lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
PRU14: UniSZA Beri Pelepasan Cuti Khas Dua Hari
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memberi pelepasan khas kepada pelajar selama dua hari pada 8 dan 10 Mei sempena Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14).Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr Ahmad Zubaidi A. Latif, berkata cuti selama dua hari itu memudahkan pelajar untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi di tempat masing-masing pada 9 Mei nanti.“Walaupun kita beri cuti dua hari kepada mereka iaitu sebelum dan selepas hari mengundi, tetapi kelas yang tertangguh mestilah digantikan sebaik sahaja mereka pulang ke kampus.“Mana-mana kelas dan aktiviti yang terlibat pada dua tarikh itu perlu diganti semula mengikut kesesuaian jadual pengajaran”, katanya dalam satu kenyataan media.Menurut Ahmad Zubaidi, berdasarkan rekod, seramai 4,112 pelajar di universiti itu  telah mendaftar sebagai sebagai pemilih dan layak mengundi pada 9 Mei ini.“Langkah pengurusan UniSZA itu  sebagai meraikan demokrasi di negara untuk memilih pemimpin.“Oleh itu, pihak kami menyarankan pelajar yang diberi peluang untuk pulang mengundi perlu menunaikan tanggunjawab masing-masing,”katanya
24 Apr 18
45
Empty Image
Solat Hajat, Doa Selamat Sempena Keputeraan Sultan
 Menteri Besar bersama jemaah yang lain menadah doa sempena majlis solat hajat, bacaan Yassin dan doa selamat sempena Ulang Tahun Ke-56 Hari Keputeraan Sultan Mizan Zainal Abidin,di Masjid Al-Mukhtafi Billah Shah, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailLebih 2,000 rakyat negeri ini menyertai majlis solat hajat, bacaan Yassin dan doa selamat sempena Ulang Tahun Ke- 56 Hari Keputeraan Sultan Mizan Zainal Abidin,di Masjid Al-Mukhtafi Billah Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Majlis turut dihadiri Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Hadir sama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), W. Ismail Sahaimi W. Omar.Majlis dimulakan dengan solat hajat memohon kesejahteraan Sultan Mizan yang menaungi negeri Darul Iman ini.Seterusnya, hadirin mengalunkan bacaan Yassin dipimpin imam besar negeri, Ustaz Aizi Saidi Abd Aziz sebelum diakhiri dengan doa selamat serta solat Isyak.Di akhir majlis, Ahmad Razif yang hadir bersama mantan Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga calon Barisan Nasional Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail  sempat menjamu selera dan beramah mesra bersama masyarakat setempat.
24 Apr 18
459
Empty Image
PRU14 : Senarai Calon BN Terengganu Muktamad
Ahmad Razif ketika melakukan gimik perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Nerus Kali Ke-2 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimBarisan Nasional (BN) Terengganu sudah memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) 9 Mei ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya tidak akan melayan rayuan atau permohonan daripada mana-mana pihak berhubung senarai calon."Kita tidak ada masalah. Kita sudah muktamad dengan keputusan senarai calon ini kerana penilaian dibuat daripada banyak segi dan kita tidak akan terikut dengan apa saja permohonan atau rayuan daripada mana-mana pihak."Sebenarnya sebelum senarai calon diputuskan, kajian telah dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri selama empat tahun untuk melihat keyakinan rakyat dan calon yang terpilih ini adalah yang benar-benar berkhidmat dan diterima baik oleh rakyat,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Nerus Kali Ke-2 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.Ianya sebagai mengulas mengenai protes sebahagian ahli UMNO bahagian Kemaman terhadap pemilihan bekas EXCO dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Dato' Mohamed Awang Tera sebagai calon kerusi DUN itu pada PRU kali ini.Menurut Ahmad Razif yang juga Pengerusi BN negeri, beliau yakin calon yang diketengahkan oleh pucuk pimpinan adalah yang terbaik dan mampu menyumbang kepada kemenangan BN pada pilihan raya nanti."Saya telah menerima mandat dari presiden parti iaitu Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bahawa tiada perubahan calon setakat ini dan calon yang kita umumkan itulah yang akan bertanding pada PRU14 nanti."Selepas penamaan calon 28 April ini saya yakin dan percaya semua perkara ini akan selesai," katanya.
24 Apr 18
91
Empty Image
PRU14 : Ambil Semangat Gelombang Biru
Oleh : Ezzuan AhmadRakyat diminta membuat pemilihan yang tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk mengekalkan kemakmuran serta pembangunan yang dikecapi sekarang.Calon BN Parlimen Dungun, Dato'  Din Adam berkata, rakyat perlu mengambil ikhtibar 'gerhana politik' yang melanda Negeri Terengganu pada 1999  apabila tiada pembangunan yang dilakukan oleh Pas sepanjang memegang tampuk pemerintahan negeri."Masih kita ingat bagaimana sengsaranya rakyat pada zaman itu di mana tidak dapat merasai pembangunan yang diharapkan dan kita tidak mahu ianya berulang," katanya.Beliau berkata demikian pada ucapannya pada program perasmian Kolej Komuniti Cawangan Dungun, yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi , Dato Seri Idris Jusoh di Bandar Al Mukhtafi Bilah Shah, Dungun, hari ini.Din berkata, rakyat perlu bijak memilih parti yang mampu memberikan jaminan untuk masa depan dan bukan parti yang tidak dapat menjanjikan apa-apa kepada pengundi yang sudah memberi mandat."Barisan Nasional adalah parti yang terbukti sudah membawa banyak pembangunan di negara ini dan rakyat perlu kekalkan momentum yang sedia ada ini."Pembangkang hanya pandai berjanji sahaja namun banyak janji- janji yang tidak dapat ditunaikan, adakah rakyat mahu pemimpin yang hanya pandai tabur janji sahaja? " katanya.Tambah beliau, gerakan Gelombang Biru yang diasaskan oleh Dato' Seri Idris Jusoh  juga menyaksikan semangat rakyat untuk memilih BN bagi membawa perubahan di Negeri Terengganu."Semangat itu perlu dikekalkan untuk pilihan raya yang akan datang untuk melestarikan pembangunan yang dirancang oleh BN demi kesejahteraan semua," katanya.Beliau juga berharap supaya rakyat dapat memilih calon yang tepat sebagai wakil untuk membawa suara rakyat untuk kesejahteraan semua.Menurutnya lagi, rakyat tidak boleh membiarkan sejarah lama berulang lagi kerana sudah terbukti pembangkang hanya cakap kosong.
24 Apr 18
84
Empty Image
PRU14 : Mohamed Nafi Dakwaan Sabotaj Parti
Mohamed ketika menjelaskan isu mengenai dakwaan terhadap beliau kepada media. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Calon Barisan Nasional (BN) Chukai, Dato’ Mohamed Awang Tera tampil untuk membersihkan namanya yang didakwa bertindak mensabotaj parti sehingga mengakibatkan BN mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu."Saya dikatakan bekerja untuk memenangkan calon Pas pada PRU13. Itu tuduhan pertama yang perlu saya bersihkan. Perkara ini bukan timbul pada musim pilihan raya ini, malah timbul sejak PRU13 akibat keputusan pilihan raya yang teruk dan kepimpinan BN ketika itu dipersoalkan.“Kekalahan teruk majoriti 2,400 undi dikatakan sebab saya mensabotaj parti selepas tidak dipilih semula (calon BN) pada PRU13 ketika itu. Saya terkejut tidak terpilih dan memang sedikit kecewa tetapi tidaklah sehingga mensabotaj parti. Saya terus berada di markas saya, Cawangan Banggol. Masa yang sama saya juga menyerahkan semua jentera parti yang sudah saya bina semuanya kepada calon baharu ketika itu. Ramai yang menyaksikan saya hanya duduk dan melayan orang ramai di markas Cawangan Banggol itu,”katanya. Pegawai Penyelaras DUN Chukai itu menjelaskan, nama beliau sedikit terjejas dengan dakwaan itu, bagaimanpun beliau tetap yakin mampu menawan semula DUN berkenaan dan majoriti kemenangan lebih besar berbanding PRU11 dan PRU12 yang pernah ditandingi beliau ketika itu.Menurut Mohamed lagi, dakwaan itu tidak wajar dibangkitkan sama sekali kerana semua pihak perlu akur bahawa pemilihan calon BN perlu mengambil kira pelbagai aspek dan proses tapisan yang ketat melibatkan banyak agensi tertentu sebelum nama calon dimuktamadkan pucuk pimpinan parti sendiri.Malah, katanya jika dakwaan itu benar, beliau percaya pastinya akan dihadapkan kepada Lembaga Disiplin UMNO dan tidak akan dicalonkan semula bagi kerusi DUN itu."Pihak terbabit tidak pula membuat laporan kepada lembaga disiplin parti supaya tindakan boleh diambil kepada saya tapi sebaliknya beliau hanya berani membuat tuduhan di dalam 'Public Speeches',"katanya lagi.Selain itu juga, timbul juga dakwaan lain yang beliau menaiki kereta milik orang Pas ketika keluar mengundi, sedangkan kereta berkenaan milik sahabat beliau yang menjadi jentera ketika bertanding PRU11 dan PRU12.Tambah beliau, anak pemilik kenderaan itu juga adalah Ketua Pemuda UMNO Cawangan Banggol.Dalam pada itu, beliau berkata selepas pengumuman calon BN di Kediaman Seri Iman pada Ahad lalu, beliau menerima respon yang sangat baik dari pengundi dan juga jentera parti di DUN Chukai sekali gus menolak dakwaan pencalonan beliau ditolak oleh akar umbi dan pengundi kawasan berkenaan."Ini pilihan raya paling getir dan pada saat begini kita sepatutnya tidak menambahkan masalah dengan isu-isu dalaman. Pada masa ini kita sepatutnya merapatkan saf bagi mengukuhkan parti untuk menentang parti lawan bagi memastikan BN menguasai semua DUN dan Parlimen Kemaman serta seluruh negeri."Saya juga tetap yakin masih diterima oleh sebahagian besar pengundi dan mereka juga kembali bersemangat untuk mengekalkan rekod tanpa kalah sepertimana saya bertanding di N31 Chukai pada PRU11 dan PRU12 sebelum ini.,"katanya.Menurut beliau lagi, DUN Chukai mempunyai 30,300 pengundi merangkumi 14 pusat daerah mengundi (PDM)  yang melibatkan 29 cawangan.Selain itu juga, semua jentera parti bersedia untuk bekerja dan dakwaan beberapa PDM akan ditutup adalah bohong dan provokasi semata-mata.Beliau juga menyeru kepada semua pemimpin jentera parti bagi merapatkan saf dan bersama sama berganding bahu untuk memenangkan BN.
24 Apr 18
39
Empty Image
Kewangan Negara Kukuh
Oleh: Izzuan AhmadKedudukan kewangan negara yang agak kukuh menjadi bukti kerajaan dapat melaksanakan pelbagai  projek pembangunan di negara ini tanpa memohon pinjaman daripada pihak lain, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.Meurutnya, kewangan yang mencukupi juga membolehkan kerajaan menyalurkan pelbagai sumbangan untuk kepada rakyat termasuk Bantuan Rakyat 1alaysia (BR1M) bagi memastikan kesejahteraan rakyat di negara ini."Rakyat  tidak perlu bimbang dengan tohmahan pelbagai pihak termasuk pembangkang yang mengatakan semua pemberian itu akan menyebabkan negara boleh menjadi muflis atau terpaksa membayar hutang pihak tertentu,"katanya.Beliau berkata demikian pada Program MOF Bersama Rakyat anjuran Jabatan Akuantan Negara Malaysia di Arena Merdeka, Dungun, semalam.Hadir sama, Pegawai Daerah Dungun, Ibrahim Mohamad dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Osman Bakar.Lebih 5,000 penduduk Dungun hadir memeriahkan program tersebut yang menyediakan pelbagai kemudahan termasuk Jualan Sentuhan Rakyat.Beliau berkata, perkembangan positif itu menyebabkan Perdana Menteri berani mengumumkan pelbagai projek pembinaan dan sumbangan kepada rakyat termasuk BR1M ekoran ekonomi negara sedang pesat berkembang."Jadi inilah hasil kerajaan kita pulangkan balik.. pemberian bantuan-bantuan yang diumumkan Perdana Menteri.. Kerajaan dah buat perkiraan dan kewangan kerajaan mencukupi untuk membina dan menjalankan program-program tersebut,"katanya.Menurut Irwan, beliau kesal dengan dakwaan pembangkang yang mengatakan negara terpaksa berhutang demi untuk memenuhi atau menarik sokongan rakyat ketika negara bakal berdepan dengan Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi."Pembangkang seolah-olah terdesak untuk meraih simpati rakyat dengan menabur fitnah bagi meraih simpati rakyat untuk menyokong mereka. Rakyat sekarang sudah bijak untuk menentukan mana yang betul, mana yang salah,"katanya.Dalam perkembangan lain, beliau berkata projek Laluan Rel Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang sedang rancak pembinaannya di Terengganu bakal memberi limpahan pembangunan ekonomi kepada penduduk Pantai Timur.Irwan berkata, projek yang dijangka siap menjelang 2024 itu akan mewujudkan pelbagai pusat komersial yang bakal memberi peluang perniagaan kepada rakyat.
23 Apr 18
38
Empty Image
PRU14: Zamri Sedia Galas Amanah Demi Kebajikan Rakyat
ZamriCalon Barisan Nasional (BN) DUN Batu Burok, Zamri Awang Hitam bersedia menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat sebaik mungkin sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.Katanya, beliau yakin pengalaman yang dimiliki sebagai Pegawai Pembangunan DUN Batu Burok mampu memastikan agenda pembangunan rakyat di kawasan itu dapat direalisasikan.“Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dipilih sebagai calon DUN Batu Burok. Saya akan terus bekerja, empat tahun ini saya telah bertugas sebagai Pegawai Penyelaras DUN Batu Burok dan akan lipat gandakan kerja dan usaha untuk menawan  kembali DUN Batu Burok yang 28 tahun diwakili oleh wakil rakyat dari pembangkang.“InsyaAllah, jika diberi mandat kepada BN dan saya calonnya, saya akan meneruskan kerja-kerja sepertimana diarahkan pucuk pimpinan dan terus memberi khidmat kepada rakyat.“Tempoh 28 tahun ini bukan suatu masa yang singkat kerana banyak pembangunan-pembangunan yang sepatutnya ada di DUN Batu Burok kita ketinggalan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi DUN Batu Burok yang telah disempurnakan oleh Yang DiPertua Serikandi To’ Puan Seri Halina Zakaria di Terengganu Equestrian Resort (TER), hari ini.Turut hadir, Calon BN Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail yang juga Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri.Zamri berkata, tidak dinafikan kecaknaan kerajaan dengan menyalurkan bantuan khususnya demi kebajikan rakyat tetapi apa yang mahu ditumpukan sekiranya diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat di DUN Batu Burok adalah membawa lebih banyak pembangunan di kawasan itu.“Apa yang akan kita fokuskan adalah dengan memberi keutamaan kepada pembangunan untuk golongan anak-anak generasi kedua.“Sepatutnya tanah kerajaan yang ada di Batu Burok ini kita buat pembangunan seperti Rumah Mampu Milik, pusat tarbiyah dan sebagainya. Dan dalam tempoh dua tahun ini juga banyak rungutan dari nelayan terhadap permasalahan muka kuala Kuala Ibai.“Inilah antara yang akan kita perjuangkan apabila BN memenangi DUN Batu Burok kerana apa yang kita rancangkan akan sedikit sukar sekiranya pembangkang terus menguasai DUN ini,” ujarnya.
23 Apr 18
133
Empty Image
PRU14: Pengundi Kuala Terengganu Perlu Bijak Buat Pilihan
Wan Nawawi berkata sesuatu kepada Zamri ketika menghadiri Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi DUN Batu Burok yang telah disempurnakan oleh Yang DiPertua Serikandi To’ Puan Seri Halina Zakaria di Terengganu Equestrian Resort (TER), hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailCalon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail menyeru pengundi membuat keputusan yang bijak dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar berkaliber pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.Beliau yang juga Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berkata, kuasa kira-kira 104,000 pengundi akan menentukan individu yang bakal menjadi wakil rakyat parlimen tersebut bagi memastikan agenda pembangunan rakyat di kawasan itu dapat diteruskan. “Terserah kepada rakyat buat pilihan. Jangan undi saya kerana terpaksa, saya mahu semua orang dapat keberkatan.  InsyaAllah, bersandarkan keberkatan saya dapat laksanakan tugas dengan baik. Jangan lari dari apa yang diajar oleh al-Quran.“Biarlah pengundi yang menentukannya. Pengundi perlu memilih calon yang benar-benar layak. Apa yang pernah saya lakukan selama ini ketika berkhidmatan dalam pentadbiran negeri akan saya praktikkan dalam dunia politik sekiranya saya diberi mandat pada pilihan raya kali ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi DUN Batu Burok yang telah disempurnakan oleh Yang DiPertua Serikandi To’ Puan Seri Halina Zakaria di Terengganu Equestrian Resort (TER), hari ini.Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Batu Burok, Zamri Awang Hitam yang juga calon BN DUN Batu Burok.Katanya, beliau juga berharap pengundi di Parlimen Kuala Terengganu membuat pilihan yang tepat untuk memilih calon yang boleh membantu mereka dan membawa suara mereka kepada kepimpinan Pusat untuk direalisasikan.Wan Nawawi mula dilantik ke jawatan tertinggi pentadbiran negeri pada 3 Ogos 2016 dan perkhidmatannya berakhir pada Ogos tahun lalu kemudian disambung selama setahun.Beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai SUK iaitu empat bulan lebih awal dari tarikh asal untuk menumpukan kepada gerak kerja sebagai calon BN Kuala Terengganu bagi menghadapi PRU14.Lulusan Sains Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Oklahoma, Amerika Syarikat itu pernah menjadi Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan Setiu di samping Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan dan Pegawai Kewangan negeri.
23 Apr 18
47
Empty Image
Kerajaan Konsisten Bantu Rakyat-Halina
Halina menyampaikan sumbangan Serikandi Terengganu kepada Kelab Ibu Tunggal DUN Batu Burok di Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi DUN Batu Burok di Terengganu Equestrian Resort (TER), hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan sentiasa konsisten dalam menyalurkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama atau bangsa. Yang Dipertua Serikandi (Badan Amal Dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu), To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata, menerusi Bajet 2018 contohnya, bantuan yang disalurkan juga meliputi semua peringkat umur dari usia bayi, remaja, dewasa hingga warga emas.Malah katanya, program bantuan kepada rakyat dilaksanakan secara berterusan sepanjang masa dan bukan hanya dilakukan secara bermusim terutama menjelang pilihan raya.“Kerajaan dibawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sangat prihatin terhadap rakyat dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada semua peringkat dari semasa ke semasa tanpa mengira musim termasuk kepada golongan ibu tunggal.“Justeru, buatlah pilihan terbaik dengan memilih calon yang boleh meneruskan perjuangan untuk memperkasa golongan ibu tunggal semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei nanti,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi DUN Batu Burok di Terengganu Equestrian Resort (TER), hari ini.Turut hadir, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pegawai Penyelaras DUN Batu Burok, Zamri Awang Hitam.Pada majlis itu, Halina turut menyempurnakan penyampaian bantuan keperluan dapur dan wang tunai berjumlah RM300 kepada ibu tunggal di DUN tersebut yang berdaftar dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).Bantuan pengurusan RM5,000 oleh kerajaan negeri menerusi Serikandi juga diserahkan kepada Kelab Ibu Tunggal DUN Batu Burok pada program tersebut.
22 Apr 18
126
Empty Image
PRU14 : BN Terengganu Tampil Calon Boleh Menang
Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailBarisan Nasional (BN) Terengganu hari ini mengumumkan senarai calon yang akan bertanding di  lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14).Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi BN Terengganu yang juga Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di kediaman rasminya Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini. "Inilah barisan calon-calon (BN) yang akan mengekalkan 17 kerusi BN dan merampas semula 15 kerusi di tangan pembangkang dan empat lagi kerusi Parlimen yang kita hilang sebelum ini."InsyaAllah semua calon BN ini yang akan dibawa pada Hari Penamaan Calon pada 28 April ini tanpa apa-apa perubahan. Dua serikandi (calon wanita di DUN Bukit Payong dan Sura)  juga kita akan pastikan dapat merampas semula dan memihak kepada BN,"katanya.Daripada barisan calon-calon BN yang diumumkan, parlimen dan DUN Besut mengekalkan penyandang sedia ada, Hulu Terengganu juga mengekalkan muka lama, dengan calon parlimen melakukan `comeback', apabila meletakkan mantan ADUN Ajil selama tiga penggal pada 1999-2013, Dato' Rosol Wahid. Parlimen dan DUN di Kemaman juga mengekalkan penyandang, termasuk mantan ADUN Chukai (2004-2013), Dato' Mohamad Awang Tera dicalonkan semula kali ini. Parlimen Setiu juga mengekalkan penyandang, kecuali DUN Permaisuri bertukar kepada mantan ADUN, Dato' Halim Jusoh yang pernah memenangi kerusi itu pada PRU12 lalu.Sementara Kuala Terengganu, Dungun dan Kuala Nerus juga menampilkan ramai muka baharu, dengan Ahmad Razif turut mempertahankan kerusi DUN Seberang Takir (Kuala Nerus).CALON BARISAN NASIONAL (BN) BAGI DUN DAN PARLIMEN TERENGGANUP.033 - Besut (Dato' Seri Idris Jusoh)-penyandangN01 - Kuala Besut (Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman)-penyandangN02 - Kota Putera (Mohd. Mahadi Musa )-penyandangN03 - Jerteh (Dato' Muhammad Pehimi Yusof )-penyandangN04 - Hulu Besut ( Nawi Mohamad ) -penyandangP.034 -Setiu (Dato' Mohd. Jidin Shafee )N05 - Jabi (Mohd. Iskandar Jaafar ) -penyandangN06 - Permaisuri (Dato' Halim Jusoh)-muka baharuN07 - Langkap (Datuk Sabri Mohd. Noor )-penyandangN08 - Batu Rakit (Bazlan Abd. Rahman) -penyandangP.035 Kuala Nerus (Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad) -muka baharuN09 - Tepuh (Datuk Mohd. Basir Ismail)-muka baharuN10 - Buluh Gading (Che Mansor Salleh)-muka baharuN11 - Seberang Takir (Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman) -penyandangN12 - Bukit Tunggal (Tuan Arif Sahibu Fadillah Tuan Ahmad)P.036 Kuala Terengganu (Dato' Wan Nawawi Wan Ismail) -muka baharuN13 - Wakaf Mempelam (Salleh Othman)- muka baharuN14 - Bandar (Toh Seng Cheng)-muka baharuN15 - Ladang (Datuk Mohd. Sabri Alwi )-muka baharuN16 - Batu Buruk (Zamri Awang Hitam)-muka baharuP.037 Marang (Mohamad Nor Endot)- muka baharuN17 - Alur Limbat (Datuk Saiful Bahri Baharuddin) -muka baharuN18 - Bukit Payong (To' Puan Zaitun Mat Amin) -muka Wakaf BaharuN19 - Rhu Rendang (Datuk Nik Dir Nik Wan Ku)N20 - Pengkalan Berangan (A. Latiff Awang) -penyandangP.038 Hulu Terengganu (Dato' Rosol Wahid)N21 -Telemong (Dato' Rozi Mamat)-penyandangN22 - Manir (Yusof Awang Hitam)N23 - Kuala Berang (Dato' Tengku Putera Tengku Awang)-penyandangN24 - Ajil (Dr Ghazali Taib)-penyandangP.039 Dungun (Dato' Din Adam) N25 - Bukit Besi (Roslee Daud ) -penyandangN26 - Rantau Abang (Wan Zaulkifli Wan Gati) -muka baharuN27 - Sura (Datuk Zainun Abu Bakar )-muka baharuN28 - Paka (Tengku Hamzah Tengku Draman -muka baharuP.040 Kemaman (Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek) -penyandangN29 - Kemasik (Ir. Rosli Othman ) -penyandangN30 - Kijal (Dato' Seri Ahmad Said) -penyandangN31 - Cukai (Dato' Mohamad Awang Tera )N32 - Air Putih (Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar) -penyandang
21 Apr 18
288