lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Kerajaan Negeri Terima RM57.1 Juta Dari UniSZA
Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin telah menyempurnakan penyerahan ‘Mock Cheque’ RM57.1 Juta kepada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di TH Hotel, hari iniKerajaan negeri menerima RM57,118,118 daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi pembayaran dua lot tanah yang merupakan sebahagian daripada Kampus Gong Badak. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bayaran tersebut adalah tuntutan pampasan oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan susulan penyerahan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).“Bayaran yang diterima hari ini adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan RM183 juta yang dituntut kerajaan negeri sebaik KUSZA diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).“Tahun lalu, UniSZA telah membuat bayaran sebanyak RM71 juta kepada kerajaan negeri,” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan ‘Mock Cheque’ Bayaran Dua Lot Tanah UniSZA Kampus Gong Badak Kepada Kerajaan Negeri di TH Hotel, hari ini.Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin telah menyempurnakan penyerahan ‘Mock Cheque’ kepada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Penyerahan tersebut turut disaksikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.Ahmad Razif berkata, bayaran tanah tersebut turut membolehkan UniSZA membangunkan kampus sesuai dengan kehendak dan aspirasi semasa demi kepentingan dan kemajuan fizikal dan modal insan rakyat Terengganu khususnya.“Bayaran yang dibuat ini termasuklah tapak tanah Hospital Pengajar UniSZA setinggi enam tingkat yang sedang dalam pembinaan yang dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2020,” ujarnya.
21 Apr 18
271
Empty Image
Hab Digital Terengganu Dibuka Mulai 1 Mei
Mohd Serigar mencuba kemudahan yang terdapat di TD 1303. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri memperkenalkan Hab Digital Terengganu, TD1303 bagi membolehkan rakyat terutama golongan muda di negeri  ini memanfaatkan kelebihan teknologi dalam pelbagai bidang terutama keusahawanan dalam talian.Projek direncana di bawah Program Transformasi Ekonomi Terengganu (TETP), TD1303 yang terletak di jalan Sultan Zainal Abidin bakal dibuka kepada orang ramai bermula 1 Mei ini.TD 1303  sebagai pusat sehenti itu adalah projek perintis semenanjung.Dilengkapi pelbagai kemudahan moden, antaranya menyediakan ruang kerja, bilik seminar, memperkenalkan inisiatif komunikasi, kandungan, infrastruktur teknologi baharu yang turut direncana untuk menarik tumpuan lebih ramai pelabur ke negeri ini.Prapelancaran TD1303 itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Serigar  Abdullah di sini, petang ini. Projek usahasama kerajaan negeri dan Persekutuan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM12 juta.Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Transfomasi negeri, Datuk Wan Mohd AlBakri Wan Md Noor.Menurut Dr. Mohd Serigar, TD1303 menawarkan pelbagai kemudahan perkhidmatan termasuk yang ingin mengembangkan perniagaan dengan jalinan kerjasama antara agensi awam dan swasta.Katanya, ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan utiliti seperti internet berkelajuan tinggi, ruang penyimpanan fail yang selamat dan pusat kawalan yang canggih."Selain itu ia turut memberi ruang kepada aktiviti seni kreatif dan kebudayaan, pembuatan seni kraf tempatan elemen digital, sukan dan rekreaksi di samping ruang kerja bersama  dalam usaha memperkasakan usahawan."TD1303 membawa simbolik tahun yang tercatat di Batu Bersurat Terengganu, berkonsepkan santai dan moden, merupakan salah satu insiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaaan (NBOS)," katanya.Kadar ruang kerja bebas yang disediakan dikenakan sewaan hanya RM10 sehari dan RM150 sebulan, selain ruang tetap sebanyak RM200 sebulan dan ruang kerja peribadi sehingga RM800 sebulan.Oleh itu katanya, golongan muda terutama belia atau penuntut universiti perlu mengambil peluang untuk  meningkatkan kemahiran keusahawanan sehingga mampu menerobos pasaran luar negara. -
21 Apr 18
478
Empty Image
Kerajaan BN Bela Nasib Rakyat - Halina
Berita dan gambar oleh: Ezzuan AhmadJelalah Cakna Ibu Tunggal Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil - Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi ) akan tetap diteruskan meskipun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi mencapai sasaran bertemu mesra dan membantu ibu tunggal di seluruh daerah.Yang Dipertuanya, To' Puan Seri Halina Zakaria berkata, bantuan bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh ibu tunggal dalam menguruskan kehidupan seharian mereka setelah ketiadaan suami di sisi.Katanya, kira-kira 32,000 ibu tunggal  yang berdaftar di negeri ini akan diberi bantuan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM6.4 juta . "Kerajaan negeri di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dan Syarikat Air Terengganu (Satu) merupakan penyumbang utama kami dalam menjayakan program murni ini."Ibu tunggal akan diberi bantuan wang tunai sebanyak RM200 dan bantuan barangan dapur sebanyak RM100 bagi setiap seorang " katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan program tersebut di Dewan Balora, Bandar Al Muktafi Bilah Shah, Dungun, pagi tadi.Pada program tersebut, seramai 800 orang ibu tunggal di sekitar Dewan Undangan Negeri Bukit Besi menerima bantuan wang tunai dan barangan keperluan pada majlis tersebut.Tambah beliau, sehingga April, program itu sudah menjelajah ke lima lokasi iaitu Telemong, Bukit Payung, Wakaf Mempelam, Pengkalan Berangan, Kuala Nerus dan Jabi."Bukit Besi merupakan kawasan yang ke enam dalam siri jelajah kami dan InsyaAllah selepas pilihan raya kami akan terus menjelajah sehingga hujung tahun ini," katanya.Beliau berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan untuk memastikan tiada yang terpinggir."Rakyat perlu bijak untuk memilih parti yang betul-betul akan membela nasib rakyat dan bukan parti yang hanya pandai menabur janji sahaja hanya untuk kepentingan politik peribadi," katanya.Sementara itu , ibu tunggal yang ditemui menyatakan rasa penghargaan mereka di atas bantuan yang diberikan dalam meringankan beban yang ditanggung setelah ketiadaan suami.Bagi Aishah Minah Embong, 70, bantuan yang diberi sedikit sebanyak meringankan bebannya yang terpaksa menjadi ketua keluarga setelah pemergian suami tercinta lima tahun lalu."Suka sangatlah boleh bantuan begini. Memang perit membesarkan anak - anak dengan sumber kewangan yang terhad tapi alhamdulillah kerajaan banyak membantu golongan seperti kami," katanya.Seorang lagi penerima, Maziah Ismail, 49, menyarankan supaya dikekalkan kerajaan yang sedia ada pada masa sekarang kerana telah terbukti dalam membela nasib golongan yang memerlukan."Banyak bantuan yang telah diberikan kepada rakyat yang memerlukan dan ini cukup membuktikan BN adalah parti yang terbaik untuk menrajui negara demi kebaikan semua," katanya.
21 Apr 18
96
Empty Image
Mobilepreneur@KKLW Bantu Belia Luar Bandar Kembang Perniagaan
Ahmad Razif bersama sebahagian 257 penerima Mobilepreneur pada Majlis Penyerahan  Mobilepreneur@KKLW peringkat Negeri Terengganu di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim.Program Usahawan Bergerak (Mobilepreneur) yang dilaksanakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bukan sahaja memberi peluang belia berniaga malah berupaya memgembangkan lagi perniagaan yang tengah diusahakan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, menerusi program yang menyediakan pemberian pakej keusahawanan kepada peserta meliputi sebuah motosikal yang dipasang dengan kotak peralatan, set peralatan kemahiran dan diberi kursus asas keusahawanan sangat bermakna buat golongan itu."Tahniah dan terima kasih kepada KKLW yang telah mewujudkan satu program hebat kepada rakyat khususnya untuk golongan muda kerana mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu diberi peluang untuk mengembangkan bakat perniagaan sedia ada."Saya difahamkan mereka ini adalah yang terdiri daripada golongan belia yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan 2 serta mempunyai pengalaman sekurang- kurangnya enam bulan berkecimpung dalam bidang yang mereka minati,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penyerahan Mobilepreneur@KKLW Negeri Terengganu di Dataran Permata Seberang Takir Kuala Nerus, hari ini.Pasa majlis itu, sebanyak 257 Mobilepreneur@KKLW telah diserahkan kepada peserta yang terbabit dalam perniagaan perkhidmatan termasuk perkhidmatan automotif, elektrikal, penghawa dingin, jahitan dan lain-lain lagi yang telah berjaya dalam permohonan tahun lalu.Katanya, peserta program ini cukup bertuah kerana selain dibantu dari segi peralatan dan latiha, KKLW menerusi FELCRA dan Giat Mara akan terus melakukan pemantauan dan memberi bimbingan terhadap usahawan ini.Sehingga kini, menerusi Mobilepreneur, KKLW telah membantu kira-kira 3,000 belia khususnya dari luar bandar menjalankan perniagaan berasaskan perkhidmatan secara bergerak tanpa perlu membuka premis perniagaan.
20 Apr 18
42
Empty Image
PRU 14: Calon Kuala Nerus Diumum
Ahmad Razif bersama wakil ibu tunggal yang menerima sumbangan. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailPengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman memberitahu ada  penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional digugurkan daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14) 9 Mei nanti.Katanya, kerusi di kawasan berkenaan bakal digantikan dengan calon yang berkaliber dan disukai ramai."Pada hari ini saya hanya boleh mengesahkan calon- calon yang bakal mengisi kekosongan DUN di Parlimen Kuala Nerus."Mereka yang disenaraikan dan dipersetujuai adalahDr Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang merupakan seorang pakar motivasi,"katanya.Menteri Besar berkata demikian pada Majlis Cakna Ibu Tunggal Kuala Nerus di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria.Ahmad Razif turut memberitahu, calon lain adalah Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad; Che Mansor Salleh dan Dato’ Basir Ismail."Saya akan turut bertanding sama ada untuk kerusi DUN atau Parlimen tidak boleh dipastikan lagi."Tiga calon di kalangan orang muda turut disenaraikan, selain seorang calon wanita iaitu To' Puan Zaiton Mat Amin," katanya.Menurutnya, calon di semua DUN dan Parlimen yang akan bertanding akan diketahui pada majlis pengumuman calon nanti."Tarikhnya (pengumuman calon) dijangka dalam tempoh terdekat di lokasi yang bakal diberitahu kemudian," katanya.
20 Apr 18
73
Empty Image
MB Hadiri Forum Perdana Di Tok Jembal
Ahmad Razif ketika menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam di  Dewan Serbaguna Tok Jembal, malam tadi. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimMenteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkesempatan meluangkan masa hadir pada Forum Perdana Ehwal Islam di Dewan Serbaguna Tok Jembal, Kuala Nerus malam tadi.Turut hadir di program anjuran kerajaan negeri itu isterinya, To' Puan Seri Halina Zakaria, Pegawai Pembangunan Kuala Nerus Dato' Basir Ismail serta Pengarah Unit Komunikasi Negeri Dato' Muda Mamat.Dengan tajuk ‘Bersyukur Terengganu Molek Doh’ forum itu menampilkan dua ahli panel terkenal iaitu Pakar Motivasi, Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan Felo Utama Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (Inspire) UniSZA, Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah.Pakar Motivasi, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad bertindak sebagai moderator forum berkenaan.
19 Apr 18
121
Empty Image
PRU14: Teruskan Legasi Kecemerlangan Arwah Dato’ Razali - Wan Nawawi
Wan Nawawi mengaminkan doa selepas menyempurnakan `punch card' terakhir beliau sebagai penjawat awam, di Pejabat SUK, Wisma Darul Iman. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimBakal calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail optimis mahu meneruskan legasi kecemerlangan yang ditinggalkan bekas Ahli Parlimen itu Allahyarham Dato’ Razali Ismail, jika diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Wan Nawawi,61, telah berkhidmat sebagai penjawat awam selama 37 tahun dengan jawatan terakhir sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berkata, beliau yakin mampu menyambung legasi yang ditinggalkan oleh tokoh pemimpin hebat dalam bidang pendidikan itu dengan cara tersendiri.“Secara jujur, saya tidak dapat membandingkan diri saya dengan arwah Dato’ Razali kerana beliau berada di kelas yang tersendiri dan saya berada di kelas saya sendiri.“Jika beliau hebat dalam bidang pendidikan mungkin saya lebih dalam perkhidmatan awam. Misal kata, jika diukur pencapaian semasa berkhidmat sebagai  penjawat awam, saya telah mendapat beberapa pengiktirafan di peringkat negeri mahupun kebangsaan termasuk mengendalikan sukan dan sebagainya.“Saya juga mempunyai rekod yang agak baik sebagai penjawat awam sehingga mampu menjawat jawatan tertinggi peringkat negeri dan hubungan rapat sesama penjawat awam turut membantu saya dan memudahkan saya melaksanakan tugas,” ujarnya kepada pemberita selepas menyempurnakan `Punch Card' terakhir di Pejabat SUK, Tingkat 15, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.Wan Nawawi yang dilantik sebagai SUK pada 3 Ogos 2016 dan memegang jawatan Pengerusi TDM sejak 29 Ogos 2017, memulakan perkhidmatan dalam pentadbiran negeri sebagai Pegawai Tadbir Negeri di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu pada 1 Julai 1981.Katanya, dengan kelebihan dan aura tersendiri yang ada pada dirinya, beliau yakin berupaya untuk memberi khidmat kepada rakyat sekiranya terpilih memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.“Saya akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan perkhidmatan terbaik, kalau tidak mampu menyamai sebagaimana yang diberikan oleh arwah Dato’ Razali, sekurang-kurangnya saya mencapai taraf yang terbaik bagi diri saya sendiri,” ujarnya.Beliau juga berharap pengundi di Parlimen Kuala Terengganu membuat pilihan yang tepat untuk memilih calon yang boleh membantu mereka dan membawa suara mereka kepada kepimpinan Pusat untuk direalisasikan.“Saya akan sentiasa berpesan kepada pengundi Kuala Terengganu, jangan memilih saya secara membabi buta, sekiranya saya calon yang terbaik seharusnya mereka mengundi saya dan berilah peluang kepada saya untuk meneruskan khidmat bakti sebagai wakil rakyat,” ujarnya.
18 Apr 18
134
Empty Image
PRU14 : Wan Nawawi Calon BN Parlimen Kuala Terengganu
Wan Nawawi menyempurnakan `punch card' terakhir beliau sebagai penjawat awam, di Pejabat SUK, Wisma Darul Iman. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimSetiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail,61, hari ini mengesahkan bakal bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu (P036) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.Pengumuman beliau itu dibuat sejurus pertemuan dengan pegawai dan kakitangan di Pejabat SUK, Wisma Darul Iman, pagi tadi sebelum beliau mengetip kad perakam waktu yang terakhir sebagai  simbolik menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam kira-kira jam 12.45 tengahari ini.Keputusan beliau itu juga menjawab segala persoalan sebelum ini mengenai  sejauh mana kesediaan beliau bertanding pada PRU kali ini.Menurutnya, keputusan menamatkan perkhidmatan lebih awal selepas 37 tahun berkhidmatan dalam pentadbiran negeri dianggap sebagai ketentuan dan anugerah Allah SWT yang sudah diatur dalam kehidupannya.“Saya pastinya berasa sedih kerana sudah 37 tahun dalam perkhidmatan awam dan banyak kenangan pahit manis, liku-liku yang dilalui sepanjang berkhidmat dan semuanya menjadi pengalaman berguna untuk dilalui dalam tempoh akan datang.“Berkhidmat sebagai penjawat awam memberi saya kepuasan yang tidak terhingga. Sudah pasti dunia yang akan saya dilalui selepas ini berbeza, tetapi sedikit sebanyak saya sudahpun melalui kehidupan sebagai ahli politik kerana saya sudah terlibat dengan politik dalam jangka masa agak lama agak lama..saya telah terlibat dalam Pergerakan Pemuda UMNO, Bahagian dan sebagainya serta pengendalian pilihan raya sejak berkhidmat sebagai penjawat awam,”katanya kepada  pemberita selepas menyempurnakan `Punch Card' terakhir di Pejabat SUK, Tingkat 15, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Wan Nawawi menjelaskan Allah SWT sudah menentukan takdir perjalanannya untuk terus berkhidmat kepada orang ramai walaupun selepas bersara sebagai pegawai tertinggi pentadbiran awam dan beliau sudah pun bersedia ke arah itu.Beliau sebelum ini dalam satu majlis semalam, mengumumkan untuk menamatkan perkhidmatan sebagai SUK pada akhir Jun ini, bagaimanapun memilih menamatkannya lebih awal.Wan Nawawi yang dilantik sebagai SUK pada 3 Ogos 2016 dan memegang jawatan Pengerusi TDM sejak 29 Ogos 2017, memulakan perkhidmatan dalam pentadbiran negeri sebagai Pegawai Tadbir Negeri di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu pada 1 Julai 1981.
18 Apr 18
133
Empty Image
Jangan Fikir Soal Ganjaran - SUK
Nawawi bersama penjawat awam pada Perhimpunan Bulanan Warga Wisma Darul Iman. Tengku Syamim Tengku IsmailPenjawat awam di negeri ini diingatkan  supaya tidak terlalu memikirkan soal ganjaran, termasuk jumlah pendapatan bulanan sebaliknya perlu  mencari kepuasan kerja apabila ditempatkan di mana-mana organisasi.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, berkata pendekatan itu dengan sendirinya akan melahirkan keikhlasan dalam melaksanakan setiap tugasan yang dipertanggungjawabkan.Katanya, oleh itu, suka dia berpesan kepada pengantinya kelak agar memastikan setiap penjawat awam perlu berfikiran terbuka,  kreatif, inovatif dan sentiasa berada di hadapan untuk menolong dan memberi perkhidmatan terbaik  kepada pelanggan.“Pada masa sama kita juga perlu mewujudkan suasana budaya kerja yang positif, produktif dan komited bersama pasukan kerja masing-masing.“Maka akan lahirlah kepuasan kerja, saya sendiri pun mengambil pendekatan ke arah itu selain sedaya upaya mencapai sasaran kerja pada tahap maksimum setiap kali mengambil alih tugas baru,” katanya.Beliau berkata demikian selepas berucap di hadapan warga Wisma darul Iman sempena Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Pada majlis itu, seramai 15 penjawat awam dari pelbagai jabatan menerima anugerah pekerja cemerlang bagi Januari sehingga Mac.Antara penerimanya, Anida Mohamed @Abd Ghani dari Unit Komunikasi Negeri Terengganu; Norlida Mohamed (Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu) ; Abdul Aziz Embong (Pejabat Pengarah dan Tanah Galian Terengganu); Mohd Jamadil Akhir Samaah (Unit Perancang Ekonomi) dan Suhairi Muhammad (Unit Audit Dalam).   Menurut Nawawi lagi, perhimpunan yang dihadirinya pada pagi ini dijadualkan sebagai  yang terakhir berikutan beliau akan bercuti panjang bermula 1 Jun depan, sebelum bersara wajib berkuatkuasa akhir Jun nanti.“Sebelum mengakhiri tugasan sebagai Setiusaha Kerajaan Negeri, saya mahu berpesan kepada semua penjawat awam agar menjalankan tugas sebaik mungkin, perlu mencipta pembaharuan dan kejayaan sepanjang tempoh bertugas agar boleh dijadikan kenangan abadi apabila bersara kelak,”katanya.
17 Apr 18
76
Empty Image
PRU14 : Deposit Pasang Bendera Hanya Cagaran
Bayaran deposit RM50 bagi permit pemasangan bendera dan iklan pilihan raya di setiap jalan di kawasan pentadbiran Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) bukanlah perkara baharu, sebaliknya diperkenalkan sejak PRU13.Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, perkara itu tidak seharusnya menjadi isu dan menegaskan bahawa deposit itu akan dipulangkan kembali selepas 14 hari daripada tarikh pengundian.“Tindakan kita itu berasaskan Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihan raya) (Majlis Perbandaran Kuala Terengganu) 1990 dan surat yang kita keluarkan kepada parti-parti politik adalah sebagai peringatan.“Bayaran deposit ini dikenakan sebagai cagaran kepada poster-poster, lambang-lambang dan kain rentang yang dinaikkan. Kita beri tempoh selama 14 hari selepas pilihan raya untuk mereka tanggalkan.“Kalau selepas tempoh itu ada lagi bendera yang tidak dibuang, deposit inilah yang akan kita potong. Kalau tidak, kita akan beri semua sekali deposit mereka,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Kelab Ekslusif MBKT di Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini.Mengulas lanjut, beliau berkata, bukan semua jalan yang akan dikenakan bayaran, sebaliknya hanya melibatkan jalan utama dan sekitar kawasan mengundi.Bagaimanapun, bagi memberi penjelasan kepada semua parti yang bertanding, MBKT akan mengadakan taklimat selepas pengesahan pengumuman calon pada 28 April depan.“Bagi tujuan pemantauan juga, satu pasukan ‘task force’ SPR juga akan ditubuhkan, iaitu ketua pasukan penguatkuasaan kempen pilihan raya, yang mana ia akan diketuai pegawai Kumpulan A yang kebiasaannya dari kalangan pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT).“Jawatankuasa ini terdiri daripada wakil calon yang bertanding, biasanya wakil parti yang dilantik dan perkhidmatan jawatankuasa ini ialah 24 jam sehingga habis tempoh membuang undi.“Kalau ada yang tidak berpuas hati terutamanya daripada segi kain rentang yang mengutuk lawan, bersifat rasis dan tidak bersesuaian, kita akan bincang dan tanggal. Setiap perkara atau tindakan khususnya yang menyalahi undang-undang seperti pemasangan bendera dan ceramah, jawatankuasa ini akan bersidang dan ambil kata putus,” jelasnya.Menurut Samiun, undang-undang yang dikuatkuasakan itu perlu demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.Jelasnya, Jambatan Sultan Mahmud dan Jambatan Kuala Ibai antara kawasan larangan kerana angin yang kuat di kawasan itu boleh membahayakan pengguna jalan raya sekiranya bendera yang dipasang jatuh dan menimpa pengguna jalan lain, selain jalan menuju ke istana-Sinar Harian
17 Apr 18
45