Artikel "Semasa" Terkini
EKSPO TERENGGANU 2018: Lembu Sado Curi Perhatian
Hero si sado yang berjaya memikat hati ramai pengunjung bernilai RM25,000Sekumpulan lembu sado berjaya mencuit perhatian ramai pengunjung di Ekspo Terengganu 2018 yang sedang berlangsung di perkarangan Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus bermula 25 Februari sehingga 3 Mac ini.Sado dan berotot dengan saiz yang besar menjadikannya sebagai salah satu booth yang dikunjungi ramai tidak mengira usia setiap masa.AtehDinamakan dengan nama-nama unik oleh pemilik-pemiliknya,setiap seekor mampu mencapai berat antara 700 kilogram dan boleh mencapai sehingga satu tan.Hero si lembu sado yang paling mencuri tumpuan ialah baka Charolis yang berusia empat tahun lima bulan bernilai RM25,000 milik Ahmad Ramali Mohd. Nor dari Kuala Terengganu.Juga lembu yang dinamakan Tapong berusia tiga tahun 8 bulan berharga RM20,000 dari baka Belgium Blue milik Mohd. Rofi Abd. Razak dari Kemaman dan Ateh milik Ibrahim Mohammad dari Kampung Gong Pok Maseh di sini berusia empat tahun dengan nilai harga RM20,000.Nurfatihah Zakaria bersama rakan teruja melihat salah seekor lembu sado yang dipamerkan Sementara itu, pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Nurfatihah Zakaria, 21, dari Pulau Pinang berkata, dia begitu teruja melihat saiz setiap lembu yang dipamerkan."Ya Allah..memang terkejut sangat tengok sendiri depan mata betapa besarnya lembu sado ni. Sebelum ni cuma baca dalam suratkhabar dan media sosial je tapi hari ni secara 'live'."Tak sangka ada lembu sebesar ni.. saya nak ambil gambar dan video bersama lembu-lembu sado ni untuk tunjuk kat emak dan keluarga bila balik ke Pulau Pinang, " ujarnya.
26 Feb 18
760
Keselamatan Di Beberapa Lokasi Akan Dipertingkatkan
Sebahagian daripada peserta seminar bergambar bersama Ahmad Razif di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Kerajaan Negeri bakal memperketatkan ciri-ciri keselamatan di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti bagi menjamin keselamatannya.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata isu keselamatan tidak boleh dikompromi kerana sejak kebelakangan ini terdapat banyak kes-kes telahpun berlaku.“Kita sudah mengenalpasti lokasi-lokasi tersebut dan kita akan perketatkan dari segi kawalan keselamatan.“Lokasi yang dikenalpasti antaranya kawasan tenaga eletrik, telekomunikasi, penyiaran, minyak,gas, pengangkutan, pengairan, percetakan, air dan sebagainya termasuk juga di pejabat Wisma Darul Iman yang menjadi tempat tumpuan,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Seminar Sasaran Penting Peringkat Zon Pantai Timur Tahun 2018 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Toantowee Mohd Lotfie, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia (sektor Dasar), Kapten Rusli Abd Rahman dan Pengurus Besar Kanan Jabatan Keselamatan Kumpulan Petronas, Mohamed Abdul Kader Mohamed Kassim.Tambah Ahmad Razif, selepas perbincangan dibuat bersama Wan Nawawi, langkah-langkah keselamatan akan dilakukan sebelum sesebuah majlis bermula yang melibatkan ramai pengunjung.“Taklimat keselamatan perlu diberikan sebelum majlis bermula kerana kita tidak boleh menduga apa sahaja malapetaka atau musibah yang boleh berlaku pada bila-bila masa,” katanya.Menurut statistik terkini daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Zon Pantai Timur menunjukkan, terdapat sejumlah 77 Instalasi Sasaran Penting yang masih aktif dan berfungsi di sekitar Zon Pantai Timur.
26 Feb 18
75
EKSPO TERENGGANU 2018 : Mat Dan Dapat Berita Mengejutkan
Zahid menjemput Mat Dan ke pentas ketika pelancaran Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Haris Fadzillah Abu Kassim dan Tengku Syamim Tengku Ismail.Dok seke (tidak sangka) pun impian jadi kenyataan bila naik pentas dijemput oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM), Dato' Seri Dr Mohd Zahid Hamidi dan kemudian mengumumkan saya layak mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) negara ini, kata ikon Ekspo Terengganu 2018, Mat Dan.Mat Dan atau Mohammad Kareef Daniel Abdullah,29, atau nama asalnya Daniel Tyler merupakan warganegara United Kingdom berkata pengumuman merupakan berita gembira kepada setelah sekian lama menunggu."Memang berdebar sangat apabila TPM panggil naik pentas dan sebut saya sebagai ikon Terengganu..dan bila dia umum saya sebagai Penduduk Tetap Malaysia..rasa terkejut dan rasa nak cium je tangan TPM."Dok sangka sebab saya sebelum ni memohon visa perkhawinan setiap enam bulan di Kuala Lumpur, baru dalam proses untuk status visa tapi dapat berita gembira ini dari TPM hari ini, " katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, hari ini.Zahid merasmikan Ekspo Terengganu 2018. Beliau diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Mat Dan berkata ini, pengumuman yang cukup bermakna itu akan dikenang seumur hidupnya terutama jasa Menteri Besar yang memanjangkan permohonan itu kepada TPM sebelum ini."Terima kasih yang tak terhingga kepada MB sebab sokong permohonan saya dan kini saya 'berhutang' kepadanya dengan berita gembira ini."Sebagai Duta Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, saya akan bergerak aktif dalam mempromosi negeri dalam pelbagai aspek terutamanya pelancongan negeri," katanya lagi.Mat Dan mula menetap di Malaysia sejak tahun 2009 selepas pengembaraan beliau ke Pulau Kapas , mula memeluk Islam pada tahun 2013 dan berkahwin dengan seorang gadis tempatan pada Mac 2017.Mat Dan cukup dikenali kerana kefasihan beliau bertutur bahasa melayu dialek Terengganu dengan baik.Kini, beliau lebih dikenali dalam rancangan TV yang berkisar tentang pengembaraannya bersama rakan-rakan yang bertajuk "Haramain Backpackers - Trans Siberian" dan juga sebagai pengacara rancangan "Mat Dan Kaki Jalan".
26 Feb 18
57
EKSPO TERENGGANU 2018: TPM Puji Terengganu Eksport Nasi Dagang Ke Luar Negara
Gimik pelancaran Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Haris fadzillah Abu Kassim dan Tengku Syamim Tengku Ismail. Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan langkah Kerajaan Negeri Terengganu memasarkan makanan tradisional sejuk beku sehingga ke pasaran antarabangsa adalah langkah yang sangat bijak dan wajar dipuji semua pihakKatanya, difahamkan tindakan luar biasa dengan memasarkan nasi dagang dan keropok lekor itu mendapat permintaan sangat menggalakkan terutama di London, United Kingdom (UK) dan Australia.“Melalui usaha itu, Terengganu mampu memperoleh pendapatan mencecah jutaan ringgit dan apa yang dilakukan wajar diteruskan untuk kepentingan ekonomi negeri dan rakyat,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri Besar, Dato’ seri Ahmad Razif Abd Rahman; Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO turut memberitahu rakyat Terengganu perlu memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan diadakan tidak lama lagi kerana kerajaan BN akan melakukan yang terbaik untuk mereka.Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, semua janji untuk memajukan negeri ini akan ditunaikan.“Oleh itu, tidak ada sebab untuk menukarkan kepimpinan sedia ada kerana lebih banyak lagi perancangan dan pembangunan boleh dilakukan kerajaan demi kepentingan rakyat sekali gus memastikan kejayaan negara ini pada masa depan,” katanya.
26 Feb 18
79
EKSPO TERENGGANU 2018 : RM2.2J Belanja Untuk SSPN-i
Kerajaan negeri memperuntukkan RM2.2 juta kepada 21,299 penerima Saguhati Kelahiran Anak Terengganu melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN -i) dalam tempoh dua tahun sehingga 2017.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, insentif itu membuktikan kecaknaan kerajaan kepada rakyat negeri dalam menjaga kebajikan mereka melalui penabungan SSPN-i.Jelasnya lagi, ia adalah satu cara dan kaedah pihak kerajaan membantu keluarga dari segi kelahiran dan masa depan anak tersebut."Kita cuba beri galakan awal kepada ibu bapa memikirkan betapa pentingnya penabungan kepada anak-anak."Masa depan anak-anak cukup mencabar dan inilah masa yang sesuai kita galakan ibu bapa menabung untuk kepentingan anak mereka."Sebab itu, kerajaan negeri memikirkan peringkat awal skim ini sebagai satu cara galakan awal supaya ibu bapa lebih yakin apa yang kita buat ini untuk membantu penabungan masa depan anak mereka," kata Roslee.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Saguhati Kelahiran Anak Terengganu 2018 & ADAM50 di Dataran Bidara, Main Tent, Pekarangan Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Seramai 200 penerima sagu hati kelahiran anak Terengganu menerima kad SSPN-i pada majlis berkenaan.Turut hadir, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Roslee berkata, pihaknya akan meneruskan kempen sumbangan sebanyak RM100 setiap kelahiran anak pertama hingga keenam, RM200 bagi anak ketujuh, RM300 bagi anak kelapan, RM400 bagi anak kesembilan dan RM500 bagi kelahiran seterusnya dengan menyalurkan sumbangan itu menerusi SSPN-i.
25 Feb 18
71
EKSPO TERENGGANU 2018: TPM Tiba Di Terengganu
Ahmad Razif menyambut ketibaan Ahmad Zahid yang tiba di LTSM, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, kira-kira jam 11.45 pagi ini.Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Sejurus tiba di LTSM, Ahmad Zahid terus bergerak ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Terengganu untuk mesyuarat pengurusan PDRM Kuala Terengganu.Sebelum merasmikan Ekspo Terengganu 2018 pada jam 4.00 petang, Ahmad Zahid akan merasmikan Program GOTV 2314 di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu.Timbalan Perdana Menteri dijangka akan bertolak pulang jam 6.15 petang ini selepas merasmikan Ekspo Terengganu 2018.
25 Feb 18
38
EKSPO TERENGGANU 2018: TPM Bakal Rasmi Ekspo Terengganu 2018
Orang ramai membanjiri kaunter pendaftaran Ekspo Terengganu 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bakal merasmikan Ekspo Terengganu 2018 yang sedang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.Ahmad Zahid yang dijangka tiba jam 11.45 pagi nanti di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus akan terus bergerak ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Terengganu untuk mesyuarat pengurusan PDRM Kuala Terengganu.Sebelum merasmikan Ekspo Terengganu 2018 pada jam 4.00 petang, Ahmad Zahid akan merasmikan Program GOTV 2314 di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu.Lawatan Timbalan Perdana Menteri dijangka akan tamat pada jam 6.15 petang ini selepas merasmikan Ekspo Terengganu 2018.
25 Feb 18
133
EKSPO TERENGGANU 2018: Pengunjung Usia 7 Tahun Menang Motosikal
Tengku Putera melakukan cabutan bertuah untuk hari pertama bagi Ekspo Terengganu 2017. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Ekspo Terengganu 2018 bagi hari pertama menyaksikan hampir 10,000 pengunjung mendaftarkan diri untuk merebut peluang memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah yang disediakan sepanjang ekspo tersebut.Dalam cabutan yang dilakukan untuk hari pertama tersebut, 21 cabutan telah dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang.Pemenang-pemenang yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urusetia untuk menuntut hadiah mereka.Hadiah utama harian berupa sebuah motosikal untuk hari pertama telah dimenangi oleh pengunjung berumur tujuh tahun.Ekspo yang berlangsung selama tujuh hari bermula hari ini bakal menawarkan pelbagai hadiah untuk dimenangi termasuk rumah, lot tanah, kereta pacuan empat roda dan banyak lagi.
25 Feb 18
45
EKSPO TERENGGANU 2018: Sambutan Menggalakkan Untuk Hari Pertama
Tengku Putera menerangkan kepada pengunjung untuk membolehkan mereka memenangi hadiah cabutan bertuah pada Ekspo Terengganu 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Sambutan Ekspo Terengganu 2018 yang sedang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus menyaksikan lebih 40,000 pengunjung hadir memenuhi tapak ekspo tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, sambutan bagi hari pertama sangat luar biasa.Katanya, walaupun hanya hampir 10,000 pengunjung yang berdaftar kerana terdapat sedikit kekurangan, namun angka tersebut tidak termasuk mereka yang datang untuk menyaksikan sendiri keunikan ekspo tersebut."Kita mempunyai sedikit kekurangan untuk hari pertama dari segi penerangan yang dilakukan serta pendaftaran."Namun demikian, ianya akan segera ditambah baik bagi memudahkan pengunjung yang hadir ke ekspo ini," katanya kepada Teganukita.Dijangkakan, sepanjang tujuh hari ekspo tersebut berlangsung, lebih 400,000 pengunjung akan membanjiri perkarangan kompleks sukan itu.Pelbagai aktiviti menarik disajikan kepada pengunjung di tapak ekspo itu termasuk lebih 100 gerai jualan turut disediakan di situ.
25 Feb 18
57
Syarikat Telco Perlu Pantau Kad Sim Kitar Semula
Jailani menyampaikan bantuan cermin mata kepada salah seorang ahli persatuan pesara kerajaan Malaysia Cawangan Hulu TerengganuSyarikat Komunikasi perlu memantau agen yang dilantik bagi mengekang masalah kitar semula kad sim di kalangan pengguna telefon mudah alih di negara ini.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Seri Jailani Johari berkata ini perlu dilakukan kerana kad sim yang dikitar semula boleh mengundang pelbagai masalah kepada pengguna yang mendapat kad sim tersebut."Ini berlaku kerana sikap kurang cakna oleh agen-agen yang dilantik oleh syarikat komunikasi dan pihak SKMM memandang serius perkara tersebut...kajian terperinci juga sedang dijalankan."Pengguna asal dah minta batal tapi tak dibatalkan...kitar semula dan pengguna baru kad sim termasuk pengguna asal akan berhadapan pelbagai masalah termasuk kecurian data, 'cloning'dan sebagainya."Bila siap kajian oleh pihak kementerian, kita gunakan hasilnya untuk kemaskini bagi membanteras isu-isu yang berkaitan dengan kitar semula kad sim ini, " kata Jailani.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program 'Kami Nak Sihat' Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, hari ini.Beliau turut menasihatkan kepada pengguna telefon mudah alih supaya sentiasa mengemaskini maklumat bagi mengelakkan masalah berkaitan apabila berlaku kitar semula kad sim.
25 Feb 18
52