lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Simulasi Keselamatan Bas Amfibia Lancar
Pandu uji bas amfibia di Sungai Terengganu semalam, turut melibatkan simulasi operasi menyelamat penumpang bas itu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tempoh pandu uji kenderaan dua alam itu memerlukan pihaknya menjalankan pemeriksaan rapi dan meneliti segala aspek termasuk bantuan kecemasan jika berlaku kerosakan dan sebarang kelemahan.Beliau sebelum itu, turut mengakui terdapat kesilapan ketika mengambil risiko memandu uji bas dua alam berkenaan, apabila secara tidak sengaja hos menghubungkan tekanan udara bas berkenaan tiba-tiba tercabut akibat cara pemanduannya tidak betul."Saya tidak pernah bawa bas ini..semalam saya tekan dan pecut sahaja.Semua penumpang yang ada termasuk saya mengambil risiko sendiri. Pada peringkat awal mereka tidak benarkan saya naik, tetapi saya mengambil risiko, saya sebagai Menteri Besar sanggup naik, apa yang susah dan bimbangnya..saya sudah menaiki bas begini di Hungary dahulu, tiada apa-apa masalah."Bas ini adalah terbaik kerana ada dua `blower water jet'. Bas yang lain sebelum ini dan ini yang kebelas. Sepuluh sebelum ini single water jet, kita ada double water jet jadi kita lebih laju. Saya difahamkan boleh sampai sehingga 12 knot , tetapi semalam cuba sehingga (kelajuan) 8 knot,"katanya.Ahmad Razif turut berpuas hati dengan operasi menyelamat yang dijalankan sebaik insiden itu kerana hanya mengambil masa kira-kira 10 minit dan berjalan lancar tanpa berlaku masalah yang tidak diingini hasil kecekapan pasukan terlibat.Operasi menyelamat itu dilakukan bahagian Teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).“Itu dalam keadaan tak bersedia, jadi selepas ini saya akan minta simulasi menyelamat begini diteruskan dalam semua keadaan terutama bagi keadaan yang tak dijangka memandangkan ia (bas) boleh beroperasi di air dan di darat,” katanya.Ketika ditanya mengenai tindakan segelintir pihak menularkan bas yang dikatakan rosak itu, beliau hanya mendoakan semoga pihak terbabit mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah SWT.“Dalam soal ini, sukar untuk kita cakap. Macam di Ekspo Terengganu 2018 sebelum ini kita terima kunjungan 625,000 yang datang, alih-alih cerita imam dan bilal yang pihak sebelah sana mainkan dan jadikan isu, jadi, dalam hal ini rakyat boleh nilai.“Bas amfibia ini pun dalam proses untuk dapatkan lesen memandu...minggu depan saya difahamkan bas ini akan ada ujian dengan JPN dan Jabatan Laut. Jadi, kita doakan yang terbaik kerana bas ini akan memberi banyak peluang kepada rakyat sebaik sahaja dapat beroperasi sepenuhnya nanti,” katanya.
14 Mar 18
54
Empty Image
Syarikat, Kontraktor Tempatan Akan Terlibat Dalam Projek ECRL
Menteri Besar menyaksikan majlis pertukaran dan menandatangani Memorandum Persefahaman antara Epic Berhad, CMC Engineering Sdn. Bhd. dan T7 Global Berhad di Bilik Perjanjian, Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri akan memastikan syarikat dan kontraktor tempatan terlibat secara langsung dengan kerja-kerja pembinaan infrastruktur Projek Pembangunan Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang akan bermula tidak lama lagi.Bagi merealisasikan hasrat itu, syarikat pegangan pelaburan kerajaan negeri, Terengganu Incorporated (TI) dan anak syarikat, Epic Berhad akan berunding dengan Pembinaan Infrastruktur Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) dan pemaju utama projek, China Communications Construction Company Ltd (CCCC).Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  projek ECRL sepanjang 600 kilometer yang menelan belanja RM55 bilion itu pastinya memberi impak yang besar terutama membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat negeri ini termasuk syarikat tempatan yang berkelayakan.“Projek ini akan membuka peluang kepada kontraktor tempatan. Kita juga akan  menyelaras dari segi pembekal kuari dan pasir-pasir menerusi Terengganu Incorporated dan juga Epic. “TI dan Epic akan berurusan dengan MRL dan CCCC untuk memastikan pengusaha tempatan tidak terlepas dengan peluang-peluang yang terdapat dalam projek ini,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Epic Berhad, CMC Engineering Sdn. Bhd. dan T7 Global Berhad di Bilik Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman, hari ini. Kerjasama dimeterai EPIC Berhad, T7 Global Berhad dan CMC Engineering Sdn Bhd dalam teknologi yang saling berkait ini secara tidak langsung dapat menggalakkan partumbuhan pembangunan sosio-ekonomi Negeri Terengganu dan membantu meningkatkan peluang pekerjaan di Pantai Timur.Menurut Menteri Besar, projek yang dijangka siap pada 2024 itu kini masih dalam proses pengambilan tanah bagi kerja-kerja membangunkan infrastruktur  di lokasi yang ditetapkan pemaju projek.“Saya difahamkan jika tiada isu tanah, mana-mana tanah kerajaan dan kawasan yang terlibat untuk proses pengambilan balik tanah ini, maka kerja-kerja akan diteruskan dan yang paling penting pada 2024 projek ini akan siap sepenuhnya.“Apabila memeterai perjanjian ini, maka ia menandakan pada bila-bila masa akan bermula. Setakat hari ini  `base camp’ sahaja yang ada. Malah, baru-baru ini juga diadakan temuduga pengambilan pekerja tempatan dan saya difahamkan seramai 3,000 orang akan terlibat, di mana TATiUC (Kolej Universiti TATI) akan menjadi pusat latihan kepada pekerja ini,”katanya.Dalam pada itu, menurut Ahmad Razif lagi, prestasi projek itu juga menutup desas-desus segelintir pihak yang mengatakan projek mega berkenaan tidak memberi  peluang pekerjaan kepada rakyat  Terengganu.ECRL yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd  Najib Tun Abdul Razak pada Ogos tahun lalu membabitkan pembinaan laluan rel kereta api yang merentasi sebahagian Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.Projek yang melibatkan sejauh 227 kilometer (km) dengan cadangan bagi empat jejari jajaran adalah 71 km yang membabitkan jarak sejauh 298 km dan Stesen Kampung Raja, Stesen Penarik, Stesen Dungun dan Stesen Chukai.Stesen baru yang dicadangkan  iaitu Stesen Kuala Nerus, Stesen Kuala Telemong dan Stesen Pengkalan Berangan yang pada asalnya adalah Stesen Ajil serta Stesen Kemasik bagi menggantikan Stesen Paka.
14 Mar 18
1163
Empty Image
Warga Felcra Sokong BN
Menteri Besar bersama tetamu kehormat bergambar bersama penerima anugerah Majlis Sepetang Bersama Menteri Besar, Warga Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku SyamimTengku IsmailWarga Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Terengganu akan terus memberi sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menerajui pentadbiran pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, peserta Felcra akan terus bersemangat menzahirkan sokongan terhadap parti yang sudah banyak berjuang dan berjasa bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada generasi mereka."Pertemuan kita ini untuk kita sama-sama memperingati bahawa kita sudah berada di ambang PRU14. Felcra akan terus main peranan untuk membangkit semangat membantu apa jua yang perlu kita pertahankan (pentadbiran) sama ada kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. "Kita melihat hanya UMNO sahaja yang dapat mempertahankan Malaysia supaya lebih maju dan ditransformasikan pada masa akan datang. Kita bukan hanya perlu memikirkan pilihan raya esok, malah kita perlu fikir untuk tempoh 20 tahun..30 tahun lagi (generasi akan datang),"katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kinabantangan berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Sepetang Bersama Menteri Besar, Warga Felcra Berhad, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang ini.Majlis dirasmikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Menurut Bung lagi, pemimpin BN dan UMNO juga sentiasa mentransformasikan perjuangan dan orientasi kerja mereka demi masa depan generasi akan datang sebagai wadah pelindung dan penyelamat bangsa."InsyaAllah Terengganu akan terus mencapai kejayaan dan melalui transformasi pada masa-masa akan datang."Saya juga cukup yakin dengan kepimpinan UMNO Terengganu yang diterajui Dato' Seri Ahmad Razif,"katanya.Sementara itu, Felcra berjaya memajukan 19 kawasan di seluruh Terengganu membabitkan 178 projek dengan keluasan keseluruhan 23,474 hektar dengan melibatkan seramai 5,918 orang peserta.Felcra Berhad juga mengagihkan kira-kira RM65 juta dividen bagi tempoh 2013 hingga 2017.
13 Mar 18
186
Empty Image
Tabung Darul Iman Hulur Sumbangan RM200 Ribu Kepada Bayi Faris Wafiuddin
Ahmad Razif menyerahkan sumbangan RM200,000 kepada ibu bayi Faris WafiuddinKerajaan negeri  melalui Sekretariat  Tabung Darul Iman menyumbangkan RM200,000 kepada bayi Faris Wafiuddin Faris Irwan berusia 10 bulan yang menghidap penyakit kegagalan hati.Menteri Besar,  Dato’  Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pihaknya terpanggil bagi menampung kos pembedahan hati bayi malang berkenaan berjumlah RM250,000 di Hospital Renjin, Shanghai, China pada akhir bulan ini."Setiap tahun kita membelanjakan hampir RM1 juta untuk membantu rakyat Terengganu tidak berkemampuan yang mengalami masalah kesihatan."Selepas dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Perangan, kita bersetuju membantu Faris Wafiuddin yang memerlukan pembedahan segera bagi merawat penyakitnya," katanya ketika melawat Faris Wafiuddin di  Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur hari ini.Cek bernilai RM200,000 itu diserahkan kepada ibu bayi berkenaan, Siti Rokiah Abd Wahab, 39, yang bakal menemani anak bongsunya itu ke Shanghai.Beliau berkata, bantuan berkenaan tidak terhenti di situ saja, sebaliknya pihaknya akan memantau perbelanjaan Faris Wafiuddin ketika berada di Shanghai nanti."Kita tidak mahu ada perkara yang boleh membebankan keluarga pesakit ketika berada di Shanghai nanti termasuk perbelanjaan harian keluarga yang menemani," katanya.Sementara itu, Siti Rokiah berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menyumbang bagi memenuhkan kos pembedahan anak bongsunya itu ke Shanghai tidak lama lagi."Hanya Allah SWT dapat membalas jasa semua pihak terbabit sama ada berbentuk doa dan wang ringgit bagi meringankan beban kami sekeluarga."Semoga bantuan Kerajaan Terengganu dan seluruh rakyat Malaysia ini dapat mengubati penyakit anak yang semakin serius," katanya.
12 Mar 18
95
Empty Image
Bapa Exco Komunikasi Meninggal Dunia
Ghazali  (duduk, berbaju putih) bersama keluarga terdekat di pusara arwah ayah beliau sejurus dikebumikan. Bapa kepada Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Dr Ghazali Taib meninggal dunia malam tadi akibat serangan jantung.Taib Said, 76 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) kira-kira jam 11.15 malam.Ghazali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil turut mengiringi jenazah yang disembahyangkan di Masjid Kampung Tok Jamal Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu pada jam 11 pagi sebelum dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan masjid berkenaan.
12 Mar 18
283
Empty Image
Maidam Agih Lebih RM183 Juta Kepada Golongan Asnaf
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengagihkan wang zakat sejumlah RM 183,760,543 untuk keperluan kehidupan lapan golongan asnaf di Terengganu sepanjang tahun lalu.Berdasarkan jumlah itu, golongan asnaf yang dikategorikan miskin mendapat peruntukan tertinggi iaitu RM74,071,795,  diikuti  fisabilillah (RM66,264,036), fakir (RM20,173,453 ) , amil (RM15,067,154), muallaf (RM5,468,852),  al gharimin (RM1,870,151),  al riqab (RM845,190) dan ibnusabil pula membabitkan agihan RM500,000.Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maidam, M. Rozi Bidin, berkata manakala agihan kepada mereka yang mendapat tawaran menyambung pelajaran masih diteruskan.Katanya, anak-anak ini diberikan bantuan RM1,000 untuk ijazah manakala diploma (RM800) dan ke sekolah berasrama penuh pula RM500.“Wang zakat ini diharap mampu menyuntik semangat mereka untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan mengubah nasib keluarga,” katanya kepada TeganukitaM Rozi turut memberitahu, sebanyak RM137,949,543 kutipan zakat berjaya direkodkan pada tahun lepas dan ia adalah rekod kutipan tertinggi Maidam setakat ini.“Kita terus memantapkan ekonomi umat Islam melalui agihan zakat. Bantuan kepada fakir miskin tidak lagi berbentuk wang bulanan, sebaliknya kita sediakan kemudahan dn bimbingan agar mereka berusaha keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya.
12 Mar 18
96
Empty Image
Tindakan Tegas Jika Biar Haiwan Berkeliaran
Samiun SallehMajlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak akan berkompromi dan akan mengenakan denda mandatori RM250 bagi setiap ekor haiwan peliharaan yang ditangkap berkeliaran di kawasan tumpuan awam sehingga mengancam nyawa pengguna jalan raya serta mencacatkan pemandangan. Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, tindakan tegas diambil bagi memastikan pemilik haiwan itu lebih bertimbang rasa serta tidak sewenang-wenangnya membiarkan ternakan seperti lembu dan kambing tanpa pengawasan.“Kita perlu mengambil tindakan tegas bagi mendidik pemilik supaya tidak membiarkan haiwan peliharaan mereka di merata-rata. Jika 10 ekor berjaya ditangkap, maka pemiliknya boleh dikenakan denda sehingga RM2,500 dan kita tidak melayan sebarang rayuan.“MBKT juga akan meningkatkan operasi menangkap haiwan berkeliaran bagi memastikan keselamatan orang ramai dan nyawa pengguna jalan raya diutamakan selain kebersihan dan keindahan persekitaran Bandar Raya Kuala Terengganu lebih terjaga,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Datuk Bandar Bersama Media di Kelab Eksklusif MBKT Batu Burok, Kuala Terengganu, baru-baru ini.Samiun berkata, di bawah perkara 6 UUK (haiwan merayau) MBKT 1989, pihanya boleh mensita atau menembak mana-mana haiwan yang didapati merayau atau berkeliaran dalam kawasan majlis.Tambahnya,  haiwan ternakan tersebut akan disimpan di depoh tahanan MBKT, Chendering dan hendaklah dituntut dalam masa dua minggu dari tarikh tangkapan.“Jika haiwan yang ditangkap atau disita tersebut tidak dituntut melebihi dua minggu dari tarikh tangkapan, haiwan itu akan dilelong dan lelongan akan dibuka kepada sesiapa yang berminat,"katanya.Menurutnya, jumlah kadar tebus adalah RM30 seekor dan caj tambahan adalah RM10 seekor bagi setiap hari selepas itu.
12 Mar 18
155
Empty Image
Kerajaan Negeri Tidak Mahu Retorik
Menteri Besar menyampaikan papan tanda markas kepada Ketua Cawangan Kampung Sekati sempena perasmian Karnival Cakna Rakyat DUN Teluk Pasu, Manir, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri tidak mahu retorik dan sekadar bercakap politik bagi memenangi hati rakyat, kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Katanya, pelbagai program terlaksana sebagaimana diuar-uarkan kerajaan demi kepentingan dan manfaat kepada rakyat yang memberi mandat pada pilihan raya umum lalu."Karnival Cakna Rakyat (DUN Teluk Pasu) ini susulan Ekspo Terengganu 2018 baru-baru ini, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengadakan mini ekspo di seluruh daerah yang akan diketuai pegawai daerah masing-masing."Konsep mini tiga hari dua malam akan ada pameran cerita kejayaan daerah, perancangan pada masa akan datang dan juga perkhidmatan kepada rakyat serta peniaga-peniaga beserta Jualan Sentuhan Rakyat. Kita hendak beri tempat kepada semua pihak supaya dapat menikmati hasilnya, "katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Cakna Rakyat 2018 Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu di Dataran Dewan Dato’ Pendekar, Banggol Tok Esah, Teluk Pasu, Manir, hari ini.Turut hadir, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail dan Pegawai Penyelaras DUN Teluk Pasu, Che Mansor Salleh.Ahmad Razif berkata, konsep sebegini (ekspo) membolehkan rakyat menilai sendiri, membuat pilihan serta keputusan terbaik untuk faedah mereka pada pilihan raya umum nanti.Beliau berkata, pihaknya juga mahu rakyat berfikir dengan bijak dan tidak mudah  terpengaruh dengan fitnah serta apa sahaha yang dipolitikkan pihak pembangkang dalam usaha menafikan pencapaian kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat selama ini.Tambahnya lagi, pelbagai cerita kejayaan dan perancangan akan datang dalam pelbagai aspek di seluruh Terengganu yang dipaparkan menerusi ekspo baru-baru ini juga berjaya membuka mata rakyat.Menurut beliau lagi, bagi memastikan setiap perancangan dalam tempoh empat tahun akan datang tidak terkandas, rakyat tiada pilihan lain melainkan memberi peluang dan memilih kerajaan sedia ada supaya dapat meneruskan agenda pembangunan serta menyediakan perkhidmatan yang dijanjikan itu.
09 Mar 18
320
Empty Image
Terengganu Tekad Kekal Cemerlang STPM
Kerajaan negeri berhasrat untuk mengekalkan kecemerlangan dalam pendidikan terutama dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), selepas merekodkan keputusan membanggakan dalam peperiksaan itu di negeri ini yang diumumkan semalam.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bagi merealisasikan hasrat itu kerajaan negeri bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada 47 buah sekolah yang mempunyai pelajar Tingkatan Enam.Katanya, pelaburan kerajaan negeri sebelum ini amat berbaloi apabila berjaya mendapat hasil yang diimpikan serta optimis Terengganu akan mendapat kejayaan lebih besar pada masa akan datang."Kerajaan negeri berani membuat pelaburan besar dalam pendidikan kerana kita nampak modak insan ini sangat penting dan kita tiada masalah untuk memberi lebih banyak insentif dan galakan dan memajukan pendidikan di Negeri Terengganu."Untuk menghasilkan kecemerlangan tidak sesukar mempertahankan kecemerlangan dan kita tidak mahu kita dapat kejayaan terbesar tetapi kejayaan terbesar kerana sikap alpa kita kejayaan itu akhir sekali tidak berulang."Jadi untuk mempertahankannya, kerajaan negeri bersetuju menambah peruntukan RM5,000 kepada 47 buah sekolah dan pelajar cemerlang bukan sahaja dapat laptop dan tablet tetapi juga mendapat wang tunai RM500 melalui sumbangan Yayasan Terengganu, bantuan RM1,500 apabila masuk universiti serta tidak termasuk sumbangan lain..ini adalah asas untuk mengekalkan kejayaan dan mempertingkatkan prestasi," katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan STPM Negeri Terengganu Tahun 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Kuala Nerus, pagi tadi.Seramai 100 pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam STPM diraikan dan menerima insentif wang tunai serta komputer riba.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu,  Shafruddin Ali Hussin.Ahmad Razif juga memberitahu, kerajaan negeri mensasarkan untuk mencapai lima peratus pelajar STPM 2018 mendapat A penuh berbanding empat peratus tahun lalu selepas melihat potensi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang semakin meningkat. -terengganu.news
08 Mar 18
45
Empty Image
Tiada Permit Niaga Untuk Warga Asing
Sebahagian petugas media bersama pegawai dan kakitangan MBKT yang memeriahkan Majlis Datuk Bandar Bersama Media di Kelab Eksklusif MBKT Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailMajlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak mengeluarkan sebarang permit niaga terhadap warga asing bagi membenarkan golongan itu menjalankan perniagaan di bandar ini.Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, perkara itu jelas menyalahi undang-undang dan peraturan sedia ada pihak berkuasa tempatan.“Setakat ini, kita tidak pernah meluluskan sebarang permit atau lesen untuk kumpulan warga asing berniaga."Kita tidak menolak mungkin ada kes terdapat warga asing menjadi pembantu kedai dan berniaga di kedai yang mana lesen dimiliki oleh isteri di kalangan warga tempatan,"katanya.Beliau berkata demikian kepada media sempena Majlis Datuk Bandar Bersama Media di Kelab Eksklusif MBKT Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini.Samiun menjelaskan, pihaknya juga menawarkan sewa lot premis perniagaan dengan kadar yang murah dan tindakan membatalkan lesen akan dilakukan serta-merta sekiranya warga tempatan itu sendiri didapati bertindak menyewakan lot niaga mereka kepada pihak lain bagi tujuan mengaut keuntungan.Dalam perkembangan yang sama, katanya, MBKT juga akan terus menjalankan pemantauan terhadap peniaga yang melanggar syarat termasuk kesalahan menyewakan lot perniagaan mereka kepada warga asing.Beliau berkata, pihaknya memandang serius kes penyalahgunaan lesen perniagaan dan tidak akan memberi peluang kepada mereka yang melakukan kesalahan itu.
08 Mar 18
417