lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Tiada Istilah Anak Tiri Untuk Perantau Terengganu
Ahmad Razif bersama perantau dari Komuniti Anak Darul Iman Malaysia (Kadim) dalam Majlia Ramah Mesra YAB Menteri Besar Terengganu Bersama NGO Perantau Lembah Klang, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamin Tengku Ismail.Perantau Terengganu yang menetap di luar kawasan masih menerima manfaat yang sama dari kerajaan negeri.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, walaupun mereka menetap di luar Terengganu, tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh perantau tersebut tidak diabaikan oleh mereka.Katanya, perantau merupakan antara yang banyak membantu kerajaan dan mereka masih mempunyai hak sama dengan rakyat Terengganu yang masih menetap di dalam negeri."Walaupun mereka sering dipersalahkan dalam menentukan keputusan pilihan raya namun saya yakin apa yang berlaku ini disebabkan tiada pendekatan dan kadang-kadang anak perantau rasa mereka ini macam anak tiri."Maka kerana itulah Kerajaan Negeri sekarang ini mengambil inisiatif untuk memberi peluang yang sama kepada anak-anak Terengganu dengan syarat dia mengundi di Terengganu."Kita akan pastikan bahawa apa yang rakyat Terengganu dapat, apa kemudahan yang kita dapat, apa bajet yang kita luluskan mesti anak perantau juga dapat walaupun tinggal di mana-mana tetapi dengan syarat dia mesti mengundi di Terengganu. Itu syarat kita," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Terengganu Bersama NGO Perantau Lembah Klang di Kuala Lumpur, malam tadi.Turut hadir, Speaker DUN, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pemangku Presiden Persatuan Anak Terengganu Di Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pesat), Sham Aziz Ismail.Dalam majlis tersebut lebih 200 wakil daripada 15 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu melibatkan diri.Setiap NGO turut menerima RM10,000 bagi menguruskan kelab dan persatuan mereka selain mengadakan program-program untuk anak Terengganu di perantau.
08 Feb 18
86
Empty Image
Guru Jangan Ghairah Tonjol Diri Sebagai Penyokong Pembangkang
Kementerian Pelajaran tidak akan menghalang guru daripada menyokong mana-mana parti politik tetapi mereka diingatkan supaya tidak terlalu ghairah dalam menonjolkan diri sebagai penyokong pembangkang.Menterinya, Dato' Seri Mahdzir Khalid berkata guru perlu menghormati profesion mereka dan terikat dengan peraturan serta undang-undang sebagai penjawat awam.“Ini adalah negara demokrasi dan setiap individu ada hak untuk menyokong sesiapa sahaja yang mereka mahukan tetapi jangan terlalu menonjol apabila menunjukkan sokongan.“Contohnya, jika dia seorang guru besar dan pada masa yang sama pemimpin sebuah parti pembangkang, tidak sesuai jika dia naik ke pentas untuk bercakap perkara yang tidak baik terhadap kerajaan. Nanti apa pula kata ibu bapa dan pelajar?“Anda berada dalam kerajaan tetapi pada masa yang sama anda tidak berpuas hati dengan kerajaan dan anda tunjukkan ketidakpuashatian anda secara terbuka. Itu tidak betul. Harus ada garis antara seorang penjawat awam dengan penyokong parti pembangkang, ” katanya ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serada, semalam.Turut hadir Pengerusi Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri A. Latiff Awang dan Pengarah Pendidikan Negeri Shafruddin Ali Hussin.Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata pihak kementerian telah mengenal pasti sekolah-sekolah yang akan menjadi pusat mengundi pada pilihan raya umum ke-14.“Suruhanjaya Pilihan Raya telah memaklumkan Kementerian dan semua Jabatan Pelajaran negeri mengenai sekolah-sekolah yang akan dibuat pusat mengundi.“Kita mempunyai 10,200 sekolah di seluruh negara dan kebanyakannya akan dijadikan pusat mengundi,” katanya. - sumber Terengganu Times
08 Feb 18
166
Empty Image
‘Lihat Video’ Ciri Baharu Akhbar Suara Transformasi
Slogan “Cara Lama Dimensi Baharu” cetusan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman agar menerapkan transformasi dan inovasi dalam setiap perkara kini dipraktikkan pula dalam penerbitan akhbar Suara Transformasi bermula Februari 2018.Akhbar Suara Transformasi 2018 menampilkan ciri baharu apabila pembaca kini dapat melihat video melalui telefon bimbit hanya dengan mengimbas kod QR pada berita terpilih dalam akhbar tersebut.Ciri ini diperkenalkan bagi memberikan kelainan kepada pembaca agar berita yang disampaikan adalah berkualiti dan padat dengan informasi beserta paparan video.Pembaca terlebih dahulu perlu memastikan telefon bimbit dilengkapi dengan aplikasi pengimbas kod QR sebelum dapat menggunakan ciri baharu ini. Aplikasi pengimbas kod QR ini boleh dimuat turun dari Google Playstore atau AppStore.Akhbar Suara Transformasi adalah akhbar lapan muka surat keluaran Unit Komunikasi Negeri Terengganu yang telah diberi nafas baharu oleh peneraju utama unit itu, Pengarah UKOM, Dato’ Muda Mamat.Akhbar interaktif Suara Transformasi yang menggabungkan konsep teknologi digital dalam penerbitannya bukan sahaja menawarkan kepuasan, malah turut menghargai pembaca dengan menyediakan hadiah bulanan berupa telefon bimbit kepada yang bertuah. -terengganu.news
07 Feb 18
49
Empty Image
Kerajaan BN Terus Martabat Bidang Pendidikan- Mahadzir
Mahadzir ketika melancarkan Majlis Pecah Tanah Pejabat Pelajaran Daerah Marang di Marang,Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini meneruskan agenda pembangunan pendidikan anak bangsa yang dibina sekian lama.Menteri Pendidikan Malaysia, Dato' Seri Mahadzir Khalid berkata, Pendidikan menjadi budaya dalam negara kita sejak 60 tahun yang lalu."Hari ini, menjadi satu kemestian untuk ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah."Ini adalah usaha keras kerajaan dan rakyat. Untuk meneruskan kemajuan ini, kita perlukan kestabilan dalam negara."Ianya mesti didahului dengan kestabilan politik, diikuti ekonomi, keselamatan dan sebagainya," katanya ketika melancarkan Majlis Pecah Tanah Pejabat Pelajaran Daerah Marang di Marang, pagi ini.Beliau hadir diiringi Exco Pendidikan Terengganu, A. Latiff Awang bersama pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sempena lawatan kerja ke Terengganu.Projek pembangunan Pejabat Pelajaran Daerah Marang itu melibatkan keluasan 2.947 hektar di mukim Rusila.Projek ini dibangunkan secara berfasa di mana Fasa 1 melibatkan bangunan pentadbiran dan bangunan sokongan dengan kos berjumlah RM8,384,277.76 dijangka siap pada pertengahan tahun 2019.Manakala, Fasa 2 melibatkan dewan serbaguna akan dibangunkan pada masa akan datang.Turut hadir pagi tadi ialah Pegawai Daerah Marang, Mat Azmi Arshad, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Penyelaras DUN Rhu Rendang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku
07 Feb 18
74
Empty Image
Felcra Belanja Untuk Sekolah RM1.12 Juta
Anak-anak peserta Felcra bergambar bersama -sama Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Timur, Zulkifli Sidik selepas majlis penyerahan barangan persekolahan hari iniFelcra Berhad (Felcra)melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) buat julung kali memperuntukkan  RM1.12 juta bantuan persekolahan melibatkan 3,201 penerima di enam lokasi di Terengganu.Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Timur, Zulkifli Sidik berkata, penerima yang terpilih merupakan anak peserta Felcra, anak kakitangan serta penduduk berhampiran kawasan operasi Felcra. Katanya, bantuan bernilai RM350 satu keluarga tersebut adalah bertujuan untuk meringankan beban isi rumah di samping memastikan keselesaan pelajar-pelajar melalui sesi persekolahan yang sedang berjalan."Bantuan ini disalurkan dalam bentuk kelengkapan persekolahan iaitu pakaian sekolah, beg sekolah, kasut, stoking, buku latihan dan peralatan tulis.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Ceria Kembali Ke Sekolah Felcra Berhad di Dewan Perkampungan Felcra Berhad Kawasan Bukit Kapah di Telemong, Hulu Terengganu, hari ini.Seramai 86 anak peserta Felcra Bukit Kapah menerima sumbangan barangan persekolahan dan majlis penyerahan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.Menurut Zulkifli lagi, bantuan tersebut turut melibatkan semua syarikat milik kerajaan (GLC) untuk turut serta menyumbang bantuan berbentuk kebajikan kepada rakyat dan rakyat dapat menikmatinya dengan sempurna.
06 Feb 18
322
Empty Image
Pakatan Harapan Terengganu Mulai Kecamuk
Baru sahaja tinggal bersesak di rumah dengan hasrat berkongsi segalanya, namun dengan keadaan sekitar membiakkan hama, penghuninya mula diserang penyakit kudis buta yang mudah berjangkit. Resah pedih gatal itu seakan tidak lagi boleh ditanggung.Kain baju mula direbus di tengah laman dan disidai di pinggir jalan. Itu analogi seorang kawan tentang kemelut yang turut melanda Pakatan Harapan di negeri ini yang mengimpikan untuk mengambil alih pentadbiran negeri.Semua ini menyusul selepas kemelut di beberapa negeri hasil pendekatan 'bersetuju untuk bersetuju' yang menyatukan mereka sehingga sedia tinggal serumah selama ini untuk menumbangkan musuh bersama, UMNO/Barisan Nasional dan Pas.Orang yang diberi kepercayaan menjadi Ketua Penerangannya, Hambali Abdul Latiff yang juga Setiausaha PPBM negeri pula benar-benar memberi penerangan, tanpa perlu diselindungkan, agar tidak pula perlu disuluh oleh sesiapa lagi untuk melihat di mana tempat kegatalan yang teramat.Satu demi satu didedahkan di laman sosial seakan tidak mempedulikan sesiapa lagi, kedudukannya atau menjaga maruah pakatan itu, dan 'serangan' awalnya terhadap Pengerusi Pakatan Harapan negeri, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang disifatkan lemah dalam mengemudikan perjalanan.Timbalannya pula, Azan Ismail yang juga Pengerusi PKR diberi bayangan sebagai orang yang lebih layak bagi memikul tanggungjawab berat berkenaan dengan pengalaman dan kematangan politiknya dari segi kerja pilihan raya dan kerja parti. Malah parti serpihan Pas itu juga digambarkan sebagai agak tamak dengan keghairahan untuk mendapatkan mendapatkan lebih banyak kerusi yang mula menimbulkan rasa cuak parti-parti sahabat bersandarkan keupayaan sebenar PAN yang mereka tahu tidak akan akan membawa ke mana-mana.Raja Kamarul Bahrin dilihat sehingga kini seakan berperanan hanya mahu menjaga kepentingan PAN dan kerusi-kerusi  yang mahu ditandingi, bukannya menyeluruh  dalam memenuhi impian besar itu.Mereka mahu Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu bertindak sebagai ketua kepada parti komponen tanpa mengikut sahaja terlunjuk pemimpin PAN dalam melaksanakan apa yang telah dipersetujui dalam mesyuarat  dan bukannya mermbuat pusingan U mengubah keputusan.Dalam keasyikan bertelingkah soal pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak berkesudahan, proses penyusunan semula  Pengerusi /Ketua Pakatan Harapan Parlimen masih belum  dilakukan bersesuaian dengan persetujuan pembahagian kerusi Parlimen oleh Pakatan Harapan Pusat.Begitu juga dengan soal gerak kerja di Pusat Daerah Mengundi dan cawangan -cawangan dengan kekuatan jentera dan lain-lainnya yang masih menimbulkan banyak tanda-tanya ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 sudah hampir di muka pintu.Soal pembahagian kerusi DUN difahamkan sudah mulai tempuh jalan buntu,  justeru mereka terpaksa menyerahkan kepada Pakatan Harapan Pusat untuk membuat keputusan yang dibimbangi tidak juga akan meredakan keadaan.Difahamkan selepas enam siri perbincangan, kata putus bagi enam daripada daripada 32 kerusi, belum dicapai kerana masih berlaku pertindihan iaitu di Bukit Tunggal, Sura, Cukai, Kemasik,  Ladang dan Batu Buruk apabila PAN turut mahukan kerusi-kerusi berkenaan.Cuma kerusi Kijal dan Wakaf Mempelam tidak menarik minat mana-mana parti awalnya, namun ketika PKR bersedia mengambil tempat  yang sekadar dianggap 'membunuh diri' itu, PAN dikatakan mengubah pendirian mahu turut mencuba setelah menemukan calon yang dikatakan layak.Sedangkan pada awalnya  difahamkan mengikut konsesus, kerusi di setiap kawasan Parlimen perlumempunyai taburan tiga parti bagi memungkinkan gerak bersama yang lebih padu dan jika PAN kekal dengan pendiriannya, tiga ketua bahagian PPBM tidak berpeluang untuk bertanding.Ekoran pergolakan ini, sudah dicetuskan soal kemungkinan satu pakatan baharu dalam Pakatan Harapan negeri melalui gabungan PPBM dan PKR  dengan keyakinan dua parti itu lebih berupaya menyaingi Pas dan Barisan Nasional  manakala PAN dibiarkan bersama dengan DAP.Adakah senario politik Pakatan Harapan Terengganu akan berubah dalam sedikit masa lagi? Tanya Ketua Penerangannya sendiri. Apapun, semoga dalam keadaan gatal yang teramat ini, tiada yang terselak kain di jalan. - Sumber Utusan Online
06 Feb 18
38
Empty Image
GPMS Cadang Terengganu Youth City
Dato' Mohd Zubir Embong bersama para perwakilan pada Persidangan DUN Muda GPMS.Usul yang dibawa oleh Sharifah Nor Saidatul Husna Syed Anuar, wakil Kuala Berang dalam mewujudkan Terengganu Youth City (TYC) pada Persidangan DUN Muda Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu 2018 mendapat persetujuan majoriti.TYC bertujuan membawa pembangunan generasi muda Terengganu selari dengan hasrat Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang menerapkan lima elemen penting.Menurutnya, pertama adalah mensasarkan peningkatan 50 peratus tenaga kerja tempatan di negeri Terengganu menjelang 2025 dan kedua mengukuhkan jati diri dan kerja-kerja sukaralewan terutama dalam kalangan belia berumur 18 tahun ke atas."Menjadi kuasa ekonomi digital Pantai Timur menjelang 2023 serta mewujudkan bank data belia menjelang 2020 juga antara elemen yang perlu diberi penekanan untuk menjayakan TYC."Terakhir, melahirkan New Talent Management Terengganu sekurang-kurangnya 1,000 orang setiap tahun bermula 2019 juga merupakan elemen bagi merealisasikan TYC,"katanya.Turut hadir Pengerusi GPMS Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera, Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Amirullah Othman dan Presiden Alumni GMPS, Syed Anuar Syed Mohamad.Menurut Tengku Haphiz berkata, usul tersebut telah mendapat undian terbanyak dan akan memulakan kerja awal dalam mewujudkan pusat tersebut dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT).Katanya, persidangan pada tahun ini berbeza berbanding tahun lalu yang mengusulkan tentang pembangunan ekonomi belia manakala untuk 2018, pihak GMPS ingin mewujudkan pusat bersifat fizikal."Pusat bersifat fizikal ini adalah agar kita dapat membantu belia Terengganu dalam sebarang bidang yang mereka minati."Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan peratus kes jenayah yang melibatkan para belia," katanya dalam satu kenyataan kepada media,"katanya.Sementara itu, Ahmad Zakuan Zakaria (pelajar UPM) dipilih sebagai pembahas terbaik persidangan kali ini.
06 Feb 18
486
Empty Image
JKM Hulu Terengganu Jadi Perintis Wujud Penubuhan Hab Pemasaran OKU
Tengku Putera (tiga dari kanan) bersama Pegawai JKM Hulu Terengganu Norazmy (dua dari kanan) melihat kiosk jualan Hulu Special Hub di Majlis Pelancaran KB Street baru-barui  iniJabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Terengganu menjadi perintis dalam mewujudkan Jawatankuasa Penubuhan Hub Pemasaran Orang Kurang Upaya (OKU) di Terengganu.Pegawainya, Norazmy Adenan berkata, ianya ditubuhkan setelah pihaknya mengkaji selama tiga tahun apabila menghadapi masalah untuk membantu OKU memasarkan hasil produk mereka di pasaran."Dalam tempoh tiga bulan,melalui jawatankuasa ini, pihak kami berjaya menubuhkan Hulu Special Hub pada November tahun lepas dengan gabungan elemen tradisional dan moden tidak tertumpu pemasaran setempat dan menjadi pusat sehenti tetapi juga kita melantik agen untuk pemasaran atas talian."Terkini kita juga dah memasuki jualan atas talian yang mempunyai ramai pembeli iaitu Shoppe dan Lazada pada satu Mac nanti bermakna barangan yang dihasilkan oleh OKU telah berada setanding dengan barangan lain...dan kita juga jual melalui Facebook dan Instagram."Alhamdulillah apabila kita tukar konsep pemasaran ini,pendapatan kita semakin meningkat..kita mampu tambah pendapatan dalam pusat pemulihan dalam komuniti(PDK) termasuklah kepada pelatih-pelatih yang terlibat secara khusus," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kuala Berang, hari ini.Menurut Norazmy, terdapat 40 pelatih daripada enam PDK yang terlibat dalam kepakaran tertentu dalam menghasilkan jahitan kraftangan,karipap sejuk beku pembungkusan produk sabun,kuih tiram.Selain itu, Hulu Special Hub juga merupakan pusat sehenti untuk 'Job Coach' melatih golongan OKU bukan sahaja di PDK tetapi yang ada di seluruh Daerah Hulu Terengganu untuk masuk ke industri pekerjaan."Sebab apa kita tubuhkannya satu kerana konsep pemasaran, kedua kerana sedar yang kita bermasalah untuk tempatkan pelatih-pelatih PDK dalam industri..jadi dengan adanya hub ini, kita latih mereka untuk berniaga."Kita latih mereka menghasilkan produk, bagaimana untuk berurusan dengan pelanggan jadi Hulu Special Hub ini tidak memfokuskan penjualan dan keuntungan semata-mata tetapi lebih kepada keusahawanan sosial yang mana kita selesaikan masalah ekonomi dalam OKU dan PDK selain bergantung kepada geran kerajaan," katanya lagi.Norazmy berkata konsep ini akan diperluaskan kepada semua daerah dan Hulu Special Hub akan mula memasarkan produk mereka ke Kemaman melalui penubuhan Hub di daerah tersebut bagi menempatkan OKU dalam industri perniagaan setanding dengan peniaga-peniaga yang telah ada."Bagi saya, kini keupayaan golongan OKU telah berubah kerana mereka turut mempunyai kelebihan setara dengan insan sempurna lain."OKU seringkali dipandang rendah oleh kebanyakan pihak tetapi sekurang-kurangnya, mereka ada inisiatif untuk mendapatkan duit, untuk menyara kehidupan mereka yang tidak sempurna berbanding pihak yang hanya tahu memandang sepi kewujudan golongan ini, " katanya.
04 Feb 18
167
Empty Image
PM Rasmi Penutup Ekspo Terengganu 2018
Menteri Besar (tengah) bersama Wan Nawawi (kiri) dan Tengku Putera (kanan) mempromosikan Ekspo Terengganu 2018 pada baju T yang akan diedarkan kepada petugas program tujuh hari di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, selepas pra pelancaran program itu, di Wisma darul Iman, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPerdana Menteri, Dato’ Sri  Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka akan menyempurnakan majlis penutup Ekspo Terengganu 2018 selama seminggu di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak mulai 25 Februari ini, yang akan menumpukan tiga kluster utama bagi menonjolkan kemajuan yang dikecapi Terengganu kepada seluruh rakyat.Majlis perasmian ekspo dijadual akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 25 Februari, manakala majlis penutup pula sebelah petang, 3 Mac.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ekspo yang menggunakan hashtag #terengganumolekdoh itu akan berkongsi serta mempersembahkan kemajuan yang dikecapi Terengganu kepada orang ramai menerusi Kluster Kerajaan Negeri, Kluster Daerah serta Kluster Portfolio.“Ekspo ini merupakan platform bagi kerajaan negeri untuk menyampaikan maklumat yang tepat secara langsung, terutamanya berkaitan dengan pencapaian semasanya yang akan meningkatkan keyakinan di kalangan rakyat."Ianya akan menjelaskan kepada masyarakat terutamanya generasi muda, ke mana Terengganu akan dibawa dan apakah bentuk masa depan yang bakal dicapai serta cabaran-cabaran yang perlu dilaluinya," katanya pada Majlis Pra Pelancaran Ekspo Terengganu 2018, di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Ekspo Terengganu 2018.Ahmad Razif berkata, Kluster Kerajaan Negeri akan menceritakan pencapaian, perancangan dan inisiatif-inisiatif semasa kerajaan negeri, manakala Kluster Daerah mengetengahkan pencapaian dan perancangan pembangunan spesifik bagi setiap lapan daerah yang setiap satunya mempunyai keunikan dan potensi yang tersendiri."Manakala Kluster Portfolio pula dibahagikan kepada 10 portfolio yang dipertanggungjawabkan kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.“Kluster ini akan memaparkan tawaran-tawaran, pelbagai insentif, skim-skim bantuan, peluang-peluang pekerjaan dan banyak lagi perkhidmatan daripada agensi-agensi yang menyertai ekspoini,” katanya.Selain aspek pameran, tambahnya pihak penganjur menawarkan pelbagai aktiviti dan program yang menarik sepanjang seminggu bagi membolehkan pengunjung mendapatkan maklumat, menikmati perkhidmatan yang ditawarkan, membeli-belah,  berhibur, beramal dan bersantai.“Antara pengisian penting dalam ekspo ini jelasnya, ialah Forum Kerjaya, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Karnival Jualan Industri Kecil dan Sederhana dan Majlis Perkahwinan Perdana yang melibatkan lebih 30 pasangan.“Aktiviti-aktiviti menarik dan santai turut tidak dilupakan, antaranya pertandingan e-sports, dan persembahan Sound of Terengganu serta penampilan artis-artis popular tanah air,” jelasnya.Beliau menambah, pihak penganjur juga menawarkan hadiah pengunjung bertuah utama di hari terakhir ekspo yang berupa sebuah rumah apartmen Ladang Tok pelam , satu lot tanah perumahan, satu lot tanah pertanian, sebuah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda kepada pengunjung-pengunjung bertuah.“Selain itu, kita juga tawarkan hadiah-hadiah penganjur bertuah setiap hari yang berbentuksebuah motosikal, barangan-barangan elektrik dan elektronik kepada para pengunjung, justeru orang ramai tidak harus melepaskan peluang untuk hadir dan menikmati manfaat yang ditawarkan,” katanya.
04 Feb 18
84
Empty Image
Hospital Kemaman Baharu Siap 2021
Hospital Kemaman baharu yang bernilai RM420 juta dijangka siap pada 19 Disember 2021 bakal menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat di daerah ini sekali gus mempengaruhi mutu perkhidmatan kesihatan di seluruh Terengganu.Ahli Parlimen Kemaman, Dato’  Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kemudahan hospital baharu serba canggih dan moden seperti Hospital Putrajaya itu juga bakal menjadi pemangkin kepada pertubuhan ekonomi lebih pesat terutamanya dalam industri minyak dan gas di daerah ini yang memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara."Kita amat berterima kasih terutamanya kepada Perdana Menteri kerana meluluskan permintaan penduduk di sini untuk memperoleh sebuah hospital baharu kerana hospital sedia ada amat menyedihkan."Surat kebenaran (untuk memulakan kerja pembinaan) sudah diberikan dan ia dijangka siap dalam masa empat tahun empat bulan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Majlis Kesyukuran Sempena Pembinaan Hospital Baharu  Kemaman di pekarangan Pejabat Dun Kijal di Bandar Baru Kijal, Kemaman, semalam.Majlis berkenaan dirasmikan Ketua Umno Bahagian Kemaman merangkap Adun Kijal, Dato’  Seri Ahmad Said.Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Infrastuktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri yang juga Adun Kemasik, Ir Rosli Othman.Mengulas lanjut mengenai hospital baharu berkenaan, Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, hospital setinggi sembilan tingkat yang dibina di atas tanah seluas kira-kira 22 hektar itu akan mempunyai 300 katil."Ia akan menjadi satu hospital daerah yang besar di negeri ini," katanya.Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Mohammad Omar berkata, dengan adanya kemudahan hospital baharu itu Kemaman akan memiliki dua hospital kerana apabila hospital baharu siap, hospital sedia ada akan dijadikan sebagai Hospital Wanita dan Kanak-kanak.Bagi hospital baharu pula, katanya, ia akan turut dilengkapi dua unit rawatan rapi (ICU) khas untuk kebakaran kerana risiko untuk berlakunya kebakaran sangat tinggi memandangkan industri petrokimia menjadi tunjang ekonomi Kemaman."Pembinaan hospital ini juga akan menaiktaraf perkhidmatan kepakaran sedia ada dari sembilan kepakaran kepada 20 kepakaran dan sub kepakaran di Hospital Kemaman sekaligus akan mengurangkan rujukan pesakit ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Hospital Tengku Ampuan Afzan  (HTAA) di Kuantan, Pahang."Hospital baharu ini sama canggih dengan hospital besar negeri dan ia juga akan menarik kehadiran pesakit dari utara Pahang," katanya.Katanya, kemudahan lain yang tersedia adalah lapan dewan bedah, unit rawatan kritikal (CCU), pusat pemulihan rawatan jantung.Mohammad berkata, kerja-kerja tanah pembinaan projek itu dijangka dimulakan pada Mac depan dan pihaknya berharap agar pihak kontraktor yang dilantik, Syarikat Ufuk Semarak Sdn Bhd dapat menyiapkan projek mega itu mengikut jadual yang ditetapkan memandangkan sebelum ini projek berkaitan hospital di seluruh Terengganu sering mengalami masalah.
03 Feb 18
2610