Artikel "Semasa" Terkini
2,918 Terima Bantuan Pakaian Sekolah DUN Telemong
Kerajaan negeri meneruskan agihan bantuan pakaian persekolahan membabitkan 2,918 penerima dari Dewan Undangan Negeri (DUN)Telemong, dengan peruntukan sebanyak RM291,800 ribu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Dato' Rozi Mamat berkata, bantuan yang diagihkan itu diharap dapat meringankan beban ibu bapa terutama yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak mereka."Saya mewakili masyarakat DUN Telemong mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri diatas kecaknaan ini. Setiap tahun kita agihkan dana ini supaya dapat membantu ibu bapa terutama yang kurang berkemampuan untuk membeli kelengkapan persekolahan anak bagi sesi persekolahan baharu yang akan bermula tidak lama lagi."Kerajaan negeri berharap ia dapat dimanfaatkan sebaiknya kerana kita memahami masalah yang dihadapi terutama mereka yang bergantung rezeki kepada menoreh getah,mengait buah kelapa sawit yang terjejas kerana musim tengkujuh yang sedang melanda sekarang," katanya selepas menyampaikan bantuan pakaian persekolahan Dun Telemong Sekolah Rendah Dan Menengah di Dewan Akademi Binaan Malaysia,Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.Beliau berkata, murid dan pelajar yang layak tetapi tercicir daripada menerima bantuan itu boleh membuat rayuan kepada pihak berkenaan dalam masa terdekat."Bagi mereka yang tercicir daripada senarai untuk menerima bantuan ini boleh membuat rayuan, mungkin berlaku kesalahan teknikal ketika mengisi borang secara atas talian...saya akan lihat permasalahannya dan panjangkan untuk kelulusan sekiranya layak,"katanya lagi.Untuk rekod,dana tersebut adalah sebahagian daripada peruntukan RM10 juta bantuan pakaian persekolahan yang disediakan kerajaan negeri tahun ini untuk dimanfaatkan oleh 100,000 murid dan pelajar di negeri ini.Bantuan persekolahan tersebut diagihkan kepada keluarga yang berpendapatan bulanan bawah RM2,000 untuk persediaan membeli pakaian sekolah dan dihadkan kepada dua murid atau pelajar bagi setiap keluarga yang layak.
30 Dec 17
86
Rombakan 44 Pegawai Tadbir Perkuatkan Pentadbiran Negeri - Ahmad Razif
Menteri Besar bergambar dengan pegawai yang terlibat dengan rombakan struktur pentadbiran kerajaan negeri yang baharu selepas majlis serah tugas pegawai kanan negeri dan angkat sumpah Pihak Berkuasa Tempatan Negeri di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW PutraRombakan melibatkan 44 pegawai tadbir kerajaan negeri bermula 1 Januari ini diharap akan memmperkuatkan pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan transformasi kerajaan menerusi prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB).Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, menerusi transformasi kerajaan, kerajaan mahu memastikan asas utama iaitu menyediakan perkhidmatan berasas kepada penawaran perkhidmatan daripada pelanggan dan rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar.“Alhamdulillah harini kita sudah selesai majlis penyerahan tugas dan juga angkat sumpah pegawai-pegawai kanan dan untuk tahun hadapan bermula esok seramai 44 pegawai kanan bertukar dan sebahagian besarnya ialah kenaikan pangkat. “Apabila tiga orang pegawai tertinggi kita iaitu Dato’ Pengarah PTG (Pejabat Tanah Dan Galian), Dato’ DO (pegawai daerah) Kuala Terengganu dan juga Datuk Bandar pencen mulai 31 Disember 2017 (hari ini), maka kerana itu berlakunya rombakan dalam struktur baharu pegawai-pegawai tadbir kerajaan negeri dan kita berharap dengan perubahan atau rombakan struktur ini akan memberikan satu lagi kekuatan pada pentadbiran kerajaan negeri,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita majlis serah tugas pegawai kanan negeri dan angkat sumpah Pihak Berkuasa Tempatan Negeri di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, bagi memastikan perkhidmatan penjawat awam sentiasa berada di landasan yang tepat, sistem `star rating’ diperkenalkan kepada pengerusi dan ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan kampung (J3K) seluruh Terengganu.Tambah beliau, kerajaan negeri berharap supaya J3K akan memainkan peranan lebih komited dan aktif untuk mengenal pasti permasalahan serta isu di peringkat kampung mereka sekali gus bertindak sebagai agen penyalur maklumat kepada kerajaan.Katanya, segala permasalahan dan isu berkenaan boleh disalurkan kepada pegawai daerah di kawasan masing-masing supaya tindakan penyelesaian dapat dibuat dengan lancar dan segera untuk manfaat serta kebajikan rakyat.Menurut beliau lagi, dalam usaha memastikan Bajet Terengganu 2018 yang bertunjangkan 60 titik sentuhan dilaksanakan mengikut waktu yang tepat dan sebagaimana ditetapkan dengan sebaik mungkin, satu jawatankuasa khas dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri dibentuk supaya memantau serta melicinkan perkara itu.Dalam pada itu, seramai 44 pegawai tadbir negeri terbabit dalam rombakan antaranya ialah Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Wan Mohd. Wan Ibrahim ditukarkan ke jawatan Pengarah Tanh dan Galian Terengganu, dan jawatan lama beliau akan diganti oleh Pegawai Daerah / Pentadbiran Tanah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar.Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Samiun Salleh pula ditukarkan ke jawatan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu manakala Pegawai Daerah / Pentadbiran Tanah Hulu Terengganu, Azmi Razik bertukar ke jawatan sama di Kuala Terengganu.Pegawai Daerah / Pentadbiran Tanah Marang, Zainal Abidin Mohamed ditukarkan ke jawatan yang sama di Hulu Terengganu diikuti Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Shahidan Embok bertukar ke jawatan Pegawai Daerah/Pentadbiran Tanah Besut.Lain-lain adalah Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Mat Azmi Arshad bertukar ke jawatan yang sama tarafnya di Marang; Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Osman A. Bakar ke jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun; Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Wan Mohd. Anuar Wan Endut ditukarkan ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu.Yang Dipertua Daerah Marang, Rozali Salleh bertukar ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) dan Setiausaha MBKT, Zulkafeli Omar ke jawatan baru sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu.Pertukaran lain termasuk Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman, Anuar Awang ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Marang dan Ketua Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wan Mohd. Zaki Wan Abdullah ditukarkan ke jawatan Setiausaha MBKT.Ketua Penolong Pentadbir Tanah Hulu Terengganu, Ariffin Abdullah ke jawatan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kuala Nerus dan Setiausaha Majlis Perbandaran Dungun, Mohamad A. Rahman @ Othman ke jawatan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Terengganu.
30 Dec 17
343
Wanita Lumpuh Harap Nasib Terbela
Hampir lapan tahun saya terlantar, hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda dan tidak dapat bertutur seperti dahulu sejak diserang strok dan lumpuh hampir seluruh badan, kata Faridah Othman ,49 dari Kampung Bukit Apit,Ajil.Katanya, ketika diserang strok, dia sedang bercuti di Cameron Highlands dan jatuh pengsan ketika mandi pada 2009."Tengah gosok gigi, tiba-tiba pening dan mak cik jatuh pengsan dan bila sedar sudah berada di hospital, tak boleh bergerak."Lepas jalani pemeriksaan, doktor dapati ada darah beku dalam kepala dan buat pembedahan. Sekarang ni akibat pembedahan itu,mak cik dah tak ada tempurung kepala."Hanya tangan kiri je mampu gerak, payah nak ingat sesuatu tapi syukur lagi sebab masih mampu bercakap walaupun tidak jelas..yang lain seperti tugasan rumah, anak sulung mak cik yang banyak uruskan,"katanya.Ibarat jatuh di timpa tangga, Faridah surirumah sepenuh masa yang masih memerlukan bantuan keluarga turut berdepan masalah apabila suaminya Dul Omar,52, juga ditimpa kemalangan pada 2005 yang mengakibatkan kehilangan tangan sebelum dia diserang strok."Masa tu suami tengah kerja kat kilang papan Bukit Diman, tiba-tiba kayu balak jatuh menimpanya menyebabkan tangan kanan terpaksa dipotong hingga ke siku."Namun pihak pengurusan kilang masih membenarkan suami bekerja dengan kerja yang sesuai mengikut keadaannya sekarang di kilang papan Wakaf Tapai dengan pendapatan RM1,000 sebulan."Banyaknya dugaan yang terpaksa ditempuh oleh mak cik dengan keadaan sekarang... seorang anak masih lagi belajar di UniSZa dan yang bongsu baru sahaja bekerja sebagai bomba bantuan. Hanya yang sulung sudah bekerja tapi pendapatan pun tak seberapa untuk menanggung kami sekeluarga,"katanya.Setiap bulan, Faridah memerlukan bantuan lampin pakai buang yang banyak dan mencecah RM600 sebulan serta kos berkenaan adalah di luar kemampuannya walaupun mendapat bantuan bulanan sebanyak RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM)."Ada mohon dua kali daripada Majlis Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) tetapi gagal dan puncanya mak cik tidak tahu termasuklah pemotongan bantuan JKM dari RM300 kepada RM200. Oleh sebab itu,mak cik rayu kepada pihak berkaitan untuk bantu ringankan beban kami sekeluarga,"ujarnya lagi.Keperitan kisah hidup Faridah ini mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Ajil, Ghazali Taib apabila menziarahinya di Kampung Bukit Apit hari ini sempena Program Ziarah Kasih DUN Ajil.Ghazali berkata, pihaknya akan melihat apakah permasalahan yang sebenarnya berlaku dalam permohonan dengan Maidam."Kita akan berbincang dengan Maidam dan juga JKM apa yang boleh disalurkan untuk membantu dalam kes kali ini."Saya melihat ada yang boleh dilakukan untuk 8membantu walaupun bukan sepenuhnya dan ini akan kita pastikan bagi melihat kebajikannya terjaga,"katanya.
30 Dec 17
191
Nelayan, Buruh Di Seberang Takir Terima Sumbangan
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur. Foto oleh Harish Fadzillah KassimSeramai 866 nelayan, pengusaha bot penambang dan buruh di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir menerima bantuan wang tunai RM300 serta barangan dapur dengan nilaian RM100 daripada Epic Berhad bagi meringankan beban mereka yang tidak dapat ke laut pada musim tengkujuh berikutan keadaan ombak besar serta angin kencang.Bantuan keseluruhan RM346,400 itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar.Penerima terbabit bersyukur dan juga berterima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap nasib golongan itu yang memperoleh pendapatan tidak menentu.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To Puan Seri Halina ZakariaPenerima bantuan Awang Jusoh, 46, dari Kampung Baru Seberang Takir, berkata bantuan itu boleh digunakan untuk membeli peralatan sekolah tiga anaknya yang belajar dan juga barangan dapur"Saya tidak tahu hendak cakap kerana kita rasa terlalu gembira mendapat bantuan ini. Terima kasih kepada kerajaan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian bantuan itu petang tadi.Penerima yang juga seorang buruh Alias Ghani, 50, pula berkata bantuan itu amat penting kerana pendapatannya sebagai buruh hanya cukup makan.Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan membelanjakan lebih RM346,000 untuk membantu pengusaha bot penambang, nelayan dan buruh menerusi program tersebut dan ini merupakan tahun kesembilan ia dilaksanakan." Saya sedar mengalami kesempitan hidup pada musim tengkujuh kerana sebahagian besar daripada mereka tidak dapat mencari rezeki, " katanya.
30 Dec 17
82
Bantuan Diagih Sebelum Menjelang Sesi Persekolahan-Ahmad Razif
Ahmad Razif menyarungkan beg sekolah kepada pelajar sekolah. Foto Harish Fadzillah KassimKerajaan negeri akan memastikan kesemua pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan sebelum sesi persekolahan baharu bermula Isnin ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dengan pelbagai skim bantuan yang diperkenalkan kerajaan menerusi agensi berkaitan serta ditambah sumbangan pihak swasta adalah tidak mungkin ada pelajar yang layak tetapi tercicir daripada senarai penerima."Oleh itu pengurusan sekolah juga diminta untuk memberi kerjasama dengan mengenal pasti jika ada pelajar yang layak tetapi tidak mendapat bantuan."Sekiranya ada kita di pihak kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan khusus untuk membantu pelajar sekolah daripada keluarga kurang berkemampuan ini mendapat bantuan sewajarnya."Ini kerana dengan pelbagai bantuan yang disumbangkan ramai pihak ketika ini untuk membantu meringankan beban ibu bapa untuk membeli keperluan sekolah anak-anak adalah tidak seharusnya ada penerima yang layak tidak mendapat bantuan ini,"katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Happy 2 School anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KPIM) serta Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Malaysia di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.Hadir sama, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia (KPIM) yang juga Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata, Parlimen Kuala Nerus adalah parlimen ke-50 daripada 75 parlimen di seluruh negara yang menerima bantuan kelengkapan persekolahan.Katanya, seramai 1,000 murid Tahun Satu hingga Enam daripada keluarga yang kurang berkemampuam terpilih menerima sumbangan berkenaan dalam meringankan beban ibu bapa.
30 Dec 17
24
Isu Baitulmaqdis Dari Sudut Al-Quran, Hadis - Azadi
Azadi RosliGabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Dungun menekankan bahawa isu Baitulmaqdis berkait rapat dengan akidah umat Islam seperti yang disebut dalam al-Quran.Pengerusinya, Azadi Rosli berkata, isu ini melangkaui batasan agama yang biasa kerana melibatkan isu kemanusiaan, berlaku penjajahan dan penindasan serta pembunuhan yang tidak dapat dimaafkan bukan sahaja dari sudut agama Islam malah mana-mana agama dalam dunia ini serta jelas bertentangan fitrah keinsanan dan kemanusiaan itu sendiri.Jelasnya, walaupun pihaknya sudah bersolidariti dalam hal ini, GPMS Dungun dan pihak masjid memikirkan perlunya satu perkongsian secara ilmiah bagi memberi penerangan kepada masyarakat walaupun kita sudah mengetahuinya namun kesedaran itu lebih penting."Sebab itu kita guna tema forum malam ini yang memberi penekanan kepada aqidah dan menerangkan bagaimana nak betulkan semula pemahaman umat Islam tentang ajaran-ajaran terdahulu yang perlu dibetulkan."Dan menjadi konflik peringkat antarabangsa kerana perebutan antara tiga agama.Tapi yang pentingnya kita umat Islam pemahaman diberikan dari sudut keilmuan kita sendiri yang diiktiraf oleh para ulamak...sebab itu huraian tadi lebih bersifat bagaimana isu ini dibicarakan melalui al-Quran dan hadis dalam konteks ilmu akhir zaman,"katanya kepada Teganukita di Majlis Bicara Baitulmaqdis'Aqidah Dan Perjuangan di Masjid Balai Besar, Dungun semalam.Program tersebut menampilkan Pengerusi Taman Tamadun Islam, Dato' Zubir Embong sebagai ahli panel yang menekankan bahawa umat Islam mesti menentang Yahudi Zionis di atas kebiadaban mereka merampas hak Palestin, bukan saja Baitulmaqdis malah seluruh negara itu.Tambah Zubir lagi,bila bercakap mengenai isu Baitulmaqdis, sebagai umat Islam, masyarakat wajar kembali kepada kitab (al-Quran) serta Sunah Nabi dan peradaban sejarah supaya generasi hari tahu yang mana benar, siapa yang merampas dan melakukan penjajahan selama ini.
29 Dec 17
145
Pusat Hemodialisis Di Telaga Daing Dijangka Operasi Februari Ini
Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Dato' Seri Abdul Azeez Abdul Rahim turut memotong rambut seorang kanak-kanak sambil diperhatikan Menteri Besar sempena Karnival Jom Kembali Ke Sekolah DUN Seberang Takir di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPusat hemodalisis baharu di Kampung Telaga Daing, Kuala Nerus dalam proses akhir penilaian oleh Kementerian Kesihatan sebelum dijadualkan beroperasi bermula Februari ini.Kemudahan kesihatan bernilai RM1.4 juta itu kini dalam kerja-kerja akhir penilaian bagi memastikannya bebas dari kulat sebelum dibuka kepada orang ramai.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Kementerian Kesihatan perlu melaksanakan pemeriksaan secara rapi dan mengeluarkan kelulusan untuk memastikan pusat perubatan yang dilengkapi kemudahan 24 mesin dialisis itu benar-benar selamat."Pusat hemodialisis ini yang pertama di Malaysia menyediakan perkhidmatan secara berasingan kepada pesakit tertentu seperti kes HIV dan Hepatitis B menyebabkan kelulusan lebih terperinci dan memakan masa sebelum dibenar beroperasi."Operasi pusat ini adalah kerjasama antara Pusat Rehabilitasi dan Kementerian Kesihatan dan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kesihatan Negeri," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Jom Kembali Ke Sekolah DUN Seberang Takir Kuala Nerus, hari ini.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, karnival yang dianjurkan Pejabat DUN Seberang Takir bersama Pemuda dan Puteri UMNO DUN itu disertai lebih 3,000 masyarakat sekitar dari golongan B40. "Puteri dan Pemuda UMNO bersama Ketua-ketua UMNO cawangan turut membantu mengagihkan pelbagai kelengkapan persekolahan seperti pakaian, beg, buku, kasut, gunting rambut dan sampul buku secara percuma kepada penduduk khususnya pelajar,"katanya.Tambahnya, segala peralatan bukan sahaja bantuan yang disediakan kerajaan negeri, malah sumbangan pelbagai badan korporat seperti Plus Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Tabung Haji bagi meringankan beban penduduk dan memastikan sesi persekolahan berjalan lancar.Katanya, seramai 33 tukang gunting kebanyakannya dari kalangan generasi Y turut turun padang menggunting rambut 700 pelajar lelaki yang bakal memasuki persekolahan Isnin ini.
28 Dec 17
305
Pelajar Cemerlang KKYT Lupakan Hasrat Ke Universiti
Ghazali bersama bekas pelajar KKYT selepas Majlis Konvokesyen Kali ke 5 KKYT di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Foto Tengku Syamim Tengku Ismail“Saya terpaksa mengenepikan impian untuk menyambung pelajaran ke universiti awam berikutan kedua ibu bapa yang berniaga kecil-kecilan kurang sihat dan tidak berkemampuan.“Biarpun mendapat tawaran temuduga dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), saya terpaksa melupakan hajat itu dan memilih untuk meneruskan pembelajaran di Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu (KKYT),” kata penerima Anugerah Cemerlang KKYT Maklumat Nurul Syafika Roslan.Nurul Syafika yang memiliki Diploma Pentadbiran Sistem ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen Kali Ke- 5 KKYT, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Pelajar sama sebelum ini mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah kemudiannya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad, Kuantan. Nurul Syafika (kanan) bersama dua pelajar cemerlang lain. Hadir menyempurnakan majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim.Dalam majlis itu, seramai 140 pelajar berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing.Nurul Syafika memberitahu, banyak keistimewaan belajar di KKYT kerana bukan sahaja mendapat potongan pinjaman 50 peratus, dia juga boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai anak sekiranya ayah yang sakit buah pinggang dan ibu menghidap angin medu memerlukan pertolongan.“Jarak antara asrama di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu dengan rumah di Paka, Dungun tidak jauh, mudah untuk saya berulang-alik sekiranya ayah dan ibu memerlukan saya jika jatuh sakit.“Saya mahu mahu melanjutkan pelajar ke peringkat lebih tinggi, bagaimanapun buat masa sekarang memilih untuk menolong ayah dan ibu berniaga menu pagi di hadapan rumah, selain memohon pekerjaan sebagai pegawai kemahiran latihan di mana-mana kolej kemahiran di Terengganu,” katanyaSementara bagi Penerima Anugerah Cemerlang, Mohammad Aiman Naim Mohd Sabri, 22, pula kegagalan mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia lima tahun lalu mendorong dirinya untuk berjaya dalam pelajaran sepanjang menuntut di KKYT.“Atas kecemerlangan itu, saya kini bertugas sebagai Pegawai Latihan Vokasional di Era Skill Collage, Ajil, Hulu Terengganu walaupun hanya memmiliki Sijil Kemahiran Malaysia KKYT,” katanya
27 Dec 17
686
1,000 Anak Pekebun Kecil Getah Terima Bantuan Sekolah
Hampir 1,000 anak pekebun kecil getah di Terengganu mendapat manfaat apabila Yayasan Risda dan Yayayan Taqwa menyumbang pakaian seragam sekolah menjelang pembukaan persekolahan 2018.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad berkata, golongan berpendapatan rendah di negeri ini amat beruntung kerana mereka mendapat pelbagai bentuk bantuan bagi membiayai persekolahan anak-anak terutama menjelang sesi baharu.Katanya, purata ibu bapa dalam kategori miskin sekurang-kurangnya mendapat antara RM400 dan RM500 setiap seisi keluarga bagi membiayai persediaan sekolah hasil sumbangan kewangan dan peralatan sekolah dari kerajaan dan agensi Kerajaan Pusat.Beliau berkata, tidak timbul masalah ketiadaan wang untuk mengurus pembiayaan sekolah kerana setiap hujung tahun mereka dalam kategori tidak berkempuan dan B40 mendapat durian runtuh dari pelbagai pihak.“Ibu bapa tidak perlu risau kerana masalah mereka sentiasa diberi perhatian dan kerajaan juga turut mewujudkan pelbagai dana bagi membantu golongan miskin negeri ini,” Katanya ketika majlis penyampaian sumbangan pakaian seragam sekolah rendah anjuran Pihak Berkuasa kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Terengganu, di Dewan Gong Kemuntong, Jertih, Besut, hari ini.Pada majlis itu seramai 371 anak pekebun kecil dari Daerah Besut dan DUN Jabi menerima sumbangan daripada Yayasan Risda dan Yayasan Taqwa.Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan Pengarah Risda Terengganu Che Isa Rahimie.Nawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut berkata, pada tahun ini hampir 1,000 anak pekebun kecil negeri ini mendaapat bantuan daripada agensi kerajaan pusat itu bagi dengan menyediakan peralatan sekolah.Katanya, kerajaan negeri turut menyediakan bantuan dana pakaian sekolah kepada rakyat berpendapatan rendah dengan setiap keluarga mendapat antara RM100 hingga RM200 seorang dan pengagihannya sedang berjalan seluruh negeri sekarang.
27 Dec 17
649
Puteri Hulu Terengganu Rai 50 Pelajar Kembali Ke Sekolah
Seramai 50 pelajar sekolah Parlimen Hulu Terengganu menerima bantuan persekolahan percuma sempena program 'Back To School' program anjuran Puteri UMNO Hulu Terengganu.Ketuanya, Rozita Ismail berkata, setiap pelajar menerima sumbangan berupa sepasang kasut dan stokin sekolah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3,000 dengan kerjasama Kedai Kasut You Kuala Berang.Menurutnya lagi, program yang kali ketiga dianjurkan itu bertujuan meringankan beban yang ditanggung ibu bapa pelajar bagi menyediakan keperluan anak-anak mereka pada sesi persekolahan tahun hadapan."Penerima-penerima kali ini juga dikenal pasti daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan dalam parlimen."Pihak kami amat berharap sumbangan yang tidak seberapa ini dapat memberi semangat kepada anak-anak ini untuk untuk memulakan sesi persekolahan pada tahun hadapan dengan lebih seronok,"katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena Program Back To School di Kuala Berang hari ini.Rozita berkata, pelbagai bantuan yang diberikan termasuk pemberian kelengkapan persekolahan setiap tahun membuktikan keadaan ekonomi negara berada dalam keadaan baik."Kalau ada lebih... kita akan beri lebih lagi, selagi ada yang memerlukannya, kami Puteri UMNO akan membantu tanpa mengira fahaman politik selagi mereka layak..InsyaAllah,"ujarnya.
26 Dec 17
57