lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
PRU14: BN Yakin Rampas Kembali Kuala Nerus
Pengerusi Badan Nasional (BN) Negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yakin BN akan menang di semua kerusi DUN dan Parlimen di Kuala Nerus pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.Menteri Besar Terengganu itu berkata, kemenangan mampu berpihak kepada BN dengan pertaruhan calon-calon yang berwibawa.“Saya melihat bahawa di peringkat akar umbi, pengundi-pengundi amat berkeyakinan penuh terhadap kerajaan BN dan penerimaan rakyat juga begitu baik sekali.“Tiada sebab untuk rakyat menolak calon BN. Saya berkeyakinan penuh dengan calon-calon yang ditonjolkan yang begitu berwibawa yang diketua oleh Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi dan dibantu oleh pegawai pembangunan parlimen dan pegawai penyelaras DUN yang mempunyai pengalaman menjaga kawasan masing-masing selama empat tahun," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan kepada wakil SPR di Kompleks Majlis Sukan Negeri, Gong Badak, hari ini.Ahmad Razif yang merupakan calon DUN Seberang Takir di samping Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad (Bukit Tunggal), Datuk Basir Ismail (Tepoh), Che Mansor Salleh (Buluh Gading) dan Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad (Parlimen Kuala Nerus) menyerahkan borang pencalonan masing-masing kira-kira 9.05 pagi.
27 Apr 18
112
Empty Image
PRU14: Tiga Sekawan Bakal Rebut Kerusi Langkap
Sabri bersama dua calon dari parti lawan Azmi (kiri) dan Mustaffa (kanan)Tiga sekawan yang juga anak peneroka dari Felda Chalok, Kampung Rahmat, Setiu bakal bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.Ketiga- tiga calon itu adalah Dato' Sabri Mohd Nor, 55, dari Barisan Nasional (BN), Azmi Maarof, 57 (Pas) dan Mustaffa Abdullah, 65 dari Parti Keadilan Rakyat (PKR)Apa yang menariknya, masing-masing pernah menuntut ilmu di sekolah yang sama iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Rahmat, Setiu.Calon BN yang juga penyandang DUN Langkap Sabri berkata, dia dan dua calon dari parti lawan adalah rakan sekampung dan juga kawan sekolah yang mana Azmi adalah senior.Katanya, tiada masalah bagi mereka bertiga walaupun berbeza fahaman tetapi tetap berkawan serta bersaing secara sihat pada 9 Mei ini."Masing-masing ada dasar dan misi yang mahu disampaikan kepada rakyat."Bagi saya yang mewakili BN pastinya mahu  mempertahankan hak negara khususnya Terengganu," katanya.Beliau berkata dia akan meneruskan matlamat menjaga kebajikan rakyat, membawa perubahan termasuk menawarkan pelbagai kemudahan dan pembangunan, menambah bilangan rumah untuk rakya seperti mana yang dilaksanakan sebelum ini,"katanya.Sementara itu, Azmi dari calon Pas berkata, dia mengetahui perkara itu dari awal lagi bahawa mereka bertiga bakal bertanding merebut kerusi DUN Langkap."Kami sama sekali tidak akan bermasam muka kerana sedar kami bertiga adalah kawan sekolah, selain mempunyai pertalian keluarga yang jauh (bau- bau bacang)," katanya.Manakala, calon PKR Mustaffa  berkata hubungan mereka tetap baik, malah  turut meminta penyokong  Pas memasang bendera PKR."Perbezaan antara kami hanya berdasarkan warna, fahaman, dasar dan misi yang mahu disampaikan kepada rakyat."Tidak sesekali menaruh dendam dan menanam sifat benci antara satu sama lain,"katanya.
27 Apr 18
292
Empty Image
Durian Malaysia Capai Piawaian Antarabangsa
Shabery meninjau Tapak Pasar Tani Kekal (PTK) di Pekan Kerteh, Kemaman.Buah durian negara ini yang dieksport ke luar negara diperakui mencapai piawaian pemasaran antarabangsa yang ditetapkan dan bukannya durian pramatang.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, buah durian yang bakal dieksport itu adalah dari baka yang terbaik dan kualitinya memenuhi standard permintaan dari luar negara.“Sebagai contoh, pihak kementerian mengadakan perbincangan dengan kerajaan negara China yang sebelum ini mengiktiraf kemasukan durian dari negara Malaysia ke negara berkenaan.“Durian Malaysia begitu popular dan mendapat permintaan pasaran yang tinggi dari negara China dan justetru itu MoA (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) akan sentiasa memastikan bekalan berkenaan memenuhi piawaian ditetapkan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Tapak Pasar Tani Kekal (PTK) di Pekan Kerteh, Kemaman, semalam.Menurut Ahmad Shabery, Kerajaan Thailand memberi amaran kepada para pengusaha durian jika menjual buah durian pramatang dan mereka boleh dikenakan denda serta hukuman penjara sehingga tiga tahun. “Jika didapati bersalah, pengusaha terbabit boleh dikenakan denda sebanyak 60 ribu baht dan penjara tiga tahun,” katanya.
27 Apr 18
51
Empty Image
PRU14 : Kuasa Wanita Penentu Kejayaan BN
Kuasa wanita menjadi penentu utama memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)Yang Dipertua Badan Amal Dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi), To' Puan Seri Halina Zakaria berkata, wanita adalah aset dan senjata utama dalam memastikan kemenangan besar BN pada PRU14 kerana majoriti pengundi adalah kaum hawa."Wanita juga merupakan jentera paling hadapan untuk menentukan kekuatan BN dalam memastikan pentadbiran Kerajaan Pusat dan beberapa negeri diteruskan untuk tempoh lima tahun akan datang."Ini selaras dengan tahun memperkasakan wanita apabila Perdana Menteri sendiri telah mengangkat martabat wanita setinggi-tingginya dalam pelbagai aspek."Saya sendiri telah melihat kekuatan wanita ini melalui program-program yang telah dilaksanakan apabila mereka menjadi nadi di setiap majlis dan hadir tanpa alasan, setia dan sanggup berkorban," katanya.Beliau berkata demikian kepada Teganukita di Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi Terengganu 2018 di Dewan Al-Bukhari Sekolah Menengah Kebangsaan Belara, Manir, hari ini.Turut hadir calon N22 DUN Manir, Yusof Awang Hitam dan Timbalan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Ramlah Idris.Seramai 690 orang ibu tunggal yang berdaftar menerima bantuan wang tunai RM200 serta barangan keperluan dapur bernilai RM100 kepada setiapSementara itu seorang penerima,  Rohani Abd Manan,  49, ibu kepada tiga orang anak yang berusia 21 hingga 25 berkata, bantuan yang diterima memberi seribu rahmat kepadanya sebagai ibu tunggal sejak 20 tahun lalu."Walaupun bekerja dan mempunyai pendapatan bulanan tetapi bantuan yang diberikan pada hari ini meringankan beban harian lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu."Terima kasih kepada kerajaan BN yang sememangnya cakna kepada rakyat terutama golongan ibu tunggal yang sememangnya memerlukan perhatian daripada pemimpin...bukti pilihan kami adalah tepat sejak dulu kini dan selamanya," katanya.
27 Apr 18
78
Empty Image
900 Ibu Tunggal Di DUN Batu Rakit Terima Sumbangan
Halina menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal.Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) hari ini menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 900 ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit melalui program siri Jelajah Cakna Ibu Tunggal Serikandi.Dalam perjumpaan ramah mesra itu, masing-masing menerima wang tunai RM200 beserta  barangan keperluan dapur bernilai RM100 yang disampaikan oleh Yang Dipertua Serikandi, To' Puan Seri Halina Zakaria yang juga isteri Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Sehingga kini program itu sudah menjelajah ke 20  lokasi antaranya Telemong, Bukit Payung, Wakaf Mempelam, Pengkalan Berangan, Kuala Nerus, Jabi, Bandar, Ladang dan Batu Rakit merupakan lokasi yang ke-20.Halina berkata, bantuan itu bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh ibu tunggal dalam menguruskan kehidupan seharian mereka setelah ketiadaan suami di sisi."Kira-kira 32,000 ibu tunggal yang berdaftar di negeri ini akan diberi bantuan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM6.4 juta," katanya.Beliau berkata demikian pada Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Serikandi bagi DUN Batu Rakit  di Dewan Sekolah Menengah Tengku Mizan Zainal Abidin, Batu Rakit, hari ini.Turut hadir, calon Barisan Nasional (BN)  Parlimen Setiu, Dato' Mohd Jidin Shafee dan calon DUN Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman.Menurut Halina, kerajaan negeri di bawah YPKT dan Syarikat Air Terengganu (Satu) merupakan penyumbang utama kami dalam menjayakan program murni ini dan merupakan yang terbesar pernah dlaksanakan."Kerajaan BN akan terus membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan untuk memastikan tiada yang terpinggir," katanya
26 Apr 18
60
Empty Image
PRU14 : Pusat Media Terengganu Dilancar
Rozailan (kiri) dan Muda menunjukkan buku Direktori Media 2018 yang diterima dari Jabatan Penerangan Negeri sempena perasmian Pusat Media PRU14 di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim.Pusat Media Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Terengganu yang akan beroperasi bermula 27 April sehingga selesai proses pilihan raya 9 Mei ini, dilancarkan di Hotel Permai, Kuala Terengganu, malam tadi.Kemudahan yang dapat menempatkan 100 pengamal media pada satu-satu masa dibuka sepanjang 24 jam sehari bagi melancarkan tugasan pengamal media sama ada cetak dan eletronik melaksanakan tugas masing-masing sepanjang membuat liputan PRU14.Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), Dato' Muda Mamat berkata, pusat media berkenaan menyediakan pelbagai kemudahan seperti mesin faksimili, fotostat dan imbasan serta pelbagai bahan rujukan PRU."Selain kelengkapan berkenaan pusat media yang akan beroperasi setiap masa ini turut menjadi tempat diadakan sidang media khusus untuk menemuramah pihak berkaitan termasuk calon-calon yang bertanding."Petugas juga disediakan makan sepanjang berada di pusat media ini,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Media PRU14 Terengganu, di Hotel Permai, Kuala Terengganu, malam tadi.Pusat media itu dilancarkan oleh Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Besar, Dr Mohd Rozailan Mamat sebagai mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Sebelum itu, turut diadakan solat hajat yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri, Ustaz Aizi Saidi Abdul Aziz sebagai memohon supaya Allah SWT melancarkan operasi dan tugasan pengamal media sepanjang PRU ini.Pusat media itu diselaraskan Kerajaan Negeri Terengganu menerusi UKOM dengan kerjasama Pejabat Penerangan Negeri Terengganu.
25 Apr 18
278
Empty Image
Lantik Profesor Jadi Penasihat- Ahmad Razif
Ahmad Razif ketika berada pada Program Bual Bicara Intelektual dan Pra Pelancaran Majlis Profesor Negeri TerengganuKerajaan negeri akan melantik profesor serta pakar dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)  sebagai penasihat dan pakar rujuk kepada barisan Exco Kerajaan Negeri sekiranya Barisan Nasional (BN) diberimandat untuk terus mentadbir selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelantikan itu  merangkumi seluruh aspek pentadbiran termasuk ekonomi, kerajaan dan politik.“Kita perlu ada pakar terutama individu yang dekat dengan projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)  kerana segala yang hendak dilakukan perlu berasaskan pada kajian, sebab itu kita memerlukan khidmat daripada pakar termasuk profesor.“Pada peringkat awal dahulu penubuhan Institut Darul Iman (IDAMAN) sudah dilaksanakan bagi menjalin kerjasama dengan penyelidik dari universiti, apabila ia berjaya maka kita perluas kan lagi jalinan kerjasama dengan profesor dan cendikiawan daripada seluruh IPTA di Terengganu,” katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepasProgram Bual Bicara Intelektual dan Pra Pelancaran Majlis Profesor Negeri Terengganu di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, hari ini.Ahmad Razif berkata, pembabitan profesor sebagai penasihat secara sah kepada portfolio Exco Kerajaan Negeri akan berkuatkuasaselepas PRU14.“Melalui kolaborasi bersama  beberapa IPTA terkemuka, pihak kami yakin kita dapat bergerak lebih pantas untuk pembangunan negeri ini.“Malah, ia juga  diharap dapat menukar mentaliti rakyat yang kadang kala kurang keluar daripada kelaziman, sedangkan mereka boleh buat lebih daripada kemampuan," katanya.
25 Apr 18
105
Empty Image
RM331 Ribu Dana PROM Paka
Oleh:Ezzuan AhmadSeramai 1,656 wakil penerima dana bantuan Perantau Orang Muda ( PROM ), kerajaan negeri  menerima bantuan dana tersebut hari ini. Majlis pemberian dana tersebut diadakan di Dewan Sivik Paka melibatkan penerima dari 24 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Mukim Paka dan Rasau Kerteh.Majlis tersebut dirasmikan oleh calon BN Paka (N28),  Tengku Hamzah Tengku Deraman.Beliau yang juga Pegawai Penyelaras UMNO DUN Paka berkata, pemberian wang bantuan sebanyak RM200 bagi setiap penerima melibatkan peruntukan sebanyak RM331,000."Pada kali ini wakil penerima akan dipermudahkan urusannya di mana kelulusan untuk mewakili anak mereka akan dipercepatkan berbanding sebelum ini ""Kita tidak mahu mereka ( Ibu bapa ) merasa terbeban untuk menguruskan surat pelepasan mengikut syarat dan prosedur sepertimana sebelum ini, " katanya ketika ditemui pada majlis tersebut, hari ini.Wakil penerima yang ditemui bersyukur dengan pemberian dana kepada anak mereka dan berharap bantuan yang sedemikian dapat diteruskan lagi untuk masa yang akan datang.Bagi Hasmah Hanafi , 65, pemberian sebegini patut diteruskan bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan dalam menguruskan kehidupan seharian mereka."Alhamdulillah dengan pemberian bantuan ini dapatlah mengurangkan beban yang ditanggung ketika rakyat terpaksa menghadapi kenaikan kos sara hidup, moga ianya dapat diteruskan " katanya.Sementara Aizah Husin, 51, berkata, rakyat seharusnya mengekalkan kerajaan yang sedia ada kerana sudah banyak bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan dalam membela rakyat."Kita patut bersyukur dengan apa yang telah kita terima.Sudah banyak yang telah dilakukan oleh kerajaan dari dahulu sehingga sekarang dan kita sendiri nampak kemajuan yang diperolehi," katanya.
25 Apr 18
39
Empty Image
PRU14 : 1,500 Petugas SPR Lancarkan Proses Penamaan Calon Kemaman
Seramai 1,500 anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersiap siaga bagi melancarkan proses penamaan calon Parlimen Kemaman, Sabtu ini.Pegawai Daerah Kemaman, Zahari Mat Azahar berkata,  pihak SPR mengadakan sebagai persiapan berdepan situasi sebenar.“Tujuan adanya simulasi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para petugas di pusat penamaan calon.“Sebelum ini semua petugas diberikan pendedahan seawal tahun lepas untuk berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan hari ini beliau akan praktikal apa yang dipelajari sebelum hari sebenar,” katanya.Beliau yang juga Pegawai Pengurus Pilihan Raya P040 Parlimen Kemaman berkata demikian kepada pemberita semasa latihan simulasi penamaan calon di Dewan Berlian Majlis Pembandaran Kemaman (MPK), hari ini.Menurut Zahari, pada hari berkenaan semua anggota petugas yang terlibat akan membuat persediaan seawal jam 6 pagi di pusat penamaan.“Pihak kami juga bekerjasama padu dari pelbagai pihak jabatan dan juga parti yang mengambil bahagian bertanding.“Saya berharap agar penyokong dari parti-parti ini akan membanjiri perkarangan di luar dewan,” katanya.Kataya, pihak polis akan membuat sekatan jalan raya bagi laluan menghala ke MPK seawal jam 4 pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
25 Apr 18
59
Empty Image
Kerajaan Negeri Peruntuk RM516,780 Caruman Perkeso Guru KAFA
Ahmad Razif ketika melakukan gimik perasmian Majlis Perasmian Karnival Mahabbah Yayasan Islam Terengganu 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM516,780 untuk caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Tulen setiap tahun. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemberian dana tersebut bagi menbolehkan mereka mendapat perlin­dungan insurans se­kiranya terlibat dalam kemalangan ketika bekerja.“Kita sedia maklum, caruman untuk Perkeso kepada guru-guru KAFA ini sangat penting untuk menjaga kebajikan mereka sekiranya ditimpa musibah.“Setakat ini, seramai 3,000 orang yang sedang menabur bakti dengan mengajar kelas al-quran, fardu ain dan sebagainya di seluruh negeri ini dan khidmat mereka amat diperlukan untuk menegakkan syiar Islam di negeri ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Mahabbah Yayasan Islam Terengganu 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Dato’ Dr. Alias Abdullah.Menurut beliau, pada majlis itu juga guru-guru KAFA turut menerima pemberian bonus seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018.“Dalam bantuan khas 'one-off ' ini, guru KAFA  turut menerima RM1,500 seperti penjawat awam. Sebanyak RM1,000 telah mereka terima awal Januari lalu, manakala bakinya RM500 diberikan hari ini,” ujarnya.Sementara itu Ahmad Razif berkata, bayaran elaun untuk guru Khidmat Masyarakat bagi bulan Februari dan Mac 2018 juga dibuat pada majlis tersebut.“Malah, kerajaan negeri turut memberikan RM500 setiap seorang atas jasa mereka (Guru Khidmat Masyarakat) mengadakan kelas-kelas mengajar di kampung yang melibatkan belanja hampir RM1 juta. “Pembayaran akan dibuat kepada kira-kira 1,700 orang Guru Khidmat Masyarakat pada bulan Ramadhan nanti,” katanya.Lebih mengembirakan katanya, semua pegawai dan kakitangan Yayasan Islam Terengganu turut menerima pemberian bonus sebanyak dua bulan gaji untuk kakitangan Gred 19 ke atas dan tiga bulan gaji kepada kakitangan Gred 14 ke bawah.“Pembayaran ini dibayar secara dua peringkat iaitu pada hari ini dan bulan Disember nanti.“Pemberian bonus ini adalah hasil keuntungan pelaburan saham Yayasan Islam Terengganu untuk tahun 2017 dan 2018 yang berjumlah hampir RM50 juta,” jelasnya.
25 Apr 18
510