Artikel "Semasa" Terkini
Pesara Perlu Sokong Kerajaan
Rakyat Terengganu termasuk pesara kerajaan diminta supaya tidak menyokong mana-mana parti baharu yang berteraskan kepentingan peribadi selain dilihat mahu membalas dendam akibat dipinggirkan daripada parti lama semata-mata.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sejarah membuktikan setiap parti serpihan tidak mampu bertahan lama kerana konsep perjuangan mereka lebih berfokus kepada kekecewaan tanpa hala tuju jelas."Setakat ini hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) berjaya kekal sejak sekian lama kerana kita ada prinsip perjuangan yang jelas."Saya yakin parti serpihan tidak akan dipilih majoriti rakyat kecuali dalam kalangan mereka yang kecundang dan kecewa semata-mata,” katanya yang juga Menteri BesarBeliau berkata demikian pada Majlis Tautan Kasih Pesara Kerajaan Malaysia Negeri Terengganu, di Permai Hotel, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia (KUPKKM), Dato’ Muhatar Abdullah.Ahmad Razif turut memberitahu apabila gendang pilihan raya dipalu, golongan pesara diingatkan supaya membuat keputusan yang tepat bagi memilih kerajaan yang bukan sahaja mampu membela nasib dan kebajikan golongan pesara malah menghargai jasa mereka.“Hanya Kerajaan BN yang dilihat mampu memberikan kebaikan secara menyeluruh iaitu bukan sahaja nasib golongan pesara terbela tetapi ahli keluarga dan generasi akan datang juga akan memperoleh faedah dalam pelbagai bentuk seperti bantuan kewangan dan persekolahan,” katanya.
17 Apr 18
98
Bantuan Serikandi Berterusan - Halina
Bantuan keperluan dapur dan wang tunai berjumlah RM300 kepada setiap ibu tunggal menerusi Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi (Badan Amal Dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu) ke seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak awal bulan ini hanya aktiviti sampingan badan itu di samping pelbagai program turun padang yang lain kepada golongan sasar.Yang Dipertuanya, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata, program menerusi kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Syarikat Air Terengganu (Satu ) dan Terengganu Incorporated (TI) itu bukan dilaksanakan kerana negara bakal berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini, sebaliknya sudah menjadi tradisi sejak sekian lama.Program jelajah yang pertama di DUN Telemong, diikuti Bukit Payong (11 April), Jabi (15 April) dan Wakaf Mempelam (17 April) serta Parlimen Kuala Nerus (Seberang Takir, Bukit Tunggal, Tepuh dan Buluh Gading) di Stadium Tertutup Gong Badak pada 20 April serta diikuti seluruh DUN lain sepanjang tahun ini.“Bantuan sumbangan wang tunai RM200 dan barangan dapur (RM100) ini diharap sedikit-sebanyak akan meringankan beban penerima di kalangan ibu tunggal. “Program ini baru sahaja kita buat (perintis) di DUN Telemong pada 3 April lalu dan kita menyasarkan untuk menyampaikannya di seluruh Terengganu kepada 32,000 ibu tunggal dan ianya akan berterusan sehingga habis (32 DUN) bukan kerana pilihan raya. Jika sampai tarikh PRU (9 Mei) memang tidak sempat kerana banyak lagi (DUN) yang kita hendak pergi,” katanya.Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan di Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal bersama Serikandi Terengganu 2018 di Bangunan Pejabat DUN Wakaf Mempelam, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Penyelaras DUN Wakaf Mempelam, Salleh Othman dan Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Di majlis itu, kerajaan negeri juga menyampaikan bantuan pengurusan RM5,000 kepada Kelab Ibu Tunggal DUN Wakaf Mempelam. Dalam pada itu, Halina berharap semua golongan ibu tunggal yang sudah banyak menikmati faedah dan manfaat menerusi bantuan yang disediakan kerajaan negeri akan sentiasa menyokong kerajaan demi memastikan nasib mereka sentiasa terbela.HasnahSeorang penerima, Hasnah Ngah, 58, dari Kampung Losong Haji Long, berkata dia sangat terharu dengan sumbangan yang mampu meringankan beban mereka sebagai ibu tunggal bagi menyara kehidupan seharian selepas kehilangan ketua keluarga."Terima kasih kepada isteri wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kita sebab melaksanakan program ini. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu menampung perbelanjaan harian. Terima kasih banyak-banyak,"katanya.HitamBagi seorang lagi penerima bantuan itu, Hitam Ismail, 74, dari Kampung Kubang Parit pula berasa bertuah dan sangat bernasib baik kerana tidak pernah terpinggir daripada menerima bantuan daripada kerajaan serta pelbagai agensi lain termasuk Serikandi."Walaupun berniaga dan memperolehi pendapatan sendiri bagi menyara keluarga selepas kematian suami, pemimpin setempat tidak pernah lupa orang seperti mak cik, selepas menjadi ibu tunggal. Wakil rakyat BN yang ada hari ini sentiasa tolong kita. Syukur sangat,"katanya lagi. Seorang lagi penerima, Hasmah Mohamad,51 dari Kampung Paloh Sekolah pula berkata dia yang bergelar ibu tunggal sejak 20 tahun lalu bersama keluarga tidak pernah terlepas daripada menerima bantuan daripada kerajaan khusus bagi membantu golongan tidak berkemampuan seperti mereka.Hasmah "Bantuan hari ini sangat bermakna kepada saya. Alhamdulillah apa sahaja bantuan sampai kepada saya, walaupun saya tinggal dengan mak sekali pun. Bantuan baiki rumah, baiki dapur dahulu rumah kayu tukar kepada batu, JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) juga melawat ibu saya bertanya khabar kesihatannya dan dia berjanji membantu mengikut kemampuannya,"katanya.
16 Apr 18
206
Projek Pembangunan Berskala Besar Dijangka Siap Tahun Hadapan
Ahmad Razif bergambar bersama sebahagian ahli PKMM Negeri Terengganu pada Menyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Terengganu kali Ke-42 di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan negeri optimis projek-projek berskala besar khususnya untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri ini akan siap sepenuhnya tahun hadapan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, walaupun berdepan dengan kekangan sumber kewangan ianya tidak menghalang perlaksanaan projek pembangunan di negeri ini.“Walaupun Terengganu mengalami masalah kekurangan pendapatan yang diperolehi, tetapi alhamdulillah banyak projek-projek yang telah selesai. “Saya jangkakan dalam tahun depan kita dapat selesaikan projek-projek besar dan selepas itu barulah kita ada keupayaan untuk membina projek-projek baru,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Menyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Terengganu kali Ke-42 di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua PKMM Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri.Ahmad Razif berkata, fokus kerajaan negeri adalah untuk menyelesaikan projek-projek sedia ada sebelum memberi laluan kepada projek baru.Dalam majlis itu, beliau turut menyatakan komitmen untuk membantu PKMM Negeri Terengganu terutama memastikan persatuan itu bergerak lebih aktif sekali gus bersama-sama kerajaan negeri membangunkan Terengganu.“Saya harap selepas ini pihak persatuan dapat berbincang lebih teliti dengan pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagaimana kita dapat membantu kontraktor Melayu tempatan kita ini melalui projek-projek akan datang,” ujarnya.
16 Apr 18
233
PRU14 : MBNT Sambut Baik Manifesto Tambahan BN Terengganu
Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) menyambut baik manifesto tambahan BN Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang menawarkan pelbagai kelebihan bagi rakyat negeri ini.Pengerusinya, Amirullah Othman berkata, manifesto tambahan BN Terengganu yang menumpukan tiga bidang utama iaitu tawaran mengurangkan kos beban hidup rakyat, perumahan dan pendidikan yang bakal diberi keutamaan sebagai janji Kerajaan BN kepada rakyat negeri ini dilihat sangat menyeluruh termasuk menfokus kepada golongan belia.Katanya, menerusi usaha mengurangkan kos beban hidup rakyat dan isu perumahan, beberapa insentif baru berbentuk bantuan disediakan dalam manifesto berkenaan sangat membantu golongan belia. “Sebagai contoh, tambahan 20,000 unit rumah mampu milik yang bakal dilaksanakan kerajaan negeri sekiranya kekal memerintah selepas PRU14 sedikit sebanyak membantu golongan belia yang baru bekerja dan yang baru memulakan hidup berumah tangga memiliki rumah sendiri.“Kita sedia maklum, kos untuk membina sebuah rumah kini mencecah ratusan ribu ringgit dan ini membebankan golongan belia yang berpendapatan rendah dan sederhana,” ujarnya kepada Teganukita, hari ini.Sementara itu katanya, manifesto tambahan BN Terengganu untuk mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan pula bukan sahaja langkah yang baik dalam menangani masalah penggangguran, malah memberi pengalaman untuk golongan muda.“Program Transformasi Siswazah Terengganu (TGTP) yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk para graduan umpamanya sangat membantu mereka menimba pengalaman dan mendapatkan peluang kerja apabila ditempatkan di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dengan diberikan elaun bulanan.“Disamping, projek mega Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) bakal menyediakan peluang kerja kepada golongan belia yang mempunyai kemahiran dalam bidang berkaitan,” ujarnya.Katanya, golongan muda khususnya diharap terus memberi mandat semula kepada BN supaya semua program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar selepas berjaya membentuk kerajaan.
16 Apr 18
47
Kompleks Kegiatan Ibu Tunggal Bernilai RM4.5 Juta Kini Siap
Kompleks Kegiatan Ibu Tunggal di Chendering, Kuala Terengganu yang bernilai RM4.5 juta kini siap sepenuhya dan hanya menunggu penyerahan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) untuk beroperasi dalam tempoh terdekat.Bangunan itu dilengkapi bilik mesyuarat, tiga buah bilik aktiviti (spa, memasak, menjahit), sebuah pejabat pengurusan persatuan, surau, perpustakaan, gimnasium, cafe, enam unit kedai usahawan serta lima unit kiosk.Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, bangunan itu akan beroperasi tidak lama lagi sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada 32,161 ibu tunggal yang berdaftar dengan YPKT di seluruh Terengganu.Katanya, pusat sehenti untuk golongan ibu tunggal itu akan menjadi tempat bagi menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat dan dapat menjana ekonomi mereka bagi membaiki taraf kehidupan masing-masing.Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri menerusi YPKT memperuntukkan pelbagai bantuan dan dana khusus untuk golongan ini termasuk bantuan perniagaan berupa pinjaman mudah tanpa faedah sehingga RM20,000 seorang."Pada tahun ini juga kerajaan menyediakan insentif perkahwinan RM1,000 seorang kepada ibu dan bapa tunggal yang berkahwin sebagai galakan dan perhargaan buat mereka."YPKT juga menyediakan kemahiran sokongan secara percuma kepada anak-anak ibu tunggal untuk tingkatkan kemahiran. Malah untuk persekolahan dan alam pendidikan anak-anak, kerajaan juga menyediakan tuisyen bagi membantu meringankan beban ibu tunggal,"katanya.Menurut beliau lagi, pihaknya juga menyediakan RM5,000 kepada setiap 32 Kelab Ibu Tunggal Dewan Undangan Negeri bagi memastikan mereka juga tidak terlepas dari arus pembangunan negeri.Katanya, menerusi bajet tahun ini juga, kerajaan menyediakan RM1 juta yang mampu memberi manfaat kepada 15,000 ibu bapa tunggal bagi tujuan program peningkatan ekonomi, bimbingan perundingan, program pemantapan keluarga tunggal dan sokongan sosial serta program kesedaran penjagaan kesihatan.
15 Apr 18
93
Sasar Tambah 100 Peladang Muda Kuala Berang Pada 2018
Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Berang mensasarkan pertambahan 100 orang peladang muda dalam industri pertanian, penternakan dan perladangan pada tahun ini.Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari berkata, penglibatan lebih ramai peladang muda dapat memberi impak kepada perubahan dan penambahbaikan dari aspek teknologi yang baru dan pembangunan infrastruktur yang lebih efisyen."Daripada jumlah keahlian 3,282 orang ahli hanya 311 orang atau 9.5 peratus peladang muda yang berumur bawah 40 tahun yang telah berdaftar."Maka usaha-usaha berterusan pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Berang perlulah konsisten dan berterusan untuk menambahkan lagi bilangan peladang muda selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian kini sebagai sektor utama di dalam menjana pendapatan ekonomi negara," katanya.Jailani yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu berkata demikian ketika merasmikan Program Muafakat Peladang di Dewan Komuniti Kuala Berang, Hulu Terengganu, hari ini.Katanya lagi, sektor pertanian kini bukan sahaja dikehendaki menyumbang kepada keperluan pengeluaran bahan makanan negara, malahan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport utama makanan atau ‘a food exporting country’ di masa hadapan."Para peladang, penternak dan nelayan harus lebih inovatif, meningkatkan kepakaran dan berusaha dengan lebih gigih merebut peluang-peluang pelaburan dalam sektor pertanian yang kian berkembang."Kita di Hulu Terengganu ini juga mempunyai produk yang berpotensi untuk dipasarkan ke peringkat yang lebih global."Sebagai contoh buah duku dan jagung yang terdapat di daerah ini boleh dipasarkan di negara luar namun perlu mendapatkan kaedah pemasaran serta pemprosesan yang terbaik, " katanya lagi.Pada majlis yang sama, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) turut menyampaikan zakat perniagaan bernilai RM35,000 kepada 200 ahli yang layak, serta penyampaian tabung pendidikan kepada anak ahli yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Seramai 40 peserta e-Kasih turut menerima sumbangan atau dividen e-Kasih berjumlah RM8,000 hasil Projek Ternakan Ikan Sangkar di Sungai Como yang diketuai oleh Jabatan Perikanan.
15 Apr 18
155
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tingkat Motivasi Guru
Anugerah perkhidmatan cemerlang yang diadakan setiap tahun mampu meningkatkan motivasi para guru untuk lebih berdedikasi dalam mendidik anak-anak bangsa.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, anugerah sebagai satu penghargaan kerajaan negeri terhadap segala usaha guru melahirkan pelajar cemerlang dan memartabatkan bidang pendidikan di negeri ini."Kecemerlangan Terengganu dalam pendidikan selama ini disemai hasil daripada pengurusan dan komunikasi yang baik di antara Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan kerajaan negeri."Kegigihan mereka perlu dihargai dan anugerah ini dapat menjadi motivasi kepada guru-guru untuk lebih cemerlang pada masa akan datang," katanya ketika menyampaikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 di Jabatan Pendidikan Negeri, Kuala Terengganu, pagi ini.Seramai 82 guru dari Daerah Kuala Terengganu menerima anugerah tersebut.A. Latiff turut memaklumkan kerajaan negeri memperuntukkan RM61 bilion untuk pendidikan."Inilah bukti bahawa kerajaan yang ada hari ini amat cakna kepada pembangunan pendidikan anak bangsa," katanya.
15 Apr 18
298
Sekolah Rendah Sukan Pertama Bakal Dibina Di Jabi
Ahmad Razif menggunakan jengkaut sebagai gimik menyempurnakan Majlis Pecah Tanah bagi membina Komplek Mini Sukan Jabi. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri bercadang akan membina sekolah rendah sukan yang pertama di negara ini di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi sekiranya Barisan Nasional (BN) Terengganu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.Cadangan sekolah rendah sukan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Belia dan Sukan sebagai memaksimumkan penggunaan Kompleks Sukan Mini Jabi yang bakal dibina bulan depan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kompleks sukan mini bernilai kira-kira RM9 juta itu akan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk padang bola bertaraf antarabangsa, gelanggang bola tampar berbumbung, gelanggang olahraga, tempat duduk berbumbung, surau dan pejabat pengurusan."Kita akan mencadangkan Sekolah Kebangsaan Jabi dekat sini yang terletak berhampiran tapak kompleks sukan mini berkenaan sebagai perintis kepada projek sekolah sukan peringkat rendah tersebut."Sekiranya BN terus diberi mandat sebagai kerajaan negeri, kami bersedia untuk membina bangunan asrama bagi tujuan sekolah sukan terbabit," katanya selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat di Jabi, Besut, hari ini. Turut hadir, isteri Menteri Besar To’ Puan Seri Halina Zakaria, Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafee dan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi Mohd Iskandar Jaafar.
15 Apr 18
438
PRU14 : Umum Calon Selepas Dapat Lampu Hijau- Ahmad Razif
Ahmad Razif ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Barisan Nasional (BN) Terengganu hanya dapat mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 selepas mendapat `lampu hijau’ Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Terengganu belum mendapat persetujuan berkaitan itu dari pucuk pimpinan tertinggi UMNO dan bersedia pada bila-bila masa .Katanya, apa yang pasti pengumuman itu akan dibuat dalam tempoh terdekat dan berkemungkinan akan diumumkan secara serentak di seluruh negara.“Saya yakin kesemua calon yang dihantar sudah dimuktamadkan dan percaya calon yang ditampilkan itu dapat menyaingi calon daripada parti lain.“Difahamkan parti lain sudah mengumumkan calon masing-masing termasuk parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala BN akan berbuat demikian dalam tempoh terdekat,”katanya yang juga Menteri BesarBeliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Jabi, Besut, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar To’ Puan Seri Halina Zakaria, Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafee dan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi Mohd Iskandar Jaafar.
15 Apr 18
62
Bangunan Baharu LKPI Marang Bukti Kerajaan Prihatin Golongan Hawa
A.Latiff ketika berucap sebagai merasmikan majlis pecah tanah bangunan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Marang.Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM1.8 juta untuk pembinaan bangunan baharu Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Daerah Marang, yang bakal siap dalam tempoh setahun dari sekarang.Bangunan dua tingkat dilengkapi pejabat, bilik mesyuarat dan dewan serbaguna akan memberi manfaat kepada ahli-ahlinya untuk bergerak aktif dan mengembangkan taraf sosio ekonomi bagi mengubah landskap kehidupan ke arah yang lebih baik.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang berkata, kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan dan keperluan rakyat terutama wanita yang sentiasa mahu membantu menyara dan mengubah taraf kehidupan keluarga terutama apabila hilang tempat bergantung."YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman sentiasa cakna dan memberikan peruntukan yang besar untuk pembangunan negeri termasuk menjaga kebajikan golongan wanita khususnya ibu tunggal."Kerajaan bukan sekadar membangunkan fiskal, tetapi juga kepada pembangunan kerohanian seperti pendidikan dan pembangunan keluarga. Sebab itu, Terengganu sentiasa menjadi yang terbaik dalam pendidikan di Malaysia," katanya yang hadir merasmikan majlis pecah tanah pembinaan bangunan LKPI Daerah Marang, di Binjai Rendah, Marang, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil- wakil Rakyat (Serikandi) Terengganu, To' Puan Seri Halina Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Berhad (Satu), Atemin Sulong dan Pengarah Kementerian Perdagangan dan Koperasi Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri, Saharuddin Mohd Kia.Hadir sama, Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang merangkap Pengerusi LKPI Marang, To'Puan Zaitun Mat Amin. Di majlis itu juga turut disampaikan sumbangan berjumlah RM450,000 berupa wang tunai dan barang keperluan dapur kepada 1,500 ibu tunggal di DUN Pengkalan Berangan.Bantuan di lokasi ketiga dalam siri Jelajah Cakna Ibu Tunggal Serikandi itu sebagai antara usaha kerajaan negeri bagi meringankan bebanan kira-kira 32,000 ibu tunggal yang berdaftar menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).
14 Apr 18
203