lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Boleh Daftar Online Untuk Sertai Skuad Sukarelawan TTB
Rakyat negeri ini kini boleh mulai  mendaftar secara atas talian untuk menyertai Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB).Pendaftaran menerusi laman web rasmi https://www.ssttb.myterbuka kepada semua yang berminat menjalankan kerja kesukarelawan  bagi  membantu pelbagai misi bantuan yang digerakkan kerajaan negeri.Pegawai Eksekutif SSTTB, Muhamad Ridzuan Hashim berkata, permohonan itu dibuka kepada semua masyarakat tanpa mengira had umur.“Permohonan SSTTB  kini terbuka kepada semua golongan masyarakat terutama orang muda  dan mereka yang berminat boleh memohon dengan melayari laman web rasmi kita,” katanya kepada Teganukita, hari ini.Ridzuan berkata, SSTTB  pada awalnya menumpukan kerja sukarelawan di Terengganu terutama bagi meringankan beban mangsa banjir di seluruh Terengganu kini diperluas melepasi sempadan negeri  Terengganu serta bukan sahaja kepada misi bantuan bencana banjir semata-mata.“Khidmat sosial dan kebajikan Skuad Sukarelawan TTB bukan sahaja digerakkan dalam Terengganu sahaja, malah diperluaskan ke Kelantan, Pahang, Pulau Pinang dan juga ke Sabah.“Seramai 200 orang ditugaskan telah ditugaskan untuk membantu kawasan yang ditimpa banjir iaitu Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Balik Pulau, hujung tahun lalu.Kita juga merancang untuk menghantar sekumpulan pasukan SSTTB  ke Bangladesh bertujuan membantu pelarian Rohingya di sana,” katanya. SSTTB yang pernah terlibat dalam bencana banjir di Kelantan pada Disember 2014, banjir di Pekan Januari 2015, gempa bumi di Sabah Jun 2015 dan bakal ke pusat pelarian Cox Bazar Bangladesh untuk membantu masyarakat Islam Rohingya Disember ini.Dalam pada itu, idea mewujudkan SSTTB dicetuskan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang mahu melihat anak-anak muda memberi sumbangan membantu mangsa banjir bukan sahaja di negeri Terengganu tetapi juga di negeri lain dan gerak kerja pasukan itu diperluaskan untuk misi bencana alam yang lain.SKUAD SUKARELAWAN TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARUKem Pengakap Tengku Muhammad Ismail,Telaga Batin,21300 Kuala Nerus,Terengganu Darul ImanTelefon : +60 09-666 8788Faks : +60 09-662 1920Hubungi kami: ssttb2017@gmail.com
16 Jan 18
1015
Empty Image
Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Lebih Selamat
Samiun ditemani pegawai-pegawainya melawat laluan pejalan kaki berbumbung di Kampung Daik, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Mohd Syazni Zainudin.Laluan pejalan kaki berbumbung di Jalan Kampung Daik, Kuala Terengganu siap dibaik pulih dengan keadaan lebih kukuh dan selamat kepada pengguna.Datuk Bandar Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MBKT), Samiun Salleh berkata, pihaknya hanya mengambil masa 15 hari dengan kos RM6,000 untuk menyelesaikan masalah tiang dan bumbung pada struktur binaan tersebut.Katanya, selepas mengalami kerosakan dan bumbung yang jatuh akibat angin kencang serta hujan lebat pada 1 Januari lalu, siasatan segeradilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian."Arahan daripada Menteri Besar telah dikeluarkan untuk menyelesaikan permasalahan ini dalam tempoh sebulan. Tapi dalam tempoh 15 hari, kita sudah menyelesaikan kesemuanya."Setelah perkara ini berlaku pada 1 Januari lalu, kita telah melantik Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat siasatan dari segi forensik menyiasat kejadian ini dan punca utama kepada runtuhan adalah laluan angin yang terlalu laju pada hari kejadian."Dari segi fizikalnya apabila penambahbaikan dari segi pencahayaan iaitu kita menyediakan lampu elektrik ke laluan pejalan kaki, kita menebuk tiang yang ada di situ dan selepas itu lubangnya tidak ditutup menyebabkan ia berkarat," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam sidang media  Laluan Pejalan Kaki Berbumbung di Kampung Daik, Kuala Terengganu hari ini.Tambahnya, buat masa sekarang tumpuan diberikan kepada laluan pejalan kaki itu dan kemudian pihak MBKT akan memantau struktur-struktur lain yang berisiko kepada orang awam.Samiun berkata, bagi laluan pejalan kaki tersebut, penyelesaian yang dibuat sekarang adalah melalui jabatan."Yang pertama kita menambahkan tiang-tiang sokongan yang ada dan kedua tiang yang ada di depan itu kita tambahkan lagi ketebalan lebih kepada 5 milimeter," katanya.
16 Jan 18
689
Empty Image
Universiti Seniman Agung P. Ramlee Di Taman Ilmu
Nama lagenda Seniman Agung P. Ramlee akan diabadikan pada universiti yang bakal  beroperasi di Taman Ilmu, Tembila, Jertih, bagi melahirkan pelajar dalam jurusan seni dan budaya.Penubuhan universiti itu dicadangkan Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di kawasan Taman Ilmu itu berikutan ia mempunyai pelbagai kemudahan selain bangunannya yang mempunyai reka bentu menarik bercirikan budaya Melayu.Rektornya, Dato' Dr Ir Mohamad Rizon Juhari berkata, pihaknya akan mengemukakan cadan penubuhan universiti itu kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kerajaan Negeri secepat mungkin.Katanya, Aswara bercadang untuk untuk nemempatkan kampus utama sekiranya mendapat kelulusan pihak berkenaan.“Saya amat tertarik dengan lokasi Taman Ilmu yang menempatkan pelbagai pusat pendidikan dan bakal melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang seni dan budaya,” Katanya ketika melawat tapak cadangan di Taman Ilmu, Jertih, hari ini.Turut hadir Menteri Mendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Mohamad Rizon berkata, ketika ini ada 1,000 pelajar jurusan seni dan budaya sedang mengikuti kursus di kampus Kuala Lumpur dan mereka akan dipindahkan ke kampus utama di Tembila Besut, sebaik sahaja proses perundingan dengan kerajaan selesai.Sementara itu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Besut amat mengalu-alukan cadangan penubuhan universiti berkenan di Taman Ilmu kerana kawasan itu sudah dilengkapi dengan kemudahan bangunan, asrama dan perpustakaan.Ketuanya, Azizul Jasnmi Mohamad berharap cadangan itu  mendapat kelulusan segera pihak berkenaan supaya tempat itu tidak terbiar.Katanya, penubuhan universiti itu  amat wajar berdasarkan seni bina bangunan serta fasiliti yg sedia ada mempunyai ciri-ciri warisan bangsa yang cukup menarik selain lokasinya berada di daerah yang mempunyai warisan seni budaya.“Malah ia juga bersempadanan dengan negeri Kelantan yang cukup terkenal dengan produk seni dan budaya tradisional,” katanya.
15 Jan 18
713
Empty Image
SKMM Bekerjasama Perpustakaan Negara Kaji Media Cetak Digital
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia(SKMM) dengan kerjasama Perpustakaan Negara akan melaksanakan kajian mengenai masa depan media cetak dalam bentuk digital.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia,Dato' Seri Jailani Johari berkata, usaha itu bersesuaian dengan situasi sekarang apabila masyarakat lebih cenderung ke arah penggunaan internet untuk mendapatkan sesuatu bahan atau maklumat."Di sini saya ingin tekankan bahawa satu kajian perlu dilakukan antara pihak perpustakaan sama ada perpustakaan negara atau negeri bekerjasama dengan pihak SKMM bagi memindahkan hasil karya penulis ke dalam bentuk digital selaras dengan perkembangan teknologi masa kini."Mungkin kita boleh buat satu kajian kerana kita tahu diluar sana banyak lambakan buku kerana pengarang-pengarang sentiasa menghasilkan produk baru.Jadi bagaimana ianya boleh diketengahkan ataupun dijual kalau tidak ada minat orang untuk membacanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih Tautan Budi Bersama Komuniti Orang Asli Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu,baru-baru ini.Jailani berkata, dengan cara ini juga, orang ramai tidak perlu lagi membawa buku atau majalah tebal malah boleh melayarinya melalui internet di mana sahaja dan bila-bila masa."Ini boleh menjimatkan kos mendapatkan buku sekaligus menggalakkan budaya membaca," ujarnya.
15 Jan 18
37
Empty Image
Projek Aquapolitan Di Seberang Takir Siap Pada 2020
Ahmad Razif meninjau perkembangan projek perumahan nelayan di Kg Lembah Harapan. Foto Harish Fadzillah Kassim Keseluruhan projek perintis Aquapolitan di Kampung Seberang Pok Abu, Seberang Takir yang bakal dilengkapi pelbagai prasarana dan berkonsepkan Felda moden bagi membantu menaik taraf hidup nelayan akan siap selewat-lewatnya 2020.Projek yang bakal mengubah landskap kehidupan  penduduk berpendapatan rendah terutama nelayan di kawasan terlibat  lengkap dengan pembinaan 200 unit rumah teres, masjid  moden selain kemudahan jeti bagi memenuhi keperluan nelayan."Masjid bernilai kira-kira RM22 juta  yang mampu  menempatkan 1,500 jemaah dalam satu-satu masa kini dalam proses pembinaan dan  dijangka siap pada Ogos tahun depan.“Apabila siap kelak, kemudahan bakal menjadi satu lagi mercu tanda Seberang Takir di samping jambatan 'drawbridge' yang kini sedang dibina di kawasan Kuala Terengganu City Centre (KTCC)."Semua infrastruktur  ini akan memberi impak pembangunan yang pesat kepada Bandaraya Kuala Terengganu yang secara tidak langsung meningkatkan sektor pelancongan dan membantu meningkatkan ekonomi rakyat dan peniaga tempatan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak binaan masjid dan perumahan nelayan di Kampung Lembah Harapan, Seberang Takir hari ini.Hadir sama Pegawai Daerah Kuala Nerus Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.Ahmad Razif turut memberitahu, kerajaan negeri bersetuju mengantikan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kompleks Sukan Negeri Gong Badak dengan reka bentuk baharu dalam tempoh terdekat “’Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu telah ditugaskan untuk mereka bentuk bumbung yang sesuai dengan infrasturktur stadium berkenaan sekaligus akan memberi kemudahan lebih selesa kepada peminat sukan yang hadir ke stadium berkenaan,”katanya..
14 Jan 18
634
Empty Image
SKMM Naik Taraf Internet Di 8,245 PDM Menjelang PRU14
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menaik taraf jaringan internet di semua Pusat Daerah Mengundi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Timbalan Menterinya, Dato' Seri Jailani Johari berkata, kerja-kerja menaik taraf  dilaksanakan secara berperingkat yang melibatkan 8,245 PDM di seluruh negara supaya tidak berlaku masalah gangguan internet sepanjang PRU nanti."Sebagai persediaan menghadapi PRU14, saya telah mengarahkan setiap PDM terutama 566 di Terengganu termasuk 52 di Hulu Terengganu supaya pastikan siapsiaga dari segi tahap capaian internetnya."Ini termasuk seluruh PDM di seluruh negara kerana ia antara perkara penting yang perlu ada ketika menghadapi PRU,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih Tautan Budi Bersama Komuniti Orang Asli Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu, hari ini.Pada majlis tersebut, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat Orang Asli Sungai Berua dengan menempatkan perpustakaan bergerak.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.Tambah Jailani lagi,kerja-kerja menaik taraf liputan internet di kawasan perkampungan orang asli juga giat dijalankan sebagai bukti Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan masyarakat di pedalaman terutama dalam bidang pendidikan.
13 Jan 18
56
Empty Image
Projek Penternakan Ikan Kg Pela Raih RM60 Ribu Satu Pusingan.
Ghazali (dari kiri)bersama Tengku Ahmad Nadzri menarik pukat sebagai gimik perasmian programPeserta projek berkelompok secara fertigasi di Kampung Pela,Ajil, kini menarik nafas lega apabila mendapat hasil lumayan dalam bidang ternakan ikan sangkar.Projek di bawah peruntukan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yang melibatkan sebanyak 10 sangkar tilapia, mengeluarkan hasil setiap bulan dengan anggaran pendapatan kasar mampu mencapai sekitar RM60,000 secara keseluruhan dengan membabitkan 10 peserta.Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa.Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Ketengah, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata, projek itu melibatkan sebanyak 10 buah kolam yang berkapasiti 1,800 ekor benih ikan setiap kolam."Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 18,000 ekor dan dianggarkan sebanyak 90 peratus atau 16,200 ekor daripada ikan akan dapat dituai atau jumlah sebanyak 5,400 kilogram(kg)"Oleh itu peserta akan mendapat hasil sehingga RM4,320 dengan harga pasaran RM8 sekilogram melibatkan anggaran jumlah keseluruhan RM43,200."Sekiranya projek perintis ini berjaya kita berhasrat untuk menambahkan lagi bilangan sangkar dan peserta sebanyak 10 sangkar lagi dengan peruntukan yang sama seperti tahun sebelum ini sebanyak RM30,000,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Menuai Ikan Projek Peningkatan Ekonomi Kampung Sempena Program Jalinan Kasih Dan Jom Bantu Rakyat Wilayah Ketengah di Kampung Pela,Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia Dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil.Abdul Rahman MohamadSeorang peserta yang ditemui, Abdul Rahman Mohamad,53, berkata projek ternakan ikan yang mula diusahakan pada Julai tahun lalu  bertujuan bagi menambahkan pendapatan peserta yang menjalankan projek pertanian secara berkelompok sejak 12 tahun lalu melibatkan tanaman seperti lada, rock melon dan mentimun."Kesemua peserta projek fertigasi di sini seramai 17 orang dengan keluasan kawasan pula sekitar 17 hektar. Buat masa ini, hanya lima hektar sahaja baru digunakan manakala bakinya akan diguna secara berperingkat bagi membangunkan ekonomi para peserta atau penduduk setempat."Setelah berjaya usaha projek pertanian tanaman, kini kita mengorak langkah ke bidang ternakan. Jika sekarang, peserta memperoleh pendapatan sekitar RM1,200 sebulan hasil pertanian, adanya projek ternakan ikan sangkar ini ia mampu meningkatkan lagi ekonomi sekurang-kurangnya RM500 sebulan."Ternakan ikan tilapia dalam sangkar ini projek perintis melibatkan seramai 10 peserta terpilih. Sebanyak 1,800 benih ikan telah dilepaskan Julai lalu dan dijangkakan hasilnya dapat dituai bulan Disember ini dengan anggaran hasil  enam tan atau bersamaan  pendapatan kasar RM60,000."Projek ini bukan sekadar mendapat peruntukan sepenuhnya daripada pihak Ketengah tetapi juga sokongan dan khidmat  daripada Pejabat Perikanan Daerah Hulu Terengganu," katanya.
13 Jan 18
344
Empty Image
Terengganu Peruntuk RM12 Juta Untuk Tabung Darul Iman
Ahmad Razif sempat meninjau gerai-gerai yang disediakan dalam Karnival Jom Sihat di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Badan Bukan Kerajaan (NGO) disarankan membantu kerajaan negeri bagi menambah dana yang ada dalam Tabung Darul Iman (TDI) untuk membantu rakyat Terengganu yang mempunyai masalah kesihatan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta sepanjang tahun lalu bagi membiayai TDI.Katanya, perbelanjaan yang dikeluarkan oleh TDI kepada pesakit Terengganu yang memerlukan semakin meningkat dari hari ke hari."Sekarang ini perbelanjaan kita sebelum ini dalam RM500,000 dalam sebulan jadi kita perlukan lebih kurang RM6 juta dalam masa setahun."Tapi kebelakangan ini perbelanjaan kita sudah menjangkau RM800,000 ke RM1 juta sebulan. Jadi bermakna kita memerlukan RM12 juta sedangkan dari segi penyediaan dari kerajaan negeri adalah sebanyak RM3 juta setahun dan ditambah dengan dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) RM3 juta."Jadi sekarang ini kita perlu dapatkan tambahan tidak kurang dari RM6 juta dan dana ini akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Sihat Anjuran Lions Club Kuala Terengganu dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu, Martin Tok dan Presiden Lions Club of Kuala Terengganu, Kee Wei Loon.Tambahnya, kerajaan negeri kini sedang memikirkan pelbagai alternatif lain bagi menambah dana untuk TDI.Ahmad Razif berkata antara yang mungkin akan dilakukan oleh kerajaan negeri adalah dengan menjadikan TDI lebih berdikari."Berkemungkinan, kita akan gabungkan atau melakukan kerjasama dengan  pihak-pihak lain termasuk Terengganu Incorporated Sdn Bhd dan GLC lain bagi menjana pendapatan kepada TDI."Kerana jika tidak nanti, kerajaan negeri tiada keupayaan untuk menyediakan dana yang begitu besar setiap tahun," katanya.
12 Jan 18
139
Empty Image
Nasib Keluarga Ahmad Fakhrurazi Dibela
Kerajaan negeri akan membela nasib keluarga Allahyarham Ahmad Fakhrurazi Shafie yang meninggal dunia selepas dipercayai sesak nafas dalam kebakaran yang berlaku di rumahnya di Kampung Kuala Ibai, semalam.Ahmad Razif ketika melawat keluarga mangsa. Foto Tg Syamim Tg IsmailMenteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pihaknya juga bersedia menyalurkan bantuan termasuk membiayai perbelanjaan pendidikan anak mangsaKatanya, bantuan pembelajaran itu disalurkan sehingga mereka dapat belajar ke peringkat lebih tinggi." Isteri arwah bekerja di bekerja di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, jadi tidak ada masalah untuk berbuat demikian."Saya akan minta Yayasan Terengganu melihat secara terperinci bantuan yang boleh disalirkan kepada keluarga arwah," katanya.Beliau berkata demikian ketika menziarah keluarga mangsa di Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu, malam tadi.Dalam kejadian 8.40 pagi semalam, mangsa ditemui tidak sedarkan diri sambil memeluk anaknya Muhammad Aqil Harith berusia tiga tahun di  halaman rumah oleh anak saudaranya.Mangsa yang juga Timbalan Ketua UMNO Cawangan Kuala Ibai meninggalkan seorang balu Tengku Mastura Tengku Ahmad, 38, yang mengandung empat bulan dan empat anak yang berusia tiga hingga 14 tahun.
11 Jan 18
182
Empty Image
JBPMT Sasar Penambahan 20 PBS Di Terengganu
Azmi(lima dari kanan )bergambar dengan sebahagian PBS Felda Bukit Bading dalam lawatan ke tapak pembinaan Balai Bomba.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu  mensasarkan penambahan 20 Pasukan Bomba Sukarela(PBS) di seluruh negeri pada tahun ini.Ketua Cawangan Pengurusan Pasukan Bomba Sukarela Dan Bantuan JPBMT ,Penolong Kanan Penguasa Bomba Negeri,Azmi Omar berkata jika lebih banyak PBS ditubuhkan ianya dapat memberi bantuan segera sekiranya berlaku bencana."Setakat ini kita mempunyai 18 PBS di Terengganu dengan kekuatan  380 orang dan ia merupakan satu cara terbaik untuk membantu jabatan bomba untuk lebih dinamik."Paling terbaru kita mendapat permohonan daripada Felda Tenang di Besut untuk menubuhkan PBS dan ianya sudah dalam proses Pendaftar Pertubuhan (ROS)... satu lagi dari Merchang yang masih dalam perbincangan,"katanya kepada pemberita dalam kunjungan ke Balai Sementara PBS Felda Bukit Bading,Ajil,hari ini.Dalam masa yang sama beliau turut meninjau tapak bangunan Balai Bomba kekal untuk PBS Felda Bukit Bading yang akan memulakan proses pembinaanya tidak lama lagi.Azmi berkata pembinaan Balai Bomba kekal itu merupakan yang kedua di Terengganu bagi PBS selepas PBS Sri Nerus dan pertama bagi kategori Felda dalam negeri."Bagi PBS yang inginkan bangunan  seperti ini dan bagaimana caranya boleh berbincang dengan pihak kami kerana bagi saya ini adalah mercu bagi PBS untuk giatkan lagi peranan mereka dalam membantu bomba."Dengan cara ini juga, kita boleh galakkan lebih ramai orang menyertai bomba sukarela selain memudahkan pantauan dan kawal selia pihak bomba,"katanya.
11 Jan 18
289