Artikel "Semasa" Terkini
EKSPO TERENGGANU 2018: Tiga Isu Perlu Dipandang Serius
Peningkatan kos sara hidup, pekerjaan dan perumahan menjadi tiga isu utama yang membimbangkan rakyat dan perlu dipandang serius oleh pihak kerajaan negeri ini.Berdasarkan undian yang dibuat oleh pengunjung di Tapak ekspo Terengganu 2018 di Booth yang disediakan Terengganu Strategic and Integrity institute (TSIS), tiga isu berkenaan mendapat undian tertinggi berbanding lima lagi isu yang disenaraikan.Antara isu lain yang disenaraikan (TSIS) termasuklah perumahan, pendidikan, masalah sosial, keselamatan awam, penghayatan agama, sistem penyampaian pekhidmatan kerajaan.Berdasarkan undian pada hari pertama ekspo berlangsung sehingga jam 3 petang tadi, masalah peningkatan kos sara hidup mendapat undian sehanyak 22 peratus; pekerjaan, 20 peratus manakala masalah perumahan mendapat 15 peratus undian.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri, Tun Faisal Tun Abdul Razak berkata, penyediaan aplikasi undian di booth TSIS di tapak ekspo penting kerana lokasi itu akan menjadi tempat tumpuan rakyat sepanjang tujuh hari ekspo berlangsung.“Jadi, saya menyeru orang ramai supaya datang ke tapak ekspo ini dan membuat undian supaya kerajaan tahu apa permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.“Malah, melalui informasi yang disediakan di tapak ekspo ini, kami yakin rakyat dapat melihat dengan lebih dekat pembangunan dan kejayaan yang dikecapi kerajaan termasuk sektor pelancongan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini
25 Feb 18
23
EKSPO TERENGGANU 2018: Chicken Cottage Tambah Cawangan Di Sepuluh Negara
25 Feb 18
40
EKSPO TERENGGANU 2018 : 1,200 Pengunjung Serbu Daftar Cabutan Bertuah Dua Jam Pertama
Pengunjung beratur bagi mendaftar dan mendapatkan pasport cabutan bertuah menerusi 12 kaunter yang disediakan di pintu masuk utama Ekspo Terengganu 2018. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Komlpleks Sukan Negeri Terengganu, yang membuka tirai hari ini menyaksikan kira-kira 1,200 pengunjung mendaftar untuk mendapatkan pasport Cabutan Bertuah yang menyediakan hadiah lumayan termasuk lot tanah dan seunit rumah bermula seawal jam 10 pagi ini.Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu, Anuar Nik Mohamad Noor berkata, pihaknya menyediakan lebih 30 petugas pada setiap hari yang dibahagikan kepada dua sesi, masing-masing 9.30 pagi hingga 4 petang dan 3 petang hingga 10 malam.Anuar "Setakat dua jam terawal, kita sudah menerima pendaftaran kira-kira 1,200 orang pengunjung yang mendaftar masuk menerusi pintu masuk utama Ekspo Terengganu 2018 bermula seawal jam 10 pagi, sebaik sahaja pintu dibuka."Keadaan sehingga tengahari ini, terkawal dengan semua petugas dapat melaksanakan tugasan dengan baik serta lancar. Seramai 12 orang bertugas menjaga setiap kaunter bagi tujuan pendaftaran yang memerlukan pengunjung mengemukakan Mykad atau Mykid masing-masing sebelum pasport cabutan bertuah dikeluarkan kepada penama masing-masing,"katanya. Katanya, sebaik sahaja mendapat pasport berkenaan, pengunjung perlu mendapatkan cop di 16 `checkpoint' kaunter yang akan diselia oleh empat petugas pada setiap masa termasuk di Kluster Negeri (satu), Kluster Daerah (satu), GLC (empat) dan Kluster Portfolio (enam).Sementara itu, Ketua Urusetia Pendaftaran Cabutan Bertuah, Mohd Azhar Bidin, berkata pihaknya melihat sambutan yang begitu luar biasa sebaik sahaja pintu ekspo dibuka dan menjangkakan semua 400,000 keping pasport yang dicetak akan habis sehingga 3 Mac, pada hari penutup program ini. Katanya, pihaknya mahu semua pengunjung menerokai setiap segmen dan kluster dan merasai sendiri pengalaman serta keseronokan yang dipersembahkan sepanjang tujuh hari ekspo yang bermula hari ini."Sekurang-kurangkanya mereka mendapat informasi berguna dan manfaat selain melihat sendiri cerita kejayaan pembangunan Negeri Terengganu,"katanya.Menurutnya, antara pembangunan itu diketengahkan menerusi tiga kluster utama iaitu Kluster Kerajaan Negeri, Kluster Daerah serta Kluster Portfolio.Tambahnya, Kluster Kerajaan Negeri menceritakan pencapaian, perancangan dan inisiatif-inisiatif semasa kerajaan negeri, manakala Kluster Daerah mengetengahkan pencapaian dan perancangan pembangunan spesifik bagi setiap lapan daerah yang setiap satunya mempunyai keunikan dan potensi yang tersendiri.Sementara Kluster Portfolio pula menampilkan pencapaian dan cerita kejayaan 10 portfolio yang dipertanggungjawabkan kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.
25 Feb 18
104
EKSPO TERENGGANU 2018 : Pelajar, Guru Kumpulan Pertama Mula Banjiri Ekspo
Pengunjung mengambil peluang bergambar kenangan di hadapan replika hastaq Terengganu Molek Doh di hadapan pintu utama Ekspo Terengganu 2018. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPengunjung Ekspo Terengganu 2018 teruja dapat menerokai sendiri keunikan dan keistimewaan yang julung kali dipaparkan di bawah satu bumbung mengenai Terengganu.Antara pengunjung kumpulan pertama ke ekspo yang berlangsung tujuh hari dan membuka tirai hari ini, adalah pelajar dan guru pengiring yang mengikuti program Bengkel Motivasi PT3 yang dianjurkan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu bermula seawal jam 8.30 pagi, di pentas utama, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Siti HaslindaSeorang guru, Siti Haslinda Hassan, 38, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Awang Jabar, Marang, berkata dia dan pihak sekolah sangat berbangga dapat menyertai program pada hari pertama itu dan membawa bersama 42 pelajar Tingkatan Empat sekolah berkenaan yang akan menerokai pelbagai aktiviti disediakan penganjur.Katanya, ekspo ini amat bermanfaat kepada pelajar kerana menjadi platform berguna untuk mendapat input mengenai Terengganu dan pembangunannya terutama dalam sektor Pendidikan negeri.Iskandar“Saya lihat ekspo ini sangat penting dan boleh memberi kesan yang positif kepada rakyat tanpa mengira usia dan bidang profesion untuk mendapatkan segala maklumat yang tepat secara langsung terutama berkaitan pencapaian semasa negeri,”katanya.Seorang pelajar, Mohd Iskandar Hassan, 16, dari SMK Datuk Awang Jabar pula mahu menerokai lebih banyak keunikan dan keistimewan yang ada di Ekspo Terengganu 2018.“Seronok dan saya mahu tahu banyak benda dalam ekspo. Saya pertama kali menyertai program begini dan pasti peluang ini saya akan manfaatkan sebaik mungkin,” katanya.Syafiqa SyazwaniBagi seorang lagi pelajar, Syafiqa Syazwani Elman, 14, dari Sekolah Menengah Imtiaz Dungun, berkata kali pertama dia dapat menyertai ekspo yang besar seumpama ini yang menghimpunkan pelbagai aktiviti serta segmen mengenai Terengganu dan pasti tiada di tempat lain.“Apabila sudah terokai semua, sambil menambah informasi kita akan rasa teruja dan berbangga menjadi rakyat Terengganu dan rasa bertuah kerana lebih kenal sejarah dan tarikan negeri sendiri,” katanya.Seorang lagi pelajar, Elisya Elyana Mohd Afendi, 13, SMK Sungai Tong, Setiu, mewakili lima pelajar Tingkatan Satu daripada keseluruhan 24 pelajar sekolahnya pertama kali dapat menyertai program ekspo terbesar begini.Elisya Elyana"Saya tertarik tengok banyak pameran. Macam-macam ada dan ada binatang yang sukar kita jumpa di depan mata, seperti ular, landak, arnab dan ikan gergasi,"katanya.Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung sepanjang tujuh hari bermula hari ini, bakal menawarkan hadiah cabutan bertuah lumayan kepada pengunjung dengan nilai keseluruhan dianggarkan lebih RM1.5 juta.Kebanyakan hadiah-hadiah tersebut adalah hasil penajaan dan juga sumbangan daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri, syarikat swasta serta orang perseorangan termasuk ahli korporat anak Terengganu.Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka akan menyempurnakan majlis penutup Ekspo Terengganu 2018 di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak pada pagi 3 Mac ini.Ekspo yang menggunakan hashtag #terengganumolekdoh itu akan berkongsi serta mempersembahkan kemajuan yang dikecapi Terengganu kepada orang ramai menerusi tiga kluster utama, iaitu Kluster Kerajaan Negeri, Kluster Daerah serta Kluster Portfolio bagi menonjolkan kemajuan yang dikecapi Terengganu kepada seluruh rakyat.Majlis perasmian ekspo dijadual akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada petang esok (26 Februari).
24 Feb 18
517
GODA Dekati Hati Masyarakat Setempat
Johari bersama sebahagian Ajk Pemuda UMNO Bahagian dan DUN Manir membaca doa ketika melawat seorang pesakit yang uzur di Manir.Program Gegar Orang Muda (GODA) Bahagian Hulu Terengganu menjadi salah satu platform bagi mendekati orang muda bagi menjaga kebajikan masyarakat setempat.Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Johari Abu Bakar berkata program tersebut adalah kesinambungan program-program yang diadakan sebelum ini di seluruh negeri."kita bermula di Dewan Undangan Negeri (DUN)Manir dengan menziarahi sebelas buah rumah yang mana melibatkan 10 buah kampung dan taman perumahan dan akan diteruskan di DUN-DUN lain selepas ini."Antara objektif GODA ialah kita berpeluang mendekati rakyat yang mengalami masalah kesihatan (uzur) dan juga ziarah kasih pemuda UMNO sekitarnya...dengan pendekatan yang lama tidak di lupa dan sentiasa dalam ingatan," katanya ketika dihubungi.Turut hadir, Pegawai Pembangunan Dun Manir, Yusof Awang Hitam, Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Dun Manir dan ketua-ketua pemuda dun.Dalam pada program tersebut Johari turut menyampaikan sumbangan asas dapur dan juga sedikit sumbangan peribadi kepada mereka yang memerlukan bagi meringankan beban yang ditanggung.Tambah Johari yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu, program-program yang diatur ini tidak berkaitan dengan musim pilihanraya seperti yang pihak pembangkang dan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab pemuda UMNO dalam mendekati masyarakat setempat."Kita sentiasa bergerak mengikut keperluan...yang perlu dibantu kita hulurkan bantuan meringankan beban dan ini bukan merupakan gimik politik semata-mata tapi merupakan perjuangan kami semua demi kepentingan bersama, "katanya.
23 Feb 18
51
Jalur Lebar Negara Antara Yang Terbaik -Jailani
Jailani sempat melawat pusat ternakan landak yang diuruskan oleh Muhammad Fauzan (kanan) di Kampung TanggolJangan cuba bandingkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi 4G antara Malaysia dengan negara luar oleh rangkaian pemberi perkhidmatan, tegas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Seri Jailani Johari.Beliau berkata perkhidmatan jalur lebar di negara ini merupakan antara yang terbaik berbanding negara-negara jiran dalam penyediaan perkhidmatan jalur lebar termasuk rangkaian 4G.Jelasnya lagi, kerajaan menerusi SKMM mempunyai kaedah tersendiri bagi mengendalikannya supaya perkhidmatan jalur lebar ini lebih meluas dan menyeluruh termasuk kawasan pendalaman."Kita sentiasa komited bagi menaik taraf kelajuan jalur lebar seluruh negara dengan sasaran 95 peratus kawasan bakal dilengkapi dengan perkhidmatan jalur lebar menjelang tahun 2025 berbanding 84.5 peratus pada masa ini."Kadar jalur lebar kita antara yang terbaik..tak timbul isu berkaitan signal dan sebagainya tapi kita ambil maklum dari segi komen yang diberi ..saya ingin nyatakan disini bahawa proses penaiktarafan daripada 3G kepada 4G ketika ini sedang berlangsung meliputi semua rangkaian pihak pemberi perkhidmatan di seluruh negara, ' kata Jailani.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat perusahaan landak yang di usahakan seorang penduduk di Kampung Tanggol,Kuala Berang hari ini.Tambahnya, jika hendak bandingkan dengan perkhidmatan jalur lebar dengan Singapura dan Vietnam adalah kurang sesuai kerana perkhidmatan kita lebih menyeluruh sehingga ke pendalaman.Beliau berkata demikian ketika di minta mengulas kajian Open Signal berpengkalan di Britain yang mendapati rangkaian 4G Malaysia jauh lebih lambat berbanding Singapura (44.32 Mbps) Vietnam (21.49 Mbps), Brunei (17.48 Mbps) dan Myanmar (15.56 Mbps).
23 Feb 18
76
Hadiah Lumayan Sepanjang Ekspo Trg 2018
Tengku Putera menunjukkan baju untuk Eskpo Terengganu 2018 semasa mengadakan taklimat kepada petugas media. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung sepanjang tujuh hari bermula 25 Februari ini bakal menawarkan hadiah cabutan bertuah lumayan kepada pengunjung dengan nilai keseluruhan dianggarkan lebih RM1.5 juta.Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, kebanyakan hadiah-hadiah tersebut adalah hasil penajaan dan juga sumbangan daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri, syarikat swasta dan orang perseorangan termasuk ahli korporat anak Terengganu.Katanya, bagi hadiah cabutan bertuah utama, berupa seunit rumah dan lot tanah perumahan serta pertanian bakal diumumkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada penutup ekspo tersebut pada 3 Mac pula dikhaskan kepada anak Terengganu sahaja."Hadiah utama bagi Eskpo Terengganu 2018 merupakan sebuah rumah di Kuala Terengganu, satu lot tanah banglo di Kuala Nerus dan satu lot tanah pertanian di Setiu khas untuk anak Terengganu sahaja yang berumur 21 tahun ke atas."Sepanjang ekspo berlangsung juga, cabutan bertuah harian turut diadakan dan hadiah utamanya adalah sebuah motosikal sepanjang tujuh hari tersebut," katanya.Beliau berkata demikian dalam Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Sejurus taklimat, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dengan diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengurus Acara, Fatimah Ferdaus meninjau tapak program bagi mendapat maklumat terkini perkembangan persiapan acara itu.Dalam pada itu, Tengku Putera berkata, dijangkakan lebih 400,000 pengunjung bakal memenuhi perkarangan stadium tersebut sepanjang ekspo berlangsungyang menawarkan pelbagai tarikan kepada semua lapisan masyarakat.Tambahnya, Ekspo Terengganu 2018 menjanjikan keseronokan kepada pengunjung yang hadir ke sana menerusi pameran pembangunan negeri Terengganu termasuk menyediakan lebih 300 lot jualan seperti produk industri kecil sederhana, food truck, car boot sale dan jualan rakyat serta T-Kitchen."Pelbagai aktiviti dijalankan oleh peserta-peserta yang terlibat termasuk hadiah yang menarik kepada pengunjung."Selain daripada itu, lebih 100 gerai jualan turut disediakan di situ bagi menarik lebih ramai pengunjung. Kita juga turut menyediakan 66 'car boot sale', 55 'food truck' dari seluruh Malaysia, dan banyak lagi," katanya.
22 Feb 18
49
Bas Amfibia Jadi Bahan Fitnah
Ahmad Razif bersama wakil panel penasihat klinik kesihatan yang menerima bantuan kewangan untuk jabatan. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Bas amfibia (Amphicoach) yang diterima kerajaan negeri dua hari lalu menjadi sasaran fitnah segelintir individu di laman media sosial yang menyatakan kenderaan itu rosak.Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beliau cukup kesal dengan dakwaan itu sedangkan video yang ditular seakan bas tersekat ketika mahu naik ke daratan itu adalah prosedur biasa yang perlu dilalui kerana mahu memeriksa enjin."Perkara sebegini tak bagus untuk industri pelancongan sedangkan apa yang kita buat, adalah untuk kepentingan rakyat," katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Terengganu dan Timbalan Menteri Kesihatan Bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Terengganu di Duyong Marina, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dato’ Dr Azman Abu Bakar yang mewakili Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Pengarah Kesihatan Terengganu Dr Mohammad Omar.Ahmad Razif berkata, walaupun pembelian bas amfibia menelan belanja tinggi, ia mampu merancakkan industri pelancongan."Walaupun harga kenderaan ini mahal, rakyat kena faham industri pelancongan adalah aktiviti berganda yang mana setiap ringgit kita keluarkan, kita akan dapat pulangan tiga ringgit yang akhirnya akan dapat kepada rakyat juga."Kenderaan ini hanya ada 13 buah saja di seluruh dunia dan kita negara kedua di Asia serta pertama di Asia Tenggara memilikinya, ditambah tarikan 'drawbridge' (jambatan angkat) nanti, berebut orang datang dan berbelanja di sini," katanya.Beliau berkata, bas jenis 'amphicoach' berharga RM3 juta itu akan mula beropersi di sekitar bandar raya ini selepas melalui beberapa prosedur yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.“Pada masa sama memilih pemandu berpegalaman yang boleh mengendalikan kenderaan dua alam itu."Kita nak perkasakan aktiviti pelancongan di Kuala Terengganu dan kerana itu bas ini akan beroperasi di daerah ini di laluan yang sudah disediakan termasuk menyusuri Sungai Terengganu," katanya.
22 Feb 18
94
TDM Berhad Taja Pakej Umrah Untuk Pekerja Cemerlang
Ahmad Razif bersama kakitangan penerima anugerah cemerlang TDM Berhad. Foto Harish Fadzillah KassimKumpulan Terengganu Development Management (TDM) Berhad menawarkan pakej mengerjakan umrah kepada 19 pekerja cemerlang syarikat ituMereka bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) dijangka menunaikan ibadat itu pada 14 hingga 25 Mac depan.Tawaran pakej umrah bersama Andalusia Travel & Tours bernilai RM8,000 setiap seorang yang julung kali itu diberikan sempena menghargai jasa dan sumbangan mereka serta prestasi cemerlang yang ditunjukkan dalam perkhidmatan.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohamat Muda berkata, daripada 19 penerima, 12 daripadanya adalah pekerja cemerlang mengikut kategori syarikat di bawah Kumpulan TDM terdiri daripada pengurusan tertinggi, eksekutif, supervisor dan pemandu.Menurutnya, setiap seorang daripada mereka menerima sijil penghargaan dan wang tunai.“Penilaian terhadap penerima berpandukan kepada Indeks Penilaian Prestasi Tahunan (KPI) terbaik bagi 2017 oleh TDM dan syarikat masing-masing.“Selain itu, pengurusan TDM juga mengambil kira kecemerlangan yang diberikan oleh kakitangan tersebut dalam menjalankan tugas dengan penuh komitmen, dedikasi, berdisiplin tinggi, mengamalkan sikap berpasukan dan hasil kerja yang berkualiti,” katanya sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan TDM 2018, Kuala Terengganu, malam semalam.Majlis itu disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Anugerah prestasi syarikat terbaik dan cemerlang dibahagikan mengikut kategori perladangan, kilang dan hospital. Bahagian perladangan dimenangi Ladang Jaya di bawah pengurusan Saifuddin Mustaffa, manakala bagi kilang dimenangi Kilang Kelapa Sawit Kemaman di bawah pengurusan Shahbudin Usop serta hospital pula di menangi Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS) di bawah kepimpinan Abel Ahing.Manakala anugerah pencapaian TTB TDM diperkenalkan pada 27 Februari 2017 turut diberikan kepada syarikat yang telah laksanakan EPP (Entry Point Projects) bagi 2017 iaitu EPP 20 (World Class Replanting Program ), EPP 6 (Completing of Kemaman Bio Compost Plant), EPP 28 (Introduce New Specialties and Treatment Modalities) dan EPP 34 (Implement Effective Performance Management Process).Sementara itu, anugerah prestasi individu terbaik dibahagikan mengikut empat kategori iaitu Kategori Pengurus dan Ketua Jabatan Terbaik dimenangi Norfar’izan Hashim, Eksekutif Terbaik (Mohd Fahmi Azmi), Penyelia Terbaik (Mohd Azmi Omar) dan Pemandu Terbaik (Zainuddin Ibrahim).Selain itu, kategori Pengurus Ladang dan Kilang Terbaik dimenangi Abdullah Zawawi Jusoh, Penolong Pengurus Ladang dan Kilang Terbaik (Mohamad Firdaus Abd Sata), Kakitangan TeknikalLadang dan Kilang Terbaik (Y.M Engku Zahadi Engku Zawawi) Pekerja Am Ladang dan Kilang Terbaik (Ismail Abdul Rahim).Bagi kategori hospital pula empat kategori dipertandingkan iaitu kategori Ketua Hospital Terbaik (Abel Ahing), Pengurus dan Ketua Jabatan Terbaik (Mohammad Ghazali Zainal Yusof), Kategori Eksekutif Terbaik (Norazreen Ahmad Zaini) dan Penyelia Terbaik (Shahrol Nizam Mohd Hadzri).
21 Feb 18
498
Kem Sri Pantai Dinaik Taraf Jadi Pusat Operasi Batalion Infanti Para
Menteri Besar bersama pegawai dan sebahagian anggota dalam Pasukan Aturgerak Cepat selepas mempamerkan keupayaan masing-masing dalam demonstrasi sempena pengistiharan Pengoperasian 18 RAMD (Para), di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kem Sri Pantai Seberang Takir yang menempatkan Batalion Ke-18 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dinaik taraf apabila bermulanya pengoperasian 18 RAMD sebagai sebuah Batalion Infanti (Para) yang dilancarkan, hari ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, batalion yang dibentuk sejajar dengan penstrukturan semula Tentera Darat bagi mewujudkan pasukan elit yang lebih siap siaga dalam mendepani segala ancaman musuh dan menjaga keamanan negara.“Terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Kasim yang mengistiharkan pengoperasian 18 RAMD (Para). Secara tidak langsung Kem Sri Pantai Seberang Takir Batalion 18 sudah dinaik taraf menjadikan pasukan tentera elit yang melibatkan tindakan ekstrim dan lebih agresif.“Lebih-lebih lagi, rasa bertuah Batalion Ke-18 ini kerana mendapat dua panglima, Panglima 8 Briged dan Panglima 10 Briged. Secara tidak secara langsung akan memperkukuh dan memperkuatkan Batalion Ke-18 ini dan juga memberi banyak peluang serta manfaat daripada apa yang diisytiharkan pada hari ini,”kata beliau.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Pengoperasian 18 RAMD, di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Kasim; Panglima 2 Divisyen Mejar Jen Dato' Mohd Ramli Jaafar; Pegawai Memerintah 18 RAMD (Para), Leftenen Kolonel Din Izuan Mahar Afandi.Sebelum itu, dalam ucapan beliau berkata, peranan pasukan keselamatan kita dalam menjaga keamanan dan keharmonian negara amat besar dan penting.Katanya, mereka mungkin tidak mengharapkan balasan atau pengiktirafan kerana sememangnya sudah menjadi tugas dan tanggungjawab mereka untuk menjaga keamanan. Bagaimanapun,sebagai orang awam sekurang-kurangnya kita mencontohi semangat dan tahap profesionalisma anggota keselamatan untuk dijadikan inspirasi. “Tambahan pula menjaga keamanan dan keharmonian bukanlah tugas pasukan keselamatan semata-mata. Saya sangat berharap, anggota masyarakat dapat bersama-sama meletakkan usaha menjaga keamanan dan kemakmuran ini sebagai agenda yang boleh dikongsi bersama. Elakkanlah dan jauhilah perkara yang boleh dianggap menjejaskan keamanan negara dan keharmonian kaum,”katanya.
21 Feb 18
1943