lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Lebih 10,000 Pengunjung Berselawat Di Stadium Tertutup, Gong Badak
Ahmad Razif bersama kepimpinan negeri berselawat pada program `Negeriku Berselawat dan Doa Kami Untuk Palestin', foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailLebih 10,000 pengunjung membanjiri Stadium Tertutup Gong Badak, malam tadi sempena  program `Negeriku Berselawat dan Doa Kami Untuk Palestin'.Program bermula pada jam 6.30 petang itu disiarkan secara langsung di rangkaian televisyen TV Alhijrah pada jam 9 malam dengan  menampilkan penceramah tersohor, Ustaz Syamsul Debat.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman hadir bersama-sama  kepimpinan negeri bagi menjayakan matlamat meneruskan doa dan munajat, memohon pertolongan Allah SWT supaya menghentikan kezaliman musuh-musuh Islam yang menindas rakyat Palestin ketika ini.Pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus Fatiha Najeha Muhaimin, 16, berkata  dia bersama 30 rakan dijemput khas ke program yang cukup bermakna itu dan sudah berada  di lokasi program kira-kira jam 6 petang.“Sangat teruja  dan tersentuh hati apabila mendengar semua hadirin bersama-sama mengalunkan zikir, selawat dan qasidah.“Saya berharap apa yang dilaksanakan penganjur diteruskan pada masa datang, sebaik-baiknya menganjurkannya  pada setiap tahun,”katanya.Pengunjung dari Seberang Takir, Ruhaimi Salleh, 40, berkata  program itu sangat sesuai untuk semua peringkat umur, terutama untuk remaja kanak-kanak.“Anak lelaki saya, Ikmal Naufal Ruhaimi, 5,  ralit mendengar alunan qasidah, selain setia  mengikuti program itu  sehingga tamat program.“Perangainya sangat berbeza berbanding ketika membawanya  menghadiri program lain di mana sebelum ini tidak mahu menumpu perhatian selain gemar membuat hal sendiri,” katanya.Program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Unit Komunikasi  Negeri Terengganu (UKOM) itu menjemput kumpulan In-Team untuk mempersembahkan Qasidah kepada tetamu.
26 Mar 18
96
Empty Image
Kursus Kulinari, Jahitan ECERDC Beri Manfaat Kepada Keluarga Peserta AKN
 Jebasingam  bersama Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman  beramah mesra dengan peserta di bawah ECERDCKursus Kulinari dan Jahitan yang diperkenalkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Terengganu berjaya memberi manfaat kepada 43 peserta dan keluarga peserta Projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN).Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, semua peserta termasuk isteri, anak-anak dan ahli keluarga mereka kini sedang dilatih oleh ECERDC di bawah Program Empower. “Apa yang penting, bagaimana kita nak mengubah kehidupan mereka supaya mereka boleh meneruskan hidup. Malah, kita juga memberi latihan daripada segi pendidikan dan kemahiran untuk mereka,” katanya dalam satu majlis baru-baru ini.Katanya, projek AKN  adalah satu skim pembasmian kemiskinan untuk komuniti nelayan negeri ini dan yang pertama di Malaysia.“Projek tersebut akan dibangunkan oleh ECERDC dan akan dibangunkan sebagai zon penangkapan ikan laut bersepadu dan mampan, yang merangkumi pembinaan Terminal Perikanan Akuapolitan, Perkampungan Pemprosesan Ikan Akuapolitan dan Pusat Penyelesaian Menyeluruh Perikanan.“Bagi menjayakannya, ECERDC telah melantik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai perunding untuk menjalankan kajian mengenai sosio-ekonomi, strategi pembangunan dan pelaksanaan menyeluruh AKN,”katanya.
26 Mar 18
40
Empty Image
Serikandi Lancar Buku Koleksi Kuih Tradisional Terengganu
Halina menunjukkan buku koleksi makanan tradisi Terengganu, Selera Ganu Kite yang dilancarkan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Serikandi Kali Ke-31 di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailBadan Amal Dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) melancarkan buku koleksi kuih tradisional Terengganu, Selera Ganu Kite hari ini, sebagai medium memperkenalkan makanan tradisi negeri yang kian dilupai generasi muda dan mempromosikan produk pelancongan negeri Terengganu.Buku bermuka surat 144 dengan paparan 143 jenis kuih-muih pelbagai citarasa unik dan menyelerakan yang berasal dari Terengganu.Pelancaran buku yang diilhamkan Yang Dipertua Serikandi, To' Puan Seri Halina Zakaria bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Serikandi Kali Ke-31 di Hotel Permai, Kuala Terengganu.Halina berkata, buat permulaan tiga naskhah buku itu dicetak bagi gimik pelancaran dan diikuti 1,000 unit lagi untuk diagihkan kepada jabatan kerajaan serta tetamu daripada negeri dan negara luar yang berkunjung ke Terengganu."Buku ini mula ditulis dan direkodkan secara bergambar sejak  2015 dan siap sepenuhnya pada awal tahun ini selepas membuat kajian serta penelitian kuih-muih serta makanan tradisi yang terdapat di Terengganu."Serikandi berharap agar dapat menjadi rujukan kepada semua pihak termasuklah pelajar untuk mengenali lebih mendalam tentang makanan tradisi Terengganu,"katanya.Pelancaran buku dan perasmian mesyuarat agung itu disempurnakan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan jawatankuasa serta ahli Serikandi.Di majlis itu, Serikandi turut menerima bantuan pentadbiran berjumlah RM100,000 sumbangan Terengganu Incorporated (TI) yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TI, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.Serikandi turut menyampaikan sumbangan bernilai RM300 seorang berupa barangan keperluan dapur dan wang tunai kepada 30 warga emas Melayu, Cina dan India yang kurang berkemampuan  di sekitar Kuala Terengganu.
24 Mar 18
1076
Empty Image
Orang Ramai Disaran Sumbang Karya Menerusi KREATIFMARKET.MY
Jailani menyampaikan sijil penyertaan kepada seorang peserta KREATIFMARKET.MY, Azli Adzlan sempena majlis pelancaran program tersebut di Dewan sivik AjilOrang ramai disarankan supaya merebut peluang untuk menyumbangkan hasil karya kreaviti foto mereka dalam program KREATIFMARKET.MY untuk menjana pendapatan sampingan yang berterusan.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Dato' Seri Jailani Johari berkata, peluang ini hasil inisiatif kementeriannya  dan MYNIC yang merupakan platform pertama di Malaysia mengkomersial hasil karya seni fotografi tempatan atas talian berkonsepkan crowdsourcing.Jelasnya lagi, ini bagi memberi peluang kepada komuniti untuk menjana pendapatan sampingan secara berterusan setanding platform antarabangsa seperti Shutterstock, Getty Images, 123rf dan banyak lagi."Seiring dengan teras KKMM yang dapat memberi fokus dalam pemerkasaan industri kreatif dan menggerakkan ekonomi digital negara , program KREATIFMARKET.MY dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui kemahiran sebagai aset untuk menjana pendapatan secara digital." Para penyumbang mampu memperolehi insentif sehingga RM600 bagi karya yang dimuat naik  dan bagi setiap karya yang dijual melalui platform KREATIFMARKET.MY, setiap penyumbang mampu untuk menjana pendapatan sehingga RM5,000,"katanya selepas melancarkan platform Kreatifmarket.my di Dewan Sivik Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC, Datuk Hasnul Fadhly Hasan berkata, sehingga kini pihaknya tmenerima sumbangan sebanyak 11,000 hasil fotografi dengan lebih daripada 2,500 gambar yang dimuat naik diluluskan mengikut kriteria kreatif."Melalui sumbangan tersebut, lebih RM9,000 insentif telah dibuat kepada pihak penyumbang yang telah berdaftar."MYNIC secara tidak langsung sebenarnya telah membentuk generasi cakna digital yang boleh menyesuaikan pelbagai bidang kemahiran terutama bidang fotografi untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan pasif berterusan melalui keusahawan dalam talian," katanya lagi.
24 Mar 18
173
Empty Image
RM100 Ribu Suntikan Untuk Kelab Sahabat Najib
Kerajaan negeri menyerahkan bantuan RM100,000 kepada Kelab Sahabat N87 Negeri Terengganu bagi pengurusan kelab dan persiapan menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Daripada jumlah itu, RM10,000 diagihkan kepada Kelab Sahabat N87 setiap daerah, manakala RM20,000 kepada kelab negeri.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dengan peruntukan itu pihaknya berharap kelab berkenaan akan terus menjalankan program yang bermanfaat serta bersama-sama menyokong perjuangan Barisan Nasional (BN) supaya terus kekal mentadbir negeri dan negara.Bantuan pentadbiran kepada setiap daerah sempena Genderang Perang PRU14 'Antara Realiti & Fantasi' Terengganu Molek Doh! Kelab Sahabat N87 di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail"Saya berharap ahli-ahli kelab Sahabat N87 kuatkan semangat untuk terus berjuang bagi memastikan kelangsungan BN pada PRU14."Calon sudah ada.. yang pasti kita perlu bekerja keras untuk memastikan kita mampu menang dua pertiga majoriti kerusi DUN negeri dan juga dua pertiga peringkat Pusat,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Genderang Perang PRU14 'Antara Realiti & Fantasi' Terengganu Molek Doh! Kelab Sahabat N87 di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Pengerusi Kelab Sahabat N87 Negeri Terengganu, Dato' Seri Abdul Rahman Bakar.Ahmad Razif berkata, sampai masanya pada PRU14 nanti, BN mampu merampas semula 11 lagi kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen.Menurutnya lagi, kemenangan itu akan menambah 15 lagi wakil rakyat BN sekali gus mengukuhkan pentadbiran dengan suara majoriti.
23 Mar 18
228
Empty Image
Turun Padang Sentuh Hati Rakyat
Bazlan bersama penduduk Pulau Redang. Gambar oleh Suriati AliTidak protokol, sederhana dan berusaha sedaya upaya untuk memberi sumbangan dan bantuan kepada penduduk yang memerlukan.Itu antara sikap dan perwatakan Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman dalam kalangan masyarakat setempat.Kriteria yang digalas Bazlan itu menyebabkan belaiu disenangi kerana tidak pernah meletakkan sebarang syarat semasa berurusan dengan orang ramai.Lebih menyenangkan lagi  apabila perkhidmatan sebagai wakil rakyat tidak hanya tertumpu kepada masyarakat di tanah besar sahaja malah penduduk di perkampungan Pulau Redang.Setiap bulan Bazlan tidak lupa menjenguk penduduk perkampungan itu dengan mengadakan pelbagai program sentuhan rakyat, termasuk Program Mengagihkan Wang Ehsan, pada hari ini.Seorang penduduk,  Mohd Nor Musa, 80 berkata, dia mengenali Bazlan ketika mengajar di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang, memiliki sifat peramah dan sangat menyenangkan.Katanya, setiap bulan datang menjenguk penduduk pulau dengan membawa barangan sumbangan."Seperti hari ini, dapat  wang bantuan banjir berjumlah RM1,000."YB Bazlan bagi tahu, duit ini dari Kerajaan Pusat RM500 dan selebihnya dari kerajaan negeri, " katanya.Ibu tunggal Zaimah Mat Amin, 72 berkata, wang RM1,000  yang diagihkan melalui YB Bazlan sangat bernilai, boleh beli ubat- ubatan dan barangan keperluan dapur." Terima kasih kepada kerajaan kerana tidak pernah melupakan rakyat, terutama yang sudah uzur, golongan warga emas dan ibu tunggal, " katanya
23 Mar 18
36
Empty Image
Litar Lumba Gong Badak Kejayaan Besar Atasi Masalah Lumba Haram
Menteri Besar beramah mesra dengan peserta selepas melancarkan pelepasan Drag Challenge 2018, di Litar Lumba Gong Badak,  Kuala Nerus, tengah malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailLitar Lumba Gong Badak, Kuala Nerus antara kejayaan terbesar Negeri Terengganu kerana mampu menarik minat golongan muda yang gemar berlumba melakukan aktiviti itu mengikut peraturan dan tidak lagi menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kemudahan itu antara inisiatif kerajaan untuk membendung masalah 'mat rempit' dan perlumbaan haram di jalan raya serta kawasan awam sejak beberapa tahun yang lalu."Bukan sahaja dapat mengatasi masalah perlumbaan haram, litar lumba itu juga memberi ruang kepada peminat permotoran menonton perlumbaan dengan selamat,"katanya.Beliau berkata demikian selepas melancarkan acara pelepasan Drag Challenge 2018, di Litar Lumba Gong Badak,  Kuala Nerus, tengah malam tadi.Ahmad Razif turut bertemu dan berbual mesra dengan anak muda yang  mengunjungi litar berkenaan.Kira-kira 2,000 pengunjung teruja menyaksikan perlumbaan di kalangan jaguh-jaguh sukan permotoran dari seluruh negeri beraksi.Sementara itu kumpulan geng 'ABIEL 66' dari Chukai, Kemaman, mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar kerana begitu prihatin kepada minat orang muda dengan mengilhamkan sebuah litar permotoran yang hebat dan lengkap."Kemudahan litar ini dapat mengubah mat rempit menjadi pelumba trek yang hebat, kami rasa lebih selamat belumba di litar daripada menjadi pelumba jalanan yang mengundang pelbagai risiko keselamatan awam," katanya.
22 Mar 18
756
Empty Image
Rakyat Terengganu Dijemput `Negeriku Berselawat, Doa Kami Untuk Palestin' 26 Mac Ini
Terengganu bakal menganjurkan program `Negeriku Berselawat dan Doa Kami Untuk Palestin' di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus pada 26 Mac ini (Isnin).Program bermula pada jam 8.00 malam akan disiarkan secara langsung di rangkaian televisyen TV Alhijrah turut menampilkan penceramah tersohor, Ustaz Syamsul Debat.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijadualkan akan turut serta bersama kepimpinan negeri yang lain bagi menjayakan matlamat meneruskan doa dan munajat, memohon pertolongan Allah SWT supaya menghentikan kezaliman musuh-musuh Islam yang menindas rakyat Palestin ketika ini.Program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Unit Komunikasi  Negeri Terengganu (UKOM) juga menjemput kumpulan Nur Ahli Badar untuk mempersembahkan Qasidah kepada tetamu yang hadir nanti.Oleh itu, orang ramai dijemput beramai-ramai untuk sama-sama menjayakan majlis bagi mendoakan keselamatan bumi Gaza.
22 Mar 18
314
Empty Image
Terengganu Istiqamah Bangunkan Ummah
 Tetamu yang memeriahkan Program Bicara Profesional Menelusuri Sejarah Peradaban Batu Bersurat di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri akan terus istiqamah dalam usaha membangunkan ummah dan meningkatkan syiar Islam berpandukan kerangka Maqasid Syariah.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong  berkata,  penyusunan segala dasar dan perancangan berpandukan kerangka itu yang mementingkan pemeliharaan lima aspek manusia.Katanya, lima aspek iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta menjadi pegangan..inilah usaha dan iltizam  kerajaan yang amanah dan bertanggungjawab dahulu sehingga sekarang."Ini dapat kita lihat dalam perkembangan mutakhir yang menampakkan kecenderungan masyarakat  yang semakin meningkat dalam mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama,”katanya.Beliau berkata demikian pada Program Bicara Profesional Menelusuri Sejarah Peradaban Batu Bersurat di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Siri bicara anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  dan Lembaga Muzium Negeri  Terengganu itu disampaikan oleh pensyarah Pusat Pengajian Lanjutan Islam, Sains dan Tamadun Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr. Zainiy Uthman.Dr Zainiy  mengupas nilai autentik Batu Bersurat dari pelbagai sudut keilmuan yang membuktikan kegemilangan Terengganu suatu masa dahulu.
22 Mar 18
72
Empty Image
Kerajaan Negeri Belanja RM56 Juta Untuk Bantuan Kebajikan Rakyat
Roslee melakukan gimik perasmian bagi pelancaran program Kembara Kebajikan 1Malaysia di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi , Dungun hari ini.Kerajaan negeri memperuntukkan RM56 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diagihkan kepada kumpulan sasar khususnya golongan tidak berkemampuan sepanjang tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman sentiasa memberi tumpuan bagi memastikan permasalahan rakyat terus dibantu serta diselesaikan dengan sebaik mungkin."Daripada jumlah ini, lebih RM13 juta diperuntukkan bagi bantuan am yang melibatkan 20,541 penerima di seluruh daerah dalam negeri ini."Selebihnya melibatkan bantuan bencana alam, elaun latihan bekerja, bantuan kebakaran, bencana ribut, bantuan cermin mata termasuk beberapa lagi bantuan sara diri bagi memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara,"katanya.Roslee berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pelancaran Kembara Kebajikan 1Malaysia 2018 di Dewan Semerbak  Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi, Dungun, hari ini.Seramai 589 penerima bantuan am dan 246 penerima bantuan cermin mata dari Dewan Undangan Negeri Bukit Besi menerima bantuan masing-masing pada majlis tersebut.Turut hadir, Pengarah JKM Terengganu, Zuhami Omar dan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Menurut Roslee, program turun padang yang dilaksanakan oleh agensi-agensi perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa supaya masyarakat akan tahu bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian dan berada dibelakang mereka terutama diwaktu kesempitan.Sementara itu, Zuhami berkata program Kembara Kebajikan 1Malaysia diadakan bagi mendekati kumpulan sasar,  menggerakkan aktiviti kesukarelawanan dan menguar-uarkan perkhidmatan kebajikan selaku peneraju perkhidmatan kebajikan."Bertemakan komuniti perkasa masyarakat sejahtera, program dilaksanakan dengan memberi perkhidmatan secara terus kepada masyarakat."Termasuk program cari dan bantu yang turut diadakan bagi memastikan tidak ada masyarakat tercicir daripada menerima kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri dan Persekutuan," katanya.
22 Mar 18
133