Artikel "Semasa" Terkini
Projek Bandar Baru Kijal Diteruskan
Kerajaan negeri akan meneruskan projek pembangunan Bandar Baru Kijal yang sedang dalam pembinaan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan juga akan mengkaji dan memperincikan semula projek yang belum berjalan.“Kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini meluluskan peruntukan kira-kira RM250 juta untuk pembangunan di Bandar Baru Kijal."Mana-mana projek dalam Terengganu ini yang sedang berjalan juga akan diteruskan sehingga selesai. Sekiranya projek mendatangkan manfaat dan hasil yang baik kepada rakyat kita akan luluskan dan teruskan,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sekepas meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di tempat letak kereta Astaka, Kemaman, hari ini.Menurut Ahmad Samsuri, kerajaan negeri sebelum ini juga sudah memutuskan untuk meneruskan projek yang sedang berjalan di seluruh negeri ini."Projek yang belum berjalan akan kita kaji dalam pelbagai aspek termasuk melihat dari segi keadaan kewangan negeri dan sebagainya,"katanya.Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, perkhidmatan bas Kemaman ‘Shuttle’ akan diwujudkan kembali demi menyediakan kemudahan penduduk Kemaman."Kemaman Shuttle ini akan diwujudkan kembali dengan beberapa perubahan yang akan diperincikan oleh Yang Berhormat di sini.“Kita akan kaji berapa buah bas yang perlu termasuk kekerapan laluan termasuk kepada penduduk di luar bandar Kemaman,” katanya.Tambah beliau lagi, kerajaan akan meneruskan perkhidmatan bas percuma di daerah lain demi meringankan beban masyarakat.
24 Jun 18
134
Sentuhan Kasih Petronas Peruntuk RM1 Juta Bantu Golongan Miskin
Program Sentuhan Kasih Petronas memperuntukkan RM1 juta untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Terengganu.Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, pihaknya berbesar hati dapat membantu golongan miskin ba mengukuhkan lagi komitmen bagi melaksanakan tanggungjawab sosial korporat di negeri Terengganu.“Sumbangan tersebut merangkumi pemberian bantuan makanan asas bernilai sebanyak RM80 setiap bulan selama setahun bermula Mei tahun ini hingga April tahun depan.“Sumbangan ini akan dibahagikan kepada 400 keluarga di tiga daerah iaitu di Kemaman, Dungun dan Kuala Nerus serta sebagai tambahan pula setiap keluarga turut menerima bantuan bernilai RM240 sempena musim perayaan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri sempena lawatan kerja Menteri Besar Terengganu di tempat letak kereta Astaka, Kemaman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya.Mohd Hasnan berkata, peruntukan RM1 juta itu juga merangkumi pelaksanaan program pembangunan modal insan melibatkan 100 wanita daripada keluarga nelayan dan ibu tunggal di Kuala Nerus sepanjang setahun.“Melalui program dengan kerjasama Yayasan MyKasih, para peserta didedahkan dengan kemahiran dalam bidang keusahawanan sebagai salah satu usaha meningkatkan taraf hidup mereka.“Terengganu merupakan satu daripada lapan buah negeri yang mendapat faedah daripada program bantuan makanan,"katanya.Antara lapan negeri tersebut adalah Terengganu, Melaka, Johor, Kedah, Selangor, Kelantan, Sabah dan Sarawak yang terbabit dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM7 juta.Menurutnya, program bantuan itu juga dapat membantu meringankan beban golongan orang kurang berkemampuan di seluruh negara termasuk Terengganu.
24 Jun 18
130
1,000 Lemang Kijal Habis Dalam Tempoh Tiga Jam
Menteri Besar menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang mengunjungi majlis hari raya daerah Kemaman. Foto oleh tengku Syamim Tengku Ismail Kira-kira 10, 000 pengunjung membanjiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri sempena Lawatan Rasmi Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ke Kemaman, hari ini.Sambutan yang dianjurkan Pejabat Daerah Kemaman yang diadakan di tempat letak kereta Astaka, Kemaman itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat, ADUN Air Putih, Ab Razak Ibrahim, ADUN Kemasik, Saiful Azmi Suhaili dan Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur Wan Mohd Hasnan Abdullah, Lebih 10 agensi kerajaan dan syarikat korporat menyediakan pelbagai aneka juadah raya masing-masing kepada pengunjung seperti nasi minyak, kambing golek, sate, nasi himpit, ketupat dan lain- lain lagi.Antara yang mendapat sambutan hangat adalah gerai Petronas apabila 1,000 batang Lemang Kijal habis dalam tempoh tiga jam sebaik majlis bermula.Selain itu, kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah turut menerima duit raya yang disampaikan oleh Menteri Besar.Di majlis itu, Ahmad Samsuri turut mengucapkan salam aidilfitri kepada semua warga Kemaman dan para pengunjung yang hadir memeriahkan sambutan berkenaan serta berharap majlis itu dapat merapatkan tali silaturahim sesama kita.
24 Jun 18
69
Cari Penaja Bantu Biayai Pengurusan Zoo Bukit Takal
Ahmad Samsuri bersama rombongan meninjau sekitar Zoo Bukit Takal. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri bercadang bekerjasama dengan agensi swasta dan pelabur luar bagi membiayai dan memajukan Taman Rekreasi dan Zoo Mini Bukit Takal, Kemaman tanpa melibatkan pertambahan dana kerajaan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsurii Mokhtar berkata, pelbagai perancangan yang akan dilaksanakan, antaranya mencari penaja bagi membiayai kos mengurus dan menyelenggara kemudahan itu.“Difahamkan kira-kira RM3 juta setahun terpaksa dibelanjakan pihak pengurusan zoo bagi tujuan itu sedangkan pendapatan yang diperoleh hasil kutipan tiket hanya sekitar RM700,000 hingga RM800,000 bagi tempoh sama.“Melihat keadan itu, kerajaan perlu memikirkan langkah yang munasabah sama ada untuk membiayai, menaiktaraf kemudahan dan penjagaan haiwan tanpa melibatkan pertambahan kewangan kerajaan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan tinjauan Taman Rekreasi dan Zoo Mini Bukit Takal, Kemaman, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.Ahmad Samsuri turut memberitahu, kerajaan negeri juga mempelawa pelabur-pelabur bagi memberi pandangan untuk memajukan zoo berkenaan yang memberi impak kepada sektor ekonomi negeri dan juga penduduk.“Bagi perancangan terdekat, beberapa gerai makanan dan cederahati akan dibina Majlis Perbandaran Kemaman, selain mempelawa penduduk setempat menyediakan makanan haiwan,”katanya.
24 Jun 18
275
10,000 Tetamu Meriahkan Raya DUN Bukit Payong
Mohd Nor menyambut ketibaan Menteri Besar bersama rombongan di Majlis Aidilfitri DUN Bukit Payong, di perkarangan Pasar Kedai Buloh, Bukit Payong. Foto oleh Abu Ubaidah Mohd NoorSambutan Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong kali ini lebih nostalgik dan bermakna selepas tempoh 14 tahun kita kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah.Menurut ADUN Bukit Payong itu lagi, majlis yang bermula dari jam 10 pagi dan berakhir empat jam kemudian itu dibanjiri kira-kira 10,000 penduduk setempat dari sekitar Marang dan Kuala Terengganu serta pegawai kanan kerajaan dan pemimpin kawasan."Alhamdulillah dengan kelancaran dan kemeriahan Majlis Aidilfitri DUN Bukit Payong kali ini. Majlis ini sangat bermakna bagi seluruh jentera, ahli, penyokong dan pengundi PAS kerana pertama kali selepas 14 tahun, PAS kembali menjadi kerajaan dan kita dapat meraikannya bersama,"katanya di Majlis Aidilfitri DUN Bukit Payong, di perkarangan Pasar Kedai Buloh, Bukit Payong, semalam.Turut hadir memeriahkan majlis itu, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Beliau tiba bersama isteri, Tuan Faezah Tuan Ab. Rahman pada jam 1.40 petang meluangkan masa kira-kira setengah sebelum bergegas ke majlis lain.Dalam pada itu, Mohd Nor tidak lupa menzahirkan penghargaan beliau kepada semua pihak yang terlibat terutama ahli jawatankuasa sambutan majlis yang tidak mengenal penat bagi memastikan perjalanan sepanjang majlis lancar.Beliau turut berbangga kerana para petugas berkhidmat tanpa mengharapkan upah dan ganjaran sebaliknya ikhlas berkerja untuk memberi kegembiraan dan keceriaan kepada rakyat sempena menyambut lebaran ini."Saya doakan Allah SWT mengurniakan sebaik-baik balasan kepada anda semua. Terima kasih sekali lagi,"kata beliau lagi.
23 Jun 18
184
Sidang DUN Pertama Penentu Hala Tuju Negeri
Dr. Ahmad Samsuri memberikan duit raya kepada pengunjung cilik yang hadir di majlis hari raya DUN Rhu Rendang.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pertama di bawah kerajaan negeri pimpinan PAS dijangka berlangsung 1 Julai ini akan menjadi penentu hala tuju negeri pada penggal yang baharu ini.Beliau mengakui teruja untuk mempengerusikan persidangan DUN buat kali pertama sebagai ketua kerajaan negeri."Sidang (DUN) ini penting untuk saya dan exco-exco kerajaan bagi merangka dan mencorak pentadbiran baharu ini. "Semoga kita bersama-sama dapat membawa Terengganu ke arah yang lebih baik," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Rhu Rendang, di Dewan Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, Marang, semalam.Menteri Besar meraikan pengunjung yang hadir.Lebih 5,000 hadir di majlis yang turut dihadiri exco-exco negeri. Menurut Samsuri lagi, rumah terbuka tersebut adalah tanda terima kasih dan meraikan pengundi DUN dan Parlimen Marang yang memberi kepercayaan kepada PAS untuk memerintah Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.Pelbagai hidangan disediakan buat pengunjung.
22 Jun 18
40
Tabung Darul Iman Ditambah Baik
Kerajaan Negeri akan meneruskan dan menambah baik Tabung Darul Iman yang diwujudkan kerajaan sebelum ini demi dalam menjaga kebajikan rakyat negeri Terengganu yang memerlukan bantuan.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, selepas 35 hari mengambil alih tampuk pemerintahan dari kerajaan terdahulu, pihaknya sudah membelanjakan hampir RM1 juta menerusi tabung berkenaan. Katanya, penambahbaikan yang dilakukan adalah setiap permohonan tidak perlu lagi mendapatkan tandatangan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan tidak perlu dihantar kepada ADUN masing-masing."Dulu pemohon perlu ke sana sini untuk mendapatkan pengesahan dari JKKK dan ianya amat merumitkan dan saya juga sudah keluarkan arahan supaya pengurus Tabung Darul Iman sendiri membuat penilaian untuk kelulusan setiap permohonan dan tidak perlu lagi melalui proses sedia ada."Tempoh kelulusan permohanan yang dahulunya memakan masa sekitar tiga bulan hingga ke empat bulan kini akan menjadi lebih singkat antara sebulan atau dua bulan," katanyaBeliau ditemui pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Kemaman yang diadakan di tapak letak kereta bersebelahan Pejabat Daerah Kemaman, hari ini.Mengulas lanjut, Hanafiah yang juga ADUN Cukai berkata, penambahbaikan juga dilakukan terhadap permohonan untuk mendapatkan rumah baharu bagi mangsa yang terlibat dengan bencana seperti kebakaran.Menurutnya, pihaknya akan mempercepatkan permohonan untuk proses pembinaan rumah baru kepada yang terjejas akibat bencana dengan pemohon tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan kelulusan pembinaan sepertimana sebelum ini."Biasanya bagi kes kebakaran mangsa terpaksa menunggu sehingga antara lapan hingga 10 bulan untuk mendapatkan rumah baharu tetapi dengan kaedah baharu selepas perjumpaan saya dengan Tabung Darul Iman dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), saya telah membuat keputusan agar rumah mesti disiapkan segera dalam tempoh antara tiga hingga empat bulan agar mangsa kebakaran tidak terseksa menunggu rumah baharu mereka," katanya.Menurutnya lagi, pembinaan tiga buah rumah baharu di Kampung Losong, Kuala Terengganu kepada mangsa kebakaran adalah projek perintis yang menggunapakai kaedah baharu berkenaan dan ianya akan diperluaskan di seluruh daerah di negeri ini."Kelulusan permohonaan di bawah Tabung Darul Iman tidak mengambil kira fahaman politik dan mana-mana rakyat negeri ini yang berkelayakan boleh memohon dan sumber kewangan untuk membiayai Tabung Darul Iman diperoleh daripada sumbangan anak syarikat kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan derma yang dihulurkan orang ramai," katanya.Bagaimanapun, katanya, setakat ini tidak ramai rakyat di bahagian selatan Terengganu iaitu dari Paka hingga ke Kemaman yang memohon tabung tersebut.Tambah beliau lagi, mungkin ada yang tidak tahu kewujudan tabung ini dan diharap selepas ini bantuan ini ditersebar keeluruh Terengganu.Katanya, mulai bulan depan, borang Tabung Darul Iman boleh diperoleh di Pejabat DUN masing-masing.
21 Jun 18
51
5,000 Pengunjung Meriahkan Sambutan Rumah Terbuka ADUN Sura
Ahli Parlimen Dungun bersalaman dengan pengunjung yang hadir.Seramai 5,000 penduduk di sekitar Dungun menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura dan Jamuan Kesyukuran di Dewan Arena Square, Dungun .hari ini.Majlis diadakan sempena sambutan Syawal dan meraikan kemenangan parti PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), baru - baru ini. Turut hadir, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, Exco Kerajaan Negeri, Saiful Bahri Mamat, ADUN Alur Limbat, Arifin Deraman, ADUN Rantau Abang, Alias Harun dan Pegawai Daerah Dungun, Dato' Ibrahim Mohammad. Pada majlis tersebut pelbagai juadah seperti lemang, rendang, kuih tradisional dan disediakan untuk dinikmati pengunjung. ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik dalam ucapannya berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi kerana memberi kepercayaan kepada parti PAS untuk menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu."Kepercayaan yang diberi merupakan satu amanah yang besar kepada kami semua dan InshaAllah, amanah yang telah diberikan akan dilaksanakan sebaik mungkin."Tumpuan kita (PAS) adalah untuk membangunkan Negeri Terengganu selari dengan keperluan rakyat yang mahukan pembangunan dan kebajikan mereka dibela sepenuhnya," katanya. Menurut beliau, kehadiran masyarakat pelbagai kaum menunjukkan perpaduan yang masih utuh dan ianya perlu dikekalkan demi kesejahteraan semua."Tanpa perpaduan adalah mustahil untuk menikmati pembangunan dan keharmonian kerana ianya merupakan elemen penting dalam kemajuan sesebuah negara," katanya.
20 Jun 18
103
420 Anggota, Pegawai Polis Bertugas Pada Op Selamat 13/2018
Seramai 420 anggota polis Terengganu bertugas sepanjang dua minggu Op Selamat 13/2018 sempena Aidilfitri bermula 8 Jun lalu hingga 22 Jun ini.Ketua Polis Terengganu, Dato’ Aidi Ismail berkata, ianya bagi membolehkan penugasan dilakukan secara menyeluruh dan lancar selain memastikan keselamatan rumah yang ditinggalkan terjamin.“Keseluruhan jumlah pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam Op Selamat 13/2018 dari semua cawangan iaitu JSJ, Narkotik, MPV, Tugas Am dan Trafik yang melibatkan seramai 58 pegawai dan 362 anggota lain-lain pangkat telah ditugaskan tahun ini untuk memantau dan menjaga keselamatan orang ramai,” ujarnya.Menurut beliau, selain mensasarkan untuk menurunkan kemalangan kepada lima peratus, operasi ini juga bertujuan memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya kepada masyarakat.“Disamping memberi lebih tumpuan kepada kawasan ‘blackspot’, menyuraikan kesesakan aliran trafik dan mengurangkan kes pecah rumah turut menjadi fokus kami,” ujarnya.Sementara itu katanya,orang ramai dinasihatkan menjadi pengguna jalan raya yang berhemah termasuk memastikan keselamatan kenderaan sebelum bergerak, rancang perjalanan serta jadilah pengguna jalan raya yang bertanggungjawab dan tidak pentingkan diri sendiri.
17 Jun 18
614
Belanja RM1.8 Juta Untuk Bayaran Bonus Guru Khidmat Masyarakat Dan Pintar al-Quran
Ahmad Samsuri mengagihkan bayaran bonus kepada guru pintar al-Quran. Foto Harish Fadzillah Abu Kasim Kerajaan negeri membelanjakan RM1.8 juta sebagai bayaran bonus kepada guru khidmat masyarakat dan guru pintar al-Quran yang berjumlah RM500 setiap seorang.Ia membabitkan seramai 1,705 guru bagi program Pintar Al-Quran manakala seramai 1,944 orang lagi membabitkan tenaga pengajar bagi kelas masyarakat.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berpesan kepada kepada guru-guru, jangan abaikan pendidikan al-Quran kepada anak-anak kita. Katanya, tugas mendidik anak-anak adalah tanggungjawab bersama yang mesti dilaksanakan dengan tidak melepaskan bebanan ini kepada orang tertentu sahaja. “Guru mestilah menanganinya dengan penuh tanggungjawab ke arah pembentukan peribadi mulia dengan merangsang minda kanak-kanak melalui aktiviti yang telah dimulakan oleh para ibu bapa.“Asas yang telah disemai oleh ibu bapa perlu dipupuk dan disubur lagi oleh guru-guru agar kanak-kanak ini terus mekar membudaya tradisi membaca dalam kehidupannya,”katanya pada satu majlis baru-baru ini.Katanya, bahkan sendiri sebagai seorang insan perlu dekat dengan al-Quran, perlu berwawasan dan mempunyai hala tuju ke arah membimbing masa depan anak-anak. “Biarpun sudah khatam al-Quran, jangan berhenti di sini sahaja. Teruskan membaca al-Quran, memahami makna dan terus menghayatinya dalam kehidupan kita.“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru Al-Quran yang telah lama mencurahkan bakti dalam bidang pengajaran Al-Quran,”katanya
15 Jun 18
63