lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Pelajar Madrasah Moden Besut Berbuka Bersama Keluarga Di Padang Sekolah
Pelajar Madrasah Moden MAIDAM Besut berbuka puasa di padang sekolah. Foto oleh Mohamad IshakSeramai 500 pelajar Madrasah Moden Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Besut di Kampung Padang Landak, Jertih memecah tradisi apabila mengadakan majlis berbuka puasa bersama ahli keluarga di padang sekolah berkenaan, kelmarin.Pengetuanya,Jusoh Mamat berkata, pihaknya mengadakan majlis itu bertujuan bagi merapatkan hubungan kekeluargan antara pelajar, ibu bapa dan pengurusan madrasah berkenaan pada bulan yang penuh rahmat dan keberkatan itu.Katanya, ibu bapa boleh hadir menemani anak dan berbuka puasa bersama-sama pada setiap Sabtu untuk memeriahkan program berkenaan.Beliau berkata, program pertama kelmarin mendapat sambutan menggalakkan daripada keluarga yang datang dari jauh dan dekat semata-mata untuk bertemu mata anak-anak selain berbuka puasa bersama ahli keluarga.“Alhamdulilah majlis yang diadakan petang semalam berjalan lancar dan keadaan cuaca baik menyebabkan program itu dapat diadakan di padang sekolah,” katanya.Beliau berkata program itu sengaja diadakan di kawasan lapang dengan harapan anak-anak rasa gembira dalam suasana santai dan terbuka.Antara ahli keluarga yang hadir berbuka puasa bersama pelajarKatanya, sempena program itu pihak madrasah menyediakan juadah untuk pelajar manakala ibu bapa yang hadir turut membawa makanan masing-masing.Beliau berkata, program itu akan diteruskan sepanjang Ramadan dan mempelawa ibu bapa hadir bersama keluarga untuk memeriahkan majlis itu.
23 May 18
1283
Empty Image
Penjawat Awam Perlu Jaga Integriti Masa
Menteri Besar menyempurnakan majlis penyerahan tugas antara Wan Nawawi dan A Rahman. Foto Harish Fadzlillah Kassim Penjawat awam di negeri ini diingatkan supaya sentiasa menjaga integriti masa dan bukannya bersikap acuh tidak acuh sewaktu dalam tempoh lapan jam bekerja.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, berkata budaya itu tidak elok diamalkan oleh penjawat awam kerana mereka diamanahkan untuk bekerja dan tempoh itu sewajarnya dimanfaatkan dengan tugas-tugas yang diberi.Katanya, setiap tugasan adalah amanah daripada Allah SWT, oleh itu, mereka perlu menjalankan tugas sebaik mungkin kerana setiap  masa bekerja akan dibayar mengikut kadar penjawatan masing-masing.“Untuk mendapatkan keberkatannya, setiap penjawat awam perlu menjalankan tanggunjwab sebaik mungkin,  tidak bersikap seumpama biskut `chips more’ atau dengan kata lain sekejap ada, sekejap hilang.“Saya mengakui, masih ada penjawat awam di mana-mana jabatan di negeri ini masih bersikap acuh tidak acuh dalam tugasan yang diberi selain suka mencuri masa dengan melakukan kerja tidak berfaedah ,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Tugas Pengurusan Tertinggi Pentadbiran Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Majlis penyerahan tugas antara mantan Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Wan Nawawi Ismail kepada SUK  Baharu  dan beberapa pegawai tertinggi lain itu, disempurnakan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.A Rahman sebelum ini mengalas jawatan sebagai Pegawai Kewangan Negeri.A Rahman turut memberitahu, dia akan meneruskan pentadbiran cemerlang sewaktu dipimpin SUK sebelum ini, selain menambah baik peraturan sedia ada, termasuk menguatkuasa larangan keluar masuk kakitangan dari bangunan Wisma Darul Iman. “Pendekatan itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bertujuan mendisplin kakitangan terhadap masa dan tugasan,” katanya yang sudah 36 tahun  berkhidmat dalam sektor kerajaan,” katanya.
23 May 18
54
Empty Image
Kerajaan Negeri Bantu Mangsa Kebakaran, Bina Dua Rumah Baharu
Ahmad Samsuri bertanyakan sesuatu kepada mangsa kebakaran di Kampung Losong Haji Mat Shafie, Kuala Terengganu. Foto Oleh: Teengku Syamim Tengku IsmailMajlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan TDM Berhad dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri membina dua buah rumah baharu untuk keluarga mangsa kebakaran di Kampung Losong Haji Mat Shafie, Kuala Terengganu yang hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka terbakar, malam tadi.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, hampir RM100,000 diperuntukkan bagi pembinaan dua buah rumah itu yang bakal disiapkan sebelum umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri.“Agensi kerajaan negeri iaitu Maidam dan juga anak syarikat kerajaan negeri TDM Berhad bertanggungjawab mendirikan balik rumah yang musnah dalam kebakaran ini.“Kita mengharapkan supaya sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu ini rumah-rumah ini mampu disiapkan dan mangka kebakaran boleh menjalani ibadah puasa di rumah baharu selepas ini dan menyambut hari raya puasa dalam keadaan yang lebih baik,’ ujarnya selepas menziarahi mangsa rumah terbakar di Kampung Losong Haji Mat Shafie, Kuala Terengganu, hari ini.Turut sama dalam lawatan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim.Katanya, pihak Maidam akan memperuntukkan RM58,000 untuk pembinaan sebuah rumah manakala TDM Berhad dalam lingkungan RM40,000 untuk sebuah rumah lagi bagi meringankan beban keluarga tersebut.“Kita turut mengalu-alukan bantuan daripada masyarakat untuk turut menyumbang supaya kita dapat menyiapkan dan melengkapkan lagi rumah itu dengan lebih baik.“Pembinaan kedua-dua rumah ini juga akan dipantau dari semasa ke semasa supaya dapat disiapkan dalam tempoh yang kita jangkakan,” ujarnya.Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam tadi, dua rumah musnah dalam kebakaran itu, bagaimanapun kesemua lima belas mangsa termasuk warga emas 73 tahun berjaya menyelamatkan diri.
22 May 18
120
Empty Image
Bantuan Perayaan Aidilfitri 2018 Dibuka Mulai Esok
Satiful Bahari mengadakan sidang media berkaitan Bantuan Perayaan Aidilfitri 2018Permohonan Bantuan Perayaan Aidilfitri 2018 secara dalam talian akan dibuka kepada mereka yang berkelayakan mulai esok (24 Mei) sehingga 31 Mei depan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahari Mamat, berkata mana-mana individu yang telah  membuat permohonan melalui kerajaan sebelum ini  boleh digunapakai dan tidak perlu membuat permohonan baharu.Katanya, permohonan dalam tempoh seminggu itu, hanya dibuka kepada mereka yang mahu mengemaskini maklumat dan membuat permohonan baru. Boleh melayari laman sesawang sama iaitu  http://danattb.terengganu.gov.my.“Syarat kelayakan  juga masih sama iaitu pemohon yang berpendapatan ketua isi rumah  tidak melebihi RM2,500 sebulan serta mestilah rakyat Terengganu dan perlu mendaftar sebagai pengundi.“Mereka yang berstatus bujang berusia melebihi 40 tahun dan berpendapatan bawah RM1,500 juga layak memohon,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Mesyuarat Mingguan Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Satiful berkata, bagi permohonan baharu, perbezaannya mereka tidak perlu perlu mendapatkan  perakuan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K).“Pengagihan duit dana  Bantuan Perayaan Aidilfitri 2018 dijangka dibuat seminggu sebelum menjelang Aidifitri ,”katanya.
22 May 18
54
Empty Image
Kerja Untuk Rakyat, Lipatgandakan Khidmat Untuk Mereka-MB
Ahmad Samsuri ketika berucap di Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama Warga Kerja WDI, di Dewan Besar WDI, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail.Penjawat awam di negeri ini dibawah pentadbiran baharu diseru meneruskan kerja untuk rakyat dan melipatgandakan khidmat untuk mereka.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, adalah menjadi tanggungjawab penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang seharusnya dilakukan secara kerjasama.“Masa yang ada di saat ini ialah masa untuk kita meneruskan kerja. Saya mengajak seluruh warga kerja Wisma Darul Iman (WDI) untuk kita memulakan kerja besar untuk rakyat dan melipatgandakan khidmat untuk mereka."Tanggungjawab melaksanakan kerja yang berat ini hanya boleh dilakukan secara bersama dan hubungan yang erat diantara Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan kakitangan kerajaan yang menjadi jentera bagi menggerakkan negeri yang kita dicintai untuk mencapai kemakmuran,” ujarnya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama Warga Kerja WDI, di Dewan Besar WDI, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A.Rahman Yahya, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Mohamad Wan Ibrahim, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Zainal Abidin Hussin dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Menurut beliau, gandingan jentera kerajaan dan seluruh agensi yang ada di bawah kerajaan negeri amat penting bagi memastikan kesinambungan dan penerusan gerak kerja yang akan memberikan kebaikan kepada rakyat.“Tugas yang berat ini bukan untuk saya, exco, wakil rakyat tetapi untuk kesejahteraan dan kepentingan rakyat secara keseluruhannya.“Diatas prinsip inilah kita juga meletakkan kepercayaan kepada warga kerja WDI untuk menjalankan kerja dengan penuh tanggungjawab kepada rakyat Terengganu,” ujarnya.Katanya, misi utama kerajaan kini adalah membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat.“Maka ini memerlukan satu proses transformasi pentadbiran yang berterusan dan saya mengharapkan seluruh warga kerja WDI bersama saya memikul tanggungjawab besar ini,” ujarnya.
22 May 18
69
Empty Image
3,959 Gerai Bazar Ramadan Diperiksa
Mohamad memeriksa gerai di Bazar Ramadan, Shahbandar, Kuala Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailJabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merekodkan sebanyak 3,959 lot Bazar Ramadan di Terengganu telah diperiksa sepanjang tahun lalu.Daripada jumlah itu, 3,724 gerai mencatatkan markah lebih 80 peratus ke atas, manakala 254 gerai memperoleh 60 sehingga 79 peratus dan sebuah premis telah ditutup.Manakala sebanyak 418 daripada 4, 246 gerai Bazar Ramadan diperiksa JKNT sejak awal Ramadan, baru- baru ini.Pengarah jabatan itu, Dr Mohamad Omar berkata, pada masa sama, pihaknya turut menjalankan pemeriksaan terhadap 374 pembekal bahan mentah, premis penyediaan ais dan pembekal kuih muih.Katanya, 172 sampel makanan telah diambil bagi mengetahui tahap pencemaran mikrobiologi dalam makanan."Sampel itu kemudiannya  dihantar ke Makmal Kesihatan dan Kualiti Makanan untuk dianalisis, " katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Kebersihan dan Keselamatan Makanan di tapak Bazar Ramadan Shahbandar, Kuala Terengganu, petang ini.Program itu sebagai usaha memastikan pengendali makanan terutama pengusaha yang mengunakan bahan mentah ayam dan daging mengamalkan kebersihan diri dan lokasi niaga.Secara umumnya , makanan mudah tercemar adalah lauk pauk berasaskan ayam, minuman soya dan kuih muih yang diperbuat daripada santan dan kelapa.
22 May 18
331
Empty Image
Geng Sarong Mayang UniSZA Laksana Tugas Murni
Geng Sarong Mayang sedang melipat telekung untuk kegunaan jemaah surau UniSZAMasalah telekung sembahyang dan sejadah berbau tidak lagi menjadi masalah di surau-surau di dalam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) apabila tugas membersihkan kemudahan untuk orang ramai itu kini diambil oleh `Geng Sarong Mayang’.Usaha murni yang dilakukan sekumpulan 23 penuntut Ijazah Sarjana Muda (Antropologi dan Dakwah) itu bertujuan menyelesaikan masalah membabitkan kebersihan kain telekung solat, di samping memberi kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa mementingkan kebersihan.Menggunakan tanda pagar 'dok bau doh', Geng Sarong Mayang itu turut menerima tajaan sebanyak 100 pasang telekung solat untuk diletakkan di surau-surau di universiti berkenaan.Pengarah Projek, Izzat Imran Wahid berkata, kesemua 100 telekung yang diterima itu turut dijahit dengan label 'Sarong Mayang' bagi memudahkan sukarelawan menukar setiap telekung yang berbau atau kotor."Kita sedia maklum bahawa masalah kain telekung berbau dan kotor sering dihadapi golongan wanita apabila ingin menggunakan kemudahan yang disediakan di surau-surau atau masjid itu."Malah, ada juga telekung solat yang digunakan meninggalkan kesan solekan dan bintik hitam kerana basah serta tidak digantung."Jadi, kami mengambil inisiatif ini untuk mengajar dan mendidik masyarakat agar lebih peka dengan keadaan pakaian solat sebelum beribadah selain menerapkan sikap bertanggungjawab dalam menjaga barang wakaf yang diberikan,"katanya.Jelasnya lagi, bagi menggalakkan orang ramai turut terlibat dengan kegiatan amal, kumpulan itu turut menyediakan bakul di dalam surau pada setiap hujung minggu untuk mana-mana pihak turut serta menyumbang tenaga dan pahala bagi membasuh dan meletakkan kembali telekung bersih di setiap surau di dalam UniSZA. "Pihak kami berharap projek sukarelawan ini diteruskan dan disambut baik oleh semua mahasiswa, disamping dapat memupuk budaya lebih prihatin dan cakna terhadap keadaan sekeliling”, katanya.Sementara itu, seorang sukarelawan yang ditemui Muhammad Wan Faizal Che Juhari berkata, langkah memperkenalkan program sedemikian bertepatan memandangkan masalah telekung solat berbau dan kotor sering dihadapi ramai pihak.  "Alhamdulillah, pensyarah dan kakitangan UniSZA turut menyokong usaha yang dilakukan ini bagi membantu memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat tentang kebersihan sebelum solat dan budaya wakaf."Pihak kami juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu memberi sumbangan dalam bentuk atau  kewangan dalam memastikan projek ini dapat diteruskan,"katanya.
21 May 18
200
Empty Image
TDM Rekod RM448.8 Juta Hasil Pendapatan 2017
TDM Berhad mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM448.8 juta bagi kewangan berakhir 31 Disember 2017 (FY2017) , peningkatan 4.7 peratus berbanding jumlah tahun sebelumnya sebanyak RM428.5 juta.Sementara itu, keuntungan sebelum cukai Kumpulan (PBT) melonjak 49 peratus kepada RM52.3 juta untuk (FY2017) daripada RM35.1 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat TDM Berhad, Pengerusi TDM Berhad, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail akan mengadakan sidang media berkaitan hasil pendapatan tersebut selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan TDM Berhad kali ke-53 (AGM).AGM berkenaan dijadualkan akan berlangsung 24 Mei ini di Hotel Primula Kuala Terengganu.
21 May 18
40
Empty Image
Terengganu Akan Temui Kerajaan Pusat Bincang Isu Royalti
Ahmad Samsuri ketika meninjau Bazar Ramadan Batu Enam, Kuala Nerus, petang semalam. Foto Harish FadzillahKerajaan negeri akan mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan kaedah pelaksanaan penyaluran royalti minyak dan gas kepada negeri itu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jaminan Dr Mahathir yang dikeluarkan menerusi media sosial itu sangat positif serta ditunggu-tunggu oleh rakyat Terengganu sekali gus turut mencerminkan hubungan baik antara kerajaan negeri dengan Persekutuan bagi menyelesaikan isu tuntutan royalti ini sejak sekian lama.“Saya mewakili seluruh rakyat Terengganu mengalu-alukan sebarang langkah ke arah memberikan royalti kepada Terengganu. Ini suatu yang positif dan dialu-alukan oleh rakyat Terengganu,” katanya selepas meninjau Bazar Ramadan Batu Enam, Kuala Nerus, petang semalam.Isu royalti minyak dan gas Terengganu antara Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 Pakatan Harapan yang berjanji akan menyalurkan royalti sebanyak 20 peratus kepada Terengganu sekiranya berjaya memenangi PRU berkenaan.Dalam perkembangan yang lain,  Ahmad Samsuri menganggap kenyataan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Azan Ismail yang menegaskan rakyat Terengganu tidak akan mendapat manfaat secara terus daripada royalti itu, hanyalah pandangan peribadinya.Sementara itu, beliau juga mengalu-alukan untuk meneruskan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana inisiatif itu mampu menjana ekonomi negeri dan rakyat Terengganu terutama di setiap hentian sepanjang projek itu."Secara umumnya sebarang projek yang mampu membawa keuntungan dan menjana ekonomi negeri serta rakyat kita alu-alukan."Kita berharap Kerajaan Persekutuan menimbangkannya lebih serius supaya tidak membebankan negeri dan juga rakyat Terengganu,"katanya.
20 May 18
98
Empty Image
Kembali Bersatu, Elak Permusuhan - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri bersama penduduk pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailMasyarakat terutama umat Islam di negeri ini diminta kembali bersatu dan menjalinkan silaturahim sekiranya wujud persengketaan sewaktu berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru- baru ini.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tidak elok sekiranya antara kita berterusan menyimpan  perasaan dendam dan buruk sangka.Katanya, sifat bersengketa itu amat dibenci Allah SWT dan juga Rasulullah SAW, oleh itu marilah kita bersama-sama bermaaf-maafan antara jiran, rakan sekampung dan kawan pejabat pada bulan yang mulia ini."Mulai hari ini tanamkan azam untuk bersikap mulia, berbaik sangka dan menjaga adab serta perilaku."Setiap perbuatan dan perilaku pastinya akan menjadi contoh kepada masyarakat negeri lain, " katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Tazkirah Ramadan di Masjid Jamek, Pengadang Baru, Kuala Terengganu, petang ini.Ahmad Samsuri turut berpesan supaya jangan sombong serta bangga dengan pangkat dan jawatan yang dipegang kerana semua itu, cukup kecil nilainya di sisi Allah."Apa yang penting setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul perlu laksanakan sebaik mungkin,"katanya.
18 May 18
123