lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Jadikan Kisah Wanita Turki, Merve Sebagai Iktibar - Ahmad Razif
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman membawa hadirin menghayati kisah duta wanita Turki yang bertudung, Merve Kavakci yang juga Ahli Parlimen Turki diusir dari parlimen kerana bertudung pada 1999.Wanita itu kemudiannnya dilucutkan kewarganegaraan disebabkan tindakannya mencabar kerajaan berhubung isu berkenaan.Bagaimanapun, menurut Ahmad Razif lagi, selepas 19 tahun peristiwa malang itu, beliau kini dilantik oleh Kementerian Luar Negara Turki sebagai Duta Besar Turki ke Malaysia."Selepas pemecatan itu ...12 tahun kemudian, Kabinet Turki yang dipimpin oleh Erdogan sebagai Perdana Menteri meminda larangan bertudung dan membatalkan pemecatan kewarganegaraan terhadap Merve."Demikian kisah ini perlu dijadikan iktibar dan sumber inspirasi kerana Allah SWT akan memberi ganjaran dan keadilan kepada pejuang Islam yang sebenar apabila tiba waktu dan ketikanya," katanya.Ahmad Razif dengan gayanya tersendiri berucap di bawah pentas kepada kira-kira 2,000 jemputan sempena Majlis Temu Mesra Menteri Besar Terengganu Bersama Guru-Guru, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (J3K) dan Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) Setiu di Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, Setiu, malam tadi.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permaisuri, Dato' Mohd Jidin Shafee, Adun Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor, Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman dan Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang. Ahmad Razif juga berharap semua pengundi di Setiu dan Terengganu khasnya tidak menjadikan calon atau peribadi sebagai pilihan masing-masing pada PRU14 nanti, sebaliknya meletakkan parti BN sebagai keutamaan."Jangan tengok kepada personal tapi tengoklah kepada parti, saya akan pastikan kemenangan besar BN di Terengganu."Marilah bersama saya, untuk memastikan BN terus menjadi kerajaan di Terengganu," katanya.Sebelum itu, Mohd Jidin dalam ucapannya turut menceritakan usaha-usaha yang dilaksanakan Kerajaan Barisan Nasional di Setiu dan seluruh Terengganu diteruskan demi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.Beliau juga berharap Ahmad Razif akan terus mentadbir Terengganu dan berjanji terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan sedia ada bagi mengekalkan kestabilan ekonomi serta melancarkan usaha pembangunan Negeri Terengganu.
02 Apr 18
84
Empty Image
Chicken Cottage Buka Cawangan Baharu di Lembah Klang
Ahmad Razif mencuba sajian Chicken Cottage semasa merasmikan cawangan baharu Chicken Cottage di Lembah Klang. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailRestoran makanan segera, Chicken Cottage, memperluaskan rangkaiannya dengan membuka cawangan di Lembah Klang yang merupakan cawangan kedua di Malaysia selepas cawangan yang pertama terletak di Kuala Terengganu. Premis terbaharu yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur itu menjadikan restoran makanan segera yang berstatus halal itu adalah cawangan ke-90 di seluruh dunia.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Chicken Cottage turut menyasar pembukaan cawangan di Putrajaya dan Johor dalam masa terdekat."Untuk membuka cawangan baharu Chicken Cottage, kita melakukan kajian dan mengenal pasti demografi kawasan sekurang-kurangnya enam bulan bagi memastikan kelancaran operasi dan tenaga kerja yang mencukupi."Francais berpeluang meluaskan jenama ini hingga ke luar negara namun memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk satu cawangan di dalam negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan cawangan terbaharu Chicken Cottage itu, semalam.Turut hadir, Pengerusi Chicken Cottage Holdings Sdn Bhd, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Presiden Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Dr Wan Rudirman Wan Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Chicken Cottage (M) Sdn Bhd, Mohd Anuar Osman.Ahmad Razif berkata, Chicken Cottage memiliki sijil pengesahan halal daripada jabatan agama di dalam dan luar negara, justeru tidak menjadi isu sekiranya jenama itu diuar-uarkan dengan meluas."Menerusi konsep ‘halalan toyyiban’, kerajaan negeri akan memastikan francais terutama di luar negara, mampu membawa jenama Chicken Cottage, seiring dengan konsep patuh syariah."Pembukaan cawangan di luar negara memberi peluang kepada umat Islam untuk menikmati makanan halal malah masyarakat bukan Islam turut bersetuju dan menerima konsep ini kerana menyediakan makanan berkualiti dan bersih," katanya.Ahmad Razif berkata,  dalam masa lima tahun akan datang, 250 cawangan Chicken Cottage disasar beroperasi di seluruh dunia dan 50 daripadanya akan berfokus di Asia Tenggara.“Di Dubai lima cawangan dijangka akan dibuka pada tahun ini, kemudian di Nigeria dan di beberapa lagi negara lain termasuk Pakistan dan sebagainya.“Kita turut memberi tumpuan  kepada negara jiran seperti Singapura, Thailand, China dan India,” ujarnya.
01 Apr 18
191
Empty Image
Permohonan Dana Aidilfitri 1 April Hingga 30 April 2018
Permohonan Bantuan Dana Perayaan Aidilfitri  2018 bagi rakyat negeri ini dibuka selama sebulan, bermula hari ini (1 April) sehingga 30 April 2018.Permohonan secara atas talian itu diwajibkan kepada pemohon sama ada yang telah memohon sebelum ini atau pemohon baharu, di mana mereka diminta mengisi kembali permohonan dan tiada kemas kini maklumat.Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin, berkata  pendaftaran boleh dibuat melalui laman web www.danattb.terengganu.gov.my.“Antara syarat kelayakannya ialah pemohon mestilah mempunyai keluarga, rakyat Terengganu dan jumlah pendapatan bulanan hendaklah tidak melebihi RM3,000  sebulan.“Manakalan pemohon yang belum berkahwin, mestilah berumur melebihi 40 tahun serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000.00 sebulan,” katanya kepada teganukita .Katanya, borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersama salinan dokumen kad pengenalan, surat nikah, surat cerai atau surat mati pasangan dan slip gaji.“Bagi bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, perlu mengemukakan surat pengakuan pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau penghulu mukim.“Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Terengganu. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak,” katanya.
01 Apr 18
84
Empty Image
3,000 Pemilik Motosikal Kuasa Tinggi Hangatkan Terengganu Bike Week 2018
Terengganu menjadi tuan rumah Terengganu Bike Week buat kali ketujuh, di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, bermula 30 Mac hingga 1 April ini.Program tahunan anjuran Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri bakal menghimpunkan 3,000 pemilik motosikal kuasa tinggi dari seluruh Malaysia termasuk Brunei, Singapura  dan Thailand berkampung di Terengganu.Inisiatif itu merancakkan usaha kerajaan mempromosi pelancongan negeri sempena Beautiful Terengganu 2018 sekali gus menjadi duta kecil memperkenalkan Terengganu sebagai destinasi pelancongan terbaik kepada peserta luar.Presiden Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT), Tengku Sri Temenggong Raja, Dato' Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud akan mengetuai program Konvoi Muhibbah dari Batu Burok ke Dataran Padang Kachong, Kampung Kuala Telemong pada 31 Mac ini."Di situ semua penunggang dan peserta akan beramah mesra bersama rakyat dan menikmati makan tengahari gulai kampung yang disediakan secara gotong-royong oleh masyarakat kampung terlibat."Aktiviti di Dataran Batu Burok sepanjang tiga hari pula seperti gerai pameran, jualan usahawan tempatan, mini konsert, pameran kereta dan motosikal, pertunjukan aksi stunt motosikal dan talk show bersama tokoh ilmuwan," menurut satu kenyataan kepada media.
30 Mar 18
1019
Empty Image
Dana Raya Untuk Semua Yang Layak, Tak Kira Parti- Ahmad Razif
Pengerusi  Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) diingatkan lebih telus dalam pengagihan bantuan Dana Raya kepada semua pemohon yang layak tanpa mengira parti politik.Permohonan bantuan akan dibuka sepanjang sebulan bermula 1 April ini dan pengagihan dijangka akan dibuat bermula awal Ramadan iaitu pertengahan Mei nanti.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, semua J3K  perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan sesiapa sahaja yang layak tidak terkecuali daripada mendapat bantuan itu."Saya berpesan kepada semua Pengerusi J3K supaya jangan memilih orang (parti yang disokong). Jika mereka layak, kita perlu sokong dan luluskan bantuan ini."Sudah menjadi hasrat kerajaan negeri membantu semua yang tidak berkemampuan. Bukan soal dia sokong (kerajaan) atau tidak," katanya.Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu berkata demikian ketika berucap di Majlis Pertemuan bersama J3K, Guru-Guru & PIBG Daerah  di Dewan Majlis Daerah Marang Kampung Paya, Marang, hari ini.Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang.Ahmad Razif turut berkata, mereka yang mendapat manfaat dari bantuan itu namun tidak menyokong kerajaan diharap akan beroleh hidayah satu masa nanti.Beliau juga mengingatkan J3K supaya lebih adil dan tidak sewenang-wenangnya menyokong permohonan di kalangan keluarga sendiri yang tidak menepati syarat terutama berpendapatan besar.Dalam pembentangan bajet 2018 pada Disember lalu, kerajaan negeri melonggarkan syarat kelayakan untuk pendapatan bagi penerima Dana Raya dan Dana Bakti Remaja bermula tahun ini.Menteri Besar berkata, syarat pendapatan isi rumah bagi dana raya akan dinaikkan daripada RM2,500 kepada RM3,000 manakala bagi dana bakti remaja dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,000.“Dengan kenaikan syarat pendapatan ini, bilangan penerima dana raya dianggarkan meningkat daripada 240,294 kepada 264,294 orang menjadikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM99 juta.“Manakala bagi pemberian Dana Bakti Remaja, jumlah peruntukan meningkat daripada RM22.7 juta kepada RM27 juta,” katanya.
30 Mar 18
112
Empty Image
Terengganu Diiktiraf Pusat Sukan Berbasikal Negara
Khairy bersama Ahmad Razif berbasikal menuju ke tapak Veledrom Azizulhasni Awang.Foto Tg Syamim Tg IsmailTerengganu diiktiraf sebagai Pusat Sukan Berbasikal Negara berdasarkan pencapaian cemerlang atlet berbasikal kelahiran negeri itu di persada dunia.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata kejayaan sama mendorong kerajaan menamakan velodrom di Kampung  Balai Besar sebagai Velodrom Azizulhasni Awang berdasarkan kecemerlangan jaguh pecut berbasikal negara kelahiran Dungun itu mengharumkan nama negara.Katanya, pada masa sama, berbesar hati mengagihkan geran berjumlah RM1 juta yang diperuntukkan Kerajaan Pusat disalurkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) Terengganu bagi keperluan sukan basikal di negeri ini."Pengisytiharan Terengganu sebagai pusat kecemerlangan berbasikal negara selaras dengan kecemerlangan negeri itu dalam sukan berbasikal negara sekali gus memahat nama Malaysia di peringkat dunia terutama menerusi Azizulhasni dan juga ratu trek basikal negara kelahiran Kuala Berang, Nur Fatehah Mustafa, " katanya.Malah jelasnya, ramai sedia maklum pencapaian ramai atlet sukan kelahiran Terengganu yang konsisten sehingga mengharumkan nama negeri dan negara dalam pelbagai acara sukan yang ditandingi."Saya ucap tahniah kepada Menteri Besar (Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman) kerana Terengganu cemerlang dan konsisten dalam sukan yang melahirkan ramai pelapis baharu sehingga ke jaguh dunia (Azizulhasni)."Sebab itu hari ini saya isytiharkan Terengganu sebagai Pusat Sukan Berbasikal negara," katanya dalam sidang media selepas majlis peletakan batu asas velodrom berkenaan di Kampung Balai Besar, Dungun, hari ini.Majlis peletakan batu asas Velodrom Azizulhasni Awang itu disempurnakan oleh Ahmad Razif.Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Dato' Din Adam.Khairy turut memberitahu kementeriannya menyumbangkan RM100,000 kepada pasukan basikal Terengganu (TSG) yang melakar sejarah merangkul jersi kuning sekali gus menjadi juara keseluruhan Le Tour De Langkawi.Mengulas mengenai velodrom itu, katanya, projek berkenaan yang menelan belanja RM12 juta akan mula dibina dalam waktu terdekat dan dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun depan."Velodrom ini juga dibina berdasarkan reka bentuk Velodrom Roubaix yang terdapat di Perancis," katanya.
29 Mar 18
326
Empty Image
Ketengah Holding Serah Dividen RM1.18 Juta
Din Adam melancarkan tagline `Anda Cergas Anda Sihat '' sempena KETENGAH Holding Cergas & Ceria Bersama Komuniti 2018 di Padang Astaka, Bandar Ketengah Jaya, Dungun, hari ini.Ketengah Holding Sdn Bhd menyerahkan RM1.18 juta dividen 2017 bagi diagihkan kepada golongan miskin di wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).Pengerusinya, Dato' Din Adam berkata, dividen tersebut merupakan sumbangan beberapa anak syarikat dibawah Ketengah Holding Sdn Bhd sebagai tanggungjawab sosial korporat membantu masyarakat di kawasan ini."Peruntukan RM1.18 juta ini adalah dividen keuntungan segala bentuk perniagaan yang dijalankan oleh hampir 11 anak syarikat yang merangkumi segala sektor dalam proses membangunkan  masyarakat terutama dalam wilayah dan hasilnya merupakan limpahan kepada rakyat Terengganu."Dividen ini kita akan gunakan sebagai tabung pusingan untuk bantu masyarakat walaupun Ketengah sudah mempunyai bajet tertentu untuk menyalurkan bantuan," katanya.Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Ketengah, berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas Program KETENGAH Holding Cergas & Ceria Bersama Komuniti 2018 di Padang Astaka, Bandar Ketengah Jaya, Dungun, hari ini.Hadir sama, Pengurus Besar Ketengah, Omar Ismail.Sementara itu, Din Adam turut berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh Ketengah Holding pada kali ini yang berjaya mengumpulkan hampir 800 komuniti setempat dengan penglibatan besar anak-anak muda."Saya dapat lihat dari tindak balas yang ditunjukkan sepanjang hari ini, bagaimana mereka berinteraksi, mengikuti aktiviti dengan ceria dan memberikan kerjasama yang cukup baik,"ujarnya.
28 Mar 18
591
Empty Image
UniSZA, Skuad Sukarelawan TTB Jalin Kerjasama Bagi Misi Kemanusiaan
Ahmad Razif menyempurnakan Majlis Perasmian Mahabbah IKIMFM @ UniSZA 2018: Untukmu Al Aqsa Dan Rohinya di Perkarangan Masjid UniSZA, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (SSTTB) akan bekerjasama dengan lebih erat di masa hadapan untuk program berbentuk kemanusiaan dan kesukarelawanan.Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamaruddin Hussin berkata, sebuah kelab kemanusiaan iaitu UniSZA Society for Humanity (HUMANE) telah ditubuhkan baru-baru ini bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti sukarelawan.Komitmen itu dizahirkan kedua-dua belah pihak selepas pelancaran kelab tersebut oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, sempena Majlis Perasmian Mahabbah IKIMFM @ UniSZA 2018: Untukmu Al Aqsa Dan Rohinya di Perkarangan Masjid UniSZA, hari ini.Menurut beliau, melalui kerjasama secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu, ianya diharap dapat digerakkan secara lebih efektif serta berfokus dalam membantu mereka yang memerlukan memandangkan UniSZA mempunyai pakar dalam bidang-bidang tertentu termasuk perubatan.“UniSZA akan bergerak dan mulai sekarang sedang mengumpulkan dana, sukarelawan dan akan hantar sukarelawan kita dari semasa ke semasa termasuk dalam membantu etnik Islam Rohinya.“Sebagai contoh, Kem Cox’s Bazar yang menempatkan pelarian Rohinya amat memerlukan kepakaran dalam bidang perubatan, dan UniSZA sudah ada pakar-pakarnya. Jadi, kita akan berkolaborasi dengan Skuad Sukarelawan TTB yang mempunyai kelebihan tersendiri untuk jalankan misi-misi kemanusiaan selepas ini,” katanya.Katanya, kelab yang bermatlamatkan untuk memperjuang dan membantu isu-isu berkaitan kemanusiaan dalam dan luar negara itu diharap dapat menggembleng sumber kakitangan dan pelajar universiti itu khususnya untuk bersama memupuk semangat kesediaan membantu sesama manusia tanpa batasan agama, bangsa dan negara.
28 Mar 18
57
Empty Image
Penentu (King Maker) Sabah Dan Sarawak, Bukan Pas Manakala Terengganu 50-50 - Mustaffa Ali
Walaupun Pas agak optimis menawan Terengganu, tetapi Pengerusi Penasihat Pas, Dato' Mustaffa Ali berpendapat kedudukan adalah 50-50, kecuali Kelantan sahaja beliau yakin Pas masih boleh menjadi kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Begitu juga, walaupun Pas mendakwa akan menjadi penting sebagai penentu (King Maker) untuk satu satu pihak menubuhkan kerajaan di peringkat Pusat, tetapi bekas Pengarah Pilihan Raya Pas itu berpendapat, 'king maker' yang sebenar ialah Sabah dan Sarawak.Mustaffa amat yakin, Barisan Nasional (BN) masih boleh menguasai kawasan kawasan Parlimen yang majoritinya orang Melayu, khususnya di kawasan luar bandar, manakala kawasan yang majoriti Cina dikuasai DAP.Baginya ketiadaan Pas dalam pakatan memang memberi kesan yang besar kepada pembangkang PH.Terengganu, katanya perlawanan sebenar hanyalah BN (UMNO) dan Pas, bukan pembangkang Pakatan Harapan (PH) dan sebab itu 50-50.Bahkan tegas Mustaffa di Kelantan PH tidak ada kemampuan untuk menghalang Pas dari terus berkuasa dan membentuk kerajaan selepas PRU14.Sebelum ini pimpinan Pas Terengganu begitu optimis memerintah semula Terengganu.Ketika ditanya tentang peluang Pas menawan Terengganu kali ini (PRU14) Pesuruhjaya Pas Terengganu, Dato' Hussin Awang kelihatan optimis dan berkata, peluang lebih terbuka dan lebih mudah, berbanding pilihan raya yang lepas.Ini jelas berbeza dengan Mustaffa hanya meletakkan kedudukan Pas di Terengganu 50- 50 sahaja, kerana baginya sokongan BN di kawasan luar bandar masih kuat atas tawaran BN yang didakwa sebagai 3M (Kewangan, Kemudahan Kebendaan dan Jentera ).Soalan: Mengapa Dato ' kata Sabah Sarawak penentu?Mustaffa: Sebab mereka menyumbang 56 kerusi sebab itu mereka minta atau desak itu dan ini sekarang dan mereka mahu berpaut pada kerajaan yang kuat.Soalan: Apakah Dato' tidak yakin Pas yang bertanding 130 kerusi Parlimen berupaya menang 40 dan menjadi King Maker?Mustaffa: Saya kata Sabah dan Sarawak yang menjadi penentu (King Maker). Itu kita kena faham dinamika baru politik masa kini dan akan datang yang tidak pernah kita terfikir nanti.Mustaffa yang juga bekas Setiausaha Agung Pas berkata, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Perak masih akan dimenangi BN walaupun di Perak dan Johor agak sengit.Keadaan politik agak dinamik, Selangor, Kedah kata Mustaffa juga 50- 50 apatah lagi Pas tiada dalam pakatan pembangkang (PH).'Kecuali di Pulau Pinang, saya jangkakan PH iaitu DAP kekal berkuasa, ' katanya.Beliau berharap tiada huru hara berlaku dalam pembentukan kerajaan selepas PRU 14 nanti .Ditanya oleh penulis tentang kenapa Tun Mahathir marahkan Dato' Sri Najib, Mustaffa berkata Tun Mahathir mahu Perdana Menteri selepasnya termasuk Najib mendengar cakap atau menurut kehendaknya.
27 Mar 18
86
Empty Image
500 Murid Di Kemaman Sertai Kempen Keselamatan Repsol
Sebahagian murid Tahun Empat menyertai Kempen Keselamatan Repsol Seramai 500 murid sekitar Kemaman menyertai Kempen Keselamatan Untuk Murid-Murid Sekolah Rendah di bawah program khidmat sosial korporat Repsol, semalam.Syarikat minyak dan gas bersepadu yang merupakan kontraktor kepada Petronas itu meneruskan kempen yang dirintis di Sabah pada 2013, buat tahun kedua di negeri ini dengan menumpukan Kemaman dan Kuala Nerus.Pengurus Hubungan Stakeholder Repsol Oil & Gas Malaysia Limited, Ahmad Fakhrurrazi Arshad berkata, program yang telah dijalankan selama lebih lima  tahun itu, telah memanfaatkan lebih 8,500 pelajar sekolah rendah membabitkan 12 daerah di Sabah. Katanya, melihat kepada kejayaan itu, pihak Repsol memutuskan untuk meneruskan  program sama ke Semenanjung Malaysia  iaitu di Terengganu  bermula  2016.“Kami telah menjalankan  tiga kempen keselamatan di Kuala Terengganu, Kuala Nerus  dan juga Kemaman dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan untuk manfaat lebih 1,500 murid Tahun Empat.“Repsol menitikberatkan tanggungjawab sosial  di mana terbahagi kepada empat bidang iaitu keselamatan, pendidikan, kesihatan dan pembangunan modal insan,” katanya.Beliau berkata demikian pada Program Kempen Keselamatan Bersama Pelajar Sekolah Rendah Di Daerah Kemaman di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan  Cheneh Baru, Kemaman Menurutnya, program itu merupakan kesinambungan usaha syarikat dalam pengisian yang berasaskan keselamatan, antara perkara yang Repsol sendiri utamakan di dalam segenap fasa operasi.“Kami merasakan bahawa isu keselamatan diri  ini harus diperluaskan dari tempat kerja sehingga ke rumah dan di kalangan masyarakat.“Kempen ini direka sebagai landasan bagi penyebaran mesej-mesej keselamatan yang tertumpu kepada isu-isu dan ancaman keselamatan diri di rumah, di sekolah dan di persekitaran awam,” katanya.Ahmad Fakhrurrazi berkata, program itu juga bertujuan membantu murid-murid sekolah rendah kerana mereka merupakan kumpulan sasaran yang memerlukan bimbingan serta pendedahan awal tentang keselamatan diri. “Sebagai pelopor dan penaja kempen ini, Repsol telah menghasilkan sebuah video berinteraktif, dengan tujuan khas berkongsi mesej-mesej keselamatan,”katanya.
26 Mar 18
227