lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Sultan Mizan Sempurnakan Istiadat Pembukaan DUN Ke-14
 Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail dan Abu Ubaidah Mohd NoorSultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dengan diiringi Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Muaáz.Hadir sama, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’A. Rahman Yahya, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan.Ketibaan baginda disambut dengan kawalan kehormatan mempersembahkan `Hormat DiRaja’, diikuti lagu Selamat Sultan serta pengibaran Bendera DiRaja.Sultan Mizan kemudiannya memberi perkenan kepada ketua kawalan kehormatan untuk berangkat memeriksa barisan kawalan kehormatan diiringi Ketua Barisan Kehormatan dan Ketua Polis Negeri, Datuk Aidi Ismail.Serentak dengan itu juga, barisan kawalan kehormatan mempersembahkan `Hormat DiRaja’ dan lagu Selamat Sultan.Sejurus kemudian, baginda berangkat masuk ke Majlis Dewan Undangan Negeri dan berkenan menyampaikan Titah Ucapan sebelum istiadat berakhir kira-kira sejam kemudian.
01 Jul 18
714
Empty Image
Mohd Soud Mulakan Tugas Pengarah UPDI
Oleh : Abu Ubaidah Mohd NoorBekas Timbalan Pengarah Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI), Ustaz Mohd Soud Said@Mat Ali, 47, dilantik sebagai Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) (sebelum ini Unit Komunikasi Negeri Terengganu) berkuatkuasa hari ini.Beliau yang juga bekas guru di Maahad Darul Quran, Rusila turut aktif dalam kegiatan kemasyarakatan termasuk dilantik sebagai Pengerusi Batu Buruk Care dan Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu,Berasal dari Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu, Mohd Soud yang berpendidikan agama dari Maahad Darul Quran, Rusila juga pemilik Ijazah Pertama Usuluddin Jabatan Tafsir dari Universiti Al-Azhar, Mesir (1996).Dalam pada itu, beliau amat berterima kasih kepada pentadbiran negeri yang memberi kepercayaan untuk beliau menerajui UPDI serta bersedia memikulnya selaras dengan kehendak pucuk pimpinan.Pemegang Sarjana (Sejarah & Tamadun Islam) dari Universiti Malaya (2000) itu juga mahu memastikan UPDI selaku komponen penting di bawah Pejabat Menteri Besar dapat membantu menterjemahkan hasrat pentadbiran negeri menerusi slogan 'Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera' supaya mampu difahami serta dihayati oleh rakyat sedalam-dalamnya."Saya dan semua pegawai di UPDI berhasrat untuk memperkasakan dan menambah nilai setiap inisiatif serta agenda pembangunan kerajaan menerusi medium komunikasi seperti media cetak, elektronik selain media sosial masa kini supaya 'Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera’ dapat diterjemahkan,"katanya lagi.Menurutnya lagi, UPDI bermatlamat menjadi sebuah agensi kerajaan yang benar-benar berkesan dalam menyebarkan maklumat dan penghubung antara kerajaan dengan rakyat selaras slogan yang diuar-uarkan itu.
01 Jul 18
419
Empty Image
Yahaya Akui Gementar Galas Tanggungjawab Speaker DUN
Yahaya ketika mengangkat sumpah sebagai  Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailYang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali  mengakui gementar menggalas tanggungjawab baharu itu, walaupun sebelum ini pernah menjawat Exco Kerajaan Negeri sewaktu pentadbiran PAS (1999 -2004).Menurutnya, kelebihan terlibat dalam pelbagai program dan memegang jawatan utama dalam PAS negeri serta Pusat memberinya pengalaman sekali gus mampu mengurangkan rasa gementar bagi mengendalikan persidangan DUN yang akan bermula esok. “Saya seboleh-bolehnya mahu melihat perjalanan  Persidangan Dewan Undangan Terengganu yang akan dirasmikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin esok berlangsung secara tenang.“InshaAllah dengan izin Allah, saya akan melakukan tanggungjawab yang diberikan kepada saya ini secara professional,” katanya kepada pemberita selepas Majlis mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Pertama DUN Yang Ke-14, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Yahaya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS III Terengganu juga berharap semua ADUN termasuk pihak pembangkang memberi kerjasama yang baik dan memainkan peranan yang cukup penting  sebagai ahli dewan negeri.“Ada beberapa perkara yang mahu ditekankan antara mahu melihat ADUN yang berwibawa, berpengetahuan luas, membuat kajian secara teratur berhubung perkara yang mahu dibangkitkan. Saya juga mahu melihat ADUN dapat memainkan peranan dengan seimbang (semak dan seimbang) serta berkesan,”katanya.
30 Jun 18
77
Empty Image
10,000 Rai Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Alur Limbat
Pengunjung merakamkan kenangan bersama ADUN dan isteri.Sekitar 10,000 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat dan sekitar Marang mengunjungi kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ariffin Deraman sempena rumah terbuka beliau di Kampung Gelugor Che Hassan, Alur Limbat, semalam.Majlis yang menyajikan pelbagai juadah termasuk aiskrim berjalan lancar dengan bantuan petugas yang berpakaian sedondon hijau, mula dikunjungi orang ramai sejak jam 11 pagi.Ariffin berkata, majlis itu meraikan penduduk seluruh Alur Limbat sempena Aidilfitri dan menghargai sokongan penduduk terhadap parti itu sehingga mampu meraih kemenangan pada pilihan raya umum lalu."Ia sekali gus menjadi majlis kesyukuran kami dalam meraikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu yang tidak sempat diadakan," katanya.Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri serta ADUN dalam Parlimen Marang.
30 Jun 18
504
Empty Image
Yahaya Speaker DUN Terengganu
Yahaya mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Pertama DUN Yang Ke-14, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Timbalan Pesuruhjaya PAS III Terengganu, Yahaya Ali mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Pertama DUN Yang Ke-14, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Yahaya, 60, Yang Dipertua PAS Marang dan bekas ADUN Alur Limbat (1999-2004) mengangkat sumpah jawatan itu, kira-kira jam 9.40 pagi.Pemilihan Yahaya sebagai Yang Dipertua DUN baharu dicadangkan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan & Pengajian Tinggi negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahri Mamat.Jawatan Yang Dipertua DUN Terengganu pada penggal lalu dipegang oleh Dato' Mohd Zubir Embong.Selepas pelantikan itu, semua 32 ADUN didahului ADUN Rhu Rendang yang juga Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar termasuk 10 wakil pembangkang  mengangkat sumpah ADUN.Yahaya yang menetap di Kampung Gelugor Kedai pemegang Diploma Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam juga merupakan Timbalan Pengerusi Lajnah Hubungan NGO PAS Pusat.
30 Jun 18
658
Empty Image
Pelawa Orang Bukan Islam Sertai Perkahwinan Perdana
Ahmad Samsuri menyampaikan Sijil Simpanan Premium kepada pasangan pengantin. Foto Harish Fadzillah KasimKerajaan negeri  mempelawa pasangan bukan Islam dan Orang Asli di Terengganu menyertai Perkahwinan Perdana bertujuan mengeratkan hubungan persaudaraan antara pelbagai kaum.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata program yang diperkenalkan melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) itu tidak menetapkan syarat hanya dibuka kepada pasangan Melayu sebaliknya  turut dibuka kepada pelbagai kaum.Katanya, pelbagai manfaat diperoleh sekiranya terpilih menyertai program itu, antaranya menerima Sijil Simpanan Premium RM 1,000, pakej bulan madu, skim pinjaman perniagaan RM20,000 dan berpeluang memiliki rumah dalam tempoh 5 tahun perkahwinan."Pada pgram kali ini, sejumlah RM975,000 diperuntukan bagi membiayai 183 pasangan di seluruh Terengganu." Program sama akan diteruskan pada November ini, jumlah pasangan masih dalam perbincangan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Walimatulurus Perdana 2018 di Stadium Tertutup, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, A Rahman Yahya dan Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Sementara itu, Mohd Shafarudfin berkata, maklum balas yang diterima sangat positif kerana program itu dapat mempercepatkan proses pernikahan bakal pengantin yang berpendapatan bawah RM3,000 dan mengurangkan beban kewangan keluarga untuk mengadakan kenduri.Katanya syarat untuk program tahun ini juga sama seperti tahun lalu antaranya pasangan atau seorang daripada mereka adalah anak Terengganu dan perkahwinan itu adalah kali pertama."Pasangan juga tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan, " katanya.
30 Jun 18
51
Empty Image
Sultan Mizan Imarah Masjid Bukit Payung
Sultan Mizan berkenan menyampaikan duit raya dan bersalaman dengan jemaah kanak-kanan sejurus selesai menunaikan solat Jumaat. Foto oleh Abu Ubaidah Mohd NoorSultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Besar Bukit Payung, Marang, semalam.Baginda yang diiringi anakanda, Tengku Muhammad Mua'az disambut Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama sekitar 500 rakyat di qariah itu.Baginda turut berkenan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir selepas solat.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri. (ADUN) Bukit Payung, Mohd Noor Hamzah, ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong dan  Pegawai Daerah, Mat Azmi Arshad.
29 Jun 18
112
Empty Image
Jemaah Haji Terengganu Catat Peningkatan
Ahmad Samsuri bermesra dengan sebilangan jemaah haji. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail.Terengganu mencatatkan peningkatan bilangan umat Islam yang berpeluang mengerjakan ibadah haji pada saban tahun di mana mencapai 2,739 jemaah pada tahun ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata jumlah itu melonjak dengan ketara berbanding pada 621 jemaah pada 2014, 832 jemaah (2015), 1,327 jemaah (2016) dan 2,548 jemaah pada tahun lalu.Katanya, pertambahan kuota yang diberikan Lembaga Tabung Haji membolehkan kerajaan negeri menghantar 101 kakitangan cemerlang."Sejumlah 112 penerbangan disediakan untuk membawa 30,200 jemaah haji Malaysia termasuk 2,739 jemaah dari Terengganu yang bermula 14 Ogos ini, "katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Musim 1439 Hijrah peringkat Negeri Terengganu, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, malam tadi.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Adi AzuanSeramai 120 petugas TH bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada jemaah bagi melaksanakan ibadat haji melalui simulasi bertawaf, saie, melontar jamrah, amalan dan beribadah secara berkumpulanAhmad Samsuri berkata bakal jemaah haji dinasihatkan membuat persediaan awal dengan melakukan aktiviti riadah, kecergasan, penjagaan kesihatan sertam pemakanan dan seboleh-boleh perlu mengambil vitamin."Sepanjang berada di Tanah Suci, bakal haji juga dinasihatkan  untuk mematuhi peraturan oleh TH dan pihak Kerajaan Arab demi kebaikan bersama," katanya
29 Jun 18
98
Empty Image
Golongan Berpendapatan Rendah Mula Nikmati Bekalan Air Percuma
Kira-kira 6,000 penerima terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah di negeri ini telah memperoleh manfaat menerusi pemberian air percuma oleh kerajaan negeri bermula bulan ini.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau Ngeri, Dr Mamad Puteh berkata, jumlah itu dijangka akan meningkat berdasarkan semakan semula terhadap senarai penerima e-Kasih. “Setakat ini, lebih kurang 6,000 penerima telah memperoleh manfaat bagi penggunaan 20 meter padu air. Mereka terdiri dalam senarai penerima e-Kasih dan penerima Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).“Kita jangka jumlah penerima akan bertambah setelah pembukaan permohonan baharu (e-Kasih), penerima zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu selain penyelarasan kaedah baharu termasuk (keluarkan borang) yang akan di laksana bagi membolehkan mereka yang layak mendapatkan bantuan bekalan air,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mesyuarat mingguan exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, pemberian air percuma hanya meliputi penggunaan sebanyak 20 meter padu ke bawah yang ditawarkan hanya untuk golongan berpendapatan rendah dan miskin sahaja.“Sekiranya mereka menggunakan lebih daripada kadar itu, contohnya 25 meter padu, mereka hanya perlu membayar bagi penggunaan lima meter padu sahaja," ujarnya.
27 Jun 18
189
Empty Image
UKOM Dijenamakan Semula Kepada UPDI
Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) yang merupakan jentera penggerak media rasmi kerajaan negeri akan dijenamakan semula berkuatkuasa 1 Julai ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, ia yang bakal dikenali sebagai Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) akan terus berperanan menyebarluaskan dasar-dasar kerajaan negeri dan kepemimpinan kepada rakyat.“Kita hanya mengubah nama UKOM kepada UPDI dan diharap seluruh jentera UPDI akan berperanan seperti mana biasa.“Kita letakkan Darul Iman tujuannya untuk memperkasakan dan mengingatkan balik kepada rakyat Terengganu bahawa Negeri Terengganu ini adalah sebuah negeri yang dibina dengan asas yang kuat (Darul Iman),” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mesyuarat mingguan exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, pertukaran nama unit itu juga bagi menggambarkan pergerakan penerangan dibawah kerajaan PAS berasaskan iman bagi menjawab segala fitnah dan memberi penjelasan sebaik mungkin kepada masyarakat berkaitan sesuatu isu mahupun dasar-dasar kerajaan.Katanya, pensyarah Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) Manir Mohd Soud Said  akan dilantik sebagai sebagai pengarah UPDI bermula 1 Julai ini.Dalam perkembangan lain katanya, kerajaan negeri di bawah portfolio yang dipengerusikan beliau juga akan menubuhkan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS) bermula tarikh yang sama.“Kita telah bersepakat untuk menubuhkan satu agensi kerajaan yang akan melaksanakan semua polisi dan dasar kerajaan sehingga sampai ke kampung-kampung.“Dalam erti kata lain, institut ini juga berperanan membina modal insan yang ada diseluruh negeri Terengganu samada belia, beliawanis dan seluruh lapisan masyarakat berasaskan prinsip Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera,” ujarnya.
26 Jun 18
232