Artikel "Semasa" Terkini
EKSPO TERENGGANU 2018 : Senarai Pemenang Belum Tuntut Hadiah
Berikut adalah senarai nama pengunjung yang menyertai cabutan bertuah dan belum menuntut hadiah masing-masing sempena Ekspo Terengganu 2018 bermula 25 Februari sehingga 27 Februari 2018.Pihak urusetia Ekspo Terengganu 2018 mahu semua pengunjung bertuah ini dapat menebus hadiah masing-masing di booth hadiah dibelakang pentas utama di sini. 25 Februari 2018 (Ahad BILNAMAMYKID@MYKADNO TELEFON1.Muhammad Zulkifli Bin Rifin02033011061501637407602.Nur Shahwanie Bt Mohamad Yaacob01020911035801791384383.Nur Amirah Bt Kamaruzaman98040911546801131253012 26 Februari 2018 ( Isnin) BILNAMAMYKID@MYKADNO TELEFON1.Nik Mariam binti Nik Yaacob66040703524201452958372.Muhammad Faiz Bin Ambak99122811509101480314223.Nek Mah binti Ismail68010711520601422756524.Hami bin Hussin68021511555301397445265.Ismail bin Hassan68021611520701395795006.Wan Ahmad Shahril bin Wan Musa8709181158137.Nurul Akmal binti Mohd Bidi89120311548401326944308.Fatahiyyah Binti Alias@Mansor75010111732401698490459.Mohd Adib Bin Mokhtar960916026293012570069210.Abd Rahman bin Yaacob7811171150770111074788011.Mohamad Syihabuddin Putra bin Bah9611191152630112195858212.Norizan binti Yaacob56020811545013.Wan Muhammad Asyraf Bin Wan Khai041016110345017927006914.Noniyati binti Samat751028115238017927006915.Normaiza binti Idris8501131154980179326581 27 Februari 2018 (Selasa) BILNAMAMYKID@MYKADNO TELEFON1.Nur Anis Nazirah binti Ubaidillah (Motor)06050711012401992790272.Nohd Fitri bin Suhaimi031122110075011289451083.Muhammad Ammar bin Ubaidillah16041411062501992790274.Zarina binti Yahya75050111542401090024005.Che Mazenah binti Mustafa68011111551601390131566.Abdul Halim bin Abdul Rahman780826115489011161253597.Mohd Rizuwan bin Ishak80111611501101890697188.Nur Fatihah binti Yunus94082411586401752112089.Zik bin Muda620323115099014673361310.Zainab binti Salleh6105181153560113126112611.Sofea binti Mohd Saiful Kamil090102110350014527892212.Suraya Nur Qistina bt Saari0701071105620112193766013.Wan Shukrina binti Wan Endut721123115028013919395014.Halmie Sham bin Saidi860525295455013982181315.Siti Zaharah Wati bin Ibrahim810717115046018957404616.Munir Atmam010503120637013850815717.Mohd Iqbal Faris bin Mohd Yusoff0106120603030112356267818.Ausie Khaleeda binti Mohd Saiful171019110530014527892219.Ahamadi bin Awang660112115077019948969120.Che Muhammad Adam Firash bin Che141101110321019971959521.Noor Hasimah binti Salleh6101121151940111946722522.Muhammad Hisyamuddin Abror bin Ma011120110129017917082723.Zairinzin bin M. Yunus620702045113019980819624.Norazlira binti Awang820309115548012964504925.Khaira Yafi binti Ahmad Fitri100227110270016060671626.Othman bin Ali @ Muda7412071151890192200223
28 Feb 18
417
EKSPO TERENGGANU 2018 : Kumpulan Dendang Anak Pukau Penonton
Kumpulan Dendang Anak Jenagor berjaya memukau pengunjung Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, dengan persembahan unik mereka tentang kebudayaan melayu dalam menyampaikan lagu bercirikan ketuhanan.Kumpulan ini menjadi perintis menggunakan kaedah muzik budaya Melayu sebahagian cara pemulihan untuk mengembalikan adat, sopan santun kepada penghuninya berpengkalan di Madrasah Khairul Insan, Jenagor,Hulu Terengganu.Pengasasnya, Zulkifle Ismail, 60, berkata asalnya terapi ini digunakan untuk penagih sebab kalau menggunakan kitab mereka mudah mengantuk, tidur dan hilang fokus.Jelasnya lagi, kaedah muzik ni bukan sahaja menjauhkan mereka dari `budaya kuning' dan tidak sihat, tetapi menerapkan nilai kemelatyuan itu sendiri."Jadi saya tulis lirik dan isinya kita ajar nama Tuhan, nasihat dalam kaedah lagu. Sudah cipta 500 lagu..muziknya sampai pagi pun tidak apa, berkesan..bukan sekadar berdendang dan menyanyi tapi kena amalkan apa yang mereka dendangkan"Contohnya nak suruh hafal Asma AlHusna ..payah nak ingat tapi saya cipta 99 lagu berdasarkan nama Tuhan, setiap satu nama satu lagu..mereka boleh hafal," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tapak Ekspo Terengganu 2018, Kuala Nerus, hari ini.Zulkifle yang lebih dikenali sebagai Abang Ku berkata, apabila kumpulan Dendang Anak ini menjadikan muzik sebagai terapi diri dan menjadi terkenal apabila sering diundang dalam majlis perkahwinan termasuk di majlis rasmi."Bila kita buat kumpulan muzik sebagai terapi dalam diri dan akhirnya menjadi terkenal seterusnya mewakili malaysia dalam pertandingan World Muzik sebanyak empat kali dan tahun lepas mewakili Malaysia dalam pertandingan muzik di Mesir."Ini merupakan pencapaian terbaik buat bekas-bekas penagih bila mereka tidak lagi menagih, mereka mampu mewakili negara ke taraf antarabangsa."Sekarang kita ada Dendang Anak Terengganu, Dendang Anak Kedah dan juga Dendang Anak Selangor. Apabila ada acara kita akan pilih yang terbaik daripada semua yang ada untuk jadi Dendang Anak Kebangsaan," katanya lagi.Menurut Abang Ku, cawangan kumpulan Dendang Anak kini ada di Kedah, Perak, Selangor, Terengganu, Sabah dan Indonesia dan matlamat utama adalah untuk menyatukan rumpun budaya Melayu dengan mengembalikan nilai-nilai Melayu kepada anak bangsa supaya tidak luput.Jelasnya lagi, kumpulan Dendang Anak Jenagor adalah perintis dan mula berkembang apabila dilantik sebagai duta kebudayaan Negeri Terengganu pada zaman bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh oleh Kementerian Pelancongan setelah terpilih mewakili malaysia ke World Muzik ketika itu."Kalau dulu di peringkat awal kita tidak ada penari tapi selepas satu generasi ianya telah berkembang apabila anak-anak kepada bekas penghuni mula berjinak dalam bidang ini dan dilatih untuk menjadi penari untuk dendang anak."Kita wujudkan Malam Melayu Sejati setiap hujung minggu sejak lima tahun lepas untuk hidupkan budaya Melayu di mana mereka akan berpakaian busana Melayu, menari dan mendendangkan lagu Melayu....bila cuti sekolah kita buat perkampungan budaya Melayu sempena cuti sekolah selama sebulan," ujarnya.
28 Feb 18
1526
EKSPO TERENGGANU 2018: Hari Ketiga Rekod Lebih 100,000 Pengunjung
Orang ramai yanng mengunjungi Ekspo Terengganu 2018. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Dalam tempoh tiga hari, sehingga semalam hampir 100,000 individu pelbagai peringkat umur direkod mengunjungi Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Stadium Negeri, Gong Badak Kuala Nerus.Timbalan Pengerusi 2 Jawankuasa Induk ekspo itu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, berkata, jumlah itu termasuk 60,000 individu yang mendaftar bagi menyertai pertandingan cabutan bertuah bagi merebit pelbagai hadiah harian dan utama.Ekspo yang bermula 25 Februari hingga 3 Mac itu, mendapat sambutan luar jangkaan apabila pengunjung tanpa menghiraukan cuaca panas membanjiri tapak ekspo bagi mendapatkan maklumat pembangunan kerajaan negeri serta menyertai cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan.Pengunjung dari Kampung Bukit Payong, Marang, Zarida Zakari berkata, hadiah lumayan yang disediakan untuk cabutan bertuah boleh dianggap sebagai sumbangan berharga kepada rakyat Terengganu."Saya sangat teruja untuk datang ke ekspo ini dan sejak awal pagi tiba bersama keluarga untuk merasai sendiri apa yang disajikan kepada orang ramai," katanya ketika ditemui di tapak ekspo, semalam.Pelbagai hadiah lumayan, termasuk tanah, rumah dan kereta bernilai lebih RM1.5 juta bakal dimiliki pengunjung Ekspo Terengganu 2018.Program dan aktiviti menarik disusun sepanjang ekspo berlangsung bertujuan memberi pendedahan kepada rakyat mengenai kejayaan pembangunan yang dilakar Terengganu.Ekspo itu juga menyediakan lebih 200 lot jualan produk industri kecil dan sederhana (IKS), 64 peniaga car boot sale, 55 peniaga kenderaan saji dan 20 peniaga T-Kitchen.Pengunjung juga berpeluang beramah mesra dengan selebriti dan atlet negara, menonton persembahan kebudayaan dan mereka yang mencari pekerjaan, boleh mengikuti temu duga terbuka. Seramai 400,000 pengunjung dijangka mengunjungi ekspo yang berlangsung selama tujuh hari itu
27 Feb 18
63
EKSPO TERENGGANU 2018: Tutup Dua Jam Untuk Solat Jumaat
Tengku Putera menikmati hidangan bersama pengamal media Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus akan ditutup sementara waktu bermula jam 12.00 tengah hari sehingga jam 2.00 petang pada Jumaat ini untuk memberi ruang umat Islam menunaikan Solat Jumaat.Timbalan Pengerusi 2 Jawankuasa Induk ekspo itu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, berkata keputusan itu dibuat bagi mengelak umat Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat dengan berlegar- legar di ruangan pameran.Katanya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa Induk Ekspo Terengganu 2018.“Dalam tempoh itu, mana-mana wanita atau isteri boleh berehat di kawasan pantai berdekatan sementara menunggu ekspo kembali dibuka pada jam 2.00 petang. “Pihak kami memaklumkan perkara ini kerana dibimbangi menjadi tular oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyatakan tetap beroperasi walaupun ketika umat Islam sedang menunaikan Solat Jumaat,”katanyaBeliau berkata demikian pada sidang media khas sempena Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, petang semalam.Tengku Putera turut memberitahu hadiah utama akan diumumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada jam 10.00 malam pada hari terakhir ekspo bertempat di pentas RTM, di tapak ekspo berkenaan.“Pendekatan itu bagi memberi peluang orang ramai terus mengunjungi ekspo sehingga saat akhir sebelum ditutup pada malam 3 Mac ini,” katanya Hadiah utama bakal menanti pengunjung bertuah berupa sebuah rumah di Pangsapuri Ladang Tok Pelam, satu lot tanah perumahan, satu lot tanah pertanian, sebuah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
27 Feb 18
37
EKSPO TERENGGANU 2018 : Pelajar Tahun Enam Bawa Pulang Motosikal Hari Ketiga
Seramai 21 pemenang cabutan bertuah diumumkan pada hari ketiga Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, malam tadi.Semua senarai pemenang diumumkan oleh Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak bersama personaliti terkenal, Muhammad Kareef Daniel Abdullah atau Mat Dan.Sementara itu, hadiah utama harian berupa motosikal dimenangi oleh pelajar Tahun Enam, Nor Anis Nazirah Ubaidillah.Bagaimanapun, Nor Anis Nazirah tidak hadir dan pelajar bertuah itu akan dihubungi pihak sekretariat bagi proses menuntut hadiah berkenaan.Selain motosikal, cabutan bertuah harian turut menyediakan pelbagai hadiah menarik yang lain seperti telefon pintar, barangan elektrik dan banyak lagi.Sebelum itu, pelajar lelaki Tahun Lima memenangi cabutan bertuah motosikal pada hari kedua Ekspo Terengganu 2018.Muhammad Haikal Daniel Mohamad, 11, muncul pengunjung bertuah daripada ribuan peserta apabila membawa pulang hadiah yang menjadi rebutan ramai itu. Sementara hari pertama juga dimenangi kanak-kanak berusia tiga tahun.-Terengganunews
27 Feb 18
49
Agensi Kerajaan Diseru Martabatkan Budaya Hidup Berteraskan Al-Quran.
Kerajaan negeri menyeru mana-mana agensi yang mempunyai keupayaan dan kepakaran agar sama-sama memainkan peranan mengatur program yang boleh memartabatkan budaya hidup berteraskan Al-Quran.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail berkata pentadbiran negeri bersedia untuk melihat dan memberi perhatian terhadap cadangan-cadangan tersebut termasuklah menimbang keperluan peruntukan yang munasabah jika perlu."Pihak pentadbiran akan terus memberi keutamaan dan perhatian serius dalam memastikan program-program yang bertujuan meningkatkan ketinggian syiar Islam."Sebagai contohnya majlis-majlis hafazan, sambutan awal Muharram, sambutan Maulidur Rasul dan lain-lain lagi telahpun ditetapkan dalam kalendar pentadbiran negeri sebagai agenda tetap dan rasmi bagi kerajaan negeri," katanya ketika berucap alu-aluan di Majlis pembukaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Tahun 1439H/2018M di Dataran Waterfront Kuala Berang.Wan Nawawi yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri berkata pentadbiran negeri telahpun menyemak keperluan penganjuran majlis ini dalam semua aspek agar perjalanan kedua-dua majlis ini mencapai matlamatnya."Pada tahun ini peruntukan bagimenjayakan Majlis Menghafaz dan Tilawah Al-Quran telah dinaikkan kepada RM900,000 berbanding dengan tahun sebelumnya sebanyak RM680,000."Keprihatinan pentadbiran negeri kepada qari dan qariah tidak terhenti apabila berakhirnya penganjuran Majlis Tilawah pada setiap tahun."Dalam usaha menghargai jasa dan sumbangan qari dan qariah yang telah menjadi johan peringkat kebangsaan, satu skim telah diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu berupa saguhati bulanan sebanyak RM500.00 sebulan setiap orang,"katanya lagi.Menurut Wan Nawawi, pemberian ini merupakan satu bentuk penghargaan sepanjang hayat dan diharap akan menjadi dorongan kepada qari dan qariah lain supaya mereka lebih bersemangat menempah kecemerlangan di peringkat kebangsaan seterusnya ke peringkat antarabangsa.
27 Feb 18
74
Terengganu Istiqomah Kembangkan Syiar Islam
Kerajaan negeri akan terus istiqomah dalam meningkatkan usaha mengembangkan syiar islam di Terengganu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata penyusunan segala dasar dan perancangan berpandukan kerangka Maqasid Syariah yang mementingkan pemeliharaan lima aspek manusia."Lima aspek iaitu Agama, Nyawa, Akal, Keturunan dan harta menjadi pegangan..inilah usaha dan iltizam kita sebagai kerajaan yang amanah dan bertanggungjawab dahulu sehingga sekarang."Ini dapat kita lihat dalam perkembangan mutakhir yang menampakkan minat dan kecenderungan masyarakat islam di negeri ini yang semakin meningkat dalam mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hal ehwal agama islam"Sebab itu, kerajaan negeri melalui pembentangan Bajet Terengganu 2018 baru-baru ini telah menggariskan beberapa titik sentuhan yang menjurus ke arah usaha meningkatkan syiar islam di Terengganu,"kata Ahmad Razif ketika merasmikan Majlis pembukaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Tahun 1439H/2018M di Dataran Waterfront Kuala Berang.Tambahnya lagi, tema sambutan pada tahun ini, ' Kesatuan Ummah, Kesejahteraan Negara' jelas menunjukkan bahawa islam amat mementingkan kesatuan dan perpaduan ummah yang merupakan kunci kesejahteraan dan keamanan negara bangsa."Sesungguhnya perpaduan bukanlah kata-kata yang bersifat retorik, perpaduan juga bukan tuntutan politik tetapi perpaduan adalah perintah Allah SWT, " ujarnya lagi.Seramai tiga qari dan tiga qariah memperdengarkan bacaan masing-masing, malam ini.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang, khamis ini.
27 Feb 18
47
EKSPO TERENGGANU 2018: Pemilik Mykad Pahang dan Kelantan Layak Daftar Diri
Rakyat Terengganu berstatus Mykad Pahang dan Kelantan tetap berpeluang mendaftar diri untuk merebut hadiah utama Ekspo Terengganu 2018.Perkara itu timbul apabila tular menerusi aplikasi whatsapp yang menyatakan rakyat Terengganu di daerah Besut, Setiu dan Kemaman yang dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Hospital Kota Bharu dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan tidak layak menyertai cabutan bertuah sempena ekspo ituPengerusi jawatankuasa kerja ekspo itu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, berkata beliau sedia maklum mengenai penyebaran mesej palsu tersebut dan mengambil langkah segera dengan membetulkan sistem komputer. “Pada masa sama, menampal kenyataan pada kaunter pendaftaran bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.“Pihak kami menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan mesej tular itu kerana kerajaan negeri tidak pernah mendiskriminasikan rakyat di semua daerah di Terengganu,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media khas sempena Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Stadium Negeri, Gong Badak Kuala Nerus, hari ini.Hadiah utama yang akan diumumkan pada hari terakhir ekspo itu ialah sebuah rumah di Pangsapuri Ladang Tok Pelam, satu lot tanah perumahan, satu lot tanah pertanian, sebuah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
27 Feb 18
37
EKSPO TERENGGANU 2018: 10 Persatuan Penduduk Terima Geran KP1M RM100,000
Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Sebanyak 10 persatuan penduduk sekitar negeri ini menerima geran Komuniti Penduduk 1Malaysia (KP1M) bagi tahun 2018 bagi menambah baik kemudahan serta sistem keselamatan di kampung masing-masing.Geran tersebut diserahkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam Majlis Penyampaian Geran Komuniti Penduduk 1 Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Tapak Ekspo Terengganu 2018, Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.Turut hadir dalam majlis itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Surayati Ibrahim, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Terengganu, Mohd Mufsi Lat.Sementara itu, Mufsi menyeru agar lebih ramai komuniti di Terengganu memohon geran tersebut bagi menambah baik kemudahan serta membaik pulih tahap serta sistem keselamatan di kampung masing-masing.Katanya, pihaknya terpaksa memulangkan kembali sebanyak RM130,000 kepada Kerajaan Pusat pada tahun lalu kerana komuniti dan masyarakat tidak menyedari tentang kewujudan geran itu.“Tahun lalu hanya 18 daripada 22 persatuan komuniti yang berdaftar memohon geran membabitkan perbelanjaan sebanyak RM170,00."Pada tahun ini sebanyak 48 komuniti sudah berdaftar dan daripada RM400,000 yang diperuntukkan, sebanyak RM100,000 geran sudah diagihkan kepada 10 komuniti,” katanya yang ditemui selepas majlis tersebut.
27 Feb 18
336
EKSPO TERENGGANU 2018: Buku Beautiful Terengganu Diterjemah Dalam Tujuh Bahasa
Ahmad Razif melancarkan Buku Beautiful Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Buku Beautiful Terengganu yang akan menjadi panduan dan rujukan khas kepada komuniti setempat dan pelancong luar negara bakal diterjemahkan ke dalam tujuh bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Cina, Arab, Korea, Jepun dan Jerman.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, terjemahan itu mengikut fokus promosi pelancongan negeri dan penterjemahan dalam bahasa Jerman sedang dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Frankfurt."Buat permulaan buku yang diterbitkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini adalah dalam bahasa Malaysia dan Inggeris. Selepas ini kita cadang terjemah ke bahasa Cina pula kerana pelancong dari China ramai datang ke sini," katanya.Beliau berkata demikian selepas melancarkan Buku Beautiful Terengganu dan Tourism Friends di Dataran Shahbandar, Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Kompleks Sukan Terengganu Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Buku cetusan idea dan diilhamkan sendiri oleh Ahmad Razif itu menonjolkan keunikan Terengganu terutama pulau, warisan dan makanan traditional dan ia menjadi cenderahati khas berkonsepkan "buku coffetable" di peringkat lokal dan global.Buku Beautiful Terengganu digarap oleh Pengarah Penerbit UMT, Dato’ Prof Madya Dr Noraien Mansor bertujuan membantu perhebatkan promosi serta galakan pelancongan kerajaan negeri.Penerbitan buku Beautiful Terengganu turut mendapat kerjasama dari Pejabat Pelancongan Terengganu yang memberi input-input penting untuk dimuatkan dalam buku ini.
27 Feb 18
91