lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Golden Pharos Berhad Urus Hutan Kekal Simpan
Kerajaan negeri memberikan kepercayaan kepada Golden Pharos Berhad (GPB) untuk menguruskan konsesi pembalakan di Terenggganu bagi memastikan hasil kekayaaan sumber semulajadi hutan dapat dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata GPB bukan sahaja menguruskan konsesi pembalakan, malah juga menghasilkan produk papan di Kilang Bukit Besi dan di Bandar Chukai, Kemaman.Katanya, syarikat sama milik kerajaan negeri itu turut  menguruskan sekitar 130,000 hektar konsesi hutan simpan secara lestari, agar hutan simpan ini boleh kekal untuk jangka masa yang panjang.“Langkah itu melayakkan GPB mendapat pensijilan antarabangsa dari Forest Stewarship Council untuk Well-Managed Forest di mana satu-satunya entiti di Semenanjung Malaysia memperolehnya.“Pensijilan ini mengesahkan bahawa  syarikat itu berjaya menguruskan konsesi hutan mengikut piawaian bertaraf Antarabangsa,”katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Golden Pharos Berhad dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Dalam majlis itu  GPB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Ahmad Nadzarudin  Abdul  Razak dan FRIM oleh Ketua Pengarahnya Dato’ Abd Latif Mohmod.Hadir sama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri  Dato’ Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani; Perusahaan Perladangan dan Komoditi Terengganu, Dato' Muhammad Pehimi Yusof dan Pegawai Kewangan Negeri Dato’ A. Rahman Yahya.MoU itu bertujuan  meningkatkan kerjasama berkaitan pembekalan bahan mentah seperti kayu bergergaji, khususnya bagi Program Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS).Pada masa sama mampu meletakkan kerangka kerjasama bagi kedua-dua belah pihak, terutama dari segi pembekalan bahan mentah yang mencukupi dan berterusan, bagi industri perabot bumiputera dan penyelidikan berkaitan produk hasil hutan.
07 Mar 18
237
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: Jelajah Ke Setiap Daerah
Ahmad Razif menyampaikan replika kunci Proton Iriz kepada Hindun. Kerajaan negeri bercadang memperluaskan program Ekspo Terengganu 2018 ke setiap daerah dalam usaha menyampaikan maklumat daripada kerajaan secara tepat kepada masyarakat setempat.Menteri Besar,  Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  program sama akan diadakan dalam tempoh tiga hari dua malam dengan menekankan pelbagai  kelebihan  yang ada di daerah terlibat.Katanya, pemilihan daerah yang akan memulakan program pada bulan depan itu akan diputuskan dalam  Mesyuarat Ahli- Ahli Majlis Kerajaan Negeri."Oleh itu, saya meminta pihak berkaitan di setiap daerah bersedia untuk melaksanakan program sama tetapi dalam skala yang lebih kecil," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Meraikan Petugas Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Stadium Negeri Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Hampir 5,000 petugas termasuk pengamal media hadir pada majlis yang menawarkan hadiah utama cabutan bertuah sebuah Proton Iriz.Kenderaan itu berjaya dibawa pulang petugas yang juga peniaga buah, Hindun Melor, 56, dari Permaisuri, Setiu.Ahmad Razif turut memberitahu,  jika ada kemampuan, program sama akan dipanjangkan ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN)."Apa yang penting kita mahu rakyat faham apa yang dilaksanakan kerajaan, sekiranya ada kekurangan kita akan perbetulkan "katanya.Ketika diminta mengulas mengenai sambutan ekspo berkenaan, Ahmad Razif melahirkan rasa bangga dengan sambutan orang ramai di mana ia berjaya merekodkan sehingga 700,000 pengunjung pelbagai peringkat umur."Rata- rata mereka melahirkan rasa teruja dan seakan tidak puas walaupun beberapa kali mengunjungi ekspo ini, " katanya.
04 Mar 18
35
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: Hampir 10 Tan Nenas MD2 Terjual Sepanjang 7 Hari
Nenas MD2 masih mendapat tumpuan pada hari kelapan Ekspo Terengganu 2018. Nenas MD2 berjaya mencuri tumpuan rakyat Terengganu apabila hampir 10 tan telah terjual sepanjang Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus selama tujuh hari bermula 25 Februari lalu.Pengusaha nenas tersebut, Noriah Daud, 53, berkata beliau telah melibatkan diri dalam penanaman nenas sejak 10 tahun lalu namun untuk Nenas MD2 ianya mula ditanam pada tahun lalu.Katanya, nenas MD2 mendapat sambutan yang menggalakkan kerana rasa dan teskturnya berbeza daripada nenas lain selain sukar untuk didapatkan."Ini merupakan kali pertama kami menjual sendiri nenas MD2 kepada orang awam. Sebelum ini, kami hanya menjual secara borong kepada pemborong-pemborong yang mengambilnya di ladang nenas yang terletak di Setiu."Sambutan yang kami dapat amat menggalakkan apabila setiap hari lebih satu tan berjaya dijual kepada pengunjung-pengunjung di Ekspo Terengganu 2018," katanya kepada Teganukita.Noriah DaudTambahnya, beliau hanya meletakkan sasaran sebanyak lima tan sahaja yang akan terjual sepanjang ekspo itu, namun disebabkan sambutan sangat menggalakkan tersebut, beliau terpaksa melakukan banyak penghantaran ke tapak ekspo."Saya amat gembira apabila mampu menjual sehingga hampir 10 tan nenas MD2 sepanjang ekspo ini berlangsung."Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah memberi peluang untuk menyertai Ekspo Terengganu 2018 dan dengan sambutan yang menggalakkan ini, saya akan melibatkan diri dalam ekspo-ekspo sebegini," katanya.
04 Mar 18
84
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Ekspo Terbesar Melabuhkan Tirai Dengan Cerita Kejayaan
Ekspo Terengganu 2018 berakhir dengan cerita kejayaan terbesar dalam sejarah oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Dengan kehadiran 614,511 pengunjung sepanjang tujuh hari berlangsung, akhirnya program sepanjang seminggu yang bermula 25 Februari lalu melabuhkan tirainya dengan pelbagai cerita kejayaan termasuk ucapan penghargaan dan pengiktirafan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ekspo berkenaan, Dato' Tengku Putera Tengku Awang berkata kehadiran pengunjung yang melebihi sasaran awal menunjukkan penganjuran ekspo ini mendapat sambutan luar biasa rakyat Terengganu khasnya."Kita pamer pelbagai maklumat, cerita kejayaan, aktiviti-aktiviti yang menunjukkan Terengganu Molek Doh di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir oleh menteri besar kita."Rata-rata pengunjung yang ditemui memberi maklum balas yang positif..mereka berkata penganjuran ekspo yang terbesar buat pertama kali ini cukup memberi kepuasan."Sangat luar biasa...dan memberi pulangan yang besar kepada peniaga-peniaga yang rata-rata ketika saya temui secara individu berkata mereka mendapat keuntungan sepanjang ekspo ini berlangsung," katanya kepada pemberita di sidang media bersama penerima-penerima cabutan bertuah.Tengku Putera berkata ini termasuklah hadiah cabutan bertuah yang disediakan seperti apartment, tanah lot kediaman serta tanah lot pertanian, kereta Myvi, pacuan empat roda Hiluxs dan dua pakej perkahwinan bernilai RM20,000 adalah sumbangan ikhlas daripada kerajaan negeri."Kita buat kerjasama dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta dan orang-orang perseorangan yang bersama-sama menyumbang hadiah-hadiah tersebut," katanya.Pihak penganjur turut mengadakan malam penghargaan untuk petugas seramai 4,000 orang yang terlibat sepanjang tujuh hari dengan majlis makan malam dan 100 cabutan bertuah yang mana hadiah utama merupakan sebuah kereta.
03 Mar 18
70
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: Pangsapuri Ladang Tok Pelam Milik Mek Yah
Dato' Tengku Putera Tengku Awang bersama pemenang-pemenang utama cabutan bertuah Ekspo Terengganu 2018.Cabutan bertuah yang dilakukan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman semalam pada Ekspo Terengganu 2018 memberi tuah kepada suri rumah sepenuh masa, Mek Yah Muda, 48, dari Taman Desa Jaya, Gong Badak, Kuala Nerus memenangi sebuah pangsapuri di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu.Katanya, beliau hanya mendaftarkan diri sekali sahaja bersama anak-anaknya untuk menyaksikan sendiri kemeriahan yang ada di situ dan tidak menyangka rezeki sebuah pangsapuri yang menjadi idaman setiap pengunjung itu menjadi miliknya.“Saya hanya mengetahui saya menang hadiah utama ketika bangun solat subuh pagi tadi melalui kiriman Whatsapp yang dihantar oleh anak sedara pada jam 1 pagi tadi,”“Saya datang ke ekspo ini sebanyak tiga kali kerana anak-anak saya suka melihat pameran dan aktiviti yang dijalankan selain membeli-belah namun pada hari kedua, barulah saya mendaftarkan diri sekadar suka-suka, manalah tahu rezeki berpihak pada saya.Mek Yah“Saya hanya mengetahui saya menang hadiah utama ketika bangun solat subuh pagi tadi melalui kiriman Whatsapp yang dihantar oleh anak saudara saya pada jam 1 pagi tadi,” katanya.Katanya, ketika malam pengumuman pemenang dibuat, dia berada di ekspo  berkenaan namun tidak menyedari namanya diumumkan sebagai pengunjung bertuah di pentas utama.“Malam tadi saya hanya datang untuk membeli makanan dan membawa anak saya jalan-jalan dan kemudian terus pulang ke rumah dan tidur.“Bangun sahaja subuh tadi, saya terbaca Whatsapp kiriman anak saudara saya, saya ingat saya bermimpi tapi apabila anak sedara membuat semakan melalui laman Facebook Ekspo Terengganu 2018 memang sah ia nama saya,” katanya.Ab AzizSementara itu, seorang lagi pemenang bertuah, Ab Aziz Mamat, 62 dari Wakaf Tembesu, Kuala Nerus berkata dia tidak menyangka menang lot tanah banglo kerana itu adalah kali pertama dia menyertai cabutan bertuah.“Saya datang ke sini kerana tertarik dengan aktiviti dan pameran yang dia buat. Selepas melihat ramai yang beratur untuk membuat cabutan bertuah saya pun terasa ingin mencuba.“Meskipun terpaksa beratur selama 20 minit namun saya teruskan juga niat saya untuk menyertai cabutan bertuah. Walaupun bukan mudah kerana saya juga perlu mendapatkan 16 cop di 'check point' berbeza tapi ia nyata berbaloi,” katanya.Ab Aziz yang juga pesara guru Matematik Tambahan dari Sekolah Menengah Kompleks Gong Badak berkata dia berterima kasih kepada kerajaan negeri yang menganjurkan ekspo sedemikian kepada rakyat.“Hadiah ini adalah antara antara cara kerajaan menzahirkan rasa terima kasih kepada rakyat dan saya sebagai rakyat Terengganu rasa begitu bertuah kerana mempunyai kerajaan yang cukup prihatin seperti ini sejak dahulu hinggalah sekarang,” katanya.HawaBagi pemilik pacuan empat roda Toyota Hilux pula, Hawa Mamat, 61 dari Besut berharap ekspo tersebut diadakan lagi kerana pelbagai info-info serta aktiviti dijalankan sepanjang tujuh hari itu.Katanya yang juga seorang guru Quran di bawah Yayasan Islam Terengganu berkata saya banyak mendengar tentang kemeriahan Ekspo Terengganu 2018 yang dijalankan namun tidak berpeluang untuk hadir."Saya hanya hadir pada hari terakhir ketika Majlis Penutup Ekspo Terengganu 2018 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak."Dengan kereta pacuan empat roda yang diterima ini, saya akan menggunakannya untuk memulakan perniagaan," katanya.
03 Mar 18
89
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Pelajar Tahun Lima Menang Pakej Perkahwinan
Nur Afrina Mohd Azmi, murid tahun lima yang berjaya membawa pulang salah satu hadiah cabutah bertuah utama sempena Ekspo Terengganu 2015.Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailHanya datang ke ekspo untuk melihat pelbagai aktiviti bersama keluarga akhirnya membawa tuah kepada Nur Afrina Mohd Azmi,11, apabila muncul antara pemenang hadiah cabutan bertuah utama sempena Ekspo Terengganu 2018 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, malam ini.Murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol, Setiu yang juga anak sulung daripada tiga beradik menerima pakej perkahwinan bernilai RM20,000 sumbangan Primula Beach Hotel.Cabutan itu dilakukan Menteri Besar, Dato' Seri  Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri To' Puan Seri Halina Zakaria.Menurut  ibunya, Nur Shaarawati Deraman, 32, dia bersama suami, Mohd Azmi Abllah,44,  serta tiga anak termasuk Nur Afrina hanya sekadar mencuba nasib sebanyak tiga kali."Kami sekeluarga datang ke ekspo kerana anak-anak yang ingin melihat sendiri aktiviti serta pameran yang diadakan di sini...tiga kali pada Ahad, Khamis dan hari ini."Sebab dah berada di sini, kami hanya suka-suka daftar dan tidak pernah letak harapan yang tinggi..jadi bila umum nama Nur Afrina, terkejut dan merasa gembira,"katanya.Nur Shaarawati turut berkata, setakat ini mereka belum mempunyai perancangan mengenai pakej tersebut memandangkan usia Nur Afrina masih muda.Manakala Mek Yah Muda,48 , dari Kuala Terengganu berjaya membawa pulang hadiah utama berupa sebuah rumah apartment ladang Tok Pelam, sumbangan kerajaan negeri sempena Ekspo Terengganu 2018.Seramai 20,000 orang hadir pada malam penutup Ekspo Terengganu 2018 yang bermula 25 Mac  sehingga 6 petang esok.
03 Mar 18
35
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: Kerajaan BN Mampu Tangani Masalah Rakyat
Mohd Najib menyampaikan replika elaun guru Kafa. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim.  Rakyat di negara ini sewajarnya sedar hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu menangani pelbagai isu berkaitan kepentingan rakyat.Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, komitmen serta keperihatinan kerajaan sejak dahulu lagi sentiasa meletakkan keperluan dan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dan itulah kelebihan yang dimiliki BN dan tidak ada pada pembangkang.Jelas beliau, parti pembangkang hanya melakukan perkara yang mempunyai kepentingan politik semata – mata sedangkan soal rakyat diabaikan sehingga membebankan mereka.Najib yang juga Presiden UMNO, pembangkang lebih gemar menabur fitnah dan berita palsu dengan tujuan mencetuskan kemarahan serta kebencian rakyat terhadap kerajaan."Berbeza dengan pembangkang yang sering menimbulkan isu, kebanyakannya fitnah dan berita palsu yang bertujuan menimbulkan api kemarahan rakyat. Mereka (pembangkang) tidak beri alternatif yang boleh membina dan tak mampu selesaikan (pelbagai isu rakyat)."Lain dengsn BN yang seperti berkaitan isu kos sara hidup, jadi penyelesaiannya?. Jawapannya di Ekspo Terengganu. Di sini ada jualan sentuhan rakyat yang menyediakan barangan basah harga jauh lebih murah seperti daging, ikan, minyak masak dan sebagainya," katanya.Perdana Menteri menyatakan perkara itu ketika berucap menyempurnakan Majlis Penutupan Ekspo Terengganu 2018 yang dihadiri kira-kira 50,000 pengunjung di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Ekspo yang bermula 25 Mac lalu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dikunjungi hampir 500,000 orang selepas hampir seminggu berlangsung.
03 Mar 18
32
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Momen Indah Buat 111 Pasangan Pengantin Baru
Perdana Menteri (dua dari kiri) meraikan Majlis Resepsi Perkahwinan  Keluarga Generasi TTB Perkahwinan  Perdana 2018, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPerdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meluangkan masa sempena kunjungan ke Terengganu sejak malam tadi, meraikan Majlis Resepsi Perkahwinan  Keluarga Generasi TTB Perkahwinan  Perdana 2018, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Majlis disertai oleh 111 pasangan pengantin berlangsung kira-kira pukul 12.30 tengah hari selepas kebanyakan mereka dinikahkan di masjid daerah masing-masing, pagi semalam.Mereka terdiri daripada 10 pasangan dari daerah Kuala Terengganu dan Besut manakala Setiu (enam pasangan), Kemaman (15 pasangan), Dungun (14 pasangan), Hulu Terengganu (10 pasangan), Marang (tujuh pasangan) serta Kuala Nerus (25 pasangan).Pada majlis berkenaan, Najib turut berkesempatan merenjis air mawar dan menabur bunga rampai ke atas salah seorang pengantin berkenaan iaitu pasangan Azmer Rahman, 26, dan Norasyikin Nabila Rahimi, 18.Azmer merupakan jurulatih angkat berat Terengganu manakala pasangannya Norasyikin Nabila adalah pemenang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2018 bagi kategori 58 kilogram wanita acara sama.Najib turut menyampaikan replika kad nikah, sijil Simpanan Premium Bamk Simpanan Nasional (SSP-BSN) bernilai RM1,000, sijil penyertaan kepada wakil pengantin.Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud serta Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Mohd. Shafaruddin Mustaffa.Program Perkahwinan Perdana 2018 yang memasuki siri ketiga itu antara lain bagi membantu golongan muda memudahkan proses perkahwinan termasuk membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan  dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan anak mereka.Tahun lalu, Terengganu menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila menghimpunkan 271 pasangan pengantin dalam majlis resepsi yang diadakan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.
02 Mar 18
223
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Jurulatih Angkat Berat Antara Pengantin Baru Diraikan PM
Perdana Menteri meraikan pasangan pengantin dengan menyampaikan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (SSP-BSN) bernilai RM1,000 sempena Majlis Perkahwinan Perdana di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail  Perubahan tarikh majlis perkahwinan dari Jun kepada bulan Mac membawa tuah kepada pasangan pengantin, Azmer Rahman, 26, dan Norasyikin Nabila Rahimi, 18, apabila diraikan oleh pemimpin nombor satu negara.Pasangan bertuah itu tidak menyangka terpilih untuk upacara merenjis air mawar dan menabur bunga rampai oleh Perdana Menteri , Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang meluangkan masa meraikan Majlis Resepsi Keluarga Generasi TTB di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus sempena Majlis Perasmian Penutupan Ekspo Terengganu 2018, hari ini.Azmer merupakan jurulatih angkat berat Terengganu manakala pasangannya Norasyikin Nabila adalah pemenang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2016 bagi kategori 58 kilogram wanita acara sama."Perancangan awal kami sebenarnya pada bulan enam tetapi ditawarkan untuk menyertai majlis resepsi ni oleh bapa angkat saya yang bekerja dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT)."Dia yang uruskan segalanya untuk kami...apabila dapat tahu perdana menteri sendiri yang akan menepung tawar, memang gembira tak terkata, bangga sangat sebab terpilih antara 111 pasangan pada masa yang sama," katanya kepada pemberita sejurus ditemui selepas majlis itu.Pada majlis berkenaan,  Najib turut menyampaikan replika kad nikah, sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (SSP-BSN) bernilai RM1,000 dan sijil penyertaan kepada pasangan pengantin.Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud serta Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Menceritakan detik perkenalan, Azmer yang merupakan jurulatih kepada Norasyikin Nabila mula berkenalan pada tahun lepas dan mengambil keputusan untuk berkahwin selepas tiga bulan perkenalan.Beliau berkata, perkahwinan adalah yang terbaik baginya lebih-lebih lagi mereka berdua berada dalam bidang yang sama dan tidak berniat untuk menghalang isterinya untuk aktif selepas ini.Mereka akan memulakan sesi latihan selepas seminggu bercuti sebagai persiapan sukan Malaysia(Sukma) di Perak nanti.
02 Mar 18
333
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: PM Puji, Kejayaan Luar Biasa Ekspo
Mohd Najib melihat replika pembangunan yang disediakan pada Ekspo Terengganu 2018. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  Kejayaan Ekspo Terengganu 2018 yang mampu mencatatkan jumlah pengunjung lebih 500,000 pada hari kedua terakhir penganjurannya mendapat pujian Perdana Menteri dengan memberi markah tertinggi.Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, jumlah pengunjung yang di luar jangkaan, kandungan paparan yang dipersembahkan kepada rakyat serta kejayaan ekspo itu menyuntik rangsangan dan inspirasi melayakkan kerajaan Terengganu selaku penganjur diberi markah tertinggi.Beliau mengakui turut merasa teruja dan bersemangat hari ini melihat kejayaan Ekspo Terengganu yang mendapat sambutan luar biasa, dengan menyaksikan 45 peratus daripada keseluruhan lebih 1.25 juta rakyat Terengganu melawat ekspo berkenaan untuk mendapatkan pelbagai maklumat kejayaan kerajaan mentadbir negeri ini."Apabila kita buat satu ekspo, ada beberapa kayu ukur untuk tentukan sama ada ekspo itu berjaya dapat sambutan atau sebaliknya."Ujian pertama ialah bilangan pengunjung yang  hadir. Jadi, kalau hendak dikira yang hadir, saya boleh beri markah yang sangat tinggi kerana yang hadir di luar jangkaan," katanya.Katanya, kedua ialah daripada segi paparan atau kontennnya, sama ada ada kandungan dalam sebuah ekspo itu penuhi kehendak penganjur dan sampaikan mesej jelas dan dapat difahami serta dihayati oleh rakyat dan pengunjung ekspo.Menurutnya lagi, jika dihitung dari segi kandungan, walaupun beliau hanya sempat meneliti dan melihat sedikit berbanding semua paparan, beliau tetap berpuas hati dan memberi markah tertinggi kepada kerajaan negeri, kerana jelas paparan itu menjurus kepada pencapaian serta kejayaan Kerajaan Terengganu."Ukuran ketiga ialah sama ada sebuah ekspo itu memberi ransangan dan inspirasi pada mereka yang melawatnya supaya dalam hati kita akan timbul satu semangat baru, kesungguhan dan bersama-sama dalam perjuangan hala tuju baru dan Transformasi Terengganu Baharu (TTB). Ini juga saya beri markah tinggi," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Ekspo Terengganu 2018 di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, hari iniTurut hadir Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Chik dan mantan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said. Perdana Menteri berkata, beliau juga dapat melihat dengan jelas apa perancangan dan gambaran hala tuju kerajaan negeri dan ia bukan hanya satu slogan, tetapi mempunyai pengisian yang amat jelas.
02 Mar 18
26