Artikel "Semasa" Terkini
Felda Belara Bakal Jadi Bandar Baharu - Ahmad Razif
Ahmad Razif ketika bersama penduduk Felda Belara ketika program turun padang bersama Menteri Besar di Felda itu, semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri berharap masyarakat Felda Belara, Tepoh, Kuala Nerus bersedia melalui proses transformasi pembangunan termasuk merealisasikan kewujudan sebuah bandar baharu suatu masa kelak.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sudah tiba masa bagi penduduk Felda melalui proses transformasi memandangkan kedudukannya di lokasi strategik berdekatan kepesatan pembangunan Bandar Baharu Kuala Nerus.Katanya, Felda Belara juga terletak berhampiran pintu masuk ke Tasik Kenyir selain laluan utama ke Kelantan serta merupakan gugusan felda yang paling hampir dengan pusat bandaraya.“Oleh itu, saya berharap penduduk di kawasan berkenaan perlu mengambil peluang bagi mempastikan felda membangun seiring dengan pembangunan yang sedang kita laksanakan.“Kita rasa tidak ada masalah kalau Felda dapat laksanakan dan sediakan peluang pekerjaan kepada anak generasi Felda,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Walkabout Bersama Menteri Besar di Felda Belara, Kuala Nerus, yang dihadiri kira- kira 1,000 penduduk setempat, semalam.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil.Sementara itu, Ahmad Razif memberi jaminan bahawa kerajaan negeri bersedia membantu pengurusan Felda bagi merealisasikan hasrat membangunkan Felda Belara termasuk menyegerakan pembinaan kediaman untuk generasi kedua Felda berkenaan."Saya beri jaminan kerajaan negeri akan bantu beri sokongan penuh bagi memastikan hasrat golongan generasi kedua untuk miliki rumah sendiri di kawasan Felda ini dapat kita realisasikan yang melibatkan 79 lot untuk 79 keluarga," jelasnya.
26 Dec 17
662
4,847 Lampu Jalan Kampung Dipasang Seluruh Terengganu Sepanjang 2017
Ahmad Razif (kanan) dan Ismail Sabri merasmikan Majlis Perasmian Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung peringkat negeri di Gelanggang Futsal Kampung Kesom, Kuala Nerus, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kasim.Sebanyak 4,847 unit lampu jalan kampung melibatkan kos keseluruhan RM4 juta siap dipasang di seluruh Terengganu sepanjang 2017.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, daripada keseluruhan kemudahan yang disediakan di semua lapan parlimen itu, 447 daripadanya adalah lampu jenis LED.Katanya, Terengganu antara negeri yang seratus peratus siap pemasangan lampu untuk kemudahan penduduk setempat itu sepanjang tahun ini."Kalau ikutnya kita semua sekali terima 4,847 unit lampu jalan. Jadi purata yang dipasang adalah antara 556 hingga 557 bagi setiap parlimen."Untuk 2018 ada lagi bajet tambahan jadi sudah pasti saya nampak isu atau permasalahan lampu jalan kampung ini akan dapat selesaikan," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung Tahun 2017 Negeri Terengganu Darul Iman di Gelanggang Futsal Kampung Kesom, Kuala Nerus, malam tadi.Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata RM100 juta diperuntukkan untuk lampu jalan kampung iaitu pemasangan sebanyak 120,000 unit lampu jalan kampung dan 6,333 daripadanya adalah jenis LED di seluruh negara.Katanya, 81.4 peratus siap pemasangannya di seluruh negara dan dijangka sebelum 31 Disember ini Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh menyiapkan keseluruhan termasuk Sabah dan Sarawak."Walau bagaimanapun untuk Terengganu, peruntukan sebanyak RM4 juta dengan 4,847 unit lampu jalan kampung di 799 buah kampung telah disiapkan 100 peratus oleh TNB."Cuma di Sabah yang lewat sikit tapi seperti dimaklumkan tadi sebelum 31 Disember kita siapkan kesemuanya dan untuk tahun hadapan mulakan yang baru untuk 2018," katanya.Tambahnya lagi, kerajaan membelanjakan sejumlah RM70 juta untuk membayar bil elektrik bagi jalan kampung sepanjang 2016. "Saya hendak maklumkan bahawa ramai yang apabila kita tawarkan lampu jalan kampung ini terutamanya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) kadang-kadang agak risau kerana takut mereka akan membayar bil elektrik tersebut. "Tapi seperti yang disebutkan oleh Menteri Besar dalam ucapannya sebentar tadi (semalam) bahawa semua lampu jalan kampung di kawasan kampung dibayar oleh kerajaan," katanya.
25 Dec 17
266
Pejabat Kesihatan Setiu Menang Anugerah Jabatan Cemerlang
Setiausaha Kerajaan Negeri menyampaikan replika kemenangan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Setiu. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimPejabat Kesihatan Daerah Setiu (PKDS) memenangi anugerah Jabatan Kerajaan Cemerlang sempena Anugerah Transformasi Daerah Setiu 2017 di Dewan Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, malam tadi.PKDS menerima wang tunai RM2,000 yang disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Tempat kedua ialah Pejabat Perpaduan Daerah Setiu, manakala tempat ketiga ialah Pejabat Pendidikan Daerah Setiu.Bagi kategori Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (J3K) Terbaik pula, J3K Guntung Luar muncul pemenang bagi DUN Permaisuri manakala bagi DUN Langkap pula dimenangi Kampung Seri Kenangan.Sementara itu, bagi J3K Cemerlang dimenangi J3K Air Sejuk (DUN Permaisuri) dan J3K Chalok Kedai diumumkan pemenang di DUN Langkap.Pemenang lain bagi Anugerah Cemerlang Transformasi Setiu untuk J3K Aktif memihak kepada J3K Beris Tok Ku manakala J3K Pelong meraih kemenangan untuk DUN Langkap.Sekolah Menengah (SM) Sains Setiu pula berjaya memenangi anugerah Sekolah Cemerlang, tempat kedua ialah SM Lembah Bidong manakala ketiga SM Kebangsaan Putera Jaya.KOSPEN Terbaik dimenangi J3K Kampung Guntung Luar untuk DUN Permaisuri manakala DUN Langkap dimenangi J3K Kampung Bukit Kecil.COMBI pula dimenangi Kampung Bahagia untuk DUN Permaisuri manakala Kampung Kasar untuk DUN Langkap.Lebih 300 penjawat awam dan J3K hadir di majlis anugerah yang dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato' Mohd Jidin Shafee, Ahli Parlimen Daerah Setiu, Datuk Mohd Zulkifly Jusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.Hadir sama, Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Mat Azmi Arshad serta Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda.Majlis bermula jam 9 malam itu dihoskan oleh dua pengacara iaitu Yogaseri Yunus dari Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu dan Noraini Sulong (Cik Ain) dari RTM Terengganu.
25 Dec 17
760
Penjawat Awam Perlu Sokong Kerajaan
Dato' Nawawi dan Dato' Mohd Jidin bersama pemenang Anugerah Transformasi Setiu 2017 anjuran Pejabat Daerah Setiu di Bandar Permaisuri, Foto Harish Fadzillah KassimPenjawat awam di Terengganu disaran sentiasa menyokong setiap program kerajaan supaya perancangan dan hasrat kerajaan berjalan dengan lancar serta mampu direalisasikan.Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail berkata, penjawat awam harus faham tugas dan tanggungjawab mereka."Selagi tuan puan berada di dalam perkhidmtan awam, tuan puan wajib mengikuti dan mengiakan apa sahaja program kerajaan."Sebab sekiranya kita sebagai kakitangan kerajaan, sekiranya kita tidak bersetuju dengan apa yang dibuat oleh kerajaan, haruskah kita berada dalam sistem (perkhidmatan kerajaan)," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Anugerah Transformasi Setiu 2017 anjuran Pejabat Daerah Setiu di Bandar Permaisuri, malam tadi.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan bandar Negeri, Dato' Mohd Jidin Shafee, Ahli Parlimen Daerah Setiu, Datuk Mohd Zulkifly Jusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.Hadir sama ialah Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Mat Azmi Arshad serta Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda.Wan Nawawi berkata, selagi penjawat awam berada dalam perkhidmatan, mereka harus melaksanakan apa yang dirancang serta digariskan oleh kerajaan.Bagaimanapun, menurut beliau lagi, soal untuk memilih parti mana itu terpulang kepada individu masing-masing.Beliau juga mahu supaya setiap penjawat awam itu berada di hadapan untuk menyangkal segala tohmahan dan tuduhan tidak betul terhadap kerajaan."Mereka tidak sepatutnya mengiakan apa yang dibantah dalam pentadbiran awam tetapi marilah kita sama-sama bekerja untuk menjayakan matlamat dan usaha kerajaan," katanya.Wan Nawawi turut mahu semua penjawat awam di negeri ini bersama-sama melangkah ke 2018 dengan azam untuk terus memajukan negeri dengan bekerja lebih gigih dan kemas lagi.
25 Dec 17
140
PB Plaza Dibuka Selewat-lewatnya Februari Ini
PB Plaza, dalam lingkaran PMINT Square di tengah pusat Bandar Raya Kuala Terengganu akan memulakan operasi bermula selewat-lewatnya Februari tahun depan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembukaan tersebut dapat menutup segala polemik berhubung operasi premis perniagaan itu sebelum ini.Katanya, dua peneraju utama akan beroperasi di PB Plaza apabila dibuka kelak."PB Plaza di Terengganu bakal mempunyai Digital Mall sendiri yang akan dikendalikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara)."Selain itu, The Store turut akan dibuka di PB Plaza tersebut yang dijangkan memulakan operasinya bermula penghujung Januari ini" katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung Tahun 2017 Negeri Terengganu Darul Iman di Gelanggang Futsal Kampung Kesom, Kuala Nerus, malam tadi.Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.
25 Dec 17
95
SPNB Bina 79 Unit Rumah Mesra Felda
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) komited memberi manfaat kepada generasi baharu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) apabila membangunkan 79 unit kediaman di kawasan Felda Belara, Tepoh, Kuala Nerus, bermula Februari ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek kediaman yang dikenali sebagai Rumah Mesra Felda itu akan dibina sama seperti konsep yang diguna pakai di Kampung Chalok, Setiu iaitu pembinaan rumah akan diselia SPNB di atas tanah milik Felda.Katanya, kerajaan tiada masalah dan sangat mengalu-alukan projek kerjasama itu kerana bukan sahaja membantu generasi baharu memperoleh kediaman selesa malah dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. “Rumah Mesra Felda berkonsepkan rumah teres dengan jangkaan harga jualan sama seperti Projek Rumah Mesra Rakyat iaitu di bawah RM65,000 seunit.“Pemilik iaitu mereka yang bekerja kampung, buruh atau dikategorikan sebagai berpendapatan rendah hanya perlu membayar pinjaman secara bulanan antara RM150 hingga RM200 sebulan,”katanya.Inisiatif itu bagi membantu pemilik yang tidak mempunyai penyata gaji untuk memiliki rumah kerana mereka hanya perlu membayar kepada SPNB, bukan kepada bank.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Walkabout Menteri Besar Bersama Komuniti Felda Belara yang dihadiri kira- kira 1,000 penduduk setempat.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abd JalilSebelum itu, Ahmad Razif turut meluangkan masa lebih satu jam di felda itu untuk sarapan bersama penduduk di Kedai Kopi Pak Hasan, seterusnya melawat dan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf, warga emas dan pesakit kronik.
25 Dec 17
298
Puteri Hasrat Lahir Pendebat Sebagai Jurucakap Di Akar Umbi - Mas Ermieyati
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia,Datuk Wira Mas Ermieyati Shamsuddin bergambar bersama-sama jentera-jentera IT Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu selepas melakukan penyerahan lap top.Pergerakan Puteri UMNO Malaysia akan melahirkan lebih ramai pendebat sebagai jurucakap bagi sayap termuda dalam parti di peringkat akar umbi itu, jelas Ketuanya, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.Menurutnya,jurucakap ini akan menjadi kekuatan utama sebagai pendebat yang akan berhujah dengan pihak pembangkang bukan sahaja di media sosial malah secara berhadapan."Ini termasuklah mengadakan program penerangan yang berkala di peringkat bahagian dan saya mahu semua Puteri bahagian mencontohi apa yang dilakukan oleh Pergerakan Puteri Hulu Terengganu yang mencapai tahap tertinggi dalam usaha menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja."JR Plus juga menjadi gerak kerja utama dan Puteri UMNO khususnya perlu memperhalusi gerak kerja dan penyatuan sesama mereka harus lebih erat," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Perjumpaan Jentera Pilihanraya Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, hari ini.Hadir sama, Ketua Puteri UMNO Negeri, Erni Salwani Saidi dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail.Mas Ermieyati berkata, gerakan untuk mengenalpasti mana-mana ahlinya yang layak mendaftar sebagai pemilih di seluruh negeri dan bahagian supaya segera membuat pendaftaran dan urusan ini diserahkan kepada Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, DatukZahida Zarik Khan."Saya lihat ada berlaku peningkatan dan di Bahagian Hulu Terengganu telah ada peningkatan daftar pemilih dalam kalangan Puteri sebelum berakhirnya hari ini."Hari ini hari terakhir untuk mendaftar sebagai pemilih dan jumlah tersebut akan diumumkan apabila laporan berkenaan diserahkan kepada saya esok,"ujarnya lagi.Beliau turut menyentuh tentang isu calon wanita muda dalam PRU14 dan berkata setakat ini beliau telah berjumpa dan memaklumkan hal ini kepada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri untuk mencalonkan mereka yang layak."Saya berharap adanya calon wanita muda dari kalangan Puteri tetapi tetap akan akur dengan keputusan peringkat tertinggi terutama Presiden UMNO, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan saya yakin beliau amat memahami aspirasi wanita,"katanya
25 Dec 17
44
Kerajaan Negeri Biayai Kos Urus Jenazah Tiga Beradik
Ibu arwah tiga beradik terpaksa dipapah anak sulungnya sejurus tiba di kampung petang ini.Oleh : Aliffah Hanisfarhana SuhaidiKerajaan negeri bersedia membiayai sepenuhnya kos pengurusan jenazah ketiga-tiga beradik korban nahas di Kampung Batu Putih, semalam.Pegawai Penyelidik Pejabat Menteri Besar, Dr Wan Ashaari Wan Ismail mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menziarahi dan menyampaikan sumbangan kewangan kepada waris mangsa.Wan Ashaari berkata, kerajaan negeri mengucapkan takziah dengan peristiwa yang sungguh menyayat hati apabila keluarga itu kehilangan tiga anak serentak dalam nahas pagi semalam."Kerajaan negeri berharap ibu bapa mangsa Rosnani Ibrahim, 53 dan bapanya Wan Kamaruzzaman Wan Muhamad, 56, yang baru sahaja tiba dari Mekah bagi melihat jenazah buat kali terakhir memperolehi ketabahan dan kekuatan berdepan ujian getir ini. Kami juga bersetuju menanggung sepenuhnya kos pengurusan tiga jenazah adik-beradik ini,"“Keluarga berkenaan turut mendapat sumbangan kewangan daripada kerajaan negeri,” kata beliau selepas menziarahi keluarga arwah hari ini.Lebih 200 keluarga, saudara mara, rakan sekerja dan sahabat handai memenuhi Unit Forensik Kemaman petang tadi sebelum jenazah dibawa pulang.Dalam kejadian pagi semalam, tiga beradik maut nahas ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Lalang sebaik singgah di rumah saudara di Melaka selepas menghantar kedua ibu bapa dan seorang lagi adik beradik mereka, Wan Nur Afikah, 17, ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Semua jenazah dimandikan sendiri oleh ibu bapa mereka yang baharu tiba dari KLIA pada jam 3.30 petang ini. Mereka selamat tiba di KLIA dari Mekah kira-kira jam 10 pagi.Sebelum itu, Wan Kamaruzzaman dan Rosnani yang tidak dapat menahan sebak terpaksa dipapah oleh anak sulung mereka, Wan Muhd Al Rifae, 31, dan keluarga terdekat untuk menatap tiga anak mereka sebelum menyelesaikan urusan memandi dan pengebumian.Anak mereka, Wan Nur Athirah, 27; Wan Nur Afifah, 25, dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi, 14, maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Cherry Easter dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam parit di Jalan Pekan-Kuantan di Kampung Batu Putih, Kuantan, kira-kira jam 5.45 pagi semalam.Dua lagi penumpang yang bersama mereka iaitu ibu saudara, Salmah Ibrahim, 58, serta anaknya, Nurul Aliani Zawawi, 25, turut tercedera dan dirawat di Unit Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.Ketiga-tiga jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Binjai dan disemadikan dalam satu liang lahad Tanah Perkuburan Islam Binjai selepas solat Maghrib, sebentar tadi.
24 Dec 17
67
Bandaraya Kuala Terengganu Berwajah Baru
Mohd Jidin meninjau kawasan sekitar Batu Buruk yang diberi wajah baru. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Bandaraya Kuala Terengganu akan berubah wajah apabila landskap di pusat-pusat rekreasi diperindahkan lagi dengan menggantikan cat baru agar lebih menarik sebagai tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, program mengindahkan bandar raya tersebut merupakan kesinambungan daripada yang pernah dijalankan sebelum ini.Katanya, tujuan utama program tersebut adalah bagi menghias dan mencantikkan lagi Bandaraya Kuala Terengganu dengan landskap yang lebih menarik bersesuaian dengan slogan 'Terengganu Terbersih'."Untuk hari ini, kita membelanjakan RM10,000 dan tujuannya adalah bagi mempromosikan kawasan bandaraya serta Batu Buruk kerana banyak lagi perkara-perkara yang kita perlu perbaiki terutama tugasan di bawah (portfolio) kesejahteraan bandar di Kuala Terengganu ini."Program yang mendapat tajaan dari syarikat Jotun melibatkan semua kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan juga sukarelawan serta jabatan lain seperti anggota bomba dari Balai Bomba Jalan Kota menyertai bersama," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam Program Seni Hias Bandar di Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Datuk Bandar Kuala Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar.Mohd Jidin berkata, kawasan Batu Buruk dipilih supaya ianya lebih bersih dan cantik selain keselamatannya terkawal serta mempunyai tempat-tempat rekreasi yang menarik dan berwarna-warni.Tambahnya, pembersihan yang dilakukan tersebut bukan sahaja melibatkan bangunan, tetapi ia juga melibatkan kedai-kedai yang terkesan akibat musim tengkujuh.Katanya lagi, selain Batu Buruk, program itu juga dilaksanakan di kawasan sempadan bandaraya terutamanya yang menjadi tumpuan orang ramai."Kita tumpu di kawasan bermula di Masjid Tengku Tengah Zaharah sehingga ke Pulau Rusa termasuk kawasan daerah pulau-pulau dan sampai ke Simpang Tok Ku."Kerja-kerja dijalankan termasuk mengecat, membina, membersih, menanam pokok selain melihat kawasan sekitar supaya tidak mendatangkan penyakit," katanya.
22 Dec 17
486
Lebih Banyak Laluan Bertingkat Akan Dibina Di KualaTerengganu
Ahmad Razif memotong riben sebagai simbolik merasmikan laluan bertingkat di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Kerajaan bercadang membina lebih banyak laluan bertingkat di Kuala Terengganu bagi mengurangkan kesesakan terutama pada waktu puncak.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, buat masa sekarang, laluan bertingkat di Jambatan Sultan Mahmud sudah siap dibina dan boleh digunakan serta dapat menyelesaikan kesesakan trafik di kawasan itu.Katanya, walaupun dengan adanya laluan baru seperti Jambatan Pulau Sekati serta ke Pulau Sekati ianya hanya mampu menyelesaikan dalam masa terdekat kerana pertambahan kegunaan kereta di Kuala Terengganu."Kerana itu kita sedang membuat persediaan dengan mencadangkan supaya jalan di kawasan Durian Burung, Teluk Pasu dan juga Batu Enam membawa kepada Tepoh dan juga susur ke Lebuh Raya Pantai Timur 2 untuk dibuat ke konsep jalan empat lorong ini."Melihat kepada keperluan ini maka kita perlu laksanakannya sekarang kerana kosnya lebih munasabah disebabkan beberapa faktor antaranya dari segi pengambilan tanah yang akan lebih tinggi bergantung kepada masa," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelepasan Trafik Jejambat Di Bukit Tumbuh, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir Setiausaha Negeri Terengganu, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli Othman dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pengarah JKR Terengganu, Ir. Che Kamaruddin Bahar.Tambah Ahmad Razif, kerajaan negeri telah menghantar permohonan kepada Kerajaan Pusat untuk meluluskan projek-projek tersebut."Ini kerana saya melihat potensi Kuala Terengganu sendiri sebagai ibu negeri Terengganu untuk lebih berkembang dengan pesat."Maka kerana itu, kita perlu menyediakan infra dan juga prasana yang akan boleh memastikan bahawa ianya selaras dengan peningkatan jumlah rakyat di daerah ini," katanya.
22 Dec 17
37