lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Jangan Jadikan Puasa Sebagai Alasan Malas Bekerja
A. Rahman berbual mesra dengan kakitangan Wisma Darul Iman. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Penjawat awam di negeri ini diingatkan supaya tidak  menjadikan alasan berpuasa sebagai malas bekerja, sebaliknya  perlu dilihat sebagai motivasi untuk lebih berusaha dan berjaya..Setiusaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, berkata  mereka  perlu menjadikan  ibadah itu sebagai motivasi mengumpul amalan dan pahala untuk bekalan di akhirat kelak.Katanya, mereka perlu berfikir sekiranya berterusan bersikap lembik’ (malas bekerja), adakah rezeki yang dibawa pulang untuk keluarga dan anak-anak, adakah ianya berkat. “Oleh itu, marilah kita bersama-sama muhasabah diri, ubah sikap malas bekerja kepada kepada bersikap professional, bersemangat dan jujur dalam menjalankan tugas,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulan Warga Kerja Wisma Darul Iman (WDI)  di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, hari ini.A Rahman turut berpesan agar tidak terbawa-bawa semangat kepartian masing-masing ketika berurusan perihal kerja.“Jangan terbawa-bawa semangat kepartian sehinggakan ada yang bermasam muka, berprasangka tidak elok sesama sendiri, meregangkan hubungan persahabatan atau perpaduan. “Mereka perlu setia dan patuh apa yang dilaksanakan kerajaan baharu, supaya mudah melaksanakan dasar yang bakal dirancang nanti,”katanya
05 Jun 18
201
Empty Image
Kawat Prihatin Derita Ibu Tunggal Hidap Kencing Manis Kronik
Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) terpanggil untuk berkongsi kisah duka seorang ibu tunggal, Rosiana Rosli, 37, yang menderita penyakit kencing manis kronik di rumahnya di Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit, hari ini.Rosiana yang kudung kaki kanan sehingga lutut, selain kehilangan jari telunjuk kanan dan kaki kiri yang turut berisiko dipotong akibat penyakit itu, tinggal di rumah yang uzur bersama anak tunggalnya, Mohd Shahrul Azim Mohd Rozi, 12, yang lembam dan seorang adik lelaki, Rohaimi, 36, juga mengalami masalah mental.Inisiatif digembleng Kawat bagi menyampaikan sumbangan sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi itu disertai sekumpulan wakil media daripada beberapa agensi di Terengganu. Turut serta, Timbalan Presiden Kawat, Ahmad Syafri Husnaini Mohamad.Rosiana berkata, dia terharu dengan keprihatinan kumpulan media yang pertama kali mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepadanya sejak tidak dapat berjalan dan bekerja seperti biasa akibat kehilangan anggota badan itu.Dia yang mula menderita sakit itu sejak 12 tahun lalu ketika mengandungkan Mohd Shahrul menyebabkan kakinya dipotong pada Ogos 2014, berharap ada pihak yang tampil membantunya untuk menguruskan kehidupan dengan lebih sempurna terutama menyediakan tandas dan bilik air yang sesuai dan lebih sistematik.“Sejak kehilangan kaki akibat sakit ini, saya tidak dapat menguruskan diri dengan baik dan perlu mengengsot untuk ke mana-mana selain menggunakan kerusi roda yang disumbangkan guru sekolah anak saya.“Sukar untuk saya bergerak ke tandas dan bilik air di bahagian dapur kerana kedudukannya jauh serta menyukarkan pergerakan saya. Jadi  saya berharap ada pihak dapat membantu menyediakan kemudahan itu untuk keselesaan saya yang terpaksa menguruskan diri sendiri,”katanya.Rosiana yang kehilangan sumber pendapatan sejak menderita sakit itu, kini bergantung kepada bantuan saudara-mara terdekat dan jiran termasuk ibu sepupunya, Saidatul Hanas Chik, 66, yang sering menjenguk dan membantunya jika berdepan kesulitan serta berulang-alik mendapatkan rawatan susulan di klinik kesihatan berdekatan.Rosiana yang kelihatan cekal biarpun sedang berdepan ujian getir tanpa suami untuk bergantung harap selepas bercerai dua tahun lalu, berharap Aidilfitri ini memberi sinar kepada kehidupannya sekeluarga hasil keprihatinan pelbagai pihak yang boleh membantu mengurangkan kesengsaraan sedang dihadapinya kini.Sementara itu, Ahmad Syafri berkata, Kawat sekadar menghulurkan sumbangan kecil bagi mengurangkan bebanan ditanggung Rosiana dengan menyampaikan sedikit kewangan dan barangan dapur.Beliau juga berharap lawatan serta pendedahan oleh rakan media mengenai kisah ibu tunggal itu membuka mata pihak lain sama ada orang perseorangan serta badan korporat untuk membantu mangsa agar dapat melalui hidup lebih positif dan baik.
05 Jun 18
131
Empty Image
Kerajaan Negeri Sedia Terima Pandangan, Kritikan
Dr. Ahmad Samsuri ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Tadbir Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri sentiasa bersedia menerima sebarangan pandangan dan kritikan daripada mana-mana pihak demi kepentingan rakyat khususnya dan negeri amnya.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, anggota pentadbiran kerajaan mahupun rakyat berhak untuk membuat kritikan yang bertujuan memberi kebaikan kepada corak pentadbiran kerajaan kini.“Kita hendak ubah satu paradigma pemikiran bahawa ‘The Boss Is Always Right’. Pada saya,  itu adalah satu pandangan yang silap. Kita bekerja dalam satu pasukan dan bila dalam satu pasukan, setiap diantara kita daripada bawah sampai ke atas termasuklah menteri besar haruslah berada dalam keadaan minda yang bersedia untuk terima sebarang pandangan mahupun kritikan.“Sepanjang perjalanan kita memerintah kerajaan, ada perkara-perkara yang kita terlepas pandang yang mungkin disedari oleh anggota pentadbiran yang lain termasuklah rakyat sendiri yang melihat kelemahan, kekurangan dan penambahbaikan yang boleh dibuat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Tadbir Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, anggota pentadbiran kerajaan termasuk pegawai tadbir negeri dan rakyat berhak menyuarakan pandangan dengan cara yang baik bagi mencapai objektif kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah dan membina Negeri Terengganu kearah yang lebih baik dengan penuh kasih sayang.“Akan ada satu pihak yang beri pandangan dan satu pihak terpaksa menerima pandangan dan saya selaku menteri besar yang dilantik di Negeri Terengganu ini dengan terbuka hati bersama dengan anggota pentadbiran kerajaan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-Ahli Parlimen, InsyaAllah kami akan menjadi kumpulan yang bersedia untuk menerima pandangan mahupun kritikan demi kesejahteraan rakyat dan negeri,” ujarnya.
05 Jun 18
45
Empty Image
Kenderaan Amphicoach Untuk Pelancongan Diteruskan - Ariffin
Kenderaan Amphicoach atau bas dua alam akan diteruskan bagi tujuan tarikan pelancongan ke negeri Terengganu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman.Katanya, kenderaan tersebut yang sedang dalam tempoh pembaikian bagi mengatasi masalah “overheating’ adalah di bawah tanggungjawab pihak pembekal sepenuhnya disebabkan kerajaan negeri masih belum membuat sebarang penerimaan pembelian kenderaan tersebut.Dalam sidang media  selepas mendengar taklimat Status Projek Pembangunan berkaitan pelancongan di Jabatan Kerja Raya (JKR), Bukit Kecil, di Kuala Terengganu beliau berkata, pihaknya melihat secara positif berkaitan perkara berkenaan kerana ia mampu semarakkan industri pelancongan Terengganu dan sebagai negeri pertama di Asia mempunyai kenderaan itu.Katanya, pihak kerajaan negeri menjangkakan pada Oktober ini, ia dapat diserahkan kepada pengurusan Taman Tamadun Islam (TTI) untuk tujuan tarikan pelancongan.Menurutnya, pembekal kini dalam tempoh berdenda (LAD) selama 211 hari (sehingga 5 Jun 2018) dan kos denda berjumlah RM1,100.67 sehari kerana gagal menghantar dan menyerahkan kenderaan tersebut secara sempurna mengikut skop projek.“Setelah semua disempurnakan dengan menemuhi keperluan dan justifikasi yang dijanjikan oleh pihak kontraktor, kerajaan negeri barulah akan membuat penerimaan pembelian tersebut,” katanya.Kerajaan negeri membuat pembelian satu unit kenderaan Amphicoach dengan kelulusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada 30 April 2014 dengan harga RM3,302,000 untuk tujuan pelancongan  dan kenderaan semasa banjir.Bagaimanapun menurut Ariffin, kenderaan itu hanya sesuai untuk tujuan pelancongan sahaja.Dalam perkara lain, mengenai laluan persiaran rekreasi (Double Road Frontage Fasa 2 dari Pasar Payang ke Taman Shahbandar, Ariffin berkata, ia akan diserahkan kepada pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak lama lagi.“Laluan ini bersesuaian, sekitarnya boleh memuatkan 400 parking kenderaan, menggabungkan Jalan Persiaran, laluan pejalan kaki, laluan jogging, wakaf, landskap taman dan jeti pelancongan melengkapi antara satu sama lain,” katanya.Tambah beliau lagi, ia memberi keselesaan bukan sahaja kepada pelancong dari luar, malah akan turut dinikmati oleh komuniti setempat.
04 Jun 18
75
Empty Image
Terengganu Rekod 1,077 Kes Ingkar Perintah Nafkah
Replika cek bantuan pendahuluan nafkah RM200,000 daripada Maidam kepada Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.Tengku Mohd Syamim Tengku IsmailBahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah Terengganu merekodkan 1,077 kes ingkar perintah nafkah sejak 2009 hingga 2017.Daripada jumlah itu, sebanyak  421 kes difailkan ke Mahkamah Syariah Terengganu bagi tujuan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, berdasarkan statistik kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah anak oleh BSK Jabatan Kehakiman Syariah di Mahkamah Syariah itu jelas menunjukkan masalah ingkar perintah nafkah menjadi satu masalah yang serius dewasa ini yang boleh memberi kesan kepada pada masa depan anak-anak.“Kerajaan negeri sentiasa menyokong penuh usaha murni dan komitmen Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dalam menyalurkan bantuan pendahuluan nafkah kepada ibu-ibu dan anak-anak yang tidak mendapat nafkah ini. Soal kerukunan keluarga rumahtangga dan kesejahteraan keluarga rakyat Terengganu menjadi agenda utama kerajaan negeri.“Kita juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati cuai dan gagal mematuhi serta melaksanakan perintah Mahkamah Syariah. Amat tepat untuk saya nyatakan bahawa program penyaluran dana yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu ini adalah merupakan satu agenda yang amat tepat berteapatan dengan manifesto pentadbiran kerajaan negeri yang menggariskan Karnival kahwin Kali pertama Percuma di mana elemen pemberian nafkah kepada pasangan dan juga anak adalah dititik beratkan dalam pembangunan kekeluargaan,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas melancarkan Majlis Penyampaian bantuan pendahuluan Nafkah Siri 1/2018, di Bilik Gerakan, Tingkat 5, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd.Pada kali ini, seramai 34 penerima mendapat bantuan siri pertama yang berjumlah keseluruhan RM50,050 melibatkan asnaf dan fakir miskin menerusi wang zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) melalui Akaun Amanah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.Maidam memperuntukkan wang bantuan untuk diagihkan kepada ibu dan anak berkelayakan yang berdepan masalah tunggakan nafkah anak di Mahkamah Syariah Terengganu sejak 2014 lagi.Selain itu, beliau juga mahu menarik perhatian semua bahawa antara manifesto ke-12 yang akan diperkenalkan oleh kerajaan negeri adalah menyediakan kad sejahtera RM500 setahun bagi golongan yang berpendapatan rendah.
04 Jun 18
134
Empty Image
Terengganu Jalin Hubungan Baik Dengan Pusat- Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri bersalaman dengan tetamu termasuk kanak-kanak yang menghadir iMajlis Berbuka Puasa Daerah Dungun, di Masjid Hadhari Paka, petang semalam . Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri akan menjalankan hubungan yang baik dengan kerajaan Persekutuan,walaupun mungkin berbeza pentadbiran politik, demikian ditegaskan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Katanya, bukan Terengganu sahaja, malah negeri-negeri yang lain juga yang berbeza kedudukan politik memerlukan hubungan yang baik untuk kepentingan rakyat, kerana politik di negara ini masa kini amat unik sifatnya.Beliau mengulas pertemuan Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan beliau selaku mewakili pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi semalam.Ia adalah pertemuan tidak rasmi, tidak ada apa apa agenda khusus dibincangkan, katanya ringkas.“Kami amat berbesar hati atas penerimaan Perdana Menteri bagi pertemuan itu. Yangpenting ialah keperluan memperkasakan hubungan kerajaan negeri dan pusat,” katanya kepada wartawan di Majlis Berbuka Puasa Daerah Dungun, di Masjid Hadari Paka petang semalam.Turut hadir, pengerusi Jawatankuasa pelaksanaan Syariah, pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paka.Ahmad Samsuri berkata, Perdana Menteri turut memberi respon yang sama mengenai perkara itu (hubungan yang baik negeri dan Pusat).Ditanya adakah dalam pertemuan itu dibincangkan mengenai royalty minyak, Dr Samsuri berkata beliau tidak mahu menyebut apa apa lagi tentang perkara itu kerana pertemuan dan perbincangan pagi semalam adalah “private discussion’.  “Yang penting kita memikirkan perkara ke hadapan, perkara yang lepas, dikira lepaslah tidak perlu dibangkitkan,” tegasnya. Beliau tidak menolak kemungkinan akan ada pertemuan susulan lagi selepas ini.Menteri Besar Terengganu itu juga memberitahu pada 27 Jun depan akan ada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan dihadiri oleh Menteri-Menteri Besar.
04 Jun 18
89
Empty Image
Kembara 200km Pengemudi UniSZA Agih Makanan Sahur
Sebanyak 200 juadah sahur diagihkan kepada petugas yang bekerja pada waktu malam di sepanjang jalan bermula Ladang Pasir Akar, Besut sehingga ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus sempena Kembara Sahur Persatuan Kakitangan Pengurusan dan Profesional (Pengemudi), UniSZA.Lebih 20 tempat membabitkan perjalanan 200 kilometer menjadi  lokasi persinggahan 10 ahli Pengemudi yang menyertai Kembara Sahur itu  untuk mengedar juadah sahur yang bermula sekitar jam 10 malam sehingga 5 pagi.Pengerusinya, Mohd Termizi Aziz berkata, program Kembara Sahur itu merupakan sebahagian daripada programkemasyarakatan sempenan Ramadan oleh Pengemudi UniSZA dalam mendekati semua golongan  masyarakat warga kota yang bertugas pada waktu malam.“200 pek makanan sahur telah kami edarkan di semua tempat antaranya stesen minyak, universiti, balai polis, kedai serbaneka dan hospital.“Makanan berupa set nasi beriani serta air dan kurma diberikan pada setiap mereka supaya dapat mencuri sedikit masa mengisi perut untuk sahur,” katanya pada program berkenaan. Tambahnya lagi, kesibukan sehingga terlepas waktu bersahur adalah lumrah bagi rata-rata mereka yang bekerja di waktu malam kerana perhatian yang tinggi terhadap tugasan masing-masing.Menurut Termizi, program seumpama ini masuk tahun ketiga penganjuran dan akan terus dilaksanakan bagi mendekati petugas  yang melaksanakan kerja mereka dengan penuh dedikasi.Sementara itu, seorang pegawai keselamatan, Mohd Alif Afizi, 29, berkata, inisiatif mengedarkan pek sahur di tempat kerja sedikit sebanyak memberi kegembiraan buat kakitangan di situ.“Terharu sebenarnya sebab kerana masih ada yang prihatin dengan kebajikan petugas yang melaksanakan tugas hingga ke dinihari pada Ramadan sehingga adakalanya tidak sempat pun bersahur.“Kesibukan di pos keselamatan sudah menjadi sebati buat saya dan berkhidmat ketika awal Syawal juga bukan lagi perkara baharu walaupun hanya baru hampir tiga tahun di UniSZA Kampus Besut ini,” katanya.
03 Jun 18
60
Empty Image
Teruskan Peranan Sebar Maklumat-Mohd Nor
Mohd Nor (duduk tengah) bergambar bersama sebahagian kakitangan UKOM di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailUnit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) diminta terus memainkan peranan membantu menyebarkan dasar kepemimpinan kerajaan baharu dari semasa ke semasa.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, UKOM yang akan dijenamakan semula diharap akan terus menyebarluaskan polisi serta dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat umum.“Sudah menjadi tanggungjawab UKOM untuk menyampaikan maklumat dan informasi yang tepat, benar serta terkini kepada masyarakat sehingga akar umbi mengenai pentadbiran kerajaan negeri masa kini.“Selain memperjelas segala isu, unit ini turut berperanan menjawab segala pemberitaan tidak benar yang mungkin menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat,” ujarnya ketika berucap di Majlis Perjumpaan Bersama Kakitangan UKOM di pejabatnya di Wisma Darul Iman, hari ini.Dalam pada itu, Mohd Nor turut mengingatkan agar sumber tenaga yang ada di UKOM digunakan sepenuhnya kerana ianya merupakan amanah dari Allah S.W.T. “Walaupun kerajaan berubah, sebagai kakitangan awam kita perlu teruskan kerja seperti biasa dengan mengenepikan ideologi dan pendirian masing-masing dan sentiasa mencari keberkatan dalam bekerja,” ujarnya.
03 Jun 18
31
Empty Image
Pekida Terengganu Sedia Kerjasama Dengan Pas
Ahmad Samsuri menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim. Foto Harish Fadzillah KassimPertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Terengganu sedia bekerjasama dengan mana-mana kerajaan pemerintah dan menafikan ia menjadi ‘alat’ kepada Umno.Pengerusi Pekida Terengganu, Zabidi Zahid berkata, Pekida adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan kebebasan berpolitik kepada lebih 4,000 ahlinya di seluruh negeri.“Kita NGO bebas dan kita memberikan kebebasan berpolitik kepada ahli, siapa sahaja yang terajui negeri atau negara kita akan sedia sokong dan bekerjasama sekalipun berlakuperlaihan kuasa.“Kali ini kita akan beri kerjasama pada kerajaan Pas. Sebelum ini BN. Mana-mana pemerintah. Kita akan sedia kerjasama. Ahli kita juga bebas untuk sokong parti mana dalam PRU,” katanya ketika ditemui sempena majlis berbuka puasa bersama anak yatim, ibu tunggal dan fakir anjuran Pekida di Dewan Tunku Abdul Rahman, di sini, semalam.Turut hadir, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.Dalam pada itu, Zabidi berkata, beliau menafikan sekeras-kerasnya bahawa Pekida menjadi alat kepada Umno.“Kita tak pernah jadi alat kepada mana-mana parti politik dalam negara malah kita sedia beri kerjasama pada mana-mana kerajaan pemerintah untuk melaksanakan ‘amar makruf nahi mungkar’.“Mana-mana kerajaan pemerintah yang mahu laksanakan kebajikan kepada rakyat, mengekang perkara tidak baik, kita akan sedia bantu dan sokong,” katanya.Ditanya mengenai harapan terhadap tampuk pemerintahan baharu Terengganu kali ini.Katanya, beliau berharap kerajaan hari ini dapat memandang serius peranan pertubuhan sedia ada dan dapat membantu mengukuhkan lagi peranan NGO dalam masyarakat.“Kita amat berbesar hati dengan kesudian Menteri Besar Terengganu untuk hadir ke majlis yang kita adakan ini walaupun beliau perlu bergegas ke Kota Baharu sebaik selesai majlis hari ini (semalam).“Ini jelas menunjukkan komitmen dan sokongan beliau terhadap pertubuhan di Terengganu. Jadi, selepas ini kita amat berharap dapat bekerjasama dengan setiap wakil rakyat di setiap kawasan untuk sama-sama lihat apa yang boleh kita buat untuk kebaikan rakyat,” katanya.Pada majlis itu, sebanyak 60 anak yatim, 30 ibu tunggal dan 30 fakir miskin diraikan dengan menerima sumbangan wang tunai berserta barangan keperluan asas bagi meringankan beban sempena meraikan Ramadan dan menyambut kunjungan Aidilfitri.
02 Jun 18
516
Empty Image
Terengganu Akan Baik Pulih Produk Pelancongan Kurang Berdaya Maju
Kerajaan negeri akan membaik pulih segera produk pelancongan yang kurang berdaya maju bagi meningkatkan pulangan kepada ekonomi negeri.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, antara produk yang akan dibaikpulih termasuk Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal."Bila kami ambil alih kerajaan, produk ini sudah ada...jadi tidak wajar jika kami tinggal begitu sahaja termasuk projek-projek lain yang sedia ada."Kita kena cari jalan bagaimana untuk menjadikan projek demikian daripada yang kurang berdaya maju, kurang mendatangkan aktiviti ekonomi kepada projek sedia ada kepada yang mendatangkan hasil..pertamanya kepada masyarakat di kawasan sekitar, kepada pengusaha-pengusaha pelancong termasuk kepentingan kepada kerajaan negeri apabila pelancong datang ke Terengganu,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Masjid Al Amin Kampung Buluh, Kuala Berang, hari ini.Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya; Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Wan Mohd Wan Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau merangkap Ahli Dewan Undangan Kuala Berang, Dr Mamad Puteh.Pada majlis yang sama, Ahmad Samsuri dan isteri, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman turut menyampaikan sumbangan raya kepada 51 anak yatim dari DUN Kuala Berang.Terlebih dahulu, menteri besar meluangkan masa hampir satu jam menghadiri taklimat pembangunan Daerah Hulu Terengganu di Bilik gerakan Pejabat Daerah Hulu Terengganu.Mengulas mengenai pemberian bonus Aidillfitri untuk 10,600 penjawat awam seluruh Terengganu, beliau berkata keputusan akan diketahui selepas mesyuarat exco pada masa terdekat."Kami belum buat keputusan tentang jumlah bonus untuk penjawat awam sempena hari raya kali ini tapi ianya akan diputuskan dalam mesyuarat exco tidak lama lagi," katanya.
31 May 18
176