lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: Buruh Binaan Juara Pertandingan Memancing
Mohd Jamri berjaya membawa pulang RM50,000. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailSeorang buruh binaan Mohd Jamri Tikan, 45, dari Pekan, Pahang menjadi pemenang utama selepas berjaya menaikkan keli berat 6.2 kilogram pada  Pertandingan Memancing Kelab RTM Terengganu Dan Nordin KTJ Fishing  sempena Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Mohd Jamri berjaya membawa  pulang wang tunai berjumlah RM50,000. Manakala tempat kedua dimenangi Mohd Afendi Wan Razak, 22 dari Kuala Besut membawa pulang wang tunai RM30,000 dan tempat ketiga (RM15,000) dimenangi Mohd Syukri Yusof, dari Kampung Pak Madah, Bukit Payong.Mohd Jamri berkata,  apa  diperoleh itu adalah hadiah paling lumayan yang pernah diperoleh sepanjang mengikuti pertandingan memancing di merata negeri."Hadiah paling besar  sebelum ini RM10,000 kerana menjuarai pertandingan memancing di negeri sendiri" Saya akan simpan duit itu untuk kegunaan keluarga, selain mahu dijadikan modal untuk menyertai pertandingan sama pada masa akan datang," katanyaKatanya, demi minat dia bersama enam  rakan sanggup datang dari jauh untuk menyertai pertandingan memancing di Terengganu."Bertolak dari rumah kira- kira jam 12 tengah malam, tiba di lokasi memancing pada jam 4 pagi tadi dan sehingga saat ini masih belum tidur," kata bapa kepada 4 orang cahaya mata.Hadiah pertandingan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Induk 2 Ekspo Dato' Muhammad Pehimi Yusof.Hampir 4,000 pemancing dari pelbagai negeri menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM195,000.
02 Mar 18
824
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: Lebih 300,000 Dicatat Hadir Sepanjang 5 Hari
Hari kelima penganjuran Ekspo Terengganu 2018 di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus mencatatkan angka yang paling ramai setakat ini, iaitu 82,938 pengunjung.Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Ekspo Terengganu 2018, Dato’ Tengku PuteraTengku Awang berkata, sepanjang lima hari hari penganjuran ekspo tersebut, seramai 300,308 orang telah dicatatkan membanjiri perkarangan kompleks itu.“Kehadiran pengunjung sangat luar biasa dan pihak penganjur jangka ia akan lebihmeningkat pada dua hari terakhir ini yang jatuh pada hari cuti hujung minggu,”katanya dalam satu kenyataan media hari ini.Tambah beliau, para pengunjung tidak harus melepaskan peluang menghabiskandua hari terakhir dengan pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan.“Malam esok (hari ini) akan diadakan Konsert Pesona yang menampilkan artis-artis popular seperti Hael Husaini, Akim and The Majistret, Aiman Tino, Wany Hasrita, Haqiem Rosly, Siti Nordiana, Ameng dan Shafik Farhain, ini tidak termasuk majlis perasmian penutup yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri pada hari terakhir 3 Mac nanti,” katanya.
01 Mar 18
53
Empty Image
Jentera BN Jangan Leka - Hishammuddin
Foto oleh Hasmizi HamidJentera Barisan Nasional  (BN) Terengganu diingatkan supaya tidak berada dalam zon yang selesa bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, semua pihak termasuk parti komponen perlu bersatu dan bekerja kuat bagi memastikan BN terus diberi mandat untuk mentadbir negara."Jangan melihat keadaan sekarang sebagai satu keadaan yang selesa dan ini adalah masa yang terbaik untuk kumpulkan kekuatan walaupun saya mengakui bahawa kita berada dalam keadaan yang jauh lebih baik daripada zaman terdahulu."Kita perlu sokongan daripada semua pihak dan yang penting rakyat..kalau mereka menerima calon.. maka menanglah BN."Undi yang menentukan jatuh bangunnya BN adalah ahli kita maka dalaman perlu diperbetulkan dan elakkan 'rakan-rakannya' berperang secara bersendirian sebagaimana pembangkang...dan kita keluar dengan semangat baru dengan mengetepikan kepentingan peribadi masing-masing,"katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen BN Terengganu di Hotel Primula, hari ini.Turut hadir, Pengerusi BN Negeri yang jiga Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Jailani Johari, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dan Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Hishammuddin juga berkata, perjuangan UMNO dan BN Terengganu jelas menunjukkan wajah sebenar Islam justeru, jangan sesekali membiarkan emosi kemarahan, kebencian dan kepentingan peribadi menjejaskan agenda kelangsungan tersebut."Marilah bersama-sama apabila kita keluar dari dewan ini dengan semangat yang baru, dengan nafas yang baru, dengan perpaduan yang baru, semangat kemenangan yang akan dibawa balik bersama untuk digerakkan untuk pastikan mandat kemenangan milik BN ," katanya lagi.Seramai 1,100 orang ahli serta kepemimpinan parti-parti komponen BN berhimpun sempena konvensyen selama dua hari bermula hari ini, bagi mengukuhkan komitmen dalam gerak bersama seluruh jentera menjelang PRU14 nanti.
01 Mar 18
24
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: PUGT Bimbing 40 Usahawan Baru
Rozali (paling kanan) mengiringi A. Latiff menyampaikan bantuan pakaian sekolah kepada pelajar sekolah rendah di Dataran Bidara, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimYayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu melalui Program Usahawan Graduan Terengganu (PUGT) kini giat memberi bimbingan kepada 40 usahawan baru.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rozali Salleh berkata, program yang bermula sejak November 2014 itu diwujudkan bagi menggalakkan lebih ramai golongan muda menceburi bidang perniagaan."YPU kini giat memberi latihan dan tunjuk ajar yang merentasi semua peringkat umur, taraf hidup dan sebagainya bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat menceburi bidang keusahawanan."Bagaimanapun, fokus kita adalah untuk menarik lebih ramai graduan terutamanya yang sukar mencari pekerjaan mengambil peluang yang ditawarkan ini,"katanya ketika ditemui pemberita di Ekspo Terengganu 2018 di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Beliau sebelum itu mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa. Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang mengagihkan set pakaian sekolah kepada 175 pelajar sekolah rendah yang ditaja oleh Ekuiti Nasional Berhad melalui My-Sutera Sdn Bhd yang terkenal dengan pakaian sekolah jenama Canggih. Rozali berkata, graduan seharusnya memanfaatkan peluang untuk menceburi bidang perniagaan yang sememangnya menawarkan pulangan lumayan."Secara keseluruhan ketika ini 153 usahawan berdaftar dan berada di bawah YPU di seluruh negeri ini,"katanya.Sementara itu, Rozali turut memuji usaha Persatuan Usahawan Produk dan Perkhidmatan Beroda Terengganu (PUPBT) yang berjaya menarik ramai usahawan kenderaan saji yang rata-ratanya terdiri daipada golongan muda.
01 Mar 18
33
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Kaunter PDRM Terus Diserbu Pesalah Trafik
Orang ramai tidak melepaskan peluang membuat semakan dan pembayaran saman di kaunter bayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak dibuka pada hari pertama sehingga kini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimLebih 20,000 pengunjung menyerbu kaunter bayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak dibuka pada hari pertama sehingga hari kelima untuk menyemak dan membayar setiap saman pada tawaran diskaun istimewa.Tinjauan Teganukita mendapati orang ramai berpusu-pusu dan sanggup beratur panjang bagi menyemak dan membuat bayaran saman masing-masing seawal jam 10 pagi  sekali gus menyebabkan laluan pejalan kaki turut mengalami kesesakan.Jurucakap Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu (IPK) berkata, pihaknya menjangkakan lebih ramai pengunjung dan pesalah trafik terus mengunjungi booth berkenaan untuk menyelesaikan jumlah saman masing-masing sepanjang tempoh tawaran yang berakhir Sabtu ini."Kami buka tawaran  istimewa untuk orang awam membayar saman sehingga harga yang cukup rendah dan saya galakkan supaya orang ramai ambil peluang ini sebaik mungkin."Masa pembayaran ini akan dibuka sehingga pukul 10 malam," katanya ketika ditemui Teganukita hari ini.Selain kaunter saman dan parkir PDRM, beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  turut membuka kaunter perkhidmatan mereka.Sementara itu, Azman Hassan, 45, dia mengambil kesempatan tersebut untuk membayar samannya yang berjumlah lebih RM30,000.Bagaimanapun selepas kemaskini, dia hanya perlu membayar lebih kurang RM15,000 sahaja."Terima kasih kepada PDRM kerana bagi tawaran diskaun istimewa ini dan juga tahniah kerajaan negeri terutama Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd. Rahman atas kejayaan penganjuran ekspo ini untuk rakyat Terengganu," katanya.Sehingga hari keempat, hampir 5,000 pengunjung sudah menjelaskan saman mengikut kadar masing-masing.
28 Feb 18
228
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Tuah Masitah Malam Keempat
Seorang wanita menjadi pengunjung bertuah pada malam keempat, malam tadi, apabila memenangi hadiah utama cabutan bertuah harian sempena Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.Dengan kemenangan itu, Masitah Mat Ail, 33, berjaya membawa pulang sebuah motosikal jenis Yamaha.Bagaimanapun, Masitah tidak hadir ketika pengumuman berkenaan dan dia akan dihubungi semula oleh pihak sekretariat bagi proses menuntut hadiah.Keputusan cabutan bertuah berkenaan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.Selain motosikal, cabutan bertuah harian turut menyediakan pelbagai hadiah menarik yang lain seperti telefon pintar, barangan elektrik dan banyak lagi.Untuk mendapatkan keputusan penuh cabutan bertuah, sila tonton video di bawah.  -Terengganunews
28 Feb 18
30
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Wan Omar Penuhi Citarasa Peminat Senjata Tradisional
Senjata Melayu yang mempunyai keunikan tersendiri dan masih  menggunakan kaedah tradisional dalam penghasilannya menjadi tumpuan pengunjung di Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.Pengusahanya, Wan Omar Wan Mansor, 46, menghasilkan senjata dan sarung keris dari Ajil, Hulu Terengganu berkata, sejak dipamerkan bermula hari pertama, dia menerima tempahan lebih 50 jenis parang dan golok."Ini termasuklah sarung dan hulu keris dan kesemuanya bernilai lebih RM3,000. Ini tidak termasuk yang beli terus dekat ekspo ini..setakat ini sudah terjual lebih daripada 100 bilah yang bernilai RM4,000."Alhamdulillah, syukur dengan adanya ekspo ini dapat mempromosikan kemahiran yang saya ada "katanya ketika ditemui di tapak Ekspo Terengganu 2018.Wan Omar yang mula berjinak dalam industri pembuatan sarung keris sejak berumur 13 tahun setelah menguasai ilmu ini daripada seorang pembuat sarung keris ternama di Besut pada 2005."Saya mula belajar membuat sarung pada usia belasan tahun daripada pengamatan dengan orang-orang terdahulu. Pada peringkat awal bukan mudah, banyak yang perlu dipelajari selok-belok pembuatan sarung senjata ini."Sejak itu, minat dan kecintaan tegar kepada kehalusan seni ini telah  menguasai dunia saya hingga terdorong untuk memulakan bengkel pertukangan sendiri di rumah,"kata bapa kepada dua anak itu.Dengan modal RM250, kini beliau mampu tersenyum dengan hasil pendapatannya yang sudah mampu mencapai sehingga RM4,000 sebulan. Malah, apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidiladha pendapatannya boleh mencecah sehingga RM7,000 sebulan.Tambahnya, harga minimum sarung yang dijualnya bermula dari RM70 dan boleh mencecah RM2,500 bergantung kepada jenis, kualiti kayu serta ukiran yang dipesan oleh pelanggan.Wan Omar memasarkan produknya dalam talian seperti Facebook (wanjaja creative), pameran keusahawanan di bawah kraftangan,Yayasan Pembangunan Usahawan dan Risda serta pernah memasuki pasaran Singapura.Beliau boleh menghasilkan tiga bilah sarung setiap hari jika menggunakan mesin dan sebilah sahaja dalam masa dua hari jika menggunakan tangan sepenuhnya."Ini bergantung kepada permintaan dan tempahan pelanggan. Ada yang nak tradisional dan ada nak pembuatan moden tapi kalau ukiran tu banyak akan makan masa tiga hari."Ukiran ni pun banyak bentuknya seperti awan larat, cincang pukat, bunga ketumbit dan bunga pulut termasuklah pembuatan ukiran hulu keris yang agak rumit seperti kepala burung dan kepala kuda laut," katanya lagi.Bakat Wan Omar tidak hanya terhad kepada pembuatan sarung keris, parang, badik, lembing, kerambit dan golok tetapi juga paip tembakau pelbagai reka bentuk mengikut cita rasa tempahan pelanggan.Jelas beliau lagi, seorang pembuat sarung harus peka dan bijak dalam memilih jenis kayu yang sesuai dengan kehendak pelanggan."Ada lebih daripada 20 jenis kayu yang saya gunakan antaranya kayu kemuning, buey, macang hutan, sena dan ciku bagi memastikan ia berkualiti." Bekalan kayu ni saya beli dari orang asli di Kampung Chini, Pahang termasuklah dari kawasan Tasik Kenyir mengikut ketul. Harganya mengikut ukuran kaki dan boleh mencecah hingga RM300 bagi satu ketul (2 kaki setengah),"kata Wan Omar.
28 Feb 18
142
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : 5,000 Dijangka Sertai Pertandingan Memancing Tawar RM195,000
Seramai 5,000 peserta dijangka bakal memeriahkan pertandingan memancing terbesar di Pantai Timur bersempena Ekspo Terengganu 2018 'Terengganu Molek Doh' bertempat di Tasik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, pada 2 Mac 2018 (Jumaat) jam 8.30 pagi.Program julung kali itu dianjurkan Kelab Kebajikan dan Rekreasi RTM Terengganu dan Nodin KTJ Fishing. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof akan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah acara itu pada jam 11.30 pagi.Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi RTM Terengganu, hadiah menarik melibatkan wang tunai lebih dari RM195,000 bakal menjadi rebutan pemancing.Katanya, juara akan membawa pulang RM50,000, naib juara (RM30,000) dan yang ketiga RM15,000, manakala masing-masing tempat keempat (RM5,000) dan kelima (RM2,000).Manakala tempat keenam hingga ke seratus bakal membawa pulang RM1,000. Turut menjadi rebutan cabutan bertuah berupa sebuah motosikal, dua unit tv led dan wang tunai. "Yuran memancing hanya RM100 dikenakan untuk satu joran dengan dua mata kail. Konsep pertandingan adalah menang sapu bersih,"katanya.
28 Feb 18
335
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: 205,000 Pengunjung Sehingga Hari Keempat
Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus mencatatkan lebih 205,000 pengunjung sepanjang empat hari penganjurannya.Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Ekspo Terengganu 2018, Dato’ Tengku PuteraTengku Awang berkata untuk hari keempat sahaja seramai 55,000 pengunjung telah direkodkan membanjiri tapak ekspo tersebut.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri berkata, 150,000 pengunjung telah membanjiri ekspo pada tiga haripertama.Hari keempat penganjuran Ekspo Terengganu 2018 yang diadakan di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri di sini telah merekodkanseramai 55,000 pengunjung.“Sekiranya kehadiran pengunjung bertali arus terus kekal meskipun pada haribekerja, ia dijangka mengatasi sasaran awal 400,000 orang bagi tempoh tujuh hariekspo ini diadakan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.Beliau menambah, kehadiran pengunjung yang ramai jelas menunjukkan ekspo inimendapat sambutan meriah dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat.Ekspo Terengganu 2018 menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pengunjung antaranya sebuah rumah, satu lot tanah perumahan, kereta dan pelbagai lagi.
28 Feb 18
38
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : `Predator Terengganu' Tidak Digeruni
Aksi dan kelibat sekumpulan yang mengenakan kostum badut, `Predator' dan `Spiderman' di Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu sentiasa mencuri tumpuan ramai terutama di kalangan kanak-kanak.Mereka kelihatan ceria melayani semua pengunjung yang mahu bergambar bersama dengan menggayakan pelbagai aksi walaupun terpaksa berada di bawah panas terik matahari.Bagi Rosli Ariffin, 31, dari Kampung Rhu Muda, Marang, yang mengenakan kostum watak Predator, filem yang popular pada 2010 itu  berkata, walaupun kostumnya kelihatan menakutkan namun tetap menjadi perhatian dan tarikan ramai untuk bergambar sebagai kenangan sempena program terbesar negeri berkenaan."Saya satu-satunya `Predator' yang aktif dari Terengganu dan baru sahaja sertai kumpulan badut ini. Mereka bermula sejak 25 Februari lagi, saya baru di sini sejak dua hari lalu. Selepas ini mungkin akan bekerjasama dengan mereka untuk bergerak bersama-sama jika ada jemputan kami untuk menghimburkan semua."Lazimnya kami ambil masa dua jam bergerak dn menghiburkan semua di tapak ekspo ini untuk setiap dua sesi siang dan juga malam. Tidak boleh lebih dari tempoh masa itu, sebab kami perlu rehat dan mencari tenaga sebelum memulakan tugas semula. Maklumlah kostum Predator dan Spiderman ini agak merimaskan kerana menutup keseluruhan badan termasuk muka,"katanya ketika ditemui di tapak ekspo, hari ini.Menurutnya lagi, bahagian kepalanya juga berat seperti memakai satu biji setengah helmet dan tidak mampu bertahan lama.Dia yang memiliki pekerjaan tetap lain, berkata pekerjaan itu bermula dari suka-suka dan hanya untuk hiburan sebelum bertukar menjadi pekerjaan sambilan serta mampu menambah pendapatan keluarga.Sementara itu, satu-satunya badut wanita, Rahimah Ali, 24, berasal dari Sabah dan kini menetap di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, berkata selain di tapak ekspo itu, dia bersama lima lagi rakan badut yang lain sentiasa aktif menghiburkan orang ramai sebagai tarikan orang ramai ke sesuatu program dan acara seperti majlis hari jadi, ulang tahun perkahwinan, program kebajikan di hospital dan pelbagai pesta.Dia yang berkhidmat dengan syarikat pengurusan acara, Big Job Entertainment di Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu, mempunyai pengalaman 10 tahun di bidang itu berkata, pekerjaan berkenaan mampu memberi pendapatan dari RM300 hingga RM400 seorang untuk sehari atau RM50 hingga RM100 setiap jam, bergantung permintaan pelanggan."Kehadiran kami sentiasa menarik perhatian ramai. Setakat ini kami gembira dengan pekerjaan kami kerana dapat menceriakan orang ramai dan mereka terhibur dengan aksi kami."Kami memang berminat dengan bidang ini dan sentiasa sabar melayan kerenah orang ramai, selain  ikhlas menghiburkan mereka,"katanya yang turut dikenali dengan panggilan `Papa Elli'.
28 Feb 18
234