Artikel "Semasa" Terkini
Shabery Sangkal Dakwaan Bekas TPM Isu Persempadanan Semula
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyangkal dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa persempadanan semula kawasan pilihanraya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.Menurutnya, persempadanan semula itu bukan hanya dilakukan sekarang malah dilaksanakan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.“Persempadanan semula kawasan pilihanraya itu sangat penting untuk memudahkan pengurusan sesebuah kawasan yang luas dan kepadatan penduduk yang tinggi.Katanya, jika dilihat di sesetengah kawasan yang mempunyai pengundi-pengundi ramai seperti di Kapar, Selangor tanpa persempadanan jumlah pengundinya boleh meningkat sehingga 160,000 orang bagi satu kawasan Parlimen.Shabery berkata, ianya jelas tidak munasabah kerana jumlah yang terlalu besar tidak praktikal untuk sesiapapun bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.“Pada masa ini, Parlimen Kapar mempunyai sejumlah 146,000 orang pengundi yang berdaftar,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Pegawai Seranta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Pemaju Masyarakat Risda di Resort World Kijal (RWK), Kemaman semalam.Menurut Shabery, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat untuk memberi kelebihan untuk Barisan Nasional (BN) dengan menambah majoriti BN di kawasan yang menang tipis pada PRU13.“Hasil lawatannya ke Pulau Ketam, Kapar baru-baru ini beliau diberitahu oleh penduduk di sana bahawa Ahli Parlimen kawasan itu yang disandang pembangkang tidak pernah sampai ke pulau berkenaan,” katanya lagi.
03 Feb 18
83
Sistem Pilihanraya Negara Antara Terbaik Dunia
Dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan berlaku penipuan dalam sistem pilihanraya negara sebelum ini adalah tidak berasas sama sekali.Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, kenyataan Presiden Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu jelas bertujuan untuk mengelirukan rakyat negara ini.“Sistem pilihanraya di negara ini adalah antara yang terbaik di dunia dan sekiranya dikatakan berlaku penipuan dalam sistem plilihanraya ini sudah tentu parti pembangkang tidak dapat memenangi kerusi-kerusi termasuk beberapa negeri yang lain masa ini,” katanya.Katanya, sistem pilihanraya di negara ini membenarkan pemerhati-pemerhati daripada semua parti politik yang bertanding dan itu menjelaskan bahawa ianya adil dan telus.Menurut Shabery, kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sangat mendukacitakan sekali gus bertujuan untuk mengelirukan pemikiran rakyat dengan kenyataan yang tidak berasas.“Setiap daerah mengundi dan parti yang bertanding ada dibenarkan wakil parti masing-masing dan mereka boleh mengemukakan protes jika merasakannya tidak adil,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Pegawai Seranta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Pemaju Masyarakat Risda di Resort World Kijal (RWK), Kemaman, semalam.Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kemaman merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Dato Seri Ahmad Said, Ketua Pegawai Seranta Risda Malaysia Ton Zalani Mat Darus, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi (BPPT) Ibu Pejabat Risda Amran Jaafar dan Pengarah Risda Negeri Terengganu, Esa Rahimin.
03 Feb 18
58
2,400 Polis Terengganu Dikerah Pada PRU14
YB Dato' Seri Jailani Johari (tengah) Bersama Anggota & KP PDRM Terengganu Dalam Simulasi PRU di Kuala Berang Water Front, Hulu Terengganu Seramai 2,400 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dikerah dan bersiapsiaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14 di Terengganu.Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, pasukannya sudah melakukan pelbagai persediaan termasuk menjalani lima fasa latihan amal pra PRU14 bagi memastikan sentiasa bersedia dan berada di tahap terbaik."Seramai 2,400 daripada 2,900 pegawai dan anggota polis Terengganu bersiap sedia menghadapi sebarang bentuk kemungkinan mahupun ancaman ketenteraman awam."Dalam tempoh dua hari ini, kita menjalankan simulasi penamaan calon dan berkempen sebagai persediaan menghadapi PRU14 agar mereka dapat mengawal situasi dengan penuh profesional."Kita juga bersedia dari segi logistik dan sentiasa siap sedia untuk digunakan.Pihak kami sehingga kini masih menunggu jawapan daripada pihak Bukit Aman berkaitan penambahan 400 anggota bagi membantu negeri Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Latih Amal Pergerakan Sepanjang Tempoh PRU14 Siri 2 di Dataran Waterfront, Kuala Berang hari ini.Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Seri Jailani Johari. Tambah Aidi lagi, pada simulasi siri kedua di Hulu Terenganu pada kali ini, seramai 500 pegawai dan anggota daripada Hulu Selangor, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu serta Batalion 9 Pasukan Gerakan Am terlibat sepenuhnya."Simulasi pada kali ini lebih kepada kempen yang mana ada pihak yang berkempen dan diganggu oleh sekumpulan individu serta menimbulkan keadaan huru-hara sebelum berjaya dileraikan anggota PDRM," kata Aidi.
03 Feb 18
88
Bas Amfibia Menuju Ke Terengganu
Akhirnya Bas Amfibia atau bas dua alam sampai dengan selamat di Malaysia dan difahamkan kini berada di Pelabuhan Klang.Bas yang menjadi antara modal politik pembangkang, perlu melalui beberapa proses pemeriksaan teknikal oleh beberapa agensi berkaitan termasuk Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya sebelum dibawa ke Terengganu dan bakal ditempatkan di Taman Tamadun Islam Terengganu.Menurut pihak Jabatan kerja raya (JKR) Terengganu, bas amfibia itu juga perlu diperiksa dengan teliti agar mematuhi spesifikasi dan ciri-ciri yang dijanjikan oleh pembekal serta mengutamakan keselamatan pengguna.Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Khairul Azlan Mohd Yusof berkata, dalam masa terdekat, bas akan dibawa ke Terengganu dan akan singgah beberapa pusat tumpuan di daerah yang bakal ditentukan oleh jabatannya .“Ianya akan bermula dari Daerah Kemaman sehingga ke Besut dan akhirnya bas akan dipamerkan bagi tontonan umum di Ekspo Terengganu 2018 bermula pada 25 Februari sehingga 3 Mac ini,"katanya. Katanya, rakyat Terengganu pastinya sedang menantikan kemunculan bas unik itu yang akan menjadi satu tarikan baharu dalam industri pelancongan negeri.Kenderaan buatan kilang di Malta itu mampu memuatkan seramai 45 penumpang dan dua pemandu dengan kelajuan maksimum lapan knot di dalam air, manakala di jalan raya, kelajuannya ialah 120 kilometer sejam.Terengganu merupakan negeri pertama yang memperkenalkan bas dua alam itu.Difahamkan, kerajaan negeri sedang membuat persiapan untuk majlis penyerahan Bas Amfibia berkenaan dalam masa terdekat serta sidang media mengenai kenderaan itu juga akan diadakan sebaik bas itu tiba di Terengganu nanti.-Terengganu.news
01 Feb 18
373
Puspanita Terengganu Lancar Tabung Prihatin
To' Puan Seri Halina Zakaria merasmikan Tabung Prihatin Puspanita. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Negeri Terengganu melancarkan Tabung Prihatin Puspanita bagi menambah dana dan meluaskan aktiviti untuk manfaat golongan sasar.Pengerusi persatuan tersebut, To' Puan Anis Hamid berkata, tujuan penubuhan tabung adalah bagi mengumpul dan menambah dana supaya dapat menggerakkan pelbagai program bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.Katanya, hasrat Puspanita adalah untuk turut berganding bahu bersama pihak kerajaan dan agensi-agensi lain membantu meringankan beban anak-anak yatim di samping menjaga kebajikan ahli."Penubuhan Tabung Prihatin ini juga merupakan usaha berterusan Puspanita ke arah merencanakan lebih banyak program dengan memberikan fokus terhadap aspek pembangunan dan pemerkasaan wanita, kebajikan ahli serta masyarakat. Ianya termasuklah golongan kanak-kanak, orang tua dan orang kurang upaya (OKU)."Selain itu, kutipan daripada Tabung Prihatin akan turut disumbangkan kepada Tabung Darul Iman di bawah Kerajaan Negeri, iaitu satu tabung yang diwujudkan untuk membantu meringankan bebanan rakyat yang ditimpa musibah atau kurang bernasib baik dengan membiayai pelbagai bantuan yang bersesuaian," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Malam Amal dan Pelancaran Tabung Prihatin Puspanita Cawangan Negeri Terengganu Darul Iman di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Perasmian Tabung Prihatin Puspanita tersebut dirasmikan oleh Penaung Puspanita Cawangan Negeri Terengganu, To' Puan Seri Halina Zakaria.Tambahnya, melalui dana yang diperolehi, pelbagai program-program kebajikan mampu dilaksanakan dengan lebih banyak lagi."Melalui dana dan bajet yang diserahkan kepada Puspanita Terengganu melebihi tiga kali ganda dari nilai dibelanjakan untuk program-program kebajikan pada tahun lepas, bagi tahun ini kita mampu laksanakan lebih banyak lagi program tahun ini."Dana-dana ini kita perolehi daripada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang selalu melakukan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan dari segi aktiviti juga kami dapat menambah aktiviti seperti pendidikan, keilmuan dan juga keagamaan melalui sumbangan yang diperolehi itu," katanya.
01 Feb 18
702
Jalan LTSM Ke Pusat Bandar Bakal Siap Pertengahan 2019
Ahmad Razif mengawal jengkaut sebagai gimik dalam majlis pecah tanah di Seberang Takir, Kuala Nerus. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Projek jalan 'corniche' dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC) sepanjang 6.8 kilometer bakal memberi impak positif kepada rakyat Terengganu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek tersebut yang dibahagikan kepada dua fasa menelan belanja RM60 juta dan dijangka akan siap sepenuhnya pertengahan tahun hadapan.Katanya, untuk permulaan bagi fasa pertama, projek ini akan melibatkan kos sebanyak RM30 juta."Fasa pertama akan bermula dari hujung tanjung sehingga ke Teluk Ketapang dan diikuti dengan fasa kedua yang sekarang ini dalam peringkat reka bentuk untuk diteruskan sehingga ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud."Kita jangkakan keseluruhan jalan 'cornish" ini akan selesai menjelang pertengahan 2019. Untuk fasa pertama kita jangka siap pada Ogos tahun ini. Manakala jambatan angkat kita jangkakan siap hujung tahun ini," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bagi Pelaksanaan Projek Jalan Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Ke Kuala Terengganu City Centre (KTCC) di Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Dato’ Seri Jebasingam Issace John.Ahmad Razif, bagi projek tersebut, ianya tidak melibatkan sebarang pengambil alihan tanah penduduk setempat."Kawasan-kawasan yang ada rumah, kita akan alihkan (laluan), maknanya kita akan elak."Jadi, kita akan buat tambakan di kawasan laut dan pembinaan benteng. Jadi pengambil alihan tanah tidak terlibat," katanya.
01 Feb 18
121
KTS Tawar Perkhidmatan Terbaik
Hospital KTS menjanjikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan pengunjung. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) yang mula beroperasi di bangunan baru terletak di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu sejak 28 Januari lalu menawarkan perkhidmatan terbaik selain menjanjikan keselesaan kepada pesakit dan pengunjung di situ.Dengan harga bermula RM100 untuk satu malam, hospital tersebut menawarkan perkhidmatan yang dijamin akan memberi kepuasan kepada setiap pesakit.Pengurus Besar KTS, Abel Ahing berkata, hospital tersebut mula beroperasi sejak tahun 2006 dengan hanya lima katil dibuka kepada pesakit di KTS Jalan Kamarudin.Katanya, pada 2010, ianya ditambah kepada 10 katil dan sebelum berpindah dari bangunan lama, sebanyak 30 katil disediakan kepada pesakit."Di bangunan baru ini, kita menyediakan 130 katil dan semua bilik di sini adalah persendirian dan tidak mengamalkan konsep perkongsian bilik bagi memberi keselesaan kepada pelanggan kita selain menjamin keselamatan mereka daripada terkena jangkitan daripada pesakit lain."Setakat hari ini, hari ketiga (semalam) sudah penuh 42 katil. Esok (hari ini) kita akan buka 14 katil lagi. Manakala pertengahan Februari ini, kita akan buka aras enam dimana menyediakan 30 katil lagi. Selepas itu ianya akan dibuka secara berperingkat mengikut permintaan," katanya kepada Teganukita.Tambah Abel, KTS menawarkan ramai pakar bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada setiap pesakit.Katanya, selain menyediakan pakar-pakar terbaik, teknologi yang digunakan di KTS juga adalah antara tercanggih dan terkini boleh didapati di Malaysia.Abel Ahing"Di sini, kita ada menyediakan pelbagai kepakaran seperti kepakaran penjagaan kanak-kanak, pediatrik, sakit puan, telinga, hidung dan tekak (ENT), mata, tulang dan sendi, fisioterapi, pergigian, kecantikan (aesthetics) dan pelbagai lagi."Servis-servis lain seperti radiologi, 'diagnostic imaging' contohnya 'CT Scan' di sini merupakan teknologi terbaru. 'CT Scan' yang ada di sini kita panggil '64 slice' yang mana antara terkini."Manakala, 'digital mammogram' yang kita gunakan juga merupakan antara teknologi terkini ditawarkan kepada rakyat Terengganu," katanya.Dalam pada itu, Abel berkata selain daripada perkhidmatan yang ditawarkan, KTS akan dijadikan sebagai Pusat Rawatan Diabetes.Tambahnya, buat masa sekarang, pihaknya telah menjalinkan kerjasama antara Universiti Sunway dan Univeristi Malaya dalam menjalankan kajian mengenai penyakit tersebut."Perkampungan di Kuala Nerus telah dipilih untuk dibuat kajian mengenai penyakit ini bemula tahun lalu dan akan berlangsung selama lima tahun."Melalui kajian ini kita akan lebih mengenali tentang penyakit ini selain memudahkan untuk kita tangani penyakit ini dikalangan penduduk di Terengganu kerana setiap kawasan mempunyai gaya hidup berlainan," katanya.
30 Jan 18
2043
Bas Amfibia Selamat Tiba
Bas Amphibia atau bas dua alam yang dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu dikatakan telah dihantar dan sudah berada di Malaysia.Sebelum ini Bas Amfibia itu menjadi tajuk panas di semua dada akhbar dalam negara akibat masalah kelewatan sampai ke Terengganu, tidak sepertimana yang dijanjikan pembekal.Malah, isu kelewatan itu juga dijadikan antara modal di kalangan pemimpin pembangkang untuk `menghentam' Kerajaan Terengganu kononnya sebagai perjuangan mereka.Difahamkan kelewatan bas itu dihantar disebabkan keputusan kerajaan negeri yang mahu amphicoach itu diterima dengan mematuhi sepenuhnya spesifikasi ditetapkan selain masalah transit dan masalah persijilan yang turut memakan masa kerana bergantung sepenuhnya dengan keadaan cuaca di Malta.Mengikut perjanjian terbaharu, Terengganu sepatutnya menerima bas berkenaan pada Jun lalu selepas beberapa kali tertangguh sejak 2015, namun sekali lagi ia gagal dipatuhi pihak pembekal.Pada masa yang sama, sudah banyak kali penerangan dan penjelasan dibuat namun, pembangkang dilihat degil dan tidak dapat menerima hakikat bahawa Kerajaan Terengganu akan memastikan bas tersebut tiba ke negeri untuk ‘berkhidmat’ dengan keupayaan dan keistimewaannya.Sebelum ini pada November lalu, kerajaan negeri sudah memberi kata dua kepada pembekal bas amfibia berkenaan sama ada menghantarnya ke Terengganu selewatnya hujung tahun lalu atau bakal berdepan tindakan saman.Keputusan tegas itu dibuat Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman setelah pihak pembekal beberapa kali gagal mematuhi tempoh penangguhan yang dibuat sebelum ini.-Terengganu.news
30 Jan 18
139
UniSZA Pelawa Orang Ramai Cerap Gerhana Bulan
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) membuka peluang kepada pelajar dan masyarakat setempat menyaksikan cerapan fenomena gerhana bulan penuh di perkarangan Dapo Pata (Uptown Kontena) , Tok Jembal pada 31 Januari mulai jam 7.30 malam. Progam mesra komuniti anjuran Insititut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), UniSZA itu bertujuan memberi pendedahan tentang fenomena sains kepada masyarakat sekaligus menarik minat mereka dalam ilmu sains serta mempraktikal instrumentasi astronomi yang terdapat di ESERI UniSZA.Sebanyak enam alatan teleskop dan binokular disediakan kepada pengunjung yang datang untuk melihat dengan lebih jelas gerhana bulan penuh yang dijangka bermula jam 7:25 petang dan berakhir tiga jam kemudian.Selain itu, turut diadakan taklimat berkenaan fenomena gerhana bulan penuh oleh penyelidik UniSZA serta solat sunat gerhana.
30 Jan 18
185
Syukur Dapat Rumah Baru - Azaman
Azaman ( kiri)bercerita tentang perasaan mereka sekeluarga apabila rumahnya dipilih untuk baik pulih kepada Jailani Kegembiraan jelas terpancar pada wajah seorang suami dan bapa, Azaman Said, 51, daripada Kampung Landas, Ajil apabila hasrat untuk mendiami rumah yang lebih sempurna pada kali ini menjadi realiti.Impian bapa kepada empat anak lelaki untuk memiliki kediaman yang lebih selesa tercapai selepas dipilih menerima bantuan baik pulih rumah bernilai RM10,000 melalui Program NBOS-CTU Penyelenggaraan Rumah & Bantuan Insan Terpilih Parlimen Hulu Terengganu.Menurut Azaman, apabila dimaklumkan rumahnya merupakan antara 40 yang terpilih, dia dan isteri Noraini Ali @ Harun seorang surirumah sepenuh masa bagaikan bermimpi dan bersyukur doa mereka sekeluarga selama ini telah dimakbulkan Allah SWT.Sebagai seorang ketua keluarga, Azaman berkata, dia tidak mampu untuk membaik pulih rumah pusaka peninggalan orang tuanya kerana pekerjaan sebagai pemandu lori yang tidak tetap dan sentiasa bertukar majikan ditambah pula terpaksa bergantung kepada keadaan cuaca untuk bergerak.Dengan hanya purata RM1,300 sebulan, pendapatan yang tidak seberapa inilah dia menggunakan bagi menyara keluarga termasuk belanja persekolahan empat orang anak yang berusia lingkungan 18 hingga 21 tahun."Saya tidak menyangka kami sekeluarga terpilih untuk projek baik pulih parlimen Hulu Terengganu pada kali ini...kami gembira dengan bantuan ini kerana saya sebagai ketua keluarga memang lah rasa sedih sebab tidak mampu membaiki rumah kayu lama yang diwarisi hampir 20 tahun lalu kerana mempunyai pendapatan yang tidak menentu,"ujarnya.Katanya, setiap kali dia memandang keadaan rumahnya yang daif, dia akan mengenang nasib isteri dan anak-anaknya untuk berteduh jika rumah tersebut makin teruk kerosakannya."Rumah pusaka arwah mak dan ayah yang berusia hampir 50 tahun memang uzur dengan dinding yang reput akibat dimakan anai-anai dan pintu pula banyak dah rosak...seingat saya tak pernah tukar sejak ia dibina dahulu."Namun kini kami sekeluarga boleh tinggal dengan selesa dengan rumah baharu ini dalam masa tiga hari dibaikpulih secara gotong-royong sahaja dan kami bakal meraikan dua perayaan dalam suasana yang lebih ceria..berpuasa di bulan Ramadan dan Aidilfitri nanti."Hanya ucapan terima kasih yang mampu saya berikan terutama kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K ) Mohamad Abdullah yang terlalu banyak membantu termasuk memberi peluang baik pulih rumah untuk kami sekeluarga.Katanya, kecaknaan pemimpin setempat sukar diungkapkan dengan kata-kata kerana sentiasa mengambil berat penduduk setempat."Keprihatinan wakil rakyat Ajil, Cikgu Ghazali Taib cukup saya sanjungi dan akan saya kenang sampai akhir hayat..buat Ahli Parlimen, Dato' Seri Jailani Johari yang menyalurkan peruntukannya melalui program ini."Ini membuktikan rakyat sentiasa didahulukan dan bagi saya sememangnya Kerajaan Barisan Nasional telah membuktikan kepimpinan terbaik dalam membela rakyat dalam semua aspek," katanya.
30 Jan 18
93