lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
PRU14: Usah Percaya Janji Manis Pembangkang
Bazlan bermesra dengan penduduk kampung Batu Rakit. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailPenduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji manis pembangkang yang dinyatakan melalui manifesto.Calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman,  berkata hampir 90 peratus apa yang dijanjikan Pas dalam manifesto parti itu telah dilaksanakan Kerajaan Barisan Nasional (BN)."Sebagai contoh penawaran tanah lot kediaman, perkahwinan perdana secara percuma  dan 20 meter padu bekalan air percuma kepada rakyat, perkara ini sudah lama dinikmati rakyat."Selain pelbagai kemudahan, bantuan, pendidikan, kabajikan, sudah dirasai rakyat,"katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Peti Sejuk Beku Kepada 15 pengusaha makanan di DUN Batu Rakit, di Dewan Seba Guna Batu Rakit, petang semalam.Menurutnya, melihat perkara itu, tidak wajar rakyat menolak Kerajaan BN yang sudah lama menabur bakti dengan membawa pelbagai pembangunan dan perubahan berbanding pembangkang yang hanya menabur janji tanpa berbuat apa-apa."Janji- janji manis pembangkang turut dijaja melalui  ceramah dah ziarah penduduk dalam tempoh 11 hari berkempen.Tidak wajar rakyat mempercayainya sedangkan kerajaan sudah lama melaksanakannya," katanya.
30 Apr 18
40
Empty Image
PRU14 : Sentuhan Blok Felda Bukti Peneroka Sepakat
Oleh : Ezzuan AhmadPeneroka Felda harus mengingati kembali perit jerih mereka dalam membangunkan Felda sehingga dikenali sehingga ke mata dunia.Calon BN Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman berkata, kejayaan Felda pada masa sekarang adalah hasil usaha kerajaan dalam membangunkan ekonomi orang Melayu khususnya satu masa dahulu.Tengku Hamzah yang juga seorang peneroka dari Felda Kerteh 4 berkata, golongan itu harus sedar bahawa apa yang mereka perolehi pada masa sekarang adalah datangnya daripada kerajaan yang banyak membantu masyarakat peneroka di negara ini bagi membawa keluar dari kepompong kemiskinan."Program Jelajah Blok yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Felda ini bertujuan untuk mengembalikan kembali semangat perpaduan di kalangan peneroka seperti satu masa dahulu," katanya.Tengku Hamzah ditemui pada program tersebut di Felda Kerteh 1, Paka, Dungun, hari ini.Beliau berkata, ada segelintir peneroka yang berpaling tadah dengan menyokong  pihak pembangkang dan ini membuktikan sikap tiada sikap berterima kasih terhadap Kerajaan BN."Ini sudah membuktikan bahawa mereka sudah menjadi ' lupa diri' dan mereka sedar apa yang diperoleh adalah usaha Kerajaan BN namun masih mahu menentang kerajaan."Respon sangat positif apabila masyarakat peneroka akan memberikan sokongan kepada BN pada pilihan raya kali ini."Mereka (peneroka ) tidak akan melupakan jasa kerajaan dalam membantu mereka selama ini dan bagi yang menyokong pembangkang bilangannya adalah sedikit " katanya.
30 Apr 18
40
Empty Image
Himpunan Anak Seni Terengganu Tonjol Kehebatan Penggiat Seni
Ahmad Razif melihat seni ukiran keris di program Himpunan Anak Seni Terengganu di Taman Tamadun Islam, hari ini. Foto oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu mengambil inisiatif menganjurkan Himpunan Anak Seni Terengganu di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, hari ini.Bermotifkan usaha melestari dan memulihara kebudayaan dan kesenian serta warisan negeri, program itu berjaya mengumpulkan kira-kira 200 aktivis seni terlibat dengan pelbagai persembahan dan demonstrasi seni warisan termasuk penggiat teater, seni silat dan ukiran.Selain menonjolkan keunikan budaya, seni dan warisan negeri yang menjadi salah satu tarikan pelancongan negeri, himpunan sebegini mampu menjadi platform ke arah mengeratkan hubungan sesama penggiat seni.Pada himpunan tersebut juga, kerajaan negeri menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM200,000 kepada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu untuk diagihkan kepada penggiat seni dan kebudayaan negeri ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika berucap merasmikan program berkenaan berkata, bantuan itu sebagai galakan supaya penggiat seni lebih aktif menganjurkan aktiviti kebudayaan yang menjadi penyeri dan penting kepada pelancongan negeri.
30 Apr 18
184
Empty Image
PRU14: BN Pastikan Pengundi ‘Putih’ Keluar Mengundi -Basir
Semua jentera parti terutama Jalinan Rakyat (JR) perlu memastikan semua pengundi 'putih' menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti untuk memastikan Barisan Nasional (BN) kekal mentadbir negeri ini.Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh, Dato’ Basir Ismail berkata, JR  yang sudah mengenali sikap setiap pengundi perlu memainkan peranan sebaik yang mungkin supaya pengundi tidak mensia-siakan waktu bagi menunaikan hak mereka menjelangnya 9 Mei ini."JR sudah mengenal pasti siapa pengundi berdaftar di kawasan masing-masing, di mana mereka mengundi serta kecenderungan politiknya."Peranan JR adalah untuk menjaga pengundi di kawasan masing-masing. Apabila seseorang itu sudah dikenal pasti sebagai pengundi 'putih' (mengundi BN), maka JR harus sentiasa berhubung rapat dengannya dan memastikan individu itu pergi mengundi pada pilihan raya ini. Setiap undian amat bermakna," katanya.Beliau berkata demikian kepada Teganukita ketika berkunjung ke Pusat Media PRU14 di Hotel Permai, hari ini.Basir yang juga Pegawai Penyelaras Parlimen Kuala Nerus berkata, pada PRU12 contohnya, seramai 801 pengundi yang layak mengundi dan cenderung mengundi BN di DUN Tepoh tidak keluar mengundi menyebabkan BN kehilangan separuh daripada jumlah kerusi berkenaan.“Hasil analisis saya, semasa pilihan raya 2008 dulu, daripada jumlah itu (801) terdapat ahli UMNO sendiri yang tidak keluar mengundi dan ianya antara penyebab kita kalah waktu itu."Mengambil iktibar ini, pada PRU14 ini saya akan memastikan JR di DUN Tepoh khususnya memainkan peranan mengenalpasti dan mengajak pengundi ‘putih’ keluar mengundi,” ujarnya.
30 Apr 18
295
Empty Image
PRU14 : BN Akan Kekal Di Hati Pengundi Permaisuri
Calon Barisan Nasional (BN) Permaisuri, Dato’ Abd Halim Jusoh menganggap pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) nanti bukan satu laluan mudah untuk BN mengekalkan penguasaan di DUN dan Parlimen Setiu.Katanya, menyedari hakikat itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri itu tetap akan berkempen seperti biasa selain memastikan keamanan di situ terpelihara."Jika dulu saya pernah bertanding dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-12, ketika itu dua penjuru sahaja, tapi kali ini (PRU14) persaingan dengan PKR dan juga Pas."Saya calon yang pernah berkhidmat di DUN ini dan yakin BN akan kekal (menang) lagipun bila berjumpa mereka (masyarakat), mereka masih ingat apa yang saya lakukan kepada mereka ketika itu," katanya.Abd Halim juga berkata, beliau juga sama sekali tidak akan mengganggu calon lain yang bertanding dalam tempoh berkempen ini sebagai menghormati perjuangan dan strategi masing-masing."Bila berkempen saya lebih suka menceritakan kebaikan atau kejayaan-kejayaan yang dibuat untuk rakyat sekali gus mahu rakyat bijak menilai dari fakta yang diberikan ini."Tidak pernah sesekali saya menceritakan keburukan pihak lawan, itu cara saya," katanya.
30 Apr 18
394
Empty Image
PRU14 : Calon Parlimen Dungun Temui Mangsa Kebakaran
 Din Adam ketika bertemu mangsa kebakaran dalam lawatannya hari iniOleh : Ezzuan AhmadCalon Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun, Dato' Din Adam hari ini menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sura Jeti, Kuala Dungun selepas kediamannya musnah dalam kejadian semalam.Beliau turun melihat sendiri kesan kemusnahan dan berkongsi kedukaan mangsa kebakaran, Sahuri Johari, 36, yang tinggal sehelai sepinggang akibat kejadian itu.Katanya, bantuan yang diberikan berupa sumbangan makanan, keperluan asas dan pakaian kepada keluarga terbabit bagi mengurangkan kesusahan yang sedang mangsa hadapi."Kita bersimpati di atas musibah yang melanda keluarga terbabit dan ini menjadi tanggungjawab kita (BN) untuk membantu rakyat yang memerlukan. "Kita juga akan memikirkan bantuan lain yang dirasakan perlu untuk meringankan beban mereka " katanya kepada Teganukita.Menurut Din, bantuan itu merupakan tanggungjawab BN dalam memastikan tiada rakyat yang hidup dalam kesusahan meskipun berada di kawasan pembangkang."Ini merupakan tanggungjawab kami (BN) dalam memastikan tiada rakyat yang terlepas diberikan bantuan sekiranya memerlukan," katanya. Dalam kejadian jam 1.20 petang itu, keluarga terbabit tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman yang didiami mereka musnah keseluruhan akibat kejadian tersebut. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan keluarga terbabit kini menumpang sementara di kediaman saudara maranya.
29 Apr 18
38
Empty Image
Insentif Khas Kepada Pengawal Keselamatan
Kerajaan negeri mencadangkan agar Kementerian Dalam Negeri menyediakan insentif khas kepada pengawal keselamatan di seluruh negara.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, golongan ini perlu diberi perhatian memandangkan mereka mempunyai beban tugas dan risiko bekerja tidak kira masa.“Sekiranya terus diberi mandat untuk kekal mentadbir negeri ini pada Pilihan Raya Umum PRU-14 (PRU14) nanti, InsyaAllah saya akan usulkan cadangan ini kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga merangkap Menteri Dalam Negeri untuk mempertimbangkan cadangan ini.“Malah, saya juga akan mencadangkan kepada kerajaan negeri dalam bajet tahun hadapan dimasukkan satu insentif khas kepada pengawal keselamatan ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Taklimat Dan Dialog Program Certified Security Guards (CSG) di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A.Rahman Yahya dan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Nadzri Siron.Katanya, pemberian insentif ini sedikit sebanyak dapat membantu menangani kos sara hidup mereka (pengawal keselamatan) yang boleh dikategorikan sebagai golongan pertengahan.“Secara tidak langsung, kerajaan dapat membantu mereka ini memandangkan kadang-kadang golongan pertengahan yang tertinggal dengan bantuan-bantuan yang disediakan kerajaan sedangkan tugas mereka melibatkan nyawa dan keselamatan.“Apa-apa keputusan pun kita mesti buat kajian dahulu agar apa yang dilaksanakan kerajaan termasuk pemberian insentif memberi manfaat kepada rakyat dan berada di bawah kemampuan kerajaan,” ujarnya.
29 Apr 18
294
Empty Image
PRU14 : Wanita UMNO Dungun Nekad Serang Habisan
Oleh : Ezzuan AhmadPergerakan Wanita UMNO Dungun akan melancarkan perang habis-habisan ke setiap pelusuk Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi bertemu pengundi sepanjang tempoh berkempen.Ketuanya, Datuk Zainun Abu Bakar berkata , pihaknya sudah merangka strategi bagi bertemu rakyat untuk memberikan informasi yang tepat mengenai kerajaan.Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) Sura berkata, rakyat khususnya di kawasan pedalaman mudah dipengaruhi oleh dakyah sonsang yang dimainkan oleh pembangkang dalam meraih undi pada kali ini."Pembangkang sering memainkan isu lapuk bagi mempengaruhi pengundi untuk membenci kerajaan dan ini yang akan kita tangkis dengan turun sendiri bagi memberi penerangan," katanya.Tambah beliau, pada masa kini rakyat sudah mula sedar akan pembangunan yang telah dilakukan kerajaan dan tindakan pembangkang itu diibaratkan sesuatu tindakan yang terdesak.Menurut Zainun, pengundi atas pagar juga sudah mula sedar dan menunjukkan sokongan kepada BN kerana mereka sudah sedar apa yang mereka perolehi selama ini adalah hasil usaha UMNO dan juga Kerajaan BN.Katanya, program pemutihan yang dilakukan berjumpa dengan pengundi tegar yang menyokong pembangkang juga sudah mula membuahkan hasil dan ada sebahagian daripada mereka sudah mula menunjukkan kesanggupan untuk mengundi BN."Mereka sedar kita (BN) yang banyak membantu mereka dengan pelbagai jenis bantuan dan kita tidak memilih bulu dalam memberikan bantuan. Mereka sudah mula sedar siapa yang membantu mereka selama ini."Pembangkang hanya pandai menabur janj kosong sahaja dan bila tiba saat untuk dibantu, kami (BN) juga yang turun memberikan bantuan tapi bukan mereka (pembangkang)," katanya.Menurutnya, pelbagai program yang telah dirangka dalam membantu calon BN yang bertanding untuk memastikan kemenangan parti itu di semua kawasan yang ditanding kali ini.
28 Apr 18
122
Empty Image
PRU14 : Penamaan Calon Di Hulu Terengganu Berlangsung Aman
Proses penamaan calon bagi Parlimen Hulu Terengganu berjalan dengan lancar, walaupun selesai selepas empat jam borang pencalonan dihantar kepada petugas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di Pejabat Daerah Hulu Terengganu.Proses penamaan calon menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan PKR bagi parlimen dan empat Dewan Undangan Negeri (DUN).Perarakan mengiringi calon bermula pada jam 8.30 pagi diketuai calon P038 Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Rosol Wahid diikuti Dato' Rozi Mamat (Telemong), Yusof Awang Hitam(Manir), Dato' Tengku Putera Tengku Awang(Kuala Berang) dan Dr Ghazali Taib ( Ajil) menuju ke dewan syarahan di mana proses pencalonan di adakan.Diikuti calon-calon Pas yang diketuai Muhyidin Abdul Rashid  (Parlimen Hulu Terengganu) dan Kamaruzaman Abdullah (Telemong), Hilmi Harun (Manir), Mamad Puteh (Kuala Berang) dan Maliaman Kassim (Ajil).Manakala calon PKR pula Dato' Razali Idris (Parlimen Hulu Terengganu), Sharifah Norhayati Syed Omar (Telemong), Hafizuddin Hussin (Manir), Mohd Nor Othman (Kuala Berang) dan Zamani Mamat(Ajil).Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud, berkata proses penamaan calon berjalan tanpa sebarang perkara yang tidak diingini dengan kawalan dan kekuatan 130 anggota yang bertugas sepanjang proses tersebut.
28 Apr 18
804
Empty Image
PRU14: Pertembungan Tiga Penjuru Di Kuala Nerus
Calon BN Kuala Nerus. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKerusi Parlimen Kuala Nerus dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan itu bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PKR dan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.Pengumuman pengesahan kesemua calon yang akan bertanding pada PRU14 dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kuala Nerus, Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil di pusat penamaan calon di Kompleks Majlis Sukan Negeri, Kuala Nerus selepas tempoh bantahan berakhir.Tengku Asmadi Tengku Mohamad calon BN akan bertanding di Parlimen Kuala Nerus menentang Abdullah Muhamad (PKR) dan Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali calon Pas. Penyandang kerusi DUN Seberang Takir, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan dicabar oleh calon PKR, Abu Bakar Abdullah dan calon Pas, Mohd Fazil Wahab.Bagi DUN Tepuh, calon BN Dato’ Basir Ismail akan berhadapan dengan calon Pas, Hishamuddin Abdul Karim dan calon PKR, Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan.Che Mansor Salleh (BN) dicalonkan bagi kerusi DUN Buluh Gading bakal ditentang oleh calon PKR Azri Chik dan Ridzuan Hashim (Pas).DUN Bukit Tunggal menyaksikan calon BN, Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad disaingi oleh Dr Alias Razak (Pas) dan Fatimah Laili Omar (PKR).Dalam pada itu kira-kira 5,000 penyokong calon BN hadir seawal pukul 7.30 pagi untuk memberi sokongan kepada calon-calon yang bertanding.
28 Apr 18
90