lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Masalah Hakisan Di Sungai Berua Akan Diatasi Segera
Keadaan hakisan di tebing Sungai BeruaKerajaan Negeri akan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah hakisan tebing sungai yang kian serius di perkampungan masyarakat Orang Asli Sungai Berua.Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong, Dato' Rozi Mamat berkata, perkara ini dalam pengetahuannya serta Jabatan Pengairan dan Saliran."Saya akui hakisan ini bertambah serius terutama ketika musim tengkujuh dan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini..saya akan semak balik dengan jabatan berkenaan sama ada sudah ada peruntukan atau sebaliknya bagi kerja-kerja baik pulih."Yang pasti, kerja-kerja ini akan ambil masa, jika nak buat sekarang..cuaca tidak sesuai sebab musim tengkujuh belum berakhir,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Graduasi Pengajian Tahsin Al Quran Hulu Terengganu (PETAH) Kali Ke-2 di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, hari ini.Rozi berkata, Kerajaan Pusat serta kerajaan negeri sentiasa memberikan perhatian kepada komuniti Orang Asli ini dalam pelbagai aspek."Sama juga berkaitan masalah hakisan tebing sungai dihadapi mereka sekarang ini, tentu kita akan atasinya, cuma ambil sedikit masa," ujarnya.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Sungai Berua, Alias Pelong berkata, pihaknya merasa bimbang hakisan tersebut  turut melibatkan rumah penduduk serta kawasan Sekolah Kebangsaan Sungai Berua terutama padang bola jika pihak terbabit lambat bertindak."Dah lebih tiga tahun hakisan ini tapi belum serius macam sekarang akibat arus sungai deras semasa banjir baru-baru ini."Sekarang ini jalan tersebut tidak dapat dilalui akibat runtuh kerana hakisan yang berlaku dan pihak kami bimbang ianya akan lebih teruk lagi tiada tindakan diambil bagi atasi masalah ini secepat mungkin.Alias berkata, walaupun bukan jalan utama namun ianya masih membahayakan keselamatan awam terutama kanak-kanak."Saya dah buat aduan dan berharap ada tindakan secepat mungkin dari pihak berkenaan...mungkin belum ada peruntukan tapi janganlah terlalu ambil masa, takut makin serius,"katanya.
19 Jan 18
1145
Empty Image
Sedih Tak Mampu Tatap Wajah Menteri Besar- Makcik Bidah
Ahmad Razif berbual mesra dengan Makcik Bidah. Foto Zukifli C W Putra"Makcik gembira apabila mengetahui Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri mahu datang melawat."Pada masa sama makcik berasa sedih kerana kunjungan Dato' Razif kali ini, makcik hanya mampu berbual tanpa dapat  melihat raut wajah beliau," kata Bidah Mamat, 66, dari Kampung Baru, Seberang Takir, petang ini.Makcik Bidah yang cacat penglihatan sejak lapan bulan lalu dan kudung kaki kanan hampir enam tahun akibat diabetes berkata demikian ketika menerima kunjungan Ahmad Razif bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria sempena program Ziarah Kasih Bersama Pemimpin Setempat.Sebanyak 260 rumah golongan asnaf, warga emas, Orang Kelainan Upaya dan orang uzur membabitkan 26 kampung dikunjungi pemimpin setempat terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Ketua Cawangan UMNO.Sementara itu, Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir berkata, program seumpama itu akan diteruskan dengan kekerapan dua minggu sekali melibatkan pemilihan 10 keluarga yang kurang berkemampuan bagi setiap kampung.Katanya, program itu menyasarksn sekurang- kurangnya 520 keluarga di DUN  itu dapat dikunjungi pemimpin di kawasan masing- masing dalam tempoh sebulan."Pelbagai barangan dapur dan sejumlah wang tunai diagihkan dalam kunjungan yang penuh bermakna itu."Program seumpama ini sangat wajar bukan saja mampu merapatkan hubungan antara pemimpin setempat malah dapat mengetahui apa kehendak rakyat terutama bagi mereka yang uzur dan warga emas," katanya.
18 Jan 18
312
Empty Image
Enam Anak Terengganu Sertai YES Di AS
Shafruddin melancarkan tagline Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu.Enam anak Terengganu berjaya mengharumkan nama negeri apabila mengikuti program pertukaran pelajar melalui Program Kennedy-Lugar Youth Exchange And Study(YES) di Amerika Syarikat bermula 15 Januari hingga 9 Jun tahun ini.Pelajar yang terpilih  berusia 18 tahun dan kesemuanya mendapat pendidikan sekolah menengah di Terengganu serta ditaja sepenuhnya oleh pihak Kennedy selama enam bulan.Mereka yang dihantar merupakan pelajar yang layak selepas mengharungi beberapa peringkat saringan dan berlepas ke sana selepas menjalani Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)bagi memastikan mereka tidak terganggu dalam proses pembelajaran.Antara yang berjaya ialah Abdul Syukur Maarudin, Nurani Fitri Sayuti dan Nur Azreen Amirah Aziz yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu serta Hafiz Hazmirul Zainuddin yang sebelum ini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Tengku Mizan Zainal Abidin.Dua lagi  ialah bekas pelajar SMK Lembah Bidong dan SMK Tengku Intan Zaharah iaitu Zainun Abdullah serta Siti Aisya Athirah Hassan.Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu(JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata,  program pertukaran pelajar ke luar negara merupakan satu program terbaik dalam memberi semangat dan jati diri kepada pelajar termasuk para guru untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan," katanya sewaktu Bicara Ilmu Warga Pendidikan Daerah Hulu Terengganu Bersama Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu.Beliau berkata, program ini merupakan hasil kesungguhan dan inisiatif para guru yang inginkan anak didik mereka mendapat ilmu dan pengalaman yang berbeza."Peluang harus direbut dengan usaha berterusan secara luar biasa dan kita harapkan guru-guru senior di setiap sekolah khususnya dapat berperanan sebagai mentor bagi membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru junior di sekolah masing-masing bagi melahirkan daya usaha yang lebih cemerlang,"katanya.
18 Jan 18
1447
Empty Image
Sasar Kalangan Orang Asli Sertai APM Terengganu
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu mensasarkan pengambilan anggota baru dikalangan orang asli bagi memperkasakan dan mengembangkan sayap APM dalam komuniti mereka di negeri ini.Pengarah APM Terengganu, Lt. Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman, berkata ini selaras dengan kehendak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Shahidan Kassim yang ingin melihat penglibatan warga ini dalam APM terutama negeri-negeri yang mempunyai komuniti ini seperti di Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu.Jelasnya, satu gerakan telah dilakukan oleh pihaknya untuk masuk ke Perkampungan Orang Asli Sungai Berua di Hulu Terengganu dan Hulu Besut bagi membantu mendaftarkan anggota-anggota baru di kalangan org asli dari suku-suku tertentu untuk menyertai APM Terengganu."Untuk peringkat awal ini, kita mendaftarkan 36 orang asli dan kita juga melantik Tok Batin Rosli Desoh di kalangan komuniti berkenaan sebagai ketua platun tersebut."Jadi kita akan mempergiatkan lagi usaha di Kampung Sungai Berua ini bagi memperkasakan peranan mereka...Insha Allah bukan setakat mendaftar,kita juga akan memberi sedikit sebanyak ilmu pertahanan awam kepada komuniti berkenan melalui APM daerah berkaitan kesiapsiagaan pertahanan,"katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan hari ini.Menurut Che Adam, anggota yang dilantik ini juga akan menjadi serampang dua mata di mana mereka juga akan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan untuk memantau dan melihat jika adanya pencerobohan atau anasir-anasir yang tidak sihat di kawasan pedalaman."Jika ini berlaku, anggota ini boleh melaporkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung(J3K) ataupun Pegawai APM Daerah untuk kita membantu dari aspek kesiapsiagaan keselamatan kepada komuniti berkenaan dan juga mungkin pencegahan jika berlakunya pencerobohan di kawasan yang tidak sepatutnya di daerah tersebut,"katanya lagi.Sementara itu Pengerusi JKKK Sungai Berua,Alias Pelong berkata pemilihan ini merupakan satu penghormatan kepada komuniti mereka yang berada jauh di pedalaman."Saya menyambut baik bila APM datang untuk mendaftar orang-orang saya sebagai anggota APM dan saya akan sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan turut membantu Tok Batin Rosli Desoh dan ahlinya dalam menjalankan tugas mereka,"katanya.
18 Jan 18
166
Empty Image
MyBAS Elektrik Bakal Beroperasi Di Kuala Terengganu
Ahmad Razif memotong riben tanda simbolik melancarkan perkhidmatan MyBAS. Foto oleh Harish Fadzillah KassimKuala Terengganu menjadi bandar pertama di negara ini yang akan menawarkan perkhidmatan bas henti-henti mengunapakai tenaga elektrik kepada orang ramai termasuk mereka yang tinggal di kawasan pedalaman bermula April ini.Perkhidmatan bas elektrik berkenaan antara 11 bas henti-henti atau dikenali MyBAS yang akan beroperasi di tujuh laluan utama meliputi sejauh 235.9 kilometer membabitkan kawasan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Setiu.Buat permulaan, empat myBAS akan beroperasi di laluan terpilih sebelum ditambah menjadi 11 MyBAS dan seterusnya kepada 30 buah MyBAS sehingga menjelang akhir tahun ini.Empat MyBAS itu akan melalui Kuala Terengganu (Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) menghala ke Gong Badak-Lapangan Terbang Sultan Mahmud-Jeti Merang bagi MyBAS berkod T102.MyBAS T203 pula akan melalui Kuala Terengganu-Chendering- Marang, MyBAS T202 (Kuala Terengganu-Pasir Panjang-Kampung Laut-Bukit Payung); MyBAS T201 (Kuala Terengganu-Wakaf Tapai-Kuala Berang). Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata perkhidmatan MyBas yang akan beroperasi April ini mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas di tujuh laluan utama di beberapa daerah di negeri ini apabila penduduk memilih perkhidmatan awam itu.Beliau juga menyokong perkhidmatan disediakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang memperkenalkan bas elektrik itu dengan memilih Kuala Terengganu sebagai bandar pertama menyediakan kemudahan itu.“Langkah itu pastinya boleh mengelak daripada pencemaran alam kerana tiada pelepasan asap dan  bebas pencemaran bunyi berikutan beroperasi secara senyap.“Tambang yang bakal dikenakan sangat berpatutanm, selain menawarkan pelbagai kelebihan pelajar sekolah, warga emas dan Orang Kelainan Upaya,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani (Mou) Kontrak Pengendalian Perkhidmatan dan Prapelancaran myBAS  di antara SPAD dan Mara Liner Sdn. Bhd di Hotel Primula, Kuala Terengganu hari ini.
17 Jan 18
839
Empty Image
GPMS Anjur Sidang DUN Muda Akhir Januari
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu akan menganjurkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muda GPMS Terengganu buat kali kedua pada akhir Januari ini.Pengerusi GPMS Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, persidangan itu akan berlangsung selama dua hari di DUN Terengganu bermula 30 hingga 31 Januari iniJelasnya lagi, paling istimewa persidangan ini dipengerusikan sendiri oleh Yang Dipertua DUN,  Dato’ Mohd Zubir Embong."Saya dimaklumkan bahawa Dato' Zubir amat berasa gembira kerana penglibatan belia Terengganu yang bercakap mengenai fakta dan 'tidak omong kosong’ di dalam dewan mulia."Ini berdasarkan penyertaan pada persidangan tahun lepas yang dikatakan amat memuaskan dan semua peserta dapat memberikan hujahan yang baik serta berfakta,"ujarnya ketika dihubungi Teganukita, semalam.Tambahnya lagi, pada persidangan kali ini, konsep yang sama seperti tahun lepas akan diteruskan iaitu seramai 32 orang yang akan terpilih sebagai wakil pembahas (ADUN Muda)."Dan persidangan kali ini kita lebih fokuskan perbincangan untuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang tidak lama lagi."Selain itu, program ini dapat memberikan gambaran awal tentang prosedur sidang dewan sekali gus menanam ciri-ciri kepimpinan dalam diri belia,"katanya.Tengku Haphiz berkata, belia yang berumur 18-35 tahun yang berminat dan berpotensi dalam kemahiran pidato bolehlah menyertai program ini dengan menghantar  resume anda ke dunmudagpmsnt18@gmail.com.Tarikh tutup permohonan pada 20 Januari 2018.
17 Jan 18
41
Empty Image
Apartment RM300,000, Lot Tanah Menanti Pengunjung Ekspo Terengganu 2018
Sebuah apartment bernilai RM300,000,  satu lot tanah kediaman, satu lot tanah pertanian, kereta  serta pacuan empat roda antara hadiah menarik menanti pengunjung yang hadir pada Ekspo Terengganu 2018 di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tawaran hadiah cabutan bertuah yang menarik dan luar biasa itu pastinya mampu menarik minat  lebih 100,000 pengunjung hadir sepanjang seminggu program berlangsung yang bermula 25 Februari ini.Katanya,  pihaknya tidak pernah sebelum ini, berkerjasama dengan pelbagai jabatan kerajaan untuk penganjuran program yang menawarkan hadiah cabutan bertuah sangat istimewa dan bernilai seumpama itu.“Apa yang dilaksanakan itu semata-mata mahu menarik minat orang ramai, termasuk mereka yang tinggal  di luar Terengganu hadir bagi mengetahui pelbagai program dan aktiviti yang disajikan kerajaan negeri. “Hampir semua jabatan, anak syarikat kerajaan negeri, beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan dan  agensi swasta terlibat dengan pelbagai aktiviti dan pameran sepanjang ekspo nanti,”katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman Penerbitan Drama Megat Panji Alam di antara  kerajaan negeri dan  Al Hijrah Media Corporation di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, petang ini.Antara aktiviti yang dirancang sempena eskpo itu jualan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta pertanian, Food Truck, Talk Show, jualan produk T-Kitchen dan  siaran langsung Forum perdana dan Selamat Pagi Malaysi.Program lain  Sounds Of Terengganu, ramah mesra bersama selebriti dan atlet negara, persembahan kebudayaan, konsert perdana dan mestika D, Klasik.
17 Jan 18
43
Empty Image
Terbitan Megat Panji Alam Bakal Bawa Pulangan RM3.18 Juta
Memorandum Persefahaman Penerbitan Drama Megat Panji Alam di antara  kerajaan negeri dan Al Hijrah Media Corporation Foto Harish Fadzillah KassimKerajaan negeri  bakal memperolehi pulangan bernilai RM3.18 juta melalui penajaan RM1.3 juta drama bersiri “Megat Panji Alam” yang bakal disiarkan melalui  saluran TV Al Hijrah tidak lama lagi.Drama bersiri 26 episod itu bukan sahaja mengupas peristiwa sejarah Terengganu dan sejarah Kesultanan Melaka di dalam versi sebenar malah menonjolkan pelbagai tempat menarik  dan lokasi bersejarah di TerengganuMenteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan beberapa pihak berkaitan mengambil masa kira-kira empat tahun bagi mengkaji keberkesanan drama itu terhadap  orang ramai khususnya masyarakat luar Terengganu.Katanya, melihat kewajarannya,  kerajaan negeri bersetuju menerbitkan drama itu melalui kerjasama Al Hijrah Media Corporation dengan tajaan RM1.3 juta."Pendekatan itu mampu dijadikan sebagai iktibar selain memperbetulkan persepsi masyarakat, membuat olahan ketepatan dan ketulenan sejarah Megat Panji Alam termasuk kostum dan senibina zaman tersebut,"katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman Penerbitan Drama Megat Panji Alam di antara  kerajaan negeri dan Al Hijrah Media Corporation di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, petang ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Al Hijrah Media Corporation, Dato’ Izelan Basar.Ahmad Razif berkata, pihaknya akan memastikan lokasi penggambaran yang akan dijalankan dalam tempoh terdekat itu mempunyai elemen tarikan tersendiri.“Perkara itu termasuk menonjolkan sudut keagamaan, pelancongan, seni ukiran, kostum dan fabrik busana, seni dan budaya, keindahan alam semulajadi, makanan tradisional, flora, fauna dan warisan Terengganu."Penerbitan drama itu pasti akan berlaku transformasi ekonomi khususnya dalam sektor pelancongan, selain meningkatkan imej dan keunikan Terengganu Iman melalui promosi siaran media elektronik,”katanya,
17 Jan 18
702
Empty Image
Permohonan Geran Komuniti Penduduk 1Malaysia 2018 Kini Dibuka
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Terengganu (JPPMNT) kini membuka permohonan Geran Komuniti Penduduk 1Malaysia (KP1M) Tahun 2018 yang berjumlah sehingga RM10,000 kepada persatuan penduduk yang berdaftar.Pengarah JPPMNT, Mohd Mufsi Lat berkata, program itu bertujuan memastikan kawasan kejiranan berada dalam suasana selamat dan tenteram. Katanya, geran KP1M akan diagihkan bagi membiayai peralatan kawalan keselamatan, pembersihan dan penyelenggaraan kawasan kejiranan.“Sehubungan itu, semua persatuan penduduk yang berdaftar di bawah JPPMNT adalah dipelawa untuk membuat permohonan tersebut.“Ia bertujuan memastikan kawasan kejiranan berada dalam suasana selamat tenteram. Geran sehingga RM 10,000 akan diagihkan bagi membiayai peralatan kawalan keselamatan, pembersihan dan penyelenggaraan di bawah JPPMNT adalah dipelawa untuk membuat permohonan tersebut,”katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Mohd Mufsi berkata, penduduk dinasihatkan tidak melepaskan peluang keemasan yang disediakan kerajaan yang memperuntukkan RM40 juta bagi merealisasikan hasrat itu, sebagaimana yang diumumkan dalam Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Oktober tahun lalu.Borang permohonan boleh dimuat turun di portal rasmi JPPM (www.ros.gov.my), portal rasmi sistem eROSES (www.eroses.gov.my) atau di kaunter JPPM Negeri yang berdekatan mulai sekarang dan tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Oktober 2018.HUBUNGI KAMI:PengarahJabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri TerengganuKementerian Dalam NegeriNo. 4-9, Tingkat 1,Wisma Peladang Terengganu,Jalan Sultan Mohamad,21100 Kuala Terengganu, Terengganu.Telefon : 09 - 626 5885 / 09 - 626 6886No. Faks : 09 - 626 7887
16 Jan 18
610
Empty Image
Isu Rumah RM20 Juta: Rakyat Boleh Nilai Sendiri - Ahmad Razif
“Rakyat boleh menilai sendiri tuntutan tidak masuk akal Wan Mansor Wan Yusof, 57, apabila menuntut RM20 juta sebagai pampasan untuk merobohkan rumah yang masih didiaminya di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu.“Berdasarkan rekod Pejabat Tanah dan Galian Terengganu tiada bukti yang menyatakan tanah itu hak milik Wan Mansor, sebaliknya  menunjukkan rumah yang didiami keluarga berkenaan  adalah di atas tanah milik kerajaan,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keengganan Wan Mansor untuk berpindah selagi kerajaan tidak membayar pampasan sepertimana yang dituntut.Ahmad Razif berkata, jika benar tanah itu milik beliau (Wan Mansor) atau keluarga seperti yang didakwa, pihaknya meminta dia membuktikan kebenarannya,  tetapi sehingga  kini tiada keputusan.“Oleh itu, kita serah kepada rakyat Terengganu untuk menilai sendiri. Kita bersedia untuk membayar pampasan rumah dengan harga yang paling maksimum jika ada bukti.“Kerajaan negeri sudah menyerahkan sepenuhnya perkara berbangkit itu kepada mahkamah, biar undang-undang yang membuat keputusan, orang ramai tidak wajar untuk memanjangkan isu itu, “ katanyaDalam akhbar tempatan sebelum ini melaporkan rumah kayu dua tingkat berciri tradisional Melayu menjadi satu-satunya kediaman yang belum dirobohkan di kawasan yang sedang pesat membangun itu.Kediaman itu menarik perhatian ramai selepas ia tular di media sosial dan media tempatan sehingga mencetuskan pelbagai persepsi masyarakat.Tampil menjelaskan perkara itu, Wan Mansor mendakwa tanah dan rumah itu milik arwah ayahnya, Wan Yusof  Wan Abdul Kadir yang dibeli dari ibu saudaranya, Wan Mek Wan Yaacob pada 7 Julai 1977.Menurutnya, andaian banyak pihak termasuk melalui Facebook mengatakan keluarganya mempertahankan rumah berkenaan dari diroboh kerana mahu mengekalkan warisan adalah tidak betul.Sebaliknya, beliau memberitahu, keluarganya tiada masalah untuk berkerjasama kepada pihak yang membangunkan kawasan berkenaan namun pemberian jumlah pampasan perlu lebih adil."Pihak pemaju sebelum ini, ada menampal notis pada dinding rumah dan mengarahkan supaya kosongkan tanah serta rumah dalam tempoh tiga minggu dan bayaran pampasan ditawarkan mereka hanya RM20,000.“Bagi kami (jumlah tersebut) adalah sangatlah tidak berbaloi," katanya yang turut memaklumkan pihaknya telah menyerahkan isu tuntutan pampasan kepada mahkamah melalui peguam yang dilantik. .
16 Jan 18
350