lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
MB Terengganu Baharu Mulakan Tugas Rasmi
Menteri Besar Terengganu yang baharu, Dr Samsuri memulakan tugas rasmi di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailMenteri Besar  Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memulakan tugas secara rasmi pada hari ini pada jam 8.50 pagi di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Beliau yang mengenakan sut kelabu kelihatan tenang memasuki ruang pejabat di Tingkat 16 dengan diiringi 10 barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Turut mengiringi beliau, pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.Dr Samsuri kemudiannya menyertai pegawai dan kakitangan menunaikan solat hajat berjemaah di Dewan Besar, Wisma Darul Iman diikuti dengan ucapan ringkas  sebaik selesai solat dan kemudiannya menyertai sidang media sebelum ke jamuan pagi di tingkat U2.Sebaik selesai jamuan pagi, Menteri Besar diiringi ke sesi pembentangan di Bilik Gerakan Tingkat 17.Sebelum itu, dalam ucapan ringkas beliau, Dr Samsuri berkata, prinsip dan dasaranya ialah menjadikan al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW, ilmu, akhlak dan inovasi sebagai asas membina pelan induk negeri ke arah yang cemerlang serta menjadi contoh negeri yang `maju, berkat dan sejahtera’.“Marilah kita memahami panduan Allah sebagaimana yang diimankan olehNya di awal Surah al-Baqarah. (membaca Surah al-Baqarah dan maksudnya). Matlamat kita adalah besar, membawa agenda Pelan Induk Terengganu Sejahtera yang bermatlamatkan; Maju, (pertama), pembangunan infrastruktur dan ekonomi yang menyelesaikan masalahan rakyat; (kedua) pembangunan modal insan berteraskan kepada prinsip Islam yang melahirkan masyarakat yang intelek dan berdaya saing serta ketiga, kelestarian pembangunan (ekonomi, masyarakat dan alam sekitar) berasaskan prinsip Islam.Manakala kedua, Berkat; (pertama) prinsip Islam dijadikan asas dalam pentadbiran, ekonomi yang bebas riba, rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa serta (kedua) penghayatan takwa menjadi asas terpenting dalam pentadbiran dan pembangunan masyarakat.Ketiga, Sejahtera; Negeri yang menekankan keselamatan, berkebajikan dan kemakmuran, iaitu pertama, konsep keselamatan adalah meminimakan kebimbangan ancaman jenayah, masalah sosial dan kesan bencana kepada rakyat; konsep berkebajikan adalah menggabungjalinkan peranan dan sumbangan kerajaan, badan korporat dan rakyat untuk membangunkan negeri dan konsep kemakmuran adalah perkongsian pembangunan dan hasil negeri yang dinikmati oleh semua masyarakat,”katanya.Beliau berkata, dalam bahasa yang paling ringkas dan mudah, pentadbiran negeri mempunyai sasaran untuk menjadikan Negeri Terengganu yang dicintai ini sebagai Terengganu Koridor Pelancongan Islam Antarabangsa, Hab Pendidikan Islam Antarabangsa dan Hab Industri Produk dan Makanan Laut Serantau.Selain itu, sasaran kerajaan juga menjadikan Terengganu sebagai Hab Industri Batik Dunia, Hab Industri Pembangunan dan Pembaikpulih Kapal Negara, Hab Pembangunan Sumber Manusia bagi Industri Minyak dan gas, Hab Industri Galian Negara, Hab Industri Pembekalan Air, Pembangunan Bersepadu dengan Jaringan LPT2, ECER, ECRL dan lain-lainnya serta pemerkasaan pertanian dan asas tani menerusi  Rantaian Nilai Lengkap (Complete Value Chains).“Akhirnya, saya ingin mengajak semua pihak untuk berganding bahu membina dan pembangunan Negeri Terengganu, di mana peranan pembuat dasar, enjin pelaksana strategi, pimpinan pentadbiran kerajaan Negeri, seluruh jentera kerajaan dan rakyat, adalah sama penting serta mempunyai peranan masing-masing."Bekerjalah bersama kami, bukan bekerja untuk kami. Semoga setiap antara kita diberi panduan oleh Allah SWT dan dipermudah olehNya,”katanya.
13 May 18
1298
Empty Image
Ahmad Samsuri Menteri Besar Baharu Terengganu
Sultan Terengganu berkenan menerima Ahmad Samsuri sebagai Menteri Besar. Foto Harish Fadzillah Abu KassimAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu yang baharu selepas PAS memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), semalam.Perlantikan Setiausaha Politik Presiden PAS itu diperkenan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada istiadat angkat sumpah jawatan dan menandatangani watikah di Istana Syarqiyyah, Chendering, malam tadiBekas Ketua Jabatan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM) berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Leeds, United Kingdom itu disenaraikan sebagai calon Menteri Besar bersama dua lagi nama lain.Pemilihan Dr Ahmad Samsuri yang juga pakar aeroangkasa itu dikatakan usaha PAS menampilkan generasi kepimpinan baharu di Terengganu dengan menggembleng tenaga teknokrat dan ulama.
10 May 18
177
Empty Image
PRU14 : Pasangan Suami Isteri Angin Ahmar Turut Mengundi
Meskipun menghidap penyakit angin ahmar tidak menghalang sepasang suami isteri untuk menunaikan kewajipan mereka sebagai rakyat Malaysia untuk keluar mengundi.Pasangan suami isteri berkenaan, Isa Ibrahim, 63, dan isterinya Fatimah Kadir, 64, kali pertama membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kalong dengan menggunakan kerusi roda akibat diserang angin ahmar.Isa berkata, dia diserang penyakit tersebut pada 2016 menyebabkan dia lumpuh separuh tubuh manakala isterinya diserang penyakit yang sama pada 2015.Menurut isa, keadaan tersebut telah menyebabkannya menghadapi kesukaran untuk bergerak kerana menghadapi kesukaran untuk berjalan manakala isterinya juga menghadapi masalah yang sama akibat dari penyakit tersebut. "Sejak diserang penyakit ini kehidupan saya dan isteri sudah berubah sama sekali kerana dahulu saya yang menjaga isteri yang lumpuh separuh badan namun sekarang saya juga yang diserang penyakit sama,tambahan pula kami duduk berdua sahaja di rumah," katanya.Katanya, demi tanggungjawab kepada negara, dia dan isteri menggagahkan diri untuk keluar mengundi meskipun sedar menghadapi masalah untuk bergerak.Bagi Fatimah, meskipun mempunyai masalah untuk bergerak, demi semangat cintakan negara dia menggagahkan diri untuk menjalankan kewajipannya sebagai seorang rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan yang membela nasib rakyat."Kak sendiri memang menghadapi masalah untuk berjalan dan memegang benda namun semangat akak untuk tengok negara ini maju di bawah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat, kak gagahkan diri.  "Kak mengucapkan banyak terima kasih kepada semua petugas kerana telah menghulurkan banyak bantuan bermula dari rumah sehingga tempat mengundi dan kak tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengundi," katanya.Pasangan tersebut dibawa ke pusat pembuangan undi oleh petugas suruhanjaya Pilihan Raya dan dihantar pulang ke rumahnya oleh petugas yang sama.
09 May 18
50
Empty Image
PRU14 : Dato' Mat Beratur Dua Jam Bersama Pengundi
Calon Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, Dato’ Mohamed Awang Tera tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, Kemaman untuk membuang undi kira-kira jam 10.27 pagi tadi.Mohamed kemudiannya sempat bertanya khabar dan beramah mesra dengan pengundi-pengundi lain dan berbaris kira-kira selama lebih dua jam sebelum masuk ke pusat pembuangan undi pada  jam 12.30 tengahari.Menurut Mohamed Awang, proses membuang undi bagi DUN Chukai untuk PRU14 kali ini dilihat berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.“Peratusan pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka dilihat agak tinggi dan sesetengah saluran pengundi terpaksa berbaris sehingga tiga jam.“Pengurusan pengundian di semua saluran lebih lancar dengan adanya petugas-petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membantu pengundi kelainan upaya dan uzur dengan bantuan kerusi roda,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas beratur lebih dua jam sebelum diminta masuk oleh petugas SPR untuk membuang undi di Pusat Pengundian yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai, hari ini.Menurut Mohamed, beliau melihat pengundi keluar sejak awal pagi untuk menunaikan kewajipan mereka dan memuji tindakan berkenaan yang menjadikan proses membuang undi semakin lancar.“Secara umumnya saya amat berpuashati kerana tiada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini yang boleh menganggu proses pengundian hari ini.“Para pengundi kelihatan begitu matang dan memahami ideologi serta fahaman politik masing-masing.“Saya yakin dan percaya bahawa dengan adanya kerjasama yang padu khususnya daripada para pengundi kaum Tionghua, Barisan Nasional (BN) DUN Chukai akan dapat merampas kembali kerusi berkenaan daripada parti PAS yang dimenanginya pada PRU13 yang lalu,” katanya.
09 May 18
159
Empty Image
PRU14: Status OKU Bukan Penghalang Tunai Tanggungjawab
Mohd Fauzi MansorMeskipun berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU), seorang penduduk Jati Kampung Baru Seberang Takir, Kuala Nerus tetap bersemangat membuang undi apabila menjadi antara pengundi terawal di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir, hari ini.Mohd Fauzi Mansor, 47, OKU cacat penglihatan hadir ditemani isteri Norashimah Mohammad,45, di pusat berkenaan kira-kira 8.30 pagi.Menurut Fauzi yang juga Pengerusi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) Wilayah Terengganu berkata, kekurangan dirinya tidak dijadikan alasan untuk tidak keluar mengundi malah dia sanggup keluar awal bagi menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.“Ini adalah tanggungjawab sebagai seorang warganegara. Walau dalam apa keadaan sekalipun kita wajib tunaikan. “Kita perlu sesuaikan diri dengan keadaan kita, contohnya sebagai OKU penglihatan ini, kita masih boleh menggunakan kaedah lain terutamanya mengharapkan orang yang kita percayai untuk membantu kita mengundi,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di SMK Kompleks Seberang Takir, hari ini.Katanya, semua pemilih berdaftar terutamanya yang senasib dengan dirinya diharap keluar mengundi dan memilih calon yang mampu menunaikan janji untuk tempoh lima tahun akan datang.“Kepada semua pengundi khususnya OKU cacat penglihatan di seluruh negara keluarlah mengundi kerana ia adalah satu kewajipan kita untuk memilih pemimpin yang bakal menerajui negara dan negeri untuk penggal seterusnya,” ujarnya.
08 May 18
39
Empty Image
PRU14: Kak Ton Santuni Pengundi Uzur
Kak Ton mengunjungi saniah sambil bertanya khabar wanita itu, pagi ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailCalon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin sempat menziarahi seorang penduduk tempatan di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Bukit Payung, yang dikatakan tidak mahu keluar mengundi kerana uzur, pagi ini.Warga emas berkenaan, Saniah Umar, 62, dikunjungi Kak Ton selepas mengadu kurang sihat menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi.Bagaimanapun, selepas ditemui Kak Ton, dia akhirnya bersetuju untuk keluar mengundi di pusat pengundian di Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Bukit Payung, dengan ditemani anaknya. Sebanyak 50 pusat mengundi termasuk empat pusat mengundi awal menerusi 201 saluran di seluruh Parlimen Marang
08 May 18
297
Empty Image
PRU14: Ajal Di Pusat Mengundi
Proses mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai gempar apabila seorang wanita yang sedang menunggu giliran untuk membuang undi tiba - tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia. Dalam kejadian pukul 9.05 minit pagi itu, Rokiah Sulong,54, berasal dari Kampung Pelandang, Pulau Serai disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan yang tiba selepas menerima panggilan berkenaan kejadian tersebut. Ketua Polis Derah Dungun, Supritenden Baharudin Abdullah ketika ditemui mengesahkan mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut. Menurut beliau, ketika kejadian mangsa sedang beratur untuk menunggu giliran untuk mengundi. "Mangsa yang sedang beratur dikatakan secara tiba - tiba pengsan sebelum rebah diatas lantai."Mangsa dikatakan menghidap penyakit darah tinggi dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Dungun akibat penyakitnya itu " katanya. Menurut beliau, sepasukan anggota pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Pulau Serai yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Sementara itu anaknya, Nur Zita Md Nur, 36 berkata, dia dan emaknya keluar dari rumah kira-kira jam 8.00 pagi untuk mengundi.  "Ketika keluar dari rumah emek seperti biasa dan tiada tanda-tanda sakit atau tidak sihat dan dia kelihatan gembira untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara. Kata Nur Zita, dia dan keluarga masih terkejut dengan kejadian itu tetapi menerima ketentuan Ilahi dengan reda. "Ketika itu emak sudah pengsan dan saya melihat dua hingga tiga kali dia menarik nafas panjang sebelum disahkan sudah tiada.  "Emak tidak sempat membuang undi tetapi saya tetap meneruskan tanggungjawab walaupun amat sedih dan terkejut," katannya. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pengurusan pengebumian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
08 May 18
39
Empty Image
PRU14: Proses Buang Undi Bukit Payung Harmoni
Proses pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung sehingga tengahari tadi, berjalan dengan lancar dan harmoni.Sejak jam 8 pagi, pengundi berdaftar mula memenuhi pusat pengundian untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.Calon Barisan Nasional (BN), To' Puan Zaitun Mat Amin sempat beramah mesra dengan pengundi- pengundi di kawasan itu sebelum dan selesai membuang undi.Beliau juga sempat bertemu dan bergambar dengan calon Pas, Mohd Noor Hamzah di pusat pengundian Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Bukit Payung, pagi tadi.
08 May 18
166
Empty Image
PRU14: Ahmad Razif Puas Hati Proses Pengundian Lancar
Ahmad Razif dan isteri menunjukkan jari telunjuk yang dicalit dakwat kekal sebagai tanda selesai mengundi. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimMenteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berpuas hati dengan proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang berjalan lancar hari ini dengan sebahagian besar pengundi keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka.Katanya, setakat ini proses pengundian berjalan lancar dengan para pengundi dilihat keluar secara berperingkat-peringkat. “Cuaca pada hari ini juga tiada masalah. Mengikut ramalan cuaca di Terengganu tidak berlaku hujan dan dijangka baik sehingga ke petang.“Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, saya amat berpuas hati kerana tidak ada sebarang isu, kekecohan serta provokasi yang berlaku,” ujarnya kepada pemberita selepas selesai melakukan pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, kira-kira 9.15 pagi tadi.Katanya, beliau yakin proses pengundian pada hari ini dapat berjalan lancar dan dapat diselesaikan dengan cara yang baik.Ahmad Razif yang juga calon DUN Seberang Takir hadir ditemani isteri beliau, To’ Puan Seri Halina Zakaria turut meluangkan masa selama satu jam bermesra dengan pengundi di pusat mengundi berkenaan.
08 May 18
41
Empty Image
PRU14 : Idris Selesai Mengundi Di SK Seberang Jertih
Idris bersalaman dengan seorang pengundiMenteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jertih, Besut, hari ini.Idris yang juga calon Parlimen Besut ditemani isterinya tiba ditempat pengundi jam 9.30 pagi dengan berpakaian baju berwarna biru.Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Besut akan ditentang tiga calon dari pembangkang, Datuk Dr Ir Wan Nazari Wan Jusoh dari PKR dan Riduan Mohamad Nor dari PAS.Pada Pilihan Raya Umum (PRU13)  Idris menewaskan calon Pas Riduan Mohamad Nor dengan majoriti 8,342 undi.Idris dan isterinya Che Kamariah selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Seberang JertihBekas Menteri Besar  itu dijangka mampu mengekalkan kerusi Parlimen Besut pada PRU14 walaupun terpaksa berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru.Ketika ditemui Idris berkata, beliau yakin BN Besut mampu mengekalkan kesemua empat DUN iaitu Kuala Besut, Kota Putera, Jertih dan Hulu Besut.Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan menggalakan terhadap setiap program yang dijalankan BN dengan mendekati pengundi selain tiada isu yang mampu diketengahkan pihak pembangkang.“Empat calon BN yang dikemukan di kawasan DUN masing-masing juga membuktikan mereka mencapai tahap cemerlang ketika menjadi ADUN sebelum ini,” katanya.
08 May 18
177