lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
PRU14: MB, Isteri Tunai Kewajipan Buang Undi
Ahmad Razif ketika melakukan proses calitan menggunakan dakwat kekal sebelum membuang undi. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimMenteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hadir membuang undi sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, kira-kira 8.55 pagi ini.Isteri beliau, To’ Puan Seri Halina Zakaria turut menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di pusat yang sama.Tinjauan Teganukita menunjukkan pemilih berdaftar mula beratur di pusat itu untuk menunaikan tanggungjawab mereka seawal 7.30 pagi.Semua pusat mengundi mula dibuka pukul 8 pagi dan waktu penutupan pula berbeza mengikut lokasi, namun semua ditutup sepenuhnya pada pukul 5.00 petang.
08 May 18
87
Empty Image
PRU14: Bazlan Selesai Buang Undi Jam 10.15 Pagi
Bazlan bersama isteri buang undi jam 10.15 pagiCalon Barisan Nasional, Bazlan Abd Rahman bersama isteri, Siti Zaimah Mahmud hadir membuang undi di Sekolah Kebangsaan Batu Rakit kira- kira jam 10.15 pagi ini.Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit kini merekodkan 21,881 bilangan pengundi berbanding 14,306 pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13).Batu Rakit menerima tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang baru dengan tambahan sehingga 7,575 pengundi.Bazlan, 54, memberikan khidmat cemerlang sejak memenangi kerusi DUN Batu Rakit pada PRU13.Bukan mudah untuk bertahan, namun itulah tanggungjawab yang wajib digalas bagi menegakkan kesinambungan perjuangan hampir lima tahun lalu supaya apa yang dirancang serta pembangunan yang berjalan tidak sia-sia.Anak tunggal daripada keluarga nelayan yang dilahirkan di Kampung Pengkalan Atap, Setiu itu merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiu dan juga bekas Setiausaha serta Jawatankuasa Bahagian Setiu serta mengetuai Umno di Batu Rakit.
08 May 18
147
Empty Image
PRU14 : Dato' Ku Selesai Buang Undi
Calon Barisan Nasional (BN) N23 Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang dan isterinya, To' Puan Halijah Ali tiba di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang , kira-kira pukul 8.15 pagi tadi bagi menunaikan tanggungjawab membuang undi.Tengku Putera yang ditemui pemberita selepas selesai membuang undi berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya setakat ini."Alhamdulillah semuanya berjalan baik, proses demokrasi berjalan lancar dan tiada sebarang bentuk provokasi dilakukan."Saya lihat ramai turun awal untuk mengundi, cuaca juga baik dan harapnya semua pengundi di sini akan keluar mengundi," katanya.Ia menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Tengku Putera dengan calon Pas, Dr Mamad Puteh dan calon PKR, Mohd Nor Othman
08 May 18
135
Empty Image
PRU14: Pengundi Dinasihat Keluar Awal Esok
Ahmad Razif turut sama memotong ayam di sebuah gerai semasa menghadiri program Jualan Sentuhan Rakyat di Dataran Permata, Seberang Takir, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimPengundi di negeri ini dinasihatkan supaya keluar lebih awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat yang baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) esok.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ini kerana keadaan cuaca yang tidak menentu terutama pada waktu petang akan menyebabkan pemilih berdaftar boleh terlepas peluang untuk mengundi.“Pengundi perlu menunaikan tanggungjawab mereka lima tahun sekali dengan keluar mengundi.“Seboleh-bolehnya keluarlah mengundi diwaktu pagi dan pastikan keluar mengundi awal kerana cuaca sekarang panas dan kadang kala waktu petang pula hujan kerana kita bimbang keadaan ini akan menyukarkan para pengundi untuk keluar mengundi,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Jualan Sentuhan Rakyat di Dataran Permata, Seberang Takir, hari ini.Dalam pada itu Ahmad Razif berkata, kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) berada di landasan yang betul memandangkan telah 61 tahun mentadbir negara.“Yakin dan percayalah hanya parti BN sahaja yang mampu melaksanakan sepertimana yang telah kita buktikan selama ini termasuk untuk mencapai Transformasi Nasional 2050 (TN50),” ujarnya.
07 May 18
44
Empty Image
Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu Terulung Pantai Timur Bakal Beroperasi
Ahmad Razif meninjau alatan Lokomat Pro & Huber V6 Model yang tersedia di Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu di Hotel Permai. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPusat rehabilitasi yang efisien dan terulung di Pantai Timur dikenali sebagai Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu (TSRC) bertempat di Hotel Permai, Batu Burok, Kuala Terengganu bakal beroperasi dua minggu lagi.Inisiatif yang berkonsepkan pelancongan kesihatan menelan kos RM10 juta ini siap 28 Februari, baru-baru ini selepas melalui dua fasa kerja pengubahsuaian bermula pada awal Februari lalu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, TSRC akan menjadi hab pusat pemulihan untuk atlet negeri serta rakyat dengan mengenakan kadar kos yang minimum."Idea mewujudkan pusat rehabilitasi ini tercetus hasil lawatan rasmi saya ke Pusat Pemulihan Keselamatan Sosial Malaysia (Perkeso) di Melaka pada 23 November 2017 lalu. Sebelum ini saya juga sudah melawat pusat rehabilitasi di Munich dan Amsterdam."Kita juga sudah membina Pusat Rehabilitasi  1Malaysia DUN Seberang Takir di Kampung Telaga Daing," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan `walkabout Terengganu Sports Rehabilitation Centre' di  TSRC, Hotel Permai, Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini.Ahmad Razif berkata, pusat rawatan itu mampu memenuhi keperluan dan permintaan rakyat Terengganu yang sangat tinggi bagi mendapatkan rawatan fisioterapi, sekali gus menampung kekangan perkhidmatan yang sama disediakan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan hospital setiap daerah yang dilihat kurang efektif kerana lazimnya menyediakan rawatan dua minggu hingga sebulan sekali. "Ini juga satu  prinsip makasid syariah bagi membantu rakyat kita yang ditimpa penyakit sama ada strok atau pemulihan selepas menjalani pembedahan dan juga kemudahan untuk atlet kita daripada Terengganu."Sebagaimana diketahui kita (Terengganu) merupakan pengeluar atlet Malaysia serta memerlukan satu pusat rawatan pemulihan (fisioterapi) yang terbaik,"katanya lagi.Menurut Ahmad Razif, pusat rehabilitasi yang dibangunkan kerajaan negeri menerusi Terengganu Incorporated ini mampu menjimatkan kos berbanding menghantar pesakit ke Majlis Sukan Negara (MSN) Malaysia di Bukit Jalil atau ke luar negara bagi menjalani rawatan pemulihan itu.Tambahnya lagi, bagi menjadikan TSRC ini lebih efisien, korporat sinergi diwujudkan antara Kuala Terengganu Specialist (KTS) Hospital, Kumpulan Medic Iman (KMC) berserta Pengarah Medical Division, MSN serta Pakar Rehabilitasi HSNZ bersama Pusat Rehabilitasi Perkeso Melaka.
07 May 18
1112
Empty Image
Penantian 20 Tahun Geran Tanah Berakhir
Bazlan ketika berucap pada Majlis Penyerahan Borang 5 A. Foto Harish Fadzillah Abu KasimPenantian hampir 20 tahun 194 penduduk Kampung Baru Pulau Redang, Setiu bagi mendapatkan geran tanah sebagai hak milik kini menjadi kenyataan.Calon Barisan Nasional (BN) Ahli Parlimen Setiu,  Dato' Mohd Jidin Shafee dan penyandang kerusi DUN Batu Rakit turut ke kampung itu untuk menyerahkan Borang 5A kepada penerima yang layak.Bazlan berkata, usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN)  selama 14 tahun, bermula 2004 untuk mandapatkan geran tertunai pada hari ini."Apa yang dilakukan sebelum ini  terbantut buat seketika iaitu sewaktu pemerintahan Pas pada 1999 hingga 2004."Pada ketika itu, hanya 27 penduduk yang menyokong Pas terpilih untuk memiliki geran dan selebihnya seakan teraniaya, " katanya.Beliau berkata demikian pada Majis Penyerahan Borang 5A di Dewan Komuniti di Kampung (Kg) Baru Pulau Redang, Setiu, hari ini.Hadir sama, Calon Ahli Parlimen Barisan Nasional Setiu, Dato'Mohd Jidin ShaPenerima geran yang sebelum ini pernah tinggal di rumah rakit' (perkampungan air)diminta berpindah ke awasan Kg Baru Pulau Redang pada 1999 sangat menghargai apa yang dilaksanakan Kerajaan BN.Penerima Aliza Yusof, 46, berkata tiada perkataan yang mampu diluahkan melainkan syukur ke hadrat Ilahi dan jutaan terima kasih kepada kerajaan  BN dan Bazlan atas sikap cakna beliau."Hampir 20 tahun menanti, hari ini baru jadi kenyataan, walaupun hanya Borang 5A, sudah puas hati bagi saya kerana kesudahan akan peroleh geran sebagai hak milik,"katanya
07 May 18
57
Empty Image
PRU14: Bazlan Serasi Dengan Penduduk Pulau Redang
Bazlan meninjau persekitaran Kampung Pulau Redang. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim.Jiwa calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman sudah sebati dengan penduduk Kampung Baru Pulau Redang.Setiap bantuan,  pembangunan, kemudahan asas diagihkan sama rata antara penduduk di tanah besar dan di perkampungan pulau itu.Sepanjang tempoh lima tahun menjadi wakil rakyat Batu Rakit, Bazlan yang turut dikenali sebagai Pok Lan berjaya membawa perubahan besar di perkampungan itu.Antaranya pembinaan klinik kesihatan, perumahan rakyat dan kilang air batu.Oleh itu, tidak pelik, setiap kali adanya Pilihan Raya Umum (PRU), peti undi Pulau Redang sentiasa memihak kepada BN.Bazlan berkata, dia cukup mengenali dan sangat rapat dengan  penduduk Kampung Pulau Redang."Ini kerana saya pernah menjadi guru Sekolah Kebangsaan Pulau Redang selama beberapa tahun iaitu sebelum menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada penggal lalu, " katanyaBeliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Borang 5A di Dewan Komuniti, Pulau Redang, hari ini.Bazlan memberitahu, perkara pertama yang akan dilakukan sekiranya Barisan Nasional diberi mandat mentadbir Terengganu, akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi membuat pelan lima tahun pembangunan di Batu Rakit."Perkara ini penting supaya segala projek yang diagihkan kepada DUN dapat dilaksanakan secara tersusun."Manakala akan mengatasi masalah banjir dan berusaha mempercepatkan jambatan yang menghubung Kampung Baru Pulau Redang dan Pasir Panjang Pulau Redang, " katanya.Seorang penduduk, Siti Safiah Abd Kadir, 30, berkata dia berharap Bazlan kekal menjadi pemimpin Batu Rakit."Beliau yang saya dikenali cukup mesra dengan orang kampung selain mudah menghulurkan bantuan," katanya.
07 May 18
397
Empty Image
Benteng Pemecah Ombak Atasi Masalah Penduduk Paka
Oleh : Ezzuan AhmadKerajaan Pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi projek pemuliharaan Pantai Paka, Dungun yang sering diancam hakisan setiap kali tibanya musim tengkujuh dan ombak besar.Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun,  Datuk Din Adam berkata, benteng pemecah ombak  sepanjang tiga kilometer itu akan dilaksanakan pada  pertengahan Mei ini dan dijangka siap sepenuhnya pada  2021.Katanya, projek pemuliharaan itu  meliputi beberapa pembinaan seperti  struktur pemecah ombak (Breakwater),  T-groin,  penambakan pasir pantai (beach nourishment),  river dikes, perlindungan tebing dan pengerukan alur pelayaran. "Muara Sungai Paka seringkali mengalami masalah ketika musim tengkujuh seperti hakisan pantai  dan dengan projek pemuliharaan ini ianya akan mampu menyelesaikan masalah hakisan sepanjang muara Kuala Paka, "Seramai 1,000 penduduk pesisir Pantai Paka boleh menarik nafas lega kerana sering hidup dalam ketakutan setiap kali berlakunya ombak besar apabila  tiba musim tengkujuh, "katanya.Beliau berkata demikian kepada media ketika  ditemui pemberita selepas mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bagi merasmikan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Paka, semalam. Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar JPS, Kapten (B) Datuk Ir Anuar yahaya, Pengarah Bahagian Projek Khas JPS,  Mohd Sor Othman, Pengarah JPS Terengganu,  Ir Idrus Ahmad dan Calon BN DUN Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman. Din berkata,  jika sebelum ini 200 orang nelayan mengalami kesulitan untuk ke laut  dan mendaratkan hasil tangkapan akibat muara yang cetek, kerajaan juga akan melakukan kerja-kerja  mendalamkan muara sungai serta membina benteng penahan ombak."Perkara yang dibimbangi nelayan ialah ketika waktu  air surut dimana  ia akan menyulitkan nelayan keluar masuk dan apa yang paling ditakutkan ialah  kejadian kes bos nelayan rosak akibat dipukul ombak besar," katanya.Menurut beliau, apabila siapnya projek itu nanti, segala kesulitan dan kesukaran yang membelenggu nelayan dan penduduk pesisir pantai itu akan dapat diselesaikan sepenuhnya.
07 May 18
1063
Empty Image
PRU14: Inisiatif Terengganu Buka Pusat Media PRU14 Dipuji
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia memuji inisiatif Terengganu mewujudkan Pusat Media Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Hotel Permai, Kuala Terengganu bagi melancarkan tugasan pengamal media cetak dan eletronik melaksanakan tugas masing-masing sepanjang membuat liputan PRU14 seluruh negeri.Dato' Ibrahim Abdul Rahman melahirkan rasa kagum dengan komitmen kerajaan negeri menerusi Unit Komunikasi negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan penerangan Negeri Terengganu yang menyediakan kemudahan serba lengkap itu untuk dimanfaatkan kumpulan media. "Pusat media ini amat perlu untuk menangani persepsi negatif daripada rakyat terhadap kerajaan dan parti yang bertanding diviralkan menerusi media sosial. "Saya percaya dengan kemudahan yang ada di sini memudahkan kita untuk mengetengahkan berita-berita dan menangani penyebaran berita palsu.Semoga pihak media dapat memastikan hanya maklumat yang benar diketengahkan terutama di hari-hari terakhir kempen kali ini," katanya kepada pemberita ketika melawat pusat media itu, semalam.Beliau turut mengingatkan pengundi untuk menunaikan kewajipan masing-masing dalam PRU kali ini selain menyeru supaya mengelakkan perselisihan akibat perbezaan ideologi politik yang hanya akan merugikan diri sendiri dan meruntuhkan perpaduan sesama kaum.
06 May 18
26
Empty Image
Terengganu Tubuh Pusat Komuniti Sa'adah UniSZA Pulih Penagih Dadah
Ahmad Razif meninjau persekitaran Pusat Komuniti Sa'adah UniSZA. Foto Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri menubuhkan Pusat Komuniti Sa'adah UniSZA sebagai usaha menangani masalah penagihan di kalangan masyarakat yang semakin meruncing.Penubuhan pusat komuniti  melalui kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu selaras dengan Manifesto Barisan Nasional yang dilancarkan baru- baru ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata apa yang dilaksanakan itu diyakini mampu memulihkan  penagih dadah kerana konsep yang digunakan sangat berbeza."Diuruskan melalui Pusat Penyelidikan Dan Rawatan Ketagihan ( CentRenA) UniSZA dengan menekankan kaedah rawatan secara  biologi, psikologi, spiritual dan sosiologi."Dalam hal ini, semua pihak akan terlibat terutama keluarga, masyarakat setempat dan pelbagai pihak secara berkumpulan, " katanya.Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pusat komuniti itu di Rimba Louge, Jalan Semarak, Kuala Nerus, petang ini.Hadir sama, Naib Canselor UniSZA, Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Husin Tg Abd Jalil.Pada majlis itu, sebuah kenderaan MPV, kerusi roda elektronik dan tangki oksigen telah diwakafkan penderma untuk kegunaan pusat komuniti itu.Menurut Ahmad Razif, apa yang menariknya konsep ziarah oleh pemimpin tempatan dalam komuniti itu akan dipantau oleh Geographical Information System (GIS)  sebagai remedi yang baharu kepada gejala sosial."Pusat komuniti ini turut berfungsi sebagai tempat latihan kepada pemimpin komuniti, wakil belia dan masyarakat setempat," katanya.
06 May 18
94