Artikel "Semasa" Terkini
TNB Dalam Proses Ambil Alih Tanah
Mohd Nazri melayan pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa TNB Bersama Media. Foto Harish Fadzillah KassimTenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam proses pengambilan tanah bagi pembinaan bangunan berkembar setinggi 19 tingkat di kawasan Kuala Terengganu City Centre (KTCC) di sini.Pengurus Besar (Perkhidmatan Pelanggan) TNB negeri, Mohd. Nazri Puteh berkata, pembangunan di tapak komersial berimpak tinggi seluas 0.971 hektar itu dijangka bermula tahun ini membabitkan kos melebihi RM100 juta.Katanya, walaupun berlaku peralihan kuasa di Terengganu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu namun ia tidak menjejaskan pelaksanaan projek yang telah dirancang, yang sekali gus bakal merubah landskap bandar raya Kuala Terengganu kelak."Setakat ini kita sudah berbincang dengan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya dan seterusnya, beliau (A.Rahman) akan berunding dengan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar."Jika semuanya berjalan lancar dan kedua-dua pihak selesai memeterai memorandum persefahaman (MoU), saya fikir tahun ini kita boleh mulakan pembinaan bangunan berkembar itu," katanya kepada pemberita dalam majlis berbuka puasa bersama media di salah sebuah hotel di sini semalam.Bangunan berkembar TNB Terengganu yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan itu bakal menempatkan pejabat di samping kemudahan hotel, dewan persidangan dan pusat beli belah.Menurut Mohd. Nazri, reka bentuk bangunan berkembar itu merupakan yang pertama seumpamanya bagi cawangan TNB di peringkat negeri.Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu kes kecurian kabel terutama di kawasan pencawang TNB berjaya dikurangkan hasil daripada rondaan strategik yang dipertingkatkan di bawah jabatan perkhidmatan keselamatan, selain kerjasama erat dengan pihak polis."Kita telah mengenalpasti tempat-tempat yang agak terdedah dan peronda kita telah buat jadual supaya rondaan dilaksanakan secara strategik bagi mengelakkan kejadian berulang."Kawasan sasaran pencuri adalah di luar bandar dan perumahan terbengkalai yang jauh dari penglihatan orang ramai," katanya.
08 Jun 18
167
World #QuranHour Galak Masyarakat Budayakan Al-Quran Dalam Kehidupan Harian
Program World #QuranHour dilihat dapat memberi galakan dan motivasi kepada masyarakat untuk memartabatkan, menghayati dan membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, program yang menghimpun penglibatan seramai mungkin umat Islam untuk sama-sama membaca al-Quran serentak di seluruh negara selama satu jam itu diharap boleh diperluaskan untuk semua peringkat.“Tahniah kepada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) yang telah menganjurkan program World #QuranHour 2018 peringkat negeri untuk kali ketiga.“Apa yang kita harapkan matlamat program ini tercapai dan untuk masa akan datang bukan hanya berpusat di Kuala Terengganu sahaja tetapi kita harapkan sampai ke peringkat bawahan secara lebih formal.“Semoga ianya menjadi program berkala dan berterusan dan dapat memberi galakan dan motivasi kepada masyarakat untuk sama-sama dalam program ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program World #QuranHour Peringkat Negeri anjuran PPAT di Dewan Teater PPAT, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah PPAT, Marzialina Mohamed.Sementara itu, Marzialina berkata, acara kemuncak program selama satu jam iaitu pada jam 12 hingga 1 tengahari itu turut diadakan di seluruh perpustakaan daerah seluruh negeri Terengganu, jabatan kerajaan, agensi-agensi, masjid-masjid serta semua sekolah dan universiti di negeri ini. “Kami anggarkan jumlah penyertaan adalah lebih 300,000 orang berdasarkan respon positif yang diterima dari seluruh agensi yang menyertai program ini.“Lebih membanggakan tahun lepas kita berjaya mengumpulkan lebih daripada 284,000 peserta dan merupakan yang tertinggi di Malaysia,” katanya.Katanya, Program World #QuranHour diharap akan dapat diteruskan dan dijadikan acara tahunan dan pihaknya yakin melalui hebahan serta promosi yang telah dibuat jumlah sasaran lebih 300,000 akan tercapai.
06 Jun 18
375
Warga Wisma Persekutuan Hayati World #QuranHour
Persatuan Kebajikan dan Sukan Wisma Persekutuan Kuala Terengganu (PKSWPKT) mengadakan World #QuranHour di Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu, hari ini.Program disertai warga Wisma Persekutuan bermula dengan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Penolong Pesuruhjaya II Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Ustaz Muhammad Ash-Shafie Abd Manan dan seterusnya membaca surah Yasin.Pengerusi PKSWPKT yang juga Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohamad Omar berkata, penganjuran program bertujuan memberi peluang kepada kakitangan Wisma Persekutuan meluangkan masa bersama-sama membaca dan menghayati ayat-ayat suci al- Quran sempena bulan Ramadan.Katanya, program yang diadakan serentak di seluruh dunia itu mampu mendidik umat Islam agar sentiasa membaca al-Quran secara berterusan pada setiap hari dan bukan hanya pada masa tertentu sahaja.
06 Jun 18
104
30 Hari Yang Tertib Berhemah
Menelusuri perjalanan 30 hari atau sebulan Kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh Dr Ahmad Samsuri bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan terlihat kepemimpinan yang cukup disenangi banyak pihak. Mengurus dan mengisi sebuah kemenangan yang cukup bijaksana, berhemah, tenang dan tertib. Demikian dapat disimpulkan secara mudah tentang kerajaan negeri Terengganu masa kini.Ia dimulakan dengan langkah yang memuliakan manusia yang lain dengan tidak melihat yang tewas itu sebagai seteru atau musuh, malah mengatur pertukaran kerajaan dengan begitu tertib.Walaupun berbeza parti dan politik, namun majlis penyerahan tugas diadakan penuh kemesraan. Tidak pernah berlaku sebelum ini.Rakyat melihat , memerhati dan menilai semua ini.Jiwa mulia yang ditunjukkan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melangkaui sama sekali persepsi kebanyakan sebelumnya bila negeri atau negara bertukar kerajaan. Ramalan-ramalan tentang berlakunya pemecatan beramai-ramai, mengunci premis seperti balai raya, memecat itu dan ini, meleset sama sekali. Malah sebahagian besar mereka yang dilantik secara ad-hoc oleh kerajaan sebelum ini dilayan dengan baik dan diberi peluang untuk menikmati bulan Ramadan dan menyambut Aidilfitri dengan penuh gembira. Pelbagai dana dan bantuan untuk rakyat diteruskan, malah dipermudahkan.Ketua Biro Utusan, Wan Zulkifli Wan Yaacob melihat sikap kepemimpinan kerajaan negeri masa kini tidak bersaing untuk menunjuk kuasa, tetapi bersaing untuk menunjukkan urustadbir yang lebih baik. Katanya, tindakan itu sungguh matang, apa jua kepincangan lalu, ditangani dan ambil tanggungjawab oleh kerajaan sekarang membetulkannya, tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, jauh sekali untuk mengecam dan memburuk-burukan pihak yang sebelumnya.Contohnya berkaitan Taman Ilmu dan Kenderaan Amphicoah (bas dua alam). Memberi mesej solidarity, Dr Samsuri sebagai ketua kerajaan membentuk cara bekerja berpasukan dan mengagih-agihkan tugas; mana mana Exco membuat sidang media bagi pihak Menteri Besar selepas mesyuarat mingguan Majlis mesyuarat Kerajaan, mengikut portfolio masing-masing. Sesuatu yang sungguh bijaksana.Malah pemimpin ini walaupun mempunyai latarbelakang akademik yang tinggi bekas Ketua Jabatan Aeroangkasa di Universiti Putra, namun sikapnya tetap sentiasa merendah diri.Pemimpin nombor satu Terengganu ini yang sentiasa terukir senyuman di bibirnya seringkali mengungkapkan: “berilah buah fikiran dan cadangan, saya dan wakil-wakil rakyat tetap ada kelemahan, rakyat boleh membuat teguran dan memberi pandangan dan kami akan mengambil kira semua yang datang dari rakyat itu kerana matlamat kami untuk berbuat sebaik mungkin kepada rakyat dan negeri”. Dr Samsuri dan barisan peneraju negeri ini mahu jadikan negeri Terengganu negeri contoh, rakyat Terengganu rakyat contoh, kerajaan Terengganu kerajaan contoh!
06 Jun 18
38
Bayar Cukai Tanah Dilanjut Sehingga 31 Oktober
Kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah tanpa denda di seluruh Terengganu sehingga 31 Oktober 2018.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah ketika mengumumkannya berkata, lanjutan tempoh bayaran yang sebelum ini tamat pada 31 Mei lalu dibuat bagi memudahkan rakyat dan mengurangkan rasa tertekan serta terbeban, apatah lagi pada musim membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri ini."Kami menerima banyak aduan daripada rakyat yang tidak sempat untuk membayar cukai hasil tanah kerana tarikh tamat pembayaran tersebut pada 31 Mei 2018. Oleh itu, kami bersetuju untuk menangguhkan tempoh masa itu sehingga 31 Oktober ini."Dengan keputusan ini, rakyat berpeluang menunaikan tanggungjawab bagi menjelaskan bayaran tersebut, khususnya selepas Ramadan dan perayaan Aidilfitri,"katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mesyuarat mingguan exco, di Wisma Darul Iman, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah. Mohd Nor berkata, dengan keputusan itu, kerajaan negeri berharap penduduk yang belum menjelaskan cukai hasil tanah atau tunggakannya supaya jangan menangguh-menangguh sehingga tamat tempoh ditetapkan itu.Tambah beliau lagi, tempoh lanjutan sehingga lima bulan itu amat wajar bagi memberi ruang untuk semua pihak menunaikan tanggungjawab untuk kebaikan negeri ini.
06 Jun 18
33
Dana Raya Diagih Mulai 11 Jun
Bantuan Dana Perayaan Aidilfitri 2018 berjumlah RM69.13 juta akan diagihkan kepada 276,541 penerima yang layak mulai 11 Jun (Isnin) ini sebagai persediaan menyambut perayaan Aidilfitri.Agihan wang dana secara berperingkat itu akan disalurkan melalui bank masing-masing, manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pihak Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengeluarkan baucer.Baucer hanya boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan sama ada di Terengganu mahu pun luar Terengganu, tempoh sah laku baucer adalah selama tiga bulan bermula 11 Jun sehingga 11 September depan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah , berkata berdasarkan rekod, seramai 258,973 individu pelbagai kategori layak menerima dana raya melibatkan peruntukan RM64.7 juta bagi permohonan fasa pertama.Katanya, manakala sejumlah 17, 568 penerima membabitkan peruntukan RM4.4 juta dicatatkan sebagai layak bagi permohonan fasa kedua yang dibuka selama lapan hari, berakhir pada 31 Mei lalu.“Bagaimanapun jumlah peruntukan dan penerima itu akan bertambah kerana Jawatankuasa Penilai Dana Raya masih meneliti beberapa permohonan yang ditolak untuk dinilai semula sebelum diluluskan.“Antara kesilapan yang dikenalpasti termasuk kesilapan mengisi borang dan tidak mengepilkan dokumen,” katanya ketika dihubungi Teganukita. Bantuan tahunan kerajaan negeri itu diagihkan mengikut kategori iaitu RM44.3 juta kepada 177,097 orang yang pendapatan rendah; RM9.7 juta untuk 38,744 warga emas; RM 10.7 juta kepada 42,800 ibu atau bapa tunggal dan RM4.5 juta pula disediakan untuk 17,900 orang kurang upaya.
06 Jun 18
139
Kerajaan Pimpinan Pas Selesaikan Agihan Dana Bakti Remaja
Wan Sukairi ketika sidang media selepas mesyuarat mingguan exco, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri akan menyelesaikan 16,289 penerima Dana Bakti Remaja yang belum menuntut bayaran itu di seluruh Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri pimpinan Pas mahu memastikan pengagihan dana yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu diteruskan sebagai kesinambungan kebajikan dan kebaikan rakyat Terengganu.Katanya, daripada keseluruhan 117,284 penerima dana berkenaan, 100,995 penerima sudah menebusnya sehingga 9 Mei lalu.“Ada beberapa berita gembira untuk rakyat Terengganu. Yang pertama adalah mengenai Dana Bakti Remaja yang diagihkan sebelum PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) oleh kerajaan terdahulu (Barisan Nasional), yang mana sebahagian besar sudah terima dan sebahagiannya lagi belum terima.“Kami membuat keputusan dalam mesyuarat exco sebentar tadi untuk meneruskan pengagihan dan pihak Yang Berhormat ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) masing-masing bersama pihak Pejabat Daerah akan mengagihkan dalam seberapa segera dan akan diagihkan sebelum menyambut hari raya Aidilfitri ini,"katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mesyuarat mingguan exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah.
06 Jun 18
39
RM6.3 Juta Bonus Untuk Penjawat Awam Di Terengganu
Mohd Nor ketika sidang media selepas mesyuarat mingguan exco, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimBagi menghargai perkhidmatan yang telah disumbangkan oleh penjawat awam, kerajaan negeri pimpinan Pas bersetuju memberi bonus sebanyak RM500 kepada setiap seorang dengan peruntukan lebih RM6.3 juta.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah ketika mengumumkannya berkata, insentif itu akan dinikmati oleh lebih 12,000 penjawat awam di seluruh negeri yang berstatus tetap, kontrak, sementara tanpa penjawatan dan ad hoc.“Kerajaan negeri akan membayarnya untuk kepentingan dan manfaat penjawat awam dalam semua kategori (sektor pekerjaan) agar dapat mengurangkan bebanan menyambut lebaran nanti.“Bonus ini melibatkan jumlah perbelanjaan yang besar iaitu lebih RM6.3 juta, tetapi kita sanggup demi kepentingan rakyat (penjawat awam) dan kemungkinan bukan dibayar pada masa terdekat kerana atas faktor teknikal dan urusan pentadbiran,”katanya sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mesyuarat mingguan exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Mohd Nor berkata, pembayaran tidak dapat dibuat dalam tempoh terdekat, iaitu 7 Jun (esok) bersama-sama pembayaran gaji bulan ini berikutan tempoh masa yang singkat sebaik sahaja kerajaan negeri memutuskan bersetuju membayar bonus tersebut.Katanya, pembayaran bonus akan diusahakan secepat mungkin dan akan diselesaikan kepada semua penjawat awam pada musim perayaan.
05 Jun 18
49
Kerajaan Negeri Perkenal Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030
Menteri Besar bermesra dengan tetamu Majlis Iftar Terengganu Inc Bersama Menteri Besar di Permai Hotel. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri memperkenalkan satu pelan jangka panjang dikenali sebagai Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) bagi membangunkan negeri dalam kerangka pelaksanaan yang lebih strategik.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sasaran pelan itu dirangka dengan berteraskan kepada lapan sasaran pencapaian penting merangkumi lima bidang fokus utama yang membabitkan tujuh prinsip bagi menjadikan Terengganu Sejahtera menjelang 2030.Menurut beliau, tujuh prinsip tersebut ialah; pematuhan kepada prinsip Islam; insan berkualiti aset terpenting negeri; kekayaan dan hasil tempatan adalah untuk rakyat; pembangunan sosial dan ekonomi adalah tanggungjawab kerajaan dan masyarakat; pembangunan lestari, yang mencakupi tiga elemen utamanya, alam sekitar, masyarakat dan ekonomi yang berteraskan Islam.Lain-lain adalah, kerajaan negeri sebagai pemandu, pemudahcara dan pemantau kepada swasta dan rakyat dalam menjayakan pelan pembangunan negeri; pengasingan fungsi antara badan politik dan kuasa ekonomi. Badan politik sebagai penentu halatuju negeri, perancang program dan pemantau. Kuasa ekonomi bertanggungjawab terhadap penentuan syarikat pelaksana."Sehubungan itu, setiap perancangan ini saya mahukan supaya pihak pengurusan Kumpulan Terengganu Inc (TI) membuat analisa dan menambahbaikkan Pelan Strategik sedia ada bagi menyokong hasrat kerajaan bagi kita nencapai matlamat tersebut," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Terengganu Inc Bersama Menteri Besar di Permai Hotel, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif TI, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.Pada majlis itu, beliau juga mengumumkan kakitangan Kumpulan TI bakal menerima bonus sempena menyambut kedatangan Aidilfitri tahun ini. Bagaimanapun kadarnya akan ditentukan kelak."InsyaAllah,kita akan berikan bonus kepada semua kakitangan anak-anak syarikat untuk nembolehkan mereka menikmati situasi lebih baik pada hari raya nanti,"katanya.
05 Jun 18
176
Ibu, Bapa Tunggal Terima Saguhati Perkahwinan
Hanafiah mengagihkan sumbangan kepada peserta Majlis Penyampaian Cek Saguhati Perkahwinan. Foto Harish Fadzillah Abu KarimKerajaan negeri mengagihkan RM199,000 kepada 119 ibu dan bapa tunggal yang kembali menjalani kehidupan berumah tangga dalam Majlis Penyampaian Cek Saguhati Perkahwinan di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Kuala Terengganu, semalam.Pengarah YPKT, Mohd. Shafaruddin Mustaffa berkata, ganjaran RM1,000 bagi setiap individu yang diperkenalkan dalam Bajet 2018 itu merupakan sebahagian daripada rangsangan ke arah mencorak institusi keluarga yang terbela dan lebih sejahtera."Daripada keseluruhan penerima, seramai 18 pasangan direkodkan berkahwin sesama ibu dan bapa tunggal, yang sekali gus membolehkan mereka menerima RM2,000," katanya kepada pemberita.Ganjaran disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat.Yang hadir sama, Timbalan Pengarah YPKT, Ramlah Idris.Hnafiah menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini memperuntukkan RM1 juta menerusi Bajet 2018 bagi menyediakan insentif RM1,000 kepada golongan ibu dan bapa tunggal yang berusaha melengkapkan kehidupan berkeluarga pada tahun ini.Sementara itu, pasangan ibu dan bapa tunggal dari Kampung Mengabang Telipot di sini yang berkahwin pada 2 Januari lalu berhasrat untuk memanfaatkan ganjaran yang diterima bagi membeli barang kemas buat isterinya sebagai lambang perkahwinan mereka.Yazid Borhan, 60, berkata, semasa majlis pernikahan lalu, dia cuma menghadiahkan sebentuk cincin dan beberapa hantaran jadi kali ini dia mahu menghadiahkan isterinya, Rusleza Mohd. Noor, 41, seutas gelang tangan."Kami berterima kasih kepada kerajaan negeri atas sumbangan ini, dan sejak awal kami berniat untuk membeli gelang tangan sempena berkahwin," katanya.Bagi Hussin Ahmad, 65, dan Loyah Embun, 50, yang bertemu kembali selepas 25 tahun terputus hubungan akan menggunakan hadiah perkahwinan itu untuk mengembangkan perniagaan kuih sejuk beku yang diusahakan mereka sejak Februari lalu.
05 Jun 18
170