lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Polis Terengganu Beri Lebih Tumpuan Kawasan ‘Blackspot’ Sepanjang Op Selamat
Polis Terengganu akan memberi lebih tumpuan kepada kawasan 'blackspot' yang dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlakunya kemalangan dalam Op Selamat 13/2018 sempena Aidilfitri tahun ini.Antara lokasi itu ialah Kilometer 3 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Jalan Kamaruddin) di Kuala Terengganu, KM 72-KM 73 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Pulau Serai) Dungun serta KM 170 Jalan Jerangau-Jabor (Padang Kubu) di Kemaman.Ketua Polis negeri, Dato’ Aidi Ismail berkata, dalam masa yang sama Polis Kontijen Terengganu tidak akan mengabaikan kawasan bukan sasaran."Kita kategorikan kawasan ini sebagai 'blackspot' kerana kebanyakan kes kemalangan berlaku di situ, sebab itu kita beri tumpuan dan pemantauan yang lebih di kawasan ini,” ujarnya.Aidi berkata, aliran trafik dijangka akan menjadi sesak pada 12 hingga 15 Jun dan 18 hingga 19 Jun ini dengan pertambahan kenderaan atas jalan raya sebanyak tiga kali ganda berbanding hari biasa.“Antara jalan yang dijangka menjadi sesak termasuk Bandar Chukai, Kemaman serta Bandar Dungun, Dungun.“Bagi daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pula kemungkinan akan berlaku kesesakan di Jalan Tengku Mizan (Hadapan Mydin Mall), Jambatan Sultan Mahmud, Jalan Banggol Air Lilih dan Plaza Tol Kuala Terengganu.“Manakala, Besut (Pekan Jertih), Marang (Persimpangan Batangan/Jambatan Marang) dan Setiu (Persimpangan Chalok, Bandar permaisuri dan Guntung,” ujarnya.Katanya, bagi mengatasi kesesakan jalan raya di musim perayaan ini, anggota bertanggungjawab mengawal lalu lintas akan ditempatkan di persimpangan lampu isyarat yang sesak.“Kita juga akan mengadakan laluan terus di persimpangan utama dan mengenalpasti jalan alternatif.“Malah, anggota trafik juga akan memantau jalan-jalan yang sesak dan akan mengambil tindakan perlu bagi memastikan pengguna jalan raya tidak terperangkap dalam kesesakan seperti membuat penarikan di persimpangan dan lampu isyarat, laluan akan dibuat selari serta membuat lencongan sekiranya perlu,” ujarnya.
15 Jun 18
175
Empty Image
4,000 Rakyat Sertai Sultan Mizan Solat Sunat Aidilfitri
Sultan Mizan bersalaman dengan jemaah yang turut hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailHampir 4,000 rakyat negeri ini mengambil kesempatan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu, pagi ini.Sultan Mizan tiba jam 8.10 pagi dengan berpakaian baju Melayu ungu turut ditemani Sultanah Terengganu, Sultanah Nurzahirah serta anakanda, Tengku Muhammad Mua'az.Mengiringi baginda, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Abd Rahman dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman serta  Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan isteri, To' Puan Kamsiah Dollah.Solat sunat Aidilfitri hari ini diimamkan Mufti Terengganu, Dato' Dr Zulkifly Muda.
15 Jun 18
123
Empty Image
KPDNKK Terengganu Jamin Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal
Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu memberi jaminan bekalan bahan mentah di negeri ini mencukupi bagi menampung keperluan pengguna sepanjang Aidilfitri ini.Ketua Penguatkuasa KPDNKK Terengganu, Zulfamy Mat Udi berkata, pihaknya telah mendapat jaminan daripada para pembekal berhubung perkara tersebut.“Orang ramai tidak perlu bimbang dan datang sahaja ke pasaraya, kedai runcit untuk mendapatkan bekalan bahan mentah seperti biasa dan belilah mengikut keperluan.“Pengguna perlu bijak dengan lihat, pilih dan beli. Lihat Harga, pilih barangan yang tepat barulah kita membuat pembelian dan jangan tergesa-gera membuat ketika pembelian,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Walkabout Skim Kawalan Harga Musim Perayaan  tahun 2018 di Mydin Kuala Terengganu, hari ini.Sementara itu Zulfamy berkata, sebanyak 19 kesalahan dikesan dilakukan peniaga di negeri ini dalam tempoh empat hari, melalui operasi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Aidilfitri yang bermula 8 Jun lalu.Katanya, daripada jumlah itu, 14 kesalahan membabitkan kegagalan peniaga meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu pada barangan harga terkawal, menjual melebihi harga maksimum ditetapkan (empat), dan satu tiada tanda harga.“Kompaun sebanyak RM3,100 telah dikeluarkan atas kesalahan tersebut,” ujarnya.
13 Jun 18
296
Empty Image
Manis FM Kumpul Lebih 3,000 Pakaian Terpakai Untuk Asnaf
Nurul Mardiana (dua dari kanan) bersama kakitangan Manis FM ketika mengagihkan pakaian kepada golongan memerlukan di sekitar Kuala Terengganu, baru-baru ini.Manis FM buat julung kali melancarkan projek amal yang diberi nama sebagai #projekrayamanis, sempena lebaran tahun ini bagi membantu golongan tidak berkemampuan dan asnaf mampu memakai pakaian baru dan masih elok di musim perayaan ini.Menerusi projek itu, lebih 3,000 helai pakaian terpakai dan baru dapat dikumpul hasil sumbangan semua kakitangan Manis FM dan pendengar stesen radio berkenaan yang mengambil peluang untuk turut serta menderma.Penerbit Program Khas Manis FM, Nurul Mardiana Abdul Alim berkata, walaupun projek itu terhasil daripada idea spontan dan hanya digerakkan dalam waktu yang singkat, hasil sokongan semua pihak terutama pendengar Manis FM, pihaknya berjaya mengumpul barangan berupa pakaian termasuk pelbagai jenis beg hasil sumbangan orang ramai.“Kita menggunakan platform radio untuk membuat hebahan mengenai projek ini dan sama sekali tidak menyangka ianya mendapat perhatian pendengar,"katanya.Tambahnya, pihaknya turut mendapat kerjasama Majlis Agama Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bagi mendapatkan maklumat golongan asnaf untuk pengagihan barangan tersebut.Menurut Mardiana lagi, barangan sumbangan orang ramai itu dipilih terlebih dahulu serta diasingkan dengan hanya mengambil pakaian yang masih elok serta baru mengikut kategori bagi memudahkan  proses pengagihan kepada golongan yang benar-benar memerlukan."Kami terlebih dahulu mengenalpasti lokasi dan rumah penerima dan memaklumkan untuk ke rumah mereka bagi menyampaikan sumbangan dan amanah orang ramai itu."Setiadk-tidaknya ia sedikit sebanyak dapat mengukir senyuman di wajah mereka dan juga diharap dapat meringankan beban menyambut kedatangan Aidilfitri kerana tidak semua golongan mampu mengadakan pakaian yang sempurna di hari raya,"katanya.
13 Jun 18
96
Empty Image
Polis Kemaman Keluar 1,099 Saman Sepanjang Ops Selamat
Anggota trafik memeriksa pengenalan diri pengguna jalan raya Polis Kemaman mengeluarkan 1,099 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang Ops Selamat Aidil Fitri yang bermula 8 Jun lalu hingga hari ini.Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, sebanyak 21 kes kemalangan direkodkan sepanjang Ops Selamat dijalankan .“Daripada jumlah itu hanya satu kes yang melibatkan kemalangan maut dengan mencatatkan satu kematian penunggang motosikal di Kerteh dua hari lalu.“Kesemua saman terbabit merangkumi enam kesalahan yang diberi penekanan pada sepanjang Ops Selamat seperti memandu melebihi had laju, memotong garisan berkembar, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat dan memandu menggunakan telefon bimbit,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengetuai Ops Selamat di Bandar Chukai, Kemaman bersama 27 anggota trafik IPD Kemaman serta iftar Ramadan, malam tadi.Menurut Said, polis akan terus melipatgandakan rondaan di sepanjang jalan kawasan perbandaran dan Persekutuan bagi memastikan semua pemandu dan pengguna mematuhi peraturan.“Pengguna jalan raya juga dinasihatkan sentiasa berwaspada ketika memandu khususnya mereka yang menggunakan laluan pantai di kawasan Kerteh ekoran kerja-kerja naik taraf jalan sedang dijalankan.“Polis juga akan mempertingkatkan rondaan di beberapa lokasi yang kerap berlaku kemalangan bagi memastikan trafik sentiasa lancar dan selamat,” katanya.Selain itu, polis juga akan memberi tumpuan khas dengan melakukan pemantauan dan rondaan di kawasan-kawasan kediaman yang ditinggalkan orang awam yang pulang ke kampung.Selain itu, polis juga akan menggerakkan pasukan rondaan bermotor di semua kawasan kediaman penduduk bagi mengelak berlakunya kes jenayah atau pecah rumah sepanjang musim perayaan.Said berkata, penduduk yang ingin meninggalkan rumah boleh melaporkan kepada polis berhampiran bagi memudahkan pihaknya melakukan pemantauan di kawasan rumah masing-masing.Katanya, bagi memastikan kelancaran Ops Selamat tahun ini seramai 320 anggota dan pegawai ditugaskan di seluruh daerah berkenaan.
13 Jun 18
650
Empty Image
Kerajaan Negeri Hargai Pengorbanan Kakitangan HSNZ
Dr Alias menyerahkan pek juada berbuka puasa kepada salah seorang kakitangan HSNZ sempena Program Penyampaian Makanan Kepada Waris Pesakit dan Kakitangan HSNZ, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailMenghargai pengorbanan kakitangan hospital yang bekerja tanpa mengira waktu demi kesejahteraan pesakit, kerajaan negeri mengagihkan 500 pek makanan dan minuman kepada kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, pek juadah berbuka puasa itu turut diagihkan kepada penjaga pesakit.Katanya, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri mengambil inisiatif menyumbang terutamanya untuk kakitangan HSNZ yang bertugas pada petang ini dan juga peneman-peneman pesakit.“Kita sediakan lebih kurang 500 paket makanan dan minuman dan semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan dan kegembiraan kepada kakitangan hospital yang terpaksa berbuka puasa di wad kerana tuntutan tugas di waktu orang lain dapat berbuka puasa bersama keluarga.“Juga kepada penjaga pesakit, pemberian ini adalah sebagai tanda prihatin kerajaan negeri terhadap masyarakat yang bertujuan meringankan beban penjaga yang terpaksa menunggu pesakit yang tentunya menyukarkan mereka untuk membeli juadah berbuka puasa,”ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Penyampaian Makanan Kepada Waris Pesakit dan Kakitangan HSNZ, Kuala Terengganu, hari ini.Katanya, kerajaan negeri berhasrat menjadikan program tersebut sebagai program tradisi setiap kali tibanya Ramadan. “InsyaAllah, program ini akan dijadikan tradisi sempena Ramadan pada tahun-tahun akan datang dan ini merupakan satu kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dengan pihak kesihatan,” ujarnya.
13 Jun 18
156
Empty Image
Singgah Sahur Di Marang Dekatkan Pemimpin Dengan Rakyat
Program Singgah Sahur anjuran Pemuda Parti Islam Se Malaysia (Pas) Kawasan Marang menjadi platform pemimpin tempatan untuk melihat dan beramah mesra dengan masyarakat setempat.Ketua Pemuda Pas Marang, Yusuf Abdul Hadi, berkata aktiviti amal itu merupakan sumbangan daripada parti tersebut selain menjadi peluang untuk mendekati masyarakat terutama golongan muda."Aktiviti ini adalah acara tahunan kami sepanjang Ramadan. Ia bermula jam 12 tengah malam sehingga jam 3 pagi. Tahun ini, kami telah mengadakan program ini di semua DUN (Dewan Undangan Negeri) di bawah Parlimen Marang."Melaluinya, kami turut mempelawa pemimpin tempatan turut serta supaya mereka dapat mendengar dan memerhati keperluan masyarakat terutama di DUN masing-masing," katanya.Yusuf berkata, program itu menyasarkan sumbangan makanan untuk bersahur kepada agensi kerajaan dan swasta yang berkerja pada waktu malam serta kelompok anak-anak muda secara santai.Sebanyak 200 bungkus makanan berjaya diagihkan kepada agensi dan masyarakat di DUN Rhu Rendang menerusi program itu, baru-baru ini.
12 Jun 18
47
Empty Image
Tengku Muhammad Agih Sumbangan Raya Kepada 300 Golongan Asnaf Di Setiu, Besut
Yang Dipertuan Muda Terengganu mengurniakan sumbangan Aidilfitri kepada pelajar. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailSeramai 300 golongan asnaf terdiri anak yatim, mualaf, orang miskin dari Besut dan Setiu menerima sumbangan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Zainal Abidin berkenan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai RM200 berserta persalinan hari raya.Baginda turut mencemar duli menyampaikan kurniaan serta meraikan penerima dalam Majlis Pengurniaan Eidul Fitri dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Sungai Tong, Setiu, petang semalam.Antara penerima sumbangan Aidilfitri.Majlis dimulakan dengan alunan bacaan al-Quran daripada johan qariah Terengganu 2018 yang turut meraih tempat ketiga dalam tilawah al-Quran peringkat kebangsaan baru-baru ini, Nor Hidayah Abd. Rahman.Seterusnya, majlis diikuti pengurniaan sumbangan Aidilfitri kepada penerima sebelum diakhiri  dengan majlis berbuka puasa. Tengku Muhammad turut menunaikan solat Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid tersebut.Turut hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang.
12 Jun 18
126
Empty Image
Agih 2,000 Batang Lemang Kepada Pengguna LPT2
Sebanyak 2,000 batang lemang diedarkan kepada pengguna Lebuhraya Pantai Timur k2 (LPT2) dalam masa dua hari di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Kemaman, semalam.Timbalan Exco Pelancongan II Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Abd Razak Ibrahim berkata,  lemang tersebut diagihkan secara percuma kepada perantau yang balik berhari raya sempena sambutan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.“Ini adalah kolaborasi di antara kerajaan negeri  melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Pejabat Daerah Kemaman bersama Syarikat LPT2 Sdn Bhd dalam menonjolkan dan memperkenalkan hentian Pelancongan R&R Perasing yang juga dikenali sebagai ‘Mini Kemaman’ di samping kita mempromosikan produk-produk makanan tempatan di Kemaman ini.“Seperti yang kita ketahui di Kemaman terkenal dengan Lemang Kijal yang mempunyai identiti rasa tersendiri kerana ia antara makanan kegemaran ramai dan populariti Lemang Kijal masih tetap bertahan walaupun lebih daripada 20 tahun selain daripada mampu menggamit kunjungan pengguna laluan daripada Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas agihan lemang dan kudapan berbuka puasa percuma di Hentian Rawat dan Rehat Perasing,  semalam.Turut hadir, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Sementara itu, Tun Ahmad berkata, melalui promosi dan program-program yang sentiasa diadakan di R&R Perasing telah mampu menarik kunjungan pengguna LPT2.“Pada hari ini kita dapat lihat perbezaan suasana R&R Perasing tahun ini dengan tahun lalu dimana pada hari ini kita lihat telah ramai pengunjung-pengunjung pengguna LPT yang singgah berehat di sini selain lebih banyak gerai-gerai dibuka kerana berlakunya peningkatan pemintaan selepas kejayaan kita mempromosikan R&R Perasing,” katanya.Menurut Tun Ahmad, selepas ini kita akan membuka Tourist Information Center (TIC) untuk kita paparkan dan memberi informasi mengenai tempat-tempat pelancongan yang menarik dan makanan-makanan tempatan di Kemaman ini kepada mereka yang singgah disini.“Melalui TIC juga makanan-makanan tempatan seperti Lemang Kijal, Satar akan di pasarkan di R&R Perasing bagi membolehkan pengguna LPT2 mendapatkan makanan tersebut tanpa masuk ke Bandar Kemaman untuk mendapatkan berkenaan disamping membuka peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga tempatan,” katanya.
12 Jun 18
240
Empty Image
Terengganu Cadang Laksana Madinah Ramadan Di Setiap Daerah
Para tetamu bersedia untuk menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan dalam program Madinah Ramadan, malam tadi. Kredit foto Ammar PokLan'kKerajaan negeri berhasrat untuk meneruskan program Madinah Ramadan ke setiap daerah mulai tahun depan supaya manfaatnya dapat dinikmati secara langsung oleh penduduk seluruh Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata,  program yang julung kali dilaksanakan di Terengganu sebaik sahaja pentadbiran kerajaan negeri bertukar bulan lalu, akan ditambah baik bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung.“Jika dengan kerjasama seluruh pihak, InsyaAllah kita akan melaksanakan Madinah Ramadan pada tahun depan di setiap daerah. “Pada asasnya kita ingin memberi kemudahan kepada mereka yang kurang berkemampuan supaya dapat berbuka puasa secara percuma, solat tarawih dan moreh serta pulang ke rumah dengan selesa dan begitulah pada hari seterusnya sehingga penghujung Ramadan,”katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Madinah Ramadan Peringkat Negeri di Dataran Shahbandar, mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad samsuri Mokhtar, malam tadi.Mohd Nor berkata,  setiap kelemahan dalam program Madinah Ramadan itu akan diperbaiki dan ditambah baik pada masa akan datang.Bagaimanapun, sepanjang penganjuran sejak 1 Jun (16 Ramadan) lalu, kerajaan negeri berpuas hati dengan sambutan dan pengurusan program yang berjaya mengajak warga kota dan bandar raya Kuala Terengganu untuk menghidupkan bulan penuh rahmat dengan amalan yang dituntut dan disarankan oleh Islam.Tambah beliau, program yang mengambil nama `Madinah’  dengan makna kota  dan daripada kalimah 'ad-deen'  iaitu agama di mana Madinah juga menjadi pusat agama dibina dan dihidupkan.“Syukur dengan sambutan ramai umat Islam yang  menghidupkan suasana di Madinah Ramadan ini, lebih-lebih lagi kita berada di penghujung Ramadan  bila mana dinyatakan oleh para ulamak berlakunya Lailatul Qadar (malam yang penuh kemuliaan dan juga malam yang lebih baik daripada seribu bulan), malam yang mulia inilah Allah SWT menurunkan al-Quran.“Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada kita semua. Yang menerangkan seluruh aspek dalam kehidupan manusia agar manusia hidup di atas dunia ini dengan agama Allah. Akhirnya kita mendapat berkat daripada Allah,”kata beliau.Jelasnya lagi, bertepatan dengan itu juga, kerajaan negeri hari ini mahu membina masyarakat yang memiliki dua aspek penting dalam kehidupan iaitu pertama memiliki iman dan kedua, bertakwa. Beliau menjelaskan, dalam Firman Allah `Kalaulah sesungguhnya penduduk sebuah negeri itu beriman  dan bertakwa kepada Allah, nescaya kami akan bukakan bagi mereka berkat daripada langit dan bumi’.“Walau Allah SWT mengurniakan Negeri Terengganu dengan hasil kekayaan yang banyak dalam negeri tetapi jika tiada berkat, kekayaan ini akan hilang dengan mudah.  Jika kita menguruskan kekayaan ini dengan agama Allah, kita akan dikurniakan keberkatan olehNya dan Terengganu akan menjadi negeri yang maju berkat dan sejahtera, InsyaAllah,”ulas beliau lagi.Beliau juga tidak lupa berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan program itu dan menyampaikan penghargaan dan salam mewakili Menteri Besar kepada  agensi kerajaan yang terlibat secara langsung seperti Majlis Bandararaya Kuala Terengganu, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, TDM Bhd, Yayasan Islam Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan Kerja Raya serta individu, syarikat mahupun sukarelawan Madinah Ramadan.Madinah Ramadan dilaksanakan selama dua minggu bermula 1 Jun 2018 sehingga 14 Jun ini diwarnai dengan pelbagai aktiviti termasuk berbuka puasa bersama, solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta solat Tarawih oleh imam dari luar negara. Pengisian lain termasuk tazkirah, bicara ilmu, fiqh wanita, santai bersama Mat Motor, ceramah Badr al-Kubra dan Nuzul Quran.
12 Jun 18
169