lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
JKKK Berperanan Jayakan Agenda Kerajaan 
Ahmad Razif bergambar bersama sebahagian JKKK sempena Perjumpaan J3K Negeri Terengganu Bersama Menteri Besar dan Penyampaian Hadiah Penilaian Prestasi J3K 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau J3K berperanan penting dalam membantu kerajaan termasuk menjayakan projek-projek pembangunan demi kesejahteraan rakyat.Meteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kesemua JKKK perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk memantapkan peranan dan fungsi masing-masing."Dalam tranformasi kerajaan, kita mahu JKKK ini mainkan peranan membantu rakyat dari segala segi termasuk membantu pejabat daerah, Ahli Dewan Undangan Negeri dan sebagainya untuk memastikan segala pembangunan memberikan impak yang besar kepada rakyat."Konsep yang kita buat ini inklusif dimana kita dapatkan info serta maklumat berasaskan suara rakyat, dan disinilah peranan JKKK sebagai orang tengah membantu kerajaan untuk kita laksanakan pembangunan demi kebaikan rakyat," ujarnya.Beliau berlata demikian kepada pemberita di Majlis Perjumpaan J3K Negeri Terengganu Bersama Menteri Besar dan Penyampaian Hadiah Penilaian Prestasi J3K 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Dato' Mohd. Jidin Shafee dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Dato' Rozi Mamat.Pada majlis itu, kerajaan negeri telah menganugerahkan penarafan bintang kepada JKKK terpilih atas prestasi cemerlang dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.Menurut Ahmad Razif, inisiatif seumpama itu yang tidak terdapat di negeri lain sebagai satu penilaian prestasi selain menambah nilai untuk memastikan peranan serta komitmen dapat dikecapi komuniti setempat.
14 Apr 18
62
Empty Image
Belia Digesa Bersedia Hadapi Revolusi 4.0
Ahmad Razif bersama wakil belia yang menerima peruntukan pertadbiran. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailGolongan belia di negeri ini digesa bersedia menghadapi revolusi 4.0 perindustrian keempat (revolusi 4.0) yang kini menjadi agenda Terengganu dan negara.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kerajaan bersedia mengeluarkan peruntukan besar bagi tujuan itu semata- mata melihat lebih belia ramai di negeri ini berdaya saing.Katanya,  perkara itu termasuk menjadikan Terengganu sebagai perintis hab digital."Kita akan sediakan lokasi untuk kemudahan itu di Kampung Ladang di pusat bandar raya ini dan Telaga Papan, Setiu membabitkan peruntukan RM12  juta."Bangunan untuk dijadikan Pusat Hab Digital di Kampung Ladang masih dalam proses pengubahsuaian dan dijangka dapat beroperasi dalam tempoh dua atau tiga bulan dari sekarang," katanya.Beliau berkata demikian pada Festival Belia Terengganu, di Batu Burok, Kuala Terengganu, malam tadi.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pengerusi Persatuan Kelab- Kelab Belia Malaysia (MAYC) Terengganu, Amirullah Othman.Sementara itu, Amirullah memberitahu kerajaan negeri memperuntukkan RM2.8 juta untuk diagihkan kepada 532  persatuan dan kelab belia peringkat cawangan di seluruh Terengganu. "Agihan RM5,000 untuk setiap persatuan atau kelab itu bertujuan untuk menjalankan aktiviti dan pelbagai program yang bermanfaat untuk setiap ahli berdaftar, " katanya.
13 Apr 18
242
Empty Image
Kurangkan Beban Kami - Ibu Tunggal
Penerima bantuan barangan dapur dan wang tunai berjumlah RM300 seorang daripada Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil- wakil Rakyat (Serikandi) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Marang gembira dan terharu dengan keprihatinan badan itu tanpa jemu membantu mereka.Bantuan yang berjumlah RM270,000 kepada 900 ibu tunggal sempena program Jelajah Cakna Ibu Tunggal di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong disempurnakan Yang Dipertua Serikandi, To' Puan Seri Halina Zakaria, semalam.Bagi Peah Deraman,64, dari Kampung Sena Rendang, Marang, beban memimpin keluarga amat berat jika tidak mendapat bantuan mana-mana pihak khususnya agensi kerajaan."Oleh itu bantuan dari Serikandi ini sangat membantu kami untuk menampung perbelanjaan serba-sedikit. "Selain Serikandi, agensi kerajaan negeri juga banyak memberikan bantuan kepada kami sama ada melalui pemberian barang keperluan, wang tunai serta latihan keusahawanan," katanya.Ini turut diakui rakan sekampungnya, Semek Malik, 60, yang berharap bantuan sebegini akan diteruskan pihak berkenaan demi meringankan beban golongan tidak bernasib baik seperti mereka."Saya bersyukur dan berdoa kerajaan yang banyak membantu rakyat kekal memerintah dan terus menjaga kebajikan," katanya.Sementara itu, seorang lagi penerima, Khatijah Awang, dari kampung Surau Haji Mat Din, berkata bantuan itu banyak meringankan beban keluarganya sekali gus dapat menguruskan perbelanjaan lain seperti menyediakan keperluan ubat-ubatan.
12 Apr 18
121
Empty Image
Berita Gembira Untuk Penduduk Hulu Terengganu
Zahid (tengah) bersama barisan kepimpinan negeri ketika lawatan ke Hulu Terengganu sempena perasmian Jentera Pilihan Raya Hulu Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailRakyat di Hulu Terengganu menerima berita gembira sempena lawatan kerja sehari Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.Ahmad Zahid telah mengumumkan pembinaan sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu yang baharu bernilai RM150 juta bagi menggantikan bangunan yang sedia ada.Naib Presiden UMNO itu juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi pembinaan sebuah masjid baharu di kampung Pasir Dula, Hulu Telemong dan sebuah pusat komuniti di Kampung Teris, Hulu Telemong yang bernilai RM250,000."Saya juga berjanji apabila BN terus diberi mandat untuk memerintah dan jika parlimen  Hulu Terengganu memberi kemenangan besar 5-0...permohonan dewan besar untuk kemudahan dan keselesaan penduduk juga akan dilaksanakan."Oleh itu Hulu Terengganu mesti bekerja keras untuk kekalkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ada dan rampas kembali kerusi DUN Manir supaya kita kekal di bawah panji-panji Barisan Nasional" katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya Parlimen Hulu Terengganu  dan Manifesto Tambahan BN Terengganu di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu.Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan isteri To'  Puan Seri Halina Zakaria dan Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Terengganu, Dato' Muhammad Pehemi Yusof.Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari, Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Rozi Mamat dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO negeri.Tambah Zahid lagi, apa jua yang berlaku apabila pengumuman calon, semua pihak perlu akur kerana itu adalah keputusan muktamad pucuk pimpinan yang harus diterima oleh semua pihak.
12 Apr 18
31
Empty Image
238 Tinggalkan Tabiat Merokok Melalui mQuit
Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohamad Jusoh yang mewakili Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohammad Omar merasmikan Sambutan Hari Kanser Dan Pelancaran Nafas Baru bermula Ramadhan Peringkat Negeri di Taman Awam Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Kementerian Kesihatan telah membantu seramai 238 perokok di negeri ini melalui Perkhidmatan Rawatan Berhenti Merokok mQuit (mQuit) tahun lalu.Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohammad Omar berkata, mQuit yang disediakan di klinik-kilik kesihatan ne­geri ini berjaya membantu 203 orang atau 36.5 peratus perokok tegar meninggalkan tabiat buruk itu daripada 556 orang yang berdaftar.“Bagi Hospital Sultanah Nur Zahirah pula, seramai 60 perokok mendaftar dengan mQuit dan 35 orang daripadanya atau 58.3 peratus pulih daripada ketagihan,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohamad Jusohyang mewakilinya merasmikan Sambutan Hari Kanser Dan Pelancaran Nafas Baru bermula Ramadhan Peringkat Negeri di Taman Awam Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu hari ini.Katanya, pelancaran Kempen Nafas Baru Bermula Ramadhan diadakan setiap kali menjelang bulan puasa sebagai usaha membantu perokok untuk berhenti merokok.“Ramai di kalangan perokok mempunyai hasrat dan berusaha untuk berhenti merokok tetapi mungkin disebabkan beberapa faktor membantutkan usaha mereka.“jadi melalui kempen ini, ambillah peluang tanamkan semula tekad dan azam dengan menjadikan  Ramadhan sebagai titik mula untuk berhenti merokok,” ujarnya.Katanya, pelbagai usaha telah dilaksanakan pihak kerajaan termasuk mQuit, kempen dan lain-lain lagi tetapi ianya tidak bermakna tanpa sokongan masyarakat dan perokok-perokok tegar untuk berhenti daripada tabiat yang boleh menjejaskan kesihatan itu.
11 Apr 18
95
Empty Image
Serikandi Jelajah Bantu 32,161 Ibu Tunggal Seluruh Terengganu
Halina menyampaikan bantuan kepada seorang ibu tunggal dengan disaksikan Mohd Nor  (empat dari kanan) dan Shafaruddin (tiga dari kanan) serta barisan Ahli Jawatankuasa Serikandi sempena Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi Terengganu 2018 di SMK Bukit Payong, Marang. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailBadan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) mensasarkan untuk menjelajah ke 32 Dewan Undangan Negeri bagi menemui kira-kira 32,161 ibu tunggal di seluruh Terengganu sepanjang tahun ini.Program jelajah dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) bertujuan meringankan bebanan golongan itu menerusi bantuan wang tunai RM200 serta barangan keperluan dapur bernilai RM100 kepada setiap ibu tunggal yang berdaftar.Terbaharu, program siri kedua itu menjelajah ke DUN Bukit Payong, Marang untuk meraikan 900 ibu tunggal selepas program perintis di Telemong, Hulu Terengganu, baru-baru ini.Yang Dipertuanya, To' Puan Seri Halina Zakaria berkata, usaha turun padang mendekati golongan yang perlu diberi perhatian itu menjadi keutamaan Serikandi dan akan sentiasa dilaksanakan sebagai wadah mendekati mereka yang memerlukan pembelaan dari semasa ke semasa."Program seumpamanya ini adalah siri jelajah yang kedua, pertama kita berjaya menjayakannya di DUN Telemong."Serikandi akan memastikan semua ibu tunggal akan diraikan. Selepas ini kita akan ke lokasi (DUN) berikutnya iaitu di Pengkalan Berangan, diikuti Jabi  serta Wakaf Mempelam dan juga DUN-DUN lain sehingga selesai semuanya sepanjang tahun ini,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal bersama Serikandi Terengganu 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong, Bukit Payong, Parlimen Marang, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Penyelaras DUN Bukit Payong, Mohd Nor Endot dan Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Halina berkata, pihaknya akan memastikan bantuan itu sampai kepada penerima yang layak di setiap DUN termasuk pasukan petugas menghantar bantuan ke rumah penerima yang uzur.
11 Apr 18
268
Empty Image
Kerajaan Negeri Belanja RM358,300 Untuk 499 Pelajar Cemerlang
Ahmad Razif bergambar dengan sebahagian pelajar cemerlang di Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu kali ke-39 Dan Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM 2017 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) membelanjakan sebanyak RM358,300 untuk Anugerah Pingat Emas dan hadiah kecemerlangan kepada 499 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Agama Malaysia (STAM) 2017. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ganjaran tersebut sebagai menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik. “Diharap inisiatif ini akan menjadi motivasi untuk mereka terus meraih pencapaian cemerlang sekaligus mengangkat nama negeri Terengganu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.“Kita mahu anak-anak Terengganu berani mencabar kelaziman dan mencipta lebih banyak cerita kejayaan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu kali ke-39 Dan Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM 2017 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri A. Latiff Awang, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengarah Yayasan Terengganu Ishamudin Hashim dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin.Pada majlis itu, dua pelajar telah terpilih sebagai penerima Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu iaitu Muhammad Khairul Azri Mohd Khalid daripada Sekolah Menengah Imtiaz YT Besut dan Muhammad Syauqellah Razali daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek.Kedua-duanya yang merupakan pelajar terbaik negeri ini menerima insentif wang tunai RM5,000, sebuah medal pingat emas, sehelai blazer, sebuah laptop dan sijil penghargaan.Sementara itu seorang pelajar menerima Anugerah Khas YT iaitu pelajar kelainan upaya Ahmad Izzat Sohame@Suhaimi daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Telemong yang menerima wang tunai RM2,000 beserta sebuah laptop.Antara anugerah lain yang turut diberikan adalah Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2017 (Semua A+) kepada dua penerima yang mendapat RM500 dan laptop, Anugerah Pelajar Terbaik STAM 2017 kepada dua penerima yang memperoleh RM600 serta laptop dan Anugerah Kecemerlangan SPM 2017 (Semua A) kepada 357 penerima yang mendapat RM500 setiap seorang.Selain itu tiga lagi kategori penghargaan juga diberikan iaitu Anugerah Kecemerlangan STPM 2017 2017 (Semua A) kepada 100 orang yang mendapat RM600 setiap seorang, Anugerah Kecemerlangan STAM 2017 (Mumtaz) kepada 26 orang yang meraih RM600 setiap seorang dan Anugerah Sekolah Terbaik kepada sembilan sekolah yang masing-masing menerima RM10,000.
10 Apr 18
161
Empty Image
Polis Pantau 1,131 Individu Berpotensi Timbulkan Kekecohan PRU14
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika berucap di Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sumbangan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 yang disempurnakan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailPolis telah mengenal pasti 1,131 individu di seluruh negara yang berpotensi menimbulkan kekecohan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dimana gerak geri mereka sedang diperhatikan.Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, daripada jumlah itu, seramai 31 individu 'pengacau politik' dikesan di Terengganu."Kita bukan nak timbulkan ketakutan atau nak mengugut sesiapa, tetapi kita nak pastikan mereka yang berpotensi menimbulkan masalah pada PRU nanti dipantau."Polis akan bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada kerana kita tak boleh buat perkara ini sewenang-wenangnya dan setiap individu ini memang dah disenaraikan menerusi risikan kita," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sumbangan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 yang disempurnakan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini. Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Ketua Polis Terengganu, Dato’ Aidi Ismail.Katanya, tindakan terhadap mereka yang menimbulkan kekecohan diambil sekiranya keadaan mendesak.Mengulas lanjut, Mohamad Fuzi berkata, polis juga memantau rapi 171 kawasan panas seluruh negara dikenal pasti sepanjang PRU-14."Kita akan kerahkan lebih 70,000 kekuatan untuk ditugaskan sepanjang pilihan raya dan sekiranya masih tidak mencukupi, kita akan tambah termasuk pasukan simpanan dan pelatih," katanya.Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang bukan saja mengambil berat kebajikan anggota dan pegawai yang bertugas di negeri ini, malah turut sama membantu mengurangkan kadar jenayah dengan menyediakan pelbagai program terutama untuk golongan muda termasuk pembinaan litar lumba untuk ‘mat rempit’.
09 Apr 18
50
Empty Image
Dana Raya Untuk Anggota Keselamatan Seluruh Terengganu
Ahmad Razif bergambar bersama sebahagian anggota polis pada Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sumbangan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri hari ini mengumumkan khabar gembira kepada lebih 5,000 anggota keselamatan negeri ini apabila menyalurkan bantuan dana raya yang melibatkan peruntukan kira-kira RM5 juta.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ganjaran itu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan pasukan mereka dalam memastikan keselamatan dan keamanan di negeri ini sentiasa terpelihara.“Sebagai mengenang jasa pasukan keselamatan seperti pasukan polis, tentera dan lain-lain lagi, kita wujudkan satu skim dana khas untuk pasukan keselamatan iaitu dana mengenang jasa pasukan keselamatan.“Perkara ini telah diputuskan dalam mesyuarat exco sebelum pembubaran DUN baru-baru ini. Bagi yang bukan muslim kita ikut perayaan mereka. Untuk yang beragama Islam pembayaran bonus itu akan dibuat mulai bulan puasa ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sumbangan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Polis Terengganu, Dato’ Aidi Ismail.Menurut Ahmad Razif, pemberian dana tersebut tanpa mengira pangkat dengan anggota keselamatan yang sudah berkahwin akan menerima sebanyak RM400 manakala pemberian sebanyak RM200 kepada anggota yang masih bujang.Dalam majlis tersebut, Ahmad Razif turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis dan RM50,000 setahun kepada Persatuan Keluarga Polis Negeri Terengganu (PERKEP).
09 Apr 18
44
Empty Image
LPT3 Tangani Masalah Trafik, Pemangkin Ekonomi Terengganu
Menteri Besar menuju ke sidang media khas sempena pembubaran Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KasimProjek Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3) menghubungkan Terengganu ke Kota Bharu, Kelantan yang diumumkan Perdana Menteri dalam ucapan manifesto Barisan Nasional (BN), kelmarin membuktikan keprihatinan kepimpinan negara kepada keperluan rakyat negeri ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pengumuman LPT3 bermula dari Tepoh, Kuala Nerus terus ke Kota Bharu itu menjadi satu lagi hadiah bermakna khususnya dalam menangani masalah trafik di Terengganu, selain projek laluan rel Pantai Timur (ECRL) sebelum ini.“Selain projek ECRL yang bernilai RM55 bilion dari Kelantan sampai ke Gombak. Lebuh raya (LPT3) ini menjadi satu lagi hadiah yang bernilai RM2.4 bilion. Jadi secara khususnya masalah trafik di Terengganu kita boleh atasi, maka secara tidak langsung kita boleh dekatkan lagi jarak antara Besut, Setiu, Kuala Nerus Kuala Terengganu sehinggalah ke Kemaman.“Bermakna sekarang ini lengkaplah jalinan pengangkutan Negeri Terengganu dengan adanya lapangan terbang bertaraf antarabangsa, adanya ECRL, LPT2 dan 3, dan jaringan jalan raya yang lain.Semua pembangunan infrastruktur ini menjadi pemangkin ekonomi Negeri Terengganu,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang media khas sempena pembubaran Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.Ahmad Razif berkata, beliau juga percaya manfaat daripada pembangunan itu cukup besar dan secara tidak langsung merancakkan ekonomi serta sektor pelancongan Terengganu.Menurut beliau lagi, inisiatif baharu itu menjadi satu lagi cerita kejayaan Terengganu yang berjaya direalisasikan menerusi keyakinan Perdana Menteri terhadap pentadbiran kerajaan negeri masa kini.
09 Apr 18
139