lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
MBKT Segera Baik Pulih Laluan Jalan Kaki
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) segera melaksanakan kerja membaik pulih laluan pejalan kaki yang runtuh akibat ribut pada Ahad lalu.Kerja-kerja baikpulih dijalankan sebelah malam bagi memastikan tidak menganggu urusan harian orang ramai yang bekerja dan melakukan urus niaga di kawasan berkenaan.Sebelum ini dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Datuk Bandar MBKT, Samiun Salleh berkata, pihaknya akan melakukan baik pulih dengan kadar segera. - https//:terengganu.news
03 Jan 18
196
Empty Image
Lif HSNZ Akan Diganti Baharu
Lif HSNZ akan diganti baharu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailMasalah kerosakan lif di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak lebih 15 tahun lalu sehingga menjadi viral di laman sosial baru-baru ini, dijangka selesai sepenuhnya Mac ini, selepas empat lif di blok utama hospital itu diganti baharu.Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, empat lif awam di tingkat bawah blok utama HSNZ yang berusia antara 17 hingga 20 tahun diganti dengan kos lebih RM1.6 juta di bawah peruntukan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Beliau berkata, untuk fasa pertama, proses naik taraf dua lif awam berkenaan dijangka selesai 10 Januari ini, manakala dua lagi akan selesai diganti sepenuhnya Mac depan."Kita akui menerima rungutan daripada orang ramai khususnya pelawat di hospital ini mengenai masalah lif awam sehingga ia menjadi viral di laman sosial. "Sebelum ini kita mengeluarkan kos yang tinggi untuk penyelenggaraan lif ini dari tahun ke tahun dan sudah tiba masanya ia ditukar kerana usia lif ini antara 17 hingga 31 tahun. Keupayaan perkhidmatannya tidak lagi sebaik dahulu."Justeru, langkah penggantian lif ini akan menyelesaikan masalah yang dihadapi sejak belasan tahun, sekali gus menaiktaraf mutu perkhidmatan kepada pelawat HSNZ," katanya selepas majlis taklimat pemasangan lif di HSNZ , Kuala Terengganu, baru-baru ini.Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Mohammad Omar; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pembangunan Keluarga dan Masyarakat negeri, Roslee Daud dan Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Ir Che Kamaruddin Bahar.Ahmad Razif berkata, lima lagi lif di hospital itu akan turut diganti membabitkan lif diraja, lif barang dan lif kakitangan dan ia dijangka selesai sepenuhnya akhir tahun ini.Beliau berkata, bagi melancarkan kerja naik taraf lif berkenaan, HSNZ mengubah waktu lawatan pesakit mulai esok hingga 15 Januari ini, iaitu bermula jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang, berbanding 12 tengah hari hingga jam 2 petang ketika ini."Ini bagi memberi keutamaan laluan kegunaan lif yang terhad untuk penghantaran makanan pesakit, ubat, sisa klinikal dan sampah dari wad serta mengelak pertembungan pelawat dengan kakitangan yang bertukar syif pada waktu puncak itu."Dianggarkan HSNZ menerima antara 3,000 hingga 4,000 pelawat pada setiap sesi melawat setiap hari dan perubahan jadual lawatan ini akan memudahkan urusan hospital sepanjang kerja penggantian lif dilakukan," katanya.Masalah kerosakan lif yang sering berlaku di HSNZ memberi implikasi buruk terhadap perkhidmatan hospital itu seperti kelewatan penghantaran pesakit masuk ke wad dan kecemasan, sampel ujian pesakit ke makmal dan kelewatan kakitangan masuk bertugas- Berita Harian
03 Jan 18
187
Empty Image
Penjawat Awam Perlu Laksana Hasrat Kerajaan- Wan Nawawi
Setiausaha Kerajaan Negeri menyerahkan dokumen pemotongan gaji kepada Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim untuk Tabung Darul Iman di Majlis Perhimpunan Bulanan di  Wisma Darul Iman Kuala Terengganu.  Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimSetiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail mengajak jentera pentadbiran awam bersama-sama kepimpinan kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat memajukan Terengganu tanpa meminggirkan kebajikan rakyat.Katanya, perkara itu kerap kali dipinta Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan turut dinyatakan dalam pembentangan Bajet Terengganu 2018 baru-baru ini.“Manfaat yang turut diterima penjawat awam dalam pembentangan itu cukup besar nilainya dan cukup wajar menjadikan apa yang diterima itu sebagai pendorong untuk terus melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam sebaik mungkin.“Tidak perlu berkira dalam melaksanakan tugas, baiki setiap kelemahan yang ada, tanam sikap mahu memajukan diri dan perlu ada sumber inspirasi untuk mencapai kejayaan. "Marilah kita bersama-sama memulakan perkara itu sempena tahun baru ini, “katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi iniTurut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Abdul Rahman Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Rosman Roslan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Zainal Abidin Hussin.Beliau turut menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bulanan kepada kakitangan WDI untuk November hingga Januari .Wan Nawawi turut mengingatkan penjawat awam agar komited dengan tugas yang diamanahkan.“Komitmen yang jitu adalah perlu bagi memastikan apa yang diperkenalkan kerajaan diterima rakyat.“’Sebagai pelaksana kepada dasar dan polisi dibuat kerajaan, penjawat awam seharusnya memahami terlebih dahulu apa perlu disampaikan kepada rakyat,”katanya.
02 Jan 18
53
Empty Image
Ibu Bapa Bukan Melayu Disaran Hantar Anak Ke Tabika Perpaduan
Ibu bapa bukan Melayu diminta menghantar anak mereka belajar di Kelas Tabika Perpaduan kelolaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi menggalakkan semangat perpaduan kaum di kalangan rakyat negeri ini.Pengarah JPNIN Terengganu, Burhanuddin Daud berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan penyertaan kaum bukan Melayu supaya menghantar anak mereka memasuki kelas Tabika Perpaduan yang ada di seluruh negeri ini.Katanya, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana tenaga pengajar di pusat pendidikan itu berkenaan mempunyai guru terlatih dan sebahagian besar mereka mempunyai ijazah dalam bidang pendidikan.Beliau berkata, ketika ini ada 72 Kelas Tabika Pepaduan membabitkan 1,525 kanak-kanak sedang mengikuti kelas berkenaan di seluruh negeri.Katanya, daripada jumlah itu hanya 15 kanak-kanak dari keturunan Cina dan Siam belajar di Tabika Perpaduan Seberang Jertih, dekat sini.“Jabatan berharap lebih ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke kelas Perpaduan kerana ia agak istimewa dengan mempunyai guru terlatih dalam pelbagai bahasa,” katanya ketika melawat Tabika Perpaduan Kuala Besut Selatan, hari ini.Burhanudin berkata, jabatan mendapat maklum balas ibu bapa bukan Melayu yang menghantar anak mereka ke kelas berkenaan amat gembira dan berpuas hati kerana mereka mudah mempelajari Bahasa Melayu.Selain itu, katanya, bagi kanak-kanak beragama Islam mereka juga turut diberi bimbingan agama ketika di kelas berkenaan.Beliau berkata, kelas Tabika Perpaduan mempunyai rekod cemerlang kerana ramai guru dan pembantu guru mendapat latihan pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan.
02 Jan 18
625
Empty Image
Pesakit Jantung Ceria Masuk Tahun Satu
Ahmad Razif berbual mesra dengan Muhammad Amirul. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Masalah jantung yang kritikal dihadapi Muhammad Amirul Mukmin Nasrulhaq Zamri, tidak menghalang hasrat kanak-kanak itu memasuki Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal, Kuala Nerus pada sesi persekolahan 2018 yang bermula semalam.Bagaimanapun menyedari kesulitan dan penyakit yang ditanggung kanak-kanak tabah itu, pengurusan sekolah mengambil langkah awal dengan memberi lebih perhatian kepadanya.Guru Besar sekolah itu, Aznordin Jahan berkata, guru kelas sudah dimaklumkan mengenai masalah yang dihadapi murid berkenaan supaya pengawasan dan pemantauan diberikan lebih kepadanya.Katanya, masalah yang dihadapinya menyebabkan murid itu tidak boleh terlalu aktif  bagi mengelak pendarahan  hidung serta telinga sekiranya terjatuh."Pihak sekolah akan  memandang serius dan semua guru telah dimaklumkan agar sentiasa memberi perhatian kepada murid ini."Kita juga akan pastikan dia dapat belajar dengan selesa dan selamat sepanjang berada di sekolah,"katanya.Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di sekolah itu, pagi semalam  Katanya, meskipun Muhammad Amirul merupakan murid istimewa pertama yang pernah memasuki sekolah berkenaan, namun ia bukan sesuatu yang membebankan."Kita menerima semua murid yang memasuki sekolah ini dengan hati terbuka dan gembira dengan harapan mereka dapat belajar dengan dan sempurna,"katanya.Muhammad Amirul Mukmin Nasrulhaq antara 163 murid Tahun Satu yang mendaftar di SK Tok Jembal bagi sesi persekolahan tahun ini.
02 Jan 18
74
Empty Image
Rumah Hadiah Tahun Baru
Sambutan tahun baru 2018 bagi sepuluh keluarga miskin dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, membawa berita menggembirakan apabila mereka bakal menetap di rumah baru di penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Teluk Rebana, Apal, Besut.Penerima rumah berkenaan menyifatkan kedatangan tahun baharu sebagai anugerah paling berharga apabila impian mendapatkan rumah kediaman sendiri menjadi kenyataan selepas berpuluh tahun tinggal bersama keluarga.Majlis penyerahan replika kunci rumah dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar bersama Pegawai Daerah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar dalam satu majlis ringkas semalam.Wan Ismail berkata, pembinaan rumah berkelompok itu membantu menyelesaikan sebahagian golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah kediaman sendiri.Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta bagi pembinaan rumah PPRT di daerah itu dan 50 rumah sudah disiapkan serta diserahkan kepada penerima yang layak.Mohd Iskandar berkata, pihaknya mengambil masa hampir dua tahun untuk menyiapkan projek rumah berkenaan kerana menghadapi beberapa masalah teknikal dan bersyukur akhirnya ia dapat diselesaikan dengan sempurna.“Masih ramai golongan yang memerlukan rumah di kawasan itu, dan kerajaan akan berusaha dari masa ke semasa untuk membantu golongan terbabit,” katanya.Seorang penerima, Aida Mat Hussin, 46, berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada pihak terbabit kerana memilihnya untuk mendapatkan rumah berkenaan.Katanya, sebelum ini beliau terpaksa menumpang di rumah ibu bapa bersama tiga anak manakala suaminya bekerja di Kemaman kerana tidak mempunyai tempat tinggal yang selesa.“Saya akan berpindah di rumah baru dan menganggap tahun baru membawa rezeki dan tuah kepada ahli keluarga kerana mempunyai rumah sendiri,” katanya.
01 Jan 18
486
Empty Image
Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Ditutup Sementara
Laluan pejalan kaki berbumbung di Jalan Kampung Daik, Kuala Terengganu ditutup serta merta kepada pengguna bagi membolehkan siasatan dilakukan oleh beberapa pihak termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).Datuk Bandar MBKT, Samiun Salleh berkata laluan tersebut mengalami kerosakan serta bumbung yang jatuh akibat angin kencang dan hujan lebat yang berlaku pagi tadi.Katanya, dalam pemeriksaan awal yang dilakukan, tiang yang digunakan untuk laluan tersebut tidak dapat menampung struktur sehingga menyebabkan bumbungnya tercabut."Ketebalan tiang untuk menampung struktur laluan pejalan kaki yang digunakan sekarang mungkin hanya berketebalan 1.5 milimeter (mm) sahaja."Sepatutnya kita gunakan 3 mm baru inya kuat untuk menampung struktur binaan ini berdasarkan angin kencang dan hujan lebat di kawasan ini," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam tinjaunnya di Jalan Kampung Daik, Kuala Terengganu, hari ini.Tambahnya, selepas pemeriksaan dilakukan oleh konsultan yang dilantik, pembinaan semula laluan pejalan kaki berbumbung akan dibina secepat mungkin kerana ianya adalah keperluan rakyat.Samiun berkata, buat sementara pengguna laluan tersebut dinasihatkan agar tidak melalui laluan tersebut kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku."Laluan yang runtuh hanya melibatkan jauh sejarak 100 meter sahaja tapi kita bimbang laluan lain sejauh 400 meter terjadi perkara sama."Ianya menggunakan spesifikasi yang sama jadi kita takut berlaku lagi. Jadi baik kita tutup dulu kepada pengguna-pengguna awam untuk buat pemeriksaan," katanya.Kos pembinaan laluan pejalan kaki yang bernilai RM600,000 tersebut merupakan peruntukan dari Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Ianya mula dirasmikan pada Januari 2016 melibatkan dua fasa sepanjang 400 meter dari Stesen Bas Kuala Terengganu hingga ke Pasar Besar Kedai Payang melibatkan pelebaran laluan selebar tiga meter dengan kemudahan bagi orang kelainan upaya.
31 Dec 17
334
Empty Image
Terengganu Sambut Tahun Baru Dengan Program Keagamaan
Ahmad Razif berserta jemaah lain berdoa memohon kesejahteraan dan keselamatan untuk rakyat serta negeri Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Walaupun tiada tembakan bunga api di Terengganu oleh kerajaan negeri, Sambutan Ambang Tahun Baru 2018 tetap disambut meriah oleh masyarakat di sini.Pendekatan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ke arah keagamaan memberikan dimensi baharu dalam menyambut tahun baharu di Terengganu.Dalam program Sambutan Ambang Tahun Baru 2018 yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus tersebut, pelbagai pengisian berbentuk keagaamaan dijalankan.Bermula jam 9 malam, program dimulakan dengan slot khas bersama wakil Aman Palestin Berhad (Aman Palestin), forum perdana, persembahan nasyid dan alunan selawat ke atas Nabi Muhammad.Tepat jam 12 malam, Ahmad Razif disertai pemimpin-pemimpin setempat menyertai solat hajat yang dipimpin oleh Penolong Pesuruhjaya II (Pengurusan Masjid) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Muhammad Ash-Shafie Abd. Manan.Solat hajat yang turut disertai kalangan pelajar sekolah tersebut adalah bertujuan untuk memohon kesejahteraan dan keselamatan rakyat serta negeri.Turut hadir dalam majlis tersebut Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.Dalam majlis yang sama, Ahmad Razif turut menyampaikan sumbangan cek bernilai RM500,000 kepada Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin, Hasimah Saleh.
31 Dec 17
210
Empty Image
Aduan Hotline 24 Jam Pejabat MB Lebih 100 Sehari
Menteri Besar melihat buku dihadiahkan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar yang bersara mulai hari ini, di majlis serah tugas pegawai kanan negeri dan angkat sumpah Pihak Berkuasa Tempatan Negeri di Tingkat 18, Wisma Darul Iman. Foto oleh Zulkifli CW PutraSebahagian masalah dan isu yang disampaikan orang ramai menerusi talian hotline 24 jam Pejabat Menteri Besar Terengganu boleh diselesaikan segera di peringkat jabatan, manakala sebahagiannya  memerlukan masa berikutan tertakluk kepada polisi dan dasar kerajaan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, talian tersebut berperanan menerima maklumat, aduan dan bertindak menyalurkan kepada jabatan atau agensi yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang dilaporkan itu dengan kadar segera.“Sejak diperkenalkan sebulan lalu, memang sangat menggalakkan..kita terima lebih daripada 100 aduan sehari dan sebab kita itu kita buka 24 jam `office hour’ mengikut nombor yang kita beri kemudian lepas pada waktu pejabat ada talian yang kita sediakan dan pegawai kita ada yang pantau di Pejabat Menteri Besar.“Cuma ada beberapa sahaja yang perlu secara terus kepada saya. Jadi semua aduan itu tidak semestinya akan datang terus kepada saya..Ada akan diselesaikan di peringkat pejabat ia akan diselesaikan di situ. Contohnya macam longkang atau apa-apa isu yang ini tindakan daripada Pejabat Menteri Besar akan salurkan terus kepada pihak-pihak yang sepatutnya,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita majlis serah tugas pegawai kanan negeri dan angkat sumpah Pihak Berkuasa Tempatan Negeri di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.Ahmad Razif  berkata, ada sesetengah isu melibatkan dasar dan polisi. Sebagai contoh, aduan kes lif  di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu  yang sentiasa rosak dan menjejaskan keselesaan pengguna, adalah di bawah penyeliaan dan kuasa Kementerian Kesihatan.Katanya, walaupun kerajaan negeri tiada kuasa sepenuhnya membuat keputusan, pihaknya tetap akan bertanggungjawab menyelesaikan sebarang isu yang melibatkan kebajikan serta kepentingan rakyat.Beliau seterusnya akan mengadakan lawatan ke HSNZ bagi melihat sendiri keadaan tiga daripada empat  lif yang dikatakan rosak  itu bagi mengenalpasti masalah sebenar dan menyelesaikan isu itu segera.“Saya juga difahamkan peruntukan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk empat  lif itu. Jadi empat lif itu memang telah dibuat (baiki) dan sekarang ini dalam proses cuma saya nak kenal pasti kenapa yang tiga lif  itu rosak..Jadi kalau perlu kerajaan bantu maka kita akan bantu dan yang rosak ini kita akan selesaikan masalah,”katanya. Menurut beliau lagi, lima pegawai ditugaskan bagi menerima aduan menerusi talian berkenaan dan jumlah petugas akan ditambah dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan.Orang awam boleh boleh mengutarakan apa sahaja isu, permasalahan serta aduan di talian 09 6225994 (waktu pejabat) dan 012 6103900 (luar waktu pejabat).
31 Dec 17
75
Empty Image
Kerajaan Komited Bantu Rakyat Miliki Rumah
Ahmad Razif menyampaikan bantuan kepada pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pengusaha Bot Penambang, Nelayan dan Buruh di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus, petang semalam. Kerajaan negeri terus komited membina lebih banyak Rumah Mampu Milik (RMR) khususnya kepada golongan belia walaupun dalam keadaan ekonomi tidak menentu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi memastikan hasrat kerajaan agar setiap belia memiliki satu rumah dapat direalisasikan.Katanya, terbaru, kerajaan akan menambah kira-kira 10,000 unit RMR dalam tempoh lima tahun dan pembinaan itu akan bermula pertengahan tahun depan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Terengganu.“Jumlah itu termasuk pembinaan 500 unit RMR di kawasan Seberang Takir yang akan  memfokuskan golongan nelayan, buruh atau mereka yang berpendapatan rendah. “Peruntukan  sebanyak RM400 juta bagi tujuan itu  sudah diluluskan dalam pembentangan bajet  lalu dan kerajaaan bersedia memulakan pembinaan dengan kadar segera,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pengusaha Bot Penambang, Nelayan dan Buruh di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus, petang semalam.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Epic Berhad, Noor Fadzil Mohamed Nor.Seramai 886 penerima terdiri golongan nelayan, buruh dan pengusaha bot penambang hadir menerima bantuan yang disumbangkan Epic Berhad dan Etiqa Takaful Berhad berupa wang tunai RM300 dan barangan dapur dengan nilaian RM100.Ahmad Razif turut memberitahu, inisiatif sama turut dijalankan dengan kerjasama beberapa syarikat berkaitan  termasuk Tenaga Nasional Berhad dan  Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi membina perumahan rakyat.“Selain menerima  projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan rumah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB),” katanya.Terdahulu, Ahmad Razif turut menyampaikan cek bagi pembelian alat fisioterapi bernilai RM119,434 sumbangan EPIC kepada Pusat Hemodialisis Seberang Takir.Alatan itu termasuk HUR 8000 Pulley, HUR Leg Extension/Curl, Kettler Cross M Trainer, XFT Foot Drop System dan Flexband roll.
30 Dec 17
41