lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Bina Rumah Projek Akuapolitan Kuala Nerus Mula April Ini
Projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) fasa pertama membabitkan pembinaan 200 rumah peserta dijangka bermula pertengahan April ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembinaan rumah tersebut dilaksanakan secara berperingkat melibatkan 452 peserta dengan kos keseluruhan berjumlah RM21 juta.“Ia akan dibina di Seberang Pak Abu di Seberang Takir, untuk menempatkan sebahagian daripada keluarga nelayan yang terlibat dengan projek berkenaan,”katanya.Beliau berkata demikian  selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) ECER, di Pejabat ECER, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar.Ahmad Razif turut memberitahu, hasil mesyuarat bersama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Terengganu tadi, projek pembangunan itu  dijangka akan memakan masa 18 bulan dan akan siap pada 2020. “Sebaik sahaja pembinaan rumah ini selesai, ia akan diikuti dengan pembinaan projek untuk pengisian dan aktiviti-aktiviti bagi Projek Akuapolitan Kuala Nerus yang mana telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada tahun lepas“Peserta yang telah dikenal pasti, telah menjalani latihan Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan empower ECER,”katanya.
22 Mar 18
337
Empty Image
Sokongan Komuniti Bantu Pulih Penagih Dadah
Masyarakat diseru agar mengubah persepsi terhadap mangsa najis dadah dan bersama membantu merawat mereka.Usaha itu perlu  dan amat penting biarpun mencari kaedah terbaik bagi merawat penagihan dadah menjadi cabaran bukan sahaja di Terengganu malah di  Malaysia dan di negara lain di seluruh dunia.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembanguban Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Mohd Iskandar Jaafar,  berkata kajian yang dilakukan terutama di luar negara mendapati pemulihan dalam komuniti memberi hasil yang lebih baik kepada pengguna dadah kerana mereka melalui pemulihan secara holistik.“Ini akan membantu meningkatkan keyakinan diri seorang penagih yang menjalani rawatan dan merasakan mereka sebahagian daripada masyarakat, " katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan peringkat Negeri Terengganu 2018 di Perpustakaan Awam Negeri , Kuala Terengganu, semalam.Seruan ini disokong oleh Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Kesedaran Awam Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Nazri Muhammad yang turut menegaskan, ia merupakan satu usaha yang dilakukan AADK dalam menghapuskan dadah dalam masyarakat."Tema Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita' untuk tahun ini sebagai usaha untuk mendekati komuniti supaya turut membantu mangsa najis dadah."Di negeri ini, kami menyasarkan keluarga dan komuniti dalam kempen perangi dadah," katanya.Melalui tindakan dan pendekatan AADK, Terengganu mencatatkan penurunan 16 peratus penagih baru sejak kempen dilaksanakan pada 2016.
22 Mar 18
604
Empty Image
10,000 Pengunjung Dijangka Hadir Minggu Sains Negara
Kira-kira 10,000 pengunjung, termasuk pelajar dan golongan belia dijangka hadir pada Minggu Sains Negara peringkat Negeri Terengganu 2018 di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Chendering, Kuala Terengganu.Program selama tiga hari yang  akan berakhir pada 5 April itu menyajikan pelbagai program menarik bertujuan menyemai kesedaran dan minat  orang ramai khususnya pelajar terhadap ilmu sains.Antaranya Sea To Space Expo, pameran dan bengkel, cerapan matahari, cerapan langit siang dan malam, tayangan astronomi dan paling istimewa panampilan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Al Musrie Sheikh Mustapha.Manakala bagi Science Troopersz sempena program sama turut diadakan melibatkan semua daerah termasuk Kemaman dan Setiu.Science Troopersz diadakan di sekolah-sekolah terpilih, antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya, Dungun;   SMK Landas, Hulu Terengganu; SMK Lembah Bidong, Setiu dan Pasar Jertih, Besut.Program itu berlangsung selama lima hari, bermula 1 April.Ketua Pegawai Operasi PSKT,  Afnida Alwi, berkata program berkenaan pastinya mampu  memberi manfaat kerana dapat mendalami bidang sains secara lebih dekat serta secara praktikal.“Oleh itu, pihak kami berharap orang ramai mengambil peluang  hadir ke program yang dianjurkan secara percuma itu dengan membawa keluarga masing-masing,” katanya.Perasmian program dijangka disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
20 Mar 18
112
Empty Image
Jangan Guna Perkhidmatan Pergigian Haram - Roslee
Roslee menyampaikan sumbangan kepada seorang peserta dalam Program Kesihatan Pergigian Warga Emas Peringkat Negeri Terengganu 2018 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, hari ini.Kerajaan negeri menasihatkan pengguna di negeri ini tidak terpedaya dengan perkhidmatan pergigian yang tidak bertauliah berikutan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.Walaupun kes yang direkodkan kecil dan terkawal kerajaan tetap memandang serius kegiatan doktor gigi palsu di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, berdasarkan rekod, sebanyak lima kes dari tahun 2015 hingga 2018 membabitkan kegiatan pemasangan pendakap gigi palsu yang didalangi wanita."Kita harap rakyat sentiasa peka dengan masalah serta isu yang berlaku ini. Jangan cepat percaya (tawaran doktor palsu) dan berurusan (dapat rawatan) di tempat yang betul."Di kampung kita berurusan di klinik-klinik desa yang disediakan kerajaan serta hospital-hospital yang sedia ada,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir menyempurnakan perasmian Program Kesihatan Pergigian Warga Emas Peringkat Negeri Terengganu 2018 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Jusoh.Menurutnya lagi, orang ramai masih kurang sedar dan mudah terpedaya dengan tawaran harga murah perkhidmatan pendakap gigi palsu adalah orang tidak bertauliah."Kita menyeru masyarakat supaya mendapatkan rawatan di klinik pergigian kerajaan ataupun swasta yang berdaftar serta dilakukan oleh pengamal pergigian yang bertauliah,"katanya.Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan pergigian tidak bertauliah boleh melaporkan aktiviti itu kepada Bahagian Kesihatan Pergigian JKNT di talian 096226028 agar penguatkuasaan boleh dijalankan dan tindakan tegas boleh diambil.
20 Mar 18
78
Empty Image
Kesedaran Bumiputera Terhadap Pelaburan Saham Masih Lemah
Tengku Putera memalu gong sebagai gimik merasmikan program. Harish Fadzillah Abu KassimPenglibatan golongan Bumiputera dalam pelaburan saham masih lagi rendah dan perlu diberi lebih pendedahan agar mereka dapat menjadi pelabur yang berjaya.Timbalan Ketua Setiausaha (Pedagangan)Kementarian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Isham Ishak, berkata orang Melayu masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain dalam bidang saham.Katanya, mereka lebih gemar untuk terlibat dengan pelaburan yang tidak sah di sisi undang-undang serta mudah terpengaruh dengan jaminan akan mendapat pulangan lumayan dalam jangka masa yang singkat.“Golongan ini perlu diberi perhatian dan didikan mengenai asas pelaburan yang betul. Mungkin sebelum ini mereka ada melabur tetapi tidak menguntungkan dan sebab itu memilih jalan mudah dengan menyertai skim cepat kaya,” katanya.Beliau berkata demikian pada Seminar Pelaburan Saham Terengganu 2018, ‘Pelaburan Berteraskan Syariah’ di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir merasmikan seminar Pengerusi Jawatankuasa dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang.Menurut beliau, program-program sedemikian mampu memberikan pendedahan, peluang dan perkongsian yang bermanfaat kepada masyarakat untuk menceburi bidang saham.“Pihak kami mahu masyarakat melabur dengan bijak dan pandai menilai risiko sebelum sesuatu keputusan pelaburan dibuat.“Mereka perlu belajar teknik pelaburan dengan betul, tahu bila masa hendak jual atau beli saham dan mengetahui keadaan ekonomi dunia mampu mempengaruhi sesuatu nilai saham berkenaan.“Oleh itu, ambil peluang ini untuk memperbaiki diri dan menajamkan kemahiran. Untuk menjadi seorang pelabur saham yang berjaya, proses pembelajaran tidak pernah terhenti dan sentiasa dikembangkan dengan ilmu-ilmu baharu,” katanya
19 Mar 18
40
Empty Image
Purata Pendapatan Nelayan Di Terengganu RM2,000 Sebulan
Nelayan tradisional atau nelayan Zon A (pesisir pantai) di negeri ini mampu mendaratkan sebanyak lebih 16,509 tan metrik ikan dengan nilai lebih RM132 juta setahun.Dengan jumlah 5,698 orang nelayan Zon A di seluruh Terengganu, ia merekodkan hasil purata pendapatan nelayan melebihi RM2,000 sebulan.Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Zawawi Ali berkata, rekod itu sekali gus menutup dakwaan pembangkang yang mengatakan nelayan kita berpendapatan RM500 ke bawah sebulan."Itu semua fitnah dan dakwaan berniat jahat dan saya menafikan dakwaan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, bahawa nelayan di negeri ini hidup tersepit dengan pendapatan di bawah RM500 sebulan,"katanya pada sidang media di lokasi pendaratan ikan Tok Jembal, Kuala Nerus, hari ini.Menurut Zawawi lagi, berdasarkan kajian dijalankan bersama Bank Pembangunan Islam terhadap 145 nelayan di Kuala Nerus, hanya 70 daripada kumpulan itu yang meraih pendapatan kurang RM500 sebulan kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara sambilan.Katanya, kajian itu juga menunjukkan secara purata, pendapatan nelayan di sekitar Kuala Nerus antara RM750 hingga RM2,500 sebulan."Pendapatan mereka itu kalau dinilai keseluruhan, tidak termasuk pelbagai bantuan kerajaan seperti Elaun Sara Hidup antara RM250 hingga RM300 sebulan kepada setiap nelayan berdaftar, insentif hasil tangkapan dengan kadar antara 10 sen hingga 20 sen sekilogram."Kerajaan juga menyediakan skim bantuan subsidi diesel petrol bagi menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan,"katanya.Zawawi berkata, untuk tahun ini juga, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk membantu nelayan tempatan membeli peralatan operasi merangkumi mesin tarik bot di 10 pengkalan nelayan, bantuan tong insulasi dan peralatan elektronik GPS."Kerajaan menyediakan bantuan ini bertujuan menambah kesejahteraan nelayan dengan peningkatan hasil tangkapan sekaligus meningkatkan hasil pendapatan mereka."Selain itu, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM550,000 untuk pembinaan tukun tiruan bertujuan membantu nelayan tradisional turun ke laut walaupun pada musim tengkujuh," katanya.Menurutnya lagi, seramai 7,114 nelayan tempatan berdaftar di negeri ini, manakala 2,419 nelayan asing kebanyakannya dari Vietnam dan Thailand.
18 Mar 18
687
Empty Image
Tawaran Kerja RM8 Juta Untuk 139 Kontraktor
Menteri Besar bergambar bersama kontraktor selepas penyerahan surat tawaran Kerja JKR Negeri Terengganu di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailSeramai 139 kontraktor menerima surat tawaran kerja melibatkan peruntukan lebih RM8 juta bagi melaksanakan kerja inden, undi elektrik, undi dan mekanikal di seluruh Terengganu bermula tahun ini.Penyerahan surat tawaran Kerja Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, hari ini.Ahmad Razif juga berharap semua kontraktor yang terpilih dan terlibat dengan projek berkenaan akan terus berjaya pada masa akan datang serta mewarisi perusahaan kepada keluarga dan pewaris yang sepatutnya.“Para kontraktor binaan di negeri ini juga diingatkan supaya tidak ‘mengalibabakan’ atau meminjamkan lesen mereka kepada pihak lain untuk melaksanakan projek.“Kita juga mahu memastikan setiap projek yang diperolehi ini dapat dilaksanakan sendiri oleh kontraktor,  tidak menjualnya kepada pihak lain sehingga mengabaikan kualiti projek akibat mengambil untung atas peruntukan projek,”katanya.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman dan Pengarah Kerja Raya Terengganu, Ir. Che Kamaruddin Bahar.Ahmad Razif  berkata, tindakan meminjamkan lesen kepada pihak lain boleh memberi kesan kepada pemegang lesen jika pihak berkenaan tidak mampu menyiapkan sesuatu projek mengikut piawaian ditetapkan.Beliau juga berharap, semua kontraktor terlibat dapat merancang dan melaksanakan kerja mengikut waktu dijanjikan dan menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Tambah beliau, JKR juga perlu sentiasa memantau semua projek berkenaan bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut spesifikasi dan melancarkan projek pembangunan yang memberi manfaat kepada semua.
18 Mar 18
255
Empty Image
UMT Catat 794 Berita Dengan Nilaian RM16.8 Juta
Nor Aeni bergambar kenangan bersama pengamal media yang hadir pada MAM. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Universiti Malaysia Terengganu (UMT)  merekodkan  sejumlah 794 liputan media di akhbar utama edisi timur dan nasional dengan nilaian berita berjumlah RM16.8 juta telah memberi kesan secara  langsung kepada dalam memperkasakan universiti itu sepanjang tahun lalu.Naib Canselor UMT, Prof Dato Dr Nor Aeni Mokhtar  , berkata menyedari perkara itu,  Pusat Komunikasi Korporat UMT sebagai penghubung kepada pihak media terus  mengambil insiatif mempelbagai program, memperkasakan kajian, selain menjenamakan semula #UMTSohor."Besarlah harapan  UMT agar sahabat media dapat  memberi sokongan dan liputan secara berterusan agar UMT terus sohor di peringkat nasional dan global mahupun peringkat nasional, " katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Media (MAM) 2018 di Permai Hotel, Kuala Terengganu, malam tadi.Hadir sama, Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Dato' Muda Mamat, Presiden Kelab Wartawan Terengganu, Wan Abd Rahman Hayat.Kira - kira 200 pengamal media dari pelbagai agensi media hadir memeriahkan MAM yang menawarkan sebuah peti sejuk sebagai cabutan utama.Dr Nor Aeni  turut memberitahu, ledakan perkembangan teknologi informasi maklumat, dunia kewartawanan kini menyaksikan kemunculan akhbar-akhbar dalam talian, penyebaran berita melalui laman sosial seperti facebook, instagram, twitter mahupun whatsapp, menjadi cabaran mempertahankan agenda nasional sangat besar dan mencabar.Katanya, portal berita dan juga media sosial mengemaskini berita mereka hampir setiap minit. Aliran maklumat menjadi terlalu pantas, informasi sama ada yang sahih atau tidak disebar kepada orang awam dengan sekelip mata sehingga ada adakalanya tidak memberi ruang kepada pembaca untuk mencerna intipati yang disampaikan.“Namun, saya percaya biar secanggih mana pun teknologi yang digunakan dalam dunia kewartawan baik di media cetak, elektronik mahu pun portal berita, etika serta tanggungjawab anda sebagai wartawan tidak pernah berubah khususnya dalam menyampaikan maklumat dalam aspek pendidikan,”katanya.
17 Mar 18
81
Empty Image
Jambatan Angkat Dijangka Beroperasi Oktober Ini
Ahmad Razif meninjau perkembangan projek jambatan angkat di Seberang Takir. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Jambatan angkat (draw bridge) yang menghubungkan Kuala Terengganu Selatan dengan Seberang Takir, Kuala Nerus dijangka siap pada September ini dan dapat digunakan sepenuhnya pada Oktober  nanti.Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jambatan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dengan kos keseluruhan RM248 juta itu mampu memendekkan jarak perjalanan dari Kuala Terengganu ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud  yang mengambil masa kira-kira 10 minit.Katanya,  Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)  akan berperanan mengendalikan  jambatan ikonik itu yang merupakan satu lagi mercu tanda baharu bagi Terengganu.“Orang akan kenal Terengganu dengan draw bridge. Apabila sebut jambatan angkat pastinya akan tahu hanya di Terengganu," katanya. Beliau berkata  ketika melawat jambatan itu yang diiringi Pengurus Besar Corporate Strategic Planning Division ECERDC Datuk Ragu Sampasivam, di Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini. Ahmad Razif berkata apabila siap kelak, jambatan itu dapat menyelesaikan kesesakan lalulintas di Jambatan Sultan Mahmud, yang kini semakin meruncing.Katanya, ia sudah pasti akan menarik minat ramai pengujung terutama pelancong kerana ia merupakan jambatan yang sangat menarik dengan mempunyai empat menara yang akan menempatkan restoran dan dewan-dewan untuk majlis keramaian.“Kerajaan sedang mengkaji dan berbincang sama ada jambatan itu dikendalikan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) atau badan-badan lain yang bersesuaian.“Di kawasan itu nanti akan dijadikan bandar warisan pesisir air yang hidup dan dibangunkan kawasan perdagangan dengan pelbagai projek dengan peruntukan melebih RM1 bilion,”katanya. Manakala di sebelah Selatan Kuala Terengganu pula, beliau berkata, ia akan bermula dengan Kuala Terengganu City Central (KTCC), diikuti dengan menara Tenaga Nasional Berhad."Tidak berapa lama lagi Mayang Mall akan mula beroperasi di situ yang akan menempatkan apartment yang menjadikan kawasan itu satu kawssan tarikan yang utama pengunjung dan pelancong," katanya.Dengan siapnya jambatan itu kelak, ia menjadikan empat jambatan yang menghughungkan Kuala Terengganu dengan Kuala Nerus iaitu menerusi Jambatan Sultan Ismail (Pulau Rusa-Manir), Jambatan Bukti Losong (Losong-Teluk Pasu), Jambatan Sutlan Mahmud (KUala Ternggnau-Bukit Tunggal) dan Jambatan Angkat.
17 Mar 18
227
Empty Image
Ahmad Razif Kekal MB Terengganu
PILIHAN Raya Umum ke 14 (PRU14) bakal diadakan dalam masa terdekat. Negeri Terengganu yang dipimpin Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman telah lama berada dalam keadaan bersiap sedia. Pasukan beliau yang mantap digeruni pihak lawan.Pembangkang di negeri tersebut sedang berusaha merosakkan momentum pasukan MB Razif dengan membuat berbagai-bagai khabar angin untuk melaga-lagakan kepimpinan UMNO Terengganu.Mereka membuat cerita kononnya MB Razif bakal bertanding kerusi Parlimen. Malah pembangkang memetik nama Shabery Cheek sebagai calon MB.Tindakan tersebut dilakukan apabila usaha mereka menabur fitnah dan tohmahan memburuk-burukkan projek Taman Ilmu dan Bas Amphibia menemui jalan buntu. MB Razif berjaya melalui pelbagai persepsi jahat di zaman digital ini. Sebagai MB yang mesra media sosial maka sgala persepsi fitnah dapat diuruskan dengan baik.Dalam perkara ini, kewibawaan Ahmad Razif perlu dipuji. Beliau langsung tidak tergugat. Misi MB Razif hanya fokus terus kepada rakyat negeri yang kaya dengan hasil minyak tersebut. Sememangnya rakyat Terengganu amat beruntung mendapat MB yang sangat tinggi komitmen terhadap mereka.Kejayaan Ekspo Terengganu 2018 baru-baru ini yang mencatatkan pengunjung yang sangat tinggi membuktikan kejayaan beliau sebagai MB Terengganu. Ekspo tersebut mendapat pujian Datuk Seri Najib Razak yang memberi markah tertinggi kepada kerajaan negeri.Perdana Menteri berkata, jumlah pengunjung yang di luar jangkaan dan kandungan paparan yang dipersembahkan kepada rakyat serta kejayaan ekspo itu menyuntik rangsangan dan inspirasi melayakkan kerajaan Terengganu selaku penganjur diberi markah tertinggi.Beliau mengakui turut teruja dan bersemangat melihat kejayaan Ekspo Terengganu yang mendapat sambutan luar biasa, dengan menyaksikan 45 peratus daripada keseluruhan lebih 1.25 juta rakyat Terengganu melawat ekspo itu untuk mendapatkan pelbagai maklumat kejayaan kerajaan mentadbir negeri ini.Menjadi lumrah pembangkang akan cuba merosakkan imej dan gambaran terbaik Ahmad Razif namun menjadi tanggungjawab kepimpinan dalam UMNO Terengganu sendiri juga untuk memastikan segala usaha pembangkang tersebut gagal. Ingatlah, Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.- pru14.tv
14 Mar 18
211