Artikel "Semasa" Terkini
Terengganu Terbang Tinggi Ke Seluruh Dunia
Ahmad Razif berlatar belakangkan kapal terbang Air Asia dengan paparan Beautiful Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri membelanjakan RM2 juta untuk mempromosikan Terengganu dalam dan luar negara melalui paparan iklan pada kapal terbang Air Asia.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, paparan beridentiti negeri serta logo Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang menarik dan bewarna-warni itu, secara tidak langsung mampu menjadi tarikan baharu yang dapat mempromosikan negeri ke peringkat antarabangsa.Katanya, inisiatif kolaborasi antara kerajaan negeri dengan Air Asia itu dapat menjana sektor pelancongan sekali gus memberi impak positif kepada ekonomi negeri."Kita akan memperkenalkan Terengganu di mata dunia di atas kehebatan negeri ini yang mempunyai pantai, pulau-pulau dan tasik besar di Tasik Kenyir selain ada kekuatan dari segi makanan serta budaya."Ini merupakan satu kekuatan yang boleh kita pasarkan Terengganu ke seantero dunia. Kita akan fokus kepada pelancongan kerana ianya berganda. Contohnya, dengan belanja RM1, kita akan dapat RM3," katanya.Beliau ditemui pemberita sempena Majlis Ketibaan Penerbangan Air Asia Berpaparan Beautiful Terengganu Malaysia di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, hari ini.Turus hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Ahmad Razif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri berkata, buat permulaan, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta untuk tempoh dua tahun bagi paparan Beautiful Terengganu di sebuah kapal terbang milik Air Asia."Selain itu, di bahagian penyimpanan barang di dalam kapal terbang turut tertera pelancongan Negeri Terengganu. Kemudian di hadapan kerusi juga turut mempunyai iklan dan akan bertukar dari semasa ke semasa."Majalah yang ada dalam kapal terbang juga akan tertera tentang pelancongan Terengganu. Jadi ini adalah merupakan satu lagi transformasi dilaksanakan," katanya.
10 Jan 18
159
30 Anak Terengganu Dipilih Sebagai Pembantu Sajian Di Syarikat Brahim's
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dengan kerjasama Syarikat Brahim’s SAT Food Service Sdn Bhd menyediakan peluang kepada 30 anak Terengganu berkhidmat sebagai pembantu penyajian (CA) di syarikat Brahim’s yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang bermula 8 Januari lalu.Mereka terpilih daripada 216 permohonan sejak dibuka kepada rakyat Terengganu pada 30 November tahun lalu.Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata kesemua yang dipilih merupakan anak Terengganu yang terdiri daripada dua orang ibu tunggal, 18 anak ibu dan bapa tunggal serta 10 orang belia dan beliawanis yang akan mengisi jawatan sebagai pembantu penyajian (CA). “Pihak kami akan mula menghantar kelompok pertama ini secara percuma menggunakan bas daripada Terengganu kepada syarikat Brahim’s nanti.“Ini adalah sebahagian daripada intipati kerjasama yang dirancang di mana YPKT akan membekalkan tenaga kerja yang berkelayakan kepada syarikat Brahim’s yang merupakan pembekal makanan inflight terbesar di negara ini dan pihak mereka akan menyediakan prasarana, pengangkutan ke tempat kerja dan kemudahan makan minum secara percuma kepada pekerja tersebut,”katanya dalam satu kenyataaan kepada media hari ini.Tambah Mohd Shafaruddin lagi,usaha murni ini adalah kesinambungan daripada majlis menandatangani memorandum persefahaman(MoU) di antara YPKT dan Brahim's yang ditandatangani pada 6 Disember tahun lalu dengan memberikan peluang pekerjaan kepada warga Terengganu yang berdaftar di YPKT.Katanya, antara syarat pengambilan dan kelulusan bagi perkhidmatan itu ialah minima lulus Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan pengalaman dalam bidang penyajian hotel serta restoran umur lingkungan 20 - 35 tahun terdiri daripada belia beliawanis (bujang) atau ibu tunggal.Beliau berkata, Syarikat Brahim’s turut menawarkan pelbagai kemudahan dan faedah antaranya gaji pokok sebanyak RM1,200 sebulan dengan elaun kerja syif berjumlah RM85 hingga RM110, asrama dan pengangkutan disediakan termasuk pelbagai kemudahan lain yang bakal dinikmati oleh para pekerja nanti.
09 Jan 18
81
Bantuan Tahun Baru Cina Boleh Dimohon
Permohonan bantuan Tahun Baru Cina 2018 melalui atas talian mula dibuka kepada masyarakat Cina yang berkelayakan mulai semalam berakhir 19 Januari depan.Mereka yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya, warga emas, ibu tunggal dan orang miskin layak memohon sekiranya berpendapatan tidak melebihi RM3,000 berbanding hanya RM2,500 sebelum ini.Syarat lain anak jati Terengganu dan perlu mendaftar mengundi. Permohonan boleh dibuat melalui pautan iDANATTB di laman web danattb.terengganu.gov.myTimbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin berkata, permohonan yang dibuka selama 12 hari menerusi atas talian itu hanya melibatkan permohonan baharu sahaja iaitu bagi mereka yang tidak pernah memohon sebelum ini.Katanya, selain itu pemohon juga perlu mengemaskini maklumat peribadi seperti bujang kepada berkahwin, menambah atau mengurang jumlah tanggungan dan bertukar alamat.“Individu yang tidak mahir menggunakan internet atau komputer boleh ke Pusat Bestari.Com berdekatan di Dewan Undangan Negeri masing-masing.“Pembahagian baucer yang diselaraskan oleh pejabat daerah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di kawasan masing-masing kepada penerima akan dijalankan bermula 5 Februari,” katanya kepada TeganukitaSelain itu, penebusan baucer dijangka boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional pada 5 Februari dan berakhir 5 Mei 2018..
08 Jan 18
84
Terengganu Sedia Timbang Permohonan Tukar Kod Kad Pengenalan
Kerajaan negeri sedia menimbang permohonan penduduk negeri ini yang memegang status rakyat negeri lain untuk menukar kod 11 dalam Mykad jika pemohon memenuhi syarat yang ditetapkan kerajaan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof berkata, perkara itu sudah lama dikuatkuasa tetapi ramai yang tidak tahu untuk mendapatkan status sebagai penduduk Terengganu.Katanya, isu berkenaan timbul berikutan ramai ibu yang bersalin dari Besut dirujuk di Hospital Universiti Sains (HUSM) dan Hospital Sultanah Zainab (HSZ), Kota Bharu Kelatan dan anak dilahirkan itu didaftarkan dengan kod Negeri Kelantan (03) berdasarkan negeri kelahiran.Beliau berkata, berikutan isu itu ramai anak kelahiran negeri ini yang mempunyai kod 03 menghadapi masalah untuk mendapatkan pelbagai bantuan kerajaan negeri termasuk tanah.Muhammad Pehimi yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan status kerakyatan Terengganu perlu mengisi borang yang boleh didapati di semua pejabat daerah negeri ini."Bagaimanapun, pemohon perlu mendapat sokongan dan pengesahan dari Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) setempat dan wakil rakyat,” katanya selepas menyampaikan bantuan tabung kronik kepada penerima di DUN Jertih, Besut, hari ini.Pada majlis itu, 22 pesakit kronik yang mendapat bantuan berkenaan menerima cek dan peralatan termasuk susu serta lampin pakai buang.Katanya, kerajaan sedar ramai rakyat negeri ini yang menghadapi masalah untuk mendapatkan bantuan kerajaan negeri berpunca daripada Mykad yang tidak berkod 11 walaupun mereka sebenarnya rakyat negeri ini.Beliau berkata, selepas melalui beberapa proses pemohon terbabit akan diperakukan oleh Sultan Terengganu untuk mendapatkan status berkenaan.Muhammad Pehimi berkata, pihak berkuasa mengadakan dua kali mesyuarat dalam tempoh setahun untuk meluluskan permohonan yang dibuat oleh pemohon sebelum dipertimbangankan oleh Sultan.
08 Jan 18
970
PBT Diminta Tidak Berkompromi Dengan Pemaju
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diingatkan agar tidak berkompromi dengan mana-mana pemaju perumahan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan sehingga mengakibatkan banjir apabila hujan lebat.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perkara itu perlu dipandang serius bagi memastikan tidak lagi timbul masalah sistem perparitan yang kerap berlaku hingga mengakibatkan limpahan air di kawasan perumahan ketika ini.Ahmad Razif berkata, kebanyakan masalah banjir di negeri ini berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna berikutan projek yang dibangunkan tidak mematuhi syarat dan undang-undang."Kajian meliputi perancangan bandar, sistem perparitan dan sebagainya dilaksanakan PBT sebelum memulakan projek pembangunan."Bagaimanapun masalah timbul apabila ada dalam kalangan pemaju yang terlibat tidak mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan hingga mengakibatkan berlaku masalah,"katanya pada satu program baru-baru ini.Katanya, sebagai contoh pemaju tidak menambun tanah mengikut ketinggian yang ditetapkan bagi projek perumahan di kawasan rendah hingga berlakunya banjir."Jadi saya minta PBT memandang serius perkara ini dan tidak berkompromi dengan mana-mana pemaju yang melanggar syarat berkenaan."Masalah banjir yang berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna itu bukan sahaja mengakibatkan pemilik kediaman sentiasa berada dalam keresahan tetapi juga terpaksa menanggung kerugian harta benda,"katanya.
08 Jan 18
29
Latih, Tingkat Keupayaan Diri - Peserta TGTP
Maznah (empat dari kiri) bersama dengan sebahagian pelatih TGTP di Terengganu Inc. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Program Transformasi Siswazah Terengganu (TGTP) terbukti membuka peluang kepada graduan khasnya anak Terengganu yang masih menganggur mendapat latihan dan kemahiran tambahan sebelum melangkah ke alam kerjaya yang lebih mencabar.Projek perintis yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak Oktober lalu itu sudah memulakan sesi pertama pengambilan apabila seramai 275 pelatih ditempatkan di pelbagai sektor perkhidmatan agensi dan jabatan kerajaan bermula Disember 2017.Di syarikat milik kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), seramai 15 peserta TGTP ditempatkan di situ.Bagi seorang peserta, Nurul Wahidah Shamsudin, beliau amat teruja apabila diterima menyertai program julung kali dibuka kepada anak Terengganu selepas memohonnya menerusi pengiklanan dalam talian." Saya baru menamatkan pengajian pada Julai tahun lalu di Universiti Teknologi MARA dalam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Komunikasi dan Polisi dan mengetahui program tersebut melalui media sosial Facebook."Saya terpilih untuk menyertai program ini di Terengganu Inc. Di sini, saya ditempatkan di unit Komunikasi Strategik di mana saya belajar cara untuk menguruskan acara serta membuat kertas kerja pengurusan," katanya.salah seorang pelatih, Syahin Ab Manaf menerima tunjuk ajar dari pekerja di Terengganu Inc.Bagi bekas penuntut Universiti Malaysia Sabah, Wan Nor Efatul Akma Wan Adnan pula, melalui program tersebut, beliau mampu menimba pengalaman baru yang belum pernah dilalui di mana-mana tempat sebelum ini."Saya tidak mempunyai pengalaman kerja langsung lepas tamat pengajian. Setahun saya menamatkan pengajian, saya tidak ada pengalaman bekerja langsung cuma kerja di kedai-kedai sahaja."Jadi apabila diterima untuk panggilan temuduga saya amat gembira. Sebulan di Terengganu Inc dalam unit Modal Insan, banyak perkara baru yang dipelajari. Apa yang kita belajar dahulu tidak semestinya dapat digunakan dalam alam pekerjaan," katanya.Timbalan Presiden, Unit Modal Insan Terengganu Inc, Maznah Ibrahim berkata melalui program yang diinisiatifkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman tersebut dapat membantu menyediakan platform kepada para graduan Terengganu untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka.Katanya, latihan yang disediakan di Terengganu Inc kepada pelatih memberikan mereka peluang untuk mencuba dan mempelajari ilmu baharu di alam pekerjaan."Di sini, kami mempunyai 15 orang pelatih. Jadi kami tempatkan mereka di beberapa unit seperti Modal Insan, Kewangan, Komunikasi Strategik, Pengurusan dan pelbagai lagi supaya para pelatih kami dapat praktikal mengikut kelayakan, minat serta potensi yang boleh digilap untuk diaplikasikan apabila keluar untuk mencari pekerjaan kelak."Selain itu, dalam tempoh enam bulan ini, pihak pengurusan akan melihat dari segi prestasi pelatih kami dimana jika didapati ada di antara mereka yang berbakat ataupun berkelayakan, mereka akan dipertimbangkan untuk diserapkan ke dalam penjawatan yang ada," katanya.
07 Jan 18
438
Banjir: JPNT Perlu RM380,000 Baiki Kerosakan Sekolah
Penerima anugerah bergambar kenanganJabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah memohon peruntukan sebanyak RM380,000 daripada Kementerian Pendidikan bagi membaiki kerosakan sekolah yang berlaku sepanjang musim tengkujuh ini.Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussain berkata kerosakan yang berlaku antaranya melibatkan pagar sekolah yang runtuh akibat arus deras dan atap serta siling sekolah yang tercabut diterbangkan angin kencang."Sebanyak enam buah sekolah di beberapa daerah antaranya sekolah di Bukit Mentok, Kemaman dan sekolah di Padang Midin telah kita dapati berlaku pelbagai kerosakan antaranya atap yang diterbangkan angin, siling kelas runtuh dan pagar yang rosak."Kita telah pun memohon peruntukan tersebut kepada Kementerian Pendidikan dan kerja baik pulih kini sedang dijalankan dengan kebenaran (daripada kementerian)," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Gala TTB Kemenjadian Murid Gen-T 2017 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.Shafruddin berkata, pihaknya berjaya meminimumkan kerosakan yang melibatkan kelengkapan sekolah kerana kakitangan sekolah telah memindahkan barangan tersebut ke tempat yang lebih tinggi dengan lebih awal."Sekolah yang biasa berdepan dengan banjir, kita sudah arahkan supaya membuat persediaan awal sebelum cuti sekolah bermula dengan mengikat perabot dan menempatkan barangan elektronik ke tempat tinggi," katanya.
06 Jan 18
95
Mangsa Banjir Bertambah Kepada 2,159 Orang
Pertembungan air pasang besar dengan air sungai di Kuala Kemaman malam tadi, menyebabkan jumlah mangsa banjir di daerah itu makin bertambah.Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata, walaupun hujan lebat sudah lama berhenti, kesan daripada pengumpulan hujan lebat di kawasan pedalaman hulu itu menyebabkan aliran sungai ke Kuala Kemaman ke laut terhalang akibat air pasang besar malam tadi.Katanya, fenomena itu menyebabkan banyak kawasan rendah di Chukai mula dinaiki air pada awal pagi tadi."Jumlah mangsa banjir adalah 2,159 orang daripada 541 keluarga di dua daerah iaitu Kemaman dan Dungun setakat 8 pagi ini berbanding 1,364 orang daripada 340 keluarga malam tadi."Terdapat 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi di Terengganu ketika ini," katanya.Daerah Kemaman yang paling teruk terjejas sebelum ini terus merekodkan peningkatan mangsa kepada 1,953 orang daripada 464 keluarga di 15 PPS berbanding 1,158 mangsa (263 keluarga di 13 PPS) manakala di Dungun, jumlah mangsa kekal tidak berubah iaitu 206 mangsa (77 keluarga) masih berada di dua PPS.Manakala Masjid Haji Wan Muda, Kampung Bukit Mentok, Kemaman adalah antara masjid yang dinaiki air banjir.PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok pula turut merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 627 orang daripada 131 keluarga berbanding 473 orang (100 keluarga) malam tadi.Pertambahan mangsa turut berlaku di SK Binjai (84 orang daripada 17 keluarga) dan SK Chukai (159 orang daripada 40 keluarga).Dua PPS yang baharu dibuka di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman menempatkan 286 orang (79 keluarga) dan SK Seri Iman 195 orang (51 keluarga).PPS lain pula kekal tidak berubah iaitu Surau Pulau Tempurung menempatkan 105 orang (18 keluarga), Masjid Kampung Batu 14 13 orang (4 keluarga), Masjid Kampung Batu 16 Tebak (50 orang daripada 14 keluarga) Dewan Sivik Felda Seberang Tayor (226 orang daripada 60 keluarga), Dewan Orang Ramai Teladas terdapat 23 orang (empat keluarga) dan Surau Haji Othman di Kampung Seberang Tayor Hulu (59 orang daripada 17 keluarga).Jumlah mangsa juga kekal di Bangunan Pusat Pemindahan Lubuk Megat (23 orang - empat keluarga), Surau Kampung Ban Ho di Air Putih (26 orang - lima keluarga), Kampung Pasir Gajah (12 orang - empat keluarga) dan Dewan Orang Ramai Batu 14 (65 orang - 16 keluarga).Di Dungun, jumlah mangsa banjir kekal tidak berubah di mana PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor menempatkan 175 orang (61 keluarga) manakala di Dewan Orang Ramai Pasir Raja masih menempatkan 77 orang (31 keluarga).-- BERNAMA
04 Jan 18
144
Satu Lif HSNZ Siap Diganti Baharu
Lif nombor 5 di HSNZ siap dinaik taraf sepenuhnya.Kerja menggantikan satu lif Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi fasa pertama siap sepenuhnya hari ini.Pengarah Jabatan Kerja Raya Terengganu, Ir. Che Kamaruddin Bahar berkata, lif nombor 5 itu diserahkan secara rasmi kepada pengarahnya, Dr Nor Azimi Yunus sebelum digunakan orang ramai.Katanya, untuk lif nombor 4 pula, peralatan 'car locking device' tingkat satu tiba di Terengganu dan dipasang hari ini."Pengujian semula lif nombor 4 oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Terengganu (JKKP) akan dijalankan pada 7 Januari ini bagi memastikan keselamatan lif terjamin."Justeru itu, lif nombor 4 dijangka akan diserahkan pada 8 Januari ini kepada pihak HSNZ selaras dengan kenyataan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bahawa lif nombor 4 dan 5 akan diserahkan selewat-lewatnya pada 12 Januari ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media, hari ini.Tambahnya, bagi fasa kedua pula ianya akan melibatkan dua lif lagi iaitu masing-masing lif nombor 2 dan nombor 3."Pada 9 Januari ini, fasa kedua bagi dua lif akan dimulakan dan dijangka siap menjelang Mac 2018," katanya.Che Kamaruddin berkata, JKR Terengganu sangat komited dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat dan diharap kemudahan tersebut dapat digunakan dengan sebaik mungkin.Sebelum ini, Ahmad Razif melakukan lawatan di HSNZ bagi meninjau sendiri kemudahan lif di premis kesihatan itu.Empat lif awam di tingkat bawah blok utama HSNZ yang berusia antara 17 hingga 20 tahun diganti dengan kos lebih RM1.6 juta di bawah peruntukan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
04 Jan 18
1074
Kos Baiki Laluan Pejalan Kaki Ditanggung Kontraktor
Pegawai dan kakitangan yang menerima anugerah di Majlis Jamuan Tahunan dan Apresiasi PMINT 2017 di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu bergambar bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KasimKos pembaikian laluan pejalan kaki di Jalan Paya Keladi, Kuala Terengganu yang runtuh pada 1 Januari lalu akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kontraktor yang membina kemudahan itu.Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, pada ketika ini pihak MBKT masih menyiasat secara menyeluruh termasuk memanggil pihak yang terlibat untuk mengetahui faktor kejadian itu."Kontraktor akan dipanggil dan kontraktor akan menanggung sepenuhnya kos pembaikian walupun projek ini sudah default time sudah habis setahun."Lihat dulu spesifikasi (yang telah dibuat) iaitu spesifikasi yang perlu ikut piawaian yang kita telah luluskan diambil reka bentuk dari perunding."Kita lihat semula dalam tempoh masa kerja apabila kita keluar CPC (Perakuan Siap Kerja) adakah CPC itu mengikut spesifikasi yang telah kita sediakan berdasarkan dari perunding dan kita masih buat siasatan terperinci untuk melihat betul atau tidak,"katanya selepas Majlis Jamuan Tahunan dan Apresiasi PMINT 2017 di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail petang tadi.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PMINT, Razaki Putih.Samiun berkata, struktur bahagian binaan tidak dibuang tetapi dibaiki dengan berdasarkan spesifikasi yang betul dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan pada sebelum ini.Tegasnya, MBKT sedia mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melaksanakan projek berkenaan jika terbukti laluan pejalan kaki dibina tidak mengikut spesifikasi atau prosedur operasi standard yang tepat. -http//:terengganu.news
04 Jan 18
243