lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Ekspo Disambung Hingga 6 Petang Esok
Perdana Menteri menyampaikan replika wau kepada kanak-kanak untuk membawa `Terengganu terbang tinggi ke serata dunia'  sevagai gimik pelancaran majlis penutup ekspo hari ini.Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Ekspo Terengganu 2018 yang sepatutnya berakhir pada jam 10 malam ini akan diteruskan sehari lagi sehingga jam 6 petang esok (Ahad), berikutan sambutan luar biasa pengunjung sepanjang seminggu program sejak 25 Februari lalu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika mengumumkan perkara itu, berkata lanjutan masa berkenaan adalah bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat negeri ini dapat meluangkan masa ke tapak program sehingga esok, memandangkan esok juga merupakan cuti umum sempena Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu. “Sehingga semalam (hari keenam), ekspo ini telah menerima pengunjung lebih daripada 420,000 pengunjung dari seluruh Terengganu sekali gus mencapai sasaran sebagaimana kita mahu seramai 400,000 orang.“Jadi, saya ingin umumkan yang ekspo Terengganu 2018 ini kita akan lanjutkan sehingga 6 petang esok supaya lebih ramai rakyat datang melihat sendiri kemajuan dan pembangunan di negeri ini, katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Ekspo Terengganu di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, hari ini. “Sehingga semalam (hari keenam), ekspo ini telah menerima pengunjung lebih daripada 420,000 pengunjung dari seluruh Terengganu sekali gus mencapai sasaran sebagaimana kita mahu seramai 400,000 orang. “Jadi, saya ingin umumkan yang ekspo Terengganu 2018 ini kita akan lanjutkan sehingga 6 petang esok supaya lebih ramai rakyat datang melihat sendiri kemajuan dan pembangunan di negeri ini, katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Ekspo Terengganu di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.  Turut hadir, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Sri Jailani Johari, barisan exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan Negeri Terengganu.Ahmad Razif sebelum itu menzahirkan rasa gembira dengan sambutan luar biasa orang ramai yang tidak putus-putus mengunjungi tapak ekspo yang menyediakan pelbagai peluang dan perkhidmatan untuk dimanfaatkan oleh semua rakyat.
02 Mar 18
60
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : 85 Ribu Pengunjung Banjiri Majlis Penutup
Oleh : Mohd Irsyadi Abu Bakar Foto oleh : Harish Fadzillah Abu Kassim Kira-kira 85,000 pengunjung membanjiri perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus sempena Majlis penutupan Ekspo Terengganu 2018 yang dilancarkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, hari ini.Sejak awal pagi lagi, lapangan pentas utama dipenuhi 'lautan biru' pengunjung dan pemimpin politik serta yang datang memakai baju tema Terengganu Molek Doh.Beliau hadir ditemani Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman melawat ruang pameran kerajaan negeri dan Jualan Sentuhan Rakyat sebelum merasmikan penutupan Ekspo Terengganu 2018.Mohd Najib berasa teruja dengan eskpo yang diadakan kali ini melihat kepada semangat dan kebangkitan rakyat Terengganu."Hari ini telah lebih 400 ribu hadir ke sini bermakna 45 peratus rakyat Terengganu telah melihat ekspo kali ini."Saya dapat melihat Transformasi Terengganu Baharu yang dibuktikan oleh pimpinan negeri ini."Melihat kepada pendekatan terbaik yang disajikan, saya memberi markah yang tinggi untuk negeri ini."Berbeza dengan pembangkang. Mereka hanya mengutarakan isu tanpa melahirkan alternatif. Isu kos sara hidup dan lain- lain, segalanya telah dijawab kerajaan dalam Eskpo ini," katanya. Beliau memaklumkan, Bajet 2018 memberikan banyak insentif ditambah lagi dengan bantuan kerajaan negeri disemua peringkat rakyat."ECRL akan mempunyai jajaran landasan terpanjang di Terengganu ini yang akan menawar lebih 30 ribu peluang kerja."Ekonomi negara juga meningkat 5.9 peratus berbanding tahun lalu. Di Terengganu, Kemaman 'zero' miskin tegar dan akan diikuti daerah lain dalam dua ke tiga tahun lagi."Aramco akan melabur tujuh bilion USD iaitu lebih kurang RM 30 bilion di Malaysia dan kita akan mendapat dana tambahan itu pada hujung bulan ini."Ini tidak termasuk tujuh bilion yang masuk melalui projek Silika di Terengganu," katanya yang akan terus menyokong kepimpinan Terengganu.Beliau turut menyampaikan bantuan khas dan insurans untuk pemandu teksi yang pertama di Malaysia.Rata-rata berpuas hati dengan ekspo kali ini dan kagum dengan pencapaian Negeri Terengganu sepanjang empat tahun ini serta di bawah pentadbiran tiga mantan Menteri Besar (Kerajaan BN).Sebelum itu, Menteri Besar juga mengumumkan Ekpo Terengganu 2018 disambung sehingga jam enam petang esok.
02 Mar 18
52
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : PM Naik Bas Elektrik
Perdana Menteri diiringi Menteri Besar melambai kepada orang ramai sebaik bertolak dari Hotel TH menunju ke Ekspo Terengganu 2018 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, pagi ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimPerdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menaiki bas elektrik, MyBas MARA Liner daripada Hotel TH, Gong Badak ke tapak Jualan Sentuhan Rakyat, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.Beliau yang tiba semalam dalam lawatan rasmi ke Terengganu sempena Majlis Perasmian Penutupan Ekspo Terengganu 2018, diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, barisan exco kerajaan negeri serta pegawai kanan kerajaan ngeri.Mohd Najib yang tiba pada 10.30 di tapak jualan meninjau di kawasan itu kira-kira 20 minit sebelum meneruskan lawatan ke dalam pavilion Pameran Ekspo Terengganu 2018Sejurus lawatan itu beliau dijadualkan akan ke pentas utama, untuk majlis perasmian penutup, kira-kira jam 11.30 pagi ini.Bas yang dinaiki Perdana Menteri bersama rombongan adalah kenderaan awam di bawah program myBAS Kuala Terengganu yang melibatkan keseluruhan 30 bas, namun sebagai permulaan sebanyak 11 bas akan disediakan termasuk empat bas elektrik.Terengganu menjadi negeri pertama yang menggunakan MyBaS elektrik menerusi skim Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST).
02 Mar 18
232
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : 126,125 Pengunjung Serbu Pada Hari Keenam
Orang ramai berpusu-pusu membanjiri tapak Ekspo Terengganu 2018 pada hari keenam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailSeramai 126,125 pengunjung telah membanjiri Pekarangan Kompleks Sukan Negeri pada hari keenam Ekspo Terengganu 2018.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ekspo Terengganu 2018, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, berkata jumlah keseluruhan kehadiran setakat hari keenam penganjuran ekspo ialah 426,433 orang.“Jumlah ini menjadikan sasaran awal kehadiran telah berjaya dicapai, namun kita mengharapkan jumlah ini akan lebih meningkat pada hari terakhir terutamanya dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang akan merasmikan majlis penutup ekspo hari ini ,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.Beliau menambah, hadiah pengunjung bertuah utama berupa sebuah rumah, satu lot tanah pertanian, satu lot tanah perumahan, sebuah kereta myvi dan sebuah kenderaan pacuan empat roda berjenama Toyota Hilux akan diumumkan pada malam esok (3 Mac).“Cabutan akan dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada jam 10.30 malam di tapak ekspo, selain itu, para pengunjung juga akandisajikan dengan pertunjukan bunga api yang gilang-gemilang, justeru, orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi menantikan detik istimewa ini,”jelasnya.
02 Mar 18
43
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : PM Bakal Rai 111 Pasangan Pengantin
Seramai 271 pasangan melangsungkan perkahwinan secara serentak di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, pada 16 September lalu dan mendapat pengiktirafan The Malaysia Book Of Records. Seramai 111 pasangan pengantin bakal mengabadikan momen indah apabila persandingan mereka akan disaksikan pemimpin nombor satu negara, Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sempena Perkahwinan Perdana 2018 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, esok (3 Mac).Program kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) itu susulan lawatan Perdana Menteri untuk merasmikan majlis penutup Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung bermula 25 Februari hingga 3 Mac.Perkahwinan Perdana 2018 dijadualkan berlangsung bermula jam 10.30 pagi dengan ketibaan jemputan dan disusuli perarakan masuk semua pasangan pengantin diiringi bunga manggar, pasukan selawat serta Kumpulan Kompang ke Dewan Arena.Perdana Menteri yang diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijangka tiba pada jam 12.30 tengahari, akan merenjis mawar pengantin sebelum acara memotong kek sebagai gimik perasmian.Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, semua pengantin dari lapan parlimen seluruh Terengganu itu memohon menyertai program perkahwinan perdana yang mendapat tajaan kerajaan negeri sejak 24 januari hingga 20 Februari lalu.Katanya, semua pasangan itu diberi pilihan memilih dua tarikh walimatulurus sama ada pada 3 Mac (esok) dan 30 Jun ini."Kesemua 111 pasangan pengantin ini sudah bernikah di masjid daerah masing-masing pada 2 Mac lalu. Mereka terdiri daripada Kuala Terengganu (12 pasangan), Kuala Nerus (26), Marang (9), Dungun (17), Setiu (13), Kemaman (15), Setiu (8) dan Besut (11)."Program dapat membantu pasangan pengantin terutama golongan muda memudahkan proses perkahwinan, membantu meringankan bebanan keluarga yang tidak berkemampuan dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan anak mereka dan memperkasakan institusi kekeluargaan,"katanya.
02 Mar 18
42
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Tuah Bawa Kereta Dapat Bawa Balik TV 45 Inci
Tuah menyebelahi Siti Rokiah yang menjadi pengunjung ke 400,000 mendaftar cabutan bertuah dan berjaya membawa pulang televisyen jenama Sharp 45 inci. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailTuah menyebelahi seorang wanita dari Kampung Bukit Parit, Marang apabila berjaya membawa pulang televisyen 45 inci selepas diumumkan sebagai pengunjung bertuah yang ke 400,000 pada hari keenam Ekspo Terengganu 2018, petang ini.Wanita itu, Siti Rokiah Che Abdullah, 50, dan suami, Ariffin Embong, 52, pada mulanya mahu menaiki motosikal, bagaimanpun memikirkan keselamatan mereka ketika di jalan raya pada waktu malam, dia membatalkan hasrat itu dan menaiki kereta."Pada mulanya suami mencadangkan datang menaiki motosikal, tetapi saya menolak permintaannya kerana merbahaya menunggang malam-malam dan sanggup meredah kesesakan (menaiki kereta) untuk sampai ke sini."Tidak sangka pula keputusan bawa kereta petang ini, akhirnya dapat muat dan bawa pulang tv ini," katanya kepada sejurus menerima hadiah itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Induk Ekspo Terengganu 2018, Dato' Tengku Putera Tengku Awang, di Khemah Utama di Ekspo Terengganu 2018 di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, malam ini.Siti Rokiah yang juga pengusaha kedai makan di kampungnya, berkata suaminya juga mencadangkan ke situ pada sebelah petang sebaik selesai solat Asar kerana lebih selesa meninjau persekitaran tapak ekspo sebelum pulang semula ke rumah dan tidak menduga rezekinya malam ini.Menurutnya, ini pertama kali mereka mengunjungi ekspo berkenaan yang sudah hampir ke penghujungnya serta tergamam dimaklumkan oleh petugas dan Dato' (Tengku Putera Tengku Awang) yang dirinya muncul peserta bertuah antara ribuan yang mendaftar hari ini. 
02 Mar 18
226
Empty Image
EKPO TERENGGANU 2018 : Kupon Chicken Cottage Sah Sehingga Tiga Bulan
Pengunjung dan petugas di Ekspo Terengganu 2018 menunjukkan kopun Chicken Cottage yang boleh digunakan sehingga Mei ini. Foto oleh Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail Kupon Chicken Cottage yang diagihkan kepada pengunjung Ekspo Terengganu 2018 sah untuk digunakan sehingga Mei ini.Menteri Besar,  Dato’ Seri Ahmad Razif mengumumkan perkara berkenaan ketika berucap merasmikan food truck Chicken Cottage dan T-Kitchen di Ekspo Terengganu 2018, baru-baru ini.“Dengan ini, saya sukacitanya mengumumkan bahawa kupon Chicken Cottage bernilai RM10 yang diagihkan kepada pengunjung Ekspo Terengganu sah diguna pakai sehingga tiga bulan dan bukannya sepanjang tujuh hari berlangsungnya ekspo ini.“Jadi, orang ramai bukan sahaja boleh menebus kupon tersebut di ekspo, malah boleh menebusnya di cawangan Chicken Cottage di Ladang, Kuala Terengganu dan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dalam tempoh tiga bulan ini,” katanya.Ahmad Razif turut mengumumkan bahawa kupon tersebut turut boleh ditebus di mana-mana food truck yang berdaftar sepanjang ekspo berlangsung dan tidak terhad kepada food truck Chicken Cottage dan T-Kitchen semata-mata.
02 Mar 18
246
Empty Image
Serikandi Gesa Orang Ramai Bantu Golongan Tidak Bernasib Baik
Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) menggesa orang ramai supaya sentiasa turun padang bagi melihat sendiri situasi golongan yang tidak bernasib baik.Yang Dipertuanya, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata, dengan adanya program yang kerap kali diadakan ke rumah istimewa ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban serta menggembirakan perasaan mereka.“Mereka  tidak mengharapkan apa-apa daripada kita. Cuma, sekiranya kita lebih prihatin, ia akan sekaligus dapat menjadikan dunia ini lebih baik.“Serikandi akan terus mengadakan program-program sebegini supaya kita juga dapat belajar apa itu erti syukur,” katanya.Beliau ditemui wartawan selepas mengagihkan sumbangan Serikandi kepada penduduk Taman Sinar Harapan di Bukit Besar, Kuala Terengganu, baru-baru ini.Halina berkata, Serikandi turut mengalu-alukan mana-mana organisasi dan badan-badan bukan kerajaan untuk bekerjasama dengan pertubuhan tersebut bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan.Dalam majlis berkenaan, Serikandi turut menyumbangkan RM1,000 sebagai sumbangan pentadbiran kepada Taman Sinar Harapan.
02 Mar 18
49
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: Sedia Kaunter Pendaftaran Untuk Warga Emas
Kaunter saluran satu turut disediakan warga emas, OKU dan pelancong asing. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kaunter pendaftaran cabutan yang disediakan kepada warga emas, di Ekspo Terengganu 2018, yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Gong Badak, di sini memberi kemudahan kepada golongan berusia 60 tahun ke atas untuk bersama-sama mencuba nasib.Selain warga emas,  kaunter saluran satu itu turut boleh digunakan mereka yang dikategorikan Orang Kurang Upaya dan pelancong asing.Wan Fatimah Omar, 82 dari Jertih berkata dia hanya perlu beratur 25 minit sahaja meskipun ribuan pengunjung datang untuk berdaftar.“Sebaik sahaja kaunter dibuka kira-kira jam 2 petang tadi, saya dan suami, Yasa’ Muhammad, 71 dipanggil oleh penjaga untuk beratur di kaunter warga emas ini.“Memandangkan saya terpaksa menggunakan kerusi roda ia akan menjadi sukar kepada saya dan suami sekiranya kaunter ini tidak disediakan,” katanya yang ditemani anakknya Wan Zakiah Yusof, 57.Anaknya, Zakiah berkata mereka bertolak dari rumah kira-kira jam 9:30 pagi tadi. “Ibu dan ayah memang teruja untuk bersama-sama mencuba nasib mengisi borang cabutan bertuah ini. Mana tahu rezski kami dapat mana-mana hadiah cabutan bertuah ini.“Malah, saya juga berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyediakan kemudahan seperti ini kepada warga emas, kalau tak mesti kami perlu beratur berjam-jam,”katanya.
02 Mar 18
176
Empty Image
EKSP0 TERENGGANU 2018: Jualan Sentuhan Rakyat Tawar Turun Harga 20 Peratus
Barangan keperluan yang dijual di Tapak Ekspo Terengganu 2018 melalui Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018. Orang ramai terutama suri rumah boleh mendapatkan penjimatan lima hingga 20 peratus ketika membeli barang keperluan asas tarmasuk daging segar di Tapak Ekspo Terengganu 2018 melalui Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018.Jualan anjuran, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggubaan (KPDNKK) dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ladang Rakyat, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), dan Pasar Raya Tunas Manja berlangsung pada hari ini  dan esok ( 3 Mac) di tapak ekspo berkenaan.Antara barang keperluan asas yang boleh dibeli pada harga lebih murah berbanding harga pasaran termasuklah barangan asas seperti, gula, minyak, telur, beras, daging, ikan dan pelbagai barangan lain lagi.Pengarah KPDNKK Negeri, Saharuddin Mohd Kia berkata, pada hari ini dan esok  juga, Ladang Rakyat akan mengadakan jualan daging lembu lebih murah iaitu pada harga istimewa RM25.00 berbanding harga biasa RM30.00 hingga RM35,000.Katanya, sebanyak tujuh ekor lembu  disembelih sebelum dijual kepada orang ramai yang hadir.“Pada hari ini kita menjual daging daripada tiga ekor lembu yang disembelih manakala keesokan harinya empat ekor lembu,” katanya.Saharuddin berkata, selain daging, bahagia lain seperti hati, limpa dan tulang juga akan dijual pada harga RM17.00 sekilogram berbanding RM20 hingga RM22 di pasaran.“Sebagai pengguna bijak, saya menyeru orang ramai supaya datang ke tapak ekspo dan membeli barang yang dijual di sini kerana ia lebih jimat dan kualitinya yang baik.“Selain membeli belah, mereka juga dapat melihat pelbagai pameran, aktiviti cabutan bertuah serta aktiviti lain sepanjang ekspo,” katanya.
02 Mar 18
181