Artikel "Semasa" Terkini
Kehadiran MB Meriahkan Tradisi Kelab WDI Masak Bubur Lambuk
Program memasak bubur lambuk anjuran Kelab Wisma Darul Iman (WDI) bertambah meriah dengan kehadiran pemimpin nombor satu negeri yang turun padang menyertai aktiviti menyediakan 17 kawah hidangan itu, pagi ini.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama lebih 200 pegawai dan kakitangan bergotong-royong memasak dan menyiapkan masakan sempena sambutan Ramadan di perkarangan WDI, bermula jam 9 pagi.Turut serta, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.Sementara itu, penyelaras program, Mohd Sophian Abu Bakar berkata, kakitangan mula membuat persiapan memasak pada jam 8 pagi dan selesai kira-kira empat jam kemudian sebelum diagihkan secara percuma kepada kira-kira 1,200 kakitangan WDI."Sebanyak 17 kawah bubur lambuk dimasak termasuk satu kawah sumbangan Adabi (Consumer Industries Sdn Bhd). Pertama kali syarikat korporat menyertai program seumpama ini di samping mempromosikan produk keluaran mereka kepada kakitangan."Sebanyak 2,400 bubur dipaketkan untuk diagihkan kepada sesama kakitangan, manakala 600 paket lagi diedarkan secara percuma kepada pengguna jalan raya di depan Wisma Darul Iman bermula jam 2 petang," katanya kepada Teganukita, hari ini.Beliau yang juga Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) berkata, sambutan baik dan komitmen yang diberikan pertugas sejak program ini diperkenalkan tahun lalu menyebabkan kelab itu memutuskan untuk meneruskan program yang sama buat kali kedua dan akan dijadikan sebagai acara tahunan pada masa akan datang.
30 May 18
294
Sultanah Terengganu Sampaikan Sumbangan Kepada Golongan Asnaf
Sultanan Nur Zahirah berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf. Foto Harish Fadzillah Abu KassimSultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenaan berangkat bagi mengurniakan sumbangan Aidilfitri Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) 2018 di di Dewan Az-Zahra' Istana Syarqiyyah Chendering, di sini, hari ini.Baginda turut diiringi anakanda, Nur Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin.Tradisi menyampaikan sumbangan wang tunai dan hamper kepada 350 asnaf serta penenun songket itu bertujuan meringankan beban mereka sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi.Hadir sama ke majlis berkenaan, isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Abul Rahmad, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah YTNZ dan Pengerusinya, Datuk Ridzuan Radziwill.Ridzuan ketika ditemui berkata, kesemua penerima Sumbangan Aidilfitri YTNZ 2018 memperoleh wang tunai RM100 serta hamper barang keperluan harian."Tahun ini adalah tahun ketiga program ini diadakan bagi membantu meringankan beban golongan sasar yang layak merima bantuan." Pada tahun ini juga YTNZ juga mempunyai kedudukan kewangan yang lebih baik hasil daripada sumbangan beberapa badan korporat dan jualan songket penenun YTNZ," katanya yang ditemui di Dewan Az-Zahra' Istana Syarqiyyah Chendering, di sini.Ridzuan berkata, YTNZ yang ditubuhkan sejak 2007 di bawah naungan Tuanku Nur Zahirah bermatlamat memperbaiki taraf hidup melalui warisan dengan menciptakan peluang pekerjaan bagi penenun dan pekerja seni."Selain menyediakan peluang pekerjaan, YTNZ juga membantu dari segi kewangan dengan membeli hasil tenunan penenun di negeri ini. "Justeru, dengan hasil dan sumbangan yang diperoleh ini, pihak kami berharapdapat meneruskan tradisi memberi sumbangan ini pada tahun-tahun akan datang,"katanya
29 May 18
754
Kerajaan Negeri Mahu Lebih Ramai Terima Dana Raya
Ahmad Samsuri mengagihkan juadah berbuka puasa. Foto Tg Syamim Tg IsmailKerajaan negeri membuat keputusan mengurangkan jumlah bantuan Dana Raya Aidilfitri 2018 kepada RM250 berikutan mahu lebih ramai rakyat Terengganu yang berkelayakan menerima agihan dana itu.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mohktar, berkata bagaimanapun jumlah peruntukan kerajaan bagi tujuan itu masih sama, hanya jumlah agihan kepada penerima dikurangkan kerana mahu seramai mungkin rakyat menikmati dana itu.Katanya, ini kerana selepas kerajaan Pas mengambil alih pentadbiran, beliaumendapati sebilangan besar mereka yang berkelayakan tertinggal atau mungkin terlupa untuk membuat permohonan."Menyedari perkara itu, kerajaan membuka kembali laman sesawang pada minggu lalu bagi memberi peluang kepada mana- mana yang belum berbuat demikian (permohonan baru)."Saya percaya dengan cara itu, pastinya jumlah penerima akan bertambah, " katanya.Berdasarkan rekod, seramai 239,323 pemohon berjaya melepasi syarat-syarat yang ditetapkan dengan bayaran membabitkan RM88.7 juta pada tahun lalu.Mereka menerima bayaran antara RM300 dan RM400 bergantung kepada kategori iaitu berpendapatan rendah, orang kurang upaya (OKU), ibu atau bapa tunggal dan warga emas.Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Bersama Anak Yatim dan Warga UMT di Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT, Kuala Nerus, petang ini.Pada majlis itu, seramai 121 individu terdiri daripada anak yatim, OKU dan fakir miskin menerima bantuam kelengkapan raya.Ahmad Samsuri memberitahu, program seumpama itu wajar diteruskan bagi meraikan mereka yang serba kekurangan."Apa yang diusahakan UMT itu patut dicontohi pihak lain kerana pada masa sama mampu mengeratkan hubungan masyarakat luar dengan warga UMT," katanya.
29 May 18
40
Kebersihan Bazar Memuaskan, Peniaga Patuhi Peraturan
Tahap kebersihan di bazar Ramadan di negeri ini sangat memuaskan apabila sebahagian besar peniaga mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata, kesemua 2,091 daripada 4,246 gerai di bazar Ramadan seluruh negeri yang diperiksa setakat ini mematuhi piawaian yang ditetapkan.Katanya, beliau sangat berpuas hati dengan tahap kebersihan yang diamalkan oleh semua peniaga di bazar Ramadan."Sebagai contoh, hasil tinjauan saya di bazar Ramadan Batu Burok yang mempunyai 249 gerai ini mendapati rata-rata pengendali makanan menjaga tahap kebersihan gerai, cara pengendalian makanan dan pengendali itu sendiri berada di tahap yang amat memuaskan dengan mengambil suntikan yang disyaratkan dan sebagainya."Berniaga memang dituntut oleh Islam dan merupakan sunnah Rasulullah S.A.W tetapi kita hendaklah memastikan kepentingan pelanggan menjadi keutamaan dengan menjaga aspek-aspek seperti kebersihan, kualiti makanan yang dijual dan sebagainya agar pelanggan berpuas hati," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan Operasi Bersepadu Bazar Ramadan Batu Burok, hari ini.Turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri Dr Mohammad Omar.Katanya, beliau juga mengharapkan pemantauan tahap kebersihan dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa agar perkara yang tidak diingini sperti keracunan makanan tidak berlaku di negeri ini.
28 May 18
104
Media, Hotel Permai Kolaborasi Agih 150 Pek Juadah Sahur
Rozainah (dua dari kanan) bersama Noralizan (kiri) menyerahkan juadah sahur kepada petugas di HSNZ. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimPersatuan Karyawan Kreatif Terengganu dengan kerjasama Hotel Permai meneruskan tradisi tahunan dalam menyantuni golongan yang kurang berkemampuan termasuk petugas di jabatan kerajaan yang bersengkang mata berkhidmat pada waktu malam hingga pagi.Presiden Karyawan, Rozainah Zakaria, berkata program itu sebagai tanda kecaknaan dan memberi keceriaan kepada golongan yang memerlukan perhatian dan keprihatinan masyarakat sekeliling termasuk dari badan bukan kerajaan."Tahun ini kita memilih golongan gelandangan di sekitar bandar raya ini dan petugas Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri yang bertugas demi menjaga keamanan serta kesejahteraan awam."Hotel Permai menyediakan sebanyak 150 pek juadah sahur berupa nasi dan ayam goreng, sambal bilis dan kurma serta air mineral untuk diagihkan dan ini merupakan kerjasama buat kali pertama pihak kami dalam melaksanakan kerja amal, "katanya selepas menyampaikan juadah sahur kepada anggota JBPM, di Kuala Terengganu, semalam.Program yang bermula 10 malam hingga 2 pagi, turut disertai Pemangku Pengurus Besar Hotel Permai, Noralizan Abd Rahman serta lebih 30 orang petugas hotel dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Karyawan.Rozainah berkata, selain program itu, pihaknya dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) juga akan menganjurkan acara bersahur beramai-ramai di puncak Bukit Besar dalam masa terdekat yang dimulakan dengan pendakian pada waktu malam.Sementara itu, Noralizan berkata, kolaborasi pada kali ini dapat mengeratkan silaturahim selain pada pada masa yang sama mampu membantu mempromosikan Hotel Permai."Pihak kami bersedia berkolaborasi dengan mana-mana pihak yang ingin melakukan kerja amal kerana bagi saya.. dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain dan tidak salah untuk berkongsi," ujarnya.
27 May 18
87
Program Jelajah Ramadan Ceriakan 40 Anak Yatim
Omar menyampaikan sumbangan kepada anak yatim yang terpilih dalam program Jelajah Ramadan. Foto oleh Harish fadzillah Abu Kassim.Seramai 40 anak yatim ceria apabila menerima barangan keperluan harian dan wang tunai menerusi Program Jelajah Ramadan anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).Menurut Pengurus Ketengah, Omar Ismail, sebelum itu anak-anak yatim dari tiga buah sekolah di wilayah Ketengah di Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan Bukit Besi, Dungun dibawa ke Kuala Terengganu untuk membeli-belah pakaian hari raya."Mereka juga diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama pengurusan Ketengah, pengurusan RTM Terengganu dan pengamal media."Program kolaborasi ini dibiayai oleh Tabung CSR Ketengah Holding Sdn Bhd iaitu anak syarikat Ketengah dan Jelajah Ramadan ini merupakan sebahagian program tahunan Ketengah bagi membantu golongan yang memerlukannya," katanya kepada pemberita di Program Jelajah Ramadan 1439H/2018M, semalam.Turut hadir, Pengarah RTM Terengganu, Lokman Muda serta pengamal media.Program yang berlangsung dua hari bermula dengan majlis berbuka puasa yang dihadiri hampir 500 penduduk kampung serta penyampaian bantuan kepada golongan asnaf fakir dan miskin di Kampung Basong, Hulu Terengganu.Tambah Omar lagi, program yang dijalankan secara kolaborasi dengan RTM lebih menjurus ke arah menyantuni golongan yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan juga penduduk yang uzur serta memerlukan bantuan."Semoga sumbangan dan bantuan ini dapat membantu meringankan beban serta menceriakan penduduk yang berada dalam wilayah Ketengah yang sememangnya sentiasa diberi perhatian oleh pihak kami," ujarnya.
27 May 18
201
30 Pelajar Kurang Upaya Antara Penerima Sumbangan Raya YDSM
Allif diiringi guru besar sekolahnya, Shahdan menerima sumbangan yang dikurniakan Sultan Mizan kepada fakir miskin dan pelajar sekolah, di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailSeorang kanak-kanak cacat penglihatan, Mohd Allif Firdaus Adnan teruja apabila dapat bersalaman dengan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi menerima bantuan sempena Hari Raya Aidilfiri Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) kepada fakir miskin dan pelajar sekolah, di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, hari ini.Pelajar Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuala Terengganu (SKPKKT) yang diiringi guru besar, Ahmad Shahdan Ishak itu, mewakili 30 rakannya yang cacat penglihatan dan pendengaran.“Suka sangat dapat salam dengan Sultan. Saya gembira selepas cikgu beritahu akan wakil kawan-kawan. Walaupun tidak dapat melihat, saya tetap gembira dapat menjejakkan kaki dalam istana yang pastinya cantik ini."Saya akan beri sumbangan ini kepada mak dan pastinya dapat bantu ringankan beban mak dan ayah untuk buat persiapan pakaian hari raya. Mak hanya surirumah, ayah pula juruelektrik dengan pendapatan tidak seberapa,”katanya.Menurut Shahdan, pelajar di SKPKKT saban tahun berpeluang menerima sumbangan dari YDSM dan inisiatif itu amat membantu golongan pelajar yang tidak bernasib baik berkenaan bagi membuat persiapan hari raya dengan ceria seperti kanak-kanak normal yang lain.Sultan Mizan dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenaan mengurniakan sumbangan berkenaan kepada setiap penerima. Turut mengiringi baginda, anakanda Nur Nadhirah Zahrah dan Tengku Fatimatuz Zahra.Hadir sama, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faezah Tuan Ab Rahman serta Ahli lembaga Pemegang Amanah YDSM, Dato’ Mohd Fadzli Yusof.Sementara itu, 30 pelajar kurang upaya berkenaan termasuk dalam 530 penerima di kalangan fakir miskin dari seluruh Terengganu dengan nilai sumbangan keseluruhan berjumlah RM186,500.Daripada jumlah berkenaan, 240 pelajar menerima RM200 seorang, 60 pelajar dari dua madrasah (RM200 seorang), 200 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri (RM400 seorang dan hamper barangan keperluan RM150).Selain itu, 20 bekas pemain hoki negeri dan 10 bekas pemain bola sepak negeri turut menerima bantuan serupa sepertimana penerima bantuan JKM.Selain SKPKKT, sekolah lain yang menerima bantuan pada tahun ini adalah SK Chendering, SK Kubang Ikan, SK Bukit Bayas (Kuala Terengganu), SK Pulau Redang (Kuala Nerus), Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri (Kuala Nerus) dan Sekolah Menengah Agama Marang, Marang.
27 May 18
382
Kerajaan Negeri Kaji Semula Projek Terbengkalai
Ahmad Samsuri berkata sesuatu kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Raya 2018 anjuran Muaz Force Sdn Bhd di pasar raya Mydin Mall, Gong Badak, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan negeri akan mengkaji semula projek-projek mega di seluruh Terengganu yang terbengkalai termasuk Taman Ilmu di Tembila, Besut.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, komitmen kerajaan negeri kini adalah membangunkan dan menjayakan semula semua projek yang gagal.“Langkah pertama yang saya buat ialah minggu depan saya akan berkunjung ke Taman Ilmu bersama dengan pihak-pihak yang berkenaan untuk melihat kedudukan terakhir dan mencari jalan selepas itu bagaimana untuk kita membuat sesuatu supaya ianya memberi manfaat.“Sebab yang paling penting kepada kita adalah bukan sekadar untuk menyelamatkan projek-projek yang diiktirafkan sebagai gagal, atau yang menimbulkan masalah tetapi untuk menjadikan projek-projek yang sedemikian itu bermanfaat kepada rakyat terutama kepada masyarakat sekitar tanpa memberi bebanan kepada pihak kerajaan negeri,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas mengenai perkembangan Taman Ilmu selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Raya 2018 anjuran Muaz Force Sdn Bhd di Pasar Raya Mydin Mall, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Pengerusi Eksekutif Muaz Force Sdn Bhd, Dato’ Seri Zakaria Abdul Razak dan Pengarah Urusan Muaz Force Sdn Bhd, Mohd Azrul Zakaria.Menurut Ahmad Samsuri, selain Taman Ilmu, kerajaan negeri turut memberi perhatian kepada projek-projek mega lain yang terbengkalai semasa pemerintahan kerajaan terdahulu.“Kita juga akan mengadakan lawatan terhadap senarai projek belum siap, tidak dapat disiapkan atau timbul masalah. Kita akan lihat kesemuanya satu persatu dan cuba mencari jalan penyelesaian tanpa membebankan kerajaan negeri dan memberi keuntungan serta limpahan ekonomi kepada rakyat.“Kerajaan negeri mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan daripada sesiapa sahaja termasuk dari rakyat sendiri berkaitan ‘projek-projek sakit’ yang dilaksanakan oleh pentadbiran yang lepas. “Sekiranya rakyat memberi cadangan yang kita rasakan boleh dilaksanakan untuk menukar ganti daripada keadaan yang gagal ini kepada yang lebih baik kita boleh bincang dan terima pandangan kerana kerajaan ini adalah kerajaan bersama dengan rakyat,” katanya.
26 May 18
244
Muaz Force Sumbang Pakaian Raya Kepada Kakitangan
Ahmad Samsuri menyarungkan baju melayu kepada kepada seorang kanak-kanak sempena Majlis Sumbangan Pakaian Raya Di Mydin Mall Gong Badak, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimSyarikat perkhidmatan kawalan keselamatan, Muaz Force Sdn Bhd mengambil inisiatif membantu kakitangannya yang kurang berkemampuan dengan menghulurkan sumbangan berbentuk baucar pakaian raya sempena kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.Seramai 278 penerima seluruh negeri yang terdiri daripada pengawal keselamatan, ibu dan bapa tunggal serta anak yatim menerima sumbangan baucar bernilai RM300 untuk pembelian keperluan kelengkapan raya di pasar raya Mydin Mall.Setiausaha Eksekutif Muaz Force Sdn Bhd, Nurafifa Dayana Hasbullah berkata, objektif utama penganjuran program tersebut adalah bertujuan membantu warga kerja Muaz Force Sdn Bhd menyediakan keperluan pakaian raya untuk diri sendiri dan ahli keluarga.“Ini merupakan tangunggjawab sosial korporat syarikat kami bagi membantu para pekerja dan golongan memerlukan setiap kali Ramadan dan ini merupakan kali keempat program ini diadakan,” ujarnya kepada pemberita di Majlis Penyampaian Sumbangan Raya 2018 yang disempurnakan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Mydin Mall Gong Badak, hari ini.Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Pengerusi Eksekutif Muaz Force Sdn Bhd, Dato’ Seri Zakaria Abdul Razak dan Pengarah Urusan Muaz Force Sdn Bhd, Mohd Azrul Zakaria.Sementara itu, Ahmad Samsuri turut memuji pendekatan yang dilaksanakan oleh syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan itu dalam membantu kakitangan yang memerlukan.“Tahniah kepada Muaz Force Sdn Bhd kerana meringankan beban kakitangan untuk menyambut Aidilfitri.“Selain memberikan kegembiraan kepada mereka, program sebegini mampu mengeratkan hubungan antara pekerja dan syarikat dan diharapkan syarikat-syarikat yang lain juga mengambil langkah yang sama,” ujarnya.
26 May 18
487
Terengganu Sasar Jadi Koridor Pelancongan Islam Antarabangsa
Kerajaan negeri mensasarkan untuk menjadikan Terengganu sebagai Koridor Pelancongan Islam Antarabangsa dan Hab Industri Batik Dunia sekaligus membangunkan industri pelancongan dan sokongan pelancongan di negeri ini.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Terengganu mempunyai banyak kapasiti yang boleh dibangunkan untuk menjadi hab pelancongan."Sekarang ini, negara kita yang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia termasuk dari Timur Tengah tetapi sebahagian besar tidak berkunjung ke negeri ini."Jadi tumpuan kita sekarang ini adalah kita menarik mereka untuk datang ke negeri Terengganu,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar dan Porfolio Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri bersama pengiat-pengiat industri pelancongan di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman.Katanya, Terengganu sepatutnya menjadi destinasi pilihan sekiranya pelancong ingin melihat keindahan alam semulajadi dan seni warisan budaya."Kita mempunyai banyak perkara yang boleh ditonjolkan tetapi kita tidak menonjolkan seperti sepatutnya seperti suasana hidup masyarakat Melayu Islam, keindahan pantai dan pulau-pulau dan sebagainya," ujarnya.Ahmad Samsuri berkata, hab pelancongan bukan sahaja berupaya menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke negeri ini malah menyumbang kepada pembangunan ekonomi rakyat dan negeri.Katanya, pentadbiran kerajaan dibawah pimpinan Pas mempunyai satu tanggungjawab kepada masyarakat untuk memperkenalkan industri pelancongan, perindustrian dan sebagainya berlandaskan Islam sebagai rujukan dan garis panduan dalam membuat pertimbangan.
24 May 18
148