Artikel "Semasa" Terkini
40,000 Kenderaan Bakal Penuhi LPT 2
Aidi menyaksikan Roslee Daud memakaikan topi kaledar baru kepada salah seorang pengguna jalan raya pada majlis Pelancaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri 2018. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) dijangkakan sesak dengan penambahan bilangan kenderaan yang melalui laluan tersebut sehingga tiga kali ganda sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.Ketua Polis Terengganu, Dato' Aidi Ismail berkata bermula Khamis ini, dijangkakan peningkatan sebanyak 40,000 buah kenderaan dan ianya akan menambahkan kesesakan di jalan-jalan keluar.Katanya, sepertimana Ops Selamat yang dilakukan pada tahun sebelumnya, pihaknya akan melakukan kawalan secara 'total enforcement' bagi mengawal kesesakan lalu lintas dan membendung kemalangan jalan raya selain mencegah kecurian dan pecah masuk."Walaubagaimanapun, kita akan menempatkan anggota-anggota kita untuk melancarkan perjalanan."Keseluruhan anggota polis yang bertugas sepanjang Ops Selamat 12 adalah seramai 58 pegawai dan 362 anggota.Beliau ditemui pemberita selepas majlis Pelancaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri 2018 berdekatan Bazar Padang Negara di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.Pelancaran majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Terengganu, Roslee Daud.Turut hadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azlimin Mat Noor; Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Abdul Rahman Emang Anyie dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Left. Kol. Che Adam A. Rahman.Dalam pada itu, walaupun terdapat pengurangan kemalangan dari segi statistik berbanding tahun lepas, Aidi berharap agar pengguna jalan raya berhati-hati agar tidak terjadi perkara tidak diingini.Tambahnya, tiga kawasan 'blacksport' telah dikenalpasti iaitu KM 3 Jalan Kuala Terengganu/Kuantan ( Jalan Kamarudin), KM72 - KM73 Jalan Kuala Terengganu/Kuantan (Pulai Serai) dan KM170 Jalan Jerangau/Jabor (Padang Kubu).Ops Selamat 12 telah bermula pada pada 9 Februari lalu dan akan berakhir pada 23 Februari ini.
13 Feb 18
113
Hajar Cekal Bina Empayar Bisnes Online
Hulu Terengganu: Kehilangan tempat bergantung ketika menuntut di sekolah rendah menjadi pencetus semangat kepada pemilik THE BONUM, Siti Hajar Mohd Sapien,24, menjalankan perniagaan bagi menampung kos kehidupan dan pengajiannya.Menurut anak kelima daripada lapan beradik itu, semangat berniaga sentiasa berkobar dalam diri membuatkannya sering mencurahkan pelbagai idea walaupun ia kelihatan sukar direalisasikan."Sejak kecil saya sudah biasa melihat arwah ayah membuat cermin dan aluminium untuk menyara keluarga. ‘darah berniaga’ sudah sebati dalam diri dan tiada sifat malu meskipun ditertawakan rakan sebaya ketika itu.“Sebaik saja tamat zaman sekolah menengah, Hajar dah lama pasang niat nak ambil alih perniagaan arwah ayah dan sewaktu masih bergelar mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah,Hajar berniaga sambilan dengan menjual Nasi Kerabu bagi menampung perbelanjaan di universiti...dari situlah Hajar betul-betul memasang niat untuk berniaga," katanya.Jelas Hajar disebabkan kuasa membeli di universiti sangat tinggi,jualannya mendapat sambutan baik sehingga dapat menampung kos pembelanjaannya."Syukur...kuasa membeli di universiti sangat tinggi, pelajar biasanya tak kira masa kalau ingin membeli makanan jadi Hajar fokus menjual makanan sebab permintaan."Hajar mula menjual nasi kerabu disebabkan tuntutan subjek pembelajaran dan lepas tu Hajar berani untuk menjualnya selepas itu dan perlu memasak nasi kerabu 10 kilogram beras sehari atas permintaan."Namun disebabkan masa yang agak terhad Hajar mula tukar menu dengan menjual roti sosej.Hajar start dengan 30 biji dan meningkat kepada 120 biji dengan pendapatan RM3,000 sebulan,"ujarnya lagi.Selepas tamat pengajian selepas tamat belajar, perniagaan milik arwah ayahnya dijual kepada orang lain lain menyebabkan Hajar terpaksa bermula dari bawah untuk mengumpul modal perniagaan."Alhamdulillah, Program Usahawan Graduan Terengganu (PUGT) anjuran kerajaan negeri dibawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) banyak membantu dan elaun yang diberikan dijadikan modal untuk memulakan perniagaan."Bantuan daripada kerajaan negeri banyak membantu Hajar menghidupkan bisnes online termasuklah beri kepercayaan tinggi kepada usahawan graduan untuk berniaga..terima kasih kepada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang komited menjaga kebajikan graduan di negeri ini."Sekarang Hajar berniaga atas talian pakaian wanita seperti palazzo, straight cut ladies pants (hanya fokus seluar sahaja) dengan pendapatan sebulan RM5,000."Kini Hajar dalam proses buat 'page' bisnes dan jenama termasuk kerja sampingan sebagai pengacara sambilan,pembaca latar (VO)untuk OKB TV, Dun Kuala Berang."katanya.Terbaharu Hajar telah dianugerahkan Anugerah Ikon Muda GPMS Terengganu 2017(kategori wanita)di Hotel Tabung Haji,Gong Badak pada bulan November tahun lepas.
13 Feb 18
215
Sultan Mizan Berkenan Rasmi Boardwalk Setiu
Sultan Mizan berkenan menyempurnakan gimik perasmian 'Boardwalk Setiu' diiringi oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Sultan Terenganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Majlis Pelancaran Boardwalk Setiu di Pengkalan Gelap, Setiu, hari ini.Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Turut hadir ke majlis tersebut, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Pegawai Daerah Setiu, Rosdi bin Awang, Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Makhdzir Mardan dan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Mohktar.Selepas merasmikan Boardwalk Setiu, Tuanku Mizan dipersembahkan dengan tayangan video Tanah Bencah Setiu dan turut berkenan menanam pokok 'Berus Mata Buaya' di situ.Tuanku Mizan juga sempat mengadakan lawatan ke Boardwalk Setiu yang turut diiringi oleh Ahmad RazifDalam majlis yang sama, Tuanku Mizan turut berkenan merasmikan pelancaran buku 'Birds of Terengganu' yang ditulis oleh Anuar McAfee.
12 Feb 18
424
Sultan Mizan Seru Cari Jalan Lestari Khazanah Alam
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah agar Terengganu tidak ketinggalan dengan masyarakat dunia dalam mencari kaedah bukan sahaja melestarikan khazanah alam, malah memikirkan kaedah yang efektif dan proaktif bagi memberi manfaat semaksima mungkin kepada komuniti setempat.Titahnya, keunikan tanah bencah itu berpotensi menjadi produk pelancongan yang boleh diketengahkan di persada global."Beta percaya, komuniti setempat boleh mengambil peluang menyediakan perkhidmatan pelancongan yang bersesuaian seperti aktiviti menyusuri sungai, lawatan ke sangkar ikan, melihat habitat tuntung dan penyu di samping aktiviti pemerhatian burung, flora dan fauna lain kepada pengunjung yang ingin mengalami suasana alam semulajadi tanah bencah."Beta percaya kawasan tanah bencah ini mempunyai kekayaan sumber alam semulajadi yang dapat menjana pendapatan ekonomi kepada komuniti setempat. Pelbagai aktiviti boleh dikomersialkan seperti penternakan lebah madu, pembuatan tikar kercut, industri kecil pembuatan makanan penternakan tiram, keram dan ketam, selain sebagai tapak pembenihan akuakultur," titah baginda.Tuanku Mizan bertitah ketika merasmikan Majlis Pelancaran Boardwalk Setiu di Pengkalan Gelap, Setiu, hari ini.Mengiringi baginda Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Turut hadir ke majlis tersebut, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Pegawai Daerah Setiu, Rosdi bin Awang, Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Makhdzir Mardan dan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Mohktar.Tambah baginda, tanah bencah merupakan masa depan kita. Ianya merupakan antara ekosistem yang amat bernilai dengan pelbagai manfaatnya membekalkan sumber khazanah alam punca rezeki komuniti setempat.Baginda bertitah, tanah bencah mampu menjadi penahan kepada bencana alam tertentu, meminimakan risiko bencana banjir dan kemarau serta membantu memberi perlindungan daripada bencana cuaca ekstrim."Selain itu, tanah bencah juga berkemampuan menjadi sumber alam semulajadi kepada mata pencarian komuniti setempat selain menyediakan habitat sesuai kepada biodiversiti hidupan flora dan fauna yang pelbagai," titah baginda.Dalam titah ucapan baginda juga, dengan pelancaran 'boardwalk' atau laluan santai itu ianya merupakan mukadimah kepada memperkenalkan khazanah alam kita kepada bukan sahaja pelancong luar malah ianya harus membuka minda masyarakat setempat tentang betapa pentingnya memulihara kelestarian serta mengekalkan bio diversiti kehidupan yang merupakan habitat semulajadi flora dan fauna."Beta amat yakin pewartaan sebahagian daripada Tanah Bencah Setiu ini amat bertepatan pada masanya dan bakal memberi impak yang besar kepada masaa depan tanah bencah."Perlulah diberi perhatian bahawa, tindakan dan aspirasi generasi kita sekarang adalah penentu samada pelaksanaan melestarikannya dapat dicapai."Kejayaan pula sudah tentu bermula daripada anjakan minda dan keutamaan kita dalam memastikan pelaksanaan, peraturan, penguatkuasaan dan implimentasi bagi memartabatkan lagi Tanah Bencah Setiu di persada global," titah baginda.
12 Feb 18
194
150 Quran Brailee Digital Diedar Kepada PERTIS
Mohd Zubir menyampaikan QBD kepada salah seorang OKU penglihatan di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Pertubuhan Kebajikan Shafar menyerahkan 150 buah Quran Brailee Digital (QBD) secara percuma kepada Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Wilayah Terengganu.Presiden pertubuhan tersebut, Fauziah Shaikh Omar berkata sehingga kini, 300 unit QBD telah diagihkan di tiga buah negeri iaitu di Johor Bahru, Kuala Lumpur dan juga Terengganu.Katanya, pihaknya berhasrat untuk mengedarkan sebanyak 1,000 unit Quran tersebut sepanjang tahun ini.Fauziah"Setiap QBD ini berharga RM400. Jadi saya merayu kepada orang ramai dan badan korporat membantu kita untuk mengedarkan Quran ini. Sebolehnya saya nak setiap golongan kurang upaya penglihatan di Malaysia memilikinya."Saya rasa kalau bekerjasama dengan orang ramai dan badan korporat, kita akan dapat capai 1,000 unit," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran dan Penyerahan Quran Brailee Digital Oleh Pertubuhan Kebajikan Shafar Kepada Orang Cacat Penglihatan Negeri Terengganu di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.Majlis tersebut dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar, Penasihat Program Wakaf Quran Brailee Digital Shafar, Dato' Hamzah Mohd Jamil, Pengurus Besar Hotel Permai, Noralizan Abdul Rahman dan Pengerusi PERTIS Wilayah Terengganu, Mohd Fauzi Mansor.Selain daripada penyerahan 150 unit QBD kepada Pertis, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia turut menerima 20 unit QBD untuk diagihkan kepada saudara baru.Dalam pada itu, sebagai tanda sokongan terhadap program yang diadakan tersebut, Hotel Permai turut menyediakan dua tabung wakaf di hotel itu kepada orang ramai bagi memudahkan mereka untuk menderma dan mewakafkan QBD.
10 Feb 18
51
Ziarah Perdana Wanita UMNO Libatkan 48 J3K Di DUN Ajil
Zurina (dua dari kanan) bertanya khabar warga emas Senik Mohamad di Kampung Tok Gebok, Ajil sempena ziarah perdana Wanita UMNO Dun Ajil hari ini.Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, semangat tepat bagi usaha Penyelaras Wanita UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil melaksanakan Ziarah Perdana khususnya kepada individu yang memerlukan bantuan.Julung kali diadakan di 48 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) mencipta sejarah apabila melibatkan semua Jalinan Rakyat (JR) Wanita UMNO peringkat akar umbi turun serentak menziarahi lima rumah yang terpilih di setiap lokasi masing-masing.Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Zurina Abdul Rahman berkata program Ziarah Perdana di buat mengikut pecahan J3K bagi menyampaikan sumbangan dibantu oleh JR Wanita UMNO kerana mereka lebih mengetahui golongan sasaran di sesebuah kawasan tersebut."Sasaran utama ialah lima buah rumah yang melibatkan orang miskin, warga emas, pesakit kronik dan golongan asnaf di setiap J3K."Melalui program ziarah ini, Wanita UMNO akan menghulurkan sumbangan sekampit beras dan sedikit wang tunai bagi meringankan beban keluarga sebagai tanda prihatin selain sokongan moral kepada mereka terbabit."Selain itu, kita juga akan dapatkan maklumat terperinci untuk tindakan lanjut samada oleh wakil rakyat atau agensi-agensi yang berkaitan,” katanya kepada Teganukita ketika ditemui di Pekan Ajil hari ini.Majlis pelancaran disempurnakan oleh isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib, Bibi Nazima Mohamed Akbar.Menurut Zurina, perlaksanaan ziarah ini bukan satu program bermusim seperti diwar-warkan oleh sesetengah pihak sebaliknya dilakukan secara berterusan dan merupakan program wajib bagi Wanita UMNO."Ini merupakan 'trademark' bagi Wanita UMNO sejak dahulu untuk turun padang ke peringkat akar umbi dan ternyata telah memberi impak positif kepada semua pihak setakat ini."Keprihatinan yang ditunjukkan adalah bertepatan dengan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya supaya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang-orang yang susah samaada dari segi harta benda, kewangan dan sebagainya," ujar Zurina.
10 Feb 18
132
YPK Disaran Laksana Program Skala Besar Untuk Ibu Tunggal
Ahmad Razif ditemani isteri, To' Puan Halina Zakaria meninjau kemudahan yang ada di Bangunan Ibu Tunggal Kampung Serdang Baru, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu disarankan agar melaksanakan pelbagai program untuk ibu tunggal dengan skala lebih besar.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata dengan bangunan pentadbiran baru untuk ibu tunggal Terengganu yang telah siap dan diserahkan kepada YPK, menjadi tanggungjawab mereka untuk mengisi aktiviti bagi membantu golongan ibu tunggal.Katanya, dengan adanya program berskala lebih besar, ianya mampu menjana pendapatan ibu tunggal yang berada di Terengganu."Jadi antaranya ialah dari segi aktiviti jahitan. Mungkin kita akan minta supaya aktiviti ini dibuat dalam bentuk kilang yang boleh menyediakan pakaian berjenama atas nama ibu tunggal negeri Terengganu."Pakaian ini boleh kita pasarkan bukan hanya di dalam negeri malah ke negeri lain serta ke luar negara dan saya minta YPK untuk ketuai program ini," katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Bangunan Ibu Tunggal Parlimen Kuala Nerus di Bangunan Ibu Tunggal Kampung Serdang Baru, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Mohd Shafaruddin Mustaffa dan Wakil Kelab Ibu Tunggal Parlimen Kuala Nerus, Ajizah Othman.Bangunan Ibu Tunggal Kuala Nerus yang siap dibina pada Februari 2013 dengan kos RM266,183 tersebut adalah bertujuan untuk golongan ibu tunggal melaksanakan pelbagai aktiviti.Antara aktiviti yang telah dijalankan di situ termasuk kursus masakan, jahitan, solekan, urutan serta kelas al-Quran.Tambah Ahmad Razif, program-program ibu tunggal juga akan dijadikan sebagai aktiviti yang mampu mempromosikan pelancongan di Terengganu."Terengganu adalah salah satu destinasi yang akan diberi fokus untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2020."Jadi saya minta YPK fikirkan apakah aktiviti atau program yang boleh kita masukkan sebagai aktiviti pelancongan dimana kita boleh libatkan persatuan-persatuan ibu tunggal di negeri ini," katanya.Dalam majlis tersebut, Ahmad Razif turut meluluskan bantuan pengurusan sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Ibu Tunggal Kuala Nerus selain persatuan di empat DUN dalam parlimen itu masing-masing menerima RM5,000.Melalui maklumat yang diperolehi oleh YPK, seramai 32,161 ibu tunggal telah berdaftar di bawah agensi tersebut sehingga 2017.
09 Feb 18
263
JKM Perlu Sahkan Dokumen Anak Jalanan Untuk Ke Sekolah-Mahdzir
Kementerian Pendidikan dengan perakuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) kini membenarkan kanak-kanak 'anak jalanan' yang tidak mempunyai dokumen lengkap memasuki alam persekolahan.Menterinya, Dato' Seri Mahdzir Khalid berkata anak-anak yang tidak diketahui asal usulnya dibenarkan bersekolah biarpun tidak memiliki dokumen kelahiran yang lengkap."Kita benarkan kanak-kanak itu bersekolah di mana-mana sekolah dengan syarat mendapat perakuan daripada JKM atau mahkamah tentang statusnya atau mengesahkan di mana kanak-kanak itu dijumpai dan berapa lama dipelihara oleh JKM."Ini termasuklah mana-mana ibu bapa yang memelihara anak angkat warga asing supaya mereka juga dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Kolej Tingkatan 6 Hulu Terengganu (HuTeCs) & Perasmian Berkelompok Mesyuarat Agung PIBG Sekolah-Sekolah Dalam Parlimen Hulu Terengganu di Kuala Berang hari ini.Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato' Seri Jailani Johari; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Belia & Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, Bazlan Abd Rahman.Tambah Mahdzir, sebelum ini Kementerian Pendidikan telah melonggarkan syarat dengan salah seorang daripada ibu bapa kanak-kanak yang mahu memasuki sekolah itu mestikan warganegara (Malaysia).
09 Feb 18
126
Sekolah Kawalan Perlu Pertimbang Kemasukan Pelajar Kurang Cemerlang - Mahdzir
Mahdzir menyempurnakan gimik perasmian dengan menurunkan tandatangan di HutecsPertimbangkan kemasukan pelajar kurang cemerlang ke sekolah-sekolah kawalan di seluruh negara khususnya dari kawasan sekitarnya,demikian kata Menteri Pendidikan, Dato' Seri Mahdzir Khalid.Katanya, ini bagi memberi peluang kepada pelajar tempatan untuk menimba ilmu walaupun tergolong dalam kategori kurang cemerlang dari segi keputusannya."Sekolah-sekolah kawalan ini mempunyai syarat yang telah ditetapkan untuk memasukinya tapi hendaklah memberi peluang kepada pelajar yang berhampiran untuk masuk ke situ."Bila sebut sekolah kawalan maknanya orang yang tak dapat keputusan seperti yang disyaratkan tidak akan dapat memasukinya tapi kita minta berilah peluang biar mereka ni terutama yang duduk berhampiran dapat masuk ke sekolah tersebut," ujarnya lagi.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Kolej Tingkatan 6 Hulu Terengganu (HuTeCs) & Perasmian Berkelompok Mesyuarat Agung PIBG Sekolah-Sekolah Dalam Parlimen Hulu Terengganu di Kuala Berang hari ini.Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato' Seri Jailani Johari; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Belia & Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, Bazlan Abd Rahman.Mahdzir berkata, kelonggaran itu dibuat bagi memastikan tidak berlaku pengabaian kepada pelajar yang kurang cemerlang untuk masuki sekolah kawalan berkenaan.
08 Feb 18
164
KPM Sasar Penambahan 10 Buah Kolej Tingkatan Enam Mod 1 Dalam Tempoh Dua Tahun
Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM) mensasarkan penambahan sepuluh buah Kolej Tingkatan Enam Mod 1 di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dalam tempoh dua tahun.Menterinya, Dato' Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah itu dilaksanakan untuk memantapkan dan memperkasakan lagi akademik di kolej-kolej Tingkatan Enam."Kolej Tingkatan Enam mempunyai premis dan pentadbiran yang tersendiri, guru yang dilantik khas dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran pra universiti yang kondusif."Tidak semestinya bina bangunan baru tapi boleh guna bangunan sedia ada dengan sedikit penambahan dewan dan asrama," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Kolej Tingkatan 6 Hulu Terengganu (HuTeCs) & Perasmian Berkelompok Mesyuarat Agung PIBG Sekolah-Sekolah Dalam Parlimen Hulu Terengganu di Kuala Berang hari ini.Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato' Seri Jailani Johari; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Belia & Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, Bazlan Abd Rahman.Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Pelajaran) KPM; Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Husin.Tambahnya lagi, setiap kolej Tingkatan Enam ini akan dapat menampung 250 hingga 300 orang pelajar dalam satu masa.Untuk rekod, Pusat Tingkatan Enam Mod 1 mempunyai premis berasingan dengan sekolah arus perdana dan mempunyai pentadbiran tersendiri serta beroperasi dengan sekurang-kurangnya 12 kelas.Mod 2 pula merujuk kepada pemusatan kelas Tingkatan Enam sekurang-kurangnya 12 kelas di blok berasingan di sekolah arus perdana manakala Mod 3 merujuk kepada pemusatan kurang daripada 12 kelas dan berkongsi blok di sekolah arus perdana.Pada majlis yang sama, Mahdzir turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM 300,000 kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu untuk bantuan pengurusan dan pentadbiran.
08 Feb 18
349