Artikel "Semasa" Terkini
Setiap Ahad Hari Sajian Makanan Tradisional Terengganu
Ahmad Razif (kanan) dan isteri, Halina menunjukkan kuih tradisi Terengganu kepada tetamu di program Selera Rasa Terengganu 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Kerajaan negeri bercadang supaya setiap Ahad dijadikan sebagai hari untuk hotel-hotel di negeri ini menyajikan makanan tradisional dalam usaha memperkenal makanan tradisional Terengganu supaya tidak pupus ditelan zaman.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata usaha itu sebagai memastikan sajian makanan tradisional tempatan sentiasa berada di dalam masyarakat kita."Makanan tradisi sentiasa menggamit jiwa. Sewaktu saya kecil dahulu, almarhum ibu yang sering buat pelbagai kuih. Jarang sekali kami beli di mana-mana."Paling saya ingati, kebab ikan yang sering ibu buat, ia sentiasa mengingatkan saya tentang suasana perpaduan dan keharmonian kita," katanya ketika merasmikan program Selera Rasa Terengganu 2018 di Kampung Cina, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria.Program itu menampilkan pelbagai gerai makanan tradisional Terengganu dari seluruh negeri.Ahmad Razif turut memaklumkan, bahawa kerajaan negeri sedang berusaha memasarkan ikan celup tepung dan lempeng nyior untuk pasaran antarabangsa."Kita sedang mencuba teknologi untuk memastikan ikan celup tepung tahan lama dan jika berjaya, ia akan berada di mata dunia," katanya.
06 May 18
452
Kerajaan Cakna Nasib Nelayan Kemasek
Oleh : Ezzuan Ahmad Seramai 300 nelayan di Pantai Kuala Kemasek, Kemaman kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan meluluskan peruntukan RM7.2 juta bagi membina benteng pemecah ombak untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu golongan itu sejak 10 tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman berkata, usaha membina benteng bagi menyelesaikan masalah hakisan pantai sepanjang 400 meter akan bermula Jun ini."Masalah nelayan di sini ialah terpaksa berhadapan dengan ombak yang besar setiap kali tiba musim tengkujuh."Keadaan tersebut menyebabkan banyak berlaku kerosakan bot dan peralatan menangkap ikan," katanya.Beliau yang juga ditemui pemberita selepas Majlis Kesyukuran Pembinaan Projek tersebut, di Pantai Kemasek, petang semalam.Menurut Rosli, kerja pembinaan tersebut akan memakan masa selama setahun termasuk pembinaan struktur lampu penunjuk arah untuk rujuan navigasi dan jeti untuk nelayan mendaratkan hasil tangkapan mereka."Pada masa sekarang, projek ini dalam peringkat akhir untuk mendapatkan kelulusan dari pegawai negeri sebelum diserahkan kepada kontraktor yang dilantik," katanya.Sementara itu, nelayan yang ditemui mengucapkan rasa syukur mereka kerana mereka kini tidak perlu berhadapan dengan masalah ombak besar untuk melabuhkan bot mereka di tepi pantai.Abdul GhaniAbdul Ghani Ismail, 68, berkata, pembinaan benteng tersebut adalah sesuatu yang ditunggu oleh nelayan kerana saban tahun mengalami masalah yang sama sepanjang tahun. "Alhamdulillah, sekarang tidak perlu takut lagi hendak nak keluar laut. Dulu kalau air surut memang tak boleh keluar dan bila ombak besar memang kami tak boleh buat apa-apa," katanya.JusohManakala Jusoh Mamat ,71, berkata jika dahulu ada bot rakannya rosak berlaggar antara satu sama lain setiap kali ombak besar melanda kawasan tersebut."Jadi bila dah ada benteng ni, kami boleh letakkan bot kami tanpa ada masalah dan terima kasih kepada kerajaan yang perihatin dengan nasib kami," katanya.
06 May 18
68
Bina 200 Rumah Untuk Peserta Projek Akuapolitan Kuala Nerus
Ahmad Razif (tiga kiri) melihat replika rumah contoh di Majlis Pelancaran Projek Perumahan Akuapolitan Kuala Nerus di Kampung Seberang Pak Abu, Seberang Takir, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri hari ini melancarkan projek pembinaan 200 unit rumah fasa pertama untuk nelayan yang terlibat dalam program Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) di Kampung Seberang Pak Abu, Seberang Takir. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek yang dijalankan dalam beberapa fasa itu secara keseluruhannya kelak bakal menyediakan penempatan bagi 452 keluarga yang dilibatkan di bawah program ke arah mentransformasikan kehidupan keluarga nelayan.Menurut beliau, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM32 juta untuk pembinaan rumah mampu milik jenis ‘townhouse’ itu yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020.“Bagi fasa pertama, kita lancarkan projek perumahan dimana 200 unit rumah akan disediakan kepada 452 peserta yang terdiri daripada nelayan-nelayan di Kuala Nerus terutama nelayan miskin yang tiada rumah. “Kita hendak bantu mereka supaya dapat mempertingkatkan ekonomi keluarga dan juga dapat mengubah kehidupan ke arah lebih baik.“Selain itu, projek perumahan ini juga akan mewujudkan satu taman baru di kawasan ini yang begitu strategik sebab dekat dengan ‘drawbridge’,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek Perumahan Akuapolitan Kuala Nerus di Kampung Seberang Pak Abu, Seberang Takir, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato ' Mohd Zubir Embong, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A.Rahman Yahya serta Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) , Dato’ Seri Jebasingam Issace John.Katanya, projek tersebut sebenarnya telah dimulai oleh allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri lebih daripada 50 tahun dahulu menerusi pembinaan rumah murah di Telaga Daing yang digelar rumah murah sarang merpati.“Di situ asasnya, tetapi projek itu tidak berjaya kerana kediaman yang dibina jauh dengan tempat mereka (nelayan) bekerja.“Tetapi yang kita buat disini adalah berkonsep kepada Felda yang diselaraskan oleh satu entiti besar iaitu ECERDC dan kita mengunapakai konsep macam Felda,” ujarnya.Ahmad Razif berkata, projek berkenaan akan disusuli dengan fasa kedua yang akan melibatkan pembinaan infrastruktur termasuk kemudahan jalan, jambatan, jeti, tempat pemprosesan hasil laut dan juga bazar berkonsepkan ‘fish market’ serta butik hotel untuk merancakkan sektor pelancongan di kawasan itu.“Ini sebagai pilot projek, jika ianya berjaya akan diambil oleh ECERDC untuk jadi model bagi dilaksanakan di seluruh negara,” ujarnya.
06 May 18
800
PRU14 : 7,129 PGA, Askar Undi Awal Di Kuala Nerus
Oleh : Muhammad Nur AdhaSeramai 7,129 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Kubang Badak dan Angkatan Tentera Malaysia Kem Seri Pantai, 18 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) (Para) di Terengganu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), semalam.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman sempat meninjau ke pusat pengundian awal di kedua-kedua kem berkenaan. hadir sama Calon Barisan nasional (BN) P035 Parlimen Kuala Nerus, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.Ketika ditemui media Ahmad Razif berkata, beliau yakin dan percaya anggota polis dan tentera serta pasangan akan memilih calon BN, DUN Seberang Takir dan Parlimen Kuala Nerus."Kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini, amat mengambi berat kepada keluarga tentera dan polis yang tinggal di kedua dua kem dalam DUN Seberang Takir, Parlimen Kuala Nerus.Segala keperluan dan kemudahan pun telah kerajaan sediakan, malah pelbagai bantuan juga diberikan sebelum ini.Saya juga mengucap terima kasih kepada para petugas pengundian awal, menjadikan ia berjalan lancar" katanya.
05 May 18
1207
Himpunan Tok Dekor Jadi Aktiviti Tahunan
Ahmad Razif bergambar kenangan bersama ahli Tok Dekor. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailProgram Himpunan Tok Dekor Terengganu akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan sekiranya Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus diberikan mandat untuk mentadbir negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelbagai peringkat umur, segenap negeri dan juga penglibatan peserta dari pelbagai negara akan dihimpunkan pada program akan datang."Langkah itu dilihat akan mampu memberi peluang semua penggiat seni mempertahankan diri ini dapat mempelajari dan bertukar idea mengenai pelbagai teknik dan gaya persilatan."Oleh itu, sewajarnya setiap ahli mempertahankan kerajaan sedia ada bukan saja untuk kepentingan seni silat malah pelbagai aspek terutama berkaitan kebajikan ahli "katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Himpunan Pendekar Terengganu, di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, petang semalam.Program itu mempertandingan silat solo tari, tempur, masai, silat pulut dan silat bersenjata dengan penglibatan hampir 3,000 peserta.Program masa, kerajaan negeri turut mengagihkan sumbangan RM200,000 kepada Tabung Kebajikan Persatuan Silat Negeri Terengganu.Ahmad Razif turut memberitahu pelbagai perancangan akan dilaksanakan untuk pembangunan silat di Terengganu agar seninya tidak ditelan zaman kemodenan."Untuk kelangsungannya, saya berharap orang ramai terutama ahli seni silat mengekalkan kerajaan sedia ada,"katanya.
05 May 18
241
Penduduk Bandar Digalak Usahakan Pertanian Bandar
Penduduk di kawasan bandar di seluruh negara digalakkan agar memanfaatkan ruang tanah yang terhad bagi menjalankan aktiviti pertanian bandar.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, masyarakat tidak seharusnya memikirkan pertanian hanyalah untuk kawasan luar bandar namun sebenarnya setiap ruang yang ada boleh digunakan bagi mengusahakan pertanian.“Hari ini saya ke Flat Desa Keluarga Kampung Fikri, Geliga Kemaman bagi tujuan pertanian dan saya percaya jika adanya kerjasama penduduk projek kebun komuniti bertambah baik.“Pihak kami akan membantu dan memastikan ianya berjaya serta dijadikan contoh di tempat-tempat lain,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Pertanian Bandar Penduduk di Flat Desa Keluarga Kampung Fikri, Kemaman, hari ini.Menurut Ahmad Shabery, beliau kagum dengan apa yang dihasilkan sesetengah kawasan yang teratur dan teliti dalam mengusahakan aktiviti pertanian berkenaan.“Ia juga melibatkan pemahaman bagaimana sistem perairan, fertigasi, membaja, tidak menggunakan baja bahan kimia dan konsep organik peringkat paling asas yang difahami oleh penduduk di sini.“Kegunaan air paip sangat merugikan kerana kos yang tinggi dan tidak sesuai untuk pertanian dan mereka menggukan air dalam tanah dan ada yang memahami konsep bagaimana cara menadah air hujan,” katanya.Ahmad Shabery berkata, di negara lain sudah mempraktikkan semua ruang dan dinding bagi mengusahakan penanaman secara menegak.“Saya percaya dalam ramai-ramai ada komuniti kecil yang menggunakan masa terluang mereka untuk menjalankan pertanian tersebut dengan menggunakan keluasan tanah yang terhad itu,” katanya.
05 May 18
116
PRU14 : Kerajaan BN Tunai Janji Peneroka Felda Tersat
Penantian seramai 172 peneroka Felda Tersat, Ajil yang membuka kawasan itu 30 tahun lalu kini berakhir apabila mendapat geran hak milik tanah untuk diwarisi.Penyerahan kepada sebahagian peneroka itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sempena Program Mesra Rakyat Bersama YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang, hari ini.Generasi pertama peneroka di tanah rancangan itu, Mamat Mat Ali, 65, berkata hajatnya untuk menerima geran hak milik setelah menunggu hampir 30 tahun akhirnya tercapai.Jelasnya, segala penat lelah selama ini hilang dengan pengiktirafan yang diberikan dan kini mendapat hak milik tanah untuk diwarisi."Alhamdulillah, ia merupakan rezeki bulan Ramadan pada tahun ini. Sudah terlalu lama menunggu saat untuk menerima hak milik setelah bertungkus lumus mengusahakan tanah rancangan sejak ia mula dibuka 30 tahun lalu."Lebih manis lagi kerana menerimanya daripada pemimpin nombor satu negara yang sekian lama menjadi idola saya...terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan Barisan Nasional kerana menunaikan janji kepada kami,"katanya.Bagi Zainun Ngah, 63, orang yang paling gembira dengan hari ini ialah suaminya Setia Majid, 57, yang kini mengalami strok."Memang saya seronok sangat kerana dah tunggu lama saat ini untuk dapatkan geran tanah dan sudah pasti yang paling gembira adalah suami saya yang tidak datang pada hari ini untuk menyaksikan saat yang bersejarah dalam hidup kami,"katanya.
04 May 18
40
PRU14 : Beri Mandat BN Terus Terajui Terengganu
Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama calon-calon BN Hulu Terengganu pada Program Mesra Rakyat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail.Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyeru rakyat Terengganu memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus menerajui negeri ini.Katanya, menerusi kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang memperkenalkan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) pelbagai bentuk pembaharuan dan pembangunan sedang dirancang dan juga telah dilaksanakan.Katanya, seluruh pengundi di negeri ini patut memilih kerajaan yang memberi manfaat kepada mereka kerana banyak lagi pembangunan akan dilaksanakan sekiranya rakyat tetap utuh menyokong kerajaan negeri sedia ada. “Bagi peluang Menteri Besar yang baru pegang jawatan lakukan pembaharuan pada negeri kerana beliau hendak laksanakan pembaharuan terhadap Terengganu. Jangan kita sekejap tukar sana dan sini. “Tukar kereta boleh, tapi jangan tukar kerajaan kerana sesuatu perubahan itu mengambil tempoh yang sangat lama. Jika sekejap nak tukar, sekejap nak tukar, habis rosak kita,” katanya ketika berucap pada Program Mesra Rakyat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato ' Mohd Zubir Embong serta Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A.Rahman Yahya. Hadir sama, calon BN Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, Calon BN DUN Manir, Yusof Awang Hitam, dan Calon BN DUN Telemong, Dato’ Rozi Mamat.Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi BN mengharapkan semua kepimpinan BN negeri ini bersatu.“Mari kita rapatkan barisan. Saya tak nak dengar ada masalah dalaman, saya tak nak ada cah keting, saya tak nak ada peteh keting, saya minta kita semua pertahankan barisan, kalau ada apa perubahan pun kita terima.“Sebab itu saya hendak ucap terima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari kerana walaupun tidak menjadi calon dia tidak kacau kerana dia ‘gentlemen’,” ujarnya.
04 May 18
329
PRU14 : BN Yakin Rampas Semula Tujuh Kerusi
Oleh : Ezzuan Ahmad Barisan Nasional (BN) Terengganu optimis akan dapat merampas kembali tujuh kerusi yang mengalami kekalahan tipis pada Pilihan Raya Umun Ke-13 (PRU13) lalu.Pengerusi Barisan Nasional Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, keyakinan tersebut disuarakan selepas melihat momentum sokongan rakyat terhadap parti tersebut di semua kawasan terbabit sudah mula menunjukkan peningkatan yang sangat baik."Saya dapat melihat momentum ini meningkat sepanjang tempoh berkempen dan saya yakin ianya akan bertambah lagi."Memang sebelum ini ada berlaku isu di kalangan ahli parti selepas pengumuman calon dan kebangkitan tersebut dapat dilihat selepas semua isu sudah selesai" katanya.Beliau berkata demikian pada Program Ramah Mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) DUN Sura, malam tadi. Menteri Besar berkata, selain tujuh kerusi utama tersebut, beberapa kerusi lain yang menjadi kubu kuat pembangkang seperti DUN Sura juga akan dirampas dari pembangkang."Peningkatan sokongan ini adalah disebabkan oleh kekuatan jentera parti yang bertungkus lumus dan penghijrahan ahli UMNO yang dianggap musuh dalam selimut yang menyertai Parti Pribumi,"Kita sudah nampak pada hari ini di mana ahli yang menjadi gunting dalam lipatan, yang mensabotaj parti sudah menyertai pembangkang, ini adalah kelebihan pada kami (BN) meskipun bertanding tiga penjuru" katanya.Ahmad Razif menjelaskan, dengan peningkatan sokongan sedemikian, sejarah 2004 apabila BN memenangi 24 kerusi dijangka dapat berulang kembali.Pada PRU13 lalu, tujuh kerusi yang mengalami kekalahan tipis ialah DUN Rantau Abang (majoriti tewas 141 undi), Tepoh (229), Manir (588), Bukit Payung (613) , Bukit Tunggal (652) dan Ladang pula 924 undi.
03 May 18
43
PRU14 : Persempadanan Semula Kelebihan Untuk BN
Oleh : Ezzuan AhmadPersempadan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dilihat memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) memenangi beberapa kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) nanti. Mantan ADUN Rantau Abang, Datuk Za'abar Mohamed Adib berkata, persempadanan semula itu memberi peluang kepada BN untuk merampas kembali tiga daripada empat kerusi DUN yang dipegang pembangkang.Katanya, pun begitu, beliau mengakui BN mungkin terpaksa berhadapan dengan tugas berat, tetapi tetap berkemampuan merealisasikan hasrat tersebut menerusi kerja keras jentera parti."Sekiranya tiga kawasan iaitu DUN Sura, Rantau Abang dan Paka dapat ditawan kembali, adalah peluang cerah untuk memenangi kerusi parlimen juga. Mereka (Pas) tidak menjalankan kerja sebagai wakil rakyat dan rakyat sudah muak dengan cara mereka dan inginkan perubahan,"Rakyat juga harus sedar tentang apa yang telah terjadi pada tahun 1999 di mana mereka bertindak kejam dengan menghalau kanak-kanak dari kelas tadika dan beberapa perkara lain demi kepentingan politik peribadi mereka"katanya.Beliau berkata demikian pada Program Ramah Mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) DUN Sura yang dihadiri oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, malam tadi.Katanya, rakyat sudah mula sedar bahawa pembangkang tidak membawa sebarang perubahan kepada mereka dan rakyat sudah merasa peritnya sekarang.Za'abar pernah menjadi ADUN Rantau Abang selama dua penggal (1999 sehingga 201) sebelum tewas kepada calon Pas, Alias Harun pada PRU13.
03 May 18
65