lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Bina segera laluan Pakej 8 Aring -Kuala Berang -Rozi
Para penerima sumbangan sempena Program Back To School TNB 2017 di SMK Tun Indera, Kampung Pelandan bergambar kenangan bersama tetamu kehormat.Kerajaan  Pusat diharap dapat mempercepatkan pembinaan  laluan Pakej 8 Aring-Kuala Berang bagi meningkatkan sektor pelancongan dan sosio ekonomi di Hulu Terengganu sekali gus mengatasi jalan terputus setiapkali  banjir di kawasan Telemong.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong, Dato' Rozi Mamat berkata,jalan itu sangat penting bagi masyarakat setempat khususnya pada musim tengkujuh kerana dapat digunakan ketika banjir malah memendekkan masa perjalanan malah laluan tersebut bakal menjadi nadi perhubungan kepada mereka.Jelasnya lagi, pakej itu juga akan memberikan lebih keselesaan kepada pelancong yang berkunjung ke Tasik Kenyir atau ke Cameron Highlands."Ini termasuk kemudahan untuk ke kampus tetap Politeknik Hulu Terengganu (PHT) yang kini rancak dibina di Kampung Kuala Jeneris(laluan utama ke Tasik Kenyir), sudah pasti laluan Pakej 8 ini banyak manfaatnya."Saya ada dimaklumkan pada 21 November lalu, ada satu lawatan daripada pihak kementerian yang berkaitan untuk memantau dan melihat semula dari segi pembangunan Lebuhraya Pantai Timur(LPT) Pakej 8 Aring-Kuala Berang."Kita semua tahu yang Dun Telemong antara kawasan yang teruk dilanda banjir apabila musim tengkujuh sehingga terputus hubungan kerana semua laluan utama terpaksa ditutup dan saya berharap situasi ini berakhir apabila siapnya laluan pakej lapan itu nanti."Kita faham ia sudah di bawah bajet Kerajaan Persekutuan dan pembinaan laluan tersebut melibatkan beberapa pakej. Bagaimanapun atas sebab-sebab dinyatakan tadi(atasi masalah terputus hubungan ketika banjir), diharapkan pakej lapan ini dapat diberikan keutamaan walaupun pakej tujuh belum dibina,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan penyampaian barangan kelengkapan sekolah kepada 200 pelajar sempena Program Back To School Tenaga Nasional Berhad(TNB) 2017di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Indera,Kampung Pelandan,Telemong, Hulu Terengganu, hari ini.Hadir sama pada program tersebut ialah Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Jalaludin Ismail serta Pemangku Pengurus Besar(Stesen-stesen Janaelektrik Sultan Mahmud Kenyir), Bahagian Penjanaan TNB, Azani Mohd Yusof.Rozi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri menasihatkan masyarakat setempat terutamanya kampung yang berdekatan Tasik Kenyir turut merebut peluang sebaik mungkin di sebalik pewartaannya sebagai kawasan bebas cukai.Katanya lagi, pembangunan yang bakal dilaksanakan akan meningkatkan kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir.Selain itu, menurut Rozi lagi pembinaan kampus tetap PHT juga dijangka mengubah  pembangunan setempat terutama melibatkan sosio ekonomi penduduk.
21 Dec 17
167
Empty Image
Jejambat Bukit Tumbuh Dibuka 21 Disember Ini
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bakal merasmikan Majlis Pelepasan Trafik bertempat di Jejambat Bukit Tumbuh, Kuala Nerus, pada 21 Disember ini jam 5 petang Dengan pelepasan tersebut, dijangkakan kesesakan di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu bakal berkurang.Projek yang bermula pada November 2015, ilham Menteri Besar sendiri bagi mengurangkan kesesakan yang sering berlaku di jambatan tersebut terutama pada musim kemuncak seperti musim cuti perayaan dan cuti persekolahan.Menurut satu kenyataan dari Jabatan Kerja Raya (JKR), kos keseluruhan projek tersebut menelan belanja hampir RM24 juta.
18 Dec 17
168
Empty Image
Masjid Tiada Pengawal Keselamatan Disaran Pasang CCTV
Ghazali menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta Kursus Motivasi Budaya Kerja Cemerlang Dan Pemantapan Integriti Kepada Imam Dan Bilal Masjid Kerajaan Negeri Terengganu Siri Kedua Tahun 2017 di Hotel Grand Puteri. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraSetiap masjid yang tidak mempunyai khidmat pengawal keselamatan disaran memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengekang sebarang aktiviti tidak sihat terutama kecurian tabung masjid.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia Dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, ianya amat wajar bagi membendung kehilangan wang yang didermakan jemaah masjid dengan tidak memberi ruang kepada penjenayah untuk mendapatkan hasil daripada perbuatan keji mereka.“Sejak akhir-akhir ini didapati ada dua tiga kes kecurian di dalam masjid ketika jemaah sedang solat dan perbuatan ini sangat mendukacitakan.“Sepatutnya, kita hadir ke masjid untuk menunaikan solat dan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T tetapi sebaliknya berlaku. Jadi, disarankan masjid-masjid yang mana tidak mempunyai kemudahan pengawal keselamatan seelok-eloknya memasang CCTV,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas kes kehilangan wang tabung masjid selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kursus Motivasi Budaya Kerja Cemerlang Dan Pemantapan Integriti Kepada Imam Dan Bilal Masjid Kerajaan Negeri Terengganu Siri Kedua Tahun 2017 di Hotel Grand Puteri, semalam.Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Mohd Azam Awi.Menurut Ghazali, bagi mempertingkatkan aspek keselamatan di masjid, pihaknya juga akan melaksanakan penambahbaikan melalui kerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).“Sebagai langkah keselamatan, kita akan mantapkan lagi hubungan rakan polis dengan pihak PDRM secara lebih aktif termasuk melakukan rondaan dari semasa ke semasa di kawasan yang berisiko,” ujarnya.Dalam perkembangan lain, Ghazali berkata, sebanyak 876 jawatan imam dan bilal di masjid kerajaan masih belum diisi disebabkan calon temu duga tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan JHEAT.Walau bagaimanapun katanya, kerajaan negeri akan mengadakan sesi temuduga dari semasa ke semasa dengan mengadakan beberapa penambahbaikan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.
18 Dec 17
174
Empty Image
Bicara Bajet Terengganu 2018 : Golongan B40 Terus Dibela
Dr Roshaiza (kanan) ahli panel pada sesi pertama Bicara Bajet Terengganu 2018, di Wisma Darul Iman yang dihoskan oleh Muhd Aimin selaku moderator program itu. Bajet Terengganu 2018 bertemakan ‘Masa Hadapan Yang Lestari’ terus memberi perhatian dalam membela nasib golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan sekali gus meningkatkan pembangunan sosioekonomi negeri.Ketua Pengurusan Risiko, Pusat Transformasi Perancangan Strategik Dan Risiko, Universiti Malaysia Terengganu, Dr. Roshaiza Taha berkata, pelbagai inisiatif yang terkandung dalam Bajet 2018 menyediakan kaedah yang holistik, inklusif, berfokus dan berdaya maju ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat.Katanya, dalam konteks ekonomi hari ini segala keluh kesah masyarakat mengenai kos sara hidup diberi perhatian serius oleh kepimpinan tertinggi negeri dengan memperkenalkan pelbagai strategi dalam menaik taraf ekonomi, merapatkan jurang kemiskinan serta bantuan kos sara hidup.Menurut Roshaiza, strategi kerajaan dalam meningkatkan ekonomi rakyat negeri ini cukup bijak apabila memperkenalkan pelbagai bantuan berbentuk sokongan.‘”Ibarat menyediakan kail, dan bukannya memberi ikan’, menerusi bantuan sokongan yang disediakan, belanjawan yang dirangka kerajaan lebih membuka peluang dan memberi jalan kepada rakyat negeri ini untuk mengambil peluang supaya dapat mencari titik punca meneruskan kelangsungan hidup.“Sebagai contoh, bantuan modal untuk mulakan perniagaan termasuk kepada golongan ibu tunggal, golongan belia dan sebagainya dengan memfokus kepada apa yang diminati masyarakat umpamanya perniagaan ‘food truck’," ujarnya.Beliau mengulas demikian dalam Bicara Bajet Terengganu 2018 di Wisma Darul Iman yang dikendalikan Timbalan pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Pengurusan) Muhd Aimin Mohd Tahir, sebagai moderator program itu.Roshaiza berkata, inisiatif yang kerajaan sediakan bukan sahaja dapat meningkatkan taraf hidup peserta tetapi dapat meningkatkan ekonomi negeri secara menyeluruh.Sementara itu, katanya, peratusan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi di Terengganu kini ialah pada tahap 30 peratus dan berkembang lebih cepat daripada purata di peringkat nasional iaitu 28 peratus.
17 Dec 17
145
Empty Image
Bicara Bajet Terengganu 2018 : Apa Itu Bajet Defisit
Dr Roshaiza (kanan) jemputan sebagai ahli panel pada sesi pertama Bicara Bajet Terengganu 2018, di Wisma Darul Iman yang dihoskan oleh Muhd Aimin selaku moderator program itu. Terengganu termasuk dengan lapan negeri lain di Malaysia yang membentangkan bajet kurangan (defisit).Selain sembilan negeri berkenaan, tiga negeri membentangkan bajet lebihan (surplus), manakala satu-satunya negeri yang membentangkan bajet berimbang adalah Negeri Sembilan.Bajet seimbang adalah peruntukan belanja yang menyamai hasil yang diperolehi, bajet surplus pula apabila kerajaan berbelanja kurang daripada hasil, manakala defisit pula diklafisikasikan sebagai berbelanja melebihi pendapatan.Bajet adalah rancangan perbelanjaan kerajaan yang melibatkan penerimaan wang, cukai serta duti lain dan wang tersebut digunakan dalam projek dan program pembangunan serta kebajikan rakyat.Ketua Pengurusan Risiko Pusat Transformasi Perancangan Strategik Dan Risiko Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Roshaiza Taha berkata, bajet defisit sebanyak 10 peratus yang dibentangkan oleh Kerajaan Terengganu minggu lalu, bukanlah akibat kegagalan kerajaan namun ianya perlu dilakukan demi menjamin kesejahteraan rakyat Terengganu supaya rakyat dapat melalui tempuh keadaan ekonomi semasa.Justeru dalam menguruskan kewangan, kerajaan tidak perlu terlalu memfokuskan kepada bagaimana perbelanjaan itu dibuat.Katanya, bagi Terengganu titik tumpuan agihan perbelanjaan adalah kepada aktiviti berbentuk `perlu’ seperti bantuan kebajikan dan pembayaran emolumen.“Hanya sebahagian kecil diperuntukkan untuk aktiviti pembangunan di mana ini menumpukan langkah yang diambil oleh kebanyakan kerajaan dalam era kegawatan ekonomi  memperuntukkan kos yang lebih kecil kepada pembangunan kerana sektor itu hanya dilaksanakan jika benar-benar diperlukan untuk manfaat rakyat.“Fokus kerajaan dalam bajet ini adalah menangani kos sara hidup, memberi bantuan penghargaan kepada penjawat awam yang berbentuk emolumen atau berkonsep wajib. Hendak tidak hendak mesti ada.“Apabila kita berkata begitu, adakah kerajaan negeri tidak pandai merancang..Beban kerajaan adalah apabila bajet defisit kita terpaksa berhutang, tetapi kerajaan menanggung beban tersebut demi kesejahteraan rakyat,”katanya.Beliau mengulas demikian dalam Bicara Bajet Terengganu 2018 di Wisma Darul Iman yang dikendalikan Timbalan pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Pengurusan) Muhd Aimin Mohd Tahir, sebagai moderator program itu.Menurut Roshaiza, kerajaan perlu berbuat demikian bagi mengatasai 3P, peningkatan kos sara hidup, membuka peluang pekerjaan dan membina perumahan bagi manfaat dan keutamaan rakyat pada masa kini.Tambahnya, faktor ketidakstabilan harga minyak dan pertukaran mata wang asing juga menyebabkan bukan sahaja ekonomi seluruh dunia, malahan Malaysia mengalami kemelesetan serta tempiasnya dirasai Kerajaan Terengganu yang perlu menguruskan peruntukan sebaik mungkin walaupun dalam keadaan defisit.“Kita kena faham konsep, kegagalan mengurus apabila agihan terlalu banyak (berbelanja) kepada pembangunan. Sebaliknya Terengganu (tidak gagal) kerana kita perlu mengutamakan perbelanjaan emolumen.Jika tidak kos sara hidup akan meningkat kerana rakyat tidak mampu (tiada pendapatan),”katanya lagi.Beliau menjelaskan, konsep kerajaan negeri juga seperti ibu bapa yang harus menyediakan kelengkapan persekolahan anak, apabila kerajaan perlu melaksanakan perkara utama dan penting seperti menyediakan bantuan kepada rakyat, gaji secukupnya kepada penjawat awam serta kebajikan sebagai kelangsungan hidup terutama kepada golongan B40.- http:// terengganu.news
17 Dec 17
268
Empty Image
Chicken Cottage Lebar Sayap Perniagaan Ke Benua Afrika
Kerajaan negeri melalui anak syarikat Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TISB) melebarkan sayapnya ke Benua Afrika ketika ini yang mana memperkenalkan rangkaian restoran makanan segera ‘Chicken Cottage’.Pemilik restoran berkenaan, Alhaji Atiku Abubakar berkata, pihaknya merancang  untuk membangunkan Chicken Cottage Nigeria sebagai hab serantau bagi semua operasi di Afrika Sub-Sahara.Katanya,  pihaknya turut menyasarkan untuk membuka cawangan  Chicken Cottage di setiap negeri di Nigeria.“Selain mahu membangunkan Chicken Cottage Nigeria sebagai hab serantau bagi semua operasi di Sub-Sahara Afrika.“Untuk tujuan ini, saya telah memberi kelulusan kepada pihak pengurusan untuk memulakan perbincangan dengan Chicken Cottage International,” katanya dalam News Agency Of Nigeria selepas merasmikan cawangan Chicken Cottage, di negara itu, semalam. Beliau turut berjanji untuk membuka lebih banyak cawangan di lokasi strategik di Nigeria kerana berkeyakinan tinggi bahawa penubuhan cawangan  Chicken Cottage di negeri terpilih  akan membantu mengurangkan pengangguran di negara ini.“Kami turut menyasarkan sekurang-kurangnya satu cawangan bagi setiap setiap negeri, langkah itu mampu  membantu warga Nigeria untuk bekerja.“Kami akan menyediakan peluang pekerjaan kepada beribu-ribu warga Nigeria yang akan memperolehi pendapatan (upah hidup) dan seterusnya menyumbang untuk mengurangkan pengangguran di Nigeria”, katanya.Tambahnya, Cottage Chicken juga akan menyumbang kepada pendapatan petani tempatan sebagai contoh bahan mentah utama bagi produk itu akan diperolehi dari kalangan petani tempatan, ianya termasuk hasil pertanian seperti ayam, sayuran, kentang dan  beras.“Kegembiraan saya yang paling utama adalah untuk memberi nasihat kepada petani tempatan  dan melihat mereka mempunyai hasil yang dibeli dan digunakan di Nigeria dan Afrika, dengan itu secara tidak langsung akan memperkasakan mereka.“Selain itu, manfaat berganda dari perusahaan ini akan diperluas kepada pengangkut, pembekal minuman, pengilang perkakas, Artisans dan juga pembuat perabot”, katanya lagi. – terengganu.news
16 Dec 17
70
Empty Image
Dua Kakitangan Ukom Raih Anugerah
Dato' Zubir bersama pemenang anugerah pada Malam Penghargaan Dan Anugerah Media 2017. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailDua kakitangan Unit Komunikasi Negeri Terengganu ( Ukom) memenangi dua anugerah dalam Majlis Malam Penghargaan Dan Anugerah Media 2017   anjuran Epic Berhad di Hotel Primula, Kuala Terengganu malam tadi.Pemberita, Suriati Ali memenangi tempat ketiga bagi kategori Media Cetak Dan Portal Online (Berita dan Rencana Terbaik).Manakala Jurufoto, Tengku Mohammad Syamim Tengku Ismail turut menduduki tempat ketiga bagi kategori Fotografi Terbaik.Masing-masing layak membawa pulang hadiah wang tunai RM750 beserta sijil penghargaan.Anugerah kepada pemenang disampaikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong  dan Ketua Pegawai Eksekutif EPIC, Noor Fadzil Mohamed Nor.Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc Wan Rudirman Wan Razak; Pengurus Besar Bahagian Perancagan dan Komunikasi Korporat EPIC, Abdul Adzim Abdul Hamid dan Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat), Wan Abdul Rahman Hayat.Majlis sama turut mengiktirafkan Ketua Biro Utusan Terengganu Wan Zukifli Wan Yaakob sebagai penerima Anugerah Khas Kewartawanan, selain menggondol tempat pertama bagi kategori Media Cetak dan Portal Berita Online (Berita dan Rencana).Dua penganugerahan itu melayakkan Wan Zulkifli membawa pulang hadiah wang tunai RM4,500 beserta sijil.Lebih 100 pengamal media hadir memeriahkan majlis yang turut mempertandingkan kategori Media Elektronik  yang dimenangi oleh Radio Televisyen Malaysia ( RTM).Terdahulu, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam teks ucapan yang dibacakan Dato' Zubir berkata, media adalah elemen penting dalam mencorakkan kehidupan dan membentuk masyarakat."Jika sebelum ini, tumpuan media hanya terhad kepada media cetak atau media elektronik, tetapi kini sudah menjangkau ke tahap lebih tinggi iaitu media alaf baharu."Melalui media juga, pemikiran masyarakat mampu diubah. Malah paling membimbangkan, ianya mampu menjatuhkan negara, sebaliknya juga boleh  membangun serta memakmurkan negara," katanya.
16 Dec 17
251
Empty Image
SKMM Cadang Wujud Pusat Kesejahteraan Siber Atasi Ketagihan Internet
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) bercadang mewujudkan Pusat Kesejahteraan Siber (Cyber Wellness Centre) berkaitan isu ketagihan internet yang semakin membimbangkan di negara ini.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Seri Jailani Johari berkata, cadangan itu turut merangkumi pembangunan modul-modul intervensi dalam menangani isu ketagihan bermain permainan dalam talian, ketagihan melayari kandungan lucah dalam talian dan sistem sokongan keluarga.Jelasnya, kajian oleh SKMM bermula sejak tahun 2010 sehingga kini dan melibatkan beberapa fasa bersama pihak akademik daripada universiti-universiti tempatan, iaitu International Medical University dan Heriot-Watt University Malaysia."Hasil kajian itu terhadap responden yang mendapati sebahagian besar daripadanya mengalami masalah ketagihan internet malah mengakui mengalami kemurungan yang tinggi sekiranya tidak mempunyai akses kepada internet."Daripada 725 responden, 89 peratus ketagih kepada internet 67 peratus menunjuk kepada tahap keresahan dan 32 peratus menunjuk kepada tahap kemurungan ...maknanya memang membimbangkan."Buat sementara kita menunggu kewujudan Cyber Wellness Centre, kita sebagai ibu bapa selain dari pihak kerajaan, sama-samalah melihat dan menangani masalah ini kerana ia mungkin berlaku kepada anak kita sendiri tanpa kita sedari, jadi benda ini kita harus ambil berat bersama-sama,"katanya kepada pemberita di Majlis Berkhatan Dan Bertindik Peringkat Parlimen Hulu Terengganu di Dewan Sivik Ajil, hari ini.Tambah Jailani, hasrat penubuhan pusat tersebut masih lagi di peringkat kajian dan perlu melalui perbincangan dengan beberapa pihak berkenaan dan dijangka bakal di buka selewat-lewatnya tahun hadapan.Menurutnya lagi, pihak SKMM turut bekerjasama dengan beberapa pihak lain dalam melaksanakan program kesedaran awam mengenai penggunaan internet ini." Antara contoh termasuklah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui program Digital Dakwah, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui program Pembimbing Rakan Sebaya dalam Isu Keselamatan Internet."Persatuan Pengakap Malaysia melalui program-program Digital Literacy and Leadership dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara melalui pembangunan modul pendidikan keselamatan keluarga dan anak dalam isu keselamatan internet,"ujar Jailani.
15 Dec 17
108
Empty Image
Bajet 2018 : Bajet Negeri Terbaik Dalam Sejarah
Ahmad Razif selepas menamatkan sesi terakhir bagi pembentangan Sidang DUN kali ke-13 di Wisma Darul Iman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Bajet Terengganu 2018 adalah bajet terbaik yang dibentangkan Kerajaan Barisan Nasional dalam sejarah negeri ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan sepanjang tahun depan itu menonjolkan kelainan apabila berasaskan 60 titik sentuhan bagi membantu semua golongan sasar."Kita buat satu kelainan kerana berasas kepada 60 'touch point' yang betul-betul tuju kepada sasaran iaitu terutama kepada B40 dan M40 .Kumpulan B40 merujuk kepada isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM3,860, manakala M40 (pertengahan) adalah kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan RM3,860 hingga RM8,319."Itu menjadi sasaran utama kerana kita yakin mereka ini adalah merupakan penjana yang boleh menggerakkan domestik ekonomi untuk Negeri Terengganu," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas tamat sesi pengulungan persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini.Ahmad Razif berkata, walaupun pembangkang menyifatkan bajet tersebut merupakan bajet untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 namun itu terpulang kepada mereka."Tiap-tiap tahun memang kita bentang bajet pilihan raya. Bukan tahun ini saja malah tahun sebelum ini memang kita bentang bajet (pilihan raya) kerana yang pertama ialah kita nak menunaikan janji kepada rakyat kerana ini kita buat semasa pilihan raya."Ini membuktikan Barisan Nasional adalah kerajaan yang membantu rakyat. Kita sudah  janji tunaikan janji. Ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang menepati janji," katanya.
14 Dec 17
42
Empty Image
Bicara Bajet Terengganu 2018- Disiar Secara Langsung
Satu program bual bicara khas akan diadakan bagi membincangkan tentang Bajet Terengganu 2018 di Dewan Konvensyen Tingkat dua Wisma Darul Iman pada hari Isnin ini jam 9 pagi.Program dinamakan sebagai ‘Bicara Bajet Terengganu 2018’ julung kali dibuat anjuran Terengganu News dengan kerjasama Unit Komunikasi Negeri (UKOM).Bicara Bajet akan disiarkan secara langsung oleh portal Terengganu.news dan beberapa saluran media sosial lain.Peranan moderator akan digalas oleh Muhd Aimin Mohd Tahir dan Ridzuan Hashim manakala ahli panel terdiri daripada usahawan, ahli akademik dan wakil belia dalam tiga segmen yang berlainan. – www.Terengganu.News
14 Dec 17
84