Artikel "Semasa" Terkini
4,966 Saman Op Selamat Dalam Tempoh Empat Hari
Sebanyak 4966 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya di negeri ini oleh Polis Kontinjen Terengganu dalam tempoh empat hari sejak Ops Selamat 13/2018 dilancarkan.Ketua Polis negeri, Dato’ Aidi Ismail berkata, saman yang dikeluarkan sejak kempen selama dua minggu bermula 8 Jun lalu itu membabitkan pelbagai kesalahan lalulintas.Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding Op Selamat bagi tempoh sama tahun lepas iaitu 3227 saman."Kesalahan paling banyak dilakukan ialah memandu melebihi had laju, tidak patuhi lampu isyarat, mengguna alat komunikasi semasa memandu, memotong ‘Q’ dan garisan berkembar serta memandu di lorong kecemasan.“Berlaku peningkatan lebih 1,000 saman dalam tempoh empat hari ini, saya nasihatkan pemandu-pemandu janganlah tergopoh-gapah dan patuhilah undang-undang jalan raya untuk keselamatan bersama,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Musim Eidul Fitri Peringkat Negeri yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat di Tol Gemuruh, Kuala Nerus, semalam.Sementara itu, Aidi berkata, sebanyak 143 kes kemalangan telah direkodkan bagi tempoh sama untuk Op Selamat tahun ini, berkurang 30 kes berbanding 163 pada tahun lepas."Bagaimanapun, jumlah kemalangan maut sepanjang empat hari pelaksanaan Op Selamat 13 meningkat kepada tujuh kes berbanding hanya empat kes untuk tempoh sama tahun lepas."Kemalangan paling banyak berlaku di jalan persekutuan iaitu melibatkan 52 kes, jalan bandaran (43 kes), jalan negeri (28 kes), lebuhraya dan lain jalan masing-masing mencatat 10 kes,” ujarnya.Katanya, orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati kerana jumlah kenderaan yang banyak akan memenuhi jalan raya di musim perayaan ini.
12 Jun 18
29
Demonstrasi Cegah Kebakaran Pendedahan Kepada Pengunjung Bazar Kemaman
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kemaman mengambil peluang memberi pendedahan mengenai aspek keselamatan rumah dan kenderaan kepada orang ramai terutama pada musim perayaan.Ketua Zon 2 Terengganu, PGKB II Azmi Ab. Rahim berkata, bomba memilih mengadakan demonstrasi di bazar Ramadan kerana menjadi tumpuan pengunjung membeli juadah berbuka di samping memberi pendedahan langkah mengawal kebakaran dapur kepada orang ramai."Pada hari ini kita mengadakan kempen kesedaran dan demonstrasi kepada orang awam daripada aspek kebakaran di rumah terutama di dapur kerana pada musim perayaan sering kali kebakaran berlaku di ruang dapur yang dikendalikan surirumah."Kejadian sebegini boleh dielakkan sekiranya pengguna peka dengan apa yang ada di dapur dan apabila berlakunya kebakaran mereka tidak panik dan kebakaran boleh dibendung dengan cara yang betul serta mudah selain mengelakkan kebakaran berlaku lebih besar,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas demonstrasi kebakaran di tapak Bazar Ramadan Bandar Kemaman, semalam.Menurut Azmi, demonstrasi itu bukan sahaja memberi pendedahan dan ilmu mencegah kebakaran kepada pengguna daripada pelbagai peringkat umur termasuklah ibu bapa dan anak-anak."Ini adalah satu petanda positif tidak terhad golongan dewasa tetapi juga kanak-kanak sebagai pendedahan keselamatan di mana apabila berlaku kebakaran di rumah mereka boleh bertindak terlebih dahulu sebelum bomba tiba,"katanya.Dalam pada itu, Azmi berkata, sepanjang Ramadan tahun ini hampir 71 peratus kes kebakaran direkodkan dengan 10 kes daripadanya melibatkan kejadian di dapur rumah, litar pintas dan juga kenderaan.Manakala tahun lalu pula mencatatkan 14 kes di sekitar Dungun dan Kemaman.Pada masa yang sama, beliau juga menasihatkan pengguna jalan raya agar merancang perjalanan dan membuat pemeriksaan keselamatan sebelum meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung menjelang perayaan tidak lama lahi."Sebelum pulang ke kampung pengguna perlu memeriksa dan menutup segala soket elektrik dan memaklumkan kepada jiran sepanjang tempoh ketiadaan mereka agar jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini tindakan sepatutnya dapat diambil."Sebelum ini pernah berlaku pemilik rumah terlupa menutup soket pendingin hawa sehingga menyebabkan berlakunya kebakaran,"katanya.
12 Jun 18
55
Abdul Khalid Dilantik Jadi Penasihat Ekonomi Terengganu
Dr Samsuri bermesra dengan guru khidmat masyarakat. Foto Harish Fadzillah Abu Kasim Kerajaan negeri menawarkan jawatan penasihat ekonomi Terengganu kepada mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertujuan membantu Terengganu mencapai keadaan ekonomi yang lebih baik.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Abdul Khalid bersetuju dengan tawaran itu dan bersedia memberi pandangan serta nasihat yang relevan dalam memantapkan ekonomi negeri dalam pertemuan yang diadakan sebelum ini.Katanya, beliau tidak memegang jawatan itu secara rasmi tetapi bersetuju membantu kerana apa yang paling penting bukan jawatan sebaliknya peranan yang dimainkan."Selain Abdul Khalid, kita juga akan bertemu dan mendapatkan pandangan daripada tokoh-tokoh yang lain seperti tokoh cendekiawan, ekonomi dan masyarakat."Kita percaya kerajaan tidak boleh bergerak dengan sendiri tetapi perlu mendapatkan pandangan dan saranan daripada mereka yang mahir di luar sana," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Bayaran Bonus Guru Khidmat Masyarakat dan Guru Pintar Al-Quran Negeri Terengganu 2018 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Dato' Dr Alias Abdullah.Ahmad Samsuri dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa bersama anak perantau di Bangi, Selangor pada Sabtu lalu mengakui kerajaan PAS Terengganu dikunjungi Abdul Khalid seminggu selepas membentuk kerajaan negeri.“Terengganu menawarkan jawatan penasihat ekonomi kepada Abdul Khalid susulan keupayaan dan pengalamannya dalam bidang korporat serta berjaya membangunkan kerajaan negeri Selangor ketika pentadbirannya sejak 2008,”katanya. Ahmad Samsuri turut memberitahu, kerajaan negeri membelanjakan RM1.8 juta untuk memberikan bayaran bonus kepada guru khidmat masyarakat dan guru pintar al-Quran RM500 setiap seorang.“Ia membabitkan seramai 1,705 guru bagi program Pintar Al-Quran manakala seramai 1,944 tenaga pengajar bagi kelas masyarakat,”katanya.
11 Jun 18
154
MB Nasihat Berhati-hati Pulang Beraya
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menasihati supaya anak-anak Terengganu di perantauan berhati-hati ketika pemanduan sepanjang perjalanan untuk pulang beraya di kampung halaman sempena menyambut Aidilfitri tahun ini.Beliau juga mengingatkan pengguna Lebuh Raya Pantai Timur khususnya, mengawasi pemanduan masing-masing terutamanya pada waktu malam agar tidak berlaku kecelakaan di jalan raya.“Saya menyeru seluruh anak-anak perantau dari pelbagai tempat, jauh atau dekat supaya pulang dan memandu dalam keadaan tenang, tidak tergopoh gapah dan sekiranya penat berhenti rehat.“Bersabar ketika memandu dan bersabar juga dengan karenah pengguna jalan raya yang lain. InsyaAllah kita dapat pulang dan berhari raya dengan lebih ceria bersama anggota keluarga,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Bantuan Raya Kepada Anak Yatim dan Miskin di Pasaraya Ku, Marang, hari ini.Majlis anjuran Dewan Pemuda Pas Rhu Rendang dan PPD Rhu Rendang yang mendapat kerjasama Pasaraya Ku Trading Sdn Bhd itu telah meraikan 50 kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan dalam DUN Rhu Rendang apabila diberi peluang membeli-belah persiapan Aidilfitri di Pasaraya Ku, Marang.
10 Jun 18
66
Ops Sisih JPJ Kesan Lapan Kesalahan Pemandu, Pemilik Bas
Abdul Rahman melakukan pemeriksaan sempena Ops HRA JPJ di Terminal Bas MBKT. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimSebanyak lapan kesalahan dikesan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu dalam Ops Sisih 3/2018 melibatkan pemandu dan pemilik bas sejak dilancarkan bermula 1 Jun lalu hingga semalam.Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, seramai 270 orang pemandu bas dari tujuh buah syarikat telah diperiksa dan terdapat lapan kes aktif iaitu lima kes melibatkan pemilik bas dan tiga kes bagi pemandu bas."Lima kes adalah berkaitan cermin retak yang melibatkan syarikat bas dan pemiliknya dinasihatkan agar segera menyelesaikan kes tersebut bagi mengelakkan sebarang komplikasi di masa depan."Manakala tiga lagi kes melibatkan satu kes penggunaan telefon bimbit sewaktu memandu dan dua kes positif dadah jenis Methamphetamine melalui ujian air kencing yang dijalankan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas melancarkan Ops HRA 2018 dan melakukan pemeriksaan bas di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, malam tadi.Tambah Abdul Rahman lagi, larangan kenderaan berat juga akan dikuatkuasakan oleh JPJ dan Polis Diraja Malaysia(PDRM) pada 13-14 Jun dan 23-24 Jun dengan tujuan untuk mengelakkan risiko berlakunya kemalangan akibat percampuran trafik antara kenderaan berat dengan kenderaan ringan selain mengelakkan kesesakan lalu lintas."Sekatan penuh berkuatkuasa terhadap kenderaan berat seperti low-loader yang membawa bahan binaan, kenderaan motor yang melebihi BDM 7500 kilogram, lori pengangkut rendah, ploe trailer, platform trailer, jentera berat beroda serta traktor."Kenderaan berat yang membawa bahan galian dan muatan balak juga termasuk dalam kategori larangan penuh.Namun pengecualian diberikan kepada kenderaan berat tertentu yang membawa bekalan makanan contohnya sayuran dan sebagainya,"katanya.
10 Jun 18
316
MB Hadiri Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa Istana Syarqiyyah
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menghadiri majlis khatam al-Quran dan berbuka puasa di Istana Syarqiyyah, Cendering Kuala Terengganu, semalam.Majlis anjuran Istana Syarqiyyah itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Negeri Terengganu serta kepimpinan tertinggi kerajaan negeri.Terdahulu, turut diadakan tazkirah, bacaan doa di balai Islam sebelum majlis berbuka puasa.
10 Jun 18
677
Semak Status Permohonan Dana Raya Mulai Hari ini
Pemohon Dana Bantuan Aidilfitri 2018 boleh menyemak status permohonan masing-masing melalui laman sesawang di alamat http://idana.terengganu.gov.my mulai hari ini.Agihan wang dana secara berperingkat-peringkat itu akan disalurkan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai esok (11 Jun). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, kepada pemohon yang tidak mempunyai akaun bank itu, Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengeluarkan baucer yang boleh dituntut di pejabat daerah berdekatan.Katanya, baucer hanya boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan sama ada di Terengganu mahupun luar Terengganu. Manakala tempoh sah laku baucer adalah selama tiga bulan bermula 11 Jun sehingga 11 September depan.“Berdasarkan rekod, seramai 277,619 individu yang dikategori sebagai berpendapatan rendah, Orang Kurang Upaya, ibu atau bapa tunggal dan warga emas layak menerima dana raya melibatkan peruntukan RM69.4 juta pada tahun ini.“Daripada jumlah itu, seramai 192,432 individu akan menerima dana raya melalui BSN manakala selebihnya iaitu 85,187 individu dibayar secara baucer,”katanya yang dihubungi Teganukita ..
10 Jun 18
293
Inovasi Mobile Ehsan JPN Bantu Rosiana Perbaharui Mykad
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Terengganu mengadakan program turun padang membantu ibu tunggal yang kudung kaki, Rosiana Rosli, 37, di Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit, hari ini, bagi memperbaharui kad pengenalan (Mykad) menerusi program Mobile Ehsan.Turut serta, Pengarah JPN Negeri Terengganu, Mohd Nasir Kareem.Menurut Mohd Nasir, perkhidmatan Mobile Ehsan merupakan program turun padang yang disediakan kepada orang kelainan upaya (OKU) dan pesakit terlantar seperti Rosiana yang tidak dapat bergerak sendiri ke JPN.“Puan Rosiana perlukan bantuan untuk penggantian kad pengenalan diri. JPN sediakan kemudahan ini dengan kita turun sendiri ke lapangan sebagai kemudahan kepada pesakit terlantar, OKU dan juga warga emas.“Kita mengambil pendekatan tidak hanya tunggu di jabatan, sebaliknya kita yang turun kepada rakyat yang tidak berupaya dan memerlukan perkhidmatan yang kita sediakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah Rosiana, hari ini.Mohd Nasir berkata, selain membantu Rosiana, JPN Negeri Terengganu juga membantu adik Rosiana, iaitu Rohaimi, 35, yang mengalami kecacatan mental yang turut memperbaharui Mykadnya.Tambahnya, sebaik sahaja Mykad mereka siap, JPN akan membawa kad berkenaan kepada pemohon dan seterusnya menyediakan perkhidmatan yang sama kepada anak Rosiana, Muhammad Shahrul Azim Mohd Rozi, 12, yang mengalami lembam dan layak memohon Mykad berikutan genap usia 12 tahun pada 12 Jun ini.Dalam pada itu, menurut Mohd Nasir lagi, waris dan saudara terdekat boleh memohon menerusi JPN Negeri untuk membolehkan pasukan JPN ke lokasi atau kediaman pemohon yang memerlukan urusan pendaftaran tanpa pemohon hadir ke kaunter JPN berdekatan.Katanya, proses permohonan itu lazimnya dapat disiapkan dalam tempoh lima hari bekerja dan kad yang siap akan dihantar kepada pemohon.Menurut Mohd Nasir, JPN sentiasa membuat penambahbaikan perkhidmatan termasuk turun padang bagi memastikan semua rakyat mendapat akses dan kemudahan yang setaraf walaupun kurang bernasib baik dan uzur.Sebelum ini, penderitaan Rosiana mendapat liputan meluas media termasuk dikunjungi Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) yang terpanggil untuk berkongsi kisah dukanya yang menderita penyakit kencing manis kronik. Rosiana yang kudung kaki kanan sehingga lutut, selain kehilangan jari telunjuk kanan dan kaki kiri yang turut berisiko dipotong akibat penyakit itu, tinggal di rumah yang uzur bersama anak tunggalnya, Mohd Shahrul Azim Mohd Rozi, 12, yang lembam dan seorang adik lelaki, Rohaimi, 36, juga mengalami masalah mental.Inisiatif digembleng Kawat bagi menyampaikan sumbangan sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi itu disertai sekumpulan wakil media daripada beberapa agensi di Terengganu. Turut serta, Timbalan Presiden Kawat, Ahmad Syafri Husnaini Mohamad.
10 Jun 18
165
Balai Raya Boleh Diguna Bersama
Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan Pas memutuskan penggunaan balai raya yang di bawah kerajaan negeri boleh digunakan bersama oleh orang ramai pelbagai pihak, termasuk parti politik. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, mereka boleh mengadakan mesyuarat dan hari keluarga misalnya, dengan syarat ia dijaga dengan baik penggunaannya termasuk aspek kebersihan."Saya sering ditanya oleh pihak dari parti politik seperti Umno, Amanah, PKR, berkaitan penggunaan balai raya untuk program mereka, maka saya jawab boleh kerana ia milik bersama dan inilah budaya politik matang dan sejahtera yang kita perkenalkan," jelasnya.Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Berbuka Puasa bersama perantau anak Terengganu di Bangi Convention Centre (BCC) di Bandar Baru Bangi Selangor.Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri antara yang hadir bersama ribuan anak Terengganu di sekitar Lembah Kelang. Turut hadir isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Abd Rahman.Dr Ahmad Samsuri juga bersetuju cadangan agar mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilantik sebagai penasihat ekonomi bagi memajukan ekonomi Terengganu.Tan Sri Khalid yang hadir bersama berbuka puasa di majlis itu, mengucap terima kasih di atas kesudian kerajaan Terengganu melantiknya.Dalam majlis itu Menteri Besar turut mengulangi penegasan bahawa kerajaan pimpinannya bersifat terbuka dengan bersedia menerima pandangan, cadangan dari rakyat dan sesiapa sahaja kerana sebagai manusia biasa wakil-wakil rakyat tetap ada kelemahan dan kekurangannya."Terima kasih atas sokongan dan usaha untuk membawa perubahan kepada negeri Terengganu dan marilah bersama-sama untuk perubahan negeri bagi menuju kepada keredhaan Allah sebagai kemuncaknya," tegas Dr Ahmad Samsuri.Katanya, kita boleh berbeza politik dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi, tetapi kita perlu bersatu dalam hasrat bangunkan negeri.
09 Jun 18
476
Sembilan Keluarga Ceria Sambut Aidilfitri Di Rumah Baiti TH
Penerima Rumah Baiti TH mempamerkan replika kunci rumah yang diterima.Seramai sembilan dari 11 penerima Rumah Baiti Tabung Haji (TH) terpilih di daerah ini menerima kunci rumah masing-masing dalam majlis penyerahan di Kampung Telaga Papan, Setiu, semalam.Projek Rumah Baiti TH yang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu memperuntukkan bantuan berjumlah RM550,000 bagi membina rumah asnaf yang dipilih melalui senarai asnaf yang layak menerima bantuan.Majlis perasmian penyerahan rumah-rumah berkenaan dilakukan oleh Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir.Manakala majlis penyerahan kunci dilakukan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Dato' Badlisyah Abdul Ghani.Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang berkata, projek membina rumah itu bermula September 2016 dan siap sepenuhnya pada September tahun lalu."Terima kasih kepada Tabung Haji atas sumbangan Rumah Baiti ini dan ianya akan memberi keselesaan kepada keluarga penerima," katanya.Projek Rumah Baiti merupakan satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TH bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk membaikpulih atau membina semula rumah kediaman mereka.Rumah Baiti TH yang diserahkan hari ini.Program ini memperlihatkan keprihatinan TH sebagai sebuah institusi Islam yang utuh dalam melestarikan ekonomi ummah khususnya golongan asnaf.Sementara itu, suami kepada seorang penerima, Zulkifli Abdul Rahman, 57, dari Kampung Telaga Papan, bersyukur kerana mendapat rumah baru."Terima Kasih kepada TH dan kerajaan negeri atas pemberian rumah ini kerana ialah lebih selesa berbanding rumah lama saya yang akan digunakan untuk seorang anak saya yang sudah berkeluarga," katanya.Turut hadir, Pengarah TH Negeri Terengganu, Dato' Mohyen Mosman.
09 Jun 18
31