lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
PRU14: Rakyat Perlu Bijak Pilih Pemimpin
 Mohd Najib menyerahkan replika lesen memandu kepada Che Nor Maizan. Foto Harish Fadzillah Abu KassimPerdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak memberitahu masa depan sesebuah negara tidak boleh dicorak berdasarkan kepada fitnah, hasutan mahu pun serangan berita palsu.Katanya, masa depan dibentuk dengan adanya pemimpin yang boleh menentukan kehidupan seseorang itu ke arah yang lebih baik dan  boleh membawa negara ke mercu kejayaan.“Sebagai pengundi yang matang, mereka perlu tahu semua  perkara itu, di mana perlu bijak memilih pemimpin yang benar-benar boleh membentuk keharmonian negara.“Semua itu perlu menjadi kayu pengukur pada kita semua untuk membuat perhitungan pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) pada 9 Mei nanti,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Terengganu, di Paya Bunga Square, Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu, hari ini.Menurutnya, apa yang dilaksanakan pemimpin sedia ada, cukup membuktikan kewibawaan mereka mecorakkan negara.“Sebagai contoh, dengan adanya Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) nanti, pastinya mampu mengubah ekonomi dan kehidupan sosial penduduk dalam jangka panjang.“Bukan itu saja, kerajaan sedia ada turut menjaga kebajikan rakyat dengan pemberian pelbagai bantuan kepada golongan pelajar, petani, pekebun nelayan dan sebagainya.“Tidak lupa kepada penjawat awam, mereka baru saja menerima kenaikan tangga gaji khas manakala pelajar yang mengikuti Skim Latihan 1Malaysia turut menerima imbuhan kenaikan elaun daripada RM1,500 kepada RM2,000 sebulan,” katanya.
03 May 18
58
Empty Image
UTC Terengganu Rekod 1.17 Juta Pengunjung
Mohd Najib melancarkan UTC, Paya Bunga Square, Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimAdd captionKerajaan negeri sentiasa memastikan keseimbangan transformasi dan pembangunan antara kawasan bandar dengan luar bandar, seiring peranan besar rakyat di negeri ini selaku pendukung kuat aspirasi kerajaan.Kewujudan 21 Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara, termasuk yang ke-15 di Terengganu menjadi antara bukti dan terjemahan komitmen Kerajaan Pusat untuk mengimbangi transformasi supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati pembangunan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata transformasi tidak terhad kepada pembangunan fizikal saja  tetapi juga perubahan minda dan tindakan yang diterjemahkan sebagai pemikiran, perasaan dan tindakan."Tiga elemen ini harus ditransformasikan kerana pembangunan fizikal tidak akan bermakna jika mereka yang menerima bantuan dan sumbangan tidak menghargainya."Transformasi dibuat bukan kerana apa yang dimahukan pemimpin tetapi apa yang diperlukan rakyat peringkat akar umbi,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Terengganu, di Paya Bunga Square, Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu, hari ini. UTC Terengganu, Kuala Terengganu,hari ini.Hadir merasmikan UTC, Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak. Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong,Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan calon Barisan Nasional Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Terengganu.  Ahmad Razif memberitahu, UTC Terengganu yang mula beroperasi pada 27 Jun 2016 dan sehingga Mac tahun ini telah mencatatkan seramai 1,167,676 pengunjung.Katanya lagi, kemudahan itu adalah lambang kesungguhan kerajaan dalam menyediakan dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.“Perkhidmatan unik ini wajar dihargai dan tidak diambil sambil lewa kerana tiada kerajaan lain di serata dunia yang menawarkan perkhidmatan sedemikian.“Memang tidak ada tempat lain di dunia di mana kerajaan menyediakan perkhidmatan sebegini yang dipusatkan dalam satu tempat. Beroperasi tujuh hari seminggu, bermula jam 8.30 pagi sehingga 10.00 malam pada setiap hari,” katanya.
03 May 18
240
Empty Image
Pusat Hemodialisis Akan Ditambah
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada wakil persatuan-persatuan belia. Foto Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan negeri melalui Strategi Lautan Biro Kebangsaan (NBOS) akan berusaha menyediakan lebih banyak pusat hemodialisis bagi meringankan beban pesakit buah pinggang yang terpaksa menanggung kos rawatan yang tinggi.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sehingga kini terdapat 22 buah pusat hemodialisis di seluruh Terengganu."Daripada jumlah ini, sembilan buah milik kerajaan, tiga buah dibangunkan secara NBOS, enam buah kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tujuh buah milik swasta,"katanya.Beliau berkata demikian pada Program Sihat Milikku anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus, petang tadi.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pengarah  Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Karnival itu, Dr Mohammad OmarSementara itu, Mohammad berkata peratusan pesakit tibi dalam kalangan rakyat tempatan mula memperlihatkan trend peningkatan membimbangkan di negeri ini yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.Katanya, kira-kira 98 peratus daripada keseluruhan 771 pesakit tibi yang direkodkan di Terengganu pada tahun lalu terdiri daripada rakyat tempatan."Kes kematian akibat penyakit itu turut dikesan tinggi dengan sebanyak 79 kes dilaporkan, dalam tempoh sama tahun lalu."Oleh itu, pengesanan awal sangat penting supaya rawatan segera diambil dan pesakit sembuh," katanya.
03 May 18
186
Empty Image
500 Penduduk Besut Berpeluang Miliki Rumah
Idris (tiga dari kiri) bersama Pehimi (dua dari kanan) Tengku Zaihan  melihat model Projek Perumahan Rakyat Jertih. Foto oleh Hasmizi Hamid dan Mohamad Ishak Masalah mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa yang dihadapi oleh penduduk Daerah Besut dijangka dapat diatasi apabila kerajaan akan membina 500 unit rumah menerusi  Projek Perumahan Rakyat (PPR) melibatkan kos RM97.5 juta di Kampung Padang Tapung, Jertih, semalam.Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, projek PPR membabitkan pembinaan 500 unit kediaman dikenali PPRT Jertih itu dibuka kepada penduduk Besut yang layak mengikut syarat ditetapkan kerajaan.Katanya, projek dibiayai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu adalah yang ketiga dibina kementerian berkenaan selepas Tepuh dan Padang Hiliran,Kuala Terengganu.Idris yang juga Calon Parlimen Besut berkata, projek untuk kesejahteraan rakyat itu akan dilengkapkan dengan surau, dewan komuniti, kelas tadika, padang permainan, lanskap dan kedai yang bakal menjamin keselesaan dan memberi kemudahan kepada penghuninya.“InsyaAllah projek perumahan ini akan dapat disiapkan pada 2021 dan ia akan ditawarkan kepada orang ramai dan keutamaan kepada penduduk Daerah Besut, katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah projek berkenaan semalam.Turut hadir, Calon BN DUN Jertih, Muhamad Pehimi Yusof dan calon BN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Abd Rahman.Idris yang mewakili menteri berkenaan, Tan Sri Noh Omar berkata, pembinaan rumah berkenaan membuktikan satu lagi usaha kerajaan BN untuk memberi kemudahan tempat tinggal yang selesa kepada penduduk daerah ini.Beliau berkata, sebelumnya Pejabat Ahli Parlimen Besut sudah membina 200 rumah komuniti yang diberikan percuma kepada golongan miskin daerah itu sejak projek itu diperkenalkan pada Januari 2016.Gambaran pelukis Projek Perumahan Rakyat (PPR) JertihMengenai peluang BN Besut pada  Pilihan Raya Umun PRU-14 (PRU14), beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Parlimen Besut berkata, BN dijangka mengekalkan kesemua empat DUN dan Parlimen Besut pada pilihan raya kali ini.“Kejayaan ini berdasarkan sambutan pengundi Besut terhadap pelbagai program yang dijalankan oleh jentera BN selain kekuatan calon di parlimen berkenaan,” katanya.
02 May 18
191
Empty Image
PRU14: Teruja Mengundi Kali Pertama
Shahfimil dan Nor Azwana ketika bersiaran langsung di laman sosial di terengganu  news dan terengganu times. Foto Tengku Syamim Tengku Tengku IsmailPilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang berbaki seminggu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan kegiatan berkempen, dengan setiap jentera parti berusaha menonjolkan kepimpinan terbaik yang mampu diketengahkan menjadi wakil rakyat dan berupaya  menerajui pentadbiran kerajaan.Rata-rata rakyat, terutama mereka yang baru pertama kali mengundi pastinya teruja untuk membuang undi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing.Pengerusi Belia TN50, Muhamad Shahfimil Haffiz Salleh, berkata dia amat berbangga kerana bakal menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara pada PRU14 tahun ini.Katanya, dia mendaftar sebagai pengundi ketika berusia 21 tahun dan bersyukur pada kali ini bakal mengundi di tempat kelahirannya sendiri untuk memilih pemimpin terbaik dan mampu menunaikan manifesto yang dijanjikan. "Tiada masalah bagi saya keluar mengundi untuk menentukan kerajaan yang bakal memimpin negeri dan negara.“Saya pastinya akan memilih pemimpin yang boleh menjamin keamanan, kesejahteraan hidup dan membawa perubahan kepada segenap masyarakat,” katanya yang juga lepasan Management & Science University (MSU).Beliau berkata demikian ketika mengunjungi Pusat Media di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.Sementara itu, lepasan  Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Perbankan Islam, UiTM, Nor Azwana Azini, berkata pengundi muda khususnya yang mengundi buat pertama kali mempunyai peranan besar dalam PRU kali ini.Katannya, oleh itu, dia menyarankan  gologan belia, supaya  mengundi keluar menunaikan kewajipan masing-masing bagi memilih pemimpin yang mengubah ekonomi negeri dan negara.“Saya juga seperti rakan lain tidak sabar untuk merasai pengalaman mengundi, hendak memilih pemimpin yang brkaliber iaitu calon kerusi Bukit Payong To' Puan Zaiton Mat Amin,” katanya.
02 May 18
189
Empty Image
Kerajaan Negeri Peruntuk RM2 Juta Imarah Masjid, Surau
Kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM2 juta kepada 504 buah masjid dan kira-kira 1,300 surau seluruh negeri bagi menggerakkan kegiat­an mengimarahkan institusi itu pada Ramadan tahun ini.Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Wan Ismail Sahami Wan Omar berkata, setiap masjid akan menerima RM1,000 manakala bagi surau pula sebanyak RM300.“Bantuan yang kita beri hari ini adalah sumber kewangan dari kerajaan negeri kepada JHEAT untuk disalurkan kepada masjid dan surau seluruh negeri.“Peruntukan ini bagi membantu masjid dan surau mengadakan program Ihya Ramadan sempena bulan puasa kali ini seperti tadarus al-Quran, gotong-royong di masjid dan tanah perkuburan dan lain-lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan Peringkat Negeri di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, hari ini.Katanya, kerajaan negeri turut menyumbangkan sebanyak RM2,000 bagi setiap jawatankuasa masjid untuk perbelanjaan pengurusan untuk aktiviti-aktiviti masjid.
02 May 18
50
Empty Image
Penjawat Awam Perlu Bijak Guna Media Sosial - Ali Hamsa
Ali Hamsa bergambar bersama sebahagian penjawat awam yang hadir di Majlis Amanat KSN Bersama Penjawat Awam Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KassimKetua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa menasihatkan penjawat awam agar menggunakan media sosial secara bijak dan positif khususnya dalam menyebarkan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.Katanya, kakitangan awam perlu membantu kerajaan berkongsi kejayaan dasar negara dengan rakyat menerusi medium perantara berteknologi itu yang cukup popular ketika ini.“Di era digital ini, mudah sangat kita nampak berita yang negatif, mencari sensasi, memburukkan dan menimbulkan kemarahan orang lain dan sebagainya di media sosial.“Justeru, saya galakkan saudara-saudari (penjawat awam) secara individu menghebohkan perkhidmatan kita contohnya pembangunan yang dicapai dan sebagainya secara bijak dan positif agar berita-berita kejayaan sampai kepada seluruh dunia secara tepat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Amanat KSN Bersama Penjawat Awam Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Walau bagaimanapun katanya, penjawat awam perlu memastikan kesahihan sesuatu berita itu sebelum disebarkan kepada pihak lain.“Medium sosial media seperti Aplikasi WhatsApp, Facebook, Instagram adalah media yang paling popular, tetapi kalau tidak pasti tentang sesuatu maklumat itu jangan sebarkan berita palsu kerana kita terikat dengan undang-undang berkaitan dengan kelakuan dan tataterbit sebagai penjawat awam dan Akta Antiberita Tidak Benar 2018,” ujarnya. Dalam perkembangan lain katanya, tiada golongan dipinggirkan dalam agenda pembangunan negara kerana ianya dilaksanakan atas dasar keadilan dan menyeluruh bagi memastikan semua rakyat mene­rima faedah hasil kemakmuran negara.“Menerusi Bajet 2018, tiada siapa yang terpinggir kerana setiap kumpulan sasar dapat manfaat kerajaan.“Hasil yang dipungut daripada LHDN, Kastam, GST dan lain-lain sebenarnya diagihkan semula kepada rakyat dalam bentuk bantuan seperti BR1M, biasiswa pendidikan, subsidi kesihatan dan sebagainya kerana ini semua adalah peranan kerajaan untuk mengagihkan hasil yang diterima kepada rakyat.“Saya rasa tiada kumpulan tertinggal kerana daripada kanak-anak baru lahir dapat kemudahan,warga emas, wanita, penjawat awam semuanya terima manfaat daripada pengagihan hasil bersandarkan dasar inklusif yang dilaksanakan kerajaan,” ujarnya.
01 May 18
78
Empty Image
40,000 Mahasiswa Anak Terengganu Terima Manfaat Kad Gen-T
Ahmad Razif beramah mesra bersama sebahagian pelajar yang menerima Kad Gen-T pada Majlis Pelancaran Kad Siswa Generasi Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan negeri telah mengagihkan Kad Siswa Generasi Terengganu (Kad Gen-T) kepada 40,000 pelajar universiti yang terdiri daripada anak-anak Terengganu dan berdaftar dengan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) sekali gus membantu meringankan beban perbelanjaan mereka.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kad Gen-T yang berkonsepkan e-wallet itu memberi pelbagai manfaat kepada pelajar khususnya pemotongan harga istimewa di premis yang berdaftar sebagai rakan niaga bagi perlaksanaan kad ini.Menurut beliau, buat permulaan kad berkenaan boleh digunakan di premis-premis seperti Chicken Cottage, T-Kitchen, Primula Beach Hotel, Duyung Marina & Resort, Kedai Buku Banggol dan beberapa lagi rakan niaga Kad Gen-T yang menawarkan diskaun antara lima hingga 50 peratus.Katanya, fungsi Kad Gen-T akan diperluaskan dari semasa ke semasa termasuk mengadakan lebih banyak kerjasama dengan rakan strategik yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada pelajar.‘Kerajaan negeri sebagai jambatan untuk menghubungkan kepada mana-mana syarikat melakukan tanggungjawab sosial korporat mereka.‘Kita akan perluaskan lagi fungsi kad ini dengan bekerjasama dengan syarikat yang berminat kerana ini adalah salah satu cara kerajaan negeri untuk bantu pelajar," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kad Siswa Generasi Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), hari ini.Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri A. Latiff Awang, Naib Cancelor UMT Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar dan Pengarah Yayasan Terengganu Ishamudin Hashim.Menurut Ahmad Razif, setakat ini kerajaan negeri bekerjasama dengan 15 syarikat untuk perlaksanaan Kad Gen-T.
01 May 18
572
Empty Image
Nawawi Terima Anugerah Penjawat Awam Terbaik
Ahmad Razif menyampaikan anugerah kepada Nawawi. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailBekas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Dato'  Wan Nawawi Wan Ismail diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Penjawat Awam Terbaik 2018 sempena sambutan Hari Pekerja peringkat Terengganu, hari ini.Beliau yang bersara pada pertengahan April lalu memperlihatkan komitmen tinggi terhadap tanggungjawab di samping pendekatan kreatif serta inovatif dalam usaha melancar serta meningkatkan lagi mutu perkhidmatan telah meletakkan pejabat SUK negeri dalam kelas tersendiri dengan turut meraih pelbagai anugerah di peringkat negeri dan negara.Nawawi yang juga calon  Barisan Nasional Parlimen Kuala Terengganu memberitahu penganugerahan yang diterima itu menguatkan lagi semangat untuk terus berbakti kepada masyarakat."Kejayaan demi kejayaan yang dicipta sewaktu mengalas jawatan SUK akan digarap dan diguna pakai sekiranya diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu," katanya.Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Pekerja peringkat negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Dalam majlis itu  Pejabat SUK turut menerima Anugerah Majikan Prihatin dan Anugerah Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) Terbaik manakala Jabatan Kesihatan meraih Anugerah Kehadiran Kakitangan Jabatan Tertinggi.Berucap dalam majlis itu Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri sangat menghargai sumbangan pekerja yang bersama menterjemahkan dasar dan hasrat untuk memberikan yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat.“Data yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan mencatatkan negeri Terengganu pada tahun 2017 mempunyai seramai 435,900 orang pekerja, meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu seramai 428,400 orang.“Ini menunjukkan bahawa ekonomi negara dan negeri berkembang baik berikutan pertambahan bilangan pekerja di seluruh negara,” katanya.
01 May 18
164
Empty Image
PRU14: Zaitun Prihatin Nasib Mangsa Ribut
Zaitun bergambar bersama keluarga mangsa.Calon Barisan Nasional (BN) DUN Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin, melawat mangsa ribut, Razali Mohamad di Padang Tanjung, pagi ini.Dalam kejadian jam 1.30 pagi tadi, ribut yang melanda kawasan itu menyebabkan rumah Razali yang didiami bersam isteri, Hasmah Salleh  serta anak-anak dihempap sebatang pokok dan mengalami kerosakan pad bahagian bumbung.Zaitun berkata, musibah yang melanda ini merupakan satu ujian dan pengajaran buat semua termasuk pihak berwajib supaya mengambil tindakan yang sewajarnya."Semoga keluarga ini sabar dan tabah menghadapi dugaan. Saya akan berusaha untuk mendapatkan bantuan untuk meringankan beban sedang dihadapi mangsa sekeluarga," katanya.Zaitun melihat kerosakan yang berlaku.
30 Apr 18
28