negeri bagi membolehkan pengguna menggunakan internet secara percuma. Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, projek KTW1M inisiatif Kerajaan Persekutuan menerusi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertujuan merapatkan jurang digital masyarakat khususnya di luar banda.Daripada jumlah itu, Kuala Terengganu (5), Kemaman (32), Dungun (11), Besut (10), Hulu Terengganu (18), Marang (4), Setiu (17) dan Kuala Nerus (10).“Hulu Terengganu meliputi kawasan luas sampai ke Telemong, Ajil dan ditambah dengan (pusat pelancongan) Kenyir, kawasan yang luas (luar bandar). Kemudahan yang disediakan kepada penduduk tersebut meliputi kelajuan yang cukup tinggi kerana hendak membantu keupayaan (jalur lebar) di negeri kita.“Tetapi projek pengurusan cara berbeza..Untuk di bawah SKMM secara terus dari Kerajaan Pusat, untuk Terengganu kita sedia maklum sebagaimana yang dimaksudkan oleh Alur Limbat (PAS) daripada cadangan kita dulu 680 tempat tadi. Daripada jumlah itu, kita mampu 519 sahaja,”katanya ketika menjawab soalan YB Ariffin Deraman (PAS-Alur Limbat), di sidang Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.Ghazali berkata, kemampuan jalur lebar dalam jarak 250 meter yang menggunakan teknologi HTML dan VSAT itu tidak terkecuali daripada berdepan masalah teknikal dan halangan untuk membangunkan keseluruhannya dengan lancar.Tambahnya, kontraktor akan menyelesaikan masalah dengan memberi tumpuan kawasan penting seperti Lapangan Terbang Sultan Mahmud, pusat pentadbiran negeri di Wisma Darul Iman dan kawasan tumpuan pelancongan bagi dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar yang lebih meluas. Untuk rekod, menerusi touchpoint ke-56 dalam Bajet 2018, kerajaan negeri juga turut istiqamah untuk memperluaskan liputan capaian Terengganu Wi-Fi. Selaras dengan kejayaan penyediaan 537 jalur lebar di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Marang, Besut dan Setiu pada 2017, maka pada 2018, kerajaan negeri akan melengkapkan kemudahan ini di Dungun dan Kemaman dengan peruntukan sebanyak RM5 juta ringgit. -Terengganu.news
14 Dec 17
100
Bajet 2018: Prasarana Sempadan Terengganu- Kelantan Dinaiktaraf
Kerajaan negeri akan menaiktaraf prasarana dan landskap di sempadan Terengganu- Kelantan di Kampung Pachakan, Kuala Besut sebagai menarik minat lebih ramai pelancong ke Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Negeri Dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, berkata laluan empat lorong akan dinaiktaraf sepanjang 400 meter, lengkap dengan pembinaan longkang, kaki lima dan landskap.Katanya, pintu gerbang Selamat Datang akan ditambah baik dengan memasang lampu hiasan agar bersesuaian dengan kempen kerajaan negeri sempena Visit Beautiful Terengganu.“Premis perniagaan sedia ada akan dibaikpulih dan beberapa premis lain akan dibina baru supaya nampak lebih tersusun,” katanyaBeliau berkata demikian pada sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-13 (Bajet), di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini
14 Dec 17
139
Bajet 2018: Terengganu Perkenal Aplikasi E-Maksiat, Kekang Jenayah Takzir
Ghazali ketika berucap dalam sesi pergulungan Sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Masyarakat Islam di Terengganu diminta bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk turut memainkan peranan bagi mencegah jenayah yang melibatkan undang-undang takzir.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata kerajaan negeri telah membangunkan aplikasi khas untuk rakyat Terengganu membuat aduan tentang sebarang salah laku terutamanya bagi mencegah maksiat yang berlaku di negeri ini.Katanya, aplikasi yang dikenali sebagai e-Maksiat dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) boleh didapati secara percuma melalui 'Google Play' bagi telefon mudah alih dengan menggunakan sistem android."Melalui aplikasi tersebut, orang ramai hanya perlu menyatakan lokasi kejadian dan pihak penguatkuasa berdekatan akan ambil tindakan seterusnya."Namun demikian, kita masih dalam tempoh percubaan, jadi jangan mengharapkan satu pencapaian yang tinggi. Sekurang-kurangnya kita mencuba. Bagi saya mencuba itu penting daripada tidak membuat apa-apa langsung," katanya.Beliau berkata demikian dalam sesi pergulungan sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini.Terdahulu, Wan Hapandi Wan Nik (Pas-Sura) menyuarakan mengenai masalah perlakuan sumbang di kawasan-kawasan taman permainan dan mahu perkara itu ditegah oleh pihak berkuasa.
13 Dec 17
93
Bajet 2018: Agih Bantuan, 'Tidak Pilih Warna'
Kerajaan negeri tidak memilih warna atau fahaman parti dalam menghulurkan sebarang bantuan, terutama berkaitan bencana dan kebakaran.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud, berkata sehubungan itu, kerajaan sangat menggalakkan rakyat memohon bantuan melalui program-program yang disediakan kerana ia merupakan hak mereka.Katanya, mana- mana individu mempunyai masalah berkaitan tanaman, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu akan tampil membantu, manakala jika berdepan dengan masalah haiwan ternakan, mereka boleh merujuk kepada Jabatan Vetarinar Negeri Terengganu.“Berkaitan banjir tahun ini pula, kerajaan negeri bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersedia daripada pelbagai aspek sejak September lalu temasuk simulasi banjir, kelengkapan, persediaan anggota dan sebagainya.“Apa yang dilakasanakan itu membuktikan kerajaan sangat cakna dan tidak pernah menilai warna sama ada biru atau hijau untuk menghulurkan bantuan, “ katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Bazlan Abd Rahman (BN-Batu Rakit) mengenai sejauh mana kesiapsiagaan kerajaan negeri dalam menghadapi banjir dan bencana di persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada hari ketiga, hari ini.
13 Dec 17
68
Bajet 2018 : Bertuahnya Jadi Rakyat Terengganu - Tengku Zaihan
Adun Kuala Besut, YB Tengku Zaihan Adun Kuala Besut, YB Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menyifatkan Bajet Terengganu 2018 yang bertunjangkan empat pe-tunjang utama dirangka berasaskan apa yang rakyat hendak dan bukannya semata-mata apa yang kerajaan mahukan, banyak memberikan keuntungan dan kelebihan kepada rakyat.“Dalam pembentangan bajet kali ini, kita lihat betapa seriusnya kerajaan negeri untuk menangani peningkatan kos sara hidup dalam pelbagai kaedah menerusi 20 `touchpoints’ antaranya projek infra niaga, program jaya diri 2018, Program Membantu Rakyat (PMR), Skim Dana Usahawan (SDU) (RM2 juta) dan Dana Raya melibatkan hampir RM100 juta untuk 264,294 penerima.“Sebab itu kalau jumpa sahabat kita dari negeri lain, mereka akan kata, `bertuahnya jadi rakyat Terengganu’. Kerajaan cakna dari awal..dari bayi yang baru lahir hinggalah ke akhir hayat,” katanya ketika membahaskan ucapan Bajet 2018, di persidangan Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.Menurut Tengku Zaihan, untuk pusat aktiviti warga emas, kerajaan menyediakan peruntukan RM6 juta untuk dimanfaatkan oleh 4,000 warga emas.Tambahnya, pelbagai bentuk bantuan juga disediakan untuk pembangunan belia atau anak muda di Terengganu.“Seperti kata pepatah, yang tua dihormati, yang muda disayangi…InsyaAllah keharmonian dan kesentosaan hidup bermasyarakat menjadi realiti. -http: //terengganu.news
13 Dec 17
598
Bajet 2018 : Gen Z Diutamakan Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
YB A.Latiff AwangKerajaan negeri memberi perhatian khusus kepada Generasi Z selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.YB A.Latiff Awang (BN-Pengkalan Berangan) menjelaskan kepada sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini, Generasi Z adalah golongan yang berusia tujuh hingga 19 tahun pada 2017 dan akan menjangkau usia 15 hingga 27 tahun pada 2025.“Jika berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025, sebab itu pelan pendidikan kita mengambil kira (fokus) Generasi Z.“Pertama, kita tengok Generasi Z, mereka adalah pengguna internet sejak kecil lagi..kita boleh tengok anak-anak kita boleh main gajet dan `game’. Kedua, mereka juga amat selesa dengan penggunaan teknologi dan gajet. Ketiga , mereka juga amat gemar berkomunikasi dengan media sosial. Itu gambaran secara umum tentang Generasi Z dan sebab itu dalam penyediaan (prasarana teknologi dan program) Generasi Z yang akan hidup di alaf baru, sesuai juga dengan TN50 (Transformasi Nasional 2050), kerajaan kita mesti bagi ilmu, pendidikan kepada mereka sesuai dengan zaman mereka."Jika kita dulu belajar sesuai dengan zaman ketika itu, dan hari ini kita agak payah menyesuaikan diri dengan zaman sekarang sebab itu kita kadang-kadang bercelaru bila ada perubahan dengan teknologi, kerana kita sendiri buta dengan teknologi berbanding generasi dan bangsa lain di negara maju mereka sudah ke hadapan,”katanya.Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Mohd Mahdi Musa (BN- Kota Putera) mengenai perancangan kerajaan negeri dalam menyediakan prasarana, teknologi dan program kepada Generasi Z dalam menghadapi situasi perubahan teknologi, di persidangan Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri itu, pendedahan awal seperti pembelajaran teknologi maklumat, perkasakan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), memastikan penguasaan bahasa dan sebagainya antara penekanan kepada Generasi Z.- http://terengganu.news
13 Dec 17
137
Bajet 2018: Terengganu Rekodkan 876 Kekosongan Jawatan Imam dan Bilal
Sebanyak 876 jawatan imam dan bilal di masjid kerajaan masih belum diisi disebabkan calon temu duga tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, berkata dua faktor utama yang menyebabkan calon gagal dipilih adalah kerana tidak melepasi syarat asas dan berada di luar di kawasan mukim.“Kesalahan semasa temuduga yang kita adakan adalah tidak menempati ciri-ciri seorang imam misalnya dari segi bacaan al -Quran, fardhu ain dan kifayah walaupun mempunyai minat untuk menjadi imam atau bilal’.“Faktor kedua ialah calon memenuhi syarat tetapi berada di luar kawasan mukim yang kita tempatkan kerana mereka tidak mahu ke tempat yang sepatutnya mereka dihantar dan kita terpaksa cari anak mukim, ini yang jadi persoalan kenapa kesukaran kita untuk memenuhi sasaran kita mempunyai tiga imam tiga bilal di setiap masjid,” katanya ketika menjawab soalan Satipul Bahri Mamat (Pas – Paka) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-13 (Bajet) hari ini.Tambahnya, kerajaan negeri akan mengadakan sesi temuduga terbaru dengan mengadakan beberapa penambahbaikan bagi mengisi kekosongan jawatan imam dan bilal.‘’Insyaallah kita akan adakan sesi temuduga dan kelemahan akan diperbaiki dengan mengadakan beberapa strategi untuk atasi seperti diberi latihan untuk membolehkan golongan yang berminat yang bersungguh tetapi menpunyai halangan dari segi keupayaan mereka dalam menguasai termasuk ilmu fardu ain dan kifayah’.‘Gaji imam dan bilal di masjid kerajaan perlu dikaji semula untuk menarik minat mereka melihat jawatan ini yang kekal sebagai sumber pendapatan insyaallah pihak kerajaan akan kaji mengikut kesusaian iaitu (dan mungkin) skim baru buleh dipertimbangkan’ tambahnya lagi. – www.Terengganu.news
13 Dec 17
77
Bajet 2018: Sembilan Laluan Baharu Untuk My Bus
Ir. Rosli ketika mengulas lanjut berkenaan laluan My Bus di persidangan Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Sembilan laluan dikenalpasti sebagai laluan perkhidmatan My Bus 'Stage Bus System Transformation' (SBST) yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) bermula tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli Othman berkata, sebanyak 32 buah bas disediakan termasuk lapan daripadanya adalah bas elektrik.Katanya, sebagai perintis, perkhidmatan bas tersebut hanya akan bergerak di sekitar Kuala Terengganu."Laluan T101 melibatkan Kuala Terengganu-Manir-Gong Badak-Batu Rakit, Kuala Terengganu-Seberang Takir-Gong Badak-Jeti Merang (T102), Kuala Terengganu-Tepuh-Padang Maras-Batu Rakit (T103), Kuala Terengganu-Wakaf Tapai-Kuala Berang (T201) dan Kuala Terengganu-Pasir Panjang-Kg. Laut-Bukit Payung (T202)."Seterusnya T203 akan melalui Kuala Terengganu-Panji Alam-Kedai Buluh-UCSI, Kuala Terengganu-Losong-Sg. Rengas-Rawai-Bukit Payung (T204), Kuala Terengganu-UiTM Chendering-Marang (T301) dan terakhir Kuala Terengganu City Feeder (F100)," katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi soalan Persidangan Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.Tambahnya, laluan bagi bas elektrik hanya akan melibatkan laluan F100 iaitu Kuala Terengganu City Feeder."Laluan ini akan melalui Kuala Terengganu-Hospital Sultanah Nur Zahirah-Pantai Batu Buruk-Giant dan Mydin.Dalam pada itu, Rosli (BN-Kemasik) berkata tambang yang bakal dikenakan bagi perkhidmatan bas tersebut dijangka lebih murah daripada perkhidmatan bas lain.Katanya lagi, perkhidmatan bas sedia ada seperti Cas Ligas, SP Bumi dan satu syarikat daripada Besut juga turut ditawarkan untuk terlibat SBST."Namun penglibatan secara terperinci belum dikenalpasti. Berapa buah bas akan terlibat untuk syarikat bas lain masih tidak pasti," katanya.
12 Dec 17
139