Artikel "Semasa" Terkini
Dikir TTB Jelajah Negeri Sampai Mesej Untuk Rakyat
Rozi bergambar bersama kumpulan Persembahan Dikir 'Transformasi Terengganu Baharu(TTB) Tranung Negeriku Tranung Molek Doh' di Kg Cheting Persembahan Dikir 'Transformasi Terengganu Baharu(TTB) Tranung Negeriku Tranung Molek Doh' kini menjelajah 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menyampaikan mesej secara langsung kepada rakyat.Program anjuran Unit Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Biro Penerangan UMNO Terengganu dan Pendikir TTB dilaksanakan sebagai penyatu masyarakat tanpa mengira fahaman politik melalui kesenian budaya.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, ini merupakan kehebatan kerajaan Barisan Nasional(BN) kerana menggunakan ruang dan peluang yang ada bagi menyampaikan maklumat yang baik kepada rakyat di akar umbi."Kita buat dan kita akan gunakan ruang dan peluang yang ada untuk sampaikan hasrat kerajaan melalui sukan, agama, kebudayaan, seminar dan forum tentang apa yang telah kerajaan negeri buat dan laksanakan."Tapi kita kena faham dalam masyarakat ni ada pelbagai kategori, ada yang suka bermain ... kita turun secara permainan dan ada masyarakat yang ke arah kebudayaan dan kesenian yang kita kira tidak melanggar peraturan, adat dan tatasusila agama...tidak salah kita gunakannya untuk sampaikan perkara yang baik kepada orang ramai, " katanya kepada pemberita di Dewan Terbuka Kampung Cheting, Telemong, semalam.Persembahan dikir TTB siri tiga yang menampilkan Cikgu Sulizi, Meli Tumpok, Pok Ya Mangkok, Pok Nik Oh La La serta Raja Soh Suara Muda dan kumpulan dikir barat, Gabungan Suara Muda Ajil disaksikan kira-kira 350 orang penonton daripada kawasan sekitar.Sementara itu, Rozi dalam ucapannya berkata, persembahan kebudayaan sedemikian perlu dipelihara sebagai khazanah melayu dengan keindahan yang ada dalam bait-bait senikata setiap lagu."Kita perlu lihat ianya dari sudut positif dan jangan tengok seni budaya sekadar unsur negatif atau maksiat sahaja, tengok juga dari aspek positif. Hayati pengisian persembahan kerana banyak unsur-unsur nasihat dalam senikata yang disampaikan."Kalau Jepun ada ninja, Korea terkenal dengan k-pop, kita orang Melayu juga ada kebudayaan sendiri dan antaranya dikir barat yang perlu di pelihara dan diketengahkan," kata Rozi.
20 Feb 18
46
UKOM Anjur Pelbagai Program Penerangan Menjelang PRU14
Antara yang hadir ke Program Penerangan Isu Semasa anjuran UKOM di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) menjalankan pelbagai aktiviti dan program menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi membantu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional.Pengarahnya, Dato' Muda Mamat berkata, walaupun di Terengganu tidak mempunyai isu-isu yang besar dibangkitkan oleh pembangkang sebagaimana Kerajaan Pusat, namun UKOM akan memberi tumpuan kepada cerita-cerita kejayaan kerajaan negeri.Katanya, UKOM akan menceritakan kejayaan-kejayaan sepanjang lima tahun terakhir serta usaha-usaha Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam mengatasi masalah dan menjaga kebajikan rakyat negeri ini tanpa sempadan."Pertama sekarang ini rakyat bercakap tentang kos sara hidup dan yang keduanya peluang pekerjaan tidak banyak di Terengganu setakat ini."Yang ketiga adalah isu perumahan rakyat. Rumah yang mampu dibeli bukan rumah mewah. Apabila menyebut hal perumahan rakyat ini, pembinaannya melibatkan kos yang tinggi namun dijual dengan harga yang murah. Ini tugas yang sedang kerajaan negeri laksanakan sekarang," katanya.Beliau ditemui pemberita sempena Program Penerangan Isu Semasa Anjuran UKOM di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah Komunikasi Strategik, Kementerian Kewangan Malaysia, Dato' Lokman Nor Adam.Tambahnya, pihaknya juga akan menjemput penceramah-penceramah dari kalangan profesional seperti dari Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Jabatan Perdana Menteri dalam masa terdekat supaya rakyat lebih memahami dan jelas terhadap isu yang sering dimainkan oleh pembangkang.Selain itu, Muda berkata UKOM juga dalam usaha untuk mencari gambar dan video insiden akibat daripada politik yang tidak stabil di luar negara."Contoh seperti yang berlaku di Lybia, Iraq, serta Iran akibat daripada gerakan ingin menjatuhkan kerajaan sedia ada dan akhirnya semua kecewa."Seperti yang terjadi di Iraq, contohnya dulu semua ingin jatuhkan Saddam Hussein, bermacam-macam dibuat dalam media sosial sehingga dikatakan Iraq menyimpan senjata nuklear berbahaya kepada dunia. Namun Selepas peperangan berlaku tiada apa pun yang dapat.. kosong," katanya.
20 Feb 18
77
Lebih 1,000 Hadir Program Penerangan Isu Semasa
Lokman ketika memberikan penerangan isu-isu semasa di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Seramai lebih 1,000 kakitangan awam negeri Terengganu dan pusat hadir dalam program penerangan isu-isu semasa berkaitan dasar-dasar kerajaan yang dianjurkan oleh Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Program penerangan yang ke-3 dijalankan oleh pihak UKOM pada tahun ini telah banyak memberi input yang positif berkait dasar kerajaan negeri dan pusat yang mana sebelum ini hanya menerusi media sosial sahaja.Pendekatan baru itu disambut baik oleh jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi dan juga badan bukan kerajaan (NGO) yang mana telah mendapat input yang betul berkaitan dasar yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional(BN) hari ini.Dengan kerjasama dari pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menerusi Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Dato’ Lokman Nor Adam yang telah menjelajah sebanyak 296 tempat dan program (temasuk hari ini) di seluruh negara yang bermula pada januari 2017 lagi.Peserta kali ini terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu, Pejabat Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Marang serta Kuala Nerus, UMNO Bahagian Kuala Terengganu, UMNO Bahagian Kuala Nerus dan NGO’s Terengganu.Turut bersama Pengarah UKOM, Dato’ Muda Mamat, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohammad Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.) Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak, Timbalan Pengarah (Pengurusan) UKOM, Muhd Aimin Mohd Tahir dan Timbalan Pengarah (Operasi) UKOM, Ruslan Abdul Rahman.Lokman berkata, sebagai kakitangan awam yang berhadapan dengan masyarakat harus memahami dasar-dasar kerajaan negeri dan juga pusat agar dapat menyampaikannya hingga ke dasar."Kita seharusnya mengambil tanggungjawab bersama menyampaikan dasar-dasar yang telah dibuat kerajaan agar rakyat serta masyarakat setempat memahaminya."Saya mengharapkan apa yang saya sampaikan hari ini boleh di panjangkan kepada masyarakat dan rakyat negeri ini khasnya dan jika ada perkara yang masih tidak faham boleh menghubungi saya di talian telefon yang diberikan", katanya. - Terengganu News
20 Feb 18
64
Bas Amphicoach Bakal Dipamerkan Kepada Orang Ramai
Ahmad Razif melepaskan anak benih udang. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailBas amphicoach bakal pertontonkan kepada orang ramai sepanjang Ekspo Terengganu 2018, bermula 25 Februari hingga 3 Mac di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, Kuala NerusBagi tujuan itu, pihak yang bertanggungjawab akan mendapatkan permit sementara daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Laut bagi membolehkan bas itu dibawa ke lokasi Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bas berkenaan tiba di Terengganu pada jam 8 pagi tadi dan ditempatkan di depo Jabatan Kerja Raya (JKR), Kuala Terengganu sementara mendapatkan kelulusan daripada agensi berkenaan."Pihak kami sedang menunggu kelulusan daripada JPJ dan Jabatan Laut untuk beroperasi. "Pihak JPJ dan Jabatan Laut dari ibu pejabat akan turun untuk membuat pemeriksaan dan kita akan melakukan ujian sebelum boleh beroperasi,"katanya.Ahmad Razif berkata demikian selepas ditemui pada Program D'Mukim dan Jualan Sentuhan Rakyat Sempena Majlis Pelepasan Benih Udang di Ladang Akuakultur Udang Bersepadu di Kampung Nyatoh, Setiu hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato' Mohd Jidin Shafee dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Blue Archipelago, Wan Nadhri Wan Fauzi. Sebanyak 400,000 benih udang dilepaskan di Taman Akuakultur Udang Bersepadu (iSHARP) yang dibangunkan Blur Archipelago Berhad (anak syarikat Khazanah Nasional Berhad). Bas amphicoach dibeli kerajaan negeri pada harga RM3 juta pada 2014 dan sebelum ini dijangka tiba pada Mei 2015 bagi merancakkan industri pelancongan selain bagi kegunaan ketika musim banjir.
18 Feb 18
96
UMNO Kuala Nerus Bakal Bina Bangunan Baharu
Bangunan UMNO Kuala Nerus yang dijangka siap Februari tahun hadapan.Bangunan UMNO Kuala Nerus baharu yang bakal dibina di Gong Badak dijangka akan siap menjelang Februari tahun hadapan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kos pembinaan bangunan lima tingkat tersebut mencecah RM12 juta dan ianya dibina melalui hasil kutipan derma yang diperolehi.Katanya, melalui jumlah kutipan yang mencecah hampir RM15 juta tersebut, bangunan itu juga akan dilengkapi pusat konvensyen."Pusat konvensyen ini boleh memuatkan kapasiti 2,500 orang dalam satu masa yang boleh dijadikan 'international conference'."Ianya kerana di sini banyak kemudahan yang telah tersedia seperti lapangan terbang yang berdekatan selain mempunyai hotel," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Gerak Gempur Tawan 4P Parlimen Kuala Nerus dan Jentera Pilihanraya Serta Majlis Pecah Tanah Bangunan UMNO Kuala Nerus di Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Ketua Puteri UMNO Malaysia, Dato' Mas Ermieyati Samsudin; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus , Khairuddin Abdul Majid.Tambah Ahmad Razif, dengan keluasan penuh kawasan tersebut menjangkau empat ekar, pelbagai pembinaan lain akan dilakukan di situ untuk fasa seterusnya."Kita ada lebih kurang 3 ekar (1.21 hektar) lagi yang akan dibangunkan untuk tujuan komersial termasuk hotel dan juga kedai bagi membolehkan menjana satu pendapatan kepada UMNO Kuala Nerus."Tapi fasa yang seterusnya itu kita akan buat selepas siap bangunan baru UMNO ini. Kita jangka bangunan ini kita akan siap pada tahun hadapan," katanya.
17 Feb 18
937
MBKT Bakal Sita Haiwan Peliharaan Tanpa Pengawasan
SamiunMajlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bakal menjalankan operasi menangkap haiwan berkeliaran dari semasa ke semasa.Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, operasi tersebut dijalankan kerana makin banyak haiwan peliharaan seperti lembu dan kambing berkeliaran di jalan raya serta kawasan awam tanpa pengawasan."Di bawah perkara 6 UUK (haiwan merayau) MBKT 1989, pihak majlis boleh mensita atau menembak mana-mana haiwan yang didapati merayau atau berkeliaran dalam kawasan majlis."Operasi menangkap haiwan yang berkeliaran tersebut akan dijalanlan semasa ke semasa. Kompaun akan dikenakan sebanyak RM250 terhadap pemilik ternakan tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MBKT.Dalam kenyataan tersebut juga, Samiun berkata haiwan ternakan tersebut akan disimpan di depoh tahanan MBKT, Chendering dan hendaklah dituntut dalam masa tujuh hari dari tarikh tangkapan.Tambahnya, jika haiwan yang ditangkap atau disita tersebut tidak dituntut melebihi seminggu dari tarikh tangkapan, haiwan tersebut akan dilelong dan lelongan akan dibuka kepada sesiapa yang berminat.Jumlah kadar tebus adalah RM30 seekor dan caj tambahan adalah RM10 seekor bagi setiap hari selepas itu.
16 Feb 18
92
Terengganu Hantar Permohonan Balik Pengiktirafan Kampung Cina Kepada UNESCO
Ahmad Razif dan isteri, Halina bersama pemimpin setempat lain menjamu selera pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DUN Bandar. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Terengganu bakal melakukan permohonan kembali untuk mengiktiraf kepelbagaian warisan masyarakat Cina Peranakan di Kampung Cina, Kuala Terengganu kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, keunikan peranakan yang melalui asimilasi budaya tempatan itu memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh badan dunia tersebut untuk dipertimbangkan.Katanya, sejarah kehidupan golongan Mek dan Awang tidak boleh dijumpai di mana-mana tempat di dunia apabila seakan menyamai dengan kaum Melayu dan India termasuk dari segi makanan, percakapan dan kebudayaan."Sebelum ini kita pernah membuat permohonan kepada UNESCO untuk menjadikan Kampung Cina sebagai tapak pemuliharaan warisan tetapi tidak berjaya kerana kawasan itu telah diubahsuai di samping terdapat beberapa transformasi."Oleh itu kita ingin mencuba kaedah baharu dengan mengangkat aspek warisan masyarakatnya terutama generasi terdahulu yang berkebolehan membaca dan menulis jawi di samping mahir bercakap dalam dialek Terengganu tanpa pelat," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar bersama isterinya, To' Puan Seri Halina Zakaria.Turut hadir Speaker DUN, Dato' Mohd Zubir Embong; Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Azmi Razik Naib, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Dato' Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris serta beberapa pemimpin lain.Terdahulu, ketibaan Ahmad Razif dan Halina disambut oleh Pengerusi MCA negeri, Dato' Toh Chin Yaw dan Pegawai Penyelaras DUN Bandar merangkap Setiausaha MCA Kuala Terengganu, Toh Seng Cheng.Sementara itu, beliau memberitahu, kerajaan negeri akan memperkenalkan pelancongan berkonsepkan kenderaan elektrik di empat lokasi tumpuan ramai iaitu di Kampung Cina, Pasar Besar Kedai Payang, Pulau Warisan dan Dataran Syahbandar."Berpegang kepada slogan cara lama dimensi baru, pelbagai lagi aktiviti lain akan dirancang bagi merancakkan lagi pelancongan di kawasan itu," katanya.
16 Feb 18
503
Bayi Lahir Tanpa Saluran Makanan Dapat Perhatian Ahli Parlimen
Jailani menyampaikan cek sumbangan Bakti kepada Azmi di rumahnya di Taman Ajil Perdana baru-baru ini.Hulu Terengganu: Umar Al Rasyidin Mohd Azmi, sembilan bulan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada tiub yang ditebuk pada perut untuk minum susu kerana saluran makanannya tidak bersambung ketika lahir (Tracheo-Esophageal Fisrula Type c).Si kecil yang kelihatan aktif juga menghadapi masalah saluran pernafasan (Chronic lung disease) sejak lahir dan terbaharu masalah bengkak buah pinggang yang berjaya dikesan oleh doktor pakar yang merawatnya.Siti Nur Fatimah Abd Ghani ,36, seorang suri rumah sepenuh masa berkata adakalanya sedih melihat keadaan anaknya itu namun tidak mempunyai pilihan lain."Sebagai ibu....siapa yang tidak sedih melihat keadaan anak yang terpaksa memakai tiub sepanjang masa di perut tapi memang keperluan Umar untuk bantu dia minum susu dan ubat-ubatannya."Susu pun pakai susu khas RM500 hingga RM600 sebulan termasuk sebuah mesin oksigen yang dibeli untuk menyedut kahak membolehkan dia bernafas dengan baik,” katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Taman Ajil Perdana, semalam.Suaminya, Mohd Azmi Mohd Ghani 36, yang bekerja sebagai pembantu makmal Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Diman, Ajil berkata anak bungsu dari empat beradik itu telah melakukan dua kali pembedahan sejak tahun lepas untuk menyambung saluran makanannya."Kos pembedahan yang lepas menggunakan surat jaminan (GL) jadi memang kuranglah sikit beban kami suami isteri...kalau kerajaan tak bantu tentu kami terpaksa mencari kewangan lain, gaji saya cuma RM 1,400 je, tak cukup dan memang kami berterima kasih sangat kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi bantuan."Untuk kos suntikan vaksin yang melibatkan empat kali sebanyak RM18,000 pula saya ada memohon dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi membantu dan sehingga sekarang dalam proses menunggu jawapan..harap tiada masalah pasal permohonan ini," katanya lagi.Sementara itu,Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari berkata, pihaknya akan melihat apakah keperluan serta bantuan yang boleh diberikan kepada Umar bagi meringankan beban ibu bapanya."Kita lihat dan kaji, mungkin kita akan bantu dalam percepatkan surat kelulusan daripada JPA dan ini saya akan berurusan dengan pihak yang berkaitan, " ujarnya.Jailani berkata demikian ketika menyampaikan cek sumbangan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) bernilai RM2,000 kepada keluarga berkenaan sempena program ziarah kasih Ahli Parlimen.
15 Feb 18
149
Terengganu Capai 100 Peratus Agensi Tandatangani IBR
Ahmad Razif bersama penjawat awam dan kakitangan GLC pada Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah kakitangan Kerajaan dan GLC. Foto Harish Fadzillah KassimKesediaan 100 peratus agensi di bawah kerajaan Terengganu untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) membuktikan kejayaan program itu dalam usaha membanteras rasuah sejak dilancarkan pada Ogos tahun lalu.Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu, Mohd Zaki Hassan berkata jumlah itu termasuk 72 agensi kerajaan termasuk badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah melaksanakan IBR pada hari ini."Alhamdulillah setakat ini juga, kami masih belum menerima sebarang aduan mengenai perlakuan rasuah dalam kalangan petugas di semua agensi tersebut," katanyaBeliau berkata demikian kepada pemberita selepasMajlis Ikrar Bebas Rasuah kakitangan Kerajaan dan GLC di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir merasmikan pgram Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Program itu sangat berkesan dalam mendidik anggota masyarakat dalam memastikan negara ini bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa. Dzulkifli seterusnya memuji komitmen tidak berbelah bahagi kerajaan Terengganu untuk memastikan seluruh kakitangannya sentiasa bebas daripada gejala rasuah.Beliau turut menarik perhatian bahawa Terengganu merupakan antara negeri yang mencatat jumlah keahlian tertinggi menyertai Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) di bawah kelolaan SPRM sejak dilancarkan tahun lalu.
14 Feb 18
39
Taman Ilmu : Tidak Terabai Seperti Yang Difitnah
Projek Taman Ilmu dirancang pada 2004 apabila Kerajaan BN Terengganu kembali memerintah selepas zaman kegelapan pentadbiran Pas selama lima bermula 1999 hingga Mac 2004.Ilham Menteri Besar ketika itu Dato’ Seri Idris Jusoh untuk mewujudkan satu pusat pendidikan utama Negeri Terengganu yang diberi nama sebagai Taman Ilmu akhirnya direalisasikan.Hasrat itu menjadi kenyataan setelah mesyuarat kerajaan negeri bersetuju untuk membuka tanah seluas 280 hektar di Tembila Besut sebagai Hab Pendidikan Negeri Terengganu dengan jumlah kos keseluruhan RM400 juta.Pembangunan itu adalah dari Rancangan Malaysia Ke-9 yang mana ianya dibangunkan menerusi Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di kawasan seluas 280 hektar dengan kos kira-kira RM300 juta mulai tahun 2007.Rancangan ECER ini adalah satu usaha bersama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memangkin tahap pembangunan kawasan Pantai Timur semenanjung terutamanya di Terengganu.Setiap negeri di Pantai Timur ini akan muncul dengan tema pembangunannya yang tersendiri dan Negeri Terengganu akan dikenali sebagai gerbang pelancongan dan pendidikan bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.Projek keseluruhan Taman Ilmu yang mana berkomposisikan komponan bangunan termasuk perpustakaan, kolej kediaman, mini stadium, dewan konvensyen, dewan kuliah dan masjid berjaya disiapkan pada 2012.Ketika itu Kerajaan BN Terengganu menyiapkan keseluruhan fasiliti untuk kegunaan para warga Taman Ilmu kini dan akan datang di mana ketika itu keseluruhan 90 peratus siap melibatkan 14 kontraktor tempatan.RANCANGAN DAN PELAKSANAANKini fasa baru Taman Ilmu bermula di bawah Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang terus memandang kehadapan bagi meneruskan agenda pembangunan pendidikan Negeri Terengganu.Tertangguh bukan bermakna projek kepentingan rakyat akan diabaikan dan diberhentikan terus pembinaannya.Terengganu yang dikenali sebagai ‘Negeri Anjung Ilmu’ bakal mencipta sejarah tersendiri di bawah pentadbiran Kerajaan BN Terengganu menerusi Menteri Besar, Ahmad Razif apabila Taman Ilmu mula diisi dengan beberapa buah universiti.Ketika ini Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menempatkan pelajar mereka seramai 250 orang pelajar lelaki dari Kampus Besut dan bakal diisi lagi sehingga 500 orang setelah siap dibaikpulih blok asrama yang kedua nanti.Selain UniSZA beberapa Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain menunjukkan minat untuk membuka kampus pengajian di Taman Ilmu termasuk Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).Aswara ditubuhkan pada 1994 dengan nama asal Akademi Seni Kebangsaan akan dijenamakan sebagai Universiti P.Ramlee (UPR) sempena penghargaan kerajaan atas sumbangan seniman agung itu dalam industri hiburan tanah air.Satu perjanjian akan dimeterai oleh Kerajaan BN Terengganu dengan UMK serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada pertengahan Mac ini serta perkembangan itu juga, Terengganu akan memiliki sebuah lagi universiti awam tempatan.Menurut Ahmad Razif sebelum ini, konsep yang digunakan dalam Taman Ilmu adalah sharing facilities bermaksud kerajaan negeri sedia tapak sahaja dan mana-mana IPT ingin membuka kolej mereka atau pejabat, bangunan pusat pembelajaran perlu bina sendiri dan kerajaan negeri hanya sediakan tapak serta keperluan lain seperti hostel, masjid, perpustakaan dan mini stadium.Katanya, semua kelengkapan ini sudah ada cuma perlu buat sedikit pengubahsuaian akhir.‘Taman Ilmu kita akan bangunkan mengikut asas iaitu melibatkan beberapa universiti dan kita akan libatkan IPTA, IPTS yang boleh memberi impak yang baik kepada pembangunan pendidikan Negeri Terengganu.Hari ini dengan slogan ‘Terengganu Molek Doh’ dan ianya berada di landasan yang betul dan terbaik bagi memacu sebuah kerajaan yang cukup cakna akan pendidikan rakyatnya yang mana melahirkan rakyat yang berilmu, beramal dan berbakti suatu hari nanti.SALAH LAPOR DAN FITNAHKenapa dikatakan salah lapor? Pihak yang berkepentingan politik akan melihat dari sudut yang negatif dan cuba menutup kebenaran. Paling teruk, mereka melapor dengan niat jahat agar rakyat Terengganu khasnya keliru tentang apakah perancangan dan pelaksanaan yang sedang berjalan dalam projek yang bakal membawa banyak manfaat kepada rakyat setempat khasnya dan negara amnya.Kenapa tidak laporkan tentang fasa pembinaan yang telah siap dan sudah diguna pakai? Masjid Taman Ilmu sudah sempurna pembinaan dan kegunaannya meliputi solat lima waktu, solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidil Fitri termasuk Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha.Kalau jujur maka laporkan secara keseluruhan apa sebenarnya ‘berlaku’ di Taman Ilmu. UniSZA juga telah menggunakan dua blok bangunan di Taman Ilmu sebagai asrama kediaman pelajar. Kenapa perkara sebegini tidak dilaporkan?Betulkan laporan dan bukannya meneruskan salah lapor hanya bersandarkan ‘pembuktian’ penglihatan mata kasar.Perlu timbulkan persoalan sama ada kepada pihak yang sedang menguruskan Taman Ilmu atau pun sekurangnya bertanyakan diri sendiri. Logikkah ‘spotlight’ tumbang sendiri akibat tidak dijaga selama lebih enam bulan?Menurut beberapa sumber tempatan, keseluruhan bangunan tersebut diberikan kawalan keselamatan yang sempurna sehinggakan berlakunya kecurian dan pencerobahan yang cukup terancang.Tiang lampu limpah (highmast) tersebut yang tingginya kira-kira 30 meter dan berat dianggar tiga tan ditumbangkan sebanyak empat unit tanpa meninggalkan kesan hentakan yang kuat dipermukaan tanah dan trek balapan di mini stadium. Ianya hanya boleh dilakukan menggunakan jentera berat serta membuktikan bahawa tenaga manusia tidak dapat menumbangkan tiang tersebut.Apakah ianya satu jenayah terancang yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan melakukan jenayah mencuri dan merompak?Melapor biarlah tepat dan betul dan bukannya bermotifkan politik serta sama-sama membantu agar apa yang diusahakan kerajaan menjadi kenyataan.PENCEROBOHAN DAN KESELAMATANKerajaan negeri telah mewartakan kawasan Taman Ilmu itu sebagai kawasan larangan kepada orang awam dan jika ingin memasuki kawasan berkenaan seharusnya mendapat kebenaran daripada pengawal keselamatan.Kesalahan menceroboh kawasan larangan boleh diambil tindakan didakwa mengikut “Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959” dalam erti kata “kawasan larangan” ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 4;.-Terengganu.news
13 Feb 18
2772