lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Projek Bina Benteng Pemecah Ombak Kemasik Diluluskan
Kerajaan negeri meluluskan projek pembinaan benteng pemecah ombak di Kemasik yang akan dibangunkan tidak lama lagi.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Saiful Azmi Suhaili berkata, tender terbuka akan ditawarkan kepada pemaju dalam tempoh sebulan hingga dua bulan lagi.“Dalam mesyuarat Exco Rabu lepas, Kerajaan Terengganu sudah meluluskan bajet untuk benteng pemecah ombak di Kemasik dan saya juga menyeru kepada kerajaan negeri untuk meneruskan projek tersebut.“Projek tersebut akan mengikut perancangan yang asal iaitu selama enam bulan dengan menggunakan reka bentuk yang sama.“Kita menyeru kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk memastikan reka bentuknya tidak merosakkan pantai sebelah iaitu Pantai Tamping,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Petronas di Kelab Golf Rantau Petronas, Kerteh, semalam.Turut hadir, Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah dan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid.Sementara itu mengulas mengenai jajaran jalan raya di Kemasik, Saiful Azmi berkata, laluan jajaran melalui Kemaman ke Kuala Terengganu, sebelum ini mempunyai dua lorong ditambah baik kepada empat lorong.“Walaupun dalam pembinaan, keselamatan juga perlu diutamakan terutama baru-baru ini ada kes kemalangan seorang meninggal di Kemasik.“Kerajaan negeri bersama jabatan-jabatan lain terutama Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melihat kembali aspek keselamatan termasuklah pembinaan lampu isyarat,"katanya.Menurut Saiful Azmi, kerja pembinaannya kini mencapai 50 peratus dan dijangka siap sepenuhnya sebelum akhir tahun ini.Beliau juga menasihatkan penunggang motosikal supaya meningkatkan langkah keselamatan berikutan musim hujan bermula Julai sehingga Oktober ini berisiko kepada pengguna motosikal yang menggunakan laluan itu."Oleh itu saya berharap kontraktor mampu menyiapkan sebagaimana perjanjian dalam jadual.“Saya juga menyarankan kepada pemandu-pemandu kenderaan agar berhati-hati ketika melaui sepanjang jalan projek pembangunan  tersebut,” katanya.
03 Jul 18
305
Empty Image
Sidang DUN : Kedudukan Pasukan Terengganu FC Ditentukan Selepas 7 Julai Ini
Kedudukan dua pasukan bola sepak negeri dalam saingan liga Malaysia belum ditentukan. Bagaimanapun, kerajaan negeri akan mengambil kira semua cadangan dari pelbagai pihak untuk memastikan sukan bola sepak negeri terus berdaya saing, kata Pengerusi Jawatankuasa  Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Menurutnya, kerajaan negeri sehingga kini masih dalam proses mendapatkan pandangan semua pihak sama ada bekas jurulatih dan bekas pemain termasuk mereka yang bersama pasukan bola sepak Terengganu FC (TFC) "Ada pelbagai pendapat yang diberikan, ada yang meminta supaya kita mengekalkan dua pasukan yang sedia ada dan ada juga pendapat cukup satu dan dibubarkan pasukan yang kedua. Kita juga menerima pandangan tersebut."Semua pandangan tersebut kita akan selesaikan dan dimuktamadkan sebaik sahaja penyusunan organisasi yang melibatkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) itu dapat dilengkapkan dari sudut penyusunan jawatankuasa sebab sekarang ini jawatankuasa PBSNT ini masih lagi kekosongan.“Contoh Timbalan Presiden yang dahulu dipegang oleh Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail telah dikosongkan dan untuk itu kita akan mengisi kekosongan itu dan Presiden sekarang iaitu mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad  Razif Abd Rahman juga dilaporkan akan melakukan serahan tugas kepada bakal presiden yang baharu..saya difahamkan  pada 7 Julai ini, pihak persatuan akan mengadakan persidangan mereka untuk melantik dua jawatankuasa tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden  PBSNT,” katanya kepada pemberita pada sidang media sempena Sidang DUN Ke-14 hari ini.Wan Sukairi berkata, sebaik sahaja selesai pengisian dua jawatan ini, pihaknya akan melakukan apa yang disebut sebagai melakukan perubahan kepada sukan bola sepak ke arah lebih  maju dan boleh menjadi juara semula.Jelasnya lagi, selepas menyusun kembali  PBSNT, pihaknya juga akan mengambil kira sumber kewangan yang sebelum ini berpunca daripada  kerajaan negeri yang menjadi penyumbang terbesar kepada bajet di samping sedikit daripada sumbangan  pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)“Kita juga mendapat makluman bahawa industri bola sepak kita memerlukan bajet yang besar dan apabila selesai menyusun kembali dengan jawatankuasa baru yang bakal dilantik tidak lama lagi, dengan perancangan perubahan yang akan dilakukan bagi menjadikan  PBSNT sebagai  satu persatuan yang tidak lagi menjadikan kerajaan negeri satu-satunya penyumbang kewangan utama.“Kita akan cari dana sendiri sama ada tajaan syarikat milik kerajaan (GLC), swasta atau pelbagai pihak seperti yang kita maklum kita juga ada tabung sukan negeri seperti ucapan YB (Yang Berhormat) Tepuh (Hishamuddin Abdul Karim) yang menyatakan tabung sukan sekarang ini kewujudannya seperti tidak mendapat perhatian daripada semua pihak. Kita akan ambil tindakan segera dan bersungguh bagi memastikan tabung sukan ini penuh terisi, bukan sahaja untuk bola sepak tetapi juga sukan lain,”katanya.
03 Jul 18
37
Empty Image
Projek Jagung Bijian Kampung Dadong Diteruskan
AliasKerajaan negeri akan meneruskan Projek Perintis Penanaman Jagung Bijian yang diilhamkan oleh bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek di Kampung Dadong, Ayer Puteh, Kemaman.Ahli Parlimen Kemaman, Alias Abdul Hamid berkata, projek tersebut akan diteruskan kerana ianya menjadi sumber pendapatan kedua kepada penduduk kampung yang kebanyakannya mengusahakan tanaman padi di kawasan tersebut.Katanya, Kampung Dadong merupakan lokasi yang menjadi perintis kepada projek tersebut dan ianya mempunyai potensi yang besar untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai lembah jagung bijian satu hari nanti."Kita akan meneliti semula lokasi yang dijadikan tapak untuk projek tersebut kerana kawasan itu merupakan lokasi yang sering ditenggelami air setiap kali tibanya musim tengkujuh.                                                              "Kita akan berbincang dengan pihak Jabatan Pertanian berkenaan perkara ini dan saya dimaklumkan bahawa ada peruntukan untuk meneruskan projek ini namun kita menghadapi masalah kesesuaian tanah berikutan kawasan tersebut sering berlaku banjir," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Petronas di Kelab Golf dan Rekreasi Rantau Petronas, Kemaman, hari ini.Alias berkata, menjadi satu kerugian sekiranya projek itu diteruskan di kawasan yang sering ditenggelami air dan pihaknya perlu memikirkan untuk membangunkannya di kawasan yang sesuai sebagai kelangsungan projek tersebut."Seperti sedia maklum, negara kita masih lagi mengimport jagung bijian dari negara luar dan ianya melibatkan kos yang tinggi untuk membawa masuk bijian tersebut untuk menampung keperluan bagi industri penternakan di negara ini" katanya.Sementara itu Alias turut mengulas berkenaan sama ada untuk meneruskan satu lagi projek di Kampung Pasir Gajah iaitu Projek Lembah Pedaging yang turut diilhamkan oleh bekas menteri berkenaan.Menurutnya, pihaknya tidak mempunyai maklumat yang lengkap berkenaan projek tersebut dan perlu memperolehi perincian daripada Jabatan Veterinar sebelum mengambil tindakan dan membuat sebarang keputusan berhubung projek tersebut.
03 Jul 18
485
Empty Image
Sidang DUN : Enam Projek 'Public Private Partnership' Lebih RM3.2 Bilion
Dr. Mamad ketika menjawab soalan lisan Hishamuddin Abdul Karim (PAS-Tepoh) dalam persidangan DUN Ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimTerdapat enam projek yang dilaksanakan kerajaan negeri terdahulu dengan konsep 'Public Private Partnership' (PPP) melibatkan kos lebih RM3.2 bilion, kata Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh. Menurut beliau, terdapat dua kaedah pembayaran bagi enam projek PPP tersebut iaitu pembayaran tertangguh dan kaedah bayaran berjadual yang bermula dari 2016 sehingga tahun 2032.Katanya, projek tersebut ialah Loji Rawatan Air di Bukit Sah, Kemaman dengan kos RM686.87 juta yang perlu dibayar dalam tempoh enam tahun, Skim Bekalan Air Kuala Terengganu Utara (RM1.3 bilion dalam tempoh 13 tahun) dan Pusat Pentadbiran Daerah Kuala Nerus bernilai RM600 juta dalam tempoh lapan tahun enam bulan.“Muara Sungai Terengganu (RM90.24 juta dalam tempoh lima tahun), asrama atlet Majlis Sukan Negeri (RM95.49 juta dalam tempoh lima tahun) dan pembangunan Bandar Baru Kijal fasa dua di Kemaman (RM250 juta dalam tempoh lima tahun)," katanya. Beliau yang juga ADUN Kuala Berang berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Hishamuddin Abdul Karim (PAS-Tepoh) dalam persidangan DUN Ke-14, di Wisma Darul Iman, hari ini. Dr Mamad berkata, bayaran pada 2016 dan 2017 berjumlah RM70 juta setahun manakala pada tahun ini, jumlah yang perlu dibayar ialah sebanyak RM101.2 juta.“Untuk 2019, kerajaan negeri perlu membayar RM290.8 juta, 2020 (RM348.1 juta), 2021 (RM382.2 juta), 2022 (RM371.4 juta), 2023 (RM339.6 juta), 2024 (RM248.1 juta).“Manakala tahun 2025 hingga 2031, jumlah perlu dibayar ialah RM761.6 juta dalam tempoh tujuh tahun dan bayaran terakhir pada 2032 ialah sebanyak RM45.3 juta," ujarnya menjawab soalan tambahan Hishamuddin berhubung jumlah bayaran yang perlu dibuat secara tahunan.Katanya, kerajaan negeri akan meneruskan projek menggunakan konsep itu pada masa akan datang terutama yang melibatkan keperluan mendesak rakyat seperti menaiktaraf loji rawatan air."Bagaimanapun, sudah tentu kajian perlu dibuat mengenai kemampuan kewangan negeri agar kita tiada masalah dalam proses pembayaran semula seperti yang ditetapkan," katanya. 
02 Jul 18
124
Empty Image
Sidang DUN : Kerajaan Negeri Nafi Hentikan Baucar Komputer Riba Pelajar
Satiful Bahari ketika menjawab soalan lisan Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman (BN-Seberang Takir) dalam sidang DUN Ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini. Fotro Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan negeri menafikan dakwaan pembatalan bantuan baucar RM500 kepada pelajar anak negeri yang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ke atas bagi tujuan pembelian komputer riba.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, Yayasan Terengganu sehingga kini, meneruskan pemberian insentif itu seperti biasa. "Selepas ini kita akan maklumkan keputusan yang melibatkan pembelian komputer riba ini. "Kita tidak pernah sebut batal cuma kita buat berperingkat, kita selesaikan dahulu yang melibatkan pelajar yang masuk universiti," ujarnya ketika menjawab soalan tambahan Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman (BN-Seberang Takir) dalam sidang DUN Ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini.Sementara itu, Satiful Bahari memberitahu, tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut yang mengharumkan nama Malaysia dalam Pertandingan Pembangunan Sumber Manusia Untuk Tenaga Nuklear di Korea Selatan baru-baru ini akan menerima insentif daripada kerajaan negeri.Menurut beliau, insentif itu sebagai penghargaan atas kejayaan di luar kelaziman dan majlis penghargaan pada Khamis ini akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar."InsyaAllah pada hari sebelum mereka berangkat ke Rusia, kerajaan negeri juga akan memberikan insentif khas kepada mereka," katanya ketika menjawab soalan lisan Ahmad Razif.Dalam pertandingan anjuran Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Korea Selatan, pasukan SMK Kuala Besut yang diwakili Muhammad Syazwan Mat Sidik, Muhammad Anuar Abd. Ghani dan Safiyyah Muhammad Nasir berjaya menewaskan peserta dari negara maju antaranya Amerika Syarikat, Jepun dan tuan rumah, Korea Selatan.Pasukan berkenaan dijemput membentangkan projek kesedaran nuklear dalam Kongres Pemuda Perbadanan Tenaga Atom Negara Rusia (Rosatom) di Saint Petersburg pada 27 dan 28 Ogos ini. Dalam perkembangan lain Satiful Bahari berkata, kerajaan negeri juga sudah membentuk kumpulan pemikir di samping mengenal pasti lokasi bersesuaian sebagai langkah kerajaan untuk mengembalikan institut pendidikan tinggi khusus untuk rakyat negeri ini seperti Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (Kusza) bagi memenuhi manifesto yang dijanjikan.
02 Jul 18
91
Empty Image
Sidang DUN: Cadang Bina Dungun Riverfront Esplanade
Ariffin ketika menjawab soalan lisan Wan Hapandi Wan Nik (PAS-Sura) dalam persidangan DUN Ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Foto oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan negeri bercadang membina Dungun Riverfront Esplanade dengan kos RM10 juta serta pembinaan jeti pelancongan ke Pulau Tenggol berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Dungun.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Teknologi Maklumat negeri,  Ariffin Deraman berkata, langkah membangunkan kemudahan pelancongan termasuk kos pembinaan jeti kira-kira RM2 juta serta beberapa kemudahan sokongan itu sebagai usaha memajukan kawasan pelancongan di pesisir Sungai Dungun.Menurut Ariffin, lokasi yang dikenalpasti akan dijadikan kawasan tarikan pelancongan ialah bermula daripada jeti LKIM sehingga ke Jambatan Lama Sungai Dungun.“Manakala panjang ke pantai pula untuk pembangunan kawasan tarikan pelancongan melibatkan kawasan sepanjang 5.76 kilometer bermula dari Kampung Tanah Lot ke Kampung Sura Hujung,"katanya.Beliau yang juga ADUN Alur Limbat berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Wan Hapandi Wan Nik (PAS-Sura) dalam persidangan DUN Ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini. Menjawab soalan tambahan mengenai antara bentuk projek yang akan dilaksanakan di kawasan itu, Ariffin berkata, bagi pembangunan di Sungai Dungun yang pertama sekali ialah menaik taraf tempat meletak kenderaan, arca, dataran, pondok rehat serta laluan pejalan kaki.“Kawasan memancing pula kita akan bangunkan termasuk jeti,tempat meletak kenderaan, restoran, pintu masuk, kawasan sukan dan riadah.“Bagi Rumah Api Teluk Bidara ianya akan dinaik taraf termasuk kawasan rekreasi, perabot taman, kawasan penginapan, arca dan kiosk,” ujarnya.
02 Jul 18
44
Empty Image
Titah Ucapan Sultan Terengganu Sempena Istiadat Pembukaan Persidangan DUN
Sultan Terengganu ketika bertitah pada Persidangan DUN. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhYang BerhormatYang Di Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu,Yang BerhormatAhli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu            Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah dan rahmat-Nya dapat Beta dan Sultanah hadir untuk menyempurnakan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang Keempat Belas Tahun 2018 pada pagi yang bersejarah ini.            Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Solallahu ’Alaihi Wasallam dan sekalian ahli keluarga, para sahabat serta seluruh umat Baginda.            Alhamdulillah, Beta bersyukur kerana pilihanraya ke-14 telah berlangsung dengan aman dan selamat. Rakyat negeri ini telah melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan dalam memilih kerajaan untuk mentadbir Negeri Terengganu bagi penggal ke-14 ini.            Sehubungan dengan itu, adalah menjadi hasrat Beta agar kerajaan ini dapat merangka, merancang dan melaksanakan program-program meningkatkan tahap sosio-ekonomi dan kemakmuran negeri. Kerajaan baru juga diharap dapat meneruskan kesinambungan pentadbiran kerajaan terdahulu dengan penambahbaikan bagi memastikan matlamat untuk menzahirkan negeri maju dan berpendapatan tinggi dicapai selaras dengan slogan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.            Beta dimaklumkan kadar KDNK Negeri Terengganu mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus  pada tahun 2017 berbanding 3.1 peratus pada tahun 2016. Peningkatan KDNK tersebut disokong oleh pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan, pembinaan dan pertanian.             Peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi sektor perkhidmatan disumbangkan melalui peningkatan aktiviti perdagangan, borong dan peruncitan  serta komunikasi dan perhotelan.            Peningkatan sektor pembinaan pula disumbangkan oleh pertambahan pelaburan swasta  dalam aktiviti projek perumahan dan perniagaan disamping perbelanjaan kerajaan dalam pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalan 2 lorong dari Kuala Terengganu ke Kemaman. Manakala peningkatan dalam sektor pertanian pula disumbangkan melalui aktiviti komiditi utama dalam perdagangan getah dan kelapa sawit.                    Beta berharap, dengan iltizam untuk terus maju dan perancangan pembangunan yang lebih jitu. Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan utama dalam menarik pelaburan di sektor pembuatan dan perkilangan melalui pelaburan tempatan dan pelaburan langsung asing (FDI). Dengan ini adalah diharapkan senario ekonomi   negeri akan terus mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan bagi tahun-tahun hadapan.         Beta berharap pentadbiran Kerajaan Negeri dapat memastikan pengurusan kewangan diuruskan secara berhemat dan perbelanjaan Negeri dipantau dengan teliti.          Tumpuan hendaklah dijuruskan kepada program dan projek yang dapat mengatasi masalah rakyat dalam suasana ekonomi yang mencabar pada hari ini. Adalah besar harapan Beta agar anggaran hasil pada tahun 2018 sebanyak RM 1.815 billion dapat dicapai dan mampu urus dengan baik melalui perancangan belanjawan yang memberi impak positif kepada negeri dan rakyat.            Keutamaan haruslah diberikan bagi merangka dan merancang program-program bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dan seterusnya menyumbang kea rah kesejahteraan hidup rakyat Beta. Projek dan program yang memberi impak secara langsung kepada rakyat mestilah diteruskan dan ditambah baik  setelah mengambil kira kemampuan kewangan negeri.            Pada pandangan Beta, Kerajaan Negeri juga perlu memberi tumpuan dalam usaha merangka dan merancang program-program untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dengan meningkatkan hasil pendapatan negeri, mengatasi  masalah peningkatan kos sara hidup, menambah peluang-peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar pengangguran dan membina lebih banyak rumah kediaman terutama kepada golongan B40.Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,            Beta dimaklumkan Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Hasil Negeri bagi merancang langkah-langkah untuk meningkatkan pendapatan hasil negeri.  Selain itu, ianya juga bagi mencari kaedah untuk mengurangkan kebergantungan Kerajaan Negeri kepada royalti minyak dan gas semata-mata kerana disebabkan ketidaktentuan harga minyak mentah dunia yang bermula pada tahun 2016, jumlah pendapatan hasil negeri telah berkurang sehingga sekitar 40 peratus setiap tahun.             Oleh yang demikian, Beta berharap jawatankuasa tersebut membuat kajian dan mengambil langkah-langkah agresif dan inovatif dalam menambah dan meningkatkan kutipan hasil negeri seperti kajian kadar free urusniaga tanah, cukai galian dan batuan, caj air mentah dan caj khusus bagi penginapan di hotel.  Jawatankuasa juga boleh mengkaji mekanisma yang telah digunapakai di negeri-negeri lain untuk dilaksanakan di negeri ini mengikut kesesuaian ke arah meningkatkan hasil negeri di samping melaksanakan dasar berbelanja secara berhemat.            Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga boleh mengeksploitasi keindahan semulajadi , pantai dan pulau seperti Setiu Wetland, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Tasik Kenyir bagi menarik pelancong asing dan tempatan bagi menggiatkan ekonomi setempat.            Penubuhan Majlis Petroleum Terengganu (TPC) pada Mei 2017 bertujuan untuk memastikan kedaulatan Negeri Terengganu sebagai pengeluar minyak dan gas yang utama di Semenanjung Malaysia dapat dilindungi hak dengan sewajarnya demi kepentingan rakyat dan negeri.             Beta berharap dengan penubuhan TPC, Kerajaan Negeri Terengganu dapat menggunakannya sebagai platform dalam menangani urusan yang berkaitan royalti dan tuntutan hak Telaga Minyak Bertam, menambah peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat Beta dalam industri minyak dan gas.            Adalah menjadi harapan Beta agar Kerajaan Negeri dapat merangka lebih banyak program dan aktiviti bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat disamping mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan. Beta percaya hubungan yang rapat di antara keduanya dapat mengukuhkan hubungan dua hala, seterusnya memberi banyak manfaat kepada Kerajaan Negeri dalam memacu pembangunan Terengganu.            Beta difahamkan Kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif seperti pemberian air percuma 20 meter padu kepada rakyat miskin dan merancang untuk memperkenalkan Kad Sejahtera yang bernilai RM500 setahun bertujuan untuk memberi kemudahan rawatan di klinik-klinik swasta terpilih. Kerajaan juga telah menghidupkan semula perkhidmatan bas henti-henti menerusi perkhidmatan MyBas disamping beberapa inisiatif lain yang dirancang yang bertujuan bagi meringankan bebanan dalam menangani peningkatan kos sara hidup kepada rakyat terutama kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Alhamdulillah, mudah-mudahan nasib golongan ini terbela dan kita semua diberkati Allah Subhanahu Wata’ala.            Beta amat bersyukur kerana MAIDAM juga memainkan peranan penting dalam menguruskan tanah-tanah wakaf dan agihan zakat bagi membantu rakyat miskin dalam menangani kos peningkatan sara hidup. Manfaat wakaf dan zakat ini kemudiannya dapat diagihkan kepada golongan asnaf melalui bantuan sara hidup, bantuan bulanan, bantuan bina/ baiki rumah, bantuan perubatan dan lain-lain.            Justeru itu, Beta menyeru agar supaya semua pihak sama ada individu mahupun agensi termausk anak syarikat Kerajaan Negeri supaya dapat sama-sama menunaikan tanggungjawab kewajipan berzakat. Ini bagi memastikan asnaf di dalam Negeri Beta mendapat hak dan dijaga kemaslahatan melalui bantuan zakat.             Kerajaan Negeri perlulah mengambil langkah-langkah proaktif bagi menarik lebih banyak pelaburan daripada syarikat asing dan domestik dalam pelaburan yang berintensifkan modal dan berteknologi tinggi seperti bidang bioteknologi, petrokimia, perindustrian besi keluli serta silika dan pertanian bagi mewujuskan lebih banyak peluang pekrjaan kepada rakyat Beta.            Untuk itu, Beta berharap Kerajaan Negeri dapat mewujudkan lebih banyak tenaga kerja berkemahiran tinggi di pelbagai sektor dengan memperkasa dan memperbanyakkan program latihan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja semasa melalui institusi pendidkian dan latihan di bawah Kerajaan Negeri seperti Terengganu Advanced Technical Institute (TATI), Terengganu Timber Industry Training Centre(TTITC), Terengganu Skills Development Centre (TESDEC), dan Terengganu Safety Training Centre (TSTC).            Disamping itu, Kerajaan Negeri juga perlu meningkatkan inisiatif kepada golongan belia untuk menceburi sektor pertanian seperti mengusahakan tanam Melon Manis Terengganu dan “Terengganu Golden Corn (TGC)” serta melibatkan diri dalam industry pengusahaan lebah madu secara komersial. Beta juga menyeru kepada rakyat Beta agar menceburi dan meneroka produk-produk pertanian baharu yang mempunyai potensi pada masa hadapan. Adalah amat baik Kerajaan mempelbagaikan usaha untuk menjadikan sektor pertanian sebagai sektor yang diminati oleh golongan belia.            Selain daripada itu, Beta melihat bahawa dunia keusahawanan moden mendapat permintaan yang semakin meningkat. Sejajar dengan Revolusi Industri 4.0, Beta menyeru kepada rakyat Beta agar meneroka bidang-bidang perniagaan baharu yang berpotensi untuk menjana pendapatan yang lumayan seperti jualan dan perkhidmatan online yang menjadi gaya hidup masa kini. Car boot sale dan food truck juga dilihat semakin popular dikalangan masyarakat.Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,            Beta juga berharap Kerajaan Negeri memberi penekanan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dengan menyediakan lebih banyak projek-projek perumahan bagi memastikan setiap rakyat memiliki rumah sendiri.             Beta merasa amat gembira kerana pelbagai usaha murni telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah melalui Program Perumahan Terengganuku Sayang (PPTS). Beta dimaklumkan pada tahun ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM32 juta untuk membina atau membaikpulih rumah melalui program tersebut. Beta berasa amat sukacita kerana Kerajaan Negeri merancang untuk memperuntukkan sebanyak RM50 juta melalui Tabung Pinjaman Perumahan Rakyat bagi membantu rakyat yang berpendapatan rendah membuat pinjaman perumahan.            Beta dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri sedang melaksanakan Projek Menaiktaraf Loji Air Rawatan Bukit Sah, Kemaman yang berkapasiti 225 juta liter sehari dan Projek Membina Loji Bekalan Air Kuala Terengganu Utara dengan kapasiti 120 juta liter sehari. Kedua-dua loji ini bertujuan untuk menampung keperluan bekalan air bagi kegunaan industri dan domestik di Daerah Kemaman dan Daerah Kuala Nerus.            Projek ini akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat Negeri Terengganu terutamanya dalam membekalkan air terawatt yang mencukupi serta meningkatkan tekanan air di beberapa kawasan yang terjejas sebelum ini. Dengan terlaksananya dua buah projek utama ini, permintaan bekalan air bersih di Negeri Terengganu akan terjamin sekurang-kurangnya sehingga ke tahun 2050.            Di dalam apa jua keadaan, kesejahteraan rakyat adalah keutamaan. Justeru itu, Beta berharap Program Bandar Selamat termasuklah aktiviti meningkatkan keceriaan dan keindahan bandar-bandar diperluaskan ke seluruh kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan.              Tiada yang lebih penting bagi sesebuah negeri melainkan diberitakan tentang kehidupan rakyat yang selesa dan sejahtera. Beta turut berbangga dengan pencapaian Pihak Berkuasa Tempatan di peringkat negeri dan nasional. Ini menunjukkan bahawa pelbagai usaha dan inisiatif telah diambil bagi menyediakan kemudahan asas kepada rakyat.            Beta juga berasa amat sukacita atas usaha Kerajaan Negeri yang tidak pernah jemu dalam memastikan syiar Islam sentiasa bersinar di bumi Darul Iman ini. Beta difahamkan pada tahun ini sebanyak 16 buah masjid baharu sedang dalam pembinaan manakala kos penyelenggaraan bagi masjid-masjid sedia ada turut diperuntukkan.            Sebagai pusat pengembangan ilmu, Beta penuh yakin bahawa masjid mampu diperkasakan lagi fungsinya dengan lebih berkesan. Pengajian kelas-kelas bersiri melalui program Dai’e Muslim, Takmir, serta penceramah-penceramah jemputan adalah salah satu medium untuk melahirkan masyarakat Islam berilmu dalam melaksanakan amalan seharian mereka.            Beta turut berbangga apabila system pengajaran dan pembelajaran, penyampaian khutbah serta hebah-hebahan menggunakan sepenuhnya teknologi dan multimedia yang dibekalkan kepada masjid. Dengan cara itu, ilmu dan maklumat dapat disampaikan dengan lebih cepat dan tepat selari dengan peredaran dunia tanpa sempadan.            Satu lagi platform ilmu yang melonjjakkan fungsi masjid adalah pengwujudan kelas-kelas Sijil Pengajian Islam Terengganu dalam bidang-bidang pengajian Tauhid, Feqah, Tasawuf dan yang berkaitan dengannya secara sistematik dan strategik m,engikut tempoh-tempoh pengajian yang telah ditetapkan.             Inisiatif perlu sentiasa dikekalkan di Negeri Terengganu bagi memastikan masjid dan surau sebagai tempat yang paling relevan dalam penyatuan ummah. Semoga usaha-usaha yang dijalankan ini akan diberkati Allahu Subhanahu Wata’ala dan seterusnya mengekalkan Terengganu Darul Iman sehingga sebuah Negeri yang maju berteraskan Islam.             Beta juga difahamkan Kerajaan Negeri telah menubuhkan Madrasah Moden bagi menampung ketidakmampuan sekolah-sekolah agama arus perdana dalam menyediakan peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang keagamaan.          Beta dimaklumkan, pelajar-pelajar yang sedang menuntut ini telah pun mendapat kepercayaan masyarakat setempat untuk mengetuai majlis-majlis keagamaan seperti tahlil, marhabn, khatam Al-Quran, berzanji aqiqah dan lain-lain. Beta menaruh harapan yang tinggi kepada lepasan madrasah moden ini nanti agar menjadi golongan muda dan pelapis yang dapat memberi manfaat secara lebih berkesan kepada institusi masjid atau surau disamping menjadi tempat rujukan masyarakat setempat.            Beta berbangga dengan usaha Kerajaan Negeri dalam meneruskan kecemerlangan pendidikan dan pembangunan modal insan di Terengganu. Legasi kecemerlangan ini diteruskan melalui pencapaian cemerlang UPSR 2017 yang telah mencatatkan peningkatan yang cukup memberangsangkan. Jumalh murid yang mendapat 6A ialah 560 orang berbanding tahun 2016 seramai 271 orang. Terengganu sekali lagi mencipta sejarahnya tersendiri melalui Keputusan SPM 2017 dengan Gred Purata Negeri 4.90.            Beta juga maklum akan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri melalui pemberian Dana Bantuan Persekolahan, Saguhati Kecemerlangan dan Bantuan Persediaan Melanjutkan Pelajaran setiap tahun bagi meringankan beban para ibu bapa dari golongan berpendapatan rendah.           Begitu juga langkah membangunkan I-Kelas dan Program Tuisyen Online diharap dapat memberi kemudahan kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran tanpa had waktu dan tempat. Kerjasama erat daripada pelbagai jabatan, agensi negeri, Institusi Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta serta lain-lain amat penting bagi memastikan agenda kecemerlangan tercapai. Semoga lebih banyak lagi program-program sedemikian dapat dirancang agar generasi masa depan menjadi insan cemerlang duniawi dan ukhrawi.            Mereka telah dinobatkan sebagai Juara Program Pembangunan Sumber manusia untuk Tenaga Nuklear anjuran Agensi Tenaga Atom Antarabangsa di Gyeongju, Korea Selatan pada 29 Mei 2018 yang lalu. Lebih membanggakan apabila pasukan ini telah Berjaya menewaskan 520 murid mewakili 188 pasukan dari 30 negara termasuk Negara-negara maju lain seperti Amerika Syarikat, Hungary, Jepun dan Korea Selatan. Tahniah dan syabas Beta ucapkan kepada para pelajar dan guru-guru yang terlibat.            Beta menyeru kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan, agensi dan badan berkanun dipereratkan lagi, bagi memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara. Beta berharap semua Ahli-ahli Yang Berhormat tanpa mengira fahaman politik akan bekerjasama dan bersatu hati dalam memajukan Negeri yang tercinta ke arah Terengganu Maju dalam segala bidang serta diberi keberkatan agar rakyat hidup sejahtera.          Beta juga menyeru agar semua anggota perkghidmatan awam agar senantiasa berpegang teguh dengan Piagam Perkhidmatan Awam dan melakasanakan segala tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah, berintegriti, neutral dan bersikap professional dalam segala tindakan.            Beta berdoa kepada Allah Subhanahu Wata’ala agar sentiasa memberi rahmat dan hidayah-Nya kepada rakyat dan Kerajaan Beta di bawah pimpinan Memanda Menteri Besar, Doktor Ahmad Samuri bin Mokhtar.            Beta juga mengucapkan terima kasih kepada semua anggota perkhidmatan awam dan anggota keselamatan yang telah memberi perkhidmatan  cemerlang  dalam menegakkan Amar Ma’aruf Nahi Munkar, bagi menjamin kesejahteraan rakyat Negeri Beta.                      Semoga semua usaha murni ini mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala. Dengan lafaz yang mulia, Bismillahirrahmanirrahim, Beta dengan sukacitanya merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang Keempat Belas Tahun 2018.Selamat Bersidang,Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah,Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
01 Jul 18
234
Empty Image
UniSZA Jalin Kerjasama Dengan Universiti Di Medan Indonesia
Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi (dua kiri) bertukar dokumen dengan Dr. H. Ismail Efendi pada Majis MoA UniSZA-IKH di Bangunan Pentadbiran UniSZA, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini menjalinkan kerjasama dengan Institut Kesehatan Helvetia (IKH) Medan, Indonesia bagi memberi peluang kepada kakitangan IKH melanjutkan pengajian di UniSZA bermula September ini.Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, melalui Memorandum Perjanjian (MoA) yang ditandatangani dengan IKH, kerjasama julung kali itu akan memfokus kepada bidang kesihatan dan perubatan.“Perjanjian ini bertujuan memberi peluang pendidikan kepada kakitangan akademik IKH melanjutkan pengajian mereka dengan mendaftar dalam program pascasiswazah yang ditawarkan UniSZA sekaligus meningkatkan jalinan kerjasama kedua-dua universiti dalam aspek penyeliaan pelajar dan penyelidikan.“IKH juga bersetuju untuk menghantar beberapa staf akademiknya dan UniSZA bersetuju menerima dan mendaftarkan staf akademik IKH dalam bidang Sarjana Sains (Master) dan Doktor Falsafah (PHD) di UniSZA tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian yang telah dicapai,” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis MoA Antara UniSZA Dan IKH di Bangunan Pentadbiran UniSZA, hari ini.UniSZA diwakili oleh beliau manakala IKH diwakili Rektor IKH, Dr. H. Ismail Efendi M.Si.Hadir sama menyaksikan majlis tersebut ialah Dekan Fakulti Perubatan UniSZA, Prof. Dr. Nordin Simbak dan Koordinator Kopertis Wilayah Sumatera, Prof. Dian Armanto.Sementara itu, Dr. H. Ismail Efendi berkata, buat permulaan seramai 17 orang kakitangan akademik IKH  akan mengikuti pengajian peringkat PHD  yang ditawarkan UniSZA melalui perjanjian ini.
01 Jul 18
279
Empty Image
RHB Bank Taja RM150,000 Jayakan Penyelidikan Bidang Kewangan UMT
Prof. Dr. Nor Aieni bersama Dato' Adissadikin menandatangani memorandum.RHB Islamic Bank Berhad  menyumbang RM150,000 kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk menjayakan Program Islamic Endowed Scholar In Finance sepanjang tempoh tiga tahun, di Kampus UMT Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.Kerjasama dimeterai menerusi memorandum perjanjian (MoA) antara kedua-dua institusi itu dilihat sebagai usaha menyokong bakat akademik dalam bidang kewangan di Kampus Gong Badak, Kuala Nerus.Ketua pegawai eksekutif RHB, Dato' Adissadikin Ali berkata, langkah itu merupakan tanggungjawab sosial RHB yang pada akhirnya akan memberi kesan positif kepada UMT dan syarikat berkenbaan sebagai penaja."Ini merupakan program penajaan pertama daripada RHB dan berharap untuk jangka masa panjang, kita dapat meningkatkan kerjasama bersama pihak universiti dalam menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi," katanya.Memorandum Perjanjian membentuk kerjasama selama tiga tahun.Sementara itu, Naib Canselor UMT, Profesor Dato' Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, pihaknya berbesar hati dengan penajaan daripada syarikat perbanakan dan kewangan terkemuka itu."Sebagaimana RHB, ini juga merupakan penajaan pertama ahli akademik pertama pihak industri di UMT," katanya.Pengurus Dana UMT, Dr. Safwan Mohd Nor, menjasi penerima pertama tajaan tersebut dan akan menjalankan penyelidikan untuk tempoh tiga tahun bermula Julai ini sehingga tahun 2021.Dr. Safwan menerima simbolik tajaan bernilai RM 150,000.
01 Jul 18
324
Empty Image
RM200 Juta Untuk Dalamkan Muara Sungai Dungun
                                              Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh turun padang bagi meninjau masalah muara sungai Dungun cetek yang sudah sekian lama membelenggu nelayan di daerah itu.Beliau kemudiannya diberi taklimat oleh Pegawai Daerah Dungun, Ibrahim Mohamad berhubung isu itu.Ibrahim berkata, peruntukan sebanyak RM 200 juta diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut dan permohonan peruntukan sudah dibuat kepada Kerajaan Persekutuan."Kita memerlukan sebanyak RM200 juta untuk mengatasi masalah ini dan memang nelayan sudah lama mengeluh. Keadaan muara sungai cetek juga menjadi penyebab kepada kes bot karam dan membawa kepada kematian serta kejadian tidak diingini."Jabatan Pengairan dan saliran (JPS) sudah mohon peruntukan sebanyak RM200 juta dan kita akan membuat semakan semula dengan Kerajaan Persekutuan supaya peruntukan itu boleh dipercepatkan," katanya. Tambahnya, nelayan di sekitar Kuala Dungun  berdepan masalah utama untuk keluar mencari rezeki apabila hanya boleh keluar masuk ke muara sungai apabila air pasang sahaja.Katanya lagi, permasalahan mendapan menyebabkan nelayan sukar untuk keluar masuk dan masalah tersebut sudah berlarutan sejak sekian lama selain turut membahayakan nyawa nelayan yang terpaksa menggunakan bot kecil meredah ombak dan arus yang deras untuk masuk ke muka kuala berikutan bot besar mereka tidak dapat masuk ke muara tersebut.Malah, terdapat kes kematian pada tahun lalu, apabila empat orang nelayan mati lemas setelah bot kecil yang dinaiki mereka untuk pergi persisir pantai dipukul ombak besar di Pantai Kuala Dungun selepas bot besar mereka naiki sebelum itu terperangkap akibat muara sungai yang cetek.Dr Mamad diberi penerangan berkenaan masalah muara oleh pegawai JPS" Langkah sementara yang dilakukan ialah dengan mengorek dan menyedut pasir bagi mendalamkan muara sungai."Bagaimanapun, langkah ini tidak sesuai untuk jangka panjang dan kita harapkan permohonan peruntukan dilukuskan dengan lebih cepat supapa tindakan lebih drastik dapat dilaksanakan," katanya.
01 Jul 18
238